CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
Post time 25-6-2007 07:03 PM | Show all posts
ada di jual ke tak, tak tau laa.. setakat ni lom penah nampak kat mana2 nurseri... tp kalo nak mai ler kat rumah saya.. ada berlambak.. heheheheee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #141 chipsmore789's post

oo..yeke. Best jugak nih...
Rumah chipsmore kat mana? Kalo area Klang Valley boleh ler..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 07:09 PM | Show all posts
rmah chips kat kulim kedah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 06:29 AM | Show all posts

lemuni

untuk org lepas pantang.. org buat nasi lemuni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 10:59 AM | Show all posts
Kenali Ulam: Kacang kelisa makin popular, miliki protein tinggi
Oleh Ismail Saidin


KACANG kelisa atau kacang botol adalah sayuran tradisional yang kini semakin popular. Lenggai muda, pucuk, bunga, ubi dan bijinya boleh dimakan. Lenggai muda sering dibuat ulam atau ditumis. Pucuk dan bunganya juga boleh ditumis atau dicelur dan dicolek dengan sambal sebagai sayuran sampingan ketika makan nasi.



Ubinya juga juga sedap direbus dan dimakan seperti ubi lain atau dijadikan perencah untuk memaniskan masakan sayuran lain.

KACANG kelisa
berkhasiat tinggi.

Tidak diketahui negara asal tumbuhan ini tetapi dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan kini tersebar serta ditanam di kawasan tropika.

Kacang kelisa adalah herba memanjat secara melilit sehingga 3 hingga 5 meter. Akarnya agak banyak dan tumbuh hampir di permukaan tanah. Kadang-kala terdapat akar yang membesar menjadi ubi. Daunnya trifoliat, terdiri daripada anak daun yang berbentuk ovat yang panjangnya 8

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 01:48 PM | Show all posts
hemm.. pokok ni tanam 1 pokok jee dah memadai.. nanti penuh le pagar merimbun.. tak abis nak mkn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2007 01:49 PM | Show all posts
pucuk dia boleh buat sayur lemak.. sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 10:48 PM | Show all posts



dapat masa beli pokok mulberi... takde scanner.. so, terpaksa salin balik kat sini... sejauh keberkesanan nya... sy tak pasti.. pasal cuma makan buah nya aja... tu pun tak byk.. semoga dpt membantu

KHASIAT POKOK MULBERRY

JENIS PENYAKITDAUNBUAHRANTINGAKAR
KENCING MANISXX
HIPERTENSIXX
KOLESTROLX
KURANG BERAT BADANX
LELAHXX
TENAGAXX
TULANGX
MATAXX
MINDAXX
MABUK LAUT
X
CEGAH BARAHX
SUSAH TIDURX
SENGAL BADANX
TELINGA BERDESINGX
PENINGX
KESIHATAN RAMBUTXX
SEMBELITX
SAKIT GIGIX
CACINGX
SAKIT PINGGANGX
BATUKX
SAKIT TEKAKXX
LEBIHAN CECAIR DLM BADANX
SELSEMAX
HIDUNG BERDARAHX
PENYUBUR DARAHXX
KESIHATAN KULITX
SAKIT SENDIX


DAUN MULBERRY KAYA DGN :
CALSIUM, POTASSIUM, SODIUM PHOSPHOROUS, MAGNISIUM, ASCO SCOBIC ACID, CORETENE, VIT A, B1, B2, D, E, FOLIC ACID, CHLOROPHYLL, GAMMA AMINOBTYRIC ACID INSOLUBLE DIETARYFIBLE & WATER SOLUBLE DIETARY FIBRE

CARA PENGAMBILAN:
BUAH BOLEH DI MAKAN ATAU DIBUAT JUS
DAUN MUDA BOLEH DIBUAT ULAM ATAU SAYUR
DAUN MUDA ATAU TUA BOLEH DIKERINGKAN UTK DIJADIKAN TEH
RANTING DAN AKAR DIKERINGKAN DAN DILARUTKAN DALAM AIR PANAS UTK DIMINUM

DOS, TIADA HAD/ TIADA KESAN SAMPINGAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2007 10:06 AM | Show all posts

kacang botol... sedap wat ulam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 08:27 PM | Show all posts
ni pokok sendiri tanam ke naz??
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 08:44 PM | Show all posts

Reply #150 ayasofiya's post

bukan...pokok orang...

naz tak mkn kacang ni...tak reti nak telan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 10:43 AM | Show all posts
Kuasa penyembuh 'baru'
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

DARI Dukung Anak ke Derhaka Mertua, Sundal Malam ke Sedap Malam, Lempoyang Gajah ke Lidah Buaya, Sambung Nyawa, Tutup Bumi, Paku Tunjuk Langit, Mas Cotek, Pecah Beling dan banyak lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 10:44 AM | Show all posts
Pelbagai khasiat herba

SETIAP kali anda 慴ercakap-cakap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 10:53 AM | Show all posts
Ceria Menawan: Kunyit, halia, lengkuas ubati penyakit kulit


RAWATAN kecantikan dan perubatan mengiktiraf kunyit, halia dan lengkuas sebagai bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan kulit putih, bersih, gebu selain berkesan untuk mengembalikan kesihatan tubuh individu.

Malah, ketiga-tiga tumbuhan ini mempunyai fungsi yang pelbagai dan diakui menyumbang peranan besar dalam dunia perubatan. Di Asia Tenggara, tumbuhan ini juga digunakan sebagai bahan berubat bagi merawat pelbagai jenis penyakit kulit termasuk gatal, bisa dan luka.

Berikut adalah khasiat kunyit, halia dan lengkuas terhadap tubuh:

> KUNYIT


Kunyit atau nama saintifiknya 慍ucurma domestica

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2007 10:32 AM | Show all posts
Jarak belanda penawar terseliuh
Oleh: RAMLI ABDUL KARIM

SEKSA. Itulah istilah paling tepat yang boleh menggambarkan pengalaman menahan kesakitan ketika mengalami seliuh dan bisul di mana-mana anggota badan serta sakit seriawan atau ulser mulut.

Seliuh dan bisul bukan sekadar menyeksakan kerana dengan hanya sentuhan perlahan di tempat berkenaan boleh menyebabkan anda tersentak dan menjerit kesakitan.

Malah seliuh dan bisul yang begitu `sensitif' dengan sentuhan akan menyebabkan pesakitnya terpaksa berkurung di dalam rumah dan menjaga gerak-gerinya.

Manakala seriawan mulut cukup memedihkan kerana ia menyukarkan pesakit untuk makan dan minum.

Secara tradisional, kebiasaannya seliuh dirawat dengan berurut manakala bisul tidak banyak kaedah yang diketahui umum untuk melegakan `bisa denyutannya,' kecuali disapukan dengan minyak pelbagai ramuan.

Minggu ini anda diperkenalkan dengan pokok JARAK BELANDA yang mana daun, getah dan buahnya dipercayai boleh menjadi penawar mujarab untuk ketiga-tiga penyakit itu.

Pokok yang diberi nama botani Jatropha curcas ini boleh didapati di tempat-tempat kering tanah dan banyak ditemui di negara ini.

Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap berkata, daun jarak belanda mempunyai khasiat untuk mengubati seliuh.

Menurutnya, beberapa helai daunnya perlu ditumbuk halus sebelum dipupuk di tempat yang mengalami seliuh.

``Kesannya lebih baik jika dipupuk sejurus berurut dan dibalut bagi membolehkannya memecah darah beku di samping membuang angin dan melancarkan semula perjalanan darah,'' katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tajuddin memberitahu, buah jarak belanda yang telah matang pula boleh mengurangkan kesakitan akibat bisul dan mempercepatkan tempoh ``masak'' bengkak di tempat berkenaan.

Kata beliau, buah itu perlu dikopek untuk mendapatkan cecair seumpama minyak di dalamnya sebelum ia disapukan di sekeliling mata bisul.

``Ia lebih mujarab jika dicampurkan dengan minyak masak dan dipanaskan untuk mendapatkan sebatiannya sebelum disapukan berulang kali. Selain boleh mempercepatkan tempoh sembuh sakit bisul, sebatian minyak buah jarak belanda juga boleh dijadikan ubat sapu bagi penyakit kulit yang lain,'' ujarnya.

Sementara itu, Tajuddin menambah, bagi pesakit seriawan atau ulser mulut, mereka boleh menyapukannya dengan getah yang mengalir daripada daun jarak belanda.

``Jika mulut atau lidah melecur kerana terminum air panas, getah jarak belanda boleh melegakan kepedihan ketika makan atau minum,'' jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2007 09:40 AM | Show all posts
Petua: Semalu banyak khasiat untuk wanita


POKOK semalu amat sesuai digunakan untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid. Ia juga berkhasiat dijadikan mandian tapi bukan sebagai minuman. Caranya ialah dengan mengambil beberapa batang pokok semalu termasuk akarnya, bersihkan kemudian masukkan ke dalam periuk.

Masukkan air bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping, kemudian rebuskannya. Rebuslah sehingga asam keping itu kembang dan biarkan airnya suam sedikit. Air rebusan semalu ini boleh dibuat air mandian.

Selain itu, ia dapat merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana dimakan air. Caranya ialah ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali, campurkan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat. Seterusnya sapu bahagian yang terkena penyakit berkenaan.

Berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional, tumbuhan ini dapat mengubati bengkak, luka, bisul. Caranya adalah menumbuk daun itu bersama kunyit (Curcuma domestica) dan kerak nasi (Terenia polygonaides). Kemudian tampal pada bahagian yang sakit.

Akarnya boleh mengubati sakit buah pinggang, sebagai pelawas kencing, sakit perut, senggugut, malaria, lelah, tonik, sakit keputihan dan kusta. Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak, batuk dan deman. Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang bisa.

Insya-Allah, selamat mencuba.

Nama: Azirah bt Che Azib
Kad pengenalan: 660813-02-5234
Alamat: No 11, Jalan Subang Permai 13, Desa Subang Permai, 40150 Shah Alam, Selangor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2007 03:17 PM | Show all posts
Inai boleh merawat pelbagai penyakit
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my



LUKISAN henna menggunakan inai yang pelbagai corak mencetus kelainan pada hari pernikahan.




Lawsonia Inermis miliki asid untuk rawat penyakit lelaki, wanita

SEWAKTU kecil dulu menjelang Aidilfitri kanak-kanak perempuan adalah antara golongan paling seronok mencari daun inai untuk dipakai beramai-ramai.

Itu adalah antara kenangan yang sukar dilihat kalangan kanak-kanak terutama yang tinggal di kota besar ketika ini. Namun, inai tetap istimewa kerana nilai pokok yang berdaun kecil dan mempunyai ranting yang banyak ini membuat khasiat serta nilai perubatan yang sangat tinggi.

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis sebenarnya berasal daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ia dibawa orang Mongolia ke India pada kurun ke-12, namun ada pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi dalam kajiannya pula menemui bukti bahawa inai sudah digunakan orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu sejenis pewarna merah dipercayai inai.

Rahsia merah inai

Daun ini mempunyai kandungan bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang ada dalam asid itu bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku serta rambut.

Kelebihan

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutama pada daunnya. Selama berkurun lamanya inai digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utamanya ialah sebagai ejen penyejuk.

Seperti amalan kaum India yang menggunakan daun inai yang disapu pada kulit untuk menyembuhkan sakit kulit, bisul dan melepuh, ia juga turut digunakan untuk menyembuhkan sakit kepada dan rasa panas pada kaki.

Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis pada sekeliling kuku. Caranya adalah dengan membersihkan daun terlebih dulu, ditumbuk sehingga lumat. Kemudian gunakan ramuan itu untuk disapu pada tempat yang sakit.

Daun ajaib ini juga boleh digunakan untuk melegakan sakit perut. Hanya minum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang halus. Nescaya perut yang sakit akan pulih.

Serbuk daun inai pula boleh digunakan untuk menyembuhkan luka ketika berkhatan, bisul, penyakit kulit dan sengal tulang. Malah, sesiapa yang mula gusar apabila rambut mula menipis, mungkin boleh anda cuba petua turun temurun ini. Rebus minyak biji sawi bersama daun inai dan disapukan pada kepala.

Bagi kaum India, air daun inai digunakan sebagai astrigen yang boleh mengecutkan tisu organik sekali gus membantu mengawal pendarahan berlebihan. Malah, mereka juga percaya, amalan berkumur dengan daun inai boleh membantu menyembuhkan sakit tekak.

Merawat penyakit wanita

Wanita yang berdepan dengan masalah haid berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Masyarakat Melayu sendiri mengamalkan meminum jus daripada daun inai segar untuk merawat masalah sakit tuan seperti ejakulasi yang tidak terkawal.


FAKTA

Kulit batang inai - boleh merawat penyakit hati seperti demam kuning dan bengkak hati serta cirit-birit.

Bunga - merawat masalah sakit kepala disebabkan cuaca panas. Caranya dengan meletakkan bunga inai yang dicampur cuka sekeliling kepala.

Akar - digunakan untuk merawat bisul.

Daun - air rendaman daun ini mampu merawat keputihan dan masalah haid berlebihan. Juga digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Selain itu, digunakan untuk menutup uban dan sebagai pewarna tekstil.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2007 03:25 PM | Show all posts
Akar, buah sintok pengganti syampu
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my





SESIAPA yang gemarkan aktiviti lasak di hutan pasti pernah melihat batang pokok yang memanjat digelar akar sintok atau di Pantai Timur, dipanggil akar beluru. Malah, batang akar ini mengeluarkan air yang boleh diminum jika terputus bekalan minuman ketika mendaki gunung di kawasan habitatnya iaitu di hutan hujan tropika.

Akar sintok ini walaupun kelihatan seperti tidak berguna namun sebenarnya ia mempunyai seribu satu khasiat yang boleh dimanfaatkan untuk kecantikan kaum wanita.

Kebaikan

Pokok sintok membiak melalui biji benih, buahnya yang matang berwarna hitam boleh digunakan sebagai pengganti syampu. Malah, ada yang mengatakan buih daripada akar pokok itu boleh menangani masalah kelemumur. Syampu daripada bahan semula jadi ini juga boleh membuatkan mahkota anda kelihatan hitam berkilat.

Caranya, ketuk batang akar berkenaan sehingga leper dan siatkan di dalam air. Ia akan mengeluarkan buih yang boleh digunakan untuk syampu dan kulitnya bertindak sebagai pembersih dengan menyentalnya pada tubuh ketika mandi.

Selain berguna untuk menghilangkan kotoran dan daki, ia juga membuatkan badan menjadi wangi dan menyegarkan. Oleh kerana sifatnya yang menyegarkan, ramai pengamal perubatan tradisional menggunakan akar sintok dalam campuran mandian rawatan untuk mengembalikan kecergasan selain memulihkan semangat.

Dalam masyarakat Melayu tradisional, akar sintok diamalkan kalangan wanita untuk dibuat mandi selepas suci daripada haid. Ia dipercayai dapat membantu mengembalikan kecergasan selain mengharumkan badan.

Akar ini juga dipercayai mampu merawat penyakit sifilis dengan cara meminum air rebusan akarnya. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gigitan haiwan dan serangga berbisa serta meredakan sedu dan merawat buang air besar berdarah.

Ramuan Pilis

Tahukah anda, akar sintok ini juga salah satu bahan yang digunakan untuk membuat pilis (bersama campuran akar tinggal dan kapulaga) yang disapukan pada dahi ibu selepas bersalin bagi mengelakkan pening kepala dan angin meroyan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 10:27 AM | Show all posts

TUMBUHAN DAN PERUBATAN TRADISIONAL



DAUN HATI-HATI                                                                        

Pokok hati-hati adalah sejenis tumbuhan herba berbunga ungu muda, mempunyai daun yang tebal dan berbulu halus berwarna hijau muda.Pokok hati-hati yang juga dikenali sebagai bangun-bangun atau nilam di sesetengah tempat merupakan penawar dalam perubatan tradisional.Salah satu kegunaan pokok tersebut ialah untuk mengubati batuk, terutamanya dikalangan orang-orang dewasa dimana daun pokok tersebut ditumbuk dan dicampur dengan air sebelum ditapis dan diminum dua kali sehari.

          Dari segi saintifik, pokok hati-hati yang dikenali sebagai coleus amboinicus lour juga berkesan untuk merawat masalah sembelit.Cara rawatannya juga sama seperti merawat batuk, iaitu dengan menumbuk daunnya dan kemudian dicampur dengan air sebelum ditapis dan diminum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 10:29 AM | Show all posts


BUNGA MATAHARI

Dunia perubatan tradisional menawarkan banyak kaedah untuk mengubati penyakit darah tinggi dan antara kaedah yang diketahui mujarab untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah dengan menggunakan bunga matahari yang berasal dari keluarga compositae.Seluruh bahagian pokok bunga matahari yang dikenali sebagai helianthus annuus dari segi saintifiknya, bernilai tinggi dari segi perubatan.Bunganya yang besar berwarna kuning di rebus dan airnya diminum bagi menghilangkan sakit kepala dan juga pening-pening bagi menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit senggugut dan meredakan asma.

          Biji-biji bunga matahari itu juga mujarab untuk melawaskan proses pembuangan air kecil dan besar serta mengubati batuk, disentri dan radang buah pinggang.Sementara itu, dalam perubatan tradisional cina bunga matahari dikatakan berkesan untuk membuang angin dalam tubuh badan yang berpunca dari hati yang berfungsi secara berlebihan dan juga untuk menyejukkan badan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.520987 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list