CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CharlieDale

Kartun era 80-an dan 90-an

[Copy link]
Post time 11-8-2006 10:54 AM | Show all posts
TRANSFOMERS THE MOVIE - AUTOBOTS VS DECEPTICONS

http://www.sendspace.com/file/fegbis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 02:54 PM | Show all posts
untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah
dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm,mesti pegang
cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak
galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa
dgn family. ni for those yg dok KL laa

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

Tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, onkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni. baling2 kapur laa. hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2
baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah
komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg
skarang tak reti  nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt
universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan
korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami
mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye
laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 60s/70s/80s babies!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by hetrek at 13-8-2006 02:54 PM
untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah
dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thund ...


OT

sekarang nih budak sekolah rendah bukan macam kita dulu.. klinik gigi kat sekolah pun tk der rancangan makanan tambahan pun takder...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2006 12:54 PM | Show all posts
ada beberapa pembetulan buat Hang PC2 dan hetrek di samping off topik

1. Program susu Sekolah masih lagi berjalan di sekolah namun ia tidak dijual kepada murid. PSS ini dikhususkan kepada murid yang keluarganya berpendapatan perkapita rendah. begitu juga dengan program rancangan makanan tambahan. malah ia turut ditambah dengan program baucer tuisyen.
2.Program bersama unit pergigian juga masih dijalankan malah setiap murid ada kad rekod prgigian.
3. guru pukul guna kayu pembaris panjang? saja sesuka atau kerana hukum atas sebab dan niat mengajar? tapi mesti lani ramai yang kat luar tu bising kata cikgu hanya suka menghukum. lani nak pukul macam mana, nak mendidik macam mana?  kalau tangan cikgu semua dah kena "ikat". jangankan nak denda budak macam zaman kita dulu, silap gaya setakat kita memarahi pun sudah cukup untuk ibu bapa datang serang guru balik kena tak baik siap bawa peguam..

boleh lihat beza anak dulu dan sekarang......

memang kalau kita dapat kumpul kembali dengan rakan rakan dan mengenang kembali cerita lama memang sesuatu yang menyeronokkan. malah kalau diingat, kita sanggup berkumpul dan tunggu kat rumah kawan yang ada siaran TV3 (masa tu tak semua dapat siaran ni) hanya untuk tonton thudercats, Knight riders, Mission Imposibble dan sebagainya. malah saya sendiri ada 2 sahabat yang begitu baik. siap kalau g rumah diaorang sampai boleh g dapur buat macam rumah sendiri. dan memang betul anda akan tersenyum sendiri mengenang zaman sekolah kita dulu dan anda akan rasai sendiri perubahan yang ketara dengan generasi sekarang....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 03:27 PM | Show all posts
sapa ingat katun toriton... dalam tahun 1986  kat tv3... yg ada pedang n hero die naik ikan dolphin tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 04:35 PM | Show all posts
ishk..korang hidup lg lamer dr aku nih..byk jer katun2 yg aku x tau..heheh..tumpang bacer utk tambah info..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2006 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 14-8-2006 12:54
ada beberapa pembetulan buat Hang PC2 dan hetrek di samping off topik

1. Program susu Sekolah masih lagi berjalan di sekolah namun ia tidak dijual kepada murid. PSS ini dikhususkan kepada murid  ...


ff:
gigi ader lagi kat sekolah..
haritu mase aku jadi cikgu ganti ade wat check gigi nih..
budak kelas aku ngaja tu siap nangisnangis tak mo pegi..hihi...
lastlast takpe la takgi..gengeng die yang tak nak pegi mulemule pon pegi gak lastlast..
siap nyorok blakang rak buku lagi..mase tu kat library...

time aku dulu ade membe siap cabut gigi sendri taknak check gigi..
abis berdarah mulut dier..ish.....

walopon aku lahir tahun 83 tapi sedikit sebanyak sempat gak la merase skit tahun 80an nih...
zaman mcgyver(betul ke ek eje?)..komputer gune dos...
main perangperang..senapang gune kayu..modified skit..letak getah..peluru gune buah ceri..
wahh...dah main peragnperang...kat kampung main bot..senapang dari buluh..
ish..meleret pulak...

sori ye off topik jap...

[ Last edited by  hetrek at 14-8-2006 09:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 07:28 PM | Show all posts
Originally posted by schumacher at 14-8-2006 15:27
sapa ingat katun toriton... dalam tahun 1986  kat tv3... yg ada pedang n hero die naik ikan dolphin tuh...


hmm..Umi no Toriton
aku memang tak penah tengok katun nih..
tahun 86 aku baru 3 tahun...

tapi ni aku ade jumpe link kartun tu...
:dia:http://www.animemundi.net/toriton/media.htm

ni pulak lagu dier
:dia:http://www.animemundi.net/music/file/Umi_no_Toriton.mp3

ni pulak gambagamba dia






[ Last edited by  hetrek at 14-8-2006 07:31 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 10:47 PM | Show all posts

Reply #128 hetrek's post

paling aku ingat pasal toriton ni dia punya jellyfish.. ayat favourite dia yg slalu bagi warning kat Poseidon.. "Toriton sedang menuju ke mari".. pas tu pisau toriton yg bercahaya tu ngan patung poseidon yg besor kat dasar laut
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 09:30 AM | Show all posts
info: kebanyakan Kartun US dulu  banyak diadaptasi dari Komik Marvel... macam anime jepun banyak diadaptasi dari Manga Popular...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2006 06:21 PM | Show all posts

kartun M.A.S.K

lama dah tenggelam thread ni. so kasi up balik ke permukaan...

seterusnya kartun yang ditayangkan sekitar tahun 80-an adalah siri M.A.S.K




cerita:-
Mobile Armored Strike Kommand atau M.A.S.K merupakan pasukan tugas khas yang diketuai oleh Matt Trekker. pasukan ini ditubuhkan untuk menumpaskan agenda jahat kumpulan V.E.N.O.M (Vicious Evil Network of Mayhem) yang diketuai oleh Miles Mayhem. keunikan kartun ini adalah setiap kenderaannya boleh bertukar menjadi senjata yang hebat. malah, pengendali kenderaan tersebut akan memakai topeng khas yang turut mempunyai kuasanya yang tersendiri.

cerita ini bermula sebelum wujudnya M.A.S.K dan V.E.N.O.M. pada asalnya wujud satu satu pertubuhan yang bermatlamat untuk menjaga kemanan dunia. Andy Trakker (abang kepada Matt Trakker) berkerja dengan pertubuhan ini. dia juga adalah orang yang bertanggungjawab merekacipta kelengkapan, kenderaan dan topeng (masks). Miles Mayhem yang turut sama dalam projek itu juga merasa tidak senang hati dengan projek itu malahan dia juga seorang yang gila kuasa dan mempunyai agendanya yang tersendiri.

satu pagi, mereka mengaturkan satu mesyuarat untuk membincangkan mengenai ciptaan Andy namun Mayhem telah mengkhianati andy lalu membunuhnya. Mayhem hanya sempat melarikan separuh daripada cetakan biru projek  andy lalu menubuhkan V.E.N.O.M bagi melaksanakan agenda jahatnya  manakala separuh lagi dapat diselamatkan oleh Matt Trakker. dari sinilah bermulanya pengembaraan M.A.S.K.

berikut adalah senarai agen M.A.S.K dan V.E.N.O.M (yang utama sahaja dahulu)

Agen M.A.S.K

Matt Trakker

ketua M.A.S.K dan merupakan antara orang yang terbabit dalam program ini bersama abangnya Andy Trakker dan Miles Mayhem. Topeng utamanya adalah Spectrum yang mempunyai kuasa untuk melihat dalam pelbagai spektrum cahaya. kenderaan utamanya adalah Thunderhawk yang boleh diubah menjadi pesawat udara. disamping itu dia juga menggunakan kenderaan Rhino dan dilengkapi dengan topeng Ultra flash

Bruno Sato

penolong kepada Matt Trakker dalam pasukan ini. seorang pencipta peralatan mekanikal. Kenderaan utama adalah Rhino, sebuah prime mover (kepala lori kontena kalau tak kenal) yang bertukar kepada pusat pemerintahan dan pelancar peluru berpandu serta beberapa kelengkapan sampingan. Bruno menggunakan topeng Lifter yang mampu membuat medan anti graviti.

Alex Sector

merupakan pakar komputer dan komunikasi. berkerja sebagai seorang zoologi dan mempunyai kedai haiwan peliharaan. sering bersama Bruno Sato ketika menggunakan Rhino. menggunakan topeng Jackrabbit yang memberikan ia kuasa untuk terbang

stop kejap.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 09:08 PM | Show all posts
kickers, tomato man, the three musketeers, the adventures of tom sawyers, tapi yg nih awal 90 an kot..mase saya sek rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 04:03 PM | Show all posts
kickers
transfomers
he-man
she-ra
silver hawk
tundercats
voltron
dash yankuro
blue blink
smurf
chip & dale
chipmunks
duck tale
dungen & dragon
silver riders
woodywood pecker..betul ke aku eja nih??
flinstone
the road runner show...bepp...bepp..
popeye

[ Last edited by  toaster at 11-9-2006 08:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 05:46 PM | Show all posts

The Visionaries



The Story

It is a time where magic is more powerful than science, and only those who control the magic, control destiny. They are THE VISIONARIES !!

Far away in a distant galaxy, the people of the planet Prysmos lived in an age of great technology. They had taken control of all of the sources of energy, and enjoyed a life of comfort and ease for 7,000 years... but this was not to last, for the realignment of the three blazing suns of Prysmos signaled the end of the age of science and technology. When all of the electrical energy have been depleted from the world, an age of magic began. But it would take some time before men would believe this. (more....)

Screen Shot from the series


        


Intro at Youtube

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 08:54 PM | Show all posts
teringat
Thundercats
Gobots
He-Man
Toriton
Ultraman
Spacecop gaban
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 05:33 PM | Show all posts

Miss Comet

ff:

Akhirnya aku dah dapat sikit info pasal citer  ni Miss Comet.
Cerita ni di Jepun dikenali dengan nama Comet-san.
Sekarang dah ada versi anime dengan nama cosmic baton girl comet-san

Opening Miss Comet

(Live-Action)
Cosmic Baton Girl Comet-san (anime)

[ Last edited by  kselamat81 at 14-9-2006 05:35 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2006 04:59 PM | Show all posts
aku ske tgk katun jem tuh....
yg maen musik atas bintang2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 11:27 PM | Show all posts
Jangan lupa kartun...

Sang Kancil dengan Monyet... klasik kartun tuu....
Reply

Use magic Report

Hash27 This user has been deleted
Post time 20-9-2006 12:01 PM | Show all posts
baru je beli vcd animasi, transformers the movie...best gak citenyer..cite part optimus mati,megatron jadi galvatron..dan kemunculan evil unikron..kalo la animasinyer di remake ngan efek terkni animasi terbaru..lagi gempak..tapi soundtrack filemnyer best..lagu-lagu zaman 80 an..petikan gitar,bunyi tekno..memang best..




[ Last edited by  Hash27 at 20-9-2006 12:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 12:16 PM | Show all posts
jgn lupo jem and the holograms..
citer yg membawa keseronokan pd kanak2 pompuan masa kecik2..heheh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069343 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list