CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Nilai filem P. Ramlee sudah ketinggalan zaman

[Copy link]
Post time 3-4-2008 09:05 PM | Show all posts
Pada aku dalam setiap filem, pengkaryanya mahu memberitahu sesuatu. Filem bukan tempat mencari mesej semata-mata. Kalau si hazimy ni tak suka genre filem p.ramlee, dia tak boleh kata "usahlah tayangkan", sebab value seni dan apresiasi di mata setiap orang adalah berlainan. Aku contohnya, aku tak tengok filem untuk cari benda baik-baik saja. Aku bukan nak tengok happy ending sepanjang masa. Aku nak mengalami pengalaman, bagaimana satu-satu karya tu boleh membersihkan jiwa aku setiap kali selesai menonton. Tak kiralah dengan cara apa pun. Kalau Hazimy tak suka Kassim Selamat, maka jadikanlah Kassim Selamat itu cermin untuk dirinya sendiri, maksudnya - janganlah jadi macam tu. So, P.Ramlee sudah berbakti kepada kita dengan cara itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2008 09:58 PM | Show all posts
attee, wehhh!!!!

teman mmg peminat setia filem2 p ramlee terutamanya yg komedi.... teman hafal sesetengah dialognya dan agar tidak hilang dek zaman, teman telah tulis balik dialog2 (bukan lakunlayarnya) filem beliau utk simpanan teman. saja2 seronok....

filem2 beliau dihasilkan tahun 60an tapi byk isu2 yg diketengahkan beliah pd masa itu, byk yg jadi realiti kehidupan hari ini, sama ada di malaysia atau di dunia. itulah kelebihan beliau yg mendahului zamannya.

saya ambil adegan di awal filem Ali Baba Bujang Lapok di mana Marjina sdg membeli-belah barangan keperluan dapur di pasar awam. kelihatan beberapa orang penjual menjaja candu dan ganja secara terang-terangan. lihatlah bagaimana dadah ini skrg dijual secara berleluasa skrg ini, walaupun masih diharamkan di malaysia tetapi di beberapa negara barat, penjualan dadah2 ini telah dihalalkan dn dianggap sbg dadah rekreasi.

ooopppsss, ada urusan skjp... nnt sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 02:09 AM | Show all posts
a legend will never be forgotten. x kisah lar dalam industri perfileman, sukan dsb.

mungkin certain value kita boleh consider irrelevant/lapuk tapi basic human value x berubah sebb manusia sebenarnyer x berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 08:40 AM | Show all posts
xjemu tgk lakonan dia..lirik dalam laguyg puitis.. pastu suasana tmpt blakon walaupon dlm studio..tetap dpt dibawak dgn jayanye..skrip die smpai skrg aku apal..

alif mim nun wau..sarkas
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 12:26 AM | Show all posts
aku tak pernah jemu tgk citer P.Ramlee walaupun dah berulang2 kali ditayang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 06:41 PM | Show all posts
citer p ramlee ni yg komedi pun tetap ada nasihat dan mesej2..bukannya lawak macam citer razak mohaideen...
yg plg aku ingat dalam citer seniman bujang lapok scene aziz,sudin n ramlee dgn guard singh tu.kata ramlee'bahasa menunjukkan bangsa'-ada mesejnya di situ...
just my 2cen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2008 11:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 11:48 AM | Show all posts
kalo korang perasan..
setiap kali kiter tgk filem komedi p.ramle...
kite masih lg nk ketawa walaupon kiter dh boleh hafal skrip nyer...
cube kiter tgk filem komedi skrg, baru tgk 2 kali dh boring...
nilai yg macam tu la susah kiter nk carik dr filem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2008 02:15 AM | Show all posts
aku merupakan seseorang yg kalo tgk movie, aku mmg suke movie yg boleh buat aku berfikir dan belajar sesuatu daripadanya. tapi aku suke gak cite2 berbentuk hiburan tapi janganla yg bodoh sangat sampai aku rasa mcm insulting aku nye intelligence. kalo nak buat filem bodoh, biar buat bodoh teros macam dalam scary movie tu. kenapa aku nak kene ckp sal ni seme? kerana sbg seseorg yg preferencenye lebih kepada movies yg ada unsur2 realisme dan pengajaran, aku nak kata yg aku suke cite p.ramlee, terutama sekali cite ibu mertuaku.

kalo ikot perasaan aku mmg nak kata penulis artikel yg pertama tu bodoh dan merepek tapi cam tak baik pulak tapi tulah hakikatnya. masalahya, siapa yg sanggup pegi keje pakai cam buruh kasar pastu pegi kelab tukar baju dan transform jadi ahli muzik? aku berpendapat, mmg lumrah manusia yg suke berkorban demi org tersyg... jadi apa yg kassim selamat buat tu bagi aku amat realistik dan hingga ke hari ini masih dilakukan oleh kaum masyarakat kita tak kira bangsa atau usia.

jadi ape yg tak relevannya? dan aku juga rasa sebagai manusia, we tend to be emotional. jadi bila kassim menangis sewaktu mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia, bagi aku it is common and most ppl wud react tt way anyways. jadi ape yg lurus bendul, naif, gembengnya si kassim ni?

gosh, i just dun get the writer! agaknya kalo kaum terdekat dia meninggal, dia akan menerimanya ngan "lapang dada" kot (just to quote him, haha).

maaf teremosi sikit tapi aku mmg ada habit akan emosi bila aku baca atau dgr hujah yg kurang bijak sikit. lagi tak tahan baca senario2 yg penulis tu bentangkan (esp gi keje pakai baju buruh pastu gi kelab transform jadi ahli muzik. GOSH WHO WUD GO THRU ALL THE TROUBLE?! HAHA!)
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 04:01 PM | Show all posts
aku walau seribu kali ulang pun aku tetap terhibur dgn citer2 arahan alayarham p.ramlee...mmg byk mesej yg disampaikan hingga ke hari ini....mmg mengkagumkan sbb apa yg disampaikan betul2 terjadi pada hari ini...antara yg aku ingat dalam dialog kat bawah ni;

dialog 1 (citer nasib si labu labi)
Haji bakhil ckp: budak2 tak boleh pegang duit byk2 (scene masa minta derma )
- cuba kita tgk zaman skrg nih budak2 terlalu dimanjakan oleh mak bpk...mmg spoil abis!...ckp pun tak guna..

dialog 2 (citer alibaba bujang lapok)
sudin(jd kasimbaba) ckp: hari2 mau pinjam...hari2 mau pinjam...laki kau pemalaslahhh...unta padang pasir pun tak malas mcm laki kau   (scene norsiah bini alibaba dtg pinjam gandum)
- benar2 terjadi kan pada zaman skrg nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 04:28 PM | Show all posts
mmg pun...
filem p.ramlee ne aku tengok  berpuluh2 kali pun aku still dok gelak gak..
selain dr cerita2 lawak yg dia buat tu ada unsur pengajaran dsebalik kata2 dialig dia tu...
cuma antara org perasan atau tak....
filem mcm arahan p.ramlee nelah yang baru boleh kita puji ..
bukan mcm filem prof.razak yg mcm sampah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 12:43 AM | Show all posts
tunjuk utk hiburan okla.
tp kalau nk amek serius mmg tak la kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 03:27 AM | Show all posts
filem hanya menarik ditonton jika ada sesuatu yang unik, luarbiasa dan dilebih lebihkan tentang sesuatu...dan iya memang dicipta begitu....kalau orang ni buat filem tentu ceritanya boring dan mendatar...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 02:31 AM | Show all posts
rilek ar bro..tgk la wktu 2 zmn ap?
ustazh pun pkai tudung ala2 ct gtu...

org skang leh amik ikhtibr jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 02:31 PM | Show all posts
pilim2 p ramleee sgt la overrated!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 01:03 PM | Show all posts
suke p.ramlee's movie
tak pernah jemu

even, tiap2 minggu, @ channel yg berbeza, tetap tengok...tak penah miss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2008 08:34 AM | Show all posts
filem p ramlee mmg filem  sekular...dalam filem p ramlee ada tak adegan sembahyang? adegan p ramlee pakai baju melayu dan tegur sazali yang mabuk mabuk tu ader laaa...

filem p ramlee banyak adegan couple...berpoya poya ngan perempuan....mengenyam genyam dan gatal.. jgn marah mmg betul....

dalam filem p ramlee juga ada adegan org melayu main judi...org melayu bodoh...x reti...suka ketawa kat org lain..dan suka sebut bahalul(bagus sebab mencerminkan diri sendiri)cakap x nak jatuh dan sebagainya ...termasuk kes kes poligami

filem ibu mertuaku tu terlalu emosi laaa...filem ni mmg banyak dikaji...macam ngarut laa plak...walau camner pun cerita ni masih ada nilai...contohnya joli duit ...siap judi kuda lagi...last last duit abis...hidup merana....

filem ni mengarut sebab kassim selamat tak reti cari kerja lain selain dari ahli muzik...dier pernah cuba jadi buruk kontrak...tapi zaman sekarang ni perlu ker jadi buruh kontrak? buruk kontrak semua indon ajer

disebabkan isteri dier anak org kaya dan diorang pun pernah dapat duit dari mak mertua iblis tu..sepatutnya guna laa duit tu bukak warong jual air ker goreng pisang ker...haiya susah lerr kalau nak main musik ajer...kalau nak main musik pun main ajer laaa...ko dah kahwin pun ngan sabariah....

dier butakan mata  sendiri....hmm apa kejadahnya butakan mata sendiri? bahaya ooo penonton yang tengok boleh terpengaruh cara kassim selamat ni selesaikan masalah....




[ Last edited by  abgboroi at 19-4-2008 08:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 08:53 AM | Show all posts
Cerita-cerita P Ramlee ni memang favourite akak biarpun dah ketinggalan zaman. Berpuluh-puluh kali tengok pun tak pernah jemu. Tapi janganlah cerita dia yang macam Do Re Mi dan dia punya sekual, itu memang tak tengoklah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by liv_tyler at 19-4-2008 08:53 AM
Cerita-cerita P Ramlee ni memang favourite akak biarpun dah ketinggalan zaman. Berpuluh-puluh kali tengok pun tak pernah jemu. Tapi janganlah cerita dia yang macam Do Re Mi dan dia punya sekual,  ...


do re mi filem p ramlee yang langsung takde apa apa makna kak liv tyler oitss....ini filem cuma hiburan semata mata takde khasiat langsung....

dalam filem ni ..si mi tu ader mintak sabun...pastu puteri tu cakap sabun dalam bilik mandi....tahu tak sabun tu untuk buat apa? hmm sabun tu nak buat mel***cap ...

filem p ramlee ader maksud tersirat yag memualkan pada setengah org hihih
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 11:08 PM | Show all posts

alaaaa kasim ampumkan mak kasim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.343865 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list