CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
Post time 28-8-2006 12:47 AM | Show all posts
setahu kak noor pucuk betik boleh guna untuk lembukan daging.. nenas pun boleh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2006 02:48 PM | Show all posts
Petua jaga badan

DALAM masyarakat Melayu memang kaya dengan kaedah untuk merawat penyakit menggunakan akar kayu, herba dan tumbuh-tumbuhan.

Selain menjimatkan wang dan boleh dilakukan sendiri, kaedah perubatan atau petua tradisional itu lebih mujarab kerana ia tidak menggunakan bahan terlarang atau dadah.

Di sini, disertakan beberapa petua berguna yang sering digunakan nenek moyang kita untuk merawat penyakit secara berkesan:

- JIKA mahu menghilangkan parut lama atau kesan hitam di badan, ambil daun senduduk, ramas sehingga mengeluarkan air dan gosok daun itu ke seluruh anggota badan yang mempunyai parut.

Daun senduduk juga boleh menghilangkan jerawat di muka dengan meramas sehingga mengeluarkan air dan dicampur dengan bedak sejuk. Elok di pakai pada waktu malam.

- PENYAKIT resdung menimbulkan keadaan yang tidak selesa selain mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Jadi, untuk menghilangkan masalah itu, cari daun siput babi yang berdaun lembut dan berwarna hijau.

Selepas dicuci, ramas sehingga mengeluarkan air dan campurkan dengan bedak sejuk. Air daripada campuran itu sapukan di sekeliling hidung dan berselawat tiga kali, insya-Allah penyakit itu akan sembuh.

- UNTUK membuang angin di badan, ambil halia sebesar ibu jari dan rebuskan dengan lima cawan air. Masukkan sedikit lada hitam dan bawang putih. Ambil secawan daripada rebusan itu dan campur dengan gula merah sebelum meminum.

- HALIA juga berkhasiat untuk wanita yang ingin mengempiskan perut selepas bersalin. Tumbukkan halia bersama biji kawi dan buah pala kemudian rebus hingga hampir kering.

Dengan mencampurkan sedikit minyak kelapa, sapukan pada perut lalu dibalut. Cara ini mengelak perut daripada masuk angin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 12:41 PM | Show all posts
Syd,
Daun siput babi tu cam ner ghope dia? Nak gak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 03:13 PM | Show all posts
Sambil-sambil surfing tetiba terjumpa lak resepi herba ni. Mana le tau kot-kot Kak Noor ke, Mok Nik ke or Syd nak try ke....nanti boleh hantar sepiring......(jumpa masa surf web melur.com.
Tepek kat cni ok kot?

Otak-otak sambung nyawa
Bahan-bahan:
1. 10 helai daun sambung nyawa yang lembut(pucuk)
2. Dua Genggam daun beluntas
3. Sebuku tauhu
4. Setengah biji kelapa muda diparut.
5. udang atau ikan bilis

Bahan untuk rempah
1. tiga biji cili merah
2. Tiga biji cili api
3. Sebiji tomato
4. Lima ulas bawang merah
5. Empat ulas bawang putih
6. Dua sudu teh ketumbar
7. Seinci lengkuas
8. Dua helai daun salam atau dua helai daun serai wangi atau serai makan
9. Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. daun sambung nyawa dan daun beluntas dicelur, angkat, toskan dan hiris kasar-kasar

2. Kisar rempah dan campur dengan kelapa parut.

3. Semua bahan digaulkan bersama tauhu yang telah dipotong kecil-kecil dan udang yang telah di cincang.Tambah sedikit air

4. Bungkus dengan daun pisang seperti kita membungkus lepat pisang.Bungkus hingga habis, kita akan mendapat beberapa bungkusan.Kukus hingga masak.

5. Ia boleh dimakan bersama nasi atau dihidangkan seperti kuih peneman teh begitu sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 10:11 AM | Show all posts
Pokok nie  pun bagus utk baby/budak2 kecik......pokok garuda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 11:47 AM | Show all posts
pokok garuda ni bau dia busuk sikit kan... ada org buat minyak. ada jugak org buat ubat 'guna-guna'

kat umah mama saya ada pokok sambung nyawa tu...daunnya berbulu skit...senang nk idup. sape dok area jb yg nk pokok tu bleh pm saya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2006 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 22-9-2006 11:47 AM
pokok garuda ni bau dia busuk sikit kan... ada org buat minyak. ada jugak org buat ubat 'guna-guna'

kat umah mama saya ada pokok sambung nyawa tu...daunnya berbulu skit...senang nk idup. sape do ...



a'aahhhhh org kata hantu takut pokok garuda nieee.......waallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 02:35 PM | Show all posts
yea betul tu amiizaa...org wat halau 'hantu'...


ni pic pokok sambung nyawa...


[img][/img]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2006 02:43 PM | Show all posts
kenal tak pokok jerangau ni...pun byk digunakan dlm perubatan tradisional esp utk bayi dan wanita bersalin


[img][/img]

mod kalo pic beso sgt tlg kasi trim skit ehh...sorry mod!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 22-9-2006 02:43 PM
kenal tak pokok jerangau ni...pun byk digunakan dlm perubatan tradisional esp utk bayi dan wanita bersalin


http://i95.photobucket.com/album ... en/jerangaudanpanda ...


Aaa ni info about jerangau.....source:Melur.com
Jerangau mudah dijumpai dikawasan yang berpaya terutamanya di tepi sungai.Ia merupakan tumbuhan separa berair. Ia mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25mm.kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih didalamya. Bahagian dalamnya berbentuk seperti span.Daunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunnya dikoyakkan akan terhasil satu bau yang wangi.Jerangau menghasilkan bunga berwarna kunig kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluar biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom
Minyak jerangau digunakan untuk mengubati sakit perut yang disebabkan oleh gastrik. Ia juga digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi. Jerangau juga digunakan dalam ramuan yang digunakan oleh wanita selepas bersali bersama cekur.Ia memunyai ciri-ciri anti oksidan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 08:33 AM | Show all posts
selalu sy amik daun jerangau ni n hiris tipis..pastu letak kat bekas potpourri...wangi!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 26-9-2006 08:33 AM
selalu sy amik daun jerangau ni n hiris tipis..pastu letak kat bekas potpourri...wangi!



Oic tak tau lak saya pokok ni ni campur ngan potpuri.TQ for da info.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:49 AM | Show all posts
Ni pokok jarak...org guna daun dia untuk tuam 'bird' budak lelaki masa dorg dlm hari. kegunaan lain i x sure plak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:28 AM | Show all posts
pokok bangun-bangun



boleh merawat batuk selain daunnya bleh dibuat ulam (camne nk makan ekk...bau dia busuk!)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 4-10-2006 09:28 AM
pokok bangun-bangun



boleh merawat batuk selain daunnya bleh dibuat ulam (camne nk makan ekk...bau dia bu ...


Pernah dgr pokok sekentut? Agak-agak daun dia busuk tak?:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 03:38 PM | Show all posts
hahahahaha...busuk gilerrrrr

u terpegang jek..melekat bau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2006 10:14 AM | Show all posts
Herba mengawal atur paras glukosa darah

SETIAP sel di dalam badan memerlukan gula atau glukosa untuk menghasilkan tenaga bagi melakukan aktiviti seharian.

Bagi individu yang normal, paras glukosa dalam darah akan naik dan turun sepanjang hari.

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kenaikan atau penurunan paras glukosa darah yang mendadak, ia adalah berbahaya kerana ia mungkin menandakan kehadiran penyakit seperti diabetes dan hipoglisemia.

Simptom ketidakseimbangan glukosa darah termasuklah berasa letih, menginginkan makanan yang manis, peningkatan selera, susah untuk mengurangkan berat badan dan berasa pening selepas mengambil makanan.

Penurunan paras glukosa darah yang mendadak akan mengakibatkan daya ingatan dan penumpuan yang lemah, gangguan emosi, cepat marah dan kekeliruan di kalangan sesetengah individu.

Selidiki jika anda mengalami ketidakseimbangan glukosa darah.

Penilaian Diri Untuk Ketidakseimbangan Glukosa Darah.

Jika ketidakseimbangan glukosa darah dibiarkan, ia mungkin mengakibatkan kegemukan, artritis, bengkak dan gangguan metabolik yang lain seperti kolesterol yang tinggi, darah tinggi dan diabetes. Paras glukosa darah tinggi dan ketidakseimbangan glukosa boleh dikawal dengan cara gaya hidup yang sihat.

Mengekalkan berat badan ideal, amalan pemakanan seimbang dan meningkatkan aktiviti fizikal penting untuk mengawal paras glukosa darah.

Kajian menunjukkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, selama setengah jam setiap sesi dapat mengurangkan masalah ketidakseimbangan paras glukosa dengan signifikan.

Umumnya, kita perlu mengambil diet yang rendah karbohidrat, protein dan lemak yang sederhana. Makanan yang diproses dan karbohidrat ringkas seperti gula, desert, mi, minuman manis perlu dielakkan.

Berikan perhatian kepada makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah (GI). GI adalah sistem berangka yang digunakan untuk menyukat berapa cepat badan menyerap gula/glukosa dari makanan.

Makanan dengan skor GI kurang daripada 55 dikategorikan sebagai GI rendah seperti epal, ceri (tidak termasuk buah kering), yogurt dan kacang hitam (masak).

Sesetengah herba dan nutrien dikenali dapat menyumbang kepada pengawalaturan paras glukosa darah.

Salah satu herba yang terkenal ialah fenugreek. Fenugreek dapat meningkatkan penggunaan glukosa dan melambatkan penyerapan karbohidrat.

Fenugreek merupakan kekacang seperti yang digambarkan dalam farmakopeia pada awal Greek dan Latin untuk paras glukosa darah yang tinggi.

Gymnema merupakan herba yang digunakan dalam perubatan ayurvedic yang boleh mengurangkan rasa manis serta meningkatkan penyerapan dan penggunaan glukosa.

Holy basil dan peria digabungkan dengan gymnema dan fenugreek untuk kesan sinergistik. Mekanisme holy basil dan peria dalam mengurangkan paras glukosa darah termasuk meningkatkan fungsi sel beta (sel yang merembes insulin) dan rembesan insulin.

Nutrien lain yang digunakan untuk mengimbangkan paras glukosa darah termasuk asid alfa lipoik, L-carnitine, vitamin E, kromium dan vanadium.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 02:36 PM | Show all posts


Thanks Syd for the info.  Dah berapa banyak telan pil evening primrose baru ni tahu rupanya.

[ Last edited by  haniman at 6-11-2006 02:42 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 02:56 PM | Show all posts


Agaknyalahkan, pokok di atas ni sama tak dengan pokok kak iman di bawah ini.
Bukan apa kalau pokok yang sama, bagus juga, banyak khasiat rupanya.  Pokok ni ada orang kat kampong berikan pada kak iman.  Kak iman tak mintak, kak iman nampak dia bawah anak pokok ni, dah layu pun, kak iman tanya dia, pokok apa tu, dia kata ambiklah tanam.   Kak iman pun tanamlah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 03:04 PM | Show all posts


Pokok jarak ni kalau tak silap, kalau orang cirik berik pun boleh letak kat perut.  InsyaAllah berenti.

Lagi satu masa kecik2 dulu, suka ambik daun jarak ni, patahkan batang daunnyanya tu, tiup pada getahnya, akan keluarkan buih macam kita main tiup buih sabun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.490704 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list