CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: renangautier

All About Misha Omar

[Copy link]
Post time 5-9-2006 01:19 PM | Show all posts
penyanyi byk show......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2006 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by freekey at 5-9-2006 01:08 PM

Aisehh.. ruginya tak dapat tengok!! Takda ulangan ke volumecontrol??



http://planet ...



aku pun tak sure la .. tapi mmg best n kelakar la .. sharifah shahira cakap .. dia tak dapat jemputan gak tapi beria masuk barisan pertama lg time kat klcc tu haha ... pastu syafinaz cakap awak mmg muka tak malu ..

pastu sharifah ckp lgi time ada sedutan siti potong kek .. dia ckp la kat azwan kek siti tu harga 12,000 ribu .. dia ckp dia buat majlis takdela sampai mampu beli kek 12,000 asalkan lepas majlis hutang semua langsai cukup la .. cakap sambil gelak2 ..

soalan sharifah syahira terhdap 3 3 tu memang laser arr hangatt sampai azwan ali berpeluh2 nak jawap .. antara soalan dia adakah majlis siti tu bagi diroang tersangatla grand sampai dah takde sesiapa lagi leh tandingi selepas ini ... lagi adakah majlis siti ini lebih grand dr artis lain mcm ziana zain erra  fazira ....

pastu syafinaz cakap ari jadi dia sama gan siti termasuk ari .. cuma tahun je lain .. dia ckp capricorn ni kalau dia nak bend atu dia akan capai dia tak peduli dah apa org nak cakap .. pastu syahira tanya syafinaz abistu ... taste syafinaz nie pun ssama la dengan siti .. adaah syafinaz suka org yg bermisai dan sebegainya sambil merujuk kepada datuk k ... syafinaz gelak lepas dia cakap .. yg tu tak sama la .. masing2 ada taste lain2 .. dia cakap dia suka yg ada janggut .. haha pastu shahira cakap .. suka kambing ek .. kelakar ar ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by volumecontrol at 5-9-2006 09:22 AM
rasanya ramai penyanyi tk dijemput kot .. sebab tengok ramai pelakon je yg pergi ..

aishah, liza hanim , siti sarah, fauziah latiff sapa lagi ..  


ni penyanyi  lah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 5-9-2006 01:19 PM
penyanyi byk show......



maybela kot .. sbb syafinaz kata dia pun faham kenapa tak dijemput .. sebab jemputan ramai sangat nak difikirkan so .. mana yg sempat tu la yg dijemput .. sbb majlis dibuat di dewan kan ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 02:26 PM | Show all posts
Ct jemput kwn2 yg dia suka aje...kalau aku pun aku jemput yg sekepala aje..nak jemput org yg aku tak suka nak buat apa..nanti sakit mata....sakit hati.

OGY dia tak jemput ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2006 07:08 AM | Show all posts
Nafas Cinta Misha Omar
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN



MISHA OMAR.


HAMPIR dua tahun tanpa album, nama Misha Omar seakan-akan hilang daripada dunia seni. Sikapnya yang menyepi daripada publisiti turut menyebabkan khalayak tertanya-tanya ke mana menghilangnya penyanyi dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Kemunculan terakhirnya di depan khalayak adalah ketika mengadakan persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu.

Terbaru, Misha akan tampil dengan single berjudul Nafas Cinta yang bakal ke udara di corong-corong radio tidak lama lagi.

Mendengarkan judul album tersebut, terdetik dalam minda apakah ia ada kena-mengena dengan kisah percintaannya dengan seorang pemuzik seperti yang pernah digosipkan.

Sambil tersenyum Misha berkata: 揘afas Cinta sangat istimewa. Tetapi jangan salah faham... saya sukakan lagu tersebut kerana lagu itu menghimpunkan beberapa elemen muzik di dalamnya seperti klasikal India.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2006 02:57 AM | Show all posts
apa kata misha pakai sari untuk video klip lagu ni...lepas tu pengambaran video klip dilakukan di pantai bawah pokok kelapa.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 01:05 PM | Show all posts
komposer m.nasir join gak....:cool: musti sodap kot lagu tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2006 11:07 AM | Show all posts
tgh dengar  hotfm ..

misha omar jadi artis jemputan ..

info ..

1. misha menerima kad jemputan siti nurhaliza .. misha tak dapat datang sebab tgh handle kontrak menjadi duta untuk produk rorine pada 28hb itu ..

2. misha sudah ada anak .. haha misha ambik anak angkat rupanya .. skrg mak dia tolong jagakan sebelum mengambil pembantu rumah ..

3. lagi satu misha punya boyfriend bukan pemuzik atau fiat hakimi .. tu misha usik dalam satu showcase kat planet hollywood so wartawan2 ingat fiat tu bf misha rupanya .. misha hanya mengusik fiat itu sahaja .. so terjawapla gossip itu ..

4. misha omar cakap eklantan la pastu nyanyi lagu kelantan lograt kelatan bestt nyerrrrrrrrrrr

[ Last edited by  volumecontrol at 17-9-2006 11:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 11:56 AM | Show all posts
album baru akan kuar DECEMBER 2006...aghhhhh stresssssssssssssssssss...lambatnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 17-9-2006 11:56 AM
album baru akan kuar DECEMBER 2006...aghhhhh stresssssssssssssssssss...lambatnya


tu laaa lambat gilerr

anywya konsert fenomena misha vs jamal tertunda la pada hari rabu ni pukul 8 malam di auditorium angkasapuri sesiapa nak pergi boleh dapatkan pas tiket di angkasapuri .. masih sempat lagi yang dah ambik tiket pada minggu lepas boleh lagi mengunakan tiket itu untuk rabu ini ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2006 07:46 AM | Show all posts

apesal misha nak jadi mummy pula? bingung aku kejap

Naluri ibu

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN

PENCARIAN dua tahun Misha Omar berakhir dengan kemunculan Muhamad Adam Emir. Tiada yang lebih membahagiakan selain menatap senyuman insan istimewa itu.

Keletah dan aksi manja si kecil cukup membuai perasaan. Sememangnya kehadiran bayi berusia tiga bulan itu melengkapi kehidupan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Bunga Bunga Cinta itu.

Meskipun belum berumah tangga, naluri keibuan Misha cukup menyerlah. Pantang si comel merengek, pasti dibelai dengan penuh kasih sayang. Sepanjang empat jam sesi fotografi, Misha yang ditemani ibu dan kakaknya prihatin dengan buah hatinya itu.

揝elain keluarga, Adam segala-galanya buat saya. Kehadirannya menjadi penyeri keluarga kami yang sudah lama sepi dengan tangisan anak kecil.

揌ati saya terdetik untuk bergelar ibu sejak tahun lalu. Memandangkan jodoh belum sampai, saya nekad memulakan pencarian harapan ada yang sudi menyerahkan zuriat kepada saya.

揝aya bersyukur kerana Tuhan membuka hati saya untuk melaksanakan niat ini selain mendapat restu keluarga.

揓ujur, pencarian ini tidak semudah yang disangka. Sudah beberapa kali kata persetujuan dicapai tetapi bila tiba harinya, apa yang diharapkan tidak menjadi. Kebanyakannya si ibu bertukar fikiran apabila anak sudah dilahirkan. Sampai satu masa saya rasa putus asa tetapi syukurlah ada insan berhati mulia yang sudi menyerahkan bayi kepada saya,
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 08:05 AM | Show all posts
misha amik anak angkat ke pe benda ek ?? :stp: . ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 09:36 AM | Show all posts
[align=justify]Lorrr.. igtkan mummy pontianak.. ;)






Reply

Use magic Report

Bu_er This user has been deleted
Post time 18-9-2006 11:43 AM | Show all posts
anak angkat la tu kot...nak kate anak sedare akak die mimi tu tak kawen lg kan? (correct me if i'm wrong), adik die baru je kawen ari tu....rajin pulak die amik anak angkat...mcm angelina jolie tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 11:47 AM | Show all posts
seems tp be misha will not getting marry in this several years.bravo misha.good effort
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2006 12:05 PM | Show all posts
Buah hati ibu
Oleh Zul Husni Abdul Hamid



Kehadiran Muhammad Adam Emir memberi nafas dan cahaya kepada kehidupan Misha Omar

HAMPIR tiga bulan penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu menyimpan rahsia yang satu ini. Hanya kepada teman rapat Misha berkongsi perasaan, namun berulang kali dia memohon supaya rahsia itu tidak didedahkan kepada umum.

Tidak pernah pula memujuk kerana awal lagi Misha sudah berpesan supaya diberi sedikit ruang untuk kehidupan peribadinya. Justeru, apabila menerima undangan untuk menjayakan sesi fotografi ini, hati tertanya sendiri.

Siapa Muhammad Adam Emir dalam kehidupan Misha? Mungkin ini adalah pertanyaan yang berlegar di kalangan peminat.

?nilah cahaya hidup saya,? katanya tulus dengan hati berbunga riang, sesekali penuh kasih sayang wajah suci itu dibelai dan dikucup.

Muhammad Adam Emir atau nama manjanya, Adam ialah anak angkat penyanyi kelahiran Machang, Kelantan itu yang berada dalam jagaannya sejak berusia tiga hari lagi.

Kehadiran yang mengakhiri pencariannya selama dua tahun. Akui Misha, dia hampir berputus asa dalam pencarian itu kerana ada saja yang menghalang langkahnya untuk bergelar ibu muda pada saat terakhir.

Kesannya, Misha tidak mahu terlalu mengharap kerana bimbang akan kecewa lagi. Ditanya mengapa dia sedia mengorbankan kebebasan dan usia muda dengan menggalas tanggungjawab berat sebagai ibu, Misha berkata, ia adalah anugerah paling bernilai diberikan Tuhan dalam hidupnya.

?idak semua wanita bersedia untuk menggalas tanggungjawab berat itu, tetapi saya bersyukur kerana Tuhan membuka hati ini. Memikirkan jodoh belum sampai, saya sendiri berkemampuan dan keluarga tidak menghalang, mengapa tidak teruskan saja niat suci itu?

?lhamdulillah, Tuhan menemukan saya dengan Adam. Saya berdoa dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dengan baik,? katanya, mengakui pertama kali menatap wajah bersih Adam, air matanya laju mengalir.

Misha berkata, saat diberitahu Adam akan lahir hatinya diburu resah. Hanya doa tidak putus mengiringi, memohon supaya bayi itu dilahirkan sihat dan sempurna. Kebetulan ketika itu ibu Misha ada bersama di ibu kota.

Persiapan juga dibuat pada saat terakhir memandangkan Misha terlalu sibuk. Lebih utama, dia tidak mahu kecewa lagi memikirkan hasrat yang tidak kesampaian.

?ir mata ini terus mengalir sebaik melihat Adam. Sekelip mata, hati saya dihambat sayu. Saya diberitahu sebaik lahir Adam tidak membuka matanya. Tetapi, apabila mama tiba dua hari selepas itu dan memberi salam, Adam terus tersenyum.

?emandangkan saya agak sibuk kerana terbabit dengan persembahan di luar Kuala Lumpur, mama terlebih dulu membawa Adam balik ke kampung,? kata Misha yang sudah empat tahun bergelar artis.

Selesai komitmen, Misha mengambil cuti selama seminggu untuk merasai sendiri pengalaman susah payah menjadi ibu. Ketika ini Misha lebih selesa Adam berada dalam jagaan ibunya memandangkan dia masih kekok selok belok penjagaan bayi.

Bagaimanapun, apabila usia meningkat enam atau tujuh bulan, Misha bertekad untuk menjaga Adam sepenuh masa.

?ehadiran Adam mematangkan hidup saya. Dia membawa saya ke alam kehidupan yang baru, ke arah yang lebih positif dan membahagiakan. Hidup lebih teratur, malah Adam juga mengajar saya erti tanggungjawab.

?iar sibuk dan letih tetapi apabila membuka pintu rumah dan mendengar suaranya, hati jadi terhibur. Benar anak itu permata kepada kehidupan dan saya bertuah kerana memiliki permata itu,? katanya.

Misha dan kakaknya, Mimie juga merancang untuk mengambil seorang lagi anak angkat sebagai pelengkap kehidupan mereka.

Hormati kemuliaan Ramadan

KEBERKATAN Ramadan yang bakal menjelang membuatkan Misha bertekad untuk mengurangkan aktiviti seni, sebaliknya menumpukan perhatian kepada ibadah puasa yang menjelma setahun sekali.

Kesempatan itu juga akan digunakan Misha untuk menjalankan sepenuhnya peranan sebagai ibu, di samping membuat persediaan apa yang perlu menanti ketibaan 1 Syawal.

?aya hanya bekerja pada 14 Oktober kerana terbabit dalam sebuah persembahan amal bersama Jaclyn Victor dan Daniel. Selebihnya, saya berehat kerana menghormati kemuliaan Ramadan,? katanya.

Biarpun tidak merancang acara rumah terbuka besar-besaran seperti yang dilakukannya saban tahun, Misha akan tetap mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan tangan terbuka.

Berakhir Ramadan, Misha akan kembali sibuk dengan urusan rakaman album ketiganya yang kini siap 60 peratus. Sebagai permulaan, dia bersama syarikat rakamannya, Sony BMG Music memperkenalkan terlebih dulu lagu Nafas Cahaya.

Sentuhan M Nasir dan lirik daripada Loloq itu memberikan sesuatu yang segar kepada peminat selepas lebih dua tahun tidak merakamkan album baru.

Antara komposer yang terbabit dalam pembikinan album itu ialah Cat Farish, Nur Fatimah, Tam (Spider) dan Ajai.

Fakta Misha Omar
Nama sebenarnya; Samihah @ Aisah Omar dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan.

Bekas pelajar Jurusan Pengurusan Perniagaan di UNITAR.

Mempunyai dua album solo, iaitu Misha dan Aksara.

Antara lagu popularnya Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan dan Ku Seru.

Pernah berlakon dua filem iaitu Gerak Khas 3 (GK3) dan Main-Main Cinta.

Misha pernah menang Artis Harapan Pilihan Anugerah Era 2003; Juara Lagu 2003 (Bunga-Bunga Cinta); Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2003, dan Anugerah Emas Festival Muzik Asia Ke-6 di Shanghai, China.
Solekan: Chomel
Lokasi: The Royale Bintang, Damansara
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 12:21 PM | Show all posts
cam desperet je misha neh skarang ;)
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 12:29 PM | Show all posts

Reply #7 jac_diehard_fan's post

apsal jac dan freekey mata naik ke atas ?? ;) .. . .

:stp: . ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 12:31 PM | Show all posts

Reply #8 adik_nazgul's post

marila join ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.074686 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list