CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CharlieDale

Kartun era 80-an dan 90-an

[Copy link]
Post time 23-4-2012 07:55 PM | Show all posts
semua itu tinggal kenangan....umur pun dah masuk 30 tahun.... rasa tua lak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2012 08:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by qatrunnada at 8-5-2012 20:38

aah...aku plak  paling suke cite tosho daimos....puas carik...akhirnya dapat gak aku download full episode..tapi tak de subtitle...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 07:11 PM | Show all posts





MINI KOMIK TAHUN 1987,SIARAN KARTUN TV3 PUKUL 5.30 PTG,1 DRP 8 SIRI,DISERTAKAN DGN SNEK SNAP KELUARAN TREBOR,,MUNGKIN TIADA LAGI DI PASARAN.



Sources : http://www.facebook.com/komikklasik.madi
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 08:26 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2013 04:34 PM | Show all posts
Keterujaan Pemilik Kereta Mini Tamiya






MINAT Asril terhadap kereta mini Tamiya membawa kepada penubuhan Geng Tamiya Angkuh.


SIRI kartun anime, Dash Yonkuro yang ditayangkan pada tahun 1990 di kaca televisyen ternyata telah memberi pengaruh besar kepada Asril Hafiz Sabri.

Ketika itu, Asril berusia 12 tahun dan meminati siri kartun terbitan sebuah syarikat produksi dari Jepun. Pada usia kanak-kanak, dia sememangnya terpengaruh dengan apa yang ditonton di kaca televisyen.

Siri kartun itu memaparkan kisah lima sahabat yang diketuai oleh seorang kanak-kanak, Yonkuro Hinomaru dalam pasukan lumba kereta mini Dash Warrior.

Selain anime, kereta mini yang digunakan oleh setiap watak dalam siri kartun tersebut juga merupakan alat permainan popular untuk kanak-kanak pada waktu itu. Model kereta yang digunakan oleh Yonkuro iaitu Emperor menjadi kegilaan kanak-kanak.

" Ketika itu, saya dan rakan-rakan amat terpengaruh dengan cerita Dash Yonkuro dan saya mempunyai barang permainan berupa sebuah kereta mini skala 1/32 seperti dalam siri kartun itu.

" Pada awal 1990-an, kereta mini jenama dari Jepun iaitu Tamiya mudah didapati di pusat beli-belah di negara ini. Pertandingan perlumbaan kereta mini di litar berskala kecil sering diadakan di situ. Tanpa modifikasi yang lengkap pada kereta mini ini, saya hanya mampu melihat kanak-kanak lain berlumba," ujarnya yang bertugas sebagai pramugara di salah sebuah syarikat penerbangan negara.

Cerita Asril, ketika itu, Hankyu Jaya, Sogo dan Kerry's merupakan antara pusat beli-belah yang menjual kereta mini Tamiya dan sering mengadakan perlumbaan untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa di ibu negara.

Tamiya merupakan jenama alat permainan, kit model, kereta kawalan radio dan alat ganti dari Jepun. Ketika permainan tersebut popular sekitar awal 1990-an, Daisheng (M) Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya pembekal permainan jenama Tamiya di Malaysia.





PEMAIN perlu memasang sendiri kereta mini Tamiya yang berasal dari Jepun ini.


Selepas melewati usia kanak-kanak, Asril tidak lagi meneruskan hobi tersebut kerana kekangan kos yang tinggi.

Namun, kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram telah memupuk kembali minat Asril terhadap hobi tersebut ketika usianya telah menjengah 32 tahun.

" Saya kembali mengumpul kereta mini Tamiya dan menyertai perlumbaan kecil-kecilan sejak setahun lalu. Aksesori dan alat ganti kereta Tamiya mudah didapati menerusi rakan-rakan di laman sosial.

" Permainan kereta mini Tamiya ini merupakan satu cara untuk saya mengimbau kembali zaman kanak-kanak. Kini, permainan ini popular dalam kalangan golongan dewasa dan kebanyakannya seusia dengan saya. Selain itu, hampir setiap minggu pertandingan perlumbaan kereta mini Tamiya dianjurkan di sekitar ibu kota, " ujar bapa kepada dua orang cahaya mata itu.



Ciri-ciri teknikal

Asril yang juga pengasas kumpulan Geng Tamiya Angkuh amat meminati ciri-ciri teknikal seperti memasang dan memadankan bahagian casis kereta mini bersama aksesori perlumbaan.

Mengenakan aksesori dan alat ganti yang sesuai dapat meningkatkan kelajuan dan keseimbangan kereta mini sewaktu di atas litar.

" Kereta mini tidak mempunyai alat kawalan. Ia bergantung kepada penalaan iaitu dengan memadankan aksesori dan alat ganti mengikut keadaan litar. Setiap perlumbaan merupakan eksperimentasi untuk melihat hasil penalaan sesebuah kereta mini, " ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tidak hanya menyentuh aspek teknikal, Asril juga dapat menzahirkan kreativitinya dengan mengecat dan mengubah suai rupa fizikal kereta mini.

Baginya, bajet sebanyak RM300, seseorang itu boleh mendapatkan model kereta lengkap bersama aksesori dan alat ganti.

Walaupun telah berhabis ribuan ringgit, Asril amat berpuas hati dengan hobi yang diceburinya itu. Sehingga kini, dia mempunyai lima buah kereta mini yang digunakan dalam perlumbaan.

Antara komponen asas sebuah kereta mini Tamiya ialah casis, roda, motor, bering dan bateri bersaiz AA. Kesemua komponen itu amat penting untuk menggerakkan kereta mini ketika di litar.

Walaupun kelihatan mudah, para pelumba kereta mini perlu memahami aspek teknikal dalam penalaan kereta. Selain itu, perbezaan struktur rekaan litar memerlukan modifikasi penalaan kereta mini yang berbeza.


Aerodinamik

Seorang pengumpul dan pelumba permainan kereta mini Tamiya sejak tahun 1994, Mustaqim Mohd. Azam, 26, memberitahu, kestabilan, kelajuan dan pergerakan aerodinamik sesebuah kereta mini merupakan antara faktor yang harus diambil kira oleh setiap pelumba.

Menurutnya, litar yang berliku, bergelung, pusingan tebing curam dan jambatan seharusnya mempunyai modifikasi penalaan yang berbeza.

" Kestabilan kereta mini boleh dilihat daripada aspek cengkaman tayar dan pergerakan di litar. Komponen penting iaitu pemberat membantu menstabilkan kereta mini. Selain itu, gegelung pada fiber resin polikarbonat (Frp) bahagian casis juga dapat mengurangkan geseran kereta mini di litar.

" Frp merupakan komponen yang harus ada pada bahagian casis kereta terutamanya dalam perlumbaan. Saiz dan bentuk Frp juga mempunyai peranan yang berbeza. Selain itu, bahan polikarbonat itu juga membantu menguatkan bahagian casis agar tidak mudah patah atau pecah sewaktu perlumbaan, " ujar ahli perniagaan muda itu.

Setiap komponen seperti casis, tayar dan motor perlu dicantumkan bagi membentuk sebuah kereta mini Tamiya. Melalui kaedah itu, pengumpul dan pelumba boleh mengeksperimentasi aksesori dan alat ganti untuk dicantum pada kereta mereka.




MUSTAQIM (kiri) dan Che Fahimy Che Mohd. menunjukkan kereta mini milik mereka.


Casis

Produk Tamiya juga memperkenalkan 13 jenis casis dalam permainan kereta mini. Casis kereta merupakan komponen paling penting kerana ia mempunyai perbezaan modifikasi penalaan dan kedudukan motor. Antara casis yang popular ialah casis FM, Super FM, Super X, Middle Motor Speed dan TZX.

Menurut Mustaqim, setiap casis mempunyai ciri-ciri teknikal dan harga yang berbeza. Selain itu, setiap casis juga digunakan mengikut keselesaan pelumba dan kesesuaian trek sewaktu menyertai perlumbaan.

" Super 2 merupakan kategori casis yang mendapat sambutan dalam kalangan pelumba kereta mini di negara ini. Harganya lebih murah berbanding casis-casis lain. Ia merupakan casis asas kepada pelumba dalam percubaan untuk menyertai perlumbaan.

" Motor yang digunakan dalam kereta mini pula terbahagi kepada dua iaitu Dash Series dan Tune Series. Motor merupakan komponen yang menentukan kelajuan kereta mini. Kelajuan motor juga bergantung kepada daya pergerakan dalam seminit dan casis yang digunakan, " jelasnya.

Permintaan tinggi

Sementara itu, pembekal dan peniaga barangan kereta mini Tamiya, Naguib Farhan Malek, 24, memberitahu, permainan kereta mini kini semakin mendapat perhatian terutamanya daripada golongan yang berusia 20-an hingga awal 30-an.

Menurut Naguib, kebanyakan pelanggan membeli produk Tamiya yang diimport dari Jepun, Singapura dan Hong Kong di premisnya di Bandar Botanic, Klang, Selangor.

" Selain membeli kereta mini Tamiya, mereka boleh berlumba di litar yang disediakan di sini. Saya dan rakan kongsi, Zaki Shaputra Sharani turut menganjurkan perlumbaan kereta mini Fun Race pada setiap hari Sabtu.

" Laman Facebook merupakan platform terbaik untuk saya mempromosikan perniagaan dan kereta Tamiya mini.

" Pelanggan utama kami adalah dari Sabah dan Sarawak, " ujarnya yang telah menjual kira-kira 1,000 buah kereta mini Tamiya dalam tempoh sebulan.

Pemilik Kedai Tamiya Mini Dash Yonkuro 4wd Original itu juga akan menambah stok kereta mini setiap bulan kerana mendapat permintaan yang tinggi terutamanya di laman Facebook.

Dia memberitahu, kereta mini Tamiya dijual pada harga RM35 hingga RM75 bergantung kepada model dan harga pasaran semasa di negara ini. Selain itu aksesori dan alat ganti tulen berjenama Tamiya juga dijual di premisnya.



- Kosmo -












Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2013 11:22 PM | Show all posts
Kembalikan kenangan Dash Yonkuro






Sebahagian kereta lumba mini yang sukar didapati menarik minat pengumpul, sekali gus menjadikan harganya melambung tinggi.




KEGILAAN kereta mini 4wd jenama Tamiya kini kembali lagi apabila permainan kereta itu yang agak menyepi beberapa tahun kebelakangan ini kembali diminati dalam kalangan peminatnya.

Pada awalnya permainan kereta mini ini mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1980-an dan menjadi popular apabila siri animasi Dash Yonkura mula ditayangkan di televisyen tempatan pada awal 1990-an.

Siri animasi ini menampilkan beberapa anak muda yang cenderung dalam permainan kereta lumba mini, sekali gus mendorong mereka memasuki pelbagai pertandingan sehinggakan kereta mini itu laris jualannya.

Di Malaysia, pelbagai pertandingan dianjurkan dan ramai anak-anak muda cenderung mengubah suai kereta mini mereka agar menjadi lebih laju.

Ada banyak aspek diambil kira untuk menjadikan kereta mini ini stabil dan laju dengan menggunakan pelbagai teknik dan kemahiran bagi mendapatkan keupayaan maksimum.

Ruangan Fokus minggu ini mendekati mereka yang menggilai permainan kereta mini ini di pusat jualan dan permainan, Tamiya Underground di One Utama Petaling Jaya.

Rata-ratanya terkenang kembali semasa zaman kanak-kanak mereka bermain kereta permainan mini ini yang satu masa dahulu digilai ramai.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 10:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2015 02:20 PM | Show all posts
pokya replied at 29-7-2006 05:36 PM
sebab kartun ni la time main bola masa PJ mesti berebut nk nama team Kickers

kartun2 dulu2 yg mas ...

tambah lagi..
#BLUE BLINK
#SILVERHAWK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.700095 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list