CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24700|Reply: 89

INDONESIA: Gempa bumi - Latest: gempa 7.9 di Sumatera!!

[Copy link]
Post time 9-8-2006 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 30-9-2009 23:18

Gempa bumi 5.1 magnitud landa Jawa Tengah
08-08-2006 07:11:45 PM  

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di daerah Cilacap, Jawa Tengah pada pukul 3:07 pagi tadi, menurut Agensi Meteorologi dan Geofizik (BMG) Indonesia.

Jurucakap BMG Subayo berkata pusat gempa, gempa bumi itu terletak 41 kilometer di bawah dasar laut dan 242 kilometer barat daya Cilacap.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada laporan mengenai tsunami kerana ia hanya boleh wujud jika gempa bumi itu berlaku dengan kuat sehingga 6.3 pada skala Richter.

Katanya gempa bumi telah melanda Cilacap yang diikuti tsunami yang berlaku di Pangandaran, Jawa Barat pada 17 Julai lepas.

"Kita masih menunggu maklumat lanjut dari Cilacap mengenai impak gempa bumi itu, katanya yang dilaporkan oleh agensi berita Antara.

Beliau menambah bahawa satu lagi gempa bumi juga melanda bandar Tual di tenggara daerah Maluku pada pukul 5:31 pagi tadi, dengan pusat gempa 519 kilometer di bawah dasar laut dan 32 kilometer tenggara Tual.

Pada 26 Dis, 2004, satu gempa bumi, yang dikenali oleh masyarakat saintifik sebagai gempa bumi Sumatera-Andaman menyebabkan berlakunya kejadian tsunami di seluruh Lautan Hindi dan mengorbankan ratusan ribuan manusia, kebanyakan di Aceh, bahagian paling utara pulau Sumatera, Indonesia.  BERNAMA

[ Last edited by  amazed at 16-4-2009 19:43 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 01:01 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 9-8-2006 06:26 PM
Jurucakap BMG Subayo berkata pusat gempa, gempa bumi itu terletak 41 kilometer di bawah dasar laut dan 242 kilometer barat daya Cilacap.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak ada laporan mengenai tsunami kerana ia hanya boleh wujud jika gempa bumi itu berlaku dengan kuat sehingga 6.3 pada skala Richter.


statement BMG yang mengarut... emmm patut la pun... jurucakap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2006 07:51 AM | Show all posts

LAGI GEMPA BUMI DI INDONESIA -

Gempa bumi landa timur Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi terus menggegarkan timur Indonesia, mengorbankan seorang wanita, merosakkan berpuluh-puluh bangunan dan dan menyebabkan penduduk yang panik bertempiaran melarikan diri ke tempat tinggi sambil menjerit, 憈sunami,
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 12:17 PM | Show all posts
opis aku pun terassa goyang...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 02:58 PM | Show all posts

Reply #2 kurga's post

tak kan ari ni br rasa kot?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 11:18 PM | Show all posts
pagi tadi ada gempa bumi ke (18.12.2006) aku rasa bergoyang 5.45am ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2006 01:06 PM | Show all posts

3 gempa gegar Sumatera - 7 maut, 150 cedera

JAKARTA 18 Dis. ? Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan lebih 150 yang lain cedera selepas tiga kejadian gempa bumi
dengan kekuatan sederhana menggegarkan pulau Sumatera, Indonesia hari ini - seminggu sebelum rantau Asia memperingati ulang
tahun kedua tragedi tsunami. Tiada amaran tsunami dikeluarkan ekoran gempa bumi hari ini.

Jurucakap Bahagian Gempa Bumi di Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Tifar berkata, gempa bumi pertama berlaku pada pukul
4.10 pagi (5.10 pagi waktu Malaysia) dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter. Beliau berkata, pusat gegarannya dikesan 128 kilometer
di bawah paras laut di barat daya Banda Aceh, ibu negeri wilayah Aceh di pulau Sumatera.

Gempa bumi kedua, dengan magnitud 5.7, berlaku di darat kira-kira 30 minit kemudian pada kedalaman 53 kilometer di sebuah kawasan
ke barat laut bandar Padang, katanya. Gempa bumi ketiga, yang berukuran 5.5 pada skala Richter, menggegarkan Sumatera Utara
pada pukul 8.24 pagi (9.24 pagi waktu Malaysia).

Menurut Tifar, gegaran itu dirasai di seluruh bahagian utara dan barat pulau Sumatera dan juga di Singapura, di mana sebuah stesen
radio tempatan melaporkan bahawa bangunan-bangunan apartmen di bahagian tengah pulau itu telah bergoyang.
Beliau berkata, gegaran tersebut mungkin tidak dirasai di Malaysia memandangkan pusat gegarannya berada terlalu jauh dari negara itu.

Tragedi tsunami yang melanda 12 buah negara Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 menyebabkan kira-kira 230,000 orang terbunuh
atau hilang, dengan lebih separuh daripada mereka terkorban di wilayah Aceh di hujung utara pulau Sumatera.
Gempa bumi Julai lalu di kawasan Pulau Jawa mengorbankan lebih 600 orang.

Seorang kakitangan pejabat Gabenor Sumatera Utara, Josikar Tanjung berkata, enam orang mangsa, termasuk dua kanak-kanak,
terbunuh di bandar Muarasipongi di bahagian barat wilayah Sumatera Utara. Laporan awal menyebut empat daripada mangsa yang
terbunuh adalah daripada keluarga yang sama.

Beliau berkata, enam daripada mangsa terbunuh akibat dihempap runtuhan bangunan manakala seorang lelaki tua meninggal dunia
akibat diserang sakit jantung. Beliau menambah, gegaran itu telah memusnahkan atau merosakkan lebih 850 buah rumah, yang
menyebabkan penduduknya lari bertempiaran dalam keadaan panik untuk menyelamatkan diri.
Kejadian gempa bumi juga menyebabkan hakisan khususnya di kawasan Muara Sipongi yang terjejas teruk.

Sekurang-kurangnya 1,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana itu ditempatkan di bangunan-bangunan kerajaan
dan khemah-khemah sementara, kata jurucakap kerajaan, Edy Sofyan.

[ Last edited by  redCeri^cet at 19-12-2006 01:09 PM ]
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 21-12-2006 10:01 PM | Show all posts
       :norose:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2006 11:07 PM | Show all posts
berita  dunia tadi :gempa lagi di sumatra...adakah tsunami 2 akan melanda 25hb kita berdoa saja lah elakkan bencana..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 10:23 PM | Show all posts
Link:  http://www.indahnesia.com/earthquake/earthquake.php

Untuk info anda, bahwa hampir setiap hari terjadi gempa cukup besar diIndo (SR >5). Tetapi sayang tidak diberitakan di media.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 08:31 AM | Show all posts
Lagi gempa bumi di Indonesia, apa specialnya gempa bumi kali ini... any comments ?


82 maut di Sumatera -- Gempa bumi turut dirasai di barat Semenanjung Malaysia, Singapura


ANGGOTA pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan di Payakumbuh, antara kawasan paling teruk dilanda gempa bumi yang mengorbankan lebih 80 orang di Sumatera Barat, Indonesia, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 01:43 PM | Show all posts

Reply #7 cucusaddam's post

sian kat dia orag kan.....
mlm tadi i tengok berita lepas magrib....ntah la..tak semena2 air mata ni terhabur keluar, sedih sgt....
kesian le..tak sudah2 macam2 malapetaka melanda Indonesia tu.  I selalu g sana, i tau camana susahnye orang2 sana...dahle susah..datang lagi bencana....menitis le air mata.

Mudah2an Allah lindungi saudara2 kita di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 02:19 PM | Show all posts
mmg banyak betul dugaan timpa org sana lately....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 03:42 PM | Show all posts

Reply #11 amamiya5674's post

ada lubang besar dan amat dalam terbentuk di salah satu tempat kt
Sumatera.. saya  terima email from
kawan ..tapi tak reti mcm mana nak link dlm nie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 04:29 PM | Show all posts

Reply #7 cucusaddam's post

Unlikely sebab gempa berada di darat
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 04:30 PM | Show all posts

Reply #12 Hornbill's post

Upload gambar ke site macam Flickr, Photobucket atau lain-lain site simpanan gambar. Lepas tu linkkan URL gambar tu di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2007 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by Hornbill at 7-3-2007 03:42 PM
ada lubang besar dan amat dalam terbentuk di salah satu tempat kt
Sumatera.. saya  terima email from
kawan ..tapi tak reti mcm mana nak link dlm nie..


ekau bior betul... bukan kat Guatemala ke (emm..susah benor nak mengejanya)..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 7-3-2007 04:29 PM
Unlikely sebab gempa berada di darat


bro.. cucuallahyarham tu quote bulan 12 dulu punya earthquake da...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 06:22 PM | Show all posts
teman tak tahu samada miker semua sedar atau teman yg terlebih sensitif...

kalau tak silap teman... kesemua earthquake (akhir2 nie) yang berlaku di pantai barat Sumatera mempunyai kedalaman lebih kurang 30km (teman rasa miker semua sedar apa bahayanya kan ...kan...kan)

dlm kesemua earthquake (akhir2 nie)... kalau tak silap teman ada satu yang berlaku di pantai timur sumatera dan ianya pada kedalaman more than 120km (rakyat malaysia sepatutnya kena sungguh-sungguh bersyukur...

so, any hint for next earthquake ??
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2007 09:22 AM | Show all posts
Originally posted by rudz at 7-3-2007 06:06 PM


ekau bior betul... bukan kat Guatemala ke (emm..susah benor nak mengejanya)..


yg ni ke ....? aku dpt email pun kate kat Indo







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.205372 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list