CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9323|Reply: 5

Membina daya kreatif kanak-kanak

[Copy link]
Post time 4-8-2006 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Membina daya kreatif kanak-kanak

DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan.

Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.

Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran.

Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif .

Tugas membesarkan anak-anak yang kreatif adalah lebih mudah daripada yang disangkakan.

Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara.

Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alat lukisan, pakaian lama, plastisin dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dan sebagainya.

Ibu juga boleh membacakan buku untuk anak-anak dan menggalakkan mereka membaca. Tunjukkan kepada mereka bahawa membaca adalah kegiatan yang menyeronokkan.

Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.

Ada kanak-kanak yang mungkin gemar melukis objek, orang atau haiwan yang mereka lihat. Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian atau pengamatan mereka.

Jangan galakkan mereka melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya, galakkan kanak-kanak mencipta atau melukis watak mereka sendiri.

Secara umum, elakkan aktiviti-aktiviti seni membabitkan langkah demi langkah yang membawakan hasil yang boleh diramalkan.

Gunakan bahan-bahan berlainan untuk aktiviti-aktiviti lama. Sebagai contoh, semburkan krim pencukur pada cermin tingkap atau ke atas meja dan biarkan mereka melukis dengan jari.

Atau, warnakan beras dengan menggunakan pewarna makanan dan biarkan mereka cuba membuat koolam. Atau, izinkan mereka menggunakan selimut, kerusi dan kotak untuk membuat istana.

Galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya menyokong idea atau ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa atau bentuk hasil kreatif mereka.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahir daripada keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna.

Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages of Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan, termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.

Dalam usaha untuk meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk membantu mereka mendaki gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada sesiapa yang dapat melakukan lebih daripada itu.

- Artikel ini dibawakan oleh Walls Paddle Pop - jenama aiskrim keluaran Unilever (M) Holdings.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2006 02:57 PM | Show all posts
Mac  gemar biarkan anak2 berkreatif dgn alatan seni..... alhamdullillah sekolah sekarang juga memberi ruang utk pelajar2nya kreatif melalui matapelajaran pendidikan seninya, pendidikan seni bukan hanya setakat melukis dan mewarna dgn crayon dan water colour....... mereka gunakan bahan2 buangan, barangan hidupan semulajadi, etc......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 03:25 PM | Show all posts
yang nih via email (e-group)

[quote]3 Ciri Anak Kreatif

assalamualaikum,
hari ni kita sembang pasal anak2 kita pulak ye卋acalah manalah tau kita dapat menonjolkan potensi anakanda2 kita.

1. Spontan
2. Rasa ingin tahu
3. Tertarik pada hal-hal yang baru

Jika diperhatikan pada tiga perkara tersenarai diatas, mesti kita akan mendapati bahawa semua ciri itu ade pada anakanda kita. Ke tak perasan? He he. Dari apa yang dinyatakan tu fahamla kita bahawa semua anak adelah kreatif secara semulajadi tetapi kaedah kita mendidiklah yang boleh menjunamkan kekreatifan diorg. So, kenelah reti yang kita mak bapak nih mempertahankan kebolehan diorg.

Soalan di bawah mungkin dapat membantu saya dan semua yang membaca memahami dah berapa jauh kemampuan kita dalam hal nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 02:59 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-8-2006 02:11 PM
Membina daya kreatif kanak-kanak

DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan.

Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kan ...


Nak cerita sikit tentang Hundred Languages of Children dalam artikel tu...

Asalnya adalah satu pameran yang mempamerkan hasil-hasil kerja kanak-kanak pre school di Italy yang menggunakan Reggio Emilia philosophy.  Ini salah satu early childhood education philosophy yang lebih menekankan pada luahan fikiran kanak-kanak melalui hasil seni. Cikgu-cikgu pulak banyak ambil gambar kanak-kanak beraktiviti dalam kelas sebagai laporan harian.  Tiap-tiap hari cikgu akan tulis dalam log book segala aktiviti dan dialogue antara cikgu dan murid tentang sesuatu isu.  Parents boleh baca daily report ni hari-hari beserta dengan gambar.

Memang banyak hasil kerja tangan diorang.  Boleh buat art exhibition.  Apabila bincang sesuatu isu, diorang akan berkreatif sendirilah tak kisahlah dengan apa cara sekalipun untuk express hasil fikiran diorang tentang isu tu melalui hasil seni.  Cikgu pun akan berdialogue dengan budak-budak kecik ni tentang isu tersebut.   SEMUA kena bagi pendapat sebab cikgu akan tulis dalam daily log book apa response tiap-tiap orang .  Memang betul-betul stimulate theri thinking process.

Tadika anak sulung akak dulu gunakan approach ni (bukan di Malaysia)...sememangnya sangat-sangat menarik.  Walaupun tadika tak ada uniform tapi akak memang asingkan baju2 casual untuk tadika dan untuk pakai harian sebab comotnya dengan paint Tuhan saja yang tahu....walaupun pakai art smock.  Tahulah budak-budak bila disuruh brekreatif memang all out habis...

Dan cikgu-cikgu dia kena rajinlah sebab nak buat report, ambik gambar hari-hari.  Tapi puas hati sebab kita tahu apa anak kita buat kat sekolah.

[ Last edited by  KakFie at 5-10-2006 03:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 02:44 PM | Show all posts
nak bagik anak kreatif bagik jer derang conteng dinding....
macam macam karya dah kat dinding umah haku sampai dah tak kuasa aku nak marah....
nanti raya taun depan aku cat ler balik.....
hehehehheheheh :lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2006 03:10 PM | Show all posts
eh skang dah ada cat dinding yg kalau kena conteng kiter boleh lap jek balik bahan contengan tue kan??

brand aper eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062608 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list