|
Sebenarnya masalah yang sama menghantui hidupku jua. Aku juga telah ketagih forum ini di tahap yang melampau sehingga apabila mengambil test ketagihan forum CARI di fesbuk, aku dapat ranking tahap cipan. Ceritanya bermula begini.
Aku telah diperkenalkan forum ini oleh kawan sekerjaku pada tahun 2008. Pada mulanya, aku hanya tengok2 dan baca2 cerita di CI. Masa tu memang tiada keberanian untuk nak posting apetah lagi membuka thread. Aku masuk forum hanya untuk mengetahui isu2 semasa dan tidaklah setiap hari. Lama kelamaan aku sudah pandai reply thread orang. Aku juga sudah pandai untuk jenguk kat board lain yang kurasakan sesuai untuk aku mendapatkan info.
Satu hari, aku telah dicabar oleh kawanku yang telah perkenalkan forum ini, untuk mencari ID dia di dalam forum. Dia sememangnya seorang yang perahsia dan memang agak payah hendak mencari dia di dalam forum ini. Hari2 aku cuba cari dia merata board. Puas aku selak dari board ke board, dari posting ke posting, dari ID org ke ID org. Orang kata usaha itu tangga kejayaan. Akhirnya aku berjaya linkkan posting2 suatu ID dengan kehidupan sebenar yang dia pernah bagitau aku secara tidak sengaja. Dan terus kantoi. Rupanya dia adalah forumer tegar di PP dan ATM. Pada mulanya dia tidak mengaku tetapi setelah dipsycho, mmg benar ID itu adalah miliknya.
Sejak hari itu, aku mula berjinak jinak dengan board PP. Pada mulanya aku memang seronok membaca masalah orang. Mana yang aku boleh komen sudah pasti aku komen. Aku pernah ternampak thread yang dibuka oleh forumer PP iaitu rumah mereka merempit. Pada mulanya aku tidak faham ape yang mereka lakukan. Rupanya mereka menjadikan forum ini tempat utk berchatting. Aku mula cuba-cuba untuk join diorang. Since diorang peramah dan mesra serta kelakar, aku jadi seronok. Kami semua mula bertukar tukar fesbuk dan akhirnya YM. Kini aku telah menjadi forumer tegar di forum cari khususnya di board PP. Setiap hari, tanpa membuka forum, aku akan rasa seperti kehilangan sesuatu.
Kepada pinkie, missque, hajrin, pressor, Jesse_Mccartney, white01whale, juju_amin84, nasikayampedas, mizdidi, wekwek1, eiyana, diyana_farish, ketupat79, matryoshka7, Stingbeh, reena_max, Thylord, queen aurora, wiranordin, yixin, anonymous, oceanflavour, mkay98, KIM Mafia, freemen, greyrose, diana000, sweetpotato, anonymous5050, matamata, mizlilo, avrilizana dan tidak dilupakan cursebreaker:
KORANG MEMANG BEST DAN TERIMA KASIH KERANA MENGETAGIHKAN BAC DI DALAM POREM
Semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat
[ Last edited by bacteria82 at 9-4-2009 21:13 ] |
|