CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35613|Reply: 147

Keselamatan Diri dan Harta Anda

[Copy link]
anakperantau This user has been deleted
Post time 9-8-2006 06:35 AM | Show all posts |Read mode
Salam forumers semua..

Sejak akhir-akhir ni jika kita mengikuti berita yang disiarkan di media cetak kita akan dapati jenayah sudah semakin menjadi-jadi. Masih saya ingat semasa saya kanak2, kalau orang nak mencuri pun, masa homeowner tak ada kat rumah, jarang dengar pecah rumah dan samun masa penghuni ada di rumah. Tapi hari ni pecah rumah dan samun semasa penghuni ada di rumah dilaporkan hampir setiap hari. Yang tidak dilaporkan pula sudah tentu ada, cth.nya,. baru2 ni kawan saya ceritakan kejadian di tmn perumahannya di Seremban, sebuah rumah teres ni di pecah masuk masa penghuni nyenyak tidur dalam waktu 2-5 am, waktu hujan lebat... si bapa di cederakan.. dan hampir dibunuh, si isteri merayu supaya jgn bunuh.. si suami cedera parah ... semua harta termasuk kereta pun dikebas. Baru2 ni juga kat taman perumahan rumah yang teman beli kat Shah Alam, sebuah kereta mewah letak dalam pagar cuba dilarikan tapi gagal...  dan kalau baca kat Utusan Malaysia hari ni pecah rumah kat PJ, oleh sekumpulan lelaki bersenjata api..

Apa langkah2 yang forumers buat untuk mengelakkan kejadian seperti ini.. dan jika ia berlaku (minta jauh lah), apa yang perlu dibuat? Harap forumers dapat share.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2006 09:39 PM | Show all posts

alarm rumah

saya baru nak masuk rumah yg baru siap.

dah ada 2-3 kes kecurian kat situ. last month kes rompak, dia masuk rumah jiran masa  tengahari ..

so ada sesiapa yg install good home security system tak ?   dan berapa budget nak kena sedia
Reply

Use magic Report

anakperantau This user has been deleted
 Author| Post time 3-8-2006 10:45 PM | Show all posts
Saya bukan nak jawab tentang home security tapi nak komen pasal security kat malaysia secara am..

kat mana2 ada kes rompak pecah rumah.. seriau betul.. taman perumahan baru ke lama ke semua ada... macam kes yang berlaku kat pelajar kolej TAR yang kena bunuh baru2 ni.. disamun. Yang geramnya bila baca akhbar rupanya kawasan tu perkara2 kecurian dan seumpamanya dah jadi perkara biasa, bila report polis, cuma jadi report jer.. tu yang teman tak puas hati betul dgn polis kat malaysia langsung tak proaktif.. sekarang ni nak harap penduduk tubuh security sendiri... patutnya tu tugas enofrcement officers... tah lah tak faham betul polis malaysia ni.. di kritik marah tapi tulah memamng lembap..cara kerja lepas merdeka dgn sekarang tak berubah.. penjenayah dah makin pandai.. tu yang kita home owner pun terpaksa lah install macam2 kat rumah nak jadi selamat tapi tu pun belum ada jaminan... penjenayah always selangkah awal dari kita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 06:52 AM | Show all posts
sebab tu kat sini baru 3 minggu lepas , penduduk buat rondaan rukun tetangga.
tapi tak tahu sampai bila akan bertahan rondaan ni.....

biasanya kalau dah lama tak ada kes, rondaan akan terhenti.....lepas tu bila ada kes balik, baru hidup balik rondaan tu .....

macam anakperantau kata lah.....pencuri advance selangkah dari kita




4 bulan lepas wife saya pergi report handbag dia diragut ....baru lepas ambik duit  dari atm, nak pergi beli pampers/ susu budak...(melayang duit 1000 ringgit...kalau guna beli pampers tuh, setahun aku tak yah beli pampers).

yg tensen tu bila tengok wajah muka dan cara polis tu hande kita punya report....punya la lepak/ bersahaja je..macam tak ada apa or kes remeh je dia buat kita....

siap kata...kalau dapat tangkap, dapat la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 07:49 AM | Show all posts
eheh wa pun gitu. dedulu sibuk pecah ghumah...wa pulak nak g putstation . urgent. nak pasang alarm umah takut tak sempat.. las las beli kat kedai yang 'ting tong..... ' ehehehhehe... pasang kat setiap pintu umah, heheheheh,,, ko bayang kan.. pencuri masuk... bunyi 'ting tong' ehhehehe

---> lar ni dah cabut dah.. pasang alarm betul.
Reply

Use magic Report

anakperantau This user has been deleted
 Author| Post time 4-8-2006 08:17 AM | Show all posts
Originally posted by hasaru at 4-8-2006 06:52 AM
sebab tu kat sini baru 3 minggu lepas , penduduk buat rondaan rukun tetangga.
tapi tak tahu sampai bila akan bertahan rondaan ni.....

biasanya kalau dah lama tak ada kes, rondaan akan terhenti. ...



baca hasaru punya cerita pasal police report tu teman rasa nak ketuk polis yang cakap kalau dapat dapatlah.. nampak sangat langsung tak ada inisiatif nak perangi jenyah.. kalau media war-war bukan main.. kalau tak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2006 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by hasaru at 3-8-2006 09:39 PM
saya baru nak masuk rumah yg baru siap.

dah ada 2-3 kes kecurian kat situ. last month kes rompak, dia masuk rumah jiran masa  tengahari ..

so ada sesiapa yg install good home security system  ...



Nak baik dari segi apa hasaru ? service ? tahan ke tak tahan ? kos?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 01:09 PM | Show all posts
civic dah pasang alarm ker? jenis apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2006 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 4-8-2006 01:09 PM
civic dah pasang alarm ker? jenis apa?



Dah pasang jenis A home alarm. Kalau alarm bunyi .. terus call my HP and kalau tak dapat.. call HP orang lain. Boleh program 8 nombor untuk dial.
Yang ni tak bayar bulan bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 03:18 PM | Show all posts
biasalah tu..macam kat umah arwen jugak...
tapi kat umah ni wireless.  skrg ni problem nak cari bateri lak....bateri A23.  semua kedai dah cari tapi tak jual. dulu byk. geram tul.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 4-8-2006 03:18 PM
biasalah tu..macam kat umah arwen jugak...
tapi kat umah ni wireless.  skrg ni problem nak cari bateri lak....bateri A23.  semua kedai dah cari tapi tak jual. dulu byk. geram tul.


Memang le biasa.. yang luar biasa kalau pasang sekali dgn cctv and kalau ada break in.. record gambar pencuri tu.

Wireless tu memula memang tgh consider.. tapi dgr office mate kata tak stable.. terus pakai wired punya.

So nak pasang yang wired punya ke ? Arwen pakai brand ape? Tak try carik kat jalan pasar Pudu?mesti ada punya..

[ Last edited by  CivicSI at 4-8-2006 03:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 03:51 PM | Show all posts
Arwen pakai brand Montrans.  so far okay jer...no problem.
problem cuma bila battery dah weak ler ataupun kalau box kat luar tu kena petir...tapi tu baru sekali kena..
kita call diorang terus datang repair.


jln pasar pudu....aduhhhh dah bertahun tak gi situ...
kedai yg mana satu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 4-8-2006 03:51 PM
Arwen pakai brand Montrans.  so far okay jer...no problem.
problem cuma bila battery dah weak ler ataupun kalau box kat luar tu kena petir...tapi tu baru sekali kena..
kita call diorang terus da ...



ic. Ntah tak pernah dgr ... kalau service ok ok lah tu.
Tak tahu la kedai mana jual kat jln pasar.. kena tanya. Tapi kan jln pasar ni semua mak nenek brg electronic ada...leh naik star kalau tak nak bwk kete,
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 08:37 PM | Show all posts
kalau  saya budget around  rm1000, munasabah ke ??
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 10:54 AM | Show all posts
rendah sangat budget tu.
arwennya yg wireless tu pun dah RM1600.  tu pun 3 thn lepas..
bolehlah try survey dulu tapi make sure yg reliable...jgn harapkan yg murah tapi tak  reliable.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 10:53 PM | Show all posts
my mum haritu pasang alarm keluaran amway
harga dlm 2k lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hantu1 This user has been deleted
Post time 9-8-2006 09:45 AM | Show all posts
Rasanya kejadian rompak nekad/berani ni ada kaitan dgn penggunaan dadak jenis baru
(designer drugs) yg membuatkan perompak tersebut rasa berani gila & aggresif...

Cara terbaik menangaini adalah...hubungan yg rapat & erat antara jiran..saling menjaga
tepi kain antara satu sama lain..dari perlakuan anak hingga ke penjagaan harta benda..

Tapi..bolehke masyarakat terima teguran & perlakuan seperti ini...?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by hantu1 at 9-8-2006 09:45 AM
Cara terbaik menangaini adalah...hubungan yg rapat & erat antara jiran..saling menjaga
tepi kain antara satu sama lain..dari perlakuan anak hingga ke penjagaan harta benda..

Tapi..bolehke masyarakat terima teguran & perlakuan seperti ini...?



:setuju: dgn hantu.. tapi sekarang ni.. bukan ke dah balik ke zaman jahiliah.. kalau dulu kita selamat bermain kat luar rumah.. jalan sorang2.. sekarang nak lepaskan anak lelaki pun pikir banyak kali..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:42 PM | Show all posts
ini mok nik ada satu artikal yg mok nik simpan. Elok utk tatapan dana amalan utk semua. Agak panjang, jadi mok nik post dalam berperingkat-peringkat.

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i.    Al-Muawwizat
ii.   Ayatul Kursi
iii.  Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.  Ayat Berkubu
v.  Ayat Penggerak



1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas





CARA AMALAN
1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.   Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:45 PM | Show all posts
2.0  AYATUL KURSI

BACAAN


Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.(Surah Al-Baqarah ayat  255)

CARA
1.  Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.  Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.  Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.407560 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list