CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17418|Reply: 17

[MERGED] Mata anak - masalah-masalah, rawatan dan penjagaan

[Copy link]
Post time 10-7-2006 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Rawatan penglihatan kanak-kanak afakia
Oleh Dr. Haliza Abdul Mutalib


Katarak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2006 10:16 AM | Show all posts
Syd..ni antara penyakit klu kawen ngan sedara dekat kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 10:49 AM | Show all posts
maksudnya, kalau kita kawin ngan sepupu etc
kemungkinan besar boleh dpt penyakit nih ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 05:35 PM | Show all posts

Masalah-masalah mata dihadapi kanak-kanak

Retinoblastoma di kalangan kanak-kanak


PEMBEDAHAN perlu dilakukan untuk membuang ketumbuhan daripada terus merebak - Gambar hiasan.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh: AIZAWATI AHMAD

MASIH ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari berhubung bahaya penyakit kanser mata (retinoblastoma) di kalangan kanak-kanak.

Malah, nasihat doktor supaya membuang mata terbabit berikutan ketumbuhan yang dialami semakin membesar dan serius juga kurang diambil kira.

Sebaliknya, tidak ramai menyedari bahawa tindakan membantah nasihat doktor itu boleh mengakibatkan nyawa anak mereka terancam.

Sehubungan itu, kerjasama ibu bapa bagi mendapatkan rawatan awal boleh membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang menghidap penyakit ini.

Pakar Perunding Oftalmologi, Hospital Selayang, Dr. Chin Pik Kee berkata, retinoblastoma merupakan sejenis kanser yang berpunca dari retina.

Menurut beliau, retina merupakan lapisan garis nipis yang terdapat pada saraf di dalam mata.

``Ia seperti filem di dalam kamera yang dapat merakam imej di sekeliling kita,'' katanya.

Menurut beliau, retinoblastoma menyerang kanak-kanak tanpa mengira jantina dan ia sering dihidapi oleh kanak-kanak yang berumur satu hingga tiga tahun.

Tambah beliau, kanak-kanak merupakan golongan yang terdedah kepada penyakit tersebut.

Berdasarkan statistik antarabangsa, sebanyak satu kes daripada 30,000 bayi yang lahir menghidap retinoblastoma.

Retinoblastoma berpunca daripada gen (gen RB1) tidak normal yang menghalang pertumbuhan sel.

Kehilangan gen itu boleh mengakibatkan berlakunya pertumbuhan tidak terkawal sehingga mendatangkan kesan kepada sel retina yang boleh membawa kepada penyakit barah.

Menurut Dr. Chin, sebanyak 40 peratus kes retinoblastoma berpunca daripada keturunan manakala selebihnya bukan disebabkan daripada faktor keturunan.

PUNCA

A. Punca daripada keterunan

* Peluang untuk menghidap retinoblastoma lebih tinggi iaitu sebanyak 50 peratus.

* Biasanya kedua-dua mata kanak-kanak terbabit akan dijangkiti oleh ketumbuhan yang banyak.

* Ketumbuhan tersebut akan mula ketara pada usia kanak-kanak berkenaan 18 bulan ataupun lebih awal.

* Lebih terdedah kepada risiko untuk menghidap kanser pada bahagian anggota badan yang lain.

B. Punca bukan dari keturunan

* Ketumbuhan tersebut akan mula ketara ketika kanak-kanak itu berusia dua tahun.

* Biasanya hanya sebelah mata yang akan dijangkiti dan membabitkan satu ketumbuhan sahaja.

* Penyakit tersebut tidak akan diturunkan kepada anak-anak.

TANDA-TANDA

A. Terdapat tanda putih pada anak mata (leucocoria)

Sebanyak 60 peratus pesakit mendapati anak mata mereka mempunyai tanda putih pada peringkat awal retinoblastoma.

Pada peringkat awal, ibu bapa akan dapat mengesan sesekali tanda berkenaan contohnya dalam keadaan cahaya lampu yang malap atau melalui penglihatan kanak-kanak tersebut yang tidak tepat.

Setelah ketumbuhan itu semakin membesar tanda putih akan lebih ketara pada mata kanak-kanak berkenaan.

Kadangkala sekiranya dilihat pada gambar akan kelihatan tanda di kedua-dua mata pesakit tidak serupa iaitu sebelah mata yang normal akan merah dan mata dijangkiti didapati seperti normal.

Ibu bapa yang mendapati anak mereka memiliki tanda tersebut dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar mata.

B Mata juling

Sebanyak 20 peratus pesakit mengalami tanda-tanda masalah mata juling.

Ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan secepat mungkin daripada doktor pakar mata sekiranya mendapati anak mereka mengalami masalah mata juling.

C. Mata kemerahan dan membengkak (peringkat akhir).

Pada peringkat ini pesakit terlewat untuk mendapatkan rawatan kerana ketumbuhan tersebut telah merebak.

Ramai ibu bapa yang dapat mengesan tanda putih atau kejulingan pada mata anak mereka tetapi malangnya mereka tidak mendapatkan rawatan segera sehingga mata kanak-kanak terbabit membengkak selepas beberapa bulan.

Ada juga pesakit telah mendapatkan rawatan diagnosis daripada doktor pakar tetapi ibu bapa menolak untuk meneruskannya sehingga ketumbuhan itu berada di tahap serius.

Pada tahap seumpama ini, rawatan secara drastik diperlukan dan biasanya pesakit sukar untuk diselamatkan.

DIAGNOSIS

Rawatan diagnosis seperti ujian CT Scan dan ultra bunyi akan dilakukan terhadap pesakit yang disyaki menghidap retinoblastoma.

Tujuan rawatan:

* Untuk menyelamatkan penglihatan dan juga nyawa kanak-kanak terbabit.

* Rawatan juga bergantung kepada tahap dan saiz ketumbuhan.

* Ketumbuhan kecil boleh dirawat dengan menggunakan rawatan secara laser atau cryotherapy dan biasanya kaedah tersebut mampu melindungi penglihatan pesakit.

* Apabila kanser mula merebak hampir keseluruhan bahagian mata, pembedahan untuk membuang mata yang dijangkiti itu diperlukan.

* Dengan rawatan kimoterapi ia dapat mengurangkan kadar ketumbuhan dan seterusnya pesakit boleh menjalani rawatan secara laser atau cryotherapy. Rawatan tersebut juga diperlukan apabila barah telah merebak pada bahagian luar bola mata dan seluruh tubuh pesakit.

* Rawatan secara radiasi boleh dilakukan pada bahagian mata yang mengalami ketumbuhan. Bagaimanapun, rawatan itu boleh mendedahkan pesakit kepada komplikasi lain seperti kecacatan teruk pada muka, kerosakan pada bahagian lain struktur okular (ocular) dan terdedah kepada penyakit kanser yang lain.

KESAN JANGKA PANJANG KEPADA PESAKIT RETINOBLASTOMA

* Pesakit mudah terdedah kepada lain-lain penyakit barah apabila mereka semakin meningkat dewasa.

* Biasanya pesakit yang pernah menghidap retinoblastoma akan terdedah kepada penyakit barah tulang.

* Ibu bapa perlu menerima kenyataan bahawa anak mereka mungkin akan hilang penglihatan sekiranya ketumbuhan tersebut semakin membesar sehingga memaksa doktor melakukan pembedahan untuk membuang mata kanak-kanak terbabit.

LANGKAH YANG PERLU DiAMBIL OLEH AHLI KELUARGA PESAKIT

* Semua ahli keluarga pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar.

* Pemeriksaan itu penting sekiranya retinoblastoma merupakan penyakit turun-temurun keluarga terlibat.

* Ibu bapa diminta supaya menerima nasihat doktor pakar demi keselamatan nyawa pesakit.

[ Last edited by  Syd at 10-8-2006 11:39 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 11:39 AM | Show all posts
Masalah mata dihadapi kanak-kanak meningkat

PENGLIHATAN merupakan deria yang paling penting kerana ia mendedahkan kita kepada pelbagai maklumat yang ada di sekeliling. Setaraf dengan nilai tersebut, mata perlu dijaga serta dijauhi dari bahaya yang boleh mengancam fungsi-fungsinya.

Sebagaimana dewasa, kanak-kanak juga menghadapi risiko-risiko yang menyebabkan mereka hilang penglihatan.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 1.5 juta kanak-kanak buta di seluruh dunia.

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut pula berbeza di antara negara seperti status pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

Bagaimanapun, 30 hingga 70 peratus daripada kebutaan di kalangan kanak-kanak boleh dielakkan, sementara kira-kira 58 peratus boleh dicegah.

Perunding Oftamologi, Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn, Dr. Zainal Mohamad berkata, masalah mata di kalangan kanak-kanak di Malaysia amat tinggi.

Kajian-kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah mendapati ramai pelajar mengalami masalah penglihatan.

Menurut pakar mata, masalah ini berlaku disebabkan ketiadaan prosedur atau kaedah pemeriksaan teratur untuk menilai masalah kemerosotan penglihatan bagi kanak-kanak yang berumur antara dua hingga enam tahun.

``Paling cepat pun, kebiasaannya seorang kanak-kanak hanya menjalani ujian mata apabila berusia tujuh tahun atau setelah masuk ke sekolah rendah.

``Pada tahap tersebut, boleh dikatakan agak terlambat kerana waktu yang paling sesuai ialah semasa berusia dua hingga enam tahun atau ketika berada di prasekolah,'' katanya

Menurut Dr. Zainal, kanak-kanak boleh menjadi buta masalah katarak retina, kornea, penyakit keturunan dan kemalangan semasa di rumah atau sekolah.

Bagaimanapun, penyakit ini tidak akan melarat sehingga menyebabkan mereka menjadi buta sekiranya ia dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

``Sebagai contoh, anak kepada ibu yang buta disebabkan katarak jika dirawat matanya secepat mungkin akan dapat mengelakkan dia menerima nasib yang sama sebagaimana ibu.

``Begitu juga masalah-masalah lain. Apa yang penting, jika ibu bapa mendapati ada sesuatu yang berbeza pada mata atau penglihatan anak-anak, segeralah berjumpa pakar mata,'' jelas beliau.

Antara masalah biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak ialah tidak mampu melihat dengan baik, tidak dapat menyalin apa yang tertulis pada papan hitam, mengecil atau merapatkan mata bila melihat dan membaca serta mengalih atau berpaling ke sisi untuk melihat papan tulis atau televisyen.

Tanda-tanda masalah mata juga boleh dikesan jika anak-anak menonton televisyen dengan jarak yang terlalu dekat, mata bergerak-gerak dengan cepat dari sebelah kiri ke kanan atau dari atas ke bawah tanpa dapat dikawal, selalu menggosok mata dan mata tidak seiringan apabila melihat sesuatu.

Selain itu, masalah mata yang memerlukan perhatian ialah kelopak mata membengkak dan ptosis atau keadaan kelopak mata kelihatan jatuh seperti mata mengantuk dan juling

Begitu juga penyakit-penyakit seperti glaukoma, katarak, retinoblastoma, retinitis pigmentosa dan pterigium yang hanya boleh dikesan jika menjalani pemeriksaan mata.

Tidak ketinggalan, kecederaan mata seperti masuk benda asing dalam mata, bahan kimia, kecederaan tumpul, kecederaan di kelopak mata, kecederaan konjuntiva, calaran kornea, kebocoran kornea dan hyphaema.

``Selain itu masalah biasa pada mata anak-anak ialah selalu berair dan melekit, terlalu sensitif pada cahaya, mata merah disebabkan gangguan, ransangan dan alahan.

``Ia menjadi masalah besar kepada kanak-kanak apabila kelopak mata mula membengkak, gatal yang amat sangat dan alergi yang kronik boleh dilihat dengan kegatalan yang berlanjutan,'' jelasnya.

Sehubungan itu, bagi menangani masalah-masalah ini, kata Dr. Zainal terdapat tiga peringkat pencegahan atau rawatan yang perlu diberi perhatian.

Peringkat awal melibatkan pemakanan iaitu pengambilan pemakanan yang sihat mengandungi vitamin A.

Sementara peringkat kedua pula mengenal pasti penyakit yang dialami dan mengubati penyakit tersebut dengan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Peringkat ketiga menjurus kepada pengurusan kebutaan yang melibatkan anak-anak kepada ibu bapa yang menghadapi masalah mata diperiksa dan diberi rawatan pencegahan.

``Pengesanan peringkat awal di kalangan kanak-kanak paling penting yang mana ketika usia lima tahun mereka patut menjalani ujian mata.

``Ini kerana masalah mata boleh menyebabkan psikomotor kanak-kanak jadi lambat atau tertunda apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa belajar,'' katanya lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2006 03:28 PM | Show all posts

Kanta sentuh khas kanak-kanak


IBU bapa akan dilatih cara-cara yang betul pemasangan kanta sentuh ini.
--------------------------------------------------------------------------------
Oleh NAJIBAH HASSAN

PERTAMA kali melangkah ke alam persekolahan memang menyeronokkan. Selain sebagai titik permulaan meneroka dunia baru, peringkat ini juga tanpa disedari membantu mendedahkan banyak `rahsia' status kesihatan seorang kanak-kanak.

Umumnya, pada peringkat ini masalah penglihatan yang tidak disedari oleh ibu bapa, mahupun kanak-kanak itu sendiri mula dikenal pasti. Masalah penglihatan antara masalah kesihatan yang paling kerap ditemui pada peringkat ini.

Sebenarnya, masalah penglihatan ini dihidapi sebelum seorang kanak-kanak memasuki alam persekolahan. Cuma, tanda-tandanya lebih ketara setelah mereka bersekolah. Sehubungan itu, rata-rata ibu bapa berpendapat, tiada cara terbaik dalam membantu memulihkan masalah penglihatan anak-anak mereka melainkan menggunakan cermin mata.

Bagaimanapun, kapasiti cermin mata dalam membantu memulihkan masalah penglihatan ada hadnya. Justeru, sepasang cermin mata bukan segala-galanya.

Lazimnya, ia mungkin sesuai untuk kanak-kanak yang telah bersekolah dan boleh mengendalikan dengan baik. Persoalan yang timbul ialah adakah kaedah konvensional ini boleh diguna pakai untuk kanak-kanak berusia kurang dari tiga tahun atau seorang bayi yang dikesan menghadapi masalah penglihatan sejak dilahirkan?

Tentu tidak. Malah, penggunaan cermin mata pada peringkat ini bukan saja tidak praktikal, malah ia menyebabkan kanak-kanak atau bayi terbabit berasa rimas. Sehubungan itu, bagi menangani masalah ini kanta sentuh khas adalah jawapannya.

Sama ada untuk teraputik mahupun kosmetik, selama ini ramai beranggapan kanta sentuh hanya sesuai untuk remaja dan orang dewasa. ``Kanta sentuh adalah alternatif terbaik untuk menangani masalah penglihatan di kalangan bayi dan kanak-kanak.

``Malah, ia juga diakui selamat dan berkesan,'' kata pensyarah dan Pakar Optometris, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur, Dr. Haliza Abdul Mutalib.

Dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa yang direka khas, kanta sentuh ini boleh diperoleh dalam pelbagai saiz. Selain itu kelengkungan dasar, jenis material, kuasa refraktif dan warnanya juga berbeza-beza. Menurut beliau, bergantung kepada keperluan seorang kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk tempoh sementara atau sepanjang hayat.

``Penggunaan kanta sentuh ini lebih praktikal sekiranya bayi terbabit dikesan menghadapi masalah penglihatan sejak lahir seperti konginetal katarak,'' katanya. Tidak seperti orang dewasa, bayi yang menghadapi masalah katarak sejak dilahirkan tidak boleh menjalani pembedahan menggantikan kanta (intraocular) palsu.

Ini kerana, mata bayi masih boleh membesar beberapa milimeter sehingga usianya tiga tahun. ``Penggunaan kanta mata palsu di kalangan bayi atau kanak-kanak boleh meningkatkan risiko ia teralih dari kedudukan asal akibat proses tumbesaran,'' katanya. Kata beliau, kebanyakan masalah penglihatan pada kanak-kanak dirawat ketika memasuki tahun satu persekolahan.

Beliau tidak menafikan, peratusan kanak-kanak yang memerlukan pembetulan penglihatan sebelum memasuki alam persekolahan semakin meningkat kebelakangan ini. ``Biasanya, masalah ini akan diperbaiki dengan sepasang cermin mata,'' ujarnya.

Namun, katanya penggunaan cermin mata pada usia yang terlalu muda boleh menghilangkan keyakinan diri seorang kanak-kanak. Ini kerana, mereka sering menjadi bahan ejekan atau cemuhan sama ada di kalangan rakan-rakan mereka mahupun rakan ibu bapa mereka.

Menurut Dr. Haliza kadar keberkesanan penggunaan kanta sentuh terutama kanak-kanak afakik (tanpa kanta), bergantung pada banyak faktor. Ini termasuklah umur, masalah mata malas dan terapi penglihatan selepas pembedahan.

``Lebih awal seseorang kanak-kanak mendapat rawatan, lebih baik hasil yang diperoleh. Begitu juga dengan kepatuhan pesakit pada tempoh penggunaan kanta sentuh ini, terapi oklusi dan pemeriksaan penjagaan,'' katanya. Kesemua ini, ujarnya bertujuan untuk memastikan kanak-kanak sentiasa mempunyai penglihatan yang baik. Pada masa yang sama, mereka bebas daripada sebarang jangkitan yang berkait dengan penggunaan kanta sentuh.

Jenis kanta khas

Penyerapan oksigen ke dalam mata banyak bergantung kepada jenis material kanta sentuh yang digunakan.

* Kanta sentuh plastik - HEMA

Kanta sentuh lembut seperti HEMA boleh digunakan selama 16 jam sehari sehingga dua hari berturut-turut.

* Kanta sentuh silikon

Kanta yang diperbuat 100 peratus dari silikon ini sesuai untuk bayi yang berusia kurang dari satu tahun.

Ia boleh dipakai berterusan selama sebulan tanpa perlu ditanggal atau dibersihkan. Penghantaran oksigen melalui penggunaan kanta sentuh silikon ini adalah enam kali ganda lebih tinggi dari kanta sentuh biasa.

Bayi yang kerap tidur tidak akan menghadapi masalah kekurangan oksigen. Kanta ini mudah dimasukkan ke dalam mata. Ia juga tidak mudah terkeluar atau beralih kedudukannya ketika menangis atau digosok.

Ibu bapa hanya perlu memantau keadaan kanta sentuh ini dari masa ke masa. Ia hanya perlu dibersihkan jika kotor dan dimasukkan semula.


* Kanta sentuh hidrogel pakai buang

Kanta jenis ini sesuai untuk kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke atas sekiranya sesuai dengan mata pesakit. Kadar kehilangan kanta juga kerap berlaku pada peringkat ini, kerana mereka agak aktif.

Pada tahap ini, kanak-kanak biasanya boleh memberitahu ibu bapa jika kanta sentuh yang dipakai kotor dan perlu dicuci. Kanta sentuh ini lebih murah dan penjagaannya juga agak mudah.

Bagaimanapun, tempoh penggunaan kanta sentuh ini akan dikurangkan kepada jenis harian. Ia akan ditanggalkan ketika tidur dan dipasang pada waktu pagi.

Siapa yang memerlukan

* Bayi yang menghidap masalah katarak kongenital

* Katarak akibat trauma

* Albino - ketiadaan iris mata (bahagian gelap pada

mata). Mereka menghadapi masalah silau.

* Bayi yang dilahirkan tanpa iris

* Kanak-kanak yang menghadapi masalah anak mata

yang bergerak-gerak

* Masalah silau (astigmatism) yang serius pada

sebelah mata

* Kanak-kanak istimewa

* Kanak-kanak lumpuh

* Kanak-kanak yang mempunyai kedudukan kepala

yang menyukarkan cermin mata diletakkan

dengan baik

* Afakik bilateral atau unilateral selepas pembedahan

katarak.

* Perbezaan kuasa refraksi yang tinggi pada

kedua-dua belah mata

* Berkesan merawat mata malas

* Kanak-kanak Sindrom Marfan - kedudukan kanta

mata yang teralih.

Komplikasi tanpa rawatan

* Masalah mata malas (ambliopia) - keadaan ini menyebabkan tahap penglihatan berada di bawah tahap normal. Ia mungkin sukar dirawat atau tidak boleh dipulihkan selepas kanak-kanak mencecah usia tujuh tahun.

Komplikasi kanta sentuh

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali terdedah dengan jangkitan jika ia disalahgunakan. Bagaimanapun, jangkitan akibat penggunaan kanta sentuh di kalangan kanak-kanak dilaporkan jarang berlaku.

Sekiranya berlaku jangkitan virus, penggunaan kanta sentuh terpaksa dihentikan buat sementara. Lain-lain masalah penggunaan kanta sentuh termasuklah kanta hilang, kotor atau terkoyak.

Kelebihan menggunakan kanta sentuh

* Meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak

* Penglihatan lebih jelas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2006 10:28 AM | Show all posts
Kesan masalah penglihatan anak bermula sejak bayi
Oleh Nasron Sira Rahim


IBU BAPA pasti gembira jika melihat bayi mereka tersenyum atau memberi reaksi terhadap gerakan tangan atau usikan yang dilakukan.

Bagaimanapun, tahukah anda penglihatan bayi baru lahir sebenarnya kabur dan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang anda lakukan di hadapan mereka.

Perunding Mata Hospital Mata Tun Hussein Onn (HMTHO), Dr Zainal Mohamad, berkata bayi yang baru lahir memerlukan masa untuk mempelajari bagaimana melihat sebelum belajar mengenai alam sekeliling dengan melihat.

揚roses pengembangan penglihatan ini berlaku secara berperingkat sehingga penglihatan mereka sempurna seperti orang dewasa pada usia sekitar lapan tahun.

揝ehubungan itu perlunya ibu bapa mengesan sebarang masalah penglihat--an bayi dalam tempoh itu kerana jika tidak dirawat sehingga mereka berusia lapan tahun, kecacatan itu mungkin kekal sampai dewasa,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 11:04 AM | Show all posts
Kanak-kanak Melayu lebih terdedah kanser mata
Oleh: AMIRAH ZAWATIL AMALY

KOTA BAHRU 27 Jan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2007 10:25 AM | Show all posts
Anak ke 2 Teh diserang penyakit ni ..
dikesan sewaktu umur 4 bulan...

Skang anak Teh dah 5 tahun
dah masuk Tadika di MAB, Brickfiled...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2007 11:46 AM | Show all posts
Kesihatan Anak: Rabun jauh masalah biasa kanak-kanak
Oleh Hafizah Iszahanid


Penjagaan mata perlu dilakukan sejak awal kerana cermin mata bukan penyelesaian masalah

RABUN jauh masalah yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak sekolah. Selalunya masalah ini dikesan pada awal usia persekolahannya tetapi semakin serius pada usia remaja.

Masalah penglihatan itu mudah dibetulkan dengan cermin mata dan selalunya stabil apabila usianya menjelang 20 tahun.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Prof Azrin E Ariffin, berkata penjagaan mata perlu dilakukan pada peringkat awal kerana bukan semua masalah mata boleh diselesaikan dengan memakai cermin.

Masalah penglihatan bukan hanya rabun jauh tetapi termasuklah kabur, penglihatan berganda dan penglihatan tidak selesa (seperti imej yang terherot dan penglihatan yang kadang kala berwarna).

Selain itu, ada antara masalah penglihatan sebenarnya simptom kepada penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, endokrin dan masalah neurologi.

Bagi kanak-kanak secara umumnya, masalah penglihatan adalah rabun jauh. Secara perubatan rabun jauh disebut myopia. Ia menjelaskan mengenai kesukaran melihat objek yang jauh. Mereka yang rabun jauh, bola mata akan lebih panjang berbanding biasa dari hadapan ke belakang.

Ada dua peringkat kanak-kanak yang berhadapan masalah rabun jauh. Kanak-kanak yang sudah bersekolah dan kanak-kanak yang belum bersekolah.

Pada peringkat usia terlalu awal dan belum bersekolah, anak-anak tidak tahu untuk memberitahu mengenai masalah penglihatannya.

Apatah lagi ia berlaku terlalu awal, dia sudah biasa dengan penglihatan begitu dan menganggapnya normal. Justeru, ibu bapa harus peka dengan perlakuan anak. Misalnya dia sukar menentukan jarak antaranya dan objek.

Perlu diketahui, rabun jauh lebih kerap terjadi kepada anak-anak yang lahir dari pasangan yang rabun jauh juga.

揗asalah rabun jauh diwarisi dari keluarga misalnya, ibu bapa yang rabun jauh. Tetapi bukan semua anak dari pasangan rabun jauh akan mengalami masalah ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2007 02:33 PM | Show all posts
Glaukoma sejak dalam kandungan

DOKTOR,

SAYA berusia 19 tahun dan telah disahkan menghidap glaukoma sejak dilahirkan. Saya terpaksa menerima rawatan tiga bulan sekali. Untuk pengetahuan doktor, penglihatan saya kelihatannya semakin kabur dari tahun ke tahun.

Rawatan yang saya terima hanyalah setakat mengetahui tahap tekanan pada mata saya. Menurut kata doktor, keadaan tekanan pada mata kanan saya adalah lebih baik baik berbanding mata kiri.

Bagi saya sendiri, mata kanan lebih banyak digunakan ketika membaca manakala mata kiri digunakan untuk melihat objek-objek yang berada dalam jarak jauh. Soalan saya, bagaimanakah keadaan ini boleh terjadi?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 10:20 AM | Show all posts
Penglihatan dan pemakanan

Si MANJA anda akan melihat dan belajar sepanjang hayatnya. Tetapi tahukah anda bahawa si manja anda perlu belajar untuk melihat? Sebagai ibu bapa, banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu perkembangan penglihatan si manja.

Pertama sekali, penjagaan dan pemakanan semasa mengandung boleh membantu menjamin penglihatan yang baik sebelum si manja lahir.

"Penglihatan bukan semata-mata keupayaan untuk melihat dengan jelas. Penglihatan melibatkan koordinasi mata-ke-otak, iaitu keupayaan otak untuk memproses apa yang dilihat oleh mata dan memahami maknanya.

憭Penglihatan adalah satu proses yang kompleks, membabitkan fungsi mata, fungsi neurootot, dan juga koordinasi mata dengan otak. Sejak dari saat bayi lahir, penglihatan memainan proses penting dalam pertumbuhan, perkembangan dan prestasi harian. Kajian umumnya mendapati 80 peratus daripada pengetahuan kanak-kanak sepanjang 12 tahun pertama diperoleh menerusi penglihatan,拻 kata Pakar Ortoptik, K.C. Chu.

Menurut Chu, pemberian makanan yang berkhasiat sejak si manja kecil adalah permulaan yang baik untuk penglihatan dan seterusnya pembelajaran. Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak memerlukan nutrien yang membantu menyokong keperluan otak yang semakin meningkat untuk memproses maklumat yang diperolehi daripada penglihatan. Oleh itu, mereka perlu pemakanan yang betul bagi menjamin fungsi ini.

揙tak dan retina dalam mata sebahagian besarnya terbentuk daripada asid lemak. Sebahagian besar otak terbentuk daripada asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA). DHA adalah rangkaian asid lemak poli tidak tepu Omega-3 yang merupakan blok binaan penting untuk otak dan retina. Sebagai lemak paling banyak dalam otak, DHA penting untuk fungsi otak dan mata,拻 kata Chu.

Difahamkan, semasa trimester akhir kehamilan dan beberapa bulan selepas kelahiran, keperluan DHA dan AA otak dan retina bayi meningkat secara mendadak. DHA dan AA dianggap asid lemak penting (EFA) kerana kedua-dua asid lemak ini tidak boleh disintesiskan dan mesti dibekalkan menerusi pemakanan.

Tahap optimum DHA, AA, asid linolenik, Taurina, Kolina dan nutrien penting lain memainkan peranan tertentu dalam perkembangan koordinasi mata-ke-otak di kalangan kanak-kanak. Taurina, sejenis asid amino, adalah blok binaan protein yang banyak terdapat dalam bahagian tertentu sistem saraf, terutama sekali retina (mata), serebrum, ****ks visual dan bahagian lain otak. Sebaliknya, kolina adalah sebatian yang diklasifikasikan dengan Vitamin B kompleks, pelopor kepada asetilkolina, dan salah satu bahan kimia otak yang penting untuk daya ingatan.

Vitamin juga memainkan peranan penting dalam perkembangan penglihatan. Sebagai sebahagian daripada pengambilan pemakanan harian si manja, Vitamin A membantu menjamin dan mengekalkan penglihatan yang baik, sambil menjaga kesihatan rambut dan kulit. Susu yang diperkuat, ikan dan minyak ikan, lobak merah dan buah-buahan serta sayur-sayuran kuning kaya dengan Vitamin A.

Satu lagi Vitamin yang baik untuk meningkatkan penglibatan ialah Vitamin yang dinamakan B2. Vitamin B2 juga dikenali sebagai Riboflavin. Ia diperlukan untuk kesihatan kulit dan mata. Vitamin B2 boleh didapati dalam makanan seperti sayur-sayuran hijau, ayam dan itik, ikan, hati, keju dan susu.

Niasin atau asid nikotinik adalah vitamin yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan tisu. Ini kerana tanpa Niasin, Riboflavin tidak boleh berfungsi dengan betul. Niasin boleh didapati dalam hati, yis, daging tanpa lemak, bijirin penuh dan roti serta bijirin yang diperkaya.

Menurut Chu, asuhan yang betul juga sama penting untuk merangsangkan proses penglihatan. Pembelajaran si manja tidak seharusnya dihadkan kepada buku-buku dan bilik darjah, kerana penerokaan alam semula jadi dengan membawa si manja bersiar-siar di taman adalah cara yang baik untuk memaksimumkan potensi pembelajarannya.

揚emerhatian dan pengalaman sebenar membolehkan anda menghaya-

ti dan menyelami keindahan persekitaran kita setiap hari. Penerokaan

alam semula jadi bukan sahaja menyeronokkan dan menjadi kenangan manis tetapi juga membolehkan otak geliga si manja anda menimba pengetahuan.

揂lam semula jadi lazimnya merangsangkan perasaan kagum dan ingin tahu di kalangan kanak-kanak dan ini menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat,拻 tambah Chu.

* Rencana ini disumbangkan oleh Abbott Nutrition Malaysia, sebagai sebahagian

daripada Kempen 慓ain Eye-Q Learning Through Discovery
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2007 11:30 AM | Show all posts
Penyakit selaput mata pada kanak-kanak

Penyakit selaput mata pada kanak-kanak juga dikenali sebagai penyakit katarak kongenital dalam bahasa perubatan. Katarak kongenital ialah satu keadaan di mana kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lut- cahaya telah bertukar menjadi keruh dan keadaan ini dikesan selepas kelahiran.

Kanta mata berfungsi untuk memfokus cahaya yang masuk ke dalam mata dan membentuk imej pada retina.

Penyakit katarak menghalang cahaya masuk ke dalam mata dan menyebabkan imej yang kabur terhasil pada retina mata.

Penyakit ini boleh menjejaskan penglihatan pesakit dan boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal lagi.

Katarak kongenital boleh berlaku pada satu mata sahaja ataupun melibatkan kedua-dua belah mata. Penyakit ini juga berlaku tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan.

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mewarisinya. Katarak kongenital dilaporkan berlaku antara satu hingga enam kes dalam setiap 10,000 kelahiran di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun tidak terdapat data yang lengkap tentang insiden kes-kes katarak kongenital di negara lain di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan jumlah kes katarak kongenital mungkin dikesan dalam jumlah yang lebih tinggi di negara-negara sedang membangun.

* Punca

Keadaan katarak kongenital yang berlaku pada satu mata sahaja merupakan kes jarang-

jarang berlaku. Pesakit yang mengalami katarak kongenital pada satu mata sahaja biasanya turut mengalami kecacatan kongenital mata yang lain seperti keabnormalan struktur hadapan mata, keabnormalan struktur primer vitreous (gelemaca) dan satu keadaan dikenali sebagai lentikonus posterior.

Pesakit yang mengalami masalah katarak kongenital pada kedua-dua belah mata pula biasanya mempunyai sejarah keluarga penyakit katarak kongenital serta beberapa penyakit yang lain.

Antaranya ialah kelahiran pramatang dan jangkitan kuman semasa dalam kandungan seperti rubella, syphilis, toxoplasmosis dan herpes.

Gangguan metabolik seperti hypoglisemia, hyperglysemia, hypokalsemia dan galaktosemia turut menyebabkan berlakunya penyakit katarak kongenital.

Pesakit yang mengalami penyakit seperti sindrom Down, sindrom Edward dan sindrom Patau juga dilaporkan berisiko mendapat penyakit katarak kongenital.

* Tanda-tanda

Penyakit katarak kongenital boleh dikesan seawal bulan pertama kelahiran. Antara tanda awal ialah anak mata hitam kelihatan berwarna putih. Keadaan ini boleh berkekalan untuk satu tempoh masa yang lama atau menjadi lebih serius secara perlahan-lahan.

Keadaan ini menyebabkan penglihatan kanak-kanak berkenaan menjadi kabur dan terhad. Mereka juga sukar untuk mengenali objek yang kecil dan halus.

Kanak-kanak dengan masalah ini menunjukkan gejala silau pada cahaya matahari dan perkembangan fizikal yang perlahan berbanding kanak-kanak normal yang lain.

Sekiranya mata kanak-kanak menjadi juling dan keadaan bola mata yang bergerak-

gerak (nystagmus), ini menunjukkan penyakit katarak kongenital berada pada peringkat yang kritikal.

* Komplikasi

Penglihatan kanak-kanak yang kabur ini sebenarnya mengganggu perkembangan otak.

Umur sekitar empat bulan hingga dua tahun pertama sangat kritikal untuk perkembangan mata dan otak kanak-kanak.

Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali pelbagai jenis objek.

Sekiranya proses ini terganggu, kanak-kanak itu tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berkembang dan berfungsi dengan baik.

Fenomena ini juga dikenali sebagai amblyopia atau mata malas. Kanak-kanak dengan masalah ini hanya boleh mengenali objek yang besar dan ini akan mengganggu proses pembelajaran terutamanya kebolehan menulis dan membaca.

* Kaedah Rawatan

Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.

Pesakit yang mengalami gangguan penglihatan yang serius pula mungkin perlu menjalani pembedahan.

Bagi pesakit yang mengalami gangguan penglihatan yang minimum pula, mereka perlu mendapatkan pemeriksaan pakar mata secara berkala bagi memastikan keupayaan penglihatan berada pada tahap yang memuaskan.

Pembedahan katarak perlu dilakukan pada peringkat awal bagi mengelakkan risiko pesakit menjadi buta.

Kanta mata tiruan juga mungkin perlu dimasukkan ke dalam mata semasa pembedahan bagi menggantikan kanta mata asli yang telah bertukar menjadi keruh. Antara pilihan selain pembedahan ialah kanta sentuh atau cermin mata bagi menggantikan fungsi kanta mata asal.

Kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan katarak juga akan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh pakar mata dari semasa ke semasa. Perkara ini penting bagi memastikan pesakit dapat melihat dengan baik selepas pembedahan.

* Salah Anggapan Masyarakat

Masyarakat kita biasanya mempunyai tanggapan yang salah mengenai penyakit katarak kongenital. Antaranya ialah:

* Pembedahan katarak menyebabkan mata buta

* Tunggu hingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu sebelum diberi rawatan atau pembedahan

* Tiada rawatan yang khusus untuk merawat penyakit ini

* Anggapan bahawa pembedahan katarak menyebabkan mata menjadi buta adalah salah sama sekali.

Pembedahan katarak boleh mengembalikan penglihatan pesakit ke tahap yang lebih baik dan ia perlu dilakukan seawal selepas diagnosis dibuat.

Sekiranya pembedahan dibuat selepas pesakit menunjukkan tanda-tanda ambylopia, keupayaan melihat pesakit bukan lagi berada pada tahap yang maksimum.

Pesakit mungkin perlu menjalani rawatan lanjut bagi mengatasi masalah amblyopia.

* Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu juga perlu dihindari sebelum pesakit mencapai tahap amblyopia dan keupayaan melihat yang terhad ini akan berkekalan sepanjang mereka membesar sehingga dewasa. Keadaan ini akan menjadi lebih parah sekiranya pesakit turut tidak menjalani sebarang rawatan untuk masalah amblyopia.

* Penyakit katarak kongenital kini boleh dirawat menggunakan cara rawatan dan teknologi moden. Anggapan bahawa tiada rawatan khusus untuk penyakit ini adalah amat tidak tepat.

Rawatan ini disediakan oleh semua hospital kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran dalam bidang oftalmologi di seluruh Malaysia.

* Peranan Ibu bapa

Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.

Segeralah membawa anak berjumpa doktor pakar mata sekiranya mengalami gejala seperti yang dinyatakan di atas.

Penyakit katarak kongenital boleh dirawat dan tidak seharusnya dibiarkan sehingga menyebabkan pesakit menjadi buta.

Rawatan awal amat penting bagi membolehkan pesakit mempunyai keupayaan melihat yang baik dan jelas sepanjang pembesaran mereka dan apabila dewasa kelak.

Budaya 憈unggu dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 12:17 PM | Show all posts
Gejala mata malas pada kanak-kanak

Oleh: DR. SHATRIAH ISMAIL (Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan)



PEMERIKSAAN mata dan preskripsi cermin mata pada peringkat awal tumbesaran anak dapat mengelakkan berlakunya gejala mata malas selepas anak meningkat dewasa kelak.
--------------------------------------------------------------------------------



GEJALA mata malas merupakan antara punca utama seorang kanak-kanak tidak berupaya melihat dengan baik.

Gejala mata malas dikenali sebagai ambylopia dalam bahasa perubatan. Keadaan ini berlaku disebabkan kanak-kanak melihat imej yang kabur sekiranya mengalami masalah rabun, juling atau keabnormalan pada tisu mata.

Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas.

Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek.

Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsi dengan baik. Fenomena ini dikenali sebagai gejala mata malas.

Gejala mata malas ini berlaku pada sebelah mata atau kedua-dua belah mata pesakit. Ia perlu dikesan pada peringkat awal dan pesakit dinasihatkan menjalani rawatan yang sewajarnya sebaik sahaja diagnosis dibuat oleh doktor pakar mata.

Rawatan awal dan konsisten amat penting bagi memastikan keupayaan kanak-kanak melihat berada pada tahap yang baik.

Punca dan Tanda-Tanda Klinikal

Antara punca gejala mata malas yang dikenal pasti ialah;

* masalah mata rabun

* perbezaan kuasa refraktif mata

* mata juling

* keabnormalan pada tisu mata

Masalah Mata Rabun

Mata yang rabun disebabkan oleh masalah hypermetropia, myopia dan astigmatism. Keadaan ini menyebabkan gejala mata malas berlaku pada kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan berkesan.

Hypermetropia ialah satu keadaan apabila pesakit mengalami kesukaran untuk melihat dengan jelas pada jarak yang dekat.

Keadaan ini dikenali sebagai rabun dekat dan boleh dikesan seawal umur lima hingga enam tahun. Mereka mungkin menulis, membaca dan menonton televisyen pada jarak yang sangat dekat.

Kanak-kanak ini perlu menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh oleh doktor pakar mata. Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran terutamanya ketika membaca dan menulis sebaik sahaja mereka memasuki alam persekolahan.

Myopia ialah satu keadaan dimana pesakit berupaya melihat pada jarak dekat dengan jelas tetapi mengalami kesukaran melihat pada jarak yang jauh.

Keadaan ini dikenali sebagai rabun jauh dan boleh dikesan pada usia lapan hingga sembilan tahun. Mereka biasanya mula mengadu tidak dapat melihat dengan jelas perkara yang ditulis oleh guru di papan hitam atau papan putih yang berada di hadapan kelas sekiranya mereka duduk dalam barisan belakang.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh (myopia) kurang berisiko mengalami gejala mata malas berbanding kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia).

Ini disebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh tidak menghadapi masalah penglihatan pada jarak yang dekat. Mereka boleh membaca dan menulis tanpa sebarang kesulitan.

Astigmatism ialah keadaan struktur kornea atau permukaan mata yang berlekuk dan tidak sekata. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak melihat imej yang tidak jelas dan berpecah.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, kanak-kanak yang mengalami masalah astigmatism akan mengalami gejala mata malas.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism mengalami gejala mata malas pada kedua-dua belah mata.

Perbezaan Kuasa Refraktif Mata

Keadaan ini dikenali sebagai anisometropia atau satu fenomena di mana terdapat perbezaan kuasa refraktif di antara mata kanan dan mata kiri seseorang pesakit.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak mengalami masalah rabun seperti yang dinyatakan di atas, sama ada rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism, mempunyai kuasa cermin mata yang berbeza di antara mata kanan dan mata kiri pesakit.

Mata yang memerlukan kuasa cermin mata yang lebih berbanding mata yang satu lagi akan melihat imej yang kabur sekiranya keadaan ini tidak dirawat.

Kanak-kanak yang mengalami situasi ini, akan mempunyai tahap keupayaan penglihatan yang tidak sama pada kedua-dua belah mata.

Pesakit akan melihat imej yang kabur pada sebelah mata sahaja dan fenomena ini dikenali sebagai mata malas.

Mata Juling

Keadaan mata juling yang berlaku secara konsisten pada sebelah mata menyebabkan berlakunya gejala mata malas.

Mata yang juling, sama ada juling masuk atau juling keluar, sebenarnya tidak melihat imej yang jelas. Keadaan ini menyebabkan mata yang juling mengalami gejala mata malas.

Keadaan mata yang juling silih berganti mempunyai risiko gejala mata malas yang sangat rendah.

Juling silih berganti ialah satu fenomena di mana hanya sebelah mata yang kelihatan juling dan sebelah mata lagi kelihatan lurus pada satu-satu masa.

Dalam tempoh yang singkat, mata yang mulanya juling boleh berkeadaan lurus dan mata yang sebelah lagi pula mengalami juling.

Pesakit sebegini biasanya tidak mengalami gejala mata malas kerana dia berupaya melihat dengan jelas menggunakan hanya satu mata pada setiap masa.

Keabnormalan Pada Tisu Mata

Sebarang keabnormalan pada tisu mata pada struktur kelopak mata, kornea, kanta mata, vitreous dan retina akan menyebabkan gangguan imej yang dilihat.

Masalah kelopak mata yang jatuh (ptosis) dan sebarang kesan parut pada kornea mata sama ada akibat kecederaan atau kecacatan asal menyebabkan input visual yang kurang jelas dihantar oleh saraf mata ke otak.

Penyakit katarak kongenital, gangguan struktur vitreous dan retina juga menyebabkan masalah yang sama.

Sekiranya keabnormalan seperti yang dinyatakan di atas tidak dirawat, kanak-kanak terbabit akan hanya melihat imej yang kabur.

Lama-kelamaan, otak akan mengabaikan imej kabur tersebut dan menyebabkan keupayaan melihat kanak-kanak tersebut menjadi sangat terhad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 12:17 PM | Show all posts
Komplikasi

Perkembangan visual penglihatan dan otak yang mengawal deria penglihatan bermula seawal usia empat hingga enam bulan.

Usia dua hingga enam tahun pula sangat kritikal untuk perkembangan deria penglihatan. Sebarang keabnormalan deria penglihatan yang dikesan sebelum usia enam tahun berpotensi tinggi untuk dirawat bagi membolehkan kanak-kanak melihat dengan baik, sekiranya mendapat rawatan yang sewajarnya.

Sekiranya gejala mata malas ini dikesan selepas usia 11 hingga 12 tahun, potensi untuk melihat dengan kadar yang baik amatlah terhad.

Perkara ini dikhuatiri mengganggu proses pembelajaran dan fokus masa depan kanak-kanak terbabit.

Kaedah Rawatan

Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan di atas perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.

Pemeriksaan ini penting bagi memastikan diagnosis yang tepat dan mengenal pasti punca berlakunya gejala mata malas.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun (sama ada rabun dekat, rabun jauh atau astigmatism) dan perbezaan kuasa refraktif (anisometropia) juga perlu menjalani pemeriksaan refraksi mata oleh pegawai optometris yang terlatih.

Pemeriksaan refraksi mata akan menentukan kuasa cermin mata yang diperlukan oleh para pesakit.

Kanak-kanak ini akan dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi membantu memulihkan keupayaan penglihatan mereka.

Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata secara berkala bagi memastikan tahap penglihatan dan kuasa cermin mata mereka berada pada tahap yang optimum.

Sekiranya terdapat perbezaan tahap penglihatan di antara kedua-dua belah mata selepas menggunakan cermin mata, kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan oklusi mata.

Doktor pakar mata biasanya akan menasihati kanak-kanak supaya menjalani rawatan oklusi mata di rumah.

Rawatan oklusi ialah satu bentuk rawatan yang didapati berkesan untuk merawat gejala mata malas.

Ia melibatkan proses menutup sebelah mata yang mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik dengan menggunakan penampal khas.

Rawatan ini memakan masa selama beberapa jam seperti yang disyorkan oleh doktor pakar. Tujuan rawatan oklusi ialah menggalakkan kanak-kanak terbabit mula menggunakan mata yang kurang jelas dan otak belajar menerima input visual dari mata tersebut.

Rawatan oklusi mengambil masa, memerlukan kerjasama kanak-kanak terbabit dan juga komitmen yang tinggi oleh ibu bapa atau penjaga. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga mata yang malas menunjukkan tahap penglihatan yang setara dengan mata yang sebelah lagi.

Pesakit yang mengalami masalah mata juling dan keabnormalan pada tisu mata perlu menjalani rawatan yang sewajarnya terlebih dahulu.

Selepas menjalani rawatan yang khusus untuk masalah juling dan keabnormalan pada tisu mata, barulah rawatan oklusi mata boleh diadakan secara sistematik.

Adalah penting supaya pesakit dapat mengikuti rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor pakar mata.

Sepanjang tempoh rawatan, doktor pakar mata akan memantau tahap penglihatan pada kedua-dua belah mata para pesakit.

Rawatan oklusi biasanya ditamatkan setelah doktor pakar mata berpuas hati dengan tahap penglihatan pesakit.

Salah Anggapan Masyarakat

Masyarakat amnya kurang mendapat pendedahan mengenai gejala mata malas dan kaedah-kaedah rawatannya.

Gejala mata malas boleh dirawat sepenuhnya sekiranya dikesan pada peringkat awal dan ibu bapa mengambil sikap yang proaktif sepanjang tempoh rawatan diadakan.

Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu perlu dihindari. Kanak-kanak ini akan membesar dengan tahap penglihatan yang sangat rendah dan terhad sekiranya mereka tidak menjalani rawatan yang sewajarnya secepat mungkin.

Peranan Ibu bapa

Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.

Segeralah membawa anak anda berjumpa doktor pakar mata sekiranya anda mengesyaki mereka mengalami gejala mata malas.

Rawatan yang awal dan komitmen ibu bapa yang tinggi amat penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami gejala mata malas berupaya melihat kembali dengan baik dan jelas.

Mereka akan memerlukan keupayaan penglihatan yang optimum terutamanya menjelang alam persekolahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2008 12:19 PM | Show all posts
Kesihatan mata kanak-kanak

TAHUKAH anda bahawa 90 peratus daripada masalah mata adalah masalah gangguan fungsi penglihatan, manakala 10 peratus lagi adalah disebabkan oleh penyakit mata. Mengesan masalah gangguan fungsi penglihatan adalah cukup penting pada kanak-kanak kerana pada ketika inilah sistem penglihatan sedang berkembang dan sebarang gangguan akan menimbulkan masalah lain yang lebih serius. Ramai ibu bapa bertanya, berapa awal pemeriksaan mata boleh dilakukan terhadap kanak-kanak?

Jawabnya adalah seawal yang mungkin, sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami masalah mata kerana penyakit tidak mengenal usia. Kebarangkalian untuk mendapat penyakit boleh berlaku pada semua peringkat usia dan begitu juga dengan masalah gangguan fungsi penglihatan.

Saiz bola mata manusia akan berkembang antara lima milimeter (mm) hingga tujuh mm sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5 mm, manakala untuk dewasa adalah 23mm. Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60. Ia akan berkembang dan akan mencapai tahap 6/6 pada umur empat tahun. Perkembangan ketajaman penglihatan berkait rapat dengan rangsangan cahaya dan objek yang dilihat di persekitaran. Ini bererti sekiranya kita menutup mata bayi, sistem penglihatannya tidak akan berkembang kerana tidak ada rangsangan penglihatan dari persekitarannya.

Sekiranya seseorang bayi mendapat katarak kerana jangkitan kuman ketika dalam kandungan, ia akan menghalang cahaya dari terfokus ke retina dan sistem penglihatan bayi tidak akan berkembang atau mencapai ketajaman penglihatannya tahap 6/6 menjelang umur empat tahun. Perkembangan ketajaman penglihatan yang tidak mencapai tahap 6/6 dinamakan 揳mblyopia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2009 08:41 AM | Show all posts
Alergi mata kanak-kanak




RAMAI kanak-kanak dan remaja yang mengalami penyakit alergi (alahan) mata. Kanak-kanak kerap kali mengalami keadaan mata merah dan mengadu keadaan mata yang tidak selesa.

Dalam bahasa perubatan, penyakit ini dikenali sebagai allergic conjunctivitis. Keadaan ini menyebabkan mereka kerap tidak menghadiri persekolahan dan menimbulkan keresahan para ibu bapa.

Terdapat ramai juga di kalangan ibu bapa dan para guru yang kurang memahami tentang penyakit alergi mata ini dan menyangka keadaan ini boleh berjangkit kepada pelajar-pelajar lain.

Atas alasan tersebut, kanak-kanak dan remaja yang mengalami penyakit alergi mata dilarang menghadiri sesi persekolahan dan boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

- Punca

Penyakit ini berlaku disebabkan tindak balas alahan pada struktur konjunktiva mata. Tindakbalas alergi ini boleh disebabkan oleh pendedahan kepada:

* debunga

* habuk

* makanan-makanan tertentu (seperti makanan laut, telur dan sebagainya)

* bulu binatang

* asap rokok

* bahan kimia klorin

* minyak wangi dan kosmetik

* lain-lain punca

Penyakit ini bukanlah disebabkan oleh jangkitan kuman dan ia tidak berjangkit sama sekali. Pesakit yang mengalami masalah alergi mata kerap kali turut mengalami penyakit-penyakit alergi lain seperti asma, rhinitis (resdung) dan penyakit alergi kulit.

Kebanyakan pesakit-pesakit juga turut mempunyai sejarah keluarga atau ahli keluarga yang lain turut mengalami penyakit-penyakit alergi seperti yang dinyatakan di atas.

- Gejala klinikal

Penyakit ini biasanya berlaku pada kedua-dua belah mata. Pesakit biasanya mengadu mata merah, gatal pada mata dan mata berair.

Kelopak mata pesakit juga kadang-kala turut membengkak sedikit. Penyakit ini biasanya tidak mengganggu ketajaman penglihatan kecuali dalam kes-kes yang teruk dan serius.

Tanda-tanda klinikal ini kerap kali berlaku dan biasanya mengambil masa selama tujuh hingga 10 hari untuk pulih.

Ia juga boleh berulang pada bila-bila masa sahaja dan biasanya agak kerap berlaku dalam kes-kes yang serius.

Bagi kes yang serius, pesakit boleh mengalami keadaan mata yang sangat merah dan tidak selesa terutamanya apabila terkena cahaya matahari.

Lapisan konjunktiva pada kelopak mata biasanya membengkak (giant papillae).

Keadaan ini sekiranya berterusan boleh menyebabkan luka pada lapisan kornea mata (shield ulcer).

Luka pada lapisan kornea akan menyebabkan pesakit berasa sangat tidak selesa, mata berair dan berasa lebih selesa apabila memejam mata.

Luka ini perlu mendapat rawatan yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada mata.

- Pencegahan dan rawatan

Ibubapa dinasihati supaya mengenalpasti punca-punca alergi kepada anak-anak mereka. Punca-punca alergi ini berbeza dari satu individu ke individu yang lain.

Seterusnya, elakkan anak-anak terdedah secara langsung kepada punca-punca tersebut. Langkah pencegahan ini penting bagi mengelakkan situasi yang kronik dan keadaan mata yang tidak selesa untuk tempoh masa yang lama.

Contohnya, sekiranya bulu kucing menyebabkan gejala alergi mata terjadi ke atas anak anda, jangan membela kucing sebagai binatang peliharaan di rumah.

Jangan menggunakan pewangi tertentu sekiranya bahan tersebut menyebabkan mata anak anda menjadi lebih merah, berair dan gatal-gatal.

Dapatkan pemeriksaan awal di klinik yang mempunyai kepakaran dalam bidang oftalmologi (mata), sama ada di klinik kerajaan atau klinik swasta.

Pengesahan diagnosis yang tepat oleh doktor mata adalah penting bagi menentukan anak anda mengalami penyakit alergi mata dan bukannya penyakit-penyakit mata lain yang mungkin boleh menjejaskan keupayaan anak anda melihat kelak.

Ubat titis mata biasanya digunakan untuk merawat penyakit ini. Terdapat pelbagai jenis ubat titis mata untuk rawatan penyakit alergi mata di pasaran dan preskripsi ubat akan diberikan oleh doktor mata berdasarkan keadaan mata pesakit.

Rawatan susulan dengan doktor pakar mata yang konsisten (berkala) dan penggunaan ubat titis mata secara teratur amat penting bagi mengawal gejala-

gejala klinikal yang disebutkan di atas.

Ibu bapa dilarang daripada membeli ubat titis mata dari farmasi tanpa preskripsi doktor untuk merawat penyakit alergi mata.

Sesetengah ubat, contohnya ubat titis steroid, hanya boleh digunakan untuk tempoh masa yang singkat dengan pengawasan rapi oleh doktor mata.

Pesakit dikhuatiri menggunakan ubat tersebut untuk tempoh masa yang panjang dan berulang-ulang tanpa merujuk kepada doktor mata.

Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan dalam bola mata meningkat dan berlaku kerosakan pada saraf mata, yang dikenali sebagai penyakit glaukoma akibat penggunaan ubat steroid.

Situasi ini boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

Pesakit yang mengalami gejala alergi mata juga tidak digalakkan menggunakan kanta lekap. Penggunaan kanta lekap biasanya akan menyebabkan gejala-gejala alergi mata sukar dikawal dengan penggunaan ubat titis mata.

Pesakit yang mengalami masalah alergi mata dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi mengatasi masalah rabun penglihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 10:47 AM | Show all posts
Glaukoma mmng xde cure. Ubat digunakan utk kawal tekanan mata tapi utk jngka masa pnjang.
Tapi ada bgusnya juga begitu. Sebelah mata utk jauh dan sebelah mata utk dekat. Tak perlu pkai kaca mata.
Tapi klau progression mendadak, pengelihatan makin kabur dan kabur, sebaiknya jumpa DR. yg merawat, buat ujian medan pgelihatan (VF-Visual Field) dan buat pemeriksaan utk check power sama ada perlukn cermin mata atau tidak.

Cuma perlu biasa kn diri. Ubat jangan berhenti guna.

#saya bukan Dr. sekadar beri pandagan
Last edited by NurulAJ on 13-9-2013 10:54 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.210553 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list