CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misery

Emak aku GILA!

   Close [Copy link]
Post time 2-9-2007 11:31 AM | Show all posts
sian kat mak... tak baik la cakap mcm nie.. biasa la time anak-anak beso nie la mak nak rilex.. komplen tu biasa kalu leh nak anak jadi lagi terbaik dari dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 01:49 PM | Show all posts
Aku dah biasa tengok mak2 yang berperangai kurang baik or kengkadang, memalukan anak2 dan suaminya... Anak2 pulak... well, what to do, terpaksa sabar dan telan jer la seeing their mothers making a fool of themselves...  Kan dalam budaya kita, yang lebih makan garam (yang lebih tua la) adalah lebih tau dan lebih bijak, so org takleh nak bantah.. walhal.. walaupun umur kita dah 100 tahun sekalipun, tidak menjanjikan ketajaman akal atau kebijaksanaan kalau kita tak de usaha nak mempertingkatkan diri...

dan yg tak bestnya, kalau perangai mak bapak kita teruk.. org akan senang nak palitkan kt anak2 sekali.. Malu kan?

Peringatan untuk kita perempuan2 yang dah jadi ibu dan bakal jadi ibu... Tuntutla ilmu sebanya2... didiklah diri.. sebab perempuan ni nafsu lebih akal satu... kalau takde ilmu, akal tak tajam... mmg bakal jadik mak or isteri yang sengal...  Menyusahkan dan memalukan keluarga jer.


Mudah2an dapat mengurangkan jumlah orang2 tua yang dihantar ke ruman orang2 tua in the future...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 07:19 PM | Show all posts
oleh ittiew mari lah kite baca surah an nisa yek lepas2 solat tuh..smoga kita tak alpa lam semua hal tehadap umah tangga dan anak2..to pembuka benang...sabar ye dek...biar la camne mak buat kite..sampai kite hantok2 kepale kat dinding pon..tapi jgn lupe sedekah fatihah kat mak /bapak setiap kali lepas semayang..sebagai surah penghulu alquran..itu juga surah pengerat kasih sayang tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:08 AM | Show all posts
mane pembuka thread ni?
kejap kate da kawen, kejap kate belom..

don't get me wrong.. i have nothing against the pembuka thread
but x fhm la status die ni..  isteri org ke bukan?

[ Last edited by  unRESTworld at 3-9-2007 02:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 02:10 AM | Show all posts
taken from mstar online..

Ibu suka dera satu wabak sosial
09-03-2007 11:23:29 AM
Oleh Zulkiple Ibrahim
KUALA LUMPUR:  Lazimnya, ibu-ibu, tidak kira betapa susah atau miskinnya kehidupan mereka, akan mencuba sedaya upaya untuk tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Apatah lagi mendera atau memukul anak-anak mereka yang tidak berdosa.
Tetapi bagi akauntan Azhar Ahmad, 46, pengalamannya sungguh pelik dan menyeksakan akibat didera ibu kandung sendiri.

Semasa menceritakan pengalamannya pada satu sesi kaunseling di sebuah pusat perubatan awam di sini, Azhar berkata beliau diseksa dengan teruk oleh ibunya sejak dari kecil lagi.

"Saya adalah anak keempat dari lima beradik, dan saya juga merupakan tempat ibu saya lepaskan tinju dan geramnya," Azhar menceritakan penderitaan masa kecilnya.

"Saya tidak faham kenapa (ibu) buat sedemikian. Bagi saya, tiada sebab langsung untuk ibu bertindak sebegitu," kata Azhar.

TIADA BELAS, TIADA KASIHAN
Kata Azhar, beliau tidak pernah dapat kasih sayang atau belas kasihan dari ibunya sejak dari mula lagi.

"Kakak, abang serta adik saya langsung tak pernah kena (pukul). Ibu akan menyalahkan saya atas apa yang terjadi, walaupun bukan saya yang melakukan kesalahan".

Azhar berkata kadangkala ibu akan menjerit dan memakinya walaupun tidak ada apa yang dilakukannya. "Kakak dan abang cuba menceritakan perkara sebenar, tapi ibu tidak akan peduli dan masih mahu menyalahkan saya".

Bapa Azhar bersikap lepas tangan sahaja. Beliau jarang berada di rumah selepas berkahwin kali kedua. Takut akan kemungkinan mereka juga akan menjadi mangsa akhirnya, kakak serta dua abang Azhar lari meninggalkan rumah dan tinggal bersama nenek mereka.

Penderaan terhadap Azhar berterusan tapi adik lelaki beliau terselamat daripada apaapa penyeksaan fizikal dan mental.

Mengikut Azhar, pada mulanya ibunya hanya mencubit dan menampar tetapi kemudiannya beralih ke "peralatan yang mempunyai impak yang lebih" seperti penyangkut baju yang dibuat dari kayu atau dawai besi, batang penyapu, tali pinggang, dan rotan halus.

Akhirnya ibu Azhar menggunakan pinggang mangkuk serta membaling cawan dan gelas minuman.

"Pada masa itu, saya banyak menerima serangan pinggan dan piring terbang, tetapi tiada makhluk angkasa lepas terlibat," cerita Azhar sambil berjenaka.

SIKAP, NASIHAT
Jiranjiran begitu hairan dengan sikap ibu Azhar tetapi nasihat mereka tidak dihiraukannya.

"Malangnya lebih kurang 40 tahun dahulu, tiada talian 'hotline' untuk melaporkan kes-kes dera dan tiada siapa cuba menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Sekali, selepas ibu pukul dengan batang penyapu, saya minta tolong di balai polis tapi kakitangan yang bertugas tidak mahu berbuat apaapa. Kata mereka mungkin saya terlampau nakal dan jahat hingga ibu berbuat demikian".

Azhar juga berkata, beliau terpaksa menjalankan tugas membeli barangan di pasar.
"Ibu mahu sayur, ikan atau daging yang paling segar tetapi beliau hanya memberi wang belanja pasar yang sedikit. Kalau saya gagal untuk berbuat seperti semahunya, saya akan dipukul lagi".

RAYU, BELAS IHSAN
Azhar berkata beliau terpaksa merayu peniagapeniaga di pasar untuk harga yang paling murah. "Ramai yang kasihan, dan hanya mengira dengan ala kadar sahaja untuk harga barangan. Ada yang memberikan percuma ikan atau sayuran jualan mereka".

Penyeksaan fizikal berhenti bila Azhar meningkat dewasa. Tetapi satu bentuk penderaan lain pula muncul.

"Masa makan, ibu serta adik lelaki saya akan makan terlebih dahulu dan hanya meninggalkan sisa untuk saya. Bila adik beradik lain pulang ke rumah, perkara yang sama turut berlaku. Saya tidak dibenarkan makan bersama, dan terpaksa menelan air liur sehingga selepas mereka habis makan," kata Azhar.

Walaupun begitu teruk terseksa, Azhar tetap menyayangi ibunya.

Selepas bekerja beberapa tahun, Azhar mengimbas kembali pada satu masa ketika beliau menghadiahkan rantai dan gelang tangan emas untuk ibunya.

"Sedih dan pilu bila beberapa hari kemudiannya saya terdengar ibu memberitahu jiran yang hadiah-hadiah tersebut, semuanya abang saya yang belikan," kata Azhar.
Ibunya meninggal pada 2003 pada umur 70 tahun.

FAKTOR PENYEBAB
Menurut Prof K. Vijay, pakar psikiatri, yang hadir di sesi kaunseling tersebut, keskes seperti yang dialami Azhar jarang berlaku dalam masyarakat.

"Tetapi insiden ibu-ibu yang 'sadis' memukul dan mendera anak kandung mereka adalah satu penyakit mental. Orangorang seperti ini perlu rawatan psikiatri," kata pakar sakit mental itu.

Mengikut Prof Vijay, terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlakunya penderaan seperti yang dialami Azhar.

"Seperti yang diceritakan (Azhar), ibunya berkahwin pada umur 13 tahun, satu umur yang sangat muda. Perkahwinan bapanya untuk kali kedua memburukkan lagi keadaan.

"Tapi kejadian seorang ibu yang hanya memilih seorang anaknya untuk didera adalah satu insiden yang begitu pelik.

"Mungkin bentuk perawakan Azhar mengingatkan ibunya kepada suaminya. Lantaran itu kekecewaan dan dendam terhadap poligami suami dilepaskan ke atas anaknya".
BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 08:47 AM | Show all posts
misery..aku nasihatkan ko pi cari keje... n pindah dok ngn kawan2....dah smpi masanya ko bahagiakan diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2007 04:43 PM | Show all posts
kenapa dah umur 21thn pun parent tak kasi kerja??? duit keta adik sapa yg bayar??
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by Prags at 3-9-2007 08:47 AM
misery..aku nasihatkan ko pi cari keje... n pindah dok ngn kawan2....dah smpi masanya ko bahagiakan diri sendiri..

hah,xpayah nak ngengada...kalau mak dier jatuh sakit.sapa nak jawab?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 06:32 PM | Show all posts
Err..

Aku sebenarnya ada kenal sorang makcik yg lebih kurang macam mak pembuka thread..

Bila aku selidik.. sebenarnya dia lonely nak bersuami lagi.. bila dah tawen lagi.. terus ok.. sekian terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 07:22 PM | Show all posts
Kalau dah ada b/f yg baik suruh dia masuk meminang jelah; pastu pindah ikut h/b.

lama2 gini boleh hilang kewarasan


Originally posted by misery at 12-8-2006 02:39 PM
aku tgh MARAH! aku tgh BENCI! aku tgh SAKIT HATI! aku tgh MKN HATI! tp ape pon, yang aku tau aku mmg tgh BENCI!!!!

mak aku ni GILA! mmg jahat untuk seorang anak ckp mak dia gila. tp kalo mmg b ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 01:39 PM | Show all posts
Macam mane lah hubungan TT dengan mak die sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 06:08 PM | Show all posts
sabarlah dik...jgn kata mak gila x baik....
nanti bila adik ada anak sendiri barulah rasa cabarannya..
cuma jgn buat perangai macam mak adik...tukar lah tajuk tu
teruk sgt bunyinya....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 posted on 25-8-2013 01:39 PM
Macam mane lah hubungan TT dengan mak die sekarang ni?


Nak kata kau baru ingat password, merata-rata ada je postin g kau....
Thread ni dah 7 tahun lah bro....bkn 7 bln....
Aku rasa skrg mak tt tengah berjimba dgn anak-anak tt kat genting....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2013 09:07 PM | Show all posts
thread closed...semak tgk thread lama naik bilk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.095875 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list