CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
 Author| Post time 19-9-2008 10:31 AM | Show all posts


CILI

Cili atau dari segi saintifiknya dikenali sebagai capsicum annuum juga boleh digunakan bagi merawat penyakit tertentu.Cili dikatakan bernilai dari segi kesihatan untuk meredakan kesakitan yang berkaitan dengan kegemukan.Malahan ia juga baik untuk pengedaran darah, mengatasi masalah sakit kerongkong serta merawat ulser dan bisul dengan menggunakan daunnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2008 11:04 AM | Show all posts


PINANG

Buah dan biji pinang mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Biji pinang yang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang tua-tua sebagai satu petua untuk menguatkan gusi dan mencegah masalah mulut berbau.

Disamping itu, biji pinang juga dikatakan mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Malahan, ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seprti panau iaitu dengan menumbuk biji pinang yang separuh masak hingga halus dan kemudian disapukan ke bahagian yang ditumbuhi panau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:29 AM | Show all posts

Reply #158 Syd's post

Agaknya Sintok, Kedah tu dpt nama dr pokok nilah yee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 11:48 AM | Show all posts

Reply #163 alifinara's post

agaknya.

ada gak search, tapi yang jupe Pokok Kulim.
hehehe

Kulim tu amek nama dari pokok nih laaa

1. Asal usul

Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar "Kulim" mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim" (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.).
2. Pokok Kulim

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah,Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Becc. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah,Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 02:45 PM | Show all posts


TOMATO

Tomato yang dikenali dengan nama sainsnya lycopersicon esculentum juga merupakan sejenis sayuran yang digemari ramai.Tomato yang berasal dari keluarga Solanaceae, kaya dengan zat galian, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan.

Malahan, ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet muda yang terpenting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 02:47 PM | Show all posts


MANGGA                                                                                       

Minuman jus mangga merupakan satu amalan berkesan dalam rawatan tradisional untuk mereda dan menyembuhkan penyakit hernia.Hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak.Cara rawatannya adalah dengan mengisar isi mangga yang masak dan kemudian dicampur dengan jus betik dan diminum dengan perlahan-lahan dengan menggunakan straw tiga atau empat kali selepas menelan makanan.

          Mangga yang dikenali sebagai Mangifera Indica dari segi saintifik dan berasal dari keluarga Anacardiaceae digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.Minuman itu yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium serta vitamin A dan C juga dapat melancarkan peredaran darah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2008 02:52 PM | Show all posts


AVOKADO

Avokado atau nama saintifiknya, Persea Americana berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan yang berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan, khususnya di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada buah, daun dan kulit pokok avokado juga boleh direbus dan airnya diminum untuk membersihkan hati, menurunkan tekanan darah tinggi, meredakan sakit perut dan berkesan untuk mengawal haid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 02:53 PM | Show all posts
LEMON



Sakit kerongkong mudah diubati secara tradisional dan salah satu daripada kaedah tradisional itu adalah dengan menggunakan lemon, sejenis limau sitrus yang juga dikenali sebagai Citrus Limon dari segi saintifiknya.Cara rawatannya adalah dengan mencampurkan secubit garam ke dalam jus lemon yang baru diperah dan dikumur perlahan-lahan sebelum ditelan.lemon, seperti buah-buahan sitrus yang lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia.Ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekaligus mempertingkatkan daya tahan badan.

          Tonsilitis atau penyakit radang tonsil di bahagian kerongkong adalah berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus.Kaedah paling berkesan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit ini adalah dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum.[/img]

Sakit kerongkong mudah diubati secara tradisional dan salah satu daripada kaedah tradisional itu adalah dengan menggunakan lemon, sejenis limau sitrus yang juga dikenali sebagai Citrus Limon dari segi saintifiknya.Cara rawatannya adalah dengan mencampurkan secubit garam ke dalam jus lemon yang baru diperah dan dikumur perlahan-lahan sebelum ditelan.lemon, seperti buah-buahan sitrus yang lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia.Ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekaligus mempertingkatkan daya tahan badan.

          Tonsilitis atau penyakit radang tonsil di bahagian kerongkong adalah berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus.Kaedah paling berkesan dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit ini adalah dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum.

[ Last edited by  Syd at 19-9-2008 02:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2008 02:58 PM | Show all posts


PALA

Pala adalah sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam dunia perubatan terutamanya dalam perubatan tradisional.Berasal dari keluarga myristicaceae, buah pala yang dikenali dengan nama saintifiknya myristica fragrans, juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.

          Pala juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat, disamping pucuk daunnya yang berkhasiat dimakan sebagai ulam untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Bijinya pula digunakan sebagai salah satu ramuan bagi membuat minyak panas untuk mengubati pelbagai penyakit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 03:00 PM | Show all posts
LOBAK PUTIH                                                                              



Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

          Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih yang dikenali sebagai brassica rapa dari segi saintifik, juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 03:12 PM | Show all posts
DELIMA



Delima, sejenis buah yang berasal dari kawasan mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.Delima yang dikenali sebagai punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, vitamin A dan C.Ia berkesan bagi meredakan cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.

          Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima.Airnya yang bertindak sebagai astrigen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 03:16 PM | Show all posts
SENGKUANG CINA                                                                     



Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong yang menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan  bengkak.Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik.Rasanya yang manis dan menyejukkan elok dimakan untuk meredakan demam, selesema dan batuk.

          Sengkuang cina berasal dari keluarga cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi.Ia digunakan dalam perubatan tradisional Cina bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 03:52 PM | Show all posts
KELEDEK



Keledek adalah sejenis ubi yang banyak digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan.Selain daripada kegunaan sebagai makanan, keledek juga mendapat tempat dalam perubatan tradisional, khususnya untuk mencerahkan mata dan mengubati bisul.Ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata.

          Berasal dari keluarga convolulacea, ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.Sementara itu, daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditempekkan ke mata bisul yang telah merening

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 04:01 PM | Show all posts
CEMAMAR                                                                                             



Cemamar merupakan sejenis tumbuhan liar yang seakan-akan daun kari dan mempunyai bau yang harum.Rasanya yan lemak-lemak pahit enak dimakan sebagai ulam bagi membuang angin dalam tubuh badan, sekaligus meredakan masalah perut kembung dan lenguh-lenguh badan.

          Dikenali sebagai micromelum pubescens blume dari segi saintifik, daun cemamar yang berasal dari keluarga Rutacea juga bernilai tinggi dalam perubatan tradisional untuk menyegarkan badan.Ia sesuai digunakan sebagai air rendaman untuk ibu-ibu yang bersalin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 04:09 PM | Show all posts


HALBAN

Daun  dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan ibu bersalin.Daunnya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan.Air rebusan kulit halban juga sesuai digunakan untuk mengeringkan luka, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

          Dikenali sebagai Vitex pubescens vahl dari segi saintifik, pokok halban yang tumbuh liar di kawasan hutan juga bernilai tinggi dalam perubatan tradisional untuk mengubati demam, merawat kudis dan luka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 04:13 PM | Show all posts
JERING



Buah jering amat bernilai dalam perubatan tradisional terutamanya untuk mengubati penyakit batu karang.Cara rawatannya adalah dengan menumbuk buah jering bersama halia sehingga halus sebelum direbus dan setelah itu, air rebusan tersebut haruslah diminum.

Jering yang dikenali sebagai pithecellobium jiringa dari segi saintifik berasal dari keluarga leguminosae juga berkesan untuk merawat penyakit kencing manis.Selain daripada buah, kulit pokoknya turut dapat mengubati kencing manis iaitu dengan cara merebus kulitnya hingga mendidih dan diminum air rebusan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2008 04:17 PM | Show all posts

Reply #170 Syd's post

Suka makan lobak putih ni utk tambah susu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 04:24 PM | Show all posts

Reply #177 alifinara's post

tak penah lagi makan
tapi rasanya mcm bagus je benda nih buat amalan

resepi apa eh nak masak lobak nih

nak try makan laa benda nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 06:38 PM | Show all posts

Reply #176 Syd's post

wah....banyaknya jengkol!

abe ku suka make jengkol cicah budu...hehe
krak kruk bunyi dia kunyah... daku tgk aje... tak tertelan weh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 10:15 AM | Show all posts
jengkol tu jering ker....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.123282 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list