CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8737|Reply: 31

psikologi warna

[Copy link]
u_bigstudent This user has been deleted
Post time 28-7-2006 11:39 PM | Show all posts |Read mode
siapa tahu apa tu psikologi warna?
boleh beri sedikit penerangan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2006 12:54 AM | Show all posts

salam,

Originally posted by u_bigstudent at 28-7-2006 11:39 PM
siapa tahu apa tu psikologi warna?
boleh beri sedikit penerangan?


Dulu ada gak lecturer sebut pasal psikologi warna ni.... tapi memang I tak pernah belajar topik ni.

Lecturer ada cakap...

Sesiapa yg suka warna ungu/ purple...  org yg suka kaum sejenis...

Suka warna merah.... org yg suka berahi...

dan mcm mcm lagi la.... nanti I check balik apa psikologi warna...
Reply

Use magic Report

u_bigstudent This user has been deleted
 Author| Post time 29-7-2006 01:11 AM | Show all posts
terima kasih!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 01:20 PM | Show all posts
Sesiapa yg suka warna ungu/ purple...  org yg suka kaum sejenis...

Suka warna merah.... org yg suka berahi...
:hmm::hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 06:41 PM | Show all posts
wah, menarik gak ni.

btw, suka warna biru, hijau dan brown(dark brown to be exact).
sesapa tau pengertian disebalik warna2 ni...kasitaule...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 10:40 PM | Show all posts

psikologi warna

Warna memainkan peranan aktif dimana mata manusia lebih tertumpu kepada warna yang terang.  Seseorang itu kadang kala boleh dinilai dari warna yang dia minat umpamanya biru - kedamaian, putih-kesucian, hijau-agama Islam dan ada jua mengatakan cemburu, hitam-misteri,kuning-berahi, merah-keberanian, ungu-percintaan dan cokelat-kekayaan.  

Ada juga yang mengatakan peranan warna boleh mempengaruhi manusia umpamanya jika bilik dicat dengan warna terang umpamanya merah dan oren maka penghuninya lebih terdedah kepada sifat agresif dan marah.  

Sekiranya hendak penghuni bilik lebih tenang maka cat le dengan warna hijau muda, putih, biru muda dan kuning cair.  Warna cokelat memberi suasana suram manakala  bilik yang bewarna warni memberi keceriaan kepada penghuni terutamanya kanak-kanak yang amat tertarik kepada warna-warna terang.  

Penulisan secara spontan tanpa rujukan... maaf kiranya tersilap...

[ Last edited by  ct_og at 4-8-2006 10:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 10:01 PM | Show all posts

Teringat lak nak check kat kamus online...

Color psychology is a field of study devoted to analyzing the effect of color on human behavior and feeling, distinct from phototherapy (the use of ultraviolet light to cure infantile jaundice). It is important not to confuse color psychology with color symbolism.

For example, symbolically, red may be used to denote danger, largely due to the fact that reds have the illusion of appearing nearer than other colors and, therefore have greater impact. In color psychology, on the other hand the colours of danger are yellow and black. In colour symbolism, green denotes envy in many cultures, while in color psychology, it is associated with balance.

Color psychology is an immature field of study viewed dubiously by mainstream psychologists and therefore qualifies as "alternative medicine". Critics view it as an overstatement of what can be justified by research, and point out that different cultures have completely different interpretations of color.

Boleh check Cultural contexts of colors kat website .....

http://en.wikipedia.org/wiki/Color_psychology
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 10:07 PM | Show all posts
Dulu pernah terlintas nak buat thesis ttg Art Therapy.. I rasa ilmu dlm psikologi warna ini boleh digunakan utk Art Therapy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2006 03:13 PM | Show all posts

Terapi Warna

oleh Zanariyah

Jingga ( orange )

Makna Secara Psikologi

Warna panas yang membangkitkan perasaan gembira, kreatif  dan kebebasan emosi dalaman. Warna jingga berhubungkait dengan kekuatan tenaga secara fizikal dan mental, kebebasan, dan kretiviti.
Warna jingga perlu diseimbangkan dengan warna biru dan hijau untuk mengimbangkan kekuatan warna tersebut.

Terapi

Digunakan untuk merawat kemurungan ( depression ), Mententeramkan emosi. hypotyroidism , buah pinggang, asma dan bronchitis ( bengkak pada kerongkong )
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:15 PM | Show all posts
Merah

Makna

Bersifat positif untuk mengambarkan perasaan yang membara, kekuatan tenaga dalaman dan keghairahan.

Bersifat negatif kerana melambangkan api, kemarahan, bahaya, dosa, keegoan dan kehancuran. Penggunaan warna merah secara berlebihan akan mempengaruhi sistem darah sehingga mempengaruhi perasaan seperti tidak sabar, mudah marah, panas baran dan rasa tidak selesa. Perlu diseimbangkan dengan hijau dan biru laut.

Terapi

Merawat imej kendiri yang bersifat ego kepada lebih realistik

Memperbaiki peredaran darah seperti tekanan darah rendah, anemia, kekurangan tenaga dan ketidakupayaan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:27 PM | Show all posts
Biru

Makna

Kesetiaan, kebenaran, ketenangan dan keikhlasan. Bersifat tersendiri dan tidak bergantung. (berdikari ).

Warna ini kalau digunakan secara berlebihan atau berterusan boleh menyebabkan kemurungan.

Terapi

Merawat psikologi kejiwaan seperti trauma, hysteria dan tekanan . Meredakan kemarahan, melegakan keletihan minda dan Membantu  untuk meningkatkan daya tumpuan minda.

Merawat jaundice, epilepsy, campak, kolera, polio dan sakit kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:29 PM | Show all posts
Biru Laut ( turquoise )

Makna

Gabungan warna biru dan hijau melambangkan kesegaran, ketenangan dan kreatif.

Terapi

Merawat kelesuan fizikal dan mental, menenangkan, memberi semangat, merangsang perasaan rasional, membantu merawat perasaan yang sunyi dan sensitif.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:30 PM | Show all posts
Kuning

Makna

Gembira, meningkatkan daya kehidupan. Bersifat intelektual, kreatif dan luahan secara ekpresif. Bersifat adil dengan perbezaan pandangan dan idea.

Terapi

Membina keyakinan diri, optimis dan kreatif serta merangsang mental. Merawat kemurungan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:33 PM | Show all posts
Hitam

Makna

Bersifat misteri, pasif, perahsia, mengharapkan keselesaan dan perlindungan. Kesunyian yang tiada akhirnya. Tiada kebebasan. Bersifat terselindung atau ingin melindungi. Menjadi simbol kepada kematian dan penyakit yang dideritai. Menyimpan peristiwa sedih yang sukar dilupai seperti kekecewaan, kesan penderaan, ketagihan dan sebagainya. Ketidakseimbangan fizikal.

Terapi

Bersifat positif untuk menyembunyikan atau melindungi imej kendiri yang negatif seperti kegemukan dengan tujuan untuk keyakinan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:34 PM | Show all posts
Putih

Makna

Bersih, suci, adil, waras, bebas dan selesa. Menjadi simbol kepada keamanan.
Warna putih yang terlalu banyak bersifat pemencilan dan tidak cergas.

Terapi

Digunakan untuk tujuan refleksi diri, meredakan emosi, menenangkan, meningkatkan pemikiran dan semangat secara spiritual. Menjadi warna yang sering digunakan dalam kebanyakan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:38 PM | Show all posts
Perak (silver)

Makna

Warna bulan. Melibatkan prinsip kewanitaan, emosional, sensitive dan sangat kreatif. Bersifat seimbang,  harmoni dan kesucian mental.

Terapi

Membantu membersihkan mental.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2006 03:41 PM | Show all posts
Coklat ( perang ) ( brown )

Makna

Warna bumi yang bersifat stabil dan selamat. Bersifat peribadi seperti rendah diri, berfikiran sempit, tiada kepercayaan pada diri sendiri. Tiada penghargaan pada diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:43 PM | Show all posts
Kelabu

Makna

Dikaitkan dengan kebangkitan tenaga kewanitaan, kebolehan untuk beriluminasi, intuisi, daya kreativiti dan imaginasi. Bersifat berdikari, menyendiri, perahsia, kawalan fizikal yang tidak seimbang.

Bersifat negatif iaitu kemurungan. Berhubungkait antara sifat-sifat yang dimiliki oleh putih dan hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:45 PM | Show all posts
Hijau

Makna

Dikaitkan dengan sifat harmoni dan seimbang. Melambangkan perasaan sensitif, simpati, ketenangan dan bercita-cita tinggi. Dikaitkan dengan individu yang boleh dipercayai, setia berdikari dan minda yang terbuka.

Hijau muda lebih bersifat positif kerana bertindak sebagai agen penyembuh dan kekuatan.

Semakin gelap warna hijau dikaitkan dengan system nervous atau saraf seperti kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Terapi

Mempengaruhi sistem peredaran badan seperti hati, lengan dan paru-paru. Menenangkan minda, merehatkan mata dengan melihat warna hijau seperti lanskap.

Merawat demam panas dengan penggunaan herba yang bewarna hijau seperti aloe vera, daun sirih, dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:47 PM | Show all posts
Emas

Makna

Menunjukkan tenaga rohani yang bersifat dinamik, idea yang bernas, kebebasan, memahami dan memiliki kekuatan secara bathin. Seseorang individu yang berusaha menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Terapi

Merawat kemurungan dan menajamkan minda.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.073561 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list