CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

INDONESIA: Gempa bumi - Latest: gempa 7.9 di Sumatera!!

[Copy link]
Post time 26-1-2009 08:12 PM | Show all posts
Gempa bumi sederhana gegar selatan Sumatera

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di selatan Sumatera, Indonesia, pada 1.23 tengah hari ini.

Pusat gempa itu terletak kira-kira 46km Barat Laut Bukit Tinggi, Indonesia dan 356km Barat Daya Melaka, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan di sini hari ini.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2009 07:16 PM | Show all posts
Dua gempa bumi landa Indonesia

KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi melanda Indonesia, pagi ini, masing-masing di Utara Sumatera dan Barat Irian.

Di Sumatera, gempa yang dicatatkan berukuran 5.4 skala Richter berlaku jam 8.01 pagi di barat daya Padang, di 395 kilometer di barat Klang.

Gempa di Irian pula berukuran 5.2 berlaku jam 9.34 pagi di 901 kilometer di timur Ambon.


Jabatan Meteorologi berkata, kedua-dua gempa bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami di Malaysia. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 10:38 PM | Show all posts
aku penah rasa gegaran bumi kat Kuningan dekat2 Cirebon indon, kat situ ada Gunung Merapi Ceremai.. almari semua bergoyang, rumah pun bergoyang, aku ingat aku pening kepala hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 10:39 PM | Show all posts
makin dekatPplanet Nibiru, makin banyak bencana
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 04:54 PM | Show all posts
49 cedera gempa bumi di Sulawesi

Gegaran 7.2 pada skala Richter di Kepulauan Talaud musnahkan bangunan awam, sekolah


JAKARTA: Gempa bumi kuat yang menggegarkan Kepulauan Talaud di utara Sulawesi mencederakan sekurang-kurangnya 49 orang, kata pegawai semalam.

Beratus-ratus bangunan, termasuk sekolah, gereja dan pusat penjagaan kesihatan, turut rosak di guguran kepulauan itu yang terletak di selatan pulau Mindanao, Filipina.


Tinjauan Geologi Amerika Syarikat meletakkan kekuatan gegaran yang melanda awal semalam pada 7.2 pada skala Richter dan pada kedalaman 20 kilometer.

Agensi kaji cuaca Indonesia mengeluarkan amaran tsunami, walaupun kemudian ia ditarik balik.

Wartawan stesen radio Indonesia di bandar Tahuna berkata, tidak lama selepas gempa bumi awal itu penduduk yang ketakutan bergegas keluar dari rumah masing-masing.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 07:44 PM | Show all posts
Gempa susulan gegar utara Sulawesi

JAKARTA: Satu gegaran susulan berukuran 5.1 Richter menggegarkan Talaud di Sulawesi Utara, jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan) tadi.

Pusat gempa berkenaan dikesan di 4.02 darjah garis lintang utara dan 126.86 darjah garis bujur timur, 132 km di timur laut Melonguane, daerah kecil Talaud pada kedalaman 10 km di bawah paras laut, kata Pejabat Meteorologi, Geofizik dan Iklim Manado.

Terdahulu, pada jam 5.26 pagi waktu tempatan hari ini, satu gegaran susulan berukuran 5.7 Ritcher menggegarkan Talaud dengan pusat gempanya dikesan di 3.68 darjah garis lintang utara dan 126.72 garis bujur timur kira-kira 121 km di tenggara Melonguane.

Talaud mengalami lebih 160 gegaran susulan selepas gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Ritcher melanda wilayah berkenaan pada awal pagi 2 Februari lalu.

Agensi berita Antara melaporkan sekurang-kurangnya 264 orang cedera dan lebih 500 bangunan, termasuk sekolah dan gereja, rosak akibat bencana alam itu.

Pusat gempa berkenaan dikesan di 3.85 darjah garis lintang utara dan 126.67 darjah garis bujur timur, kira-kira 112 km di tenggara Melonguane pada kedalaman 10km di bawah paras laut. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2009 02:13 AM | Show all posts
Padang diancam gempa bumi
Tidak mustahil satu hari nanti, nama Padang akan hilang dan lenyap dari peta dunia akibat gempa bumi besar yang melanda.



SAINTIS meramalkan potensi untuk berlaku gempa
bumi di Padang adalah pada skala 8.9 magnitud.



TAHUKAH anda daerah bernama Padang di Indonesia? Pakar geologi meramalkan kawasan yang diduduki oleh kira-kira 900,000 penduduk itu, satu hari nanti mungkin akan musnah akibat satu gempa bumi yang besar.

Ini berikutan Padang terletak dalam salah satu kawasan seismos paling berbahaya di dunia.

Disebabkan lokasinya yang berbahaya itu, pakar mengatakan Padang perlu melakukan sesuatu untuk melindungi penduduknya daripada gempa besar yang boleh mencetuskan tsunami dan memusnahkan bandar lama yang terletak di pesisir pantai barat Sumatera itu.

"Kedudukan Padang terletak di tengah-tengah kawasan dengan potensi untuk berlaku gempa bumi berskala 8.9 magnitud," kata Danny Hilman Natawidjaja, seorang ahli geologi di Institut Sains Indonesia.

"Keseluruhan bandar tersebut boleh tenggelam dalam tsunami yang dicetuskan oleh gempa seumpama itu," jelasnya memberi amaran.

Padang, ibu negeri wilayah Sumatera Barat, terletak di salah satu daripada garisan gelincir paling aktif di dunia di dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik. Kedudukan itu boleh menyebabkan berlakunya gegaran dan gempa apabila kepingan plat Indo-Australia bergeser dengan kepingan plat Eurasia.

Seorang pekerja bank yang hanya mahu dikenali sebagai Reta, 31, berkata, dia panik apabila merasai gegaran dalam bangunan tempatnya bekerja. Namun, dia tidak mahu berputus asa.

" Pegangan agama kami amat kuat dan apa yang kami lakukan ialah berdoa dan berharap Padang tidak akan menjadi seperti Aceh," katanya.
Gempa berukuran 9.15 magnitud dengan pusat gempa kira-kira 600 kilometer ke barat laut Padang, menyebabkan tsunami besar melanda pada tahun 2004 yang membunuh 232,000 orang di wilayah Aceh, Thailand, Sri Lanka, India dan beberapa negara di pesisir Lautan Hindi.

Natawidjaja meramalkan bahawa gegaran berukuran 8.9 magnitud boleh melanda Padang dalam masa tiga dekad dan mencetuskan tsunami yang lebih besar daripada kemusnahan lima tahun lalu.

Sewaktu tragedi tersebut, gelombang ombak mencecah ketinggian sehingga 30 meter di sesetengah kawasan.

Populasi penduduk di Padang dianggarkan tiga kali ganda daripada penduduk di Banda Aceh ketika kejadian tsunami 2004. Walaupun pakar gempa melahirkan kebimbangan terhadap kejadian seumpama itu, namun hanya terdapat rancangan keselamatan yang terhad untuk menyelamatkan diri daripada tsunami.

Mengambil pengalaman daripada kejadian bencana paling teruk pada 2004 dan mengelak daripada satu lagi kemusnahan besar, Indonesia sudah mula menyediakan sistem amaran awal dengan harapan ia dapat memberi tempoh secukupnya untuk penduduk mencari tempat yang selamat.

Beberapa bahagian di Indonesia yang sering dilanda gempa bumi, selalu mengadakan latihan kecemasan tsunami dan perkhidmatan bencana kebangsaan menghantar amaran menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggannya.



DATUK Bandar Padang mengarahkan penduduknya
berdoa untuk keselamatan mereka.



Bagaimanapun, sesetengah pakar mengatakan Indonesia perlu melakukan usaha yang lebih untuk mengurangkan risiko kemusnahan besar.

" Padang perlu melabur dalam infrastruktur lebih baik termasuk pembinaan jalan raya dan lain-lain rancangan keselamatan memandangkan jalan keluar dari bandar itu mungkin tersekat dengan kenderaan dan penduduk yang panik sejurus selepas gegaran besar dan tsunami melanda," kata Hugh Goyder, konsultan untuk Organisasi Strategi Antarabangsa bagi Mengurangkan Bencana (ISDR) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Jalan raya selari hingga ke pesisir pantai. Ini bermakna di sesetengah kawasan, sukar untuk melarikan diri dari pesisir pantai," ujar Goyder sambil menambah bahawa di satu bahagian di bandar tersebut, jalan keluar hanyalah melalui jambatan sempit.

"Jika anda hanya mempunyai masa lima atau 10 minit, sudah tentu ini akan menjadikan orang ramai lebih panik. Untuk pelaburan yang amat kecil, mungkin anda boleh melebarkan jambatan," katanya.

Rancangan untuk memasang satelit menghubungkan boya sebagai tanda sistem amaran awal tsunami turut berdepan masalah apabila dua daripadanya dicuri oleh nelayan.

Lain-lain langkah berjaga-jaga, turut mengalami kesukaran atau dilanda kontroversi.

Di sekolah-sekolah tempatan, latihan kecemasan gempa dan tsunami menjadi sebahagian kelas senaman fizikal. Kanak-kanak diajar untuk bersembunyi di bawah meja sejurus selepas gegaran berlaku dan kemudian berlari ke tempat perlindungan.

Datuk Bandar Padang dari sebuah parti Islam, Fauzi Bahar turut mengarahkan penduduk tempatan untuk berdoa bagi keselamatan mereka. Dia turut merancang untuk menyediakan kelas berenang untuk pelajar secara percuma di kolam renang awam.

Walau apa pun yang dilakukan, saintis percaya penduduk mempunyai masa hanya 10 minit untuk berlindung ke tempat yang lebih tinggi sebelum tsunami melanda. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 06:55 PM | Show all posts
26 Februari, 2009

Earthquake Jolts East Nusa Tenggara Early Thursday

JAKARTA, Feb 26 (Bernama) -- A tectonic earthquake measuring 5.0 on the Richter scale jolted Waingapu, East Nusa Tenggara (NTT) Province, early Thursday, Indonesia's Antara news agency reported.

The quake's epicenter was located at 11.61 degrees southern latitude and 118.24 degrees eastern longitude, around 311 km southwest of Waingapu, at a depth of 10 below sea level.

Quoting an information from the National Meteorological and Geophysics office here, four temblors have jolted East Nusa Tenggara Province since the past two weeks.

However, there were no reports of damages or casualties in the earthquakes.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 10:59 PM | Show all posts
Jakarta siap sedia hadapi gempa besar, tsunami
Mar 10, 09 11:44am - malaysiakini


Kira-kira 10 juta penduduk bandar raya Jakarta diingatkan lebih  berwaspada terhadap kemungkinan berlaku gempa bumi besar berukuran sehingga 8.5 pada skala Richter dan menyebabkan tsunami.

Pusat Penanganan Krisis (PPK) Kementerian Kesihatan Indonesia, ketika memberikan peringatan itu berkata, Jakarta termasuk dalam garis gempa yang terbentang dari Sinabang hingga ke Pelabuhan Ratu, lapor Bernama.

Ketua PPK Rustam S Pakaya yang dipetik akhbar Republika hari ini berkata potensi gempa itu berlaku ekoran daripada pergerakan kerak bumi di bawah laut yang berpusat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

"Terjadi hakisan terus-menerus di bawah permukaan laut," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa tiada pihak dapat menentukan secara tepat tarikh dan waktu bila gempa bumi besar itu akan terjadi.

Berdasarkan hasil pemantauan yang diperoleh PPK, berlaku hakisan di Pelabuhan Ratu setinggi 2,050 meter dan 600-700 meter di Pangandaran di bawah permukaan laut.

"Kita harus waspada jika benturan (berlaku perlanggaran) di antara lempeng bumi di bawah permukaan laut ini terjadi. Walaupun tidak dapat dikira waktu tepatnya, pasti akan terjadi gempa," Rustam dipetik berkata.

Menurut agensi berita itu lagi, Rustam menambah walaupun perkiraan saintifik bahawa gempa terjadi di Padang, Sumatera Barat pada 23 Disember 2007 tidak berlaku tetapi penduduk Jakarta, khasnya, harus waspada terhadap perkiraan gempa akibat pergerakan kerak bumi yang sedang terjadi ketika ini.

Sehubungan itu, menurut pegawai itu, laluan selamat menuju ke pusat pemindahan akan dimaklumkan segera secara meluas kepada seluruh penduduk Jakarta.


+ kalau 8.5 tu .. memang sangat kuat aa .. kat sichuan (china) last year pun 7.8 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 07:44 PM | Show all posts
Gempa 6.6 Richter gegar Bengkulu, Sumatera

WASHINGTON: Gempa kuat berukuran 6.6 skala Richter menggegarkan Bengkulu di Sumatera, awal pagi tadi, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berkenaan berpusat di kedalaman 42 kilometer di 209 kilometer di barat daya Sumatera, dekat Bandar Bengkulu, jam 3.01 pagi 2001 GMT).

Ia diikuti gegaran susulan berukuran 5.5 Richter di kawasan sama setengah jam kemudian.


Bagaimanapun, menurut USGS, tiada amaran tsunami dikeluarkan namun ombak kuat dilaporkan di kawasan terbabit.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai jumlah kerosakan dan mangsa yang terbabit. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 10:59 AM | Show all posts
Gempa sederhana landa Nias, Indonesia

JAKARTA: Gempa sederhana berukuran 5.3 Richter menggegarkan Kepulauan Nias, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), hari ini.

Gempa berlaku jam 1.58 pagi waktu tempatan (1858 GMT - Rabu) di kedalaman 35 kilometer (km) dan berpusat di 281km di barat daya Sibolga di Sumatera. - AFP





Gempa kedua gegar Kepulauan Maluku

JAKARTA: Beberapa jam selepas gempa berlaku di Nias, Sumatera, Indonesia dikejutkan lagi dengan gempa kedua di Kepulauan Maluku berukuran 5.8 Richter, awal pagi tadi.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gemba berlaku jam 5.10 pagi waktu tempatan (2110 GMT - Rabu) di kedalaman kilometer (km) dengan gegaran berpusat 136km di barat daya Kepulauan Manado, di Wilayah Sulawesi.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai mangsa yang terbabit serta kerosakan yang berlaku akibat gempa berkenaan. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 06:23 PM | Show all posts
Gempa di Sumatera, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia16/08/2009

KUALA LUMPUR 16 Ogos — Satu gempa bumi kuat berskala 6.9 pada skala Richter berlaku di 56km Tenggara Siberut, Selatan Sumatera, Indonesia pukul 3.38 petang tadi, dan gegarannya dirasai di sekitar perairan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun gemba bumi itu tidak akan menyebabkan tsunami berlaku di Malaysia, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi di sini hari ini.

Gempa itu berpusat di latitud 1.6 darjah Selatan dan longitud 99.4 darjah Timur, dan kira-kira 541km Tenggara Melaka, katanya.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di sini memberitahu Bernama pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai gegaran yang dirasai di sekitar bandar raya sejak pukul 4 petang ini.


Antara panggilan yang diterima adalah dari kawasan Wangsa Maju, Desa Petaling dan Bandar Tun Razak dan pihaknya kini sedang memantau perkembangan tersebut, katanya.
— BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2009 06:24 PM | Show all posts
Gempa kuat gegar Padang, Sumatera
JAKARTA: Gempa bumi bawah laut berukuran 7.0 mangnitud menggegarkan bahagian barat Indonesia, petang tadi tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan atau mangsa yang cedera.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa jam 2.38 petang waktu tempatan (0738 GMT) itu berpusat di 110 kilometer (km) di barat daya Padang di Sumatera pada kedalaman 51km.

Bagaimanapun, agensi meteorologi Indonesia tidak mengeluarkan sebarang ancaman tsunami. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 11:03 AM | Show all posts
64# bluemenx
Nothing to do with Nibiru...just movement of geologic plates....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2009 10:23 AM | Show all posts
Gempa gegar Padang, Sumatera

JAKARTA: Gempa berkekuatan 5.5 magnitud menggegarkan Sumatera, tengah malam tadi tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa melanda jam 12.50 tengah malam berpusat di 255 kilometer (km) di barat Padang di kedalaman 39.7km, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 07:01 AM | Show all posts
Puluhan maut gempa kuat di Jawa


BEBERAPA orang melihat sebuah rumah yang rosak teruk akibat
gempa bumi di bandar Sukabumi, Jawa Barat semalam.

JAKARTA - Beberapa jam sebelum umat Islam berbuka puasa, satu gempa bumi kuat menggegarkan Pulau Jawa semalam menyebabkan lebih 33 orang maut akibat dihempap runtuhan batu atau bangunan manakala beribu-ribu orang awam bertempiaran lari ke kawasan lapang.

Gempa bumi itu berpusat dekat bandar Tasik Malaya dan Bandung yang mempunyai banyak universiti.

Namun, menurut Bernama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang tinggal di beberapa wilayah di Indonesia, berada dalam keadaan selamat.

Hospital-hospital penuh sesak dengan mangsa yang cedera selepas gempa bermagnitud 7.0 pada skala Richter itu berlaku di selatan pesisir pulau Jawa.

Pulau utama di Indonesia itu menempatkan kebanyakan penduduk Indonesia yang berjumlah 235 juta orang.



SEJUMLAH pekerja berhimpun di luar bangunan selepas gegaran
gempa bumi dirasai di Jakarta semalam.

Angka kematian akibat bencana itu dijangka terus meningkat.

"Gempa bumi itu membuatkan setiap benda dalam rumah saya bergegar selama hampir seminit," kata Heni Maryani yang merupakan seorang penduduk di bandar Sukabumi, 80 kilometer ke selatan Jakarta.

"Saya membawa anak-anak saya dan berlari keluar, saya melihat orang ramai berada dalam keadaan cemas, ramai wanita menjerit dan kanak-kanak menangis," tambahnya.

Pegawai-pegawai bencana alam berkata, ratusan buah rumah dan bangunan runtuh atau rosak teruk di tiga daerah di Jawa Barat yang sarat dengan penduduk.

Agensi berita Antara melaporkan kematian terburuk berlaku di sebuah perkampungan di daerah Cianjur, 120 kilometer ke barat daya Jakarta di mana kira-kira 30 orang dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan batu dan bangunan.

Satu amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi itu melanda pada pukul 2.55 petang waktu tempatan tetapi ia ditarik balik sejam kemudian.





Muharaham Ardan iaitu seorang pensyarah universiti di bandar Tasikmalaya, kira-kira 270 kilometer dari Jakarta dan 115 kilometer dari pusat gempa berkata, gempa bumi itu adalah yang terkuat pernah dialaminya.

"Kami semua berlari keluar dalam keadaan cemas, kami tidak sempat memakai selipar.

"Jiran-jiran kami berteriak: Keluar dari rumah sekarang! Keluar dari rumah!," katanya.

Agensi pengurusan bencana melaporkan kematian berlaku di daerah Cianjur, Tasikmalaya dan Sukabumi di Jawa Barat.
Menurut agensi berita Antara, sebanyak 12 keluarga atau kira-kira 30 orang terperangkap dalam beberapa buah rumah yang ditimbus tanah runtuh di kampung Rawa Hideung, daerah Cianjur.

"Kebanyakan mangsa ialah suri rumah dan kanak-kanak yang leka bermain permainan video di dalam sebuah rumah," kata seorang lagi penduduk, Entang Kurniawan.

Gempa bumi itu menggegarkan hampir separuh Pulau Jawa manakala di Jakarta, 190 kilometer dari pusat gempa, bencana itu membuatkan bangunan-bangunan tinggi bergoyang. Bimbang nyawa mereka terancam, ramai pekerja pejabat di ibu kota Indonesia itu bertempiaran lari ke jalan-jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Seorang pegawai kesihatan berkata, sekurang-kurangnya 27 orang cedera di Jakarta.



SEBUAH masjid rosak akibat gempa bumi di bandar Sukabumi, Jawa Barat semalam.

Selain ibu kota berkenaan, gempa itu turut dirasakan di Surabaya iaitu bandar raya kedua terbesar di Indonesia selain di pulau peranginan Bali.

Pusat gempa Amerika Syarikat menyatakan gempa bawah laut itu berpusat pada kedalaman 50 kilometer dari dasar laut.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa itu cukup kuat untuk mencetuskan ombak besar tetapi menarik semula amaran tersebut selepas tiada peningkatan pada bacaan paras laut. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 11:11 AM | Show all posts
Gempa di Indonesia: Angka korban meningkat 44 orang

CIKANGKARENG (Indonesia): Angka terbaru mangsa gempa bumi di Indonesia, semalam terus meningkat pagi ini, dengan 44 orang maut manakala lebih 120 lagi cedera dan dirawat di hospital.

Dalam pada itu berpuluh lagi penduduk dilaporkan hilang akibat tanah runtuh sehingga menimbuskan rumah apabila gempa bumi 7.0 mangnitud melanda pulau Jawa, petang semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono, berkata 10 daripada yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.


Kejadian di barat Jawa itu menyebabkan lebih 700 bangunan mengalami kerosakan.

Kebanyakan mangsa yang maut disebabkan terkena serpihan tembok dan atap bangunan yang melayang.

Sebuah kampung di daerah Cianjur dilaporkan teruk dilanda tanah runtuh sehingga berpuluh rumah tertimbus oleh lumpur dan batu.

Sekurang-kurangnya 10 mayat penduduk ditemui di daerah itu dan usaha mencari 40 yang lain yang dikhuatiri terperangkap masih dijalankan. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 07:50 AM | Show all posts
Cari mangsa gempa guna tangan


ANGGOTA penyelamat Indonesia cuba mengeluarkan mayat seorang
mangsa gempa bumi di Kampung Cikangkareng, Cibinong semalam.




CIKANGKARENG – Walaupun hanya menggunakan tangan, pasukan penyelamat bertungkus lumus menggali timbunan batu dan runtuhan bangunan semalam bagi mencari puluhan penduduk kampung yang terperangkap selepas gempa bumi kuat melanda Indonesia.

Gempa bermagnitud 7 pada skala Richter yang melanda tengah hari kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya 57 orang dan merosakkan beribu-ribu buah bangunan.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono berkata, lebih 110 orang dirawat di hospital akibat cedera dengan 10 daripada mereka parah.

Menurutnya, gempa itu menyebabkan kemusnahan besar di wilayah Jawa Barat di mana lebih 18,300 buah rumah dan pejabat rosak dengan 9,000 daripadanya hampir musnah.

Beberapa pegawai memberitahu, lebih 5,300 orang terpaksa berlindung di tempat tinggal sementara.

Menurut mereka, kebanyakan kematian dan kecederaan adalah akibat ditimpa serpihan dan runtuhan struktur bangunan.
Angka kematian terus meningkat semalam apabila lebih banyak mayat ditemui di daerah Cianjur, 20 kilometer ke barat daya Jakarta.

Mayat-mayat berkenaan adalah mangsa tanah runtuh yang menenggelamkan sebaris rumah di kampung Ciangkerang, Cianjur di mana orang ramai dan anggota penyelamat tertumpu mencari puluhan penduduk yang dipercayai masih hilang.

“Semuanya hilang, isteri saya, bapa mertua dan rumah saya, kini saya hanya berharap dapat menemui jenazah mereka,” kata seorang petani, Ahmad Suhana, 34.

Seorang pegawai tadbir daerah, Maskana Sumitra berkata, 11 buah rumah dan sebuah masjid ditimbus tanah runtuh itu manakala beliau menganggarkan lebih 50 orang terperangkap dan dikhuatiri terbunuh. – AP
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 06:40 AM | Show all posts
Bilangan korban gempa bumi meningkat


SEJUMLAH penduduk semalam bersolat Jumaat di dalam bangunan
masjid yang musnah akibat gempa bumi di Kampung Ciloa, Tasikmalaya, Indonesia.

JAKARTA - Seorang pegawai berkata, pekerja-pekerja penyelamat Indonesia mengeluarkan beberapa lagi mayat daripada timbunan tanah runtuh sekali gus meningkatkan angka kematian akibat gempa bumi kuat di negara berkenaan kepada 64 orang.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono berkata, bilangan rumah yang musnah dalam gempa bumi itu meningkat kepada lebih 87,000 buah.

Gempa dengan kekuatan 7 pada skala Richter itu menggegarkan pesisir Pulau Jawa pada Selasa lepas.

Sebanyak 24 mayat ditemui di kampung Cikangkareng yang terletak dalam daerah Cianjur, 120 kilometer ke barat daya Jakarta di mana beberapa puluh orang dikhuatiri masih hilang akibat tanah runtuh.

Daerah berkenaan terjejas teruk akibat gempa bumi itu.

Mangsa-mangsa lain ditemui di bawah runtuhan rumah dan serpihan di beberapa buah bandar dan bandar raya di pulau berkenaan.

Kardono memberitahu, usaha mencari mangsa akan diteruskan selama seminggu tetapi mengaku peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup amat tipis. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 06:42 AM | Show all posts
Mayat mula dibawa keluar

Pasukan mencari dan menyelamat dibantu penduduk kampung bertungkus-lumus mencari mangsa yang tertimbus di Kampung Cikangkareng, Jawa Barat, semalam. – AP

JAKARTA 4 Sept. – Pasukan penyelamat Indonesia membawa keluar beberapa mayat dari celah timbunan tanah runtuh hari ini, sekali gus melonjakkan angka kematian akibat gempa bumi kepada 63 orang.

Berpuluh-puluh mangsa lagi yang masih hilang dikhuatiri turut terkorban.
Pegawai berkata, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat semakin pudar, selepas dua hari bencana itu berlaku.

Lebih 400 orang turut cedera dan 125 dimasukkan ke hospital akibat patah dan luka, demikian menurut agensi bencana dalam laman webnya.

Sementara itu, kira-kira 28,000 lagi mangsa memerlukan tempat perlindungan. Agensi bantuan sedang mengagih-agihkan khemah, selimut dan keperluan asas, namun beberapa kawasan pedalaman tidak dapat diakses,

Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia, Priyadi Kardono menjelaskan bahawa bilangan rumah yang musnah atau rosak dalam gempa sekuat 7.3 pada skala Richter itu meningkat kepada lebih 87,000.

Sebanyak 24 mayat ditemui di perkampungan Cikangkareng, perkampungan yang terjejas teruk di daerah Cianjur, yang mana 33 orang masih hilang selepas 10 buah rumah dan sebuah masjid ditimbus tanah batu-batan dan lumpur seberat bertan-tan dalam kejadian tanah runtuh akibat gempa itu.

Mangsa lain ditemui dibawah runtuhan dan serpihan bangunan di seluruh wilayah Jawa Barat. – AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061985 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list