CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

FAIZAL MACAM MAWI?? --

[Copy link]
 Author| Post time 10-8-2006 08:44 AM | Show all posts

Reply #19 ColbyRaikkonen's post

ye lah.... ada lak sampai cam gitu sekali pasal
nak undi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2006 10:53 AM | Show all posts
suara faizal lagi okey dari mawi..tapi dua dua aku punya tak minat..hampeh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 12:36 PM | Show all posts
"Mawi juga menunjukan kesungguhannya untuk memperbaiki segala kelemahannya, begitu juga dengan Faizal."
(Faizal mana ada kesungguhan nak perbaiki kelemahan dia, cikgu cakap taknak dengar :puke

"Begitu juga halnya dengan peserta Malaysian Idol musim kedua. Kami berpakat memilih Daniel daripada Nita yang dilihat terlebih yakin."(Patutlah minat Faizal, Daniel pun dia minat :lol)

"
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 04:53 PM | Show all posts
dua2 same jer...menang atas undian ramai pompuan...raja sms...
Reply

Use magic Report

boss.ika This user has been deleted
Post time 11-8-2006 01:48 AM | Show all posts
mawi ada peyno, faizal ada houdini
faizal blur, mawi lalok
sama tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:54 AM | Show all posts
....AKU LEBIH SUKA FAIZAL DRP MAWI..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2006 03:26 AM | Show all posts
Originally posted by liena_nicegurl at 10-8-2006 04:53 PM
dua2 same jer...menang atas undian ramai pompuan...raja sms...


taun depan tukar nama jadi akademi raja sms
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:36 AM | Show all posts
Faizal AF4 beraksi di Festival Filem Malaysia Ke-19
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

KEMAMPUAN sebenar Faizal yang baru dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4) bakal diuji apabila dia dipilih membuat persembahan pada malam kemuncak anugerah Festival Filem Malaysia Ke-19 Ahad ini.

Lebih bermakna, Faizal, 22, akan berpadu suara dengan seorang penyanyi wanita popular tanah air menerusi lagu filem yang popular satu ketika dulu.

Namun siapakah penyanyi wanita popular dan lagu tersebut? Pastikan anda menontonnya secara langsung pukul 8.30 malam di Astro Ria dan radio Sinar dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Ini merupakan persembahan pertama secara live Faizal yang berasal dari Terengganu selepas konsert akhir AF4 malam Sabtu lalu.

Apa yang menghangatkan lagi apabila malam FFM19 itu akan turut digegarkan dengan persembahan hebat artis terkenal tanah air selama tiga jam.

Antara artis ternama yang akan muncul beraksi di pentas ialah Mawi, Ning Baizura, Misha Omar, Ella bersama penampilan istimewa Fazura, Sazzy Falak dan Zarina AF2 serta Zahid AF2.

Selain itu, turut memeriahkan acara ialah Aznil Nawawi, Afdlin Shauki dan geng Baik Punya Cilok serta gandingan Jefrydin bersama pelajar lelaki AF4.

FFM19 juga akan diwarnai dengan barisan artis popular yang akan mengumumkan dan menyampaikan anugerah kepada pemenang 31 kategori yang dipertandingkan.

Mereka adalah Erra Fazira, Umie Aida, Norman KRU, Ida Nerina, Aziz Sattar, Mawi dan Sharifah Amani, Datuk Rahim Razali, Que Haidar, Lisdawati, Zamarul Hisyam, Hans Isaac, Carmen Soo dan ramai lagi.

Pengacara yang terkenal menerusi program AC Di Sini, AC Mizal pula akan bertindak sebagai pengacara pada malam tersebut.

Menurut penerbit siaran langsung FFM19, Razida Julaiha Hamzah, kemeriahan festival paling berprestij dalam industri perfileman tanah air itu akan bermula pukul 8.00 malam dengan acara karpet merah oleh selebriti tanah air.

揥alaupun acara akan tamat pada pukul 11.30 malam, kami akan menayangkan temuramah bersama pemenang-pemenang anugerah pada pukul 12.00 malam.

揙leh itu pastikan penonton Astro terus melekat di kaca TV malam Ahad ini untuk acara hiburan yang paling gilang-gemilang tahun ini,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 08:19 PM | Show all posts
bodo la dexa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 08:31 PM | Show all posts

Reply #29 penglipur's post

hahahaha...  @ bodo la..
macam macam ..
rasanya nak tengok la ffm ni
tak pernah dengar suara budak ni -
sedap ka, tak sedap ka..

still gelak @ bodo ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by eaey at 11-8-2006 01:54 AM
....AKU LEBIH SUKA FAIZAL DRP MAWI..



napa?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by palooza at 11-8-2006 03:26 AM


taun depan tukar nama jadi akademi raja sms


mesti lebey ramai yang akan menggelitis.....!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 09:46 PM | Show all posts
Mawi juga menunjukan kesungguhannya untuk memperbaiki segala kelemahannya, begitu juga dengan Faizal."
(Faizal mana ada kesungguhan nak perbaiki kelemahan dia, cikgu cakap taknak dengar
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 11:25 PM | Show all posts
dari segi personaliti...mawi lagi bagus...

yg samanya dua2 sama kongkang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2006 01:23 AM | Show all posts

Reply #34 fazamania's post

kongkang tu apa...
kangkong saya tau...
kongkang??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2006 01:27 PM | Show all posts
Faizal belum terfikir soal cinta
Wahida Asrani  


Daripada hanya seorang peniaga pasar malam dan kini dalam sekelip mata bergelar artis, ternyata perjalanan hidup yang dilalui oleh Juara AF4 Faizal bagaikan satu mimpi.

Inilah mimpi indah Mohammad Faizal Ramliy atau Faizal yang akhirnya menjadi kenyataan.

Walaupun sudah tujuh hari dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim keempat, sikap telus dan lurus bendul anak kelahiran Marang, Terengganu ini jelas kelihatan di sepanjang temubual ini apabila dia berulang kali meluahkan rasa terujanya dengan kehidupan barunya sekarang.

"Hampir setiap malam saya akan berfikir semula tentang kehidupan saya yang dulu. Macam-macam kerja saya buat, jadi buruh, lelong barang-barang di pasar malam, semata-mata untuk cari rezeki. Tiba-tiba sekarang hidup saya berubah dengan penganugerahan besar seperti ini. Siapa yang tidak terkejut?," ujar Faizal.

Menurut anak desa berusia 22 tahun ini, satu 'kejutan' dalam hidupnya yang sukar dipercayainya sehingga hari ini ialah kemewahan yang diterima dalam sekelip mata, bermula pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke akademi, sehinggalah ke saat-saat dia memenangi program realiti popular itu



Faizal belum bersedia untuk memikirkan soal cinta
(Foto: Ricky Lai)



"Dulu, kalau nak rasa duduk dalam air-cond, hanya di dalam kereta saja. Tapi bila masuk akademi, setiap masa duduk dalam air-cond, makan sedap-sedap.

"Memang saya akui, kehidupan saya sekarang lebih mewah berbanding dulu. Tapi, saya selalu berdoa agar segala apa yang saya perolehi ini tidak akan melalaikan diri saya," luah Faizal.

Dengan kemenangan yang dikecapinya Sabtu lepas, Faizal membawa pulang hadiah berjumlah kira-kira RM400,000 termasuk wang tunai RM20,000.

Dia juga menerima sebuah kondominium di A'Famosa, Melaka, kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Paris, sistem teater rumah dan pelbagai peralatan elektrik lain.

Namun, semakin hari pemuda yang popular dengan tagline Senyum Sokmo ini mengakui, sudah mula boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai anak seni.

Walaupun agak sedikit tertekan dengan perhatian yang diterimanya, Faizal tetap merasakan itu adalah cabaran yang perlu dihadapinya jika mahu terus kekal di dalam industri ini.

"Saya akan cuba sebaik mungkin. Saya juga sudah bersedia dengan sebarang gosip atau apa saja cabaran di persada ini.

"Cuma, saya berharap apa pun yang bakal berlaku pada diri dan kerjaya saya kelak, tidak akan melibatkan perkara-perkara yang tidak baik," ujar Faizal yang akan mengadakan kenduri di kampungnya di Terengganu pada Hari Raya nanti bagi menghargai sokongan yang dicurahkan daripada keluarga dan penyokong-penyokongnya.

Belum terfikir soal cinta

Berusia 22 tahun, bujang, berperwatakan menarik, ditambah pula dengan sikap selambanya sudah cukup membuatkan Faizal menjadi salah seorang 'jejaka idaman Malaya' yang digilai oleh ramai gadis.

Namun, bagi jejaka ini, dia sama sekali tidak mahu statusnya sebagai artis dijadikan tiket untuk mencari cinta hatinya kelak.

"Buat masa ini, saya tidak mahu fikir apa-apa tentang hal cinta. Belum terbuka hatilah," kata Faizal yang agak segan menjawab pertanyaan tersebut.

Faizal enggan mengulas lanjut tentang perkara 'cinta' dan berharap kemunculannya sebagai muka baru di arena seni akan dinilai dari segi bakatnya, berbanding hal-hal peribadi yang lain.

"Berilah saya peluang dulu untuk buktikan kesungguhan saya di dalam bidang ini. Perkara-perkara macam itu, biarlah datang kemudian," tambah Faizal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2006 06:16 AM | Show all posts
Pesan untuk Faizal
Dalam banyak-banyak juara Akademi Fantasia, Joyah rasa kehadiran Faizal yang paling dinanti-nantikan. Bukannya apa, banyak orang yang hendak tengok mampukah kehadiran anak jati Terengganu ni menumpaskan populariti anak Felda, si Mawi tu.

Kalau Mawi mampu `menumbangkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 06:25 AM | Show all posts
Originally posted by palooza at 7-8-2006 08:32 PM
>>>>Teruja dengan hadiah-hadiah mewah yang dimilikinya, Faizal terus memberitahu Aznil, "Macam mana ni bang saya tak tahu cakap Paris?" dalam loghat Terengganunya.

kah kah ...



baru tau ker,pasai BODOH la masuk AF.

klu pandai masuk U
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 06:27 AM | Show all posts
Originally posted by siska at 7-8-2006 11:59 PM
Rasanya Mawi lebih pandai bercommunicate dari Faizal...



MEMANG PANDAI,


arini dalam berita cakap lain,besok kuar paper minta maaf pasal salah cakap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2006 04:42 PM | Show all posts
Faizal pernah jadi buruh kasar




SIAPA sangka sebelum bergelar juara Akademi Fantasia 4 (AF4), dia pernah menjadi pemandu lori. Hari ini dia mampu tersenyum lebar kerana memandu pulang sebuah Toyota Vios 1.5G. Ikuti kisah menarik Faizal bersama Bintang Popular

PENGUASAAN tembok besar pelajar lelaki menerusi program realiti TV popular, Akademi Fantasia (AF) belum mampu dirobohkan. Buktinya, sekali pun Farhan disebut-sebut sebagai pelajar wanita pertama bakal memecah tradisi, dia akhirnya tewas juga kepada populariti Faizal dan Lotter.

Ada berpendapat fenomena ini berlaku kerana kebanyakan pengundi di luar sana adalah gadis remaja dan wanita. Pastinya pengundi dari kaum hawa lazimnya memilih pelajar lelaki yang menjadi kegemaran mereka, sekali gus memberi kelebihan kepada Faizal dan Lotter. Apa komen Faizal?

Kemenangan saya dalam AF4 adalah rezeki yang tak pernah saya sangka. Apa yang saya peroleh hari ini adalah di atas sokongan semua peminat, tak kira lelaki mahupun perempuan yang tak pernah jemu-jemu mengirimkan SMS.

Bagi saya, sama ada juaranya lelaki atau perempuan, semuanya berbalik kepada rezeki. Jangan salahkan peminat kerana mereka yang berhak membuat pilihan mengikut cita rasa masing-masing,? kata Faizal yang ditemubual ketika tengah malam Rabu lalu kerana terlalu sibuk dengan rakaman di studio.

Apa yang pasti, dia berborak dalam loghat Terengganu yang pekat.

Apa pula komennya apabila pengkritik seperti Mamat Khalid melabelkan Farhan sebagai diva? ?Saya akui berdasarkan persembahan Farhan sepanjang konsert mingguan AF4, dia memang layak bergelar juara terutama pada konsert akhir. Suara Farhan memang power!



FAIZAL melepaskan rindu kepada ayah dan ibunya

Tapi saya tak sangka keputusan akhirnya berpihak juga kepada saya. Saya bersyukur dan redha,? kata Faizal.

Ayah tidak berhutang untuk SMS

Menjawab gosip mengatakan ayahnya, Ramly, mengeluarkan belanja tinggi untuk memastikan anggota keluarga mereka mengirimkan SMS sehingga terpaksa menjual tanah di kampung, Faizal berkata: ?Memang benar ayah saya ada mengeluarkan modal untuk buat sepanduk dan menubuhkan kelab peminat (FC) tapi, tidaklah sampai berhutang dengan orang! Tidak pernah dia menjual tanah di kampung seperti apa yang orang cakap. Kemenangan saya dalam AF4 sebenarnya adalah kerana sokongan peminat termasuklah dari Brunei Darussalam. Ia tidak ada kena mengena dengan jual tanah.?

Apa pula komen Faizal akan menggugat Mawi?

Mawi lebih senior daripada saya. Saya akui aura Mawi tetap hebat. Tak pernah terlintas pun di fikiran saya untuk menandingi kehebatan atau populariti sesiapa,? kata Faizal.

Untuk memudahkan perjalanan seninya, Faizal sudah pun berhijrah ke Kuala Lumpur. Ketika ini dia sedang sibuk merakamkan lagu hari raya baru, Lambaian Aidilftri berduet dengan Haziq, selain nyanyian solo, Sepasang Kurung Biru.

Bagaimana dengan persiapan diri untuk berdepan dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi? ?Apabila sudah memilih jalan ini, apa saja dugaannya, akan cuba saya tempuhi. Saya percaya, kontroversi tidak datang kalau kita selalu beringat dan tahu batasan pergaulan kita,? kata Faizal yang sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.

INFO FAIZAL

1 - Faizal atau Mohammad Faizal Ramly, 22, dilahirkan pada 17 Ogos 1984. Dia berasal dari Marang, Terengganu. Apabila menyertai AF4, Faizal cukup popular dengan slogannya, Senyum Sokmo.
2 - Berbintang Leo, Faizal adalah anak sulung daripada tiga beradik. Dia mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila, Marang.
3 - Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Faizal membantu ibu saudaranya menguruskan kedai emas selama dua tahun. Dia juga pernah membuat pelbagai pekerjaan, antaranya menjadi buruh kasar, pemandu lori dan peniaga pasar malam sekitar Marang.
4 - Beliau minat menyanyi sejak belajar dalam darjah tiga lagi. Ketika itu Faizal amat meminati lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad seperti Pelangi Petang, Merisik Khabar dan Hujan.
5 - Faizal pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Antaranya pertandingan nyanyian Monsoon Kad di Tanjung, Kuala Terengganu, sekali gus menduduki tempat ketiga selepas mendendangkan lagu Selingkar Kasih yang dipopularkan Rem.
6 - Namun, kenangan paling indah bagi Faizal apabila menjadi juara pertandingan nyanyian Anis Suraya Beauty Salon selepas mendendangkan Pelangi Petang.
7 - Sebelum menyertai AF4, Faizal pernah menyertai uji bakat AF3, namun nasib tidak menyebelahinya sehinggalah dia menyertai uji bakat AF4 mendendangkan lagu Warkah Berlagu Pilu.
8 - Akhirnya anak pasangan Ramly Yaakob dan Zanidah Awang itu menjadi kebanggaan Terengganu apabila dinobatkan sebagai juara AF4 pada 5 Ogos lalu. Dia meraih undian SMS sebanyak 34 peratus menerusi lagu Hujan dan Lihatlah, sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai hampir RM400,000.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064615 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list