CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
Post time 25-9-2008 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by alifinara at 24-9-2008 10:58 AM
Ini pulak cekur saya,

http://i103.photobucket.com/albums/m153/alifinara/bunga/bunga1248-1.jpg



seeloknya kalau dapat ditutup dgn jaring ker...sbb cik sitikus suka makan daun cekur nih...sblm ni saya tanam gak cekur dlm pasu, besen cam ni, tapi daunnya habis dimakan...tinggal ubi jer...skrg ni saya buat tpt dia dari bata..susun bata keliling bagi tinggi, letak tanah, pastu tutup ngan jaring atasnya...dia tak dapat la makan...hehehe...pandang jer...tapi mana2 daun yg panjang terjulur keluar tuh memang habis la....

Cekur ni biasanya diguna dlm masakan oleh org Jawa jer...dlm sambal pecal tu pun diorg masukkan cekur ni...macam arwah mak saya selalu buat...tapi kami bukan org jawa...cuma duduk kg yg ramai org jawa...dah terikut cara masakan & makanan diorang...lagi satu, panggang ikan (keli, talapia, pari etc), kuah dia dari santan (tak perlu masak), cili api, belacan dsb pastu masukkan hirisan daun cekur ni...ubinya tumbuk sekali ngan cili tadi.  Masukkan ikan panggang tadi dlm kuah tu....huhu..time tu kalau mak mertua lalu belakang pun dah tak kisah dah...sedap punya pasal... haaaa...siap bagi resepi sekali...balik nanti leh buat utk buka puasa....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by fidajeff at 25-9-2008 11:15 AM



seeloknya kalau dapat ditutup dgn jaring ker...sbb cik sitikus suka makan daun cekur nih...sblm ni saya tanam gak cekur dlm pasu, besen cam ni, tapi daunnya habis dimakan...tinggal ubi jer. ...


cekur juga bagus dimakan oleh ibu2 dalam pantang
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #222 haniman's post

Nak buat mcm mana cekur tu Kak Iman?
Ubinya tau daunnya, nak rebus ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by mizahanan at 22-9-2008 06:36 PM
jeruk bwg putih yg mkn dgn nasi kerabu tu aci tak??



Aci je..asal masih bawang putih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by mizahanan at 23-9-2008 02:32 PM
sengkuang cina ni bagi baby sblm baby tu warded..

mase nurse dtg rumah cek baby+mama, die akan ckp baby kuning sket ke etc.
lepas tu trus cari sengkuang cina, kisar dan amik jusnye, suapkan p ...



anak saya yang terlatest ni....cari sengkuang cina tak dapat..saya guna je sengkunag biasa tu...kira OK gak...turun gak kuning dia tu..sepagi setitik je...angan lelbih nanti baby dahrasa air sengkuang dah takmao susu ibu plak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 24-9-2008 09:36 AM
ohhh mcm tu ye?

kena take note nih.


/- Syd tgh belajar urut orang bersalin, mandi baby bla bla bla. mak bidan, dan nak menuntut ilmu ngan dia. ada badik lain, lom tunjuk minat apa pun



huiyoooo..jadi pakar urut  org bersalain...kaya le weiii..kat area lembah klang ni sepagi datang ngurut je..cajnye dah rm 50 kurang kurang...kena 3 pagi ngurut dah berapa tu? kalau 7 pagi plak?

teringin gak nak belajar ngurut orang bersalin ni...tapi dah sah sah le patientnya nanti sorang jeeeeee..iaitu Menteri Dalam Negeri ku je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2008 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by khairimhd at 26-9-2008 04:07 PM



huiyoooo..jadi pakar urut  org bersalain...kaya le weiii..kat area lembah klang ni sepagi datang ngurut je..cajnye dah rm 50 kurang kurang...kena 3 pagi ngurut dah berapa tu? kalau 7 pagi p ...


nak tambah..kalau dah pakar nanti macam mak bidan kat kampung, dia boleh detect baby tu lelaki ke perempuan...bila tanya macam mana tao...mak bidan jawab..dia tak tao..tapi ikut pengalaman dia le..Allah yanglebih tao...kita masa urut check kat belah mana yang penuh..saya pun tak tanya lagi belah apa yag penuh...diam je le..sebab kalao mintak nak belajo mau kena penampor je kang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:16 PM | Show all posts
wah Syd,..ko dapat mana info info ni......

gigih betoi ko lah...aku nak salute kat ko...Tabik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 09:17 PM | Show all posts
kalau ko buat buku ni kira dah buleh jadi kaya ni Syd.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2008 12:08 PM | Show all posts

Reply #229 coniferous's post

ala..
aku baca kat online

pastu aku paste lah kat sini

heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 11:58 AM | Show all posts
Untuk ibu baru bersalin




Di kalangan masyarakat Arab ia dikenali sebagai 'abu syifa' atau ibu ubat. Daun yang direbus sehingga hampir sejat akan mengeluarkan bau seperti kapur barus. Di negara China pokok ini digunakan untuk menghasilkan kapur barus.

Di sesetengah tempat ia dipanggil pokok telinga kerbau. Daunnya berbentuk bujur dan bergerigi (serulat) serta mempunyai urat berwarna kuning yang amat jelas kelihatan dipermukaan daun.

Batangnya keras berwarna kelabu dan boleh mencapai ketinggian hingga lima meter. Bunganya berwarna putih dan berbuah kecil serta ringan dan boleh diterbangkan angin.

Nama saintifiknya Blumea balsamifera dari keluarga Compositae. Pokok ini mempunyai daya tahan yang tinggi dalam sebarang cuaca dan mampu tumbuh di kawasan lapang dan terbuka.

Antara khasiatnya boleh melegakan berbagai komplikasi dalam badan seperti sengal tulang, sengal sendi dan otot-otot, merawat demam dan sakit bengkak-bengkak badan dan juga gastrik.

Akar dan daun biasanya dijadikan sebagai campuran dalam ubat-ubat jamu dan juga dijadikan campuran dalam minyak urut untuk kegunaan mengurut wanita selepas bersalin.

Air rebusan daunnya dicampur dengan serai wangi dan daun beka boleh dijadikan mandian yang segar bagi ibu baru bersalin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 12:07 PM | Show all posts
Baik untuk si rabunKhasiat labu bukan sekadar terletak pada isu buahnya tetapi juga biji, bunga dan daunnya.

VITAMIN A dan C adalah antara vitamin yang paling tinggi dalam isi labu. GAMBAR BELAKANG: Kuaci biji labu enak dimakan ketika menonton wayang.

BUAH ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.
Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Holloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.
Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.

PENGAT labu enak dimakan untuk minum petang.

Biasanya bersaiz bulat labu merah berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.
Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.
Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.
Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.
Dalam buku Vegetables: For Health and Healing nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.
Katanya lagi, daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.



Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.
Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.
Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.
Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 12:20 PM | Show all posts
Merawat kudis



TAPAK sulaiman menyerupai pokok kaduk tetapi ia kelihatan lebih berkilat. Bezanya pokok ini tidak memanjat kerana batangnya pendek. Tangkai daun juga pendek berwarna hitam dan berbulu halus.

Daun mudanya berwarna kemerahan dan belakang daun berwarna coklat. Pokok ini tidak tahan pada cahaya matahari. Batangnya lembut berair dan berbulu.

Pokok yang subur daunnya lebih lebar daripada kaduk. Herba ini mempunyai bunga berwarna merah jambu yang terbit di hujung pucuknya. Nama saintifiknya Elephantopus scaber dari keluarga Asteraceae dan hidup di kawasan yang terlindung dan lembab seperti di kebun getah.

Terdapat beberapa tumbuhan yang mempunyai panggilan yang sama seperti Elephantopus tomentosus atau ubi zebra, tetapi di sesetengah tempat memanggilnya sebagai tapak sulaiman.

Lain-lain panggilan tempatan ialah seperti tapak leman, bersih hitam dan ada juga yang memanggilnya tapak babi. Daun yang segar dilumatkan untuk merawat luka-luka kecil, kudis dan juga gonorea. Selain itu, lumatan daunnya juga boleh dipupuk pada dahi bagi melegakan sakit kepala.

Akar dan daunnya pula digunakan sebagai ramuan ubat periuk bagi melegakan batuk, muntah-muntah dan membuang cacing dalam perut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 08:11 AM | Show all posts
abes la pokok kaduk kt kg nanti....

Pati pokok kaduk boleh cegah gemukOleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
bhnews@bharian.com.myGEORGETOWN: Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan pil mencegah kegemukan menggunakan pati pokok kaduk yang tumbuh meliar di hutan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Prof Dr Zhari Ismail, berkata pil yang diberi nama 憂obesiti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 09:04 AM | Show all posts
pokok nih mmg merata2 buleh dapat kan

buleh bisnes duit terpijak dah orang2 kampung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 24-10-2008 08:11 AM
abes la pokok kaduk kt kg nanti....

Pati pokok kaduk boleh cegah gemukOleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
bhnews@bharian.com.myGEORGETOWN: Seorang penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) be ...


dia ni pun nampak sihat, hensem n slim je badan dan awet muda....umur dah 60 tak silap la.....anak kalau tak silap ada 12 orang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2008 02:28 PM | Show all posts
  Nama dlm chinese "Dragon Tail" mudah ditanam cantas batang specis
menjalar perlu sokongan kayu/bloh untuk tegak

bentuk daun dari dekat


Menurut org china pokok "dragon tail" ni blh dibuat ubat
petik daun direbus bersama-sama gula batu, tebu hitam & daun pandan. Di rebus selama 3 jam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 01:40 AM | Show all posts

Balas #234 Mas916\ catat

alahaiii... baru akak terbaca info ini tentang kaduk.sudah terlambat.... 2 hari lepas sudah akak potong semua pokok2 kaduk.tinggal batang paras 1 - 2 inci je dari tanah.yang di potong semua buang je    .

pokok kaduk ni biasanya makan pucuk je.. buat ulam (rebus dulu sekejap).yg lain tak guna.kalau sampai berbuah biasanya akak akan potong biar tumbuh tunas baru tuk di ambil pucuk.

kalau la tahu lebih awal... bleh ar akak buat makjun or kapsulkan dari kaduk ni.. pas tu jual kat member2 di forum ni.. ahaksss   (berangan-angan le plak ).

antara yg akak tahu khasiat kaduk ialah untuk;
1. sakit urat }
2. lenguh2   } ini testimoni sendiri
3. buang angin }
4. bersihkan rahim ]
5. hilangkan bau2 tak enak kat fa**j ]  ni 'orang lama' sendiri cakap.
6. masalah keputihan ]
7. lepas bersalin - untuk pulihkan badan <-- kawan bagi tau
8. # cegah kegemukan (baru tau)

dibawah ni akak dapat dari internet

untuk mengubati
- sembelit
- sakit gigi
- demam malaria
- cacing
- lemah,bisa-bisa badan
- lenguh/sakit tulang
- batuk

** cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas.

- panau. <-- amik daun dan gosok tempat panau
- sakit kepala <-- tumbuk daun dan sapu di dahi

# Selepas menikmati kelazatan pucuk kaduk yg direbus bersama sambal belacan, air rebusannya pula boleh terus diminum begitu saja.Untuk mendapatkan khasiat sebenarnya, pastikan anda tidak merebus terlalu lama, memadai sehingga ia menggelegak,masukkan pucuk kaduk terus padamkan api... kacau2 sekejap terus angkat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 01:53 AM | Show all posts
Daun kaduk didapati mempunyai kalsium, fosforus dan besi yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.

* boleh ganti susu Anline atau Omega nih.save bajet.. makan kaduk jer  
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 07:26 AM | Show all posts

Reply #238 ayasofiya's post

itu la...pokok kaduk kt kg..pandang sebelah mata ja...
s'rang....sendiri mau ingat la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.086593 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list