CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: muor76

RUGBY- blood sweat n honour

[Copy link]
Post time 24-11-2010 11:06 PM | Show all posts
good posting..
harap byk lagi posting2 pasal ragbi ni dibuat since ramai yang berminat tapi kurang promosi atau info....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2010 10:17 AM | Show all posts
wowwww....jonah lomu ker tu.....ingatkan dia dah tak main rugby dah.....
satria118 Post at 24-11-2010 22:39


Once berjiwa rugby...xmain main pom tetap turun kasik support cam u all

good posting..
harap byk lagi posting2 pasal ragbi ni dibuat since ramai yang berminat tapi kurang promosi atau info....
taban98 Post at 24-11-2010 23:06


Yup! sudah tentu. insyAllah...sayang kalu sukan nie berkubur begitu sahaja..seperti mana penah dikatakan..supporter ada..fan ada.. player pom ada.. just dari segi promosi & event/tournament aje perlu dimeriahkan as kengkawan/peminat/etc semua xtercari cari

Next year, 2011 ...dijangkakan lebih meriah dgn tournament & pendedahan pada media massa/awam hohohoho.. sometimes ada kengkawan/rugby player memberi feedback 'xpuas main' taun nie hohoho so kalu xde aral melintang hehehe..maybe next year leh main sampai lebam huhuhu...actually kalu ikutkan kalendar rugby yg ada nie pom dah tak terkejar dah:p
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 10:19 AM | Show all posts

Ragbi: Foto CYBERJAYA 10s RUGBY FEST 27 & 28 NOVEMBER 2010

Post Last Edit by webxcrawler at 28-11-2010 17:38



KELAB RAGBI RACCOON (Raccoon RC) bakal menganjurkan kejohanan ragbi 10 sepasukan  pada 27 dan 28 November 2010 di Universiti Multi Media Cyberjaya. Dua puluh empat (24) kelab sudah mengesahkan penyertaan bagi merebut tempat bagi kategori Cup, Plate dan Bowl.

Menurut Pengarah Pertandingan Cyberjaya 10s Rugby Fest, Azizul Fadzli Samad berkata tujuan penganjuran kejohanan ini adalah untuk mempromosikan sukan ragbi di Cyberjaya termasuk memeriahkan kalendar ragbi 2010 di Malaysia.

"  Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) kerana banyak membantu kami menrealisasikan penganjuran ragbi 10 sebelah Cyberjaya ini. Terima kasih juga kepada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Majlis Perbandaran Sepang, Universiti Multi Media, MMP Communications Sdn Bhd, Totall Field, Selamat Pagi Malaysia, Meja Sukan TV RTM, New Straits Times dan  akhbar Sinar Harian," Ujar Azizul Fadzli Samad.

"  Terkini, kejohanan ini turut mendapat sambutan dari kelab-kelab ternama dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," Ujar beliau lagi.

Kejohanan ini dilihat bakal membuka dimensi baru sukan ragbi di Cyberjaya dan orang ramai serta pihak media sekitar Putrajaya dan Cyberjaya di jemput memeriahkan festival ragbi ini yang julung kali diadakan ini.

Kelab Ragbi Raccoon merupakan affiliate kepada Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) mulai tahun 2010.

Mesyuarat Pengurus pasukan akan berlangsung di Universiti Multimedia pada hari Jumaat, 26 November 2010 jam 9 malam. - http://www.sukandaily.com.my/v3. ... ion=com_content&;view=article&id=7:cyberjaya-10s-rugby-festival&catid=1:berita-sukandailytempatan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2010 04:56 PM | Show all posts
ermmm nanti ade team org tua dah monopos men... hahahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2010 05:19 PM | Show all posts
jgn lupe... dtg beramai-ramai sabtu n ahad kat cyberjaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 01:23 AM | Show all posts
erk every single competition ko bukak thread baru... hmmm... nnt aku merge dgn thread rugby...

temporary aje... thread lain aku close n nak merge nnt.. tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2010 08:24 AM | Show all posts
Reply 2# muor76

It's a passion.rugby spirit. Dan banyak lagi team veteran yg masih bermain sama ada sesuka or friendly match or bebetul main:p
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 08:24 AM | Show all posts
erk every single competition ko bukak thread baru... hmmm... nnt aku merge dgn thread rugby...

t ...
karambunai Post at 26-11-2010 01:23


Silakan. saya xde masalah anyway thanxs yea karambunai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 08:53 AM | Show all posts

Ragbi: DISEMBER KEMBALI HANGAT DENGAN NATIONAL SEVENS

KESATUAN RAGBI MALAYSIA (KRM)
bakal menganjurkan Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Kebangsaan serentak bagi kategori senior dan remaja U19 di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 4 dan 5 Disember 2010. Negeri Sembilan, selaku tuan rumah kejohanan berkenaan sedang giat melaksanakan persiapan terakhir venue dan pasukannya menjelang siri kejohanan tujuh sepasukan kebangsaan yang mempertaruhkan Piala Ung Khek Chow.

Bandar Seremban bakal menerima kebanjiran kontinjen handalan negeri-negeri gabungan KRM dari seluruh negara. Bahkan hotel dan homestay sekitar Senawang dan Port Dickson juga hampir penuh dengan tempahan  kerana delegasi-delegasi ragbi tersebut terpaksa bersaing dengan percutian keluarga di musim cuti persekolahan bulan Disember ini. - Sukandaily.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 10:04 AM | Show all posts
terbaikkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 10:06 AM | Show all posts
up this topic for rugby lovers
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2010 05:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 04:27 PM | Show all posts

Ragbi: MARKAS ANGKATAN BERSAMA JUARA CYBERJAYA 10S

Azhar Adnan (Kaduk) kapten Markas Angkatan Bersama


MARKAS ANGKATAN BERSAMA (MAB) muncul juara sulung Kejohanan Ragbi Cyberjaya 10s Rugby Fest setelah menumpaskan Kelab Kuala Lumpur Gunners 12-0 di final kategori Cup. Kejohanan yang berakhir hampir jam 6.57pm menyaksikan 24 pasukan kelab berentap dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi hingga lewat petang.

Pasukan MAB dalam rangka persiapan pasukan ATM 7s menjelang kejohanan National Sevens minggu depan ternyata bukan tandingan di kejohanan ini . Mereka menyapu bersih mata dalam semua perlawanan yang diharungi selama dua hari Cyberjaya 10s di Padang Ragbi Universiti Multimedia Cyberjaya. Sebelum melangkah ke final,  MAB menerima tentangan sengit daripada Politeknik Merlimau Melaka namun mereka menang tetap mara dengan mata 28-0.

Dalam perlawanan akhir menentang KL Gunners, Victor Galikin  berjaya menyempurnakan try pertama MAB pada minit ke-5' dan Firdaus Mohd Ripin menyempurnakan try  kedua MAB pada minit ke-7'. Hanya satu tendangan konversi berjaya disempurnakan oleh Shafie Burhanalis, Flyhalf MAB dan perlawanan berpihak kepada pasukan anak didik Mejar Khalid Hamzah TUDM.

Keputusan penuh CYBERJAYA 10S RUGBY FEST 27-28 November 2010,


Final Shield:  SEMESTI  vs Blok RT (14-0)

Final Bowl :  WIRAWATI  vs RIOBA (12-5)

Final Plate :  MIAT Falcons vs  X-Angels (0-5)          * MIAT Falcons diberi kemenangan secara teknikal.

Final Cup  : Markas Angkatan Bersama  vs  KL Gunners (12-0)

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 10:30 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR – Majlis Cabutan Undi Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan yang melibat Piala Ung Khek Cheow dan Piala KRM-Milo B19 telah berlangsung di Pejabat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) jam 8.30 malam semalam. Majlis cabutan undi tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Abdul Halim Karim, Naib Presiden Kehormat KRM sambil dibantu oleh Nabil Hj. Ahmad Marzuki, Setiausaha Agong Kehormat dan Mejar Khalid Hamzah TUDM, Pengarah Pertandingan KRM.
Bagi kategori Senior, Putrajaya dan pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan telah di undi menduduki Kumpulan A bersama Juara  bertahan tahun lalu, Kelantan.  Kelantan masih dilihat sebagai pasukan ‘favourite’ pada kejohanan kali ini dan bakal menurunkan 6 pemain Sukan Asia Malaysia Guangzhou iaitu pasangan 3 beradik; Mohd Khairul Azhar Md. Noor, Mohd Saizul Hafiz Md Noor dan Mohd Saizul Hafifi Md Noor. Mereka diperkukuhkan dengan gandingan 2 pemain Sekolah Sukan Bandar Penawar ke Sukan Asia Guangzhou iaitu  Mohd Nazreen Fitri Nasrudin dan Zulkifli Azmi serta Mohd Shahir Ashraf Rosli yang juga dari skuad yang sama.
Bagi kategori Remaja bawah 19 tahun, undian yang dijalankan berkesudahan dengan keputusan yang setanding dan sama rata dari segi kekuatannya. Putrajaya bakal membuat penampilan pertama pada tahun ini dan telah diundi ke dalam Kumpulan X bersama Kuala Lumpur, Naib juara 2009 dan Selangor.
Menurut Datuk Abdul Halim Karim, tujuan penganjuran kedua-dua kejohanan tujuh sepasukan kebangsaan ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat pemain ragbi tempatan bagi diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan SEA, Sukan Commonwealth dan Sukan Asia.
“      Prestasi pasukan 7 sepasukan ragbi negara berada pada tahap terbaik setelah kita berjaya menduduki anak tangga ke-5 di Sukan Asia Guangzhou. Sebelum ini kita sekadar berada di tempat ke-7 di Sukan Asia Busan. KRM akan berusaha untuk meletakkan Malaysia di tempat yang lebih baik melalui pencarian bakat-bakat pemain ragbi tempatan di kejohanan ini,” ujar Datuk Abdul Halim Karim, Naib Presiden Kehormat KRM.
Pada tahun ini Negeri Sembilan telah dipilih selaku tuan rumah Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan yang melibat Piala Ung Khek Cheow dan Piala KRM-Milo B19. Kejohanan akan berlangsung pada 4 dan 5 Disember 2010 di Padang Majlis Perbandaran Seremban.

Keputusan cabutan undi di Pejabat KRM 30 November 2010:

PIALA UNG KHEK CHEOW – Senior
Kumpulan A: Kelantan, N Sembilan dan Putrajaya
Kumpulan B: Kedah, PPinang dan Terengganu
Kumpulan C: ATM, Melaka, Pahang dan K Lumpur
Kumpulan D: Perak, Selangor, Johor dan PDRM

PIALA REMAJA KRM-MILO B-19 – Junior
Kumpulan A: N Sembilan, Melaka dan Kedah
Kumpulan B: K Lumpur, Putrajaya dan Selangor
Kumpulan C: Kelantan, Pahang dan Perlis
Kumpulan D: Terengganu, P Pinang, Johor dan Perak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 10:56 AM | Show all posts
Hohohoho orang lain/persatuan etc lain ujung taun sibuk 'tutup buku' hahahah ragbi tempatan..pergh! non stop! so far tgk schedule nonstop until next Feb 2011 hahaha meriah kali nie!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 01:37 PM | Show all posts
ragbi mana penah stop bro....sepanjang tahun ade je tournament / game... kalau stop pun game2 15 a-side .....lain bulan 10's atau 7's.....
bolan posa pun ada tournament tau.....tapi kat s'pore ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 02:04 PM | Show all posts
ragbi mana penah stop bro....sepanjang tahun ade je tournament / game... kalau stop pun game2 15 a-s ...
taban98 Post at 1-12-2010 13:37


betul betul.. dari dulu sampai sekarang hahahaha... siap ada tournament yg sampai sekarang xde final kot..ke xde final but dah menang? hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:24 AM | Show all posts
jgn lupe... dtg beramai-ramai sabtu n ahad kat cyberjaya
muor76 Post at 25-11-2010 17:19



    Hujung minggu ni full book event ragbi kat cyberjaya n soromban huhuhuhu




http://www.sukandaily.com.my/v3.1/index.php?option=com_jevents&view=year&task=year.listevents&Itemid=7
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:37 AM | Show all posts
fuhhh....penuh jadual nampak...? huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 01:01 PM | Show all posts
paling common, pergi je kat padang utara tu....
mostly tiap2 petang ada orang main ragbi kat situ.. ...
taban98 Post at 29-4-2010 15:35

Hahaha baru nak cakap gitu. Anyway, next year Jan 2011 ada pencarian bakat baru rugbi & klinik ragbi di putrajaya so maybe itu boleh jadi batu lonjatan anda:p Hehehe berguru aje dgn abang taban98 tue..orang lamooo tu AUMMMM!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064311 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list