CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Genting Highlands, Pahang

[Copy link]
Post time 23-10-2007 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by vitamin_c at 22-10-2007 04:44 PM
aku g genting 2 nov.tarikh ni je ada kosong.last sekali pegi, bulan 4 hari tu.OKla untuk percutian yang cepat dan senang.


aku pun g genting date ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2007 01:50 PM | Show all posts
Belasungkawa: Lim bermula sebagai tukang kayu
Oleh Anwar Hussin dan Azli Ayob


KONGSI PENGALAMAN: Lim bersama Timbalan Presiden Genting, Tun Haniff Omar melancarkan buku mengenai kisah kejayaan berjudul My Story.

Merantau dari China berbekal AS$175 tersenarai antara individu terkaya di dunia

TAN Sri Lim Goh Tong yang meninggal dunia semalam, berhijrah ke Tanah Melayu dari China pada 1937 dan bekerja sebagai tukang kayu bagi mencari 'sesuap nasi' tapi kemudian mampu membina pusat peranginan bertaraf dunia di Genting Highlands pada 1965 dan muncul sebagai hartawan Asia.

Lim akan terus dikenang sebagai lelaki yang menentang arus dengan membina pusat peranginan berkenaan yang ketika itu lokasi berkenaan tidak mahu dimajukan oleh sesiapa.

Beliau yang dilahirkan di Anxi, Wilayah Fujian, China pada 28 Februari 1918, berhijrah ke Malaysia, ketika berusia 20 tahun berbekalkan wang AS$175 (RM665 nilai mata wang sekarang).

Dengan kisah hidup yang agak menarik dalam kegigihannya mencapai kejayaan, beliau akhirnya tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World’s Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007.

Beliau berada pada tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).


BERTARAF DUNIA: Genting Highlands yang dirakam pada 1996 semakin pesat dimajukan dan menerima ramai pengunjung.


Lim yang meninggalkan seorang balu, Puan Sri Lee Kim Hwa dan enam anak juga dikenali sebagai 'Raja Kasino' tiba di negara ini selepas mengharungi perjalanan 10 hari dan bekerja sebagai tukang kayu serta menjual barang runcit sebelum membabitkan diri dalam perniagaan kontraktor kecil.

Dengan menggunakan hasil simpanan wangnya, beliau menubuhkan syarikat pertama, Kien Huat Construction pada 1951 yang kekal sebagai entiti perdana persendiriannya.

Salah satu kejayaannya ialah menjadi kontraktor kecil bagi projek pembangunan Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur dan kemudian menyiapkan projek bernilai RM300,000 membangunkan sistem pengairan di Kuala Lumpur.

Keupayaannya itu membolehkan Kien Huat Construction menjadi kontraktor kerajaan berlesen yang memberikannya pelbagai kontrak. Antara projek yang dilaksanakan Kien Huat ialah Empangan Air Itam di Pulau Pinang, Skim Pengairan Kemubu Kelantan dan Projek Kuasa Elektrik Hidro Cameron Highlands.

Ketika menyiapkan empangan Cameron Highlands dalam 1964 beliau dikatakan melihat peluang memajukan satu pusat peranginan atas bukit berdekatan Kuala Lumpur. Pada 1965, beliau mengasaskan Genting Bhd yang diberikan lesen tunggal kasino oleh Kerajaan Persekutuan.

Kumpulan Genting kini menjadi antara konglomerat terulung Malaysia yang disenaraikan di bursa saham tempatan, Singapura dan Hong Kong dan menerusi beratus anak syarikat dan syarikat sekutunya, ia terbabit dalam pelbagai perniagaan daripada perhotelan, riadah dan peranginan, perladangan, pembinaan, minyak dan gas sehinggalah penjanaan tenaga elektrik.

Ramai yang hanya mengetahui Genting Highlands sebagai projek beliau, tetapi sebenarnya, banyak lagi projek besar seperti Empangan Ayer Hitam di Pulau Pinang, Jambatan Sultan Yahya Putra Kota Bharu dan Rancangan Pengairan Kemubu.

Selain mempunyai perniagaan kasino di Malaysia dan Britain dan sebuah lagi yang dirancang di Singapura, Kumpulan Genting juga mempunyai kepentingan dalam sektor percutian, tenaga, minyak dan gas, hartanah dan perladangan.

Anak syarikatnya yang disenaraikan di Hong Kong iaitu Star Cruises adalah pengendali kapal persiaran mewah ketiga terbesar di dunia. Anak syarikat lain termasuk Genting International yang memiliki Stanley Leisure iaitu pengendali kasino terbesar di United Kingdom.

Pada 31 Disember 2003 beliau menyerahkan empayar perniagaannya kepada anak lelakinya, Tan Sri Lim Kok Thay dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Genting Berhad yang diasaskannya lebih 30 tahun lalu.

Lim yang juga seorang dermawan juga diingati melalui derma RM20 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman.

Beliau juga banyak menerima anugerah termasuk Anugerah Hartanah Tahunan 2002 oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI), Pengurus Tahunan oleh Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia 1987 dan Business Achiever of the Year oleh Yazhou Zhoukan, sebuah akhbar harian perniagaan China antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong.

Beliau juga melancarkan autobiografi dalam 2003 yang bertajuk My Story. Lim pernah mendedahkan 15 resipi kejayaannya sehingga menjadikan Genting Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2007 05:25 PM | Show all posts
Genting tengah berkabung ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 12:00 AM | Show all posts
memang iyer genting akan berkabung nanti.......so sesaper yg dah book kat genting tu rugi lah sbb theme park tutup setengah hari
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2007 08:34 AM | Show all posts
SIB BAIK X GI MINGGU NIE..BARU PLANNING NK GI....TENGAH BERKABUNG LAK...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 01:14 PM | Show all posts
sapa tau apartment kat genting nak sewa dekat mana?

plan nak pegi ramai2 nie...mcm mana nak booking apartment...sbb nak booking hotel pegi ramai2 mcm x berbaloi plak..apartment senang...sumbat jer ramai2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2007 11:34 AM | Show all posts
nie antara pic2 masa g genting bln 10 hrtu.. bz sgt sblm nie.. skrg nie br free nk tepek..




















[ Last edited by  BaBY_GuRL at 24-12-2007 12:37 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 11:40 AM | Show all posts
nie lak pemandangan dr balkoni hotel yg saya duduk..




















[ Last edited by  BaBY_GuRL at 24-12-2007 12:40 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 12:13 PM | Show all posts
outdoor theme park & skyway..




































[ Last edited by  BaBY_GuRL at 24-12-2007 12:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 12:58 PM | Show all posts
gmbr masa on the way nk balik..













Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 04:47 PM | Show all posts

dari dlm room


bisa gugur jantung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 04:31 PM | Show all posts
sapa pernah stay kat Ria Apartment, Genting. OK x? camna nk book?
Bersih x? any advice?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 04:24 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 04:35 PM | Show all posts


Cable Car Depot


Genting Airway



[ Last edited by  satira2008 at 9-1-2008 04:36 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 05:05 PM | Show all posts
nak masuk main2 kat theme park dia tu brp ringgit yek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 05:43 PM | Show all posts
bln 3 ari tu g genting...
tp x syok nk main kt outdoor games...ptg2 sure ujan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2008 07:33 PM | Show all posts
masalah dgn genting ialah cuaca dia tak sama dengan cuaca kat bawah..

so, kalo nak pegi outdoor tu.. kena pegi awal pagi... kalo pegi tghari, baru main kejap dah hujan turun.. rugi jer beli tiket mahal2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 02:15 PM | Show all posts
salam... liz ingat nak pi Genting bawak family. Ada 3 family nanti pergi.
Boleh tak sesapa suggest hotel mana yang okay dan harga berpatutan taknak la mahal2. kAmi tong2 byr nih.

7adult ... 2 child.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 11:45 AM | Show all posts
sapa ada voucher genting yang nak dijual..? URGENT..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 12:33 PM | Show all posts
masa kami pegi ...19/5 cuti wesak day...
tinggal kat resort hotel...
bilik besar tapi mahal sikit lah...kalau first world hotel murah lagi...dalam bawah 100 kot..

tapi yang best time public holiday..outdoor park bukak sampai 10pm...pukul 9.30mlam ku main super tobogan lagi...selamat tak kena sampuk dek jin genting...
akekekekek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.439777 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list