CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: muor76

RUGBY- blood sweat n honour

[Copy link]
Post time 19-2-2009 08:26 AM | Show all posts

Balas #1020 narif\ catat

owh ye ker..... xpe.. bagi je info2 ke.. pengalaman ker ape ape jer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2009 09:17 AM | Show all posts

Reply #1020 narif's post

yg aku tau dedulu kat padang cobra nih ade ler bebudak main.. ade gak nampak pompuan omputeh main
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 03:29 PM | Show all posts

Reply #1022 muor76's post

ha ah. omputeh ada, melayu ada, india ada, cina ada. tapi banyak main touch le dedulu. skang ni ade gak yang mula main contact. dulu yang ada sue dari RSC tu je kan.

skang ni aku follow dari jauh je la, nak main tak dapek le. duk jauh skang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2009 04:25 PM | Show all posts

Reply #1023 narif's post

wah bagus dah makin ramai... dulu aku tengok tak ramai... kot nanti leh wat satu team ker.. leh main game kat luor.. cam iran tu... bagus gak team dia.. walaupon main pakai tudung...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 11:20 PM | Show all posts
hello rakan2,
  sori lamer tk masuk busy ler
      right now tgh sibuk main liga selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 08:09 AM | Show all posts

Balas #1025 carrim7\ catat

nanti post ek... wah liga selangor....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2009 08:02 AM | Show all posts

Reply #1026 karambunai's post

perkembanga liga selangor boleh di bace kt mru.org.my
  yonz selalu post result kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by carrim7 at 11-4-2009 08:02 AM
perkembanga liga selangor boleh di bace kt mru.org.my
  yonz selalu post result kt situ.


kalau post kat sini pun ok gak. bertambah2 kedit leh dapat...

tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2009 01:17 PM | Show all posts
nak promo.. blog kawan..

http://borneoeagles.blogspot.com/

event dorang .. 2 minggu sebelum cobra tahun ni.. kat kota kinabalu..

yang bestnya.. ada kategori lelaki & pompuan...

dengar khabar.. selain club level.. dorang dapat kepercayaan untuk organise IRB national level..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:45 PM | Show all posts
11 Mei, 2009

Skuad Wanita Kebangsaan Ke Kejohanan Ragbi Asia



KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Walaupun baru ditubuhkan Februari lepas, skuad ragbi wanita kebangsaan mendapat kepercayaan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) apabila diberi peluang bertanding pada Kejohanan Ragbi Wanita Asia Tujuh Sebelah di Pataya, Thailand yang bermula 30 Mei ini.

Jurulatih Haflil Feisol berharap anak didiknya mampu menimba pengalaman daripada kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

" Penyertaan ini adalah sebagai pendedahan awal bagi pasukan ini dan saya yakin mereka telah pun bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kejohanan itu," katanya kepada pemberita di sini isnin.

Beliau berkata mereka akan bertemu beberapa pasukan kuat di Asia dalam sukan itu seperti China.

"Sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan itu, kami telah mengadakan latihan setiap hari sejak empat minggu lepas untuk memantapkan persefahaman," katanya.

Skuad wanita kebangsaan diwakili 12 pemain dan bakal bersaing dengan 14 pasukan lain yang mengambil bahagian seperti Jepun, Uzbekistan, India dan Iran.



-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 06:55 AM | Show all posts
Ragbi: Skuad negara tunggu dua tahun lagi



PEMAIN ragbi negara perlu bekerja keras jika berhasrat untuk layak
ke saingan utama Kejohanan Ragbi Asia HSBC Lima Negara. - Gambar hiasan


SKUAD ragbi negara perlu menunggu dua tahun lagi untuk layak beraksi pada peringkat utama Kejohanan Ragbi Asia HSBC Lima Negara (A5N) yang menemukan lima negara terbaik Asia.


Pengurus Besar Persatuan Ragbi Malaysia (MRU), Nabil Ahmad berkata Malaysia terlebih dahulu perlu menjuarai liga Divisyen Dua bagi melayakkan mereka dinaikkan pangkat ke Divisyen Satu pada kejohanan tersebut.

"Jadi, Malaysia memerlukan masa dua tahun lagi, setahun di Divisyen Dua dan setahun lagi di Divisyen Satu dengan syarat menjadi juara dalam kedua-dua divisyen itu sebelum layak bersaing di peringkat utama," katanya semalam.

Sehubungan itu, Nabil berkata Malaysia mesti muncul juara pada kejohanan Divisyen Dua yang akan berlangsung di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shah Alam pada 1 hingga 7 Jun depan.

Pada kejohanan tersebut, Malaysia akan bersaing dengan China, India dan Pakistan.

Nabil berkata seramai 40 pemain sedang giat berlatih di Padang Utara Petaling Jaya tetapi hanya 24 sahaja yang akan dipilih untuk mewakili negara.

"Esok (hari ini) kita akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan kelab liga tempatan sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan itu kelak," katanya.

Kejohanan anjuran HSBC dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Asia (ARFU) itu menyaksikan empat peringkat pertandingan elit iaitu peringkat utama, Divisyen 1, Divisyen 2 dan Divisyen 3.

HSBC A5N yang diadakan sejak dua tahun lalu merupakan kejohanan bagi menggantikan Asian Rugby Football Tournament (ARTF) yang bertujuan meningkatkan tahap sukan ragbi di Asia.

Pasukan yang bersaing pada pertandingan utama HSBC A5N kali ini adalah Jepun, Korea, Hong Kong, Kazakhstan dan Singapura yang berlangsung sejak 25 April lalu sehingga 24 Mei ini.

Juara HSBC A5N tahun depan akan mewakili Asia pada Kejohanan Piala Dunia 2011.

Divisyen 1 terdiri dari Arabian Gulf, Taiwan, Sri Lanka dan Thailand manakala Divisyen 3 merangkumi Filipina, Guam, Indonesia, Iran, Brunei, Indonesia, Laos, Kemboja, Indonesia, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Qatar, Mongolia dan Macau. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2009 03:00 PM | Show all posts
tengok ASian 5 nation tu..jepun memang bebetul kuat la..tapi bila masuk kategori world..jepun ni plak yang jauh ketinggalan..Jiran kita tu camner leh masuk 5 nation..main cam hampeh jek..pastu mat saleh jek main..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 05:15 PM | Show all posts
mana dak dak serdang yang slalu main rugbi ni.. dah ilang ker?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2009 02:43 PM | Show all posts
Malaysia hampiri sasaran kejuaraan

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

SHAH ALAM - Malaysia semakin menghampiri sasaran untuk menjuarai Divisyen Dua Ragbi Lima Negara Asia (AFN) sekali gus cuba menaiki divisyen teratas selepas menewaskan India 43-29 di Stadium UiTM di sini, semalam.

Skuad negara bimbingan Deano Herewini yang mendahului 23-14 pada babak pertama, akan menghadapi China yang terdahulu mengetepikan Pakistan 25-19 di gelanggang sama bagi penentuan juara divisyen, Sabtu ini.

Aksi mantap itu membolehkan skuad negara beroleh sejumlah besar mata menerusi try Nacani Seniu (centre), Lee Wei Meng (scrum half), Semi Seruvakula Sovunidakua (wing), Timoci Nacokula (centre) dan ketua pasukan, Mohd. Azwan Azimi.

Turut membantu melebarkan kedudukan Malaysia, naib juara divisyen dua 2008 ialah lima conversion dan sepakan penalti yang disudahkan oleh fulbek, Mohd. Fairuz Abd. Rahman selain satu daripada Azizan Abdul.

Pasukan pelawat bagaimanapun membalas menerusi try Parvinder Singh (tightehead), Bikash Jena (centre), Nasser Hussain (centre) dan Ganesh Sawant serta penalti dan conversion Rohaan Sethna (fulbek).

Kemenangan lebih besar dan perbezaan 14 mata antara tuan rumah dengan China yang cuma mengumpul enam mata, membolehkan skuad negara menduduki tempat teratas setakat ini dan berpeluang cerah untuk muncul juara divisyen ini.

Herewini, warga New Zealand yang pernah melatih Hong Kong dari 1997 hingga 2000, berkata: "Kami mendapat mata yang tinggi dengan menampilkan permainan yang menarik sekali gus mencapai sasaran untuk menang.

"Saya gembira dengan kemenangan ini dan saya percaya pemain Malaysia memiliki bakat, kemahiran dan masa depan. Memang kami memiliki tiga import dari Fiji tetapi ragbi bukan hanya bergantung kepada segelintir pemain.

"Mengenai China, saya fikir mereka lebih mencabar tetapi peluang untuk menang ke atas mereka cerah dan kami akan mendekati lawan ini satu persatu," katanya yang turut berpengalaman melatih pelbagai kelab New Zealand, Hong Kong, Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, pengurus pasukan China, Zhang Yan berkata: "Malaysia bermain amat baik dan memikat kami. Saya tidak dapat meramalkan siapa bakal menang atau siapa lebih berpeluang kerana ia bergantung kepada prestasi hari perlawanan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2009 06:51 AM | Show all posts
Ragbi: China sorok kekuatan jumpa skuad negara

KUALA LUMPUR - Malaysia menganggap China tidak menunjukkan kemampuan sebenar ketika berhempas pulas untuk menewaskan Pakistan 25-19 dalam perlawanan Divisyen Dua Ragbi Lima Negara Asia (AFN) di Shah Alam, Rabu lalu.


Pengurus pasukan, Mohamad Kamal Abdul Rahman berkata, keletihan dan kesuntukan masa menyesuaikan diri dengan keadaan padang dan cuaca mungkin menyukarkan negara Tembok Besar tetapi ia bakal berubah hari ini.

"Mereka dikatakan sampai ke sini pukul 1.30 pagi Rabu lalu dan terpaksa pula bermain jam 3 petang sehingga tidak sempat menyesuaikan diri, justeru prestasi mereka (menentang Pakistan) memang kurang memberangsangkan.

"Namun, skuad negara tidak boleh terlalu yakin dengan kekurangan lawan itu kerana semuanya mungkin berubah setelah mereka turut mendapat rehat dua hari (sebelum menentang Malaysia di Stadium UiTM, hari ini)," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Skuad negara bimbingan Deano Herewini dari New Zealand, akan menentukan juara Divisyen Dua AFN dengan China setelah menewaskan India 43-29 malah berpeluang menaiki divisyen teratas sekali gus memperbaiki pencapaian naib juara tahun lalu.

Mohamad Kamal turut menolak andaian bahawa anak buahnya bakal memiliki kelebihan dengan kehadiran tiga pemain import dari Fiji - Nacani Seniu, Timoci Nacokula dan Semi Seruvakula Sovunidakua berbanding China yang dibarisi anak jati sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2009 11:14 AM | Show all posts
Malaysia layak ke divisyen satuOleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

PEMAINMalaysia, Nacani Seniu (dua dari kanan) diasak pemain-pemain China padaperlawanan divisyen 2 Ragbi Lima Negara Asia di Stadium UniversitiTeknologi Mara, Shah Alam, semalam. - MINGGUAN/Roy Aziz

SHAH ALAM - Skuad ragbi kebangsaan mengesahkan tempat ke divisyensatu tahun depan selepas mengalahkan China 43-15 pada perlawanandivisyen dua Ragbi Lima Negara Asia (AFN) di Stadium UniversitiTeknologi Mara (UiTM), semalam.
Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama 14-15, Malaysia bangkit pada babak kedua untuk dengan melakukan empat try, tiga conversion dan satu penalti.
Seawal minit pertama skuad negara dikejutkan dengan try melalui pemain bek, Chen Zum di minit pertama dan conversion disudahkan oleh pemain scrum half, Zhou Bo untuk mendahului 7-0.
Bagaimanapun, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan 7-7 apabila Nacani Seniu melakukan try dua minit kemudian dan Mohamad Faiz Shamsukidir tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan conversion, sebelum China kembali mendahului 10-7 hasil sepakan penalti yang diambil Zhou Bo.
Malaysia bangkit untuk mengejar kedudukan dengan memperoleh try sekali lagi melalui Seniu dan conversion disudahkan dengan mudah oleh Faiz, sebelum China memperoleh satu lagi try yang dilakukan oleh Zhu Peihou untuk menjadikan kedudukan 15-14.
Separuh masa kedua ternyata dikuasai sepenuhnya oleh skuad negara apabila menyempurnakan empat try melalui Sarizan Nasir (minit ke-60), Timoci Nacokula (68), Lee Wei Meng (76) dan Semi Seruvakula Sovunidakua (79) dan tiga conversion dari Faiz bagi kedudukan muktamad Malaysia mengalahkan China 43-15.
Menurut jurulatih negara, Deano Herewini dari New Zealand, walaupunketinggalan babak pertama, dia menasihati pemainnya agar tidak panikserta mengawal permainan sepenuhnya.
"Mereka mengikut segala saranan yang saya berikan dan saya hanyamemberi kata-kata nasihat seperti perlawanan sebelum ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2009 10:08 PM | Show all posts
ak gi a5n ni kat stadium shah alam.. panas terik.. tu pasai china kene tiaw huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:14 AM | Show all posts
malaysia on form time lwn china ler.
   puas ati ngk faiz jd stand off.
superb!
  time lwn india die ade buat mistake but lwn china totally superb!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2009 12:54 PM | Show all posts
aku tak gi... lupe siot.. kengkawn aku cakap best..rugi... rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 12:49 AM | Show all posts

Reply #1039 muor76's post

mmg rugi muor ko tk gi ngk.
   sgt ler best..dh lamer tk ngk mesia main bagus. terharu ngk nyer ler.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.096593 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list