CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17067|Reply: 121

HIZBULLAH vs ZIONIS (News) [merged] shaikh

[Copy link]
Post time 6-8-2006 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Hizbullah melancarkan puluhan roket ke arah kem tentera di bukit Golan
Friday, August 04 @ 19:52:41

Hizbullah berkata dalam satu kenyataannya baawa pejuang mujahiddin telah melancarkan puluhan roket pada hari Khamis ke arah dua pengkalan tentera Zionis di Bukit Golan.


Kenyataan tersebut berkata salah satu dari pengkalan tersebut menempatkan pasukan artileri Israel dan salah sebuah yang lain merupakan store kenderaan perisai.

Kenyataan tersebut juga berkata bahawa pejuang mujahiddin telah berjaya mematahkan usaha tentera kafir Zionis untuk memasuki lebih jauh ke dalam Lubnan dan pejuang mujahiddin telah berjaya memusnahkan dua buah lagi kereta kebal tentera Zionis.

"Pasukan armor tentera Zionis cuba mara ke perkampungan Chihine. Para pejuang mujahiddin telah berjaya menghadapi mereka dan berjaya memusnahkan dua buah kereta kebal Merkava. Pertempuran masih berterusan sehingga sekarang," kata kenyataan tersebut yang disiarkan melalui siaran TV al-Manar.

Hizbullah berkata pejuang mujahiddin telah berjaya menghalau kembali tentera Israel yang cuba mara ke bandar Khiam, mengakibatkan kehancuran yang besar bagi pihak mereka.

[ Last edited by  antiQue at 14-8-2006 07:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2006 07:55 PM | Show all posts
Ikhwan Muslimoon bersedia menghantar mujahiddinnya ke Lubnan
Friday, August 04 @ 21:13:12

Pemimpin Ikhwan Muslimoon, Mesir berkata pada hari Khamis 3 Ogos, bahawa mereka telah bersedia untuk menghantar seramai 10,000 pejuang mujahiddinnya ke Lubnan bagi menghadapi tentera Zionis bersama-sama dengan Hizbullah.




揝aya bersedia untuk menghantar serta merta seramai 10,000 pejuang mujahiddin untuk menentang tentera kafir Zionis bersama-sama dengan Hizbullah" kata Mohammed Mehdi Akef.

Walau bagamanapun beliau mengakui bahawa peluang adalah tipis untuk mana-mana pejuang sukarela dari Mesir boleh sampai ke Lubnan.

揔ami mempunyai tenaga yang cukup untuk dihantar tetapi kami masih memerlukan kebenaran dari regim Arab untuk membenarkan pemergian merea atau sekurang-kurangnya mereka memejamkan mata mengenai pemergian mereka," ata Akef.

揕atihan ... ia tidak semudah sebagaimana yang pernah berlaku; satu ketika dulu kami hanya memerlukan masa hanya selama seminggu untuk melatih para pejuang menggunakan senjata."

Israel telah melancarkan serangan darat, udara dan laut ke atas Lubnan berikutan penahanan dua anggotanya oleh pejuang Hizbullah pada 2 Julai lalu.

Walaupun Hizbullah merupakan gerakan syiah, tetapi mereka telah menerima sokongan yang pada dari dunia Arab dalam perjuangan mereka menentang Israel.

Dalam kenyaaan mingguannya pada hari Khamis, Akef juga mengutuk negara-negara Arab kerana gagal menyatakan sokongan mereka terhadap Hizbullah atau mengambil tindakan menghentikan pertumpahan darah di Lubnan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 07:57 PM | Show all posts
Imam Makkah mengutuk keganasan Zionis di Lubnan
Saturday, August 05 @ 21:04:10

揃arangsiapa yang mengutuk kezaliman dan menentang keganasan pasti telah melihat bagaimana kanak-kanak dan anak-anak yatim di kem pelarian dibunuh dan mendengar kepada tangisan para balu yang meratapi nasib yang menimpa mereka," kata Sheikh Abdul Rahman as-Sudais sambil merujuk kepada pengeboman tentera kafir Zionis ke atas Qana yang membunuh wanita dan kanak-kanak.

揔mi menyeru dari platform Masjidil Haram di Makkah agar dihentikan serta-merta peperangan ini," kata Sudais dalam khutbah Jumaatnya di Masjid Haram.

Beliau berkata kempen yang dilakukan oleh negara haram Yahudi terhadap Lubnan dan Palestin telah mendedahkan siapa sebenarnya yang menyokong musuh dan menyesatkan pandangan dunia dengan melaungkan slogan kemanusiaan, keamanan dan demokrasi mereka.

Sudais berkata order baru dunia telah gagal menghalang tindakan barbarisme dan despotisme Israel. "Kita sepatutnya mengetahui bahawa pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan tu ditujukan terus ke atas setiap umat Islam," kata beliau.

Imam Sudais juga bercakap mengenai alasan yang mengatakan bahawa kekejaman, keganasan dan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera kafir Israel sebagai tindakan sah bagi membalas dendam dan mereka yang mengutuk pejuang mujahiddin yang ditindas itu sebagai pengganas.

Beliau berkata bahawa polisi yang doule standard ini tidak akan dapat membantu dalam membawa keamanan dan keselamatan di Timur Tengah dan tndakan tersebut hanya akan meningkatkan lagi kemarahan dan permusuhan di antara negara. Beliau juga berkata pengeboman yang barbarik, pembunuhan dan kemusnahan di Lubnan akan kekal dalam ingatan manusia selama-lamanya.

Dalam khutbahnya, Sheikh Sudais menyeru seluruh dunia agar bangkit menentang keganasan dan kezaliman Israel. Beliau juga memberi ulasan mengenai pendirian tegas Arab Saudi dalam menyokong rakyat Palestin dan Lubnan yang menjadi mangsa keganasan tentera Zionis.

In Madinah, Sheikh Salah Al-Bedair, imam Masjid Nabawiyah menegeskan bahawa Islam dan umat Islam akan tetap kuat walaupun diserang oleh musuh. Beliau mengesa umat Islam di seluruh dunia agar bersatu dan berdiri teguh menghadapi pasukan pengganas yang kejam.

揗asyarakat Islam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 07:58 PM | Show all posts
Nasrallah: Pihak Musuh Terperangkap

Setiausaha Agong Hizbullah Sayed Hassan Nasralah berkata regim Zionis telah terperangkap dalam pertempuran darat dan tentera Zionis kini melarkan diri dari medan pertempuran.




Dalam ucapannya yang disiarkan melalui TV al-Manar, Nasrallah berkata walaupun tentera Israel telah dilengkapi dengan segala jenis senjata yang canggih, pejuang mujahiddin telah berjaya memerangkap mereka. Pejuang mujahiddin berjaya memusnakan kenderaan armor dan kereta kebal tentera Israel, yang merupakan senjata yang paling canggih dalam dunia, tambah beliau.   

Beliau berkata walaupun mengalami kemusnahan dan kerosakan yang besar, tentera Zionis masih meneruskan dengan kempen memberi maklumat palsu dan mereka-rekakan cerita.

Beliau mendedahkan bahawa tentera Zionis meneruskan perang saikologi. Pertama, merea mendakwa bahawa mereka telah berjaya menakluki wilayah Bint Jbail berhampiran sempadan Tetapi penipuan ini telah segera didedahkan. Dakwaan terbaru tentera Zionis mengatakan mereka erjaya menakluki wilayah, yang tidak pernah wujud, jelas Nasrallah.

Beliau menambah bahawa pertempuran pejuang mujahiddin dengan tentera Dajal Zionis yang dibantu oleh tentera udara Israel adalah sengit.

Nasrallah berkata serangan misile Hizbullah berlaku sebagai membalas serangan udara Zionis dan jika mereka menghentikan serangan udara, Hizbullah akan menghentikan serangan misilenya.

Beliau mengugut bahawa jika regim Zionis elancarkan serangan udara ke atas Beirut, Hizbullah juga akan menjadikan Tel Aviv sasaran serangan misile.

Nasrallah berkata baawa regim Zionis mendawa bahawa mereka telah menyerang hospital Dar ul-Hekmah untuk mendapatkan data yang berharga, tetapi mereka hanya menculik 5 orang awam Lubnan.

Beliau juga menyalahkan Bush di atas peperangan yang berlaku dan menambah bahawa Bush telah mempengruhi pemimpin regim Zionis, Ehud Olmert.

Nasrallah menegaskan bahawa walau apa sekalipun yang berlaku akibat daripada peperangan ini, kesemua rakyat Lubnan dan orang-orang Arab tidak akan menjadi sebaagian dari Timur Tengah Baru yang ditaja oleh Bush.

Beliau juga menyeru pemimpin umat Islam dan Arab membuktikan persaudaraan mereka dengan rakyat Lubnan. Beliau berkata bahawa dalam Timur Tengah Baru tidak akan ada tempat untuk pemimpin tersebut.

Beliau juga menghormati dan menyanjung anggota keluar rakyat Lubnan yang syahid dan juga pejuang-pejuang mujahiddin dan para pelarian.

Bagi menyambut mesej yang disampaikan leh Nasrallah melalui TV, rakyat Lubnan telah keluar beramai-ramai ke jalan raya di Beirut bagi meraikannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 08:00 PM | Show all posts
100 ribu mujahiddin bersedia untuk diarah oleh Hizbullah

Sumber yang tidak mahu dikenali memberitahu FNA bahawa walaupun Hizbullah menghadapi berbagai kesulitan, mereka telah menyenaraikan dan menambah organisasinya.


Beliau berkata lebih dari 950 ribu individu telah mendaftar untuk menyertai tenteranya, di mana Hizbullah sendiri kini telah berjaya menarik seramai 100 ribu anggota, dan menambah dari jumlah tersebut hanya seramai 40 rang sahaja yang telah terkorban syahid dalam pertempuran selama tiga minggu itu.

Sumber tersebut juga mengingatkan bahawa sebahagian dari anggota tentera Hizbullah dan mereka yang mendaftar secara sukarela untuk operasi mencari syahid kini telah bersedia untuk melancarkan misi mereka jauh ke dalam bumi musuh.

Beliau juga menambah bahawa seramai empat juta rakyat Lubnan kini menyokong Hizbullah dan perjuangannya. Beliau berkata bahawa 55% dari penduduk Lubnan adalah terdiri dari golongan Syiah.

Beliau berkata para pemuda yang berjuang adalah terdiri dari para pemuda yang dididik di pusat pendidikan Hizbullah, "dan ini bermakna Hizbullah melaksanakan banyak tugas-tugas sosial di Lubnan."  

Beliau juga mengatakan bahawa Hizbullah telah berjaya mencapai pengalaman yang amat berharga mengenai cara untuk menjalankan formasi dan organisasinya, kerana itu mereka mempunyai kumpulan pemimpin pelapis yang ramai.

"Oleh itu, tentera Israel telah melakukan kesilapan yang besar dengan memikirkan bahawa mereka dapat mengalahkan Hizbullah dengan mudah jika mereka dapat membunuh Sayed Hassan Nasrallah," kata sumber itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 08:02 PM | Show all posts
Kereta kebal Israel yang dibanggakan lemah kepada misile Hizbullah

Misile anti kereta kebal Hizbullah yang canggih mungkin merupakan senjata mujahiddin yang paling berkesan dalam peperangan di Lubnan dengan keupayaannya yang dapat menembusi kereta kebal Israel yang paling canggih.  


Pakar berkata bahawa ini merupakan salah satu bukti bahawa tentera kafir Israel sedang berhadapan denga tentera mujahiddin yang mempunyai kelengkapan penuh dalam peperangan ini.

Merkava

Hizbullah telah melancarkan misile anti kereta kebal Metis-M buatan Rusia dan misile Milan buatan Eropah, mujahiddin mengeesahkan pada hari Jumaat.

Dalam masa dua hari terakhir sahaja, misile ini telah membunuh tujuh anggota tentera kafir Zionis dan memusnahkan kereta kebal Merkava buatan Israel - yang dikatakan sebagai gunung besi yang menjadi kebanggaan dan menjadi simbol kekuatan tentera kafir Israel. Media Israel berkata kebanyakan dari 44 orang anggota tentera Israel yang terbunuh dalam pertempuran selama empat minggu adalah akibat dari terkena tembakan misile anti kereta kebal.

Pejuang mujahiddin Hizbullah memiliki beberapa misile anti kereta kebal yang paling canggih di dunia, kata Yossi Kuperwasser, pegawai kanan perisikan tentera yang telah bersara baru-baru ini.  

Ini bukan militia tetapi ia adalah brigade infantri dengan segala unit sokongan, kata Kuperwasser.

Israel mendakwa bahawa Hizbullah mendapat hampir kesemua senjatanya dari Syria dan Iran, termasuk misile anti kereta kebalnya.

Kerana itulah menghentikan rangkaian bekalan mereka adalah penting - dan kenapa memerangi Hizbullah selepas mereka meghabiskan masa selama enam tahun membangunkan arsenalnya menyakitkan Israel, kata pegawai.

Kereta kebal Merkava Israel boleh membawa jumlah peluru yang banyak dan ia dikatakan sebagai kubu dijalanan. Ia dibina untuk menyelamatkan anggotanya, demikian menurut Globalsecurity.org, sebuah petubuhan ahli fikir tentera yang berpusat di Washington.

Hizbullah meraikan setiap kali kereta kebal tersebut berjaya dimusnahkan.

Pasukan armor Israle berusaha untuk mara ke arah kampung Chihine. Para pejuang mujahiddin telah menghalang mereka dan berjaya memusnahkan dua buah kereta kebal Merkava, pejuang mujahiddin melaporkan melalui televisyen pada hari Khamis.

Tentera Israel mengesahkan dua serangan ke atas kereta kebal Merkava pada hari tersebut - salah sebuah membunuh tiga anggota tentera kafir dan sebuah lagi membunuh seorang. Ketiga-tiga tentera yang terbunuh itu telah dibunuh menggunakan misile anti kereta kebal, kata tentera.

Mereka tidak menyebut samada misile tersebut berjaya memusnahkan kereta kebal tersebut atau tidak.

Pejuang mujahiddin Hizbullah mempunyai peralatan senjata yang lengkap sebagaimana tentera Syria dan Iran, kata Eran Lerman, bekas kolonel yang bersara dan kini menjadi pengarah pejabat Israel/Timur Tengah untuk Jawatankuasa Yahudi Amerika.  

RPG29

Selain misile anti kereta kebal, Hizbullah juga terkenal kerana memiliki rocket-propelled grenade yang berkuasa tinggi seperti RPG29. Senjata ini juga telah diseludut dari Syria, kata pegawai keselamatan Israel, dan sebelum ini digunakan oleh pejuang mujahiddin Palestin di Gaza bertujuan memusnahkan kereta kebal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2006 08:04 PM | Show all posts
12 tentera Israel terbunuh dalam serangan roket Hizbullah
Sunday, August 06 @ 18:32:03

Sekurang-kurangnya 12 anggota tentera kafir Zionis terbunuh, tengahari hari Ahad akibat terkena serangan roket mujahiddin Hizbullah di komuniti Kfar Giladi, utara Israel. Sekurang-kurangnya sembilan yang lain cedera.




Saksi berkata serangan bertalu-talu roket Hizbullah berlaku selama sekurang-kurang lima belas minit.

Ambulan Magen David Adom telah berkejar ke beberapa kawasan termasuk Kiryat Shmona dan Acre.

Menurut akhbar Haaretz, tiga roket Katyusha telah jatuh di kawasan lapang berhampiran Ma'alot, dua di Safed, dua di kawasan lapang berhampiran Acre dan sebuah di Bukit Gola.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2006 08:06 PM | Show all posts
'Pemimpin Hizboulah tidak menipu'
Sunday, August 06 @ 19:15:29

Penduduk Israel kini berada dalam ketakutan selepas menyedari Hizbullah amat sukar untuk dihancurkan.


Penduduk di Tel Aviv mengakui mereka kini dalam keadaa berjaga-jaga setiap kali Hassan Nasrallah membuat kenyataan kerana setiap kali pemimpin Hizbullah itu berucap, bunyi siren dipasang memberi isyarat kepada penduduk Israel melarikan diri menuju ke tempat perlindungan kerana mereka menjangka peluru Katyusha akan menuju ke arah mereka tidak lama lagi.

"Kesemua langkah berjaga-jaga ini bermakna rakyat Israel kini berada dalam keadaan takut dan panik," kata Ehod, 35 dari Tel Aviv.

"Kami memandang serius setiap kata-kata Nasrallah, dan semua ini menyebabkan kami keletihan. Saa berharap beliau tidak bercakap benar kali ini," tambah beliau.

Kini, Datuk Bandar Tel Aviv telah meminta pertahanan awam Israel agar membuka tempat perlindungan dan meletakkan ambulan dalam keadaan berjaga-jaga.

"Isunya bukanlah tidak mempercayai Hizbullah, atau tidak.

"Kami tidak percaya kepada tentera Israel untuk menyelamatkan kami dan kami hanya bergantung kepada diri sendiri. Kami percaya setiap kemungkinan akanberlaku akibat dari peperangan ini. Sehingga sekarang kami telah melihat banyak kejutan," kata Datuk Bandar Ron Kholdea.

Samedar Shilone dari Yadout Ahranout berkata bahawa dilema sebenar dalam peperangan ini dan dalam usaha Israel menahan personaliti Hassan Nasrallah, kerana beliau adalah satu-satunya pemimpin Arab yang sangat popular, walaupun dikalangan rakyat Israel. Saya telah berbincang dengan pakar saikologi, ahli politik pakar dan para wartawan dan kami berusaha mencari kesalahan dan kelemahan dari lelaki ini tetapi kami gagal."

"Kami cuba mencari satu sebab untuk membolehkan kami gunakan untuk melemah dan mengecilkannya, tetapi gagal," katanya.

"Saddam memiliki bilik mandi yang dibuat dari emas yang boleh kami gunakan, ia melucukan. Tetapi Nasrallah tidak melucukan, dan ucapannya amat tenang, beliau terurus dan tidak pernah menipu. Bagaimana kami boleh mempersendakannya?"

Amos Malka, bekas perisik tentera yang mengetuai tentera Israel berkata, "Kami telah mengkuti Nasrallah sejak dari awal lagi, kami mengumpul semua maklumat mengenai beliau, samada besar atau kecil dan kami boleh katakan bahawa beliau berjaya mewujudkan aura di sekeliling beliau. Beliau amat jujur dan itulah yang merunsingkan kami di Israel. Beliau juga memalukan rakyat Israel apabila beliau mendedahkan fakta yang tida kami isytiharkan, yang menyebabkan kami kelihatan sebagai penipu. Kerana itulah kenapa tentera pemimpin tentera Israel mahu menghapuskan beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2006 03:43 AM | Show all posts
170 ulama menyokong perjuangan Hizbullah

Lebih dari 170 ulama dari berbagai-bagai negara Arab dan dunia Islam telah menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan mujahiddin Hizbullah dan menganggap perjuangan mereka adalah Jihad bagi menentang kezaliman pengganas Israel ke atas orang awam di Lubnan.




Mereka menyeru seluruh negara Arab dan Islam agar memboikot negara Yahudi itu samada dari segi ekonomi atau politik dan hentikanlah dari menimpikan keamanan yang mereka tawarkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluaran, para ulama mengesa seluruh negara Arab dan Islam, angkatan politik dan dunia bebas agar mendesak Israel menghentikan serangan ganas dan pembunuhan mereka dengan segera.

Dalam satu kenyataan yang bertajuk, 'Seruan Dari Ulama Ummah', mereka menyatakan sokongan mereka ke atas rakyat Palestin dan Lubnan dalam perjuangan mereka menentang penjajah Israel.

"Menentang mereka adalah wajib ke atas seluruh umat Islam sebagaimana ang disebutkan dalam Syariah Islam dan umat Islam wajib menyokong rakyat dua buah negara itu dalam mempertahankan Islam dan Ummah. Mereka juga menyeru seluruh dunia Islam agar berpihak kepada rakyat Palestin dan Lubnan dan juga memberikan kepada mereka sokongan moral dan material.

Mereka juga mengesa esemua kerajaan Arab dan Islam berpegang kepada hukum yang ditetapkan oleh Islam yang melarang mengadakan apa-apa hubungan stau persepakatan dengan Zonis. Mereka juga menegaskan bahawa satu-satu cara untuk menghentikan jenayah musuh hanyalah melalui Jihad.

Mereka menegaskan lagi bahawa dengan berpegang kepada hukum yang ditetapkan oleh Allah sahajalah yang mampu menghentikan kezaliman Amerika dan Yahudi.  

"Jika tidak kita tidak akan berjaya dalam perjuangan kita dan kerajaan akan mengalami kehilangan yang lebih besar lagi."

Mereka juga menyeru orang-orang Yahudi yang lebih tua dan rakyat Amerika yang bebas agar menghentikan tindakan mereka memusnahkan dunia ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 06:29 AM | Show all posts
Disiplin Latihan, Tektik, dan Senjata Hizbullah kejutkan Israel

JERUSALEM, 6 Ogos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2006 06:30 AM | Show all posts
Penilaian 24 hari penaklukan Zionis ke atas Lubnan

Pemerhatian tentang kejadian perang dan assesment status politik, sosial dan ekonomi Lubnan dan Israel dan juga perkembangan antarabangsa semasa 24 hari yang lalu telah membuktikan satu fakta yang penting, iaitu kemenangan perjuangan Islam semakin hampir.






Satu lagi perkembangan yang penting dalam masa beberapa minggu yang lalu termasuk perubahan polisi oleh regim Zionis dan sekutunya (iaitu AS dan negara-negara EU). Disaat mereka berpura-pura akan dapat menguasai selatan Lubnan tidak lama lagi dan menegaskan bahawa mereka tidak akan mengakhiri konflit sebelum syarat-syarat mereka dipertimbangkan dan dipenuhi oleh Hizbullah, mereka kni telah menyera kebanyakan dari objektif mereka dan ini adalah satu lagi bukti yang menyokong bahawa Hizbullah bakal mencapai kemenangan.

Ulasan mengenai 24 hari yang lalu mengambarkan dengan sebaik-baiknya superioriti Hizbullah ke atas Israel dari pandangan militeri, di bidang perang saikologi dan dari sudut pencapaian nasional, regional dan internasional.

A) Pencapaian di medan pertempuran:

Merujuk kepada aspek ketenteraan, regim Zionis baru sahaja mengebom Lubnan dan melaksanakan beberapa operasi serangan darat, tetapi sebagai balasannya mereka bukan sahaja dikutuk malah menghadapi kemusnahan dan kehilangan seperti berikut:

- Kemusnahan 47 buah kereta kebal Merkava
- 2 buah helikopter terhempas  
- Kemusnahan 6 buah bulldozer
- Kemsnahan 2 buah kapal perang Saer
- Terhempas 2 buah pesawat pejuang  
- Kemusnahan 12 kenderaan tentera dan kereta perisai
- Terhempas pesawat perisik dan 2 buah belon perisik
- Terbunuh seramai 226 tentera Israel
- Cedera seramai 491 tentera Israel
- Terbunuh seramai 57 Zionis
- Cedera seramai 404 Zionist

Berikutan 5311 jenis penerbangan dan pengeboman sebanyak 3 kali ke atas sasaran Lubnan, tentera Israel masih tidak berjaya memusnahkan keupayaan pertahanan Hizbullah dan sistem pelancar misilenya. Sebaliknya, Israel mengalami peningkatan jumlah dan jarak roket Hizbullah dalam masa 48 jam yang lalu.

Sementara itu, Hizbullah,  yang kekurangan tentera klasik dan peralatan ketenteraan yang canggih dalam berhadapan dengan tentera keenam terbesar didunia, telah melancarkan 3465 roket ke arah Israel yang bukan sahaja menyebabkan ketidakselamatan dari segi saikologi kepada Zionis, tetapi juga membawa superioriti kepada kumpulan Syiah Islam yang bukan sahaja dimusuhi oleh kuasa kafir tetapi juga oleh sesetengah negara umat Islam liberal dan kini Hizbullah telah mengambil inisiatif dalam pertempuran darat.  

Dalam masa 24 jam terakhir ini, Israel telah mensyahidkan seramai 43 orang mujahiddin Hizbullah dan mencederakan 41 orang yang lain. Mereka juga telah mensyahidkan seramai 967 orang awam Lubnan dan mencederakan seramai 3293 yang lain.

B) Faktor Sosial

Walaupun langkah-langka keselamatan yang ketat dan penapisan media yang ketat oleh kerajaan Israel, pendapat umum telah menyuarakan tekanan yang hebat ke atas pentadbiran Olmert agar menghentikan peperangan tersebut dan menerima gencatan senjata.  

Pemindahan seramai 2 juta orang yang kini terpaksa tinggal dalam kawasan perlindungan telah menyebabkan perang saikologi ke atas kerajaan Israel yang kini berdepan dengan lebih dari 20 demonstrasi anti perang. Penaklukan Israel ke atas Lubnan telah membalikkan trend immigrasi ke Palestin yang dijajah di mana kini lebih dari 200 ribu orang sehari telah mendesak untuk meninggalkan bumi Palestin yang dijajah, dengan harapan untuk mencari tempat tinggal yang lain selain Israel.

Sebaliknya, walaupun regim Zionis meningkatkan pengeboman ke atas Lubnan (yang kini berjumlah kepada satu setenga kali ganda lebih dari pengeboman yang ilakukan oleh AS ke atas Vietnam), Israel masih tidak berjaya menanam benih perpecahan dikalangan penduduk di Lubnan yang terdiri dari berbagai-bagai kaum, agama dan politik. Kini, bkan sahaja orang-orang Syiah yang menyokong Hizbullah dan kepimpinannya, tetapi termasuk juga dari kalangan Druze dan Kristian juga memberi sokongan padu kepada Sayed Hassan Nasrallah dan pengikutnya. Dan yang nyatanya ialah penaklukan Israel ke atas Lubnan telah memprovokkan kesemua penganut agama samawi di Lbnan untuk bersatu menentang keganasan Zionisme dan pelan Timur Tengah baru yang digariskan oleh Amerika Syarikat.

C) Faktor Politikal

Berbeza dengan apa yang dianggarkan oleh Israel, penaklukan Lubnan telah meningkatkan solidariti politik di kalangan rakyat Lubnan di mana mereka yang selama ini berbeza dari segi sayap dan politik telah melupakan perbezaan mereka selama ini dan memberi sokongan kepada Hizbullah.

Ucapan yang diucapkan oleh Perdana Menteri Lubnan ddan Valid Jonbalat dalam masa dua minggu yang lalu telah membuktikan apa yang disebutkan di atas.

Semua ini berlaku semasa Israel sendiri sedang menyaksikan jurang yang besar di kalangan parti politik dan sayap mereka. Oleh itu, mereka kini sedang berhadapan dengan musuh seperti Hizbullah di luar dan perpecahan di kalangan mereka sendiri.

D) Faktoe Ekonomi

Regim Zionis telah mengalami kemusnahan yang besar semenjak mula penaklukan Lubnan. Anggaran kasar menunjukkan bahawa ekonomi Israel telah mengalami kemerosotan sebanyak $20 billion hasil dari peperangan mereka dengan Hizbullah. Industri pelancungan Zionis telah menjadi kawasan yang tidak mahu dilawati lagi, pasaran tukaran saham mereka mengalami kejatuhan yang mendadak, industri dan pusat dagangannya dan juga pelabuhan telah ditutup dan sebagai hasilnya ekonomi Israel sedang menuju ke arah kelumpuhan.

E) Pandangan Antarabangsa

Pada pandangan antarabangsa, Israel adalah entiti yang paling dibenci di dunia ini termasuk juga amerika dan Britain kerana sokongan berterusan mereka terhadap regim Israel. Sebagai sekutu strategik regim Zionis, AS dan Britain kini sedang beradapan denga kemarah dan kebencian dunia, terutamanya dari kalangan dunia Islam. Ini telah menyebabkan AS mengurangkan penglibatan terus mereka dalam peperangan ini.

Pegawai Israel telah mengisytiharkan bahawa mereka telah memasuki peperangan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan dan matlamat strategik Amerika,manakala Washington mengelak dari menyelamatkan Israel melalui intervention ketenteraan.

Semua ini ketika seluruh dunia menganjurkan lebih dari 300 demonstrasi dan kongregasi bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap Hizbullah dan perjuangan mereka dan mereka memuji perjuangan gerakan revolusi Islam ini dan kepimpinannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:41 AM | Show all posts
Pertempuran berterusan di selatan Lubnan manakala Hizbullah melancarkan misile

Tentera darat Israel tela mara jauh ke dalam Lubnan pada hari Rabu, manakala tembakan hebat berterusan di antara pejuang mujahiddin Hizbullah dengan tentera kafir Israel di dalam dan sekitar Aita as-Shaab dan Bint Jbail di selatan Lubnan.


Sumber Hizbullah melaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat anggota tentera Israel telah terbunuh dalam pertempuran tersebut, demikian menurut Reuters.

Tentera udara Israel menyerang lebih dari 120 sasaran di Lubnan pada siang hari, dan mereka menyerang infrastruktur, termasuk jalan, jambatan di sungai Litani.

Sebelum itu, Israel telah membunuh satu keluarga yang terdiri dari seorang wanita dan lima orang anaknya di Mashghara, selatan Lubnan.

Juga pada hari Rabu, Hizbullah telah melancarkan roket 302mm, Khaibar1 buatan Syria ke arah bandar Haifa. Empat lagi roket jarak jauh dan termasuk 100 roket Katyusha telah dilancarkan ke bandar di utara Israel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:42 AM | Show all posts
Nasrallah: Kami akan jadikan Lubnan tanah perkuburan IDF

Pemimpin Hizbullah berkata serangan Israel tidak pernah melemahkan keupayaan Hizbullah, mengesa penduduk Israel keturunan Arab agar meninggalkan Haifa bagi mengelak dari mendapat cedera oleh serangan roket. Nasrallah berkata draft resolusi PBB memberi Israel lebih dari apa yang mereka cari.
[News Agencies]




Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata pada hari Rabu bahawa serangan Israel tidak pernah melemahkan keupayaan roket Hizbullah dan para pejuang mujahiddin akan menjadikan selatan Lubnan sebagai tanah perkuburan tentera Israel.

Dalam ucapan yang disiarkan melalui TV, Nasrallah mengesa penduduk Haifa berketurunan Arab agar meninggalkan bandar tersebut  bagi mengelak dari dicederakan oleh roket Hizbullah.

Nasrallah juga berkata pada hari Rabu bahawa pelan draft gencatan senjata AS-Peranchis tidak adil dan berat sebelah. Dalam komen pertamanya semenjak draft resolusi PBB didedahkan pada hari Ahad, pemimpin mujahiddin itu menolak draft resolusi PBB itu.

Dalam perubahan pertama kedudukan Hizbullah, Nasrallah berkata bahawa Hizbullah berdiri teguh di belakang rancangan kerajaan Lubnan yang mahu meletakkan seramai 15,000 tenteranya di selatan Lubnan sebaik sahaja gencatan senjata dicapai dan Israel mengundurkan tenteranya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:44 AM | Show all posts
Israel meningkatkan serangan darat, hilang 11 anggotanya

Kabinet keselamatan Israel telah meluluskan peningkatan serangan darat ke atas Lubnan, membenarkan anggotanya mara ke arah sungai Litani, lebih kurang 30 kilometer dari sempadan Israel Lubnan, demikian menurut laporan Haaretz pada hari Rabu.




Kabinet juga memberi kuasa kepada Perdana Menteri Ehud Olmert laknatullah dan Menteri Pertahanan Amir Peretz laknatullah menetapkan kawasan yang akan diperluaskan dan perluasan kawasan seragan ini tidak perlu dilaksanakan dengan segera.

Semasa mesyuarat kabinet berhenti rehat, Olmert telah menelefon Setiausaha Negara Amerika, Condoleeza Rice laknatullah bagi memberitahu beliau mengenai perkembangan yang berlaku.

Sementara itu, Menteri Industri dan Perdagangan Yishai laknatullah berkata selepas keputusan dibuat cadangan untuk memperluaskan kawasan serangan di Lubnan dijangka memakan masa selama 30 hari. "Assesmentnya ialah, ia akan memakan masa selama 30 hari. Saya rasa adalah salah untuk membuat assesment tersebut. Saya rasa ia akan memakan masa yang lebih lama lagi," katanya.

Semua itu berlaku semasa laporan media di TV Arab mengatakan bahawa Israel telah kehilangan sekurang-kurangnya 11 anggota tenteranya dalam pertempuran dengan Hizbullah di selatan Lubnan. Tentera Israel mengesahkan kehilangan anggota tenteranya di medan pertempuran di Aita as-Shaab dan Dabal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:46 AM | Show all posts
Pejuang mujahiddin memusnahkan 14 buah kereta kebal Israel

Konfrontasi berterusan di sempadan di antara pejuang pejuang mujahiddin dan tentera kafir Israel sejak awal pagi Khamis. Pertempuran tertumpu di kawasan sekitar bandar Khiam di mana pejuang mujahiddin mengumumkan bahawa pejuangnya berjaya memusnahkan 14 buah kereta kebal Israel.




Tentera Israel mengakui seorang anggotanya terbunuh dan empat yang lain cedera. Sumber media Arab dan antarabangsa berkata armor tentera Israel telah berundur akibat serangan bertalu-talu oleh pejuang mujahiddin, selepas mereka mara beberapa meter berhampiran Khiam di mana banyak dari kereta kebalnya telah musnah. Kini mereka melepaskan tembakan artileri ke arah wilayah Khiam dari penempatan Metula.

Agensi berita Kebangsaan Lubnan berkata pertembungan sengit masih berterusan sejak awal pagi di Tall Dibbin di pinggir Marje'youn dan menambah bahawa banyak kenderaan tentera kafir Israel telah dilihat terbakar di kawasan tersebut. Sumber Israel mengesahkan pejuang mujahiddin telah mensasarkan dan memusnahkan 13 buah kereta kebal di Marje'youn, Aynata dan Khiam.



15 tentera Israel telah terbunuh dalam pertempuran semalam. 38 yang lain mengalami kecederaan di mana 9 orang mengalami cedera parah. Israel berkata sejak mula peperangan, seramai 82 anggota mereka telah terbunuh dan 276 yang lain cedera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:47 AM | Show all posts
15 tentera simpanan Israel terbunuh dalam pertempuran di Lubnan

Seluruh negara meratap: 15 anggota tentera simpanan telah terbunuh pada hari Rabu dalam empat kejadian berasingan di selatan Lubnan. Anggota keluarga tentera simpanan itu telah diberitahu manakala 34 yang lain mengalami kecederaan dan tujuh dari mereka mengalami kecederaan yang teruk.







Nama lima dari mereka yang terbunuh telah dikeluarkan untuk disiarkan pada pagi hari Khamis:

Captain Lior Shmoukher, 30, dari Beit Nehamia

Captain Gilad Stukelman, 26, dari Timrat

Sergeant Major Igor Koblik, 26, dari Nazareth IIlit

Sergeant Major David Shmidov, 25, dari Jerusalem

Sergeant Major Noam Goldman, 27, dari Tel Aviv

  

Pada jam 8.00 pagi, seorang tentera simpanan telah terbunuh akibat terkena tembakan rakan sendiri di sektor Timur. Tiga jam kemudian, satu misile anti kereta kebal telah dtembak ke arah kereta kebal IDF, membunuh empat anggota di dalamnya. Yang paling ramai terbunuh pada tengahari hari tersebut dimana sebuah misile ditembak ke ara sebuah bangunan tempat anggota tentera kafir berada menyebabkan bangunan tersebut runtuh dan sembilan anggota tentera simpanan terbunuh.  



Pada waktu petang, seorang anggota simpanan terbunuh akibat terkena tembakan mortar.



Di sepanjang hari, helikopter IDF memindahka mereka yang cedera ke hospital d seluruh utara Israel: Rambam di Haifa, Ziv di Safed dan hospital Nahariya.



Berita penuh



8 pagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2006 06:48 AM | Show all posts
Nasrallah, wira baru dunia Islam

Dunia Islam mempunyai wira baru. Dalam negara umat Islam dari Maghribi ke Indonesia, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dianggap sebagai wira yang sanggup berhadapan dengan Israel yang dikatakan paling berkuasa - dan sedang menang.


Walaupun di London, beberapa penunjuk perasaan yang mendesak diadakan gencatan senjata di Lubnan telah membawa potrait wira yang berkarisma itu yang menawan dua tentera Israel pada 12 Julai lalu.

Nasrallah mungkin tidak menjangkakan tindakbalas yang dilakukan oleh anggota kumpulannya, tetapi dalam bulan semenjak Perdana Menteri Ehud Olmert mengarahkan angkata udaranya menyerang Lubnan, Hizbullah telah menghujani Israel dengan beratus-ratus roketnya.

Beberapa pemuda yang menyertai demonstrasi di London juga menjeritkan slogan yang mendesak Nasrallah mensasarkan misilenya ke Tel Aviv, dan gema tersebut telah tersebar ke seluruh dunia umat Islam.

Di Maghribi, mereka melaungkan slogan "Kami menyintai Nasrallah, musnahkan Tel Aviv! di Casablanca pada hari Ahad, dan juga "Kami semua adalah Hizbullah, Kami semua adalah Nasrallah!" dan "Allah! berikan kemenangan kepada Hizbullah!"

Di sepanyol, di mana setengah juta umat Islam dari 44 juta penduduk negara tersebut di anggap sebagai moderate, sokongan terhadap Nasrallah adalah kuat di negara tersebut.

Nasrallah "berjuang untuk membebaskan negaranya" demikian menurut Riay Tatary dari Kesatuan Masyarakat Muslim di Sepanyol menyuarakan sokongannya terhadap pejuangan mujahiddin di Lubnan".

Penunjuk perasaan di ibu negara Austria, yang mempunyai seramai 400,000 umat Islam melaungkan slogan "Nasrallah, tolonglah bom Tel Aviv!" dalam tunjuk perasaan mereka pada hari Sabtu.

Hatta dalam negara yang menjadi sekutu utama Amerika, Jordan yang menandatangani perjanjian damai dengan negara haram Israel, para penunjuk perasaannya membawa gambar pemimpin Hizbullah dan melaungkan kejayaan Hizbullah.

Ratusan ribu umat Islam di Baghdad pada hari Jumaat melaungkan slogan "Mampus Israel!" dalam satu demonstrasi besar-besaran menyokong Hizbullah.

Ia merupakan sokongan asing yang paling besar terhadap pejuang mujahiddin di Lubnan semenjak Israel melancarkan serangannya ke atas negara umat Islam itu.

Di Pakistan, Nasrallah mungkin kurang terkenal, tetapi potrait besar lelaki berserban hitam menunjukkan meningkatnya perasaan anti Israel yang ditunjukkan oleh para penunjuk perasaan dikawasan minoriti penduduk syiah. Beliau juga telah menarik sokongan golongan Sunni di Pakistan.

Penduduk Afghanistan kebanyakannya terdiri dari golongan Sunni, tetapi sokongan kepada Hizbullah semakin meningkat. Di sini juga tentera Barat disalahkan akibat pembunuhan beramai-ramai orang awam oleh tentera bersekutu yang dipimpin oleh Israel dan AS yang menumbangkan kerajaan Taliban dalam tahun 2001.

"Hizbullah dikatakan sebagai kumpulan pengganas oleh tentera bersekutu dan kami rela menjadi pengganas," demikian menurut penunjuk perasaan.

Di Indonesia, negara umat Islam paling popular, kedudukan Nasrallah semakin meningkat bersama-sama dengan semangat anti Israel.

Bangladesh telah menamakan sebuah jambatan sempena nama Hizbullah dan ia telah dirasmikan oleh menteri komunikasi negara tersebut.

"Saya menamakan jambatan ini Hizbullah kerana perasaan cnta kami kepada kumpulan pejuang di Lbnan itu," kata Ahmed Salahuddin.

"Hizbullah merupakan satu-satunya kumpulan yang berjuang menentang Israel dan jambatan ini dinamakan Hizbullah bagi menandakan rasa hormat kami kepada perjuangan mereka," kata beliau.

Sokongan ke atas Hizbullah juga begitu kuat dibeberapa kawasan di Israel sendiri sebagaimana sokongan di Lubnan, Syria dan Iran.

Antara perkara yang dijual di lorong kecil di imur Jerusalem ialah pita kaset dan CD lagu yang memuji Hizbullah dan Nasrallah.

Nasrallah, 45, adalah seorang orator yang berpengalaman dengan sikap yang suka bergurau dikalangan pejuang Islam di Timur Tengah.

Beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Agong Hizbullah pada tahun 1992 selepas Israel membunuh Abbas al-Musawi, isterinya dan anaknya yang berusia tiga tahun dalam satu serangan udara.

Penjual Arab di Jerusalem sering berbincang mengenai perkembangan terbaru di Lubnan dan Israel.

"Saya amat gembira melihat tentera Israel jatuh seperti lalat," kata Jabra Nazmi, 25, yang memiliki kedai menjual pakaian. "Bunuh pejuang Hizbullah? Mereka akan dianugerahkan Syurga sebagai seorang syuhada."

Khaled Tamimi, 42 tahun seorang pengusaha kedai butik berkata "orang ramai sanjung Nasrallah sebagaimana mereka menyanjung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein. Hanya beliau seorang yang sanggup berhadapan dengan tentera penjajah Israel."

Beliau menjelaskan bahawa rakyat Palestin merasa begitu kecewa dengan sikap pemimpin umat Islam yang lain dan mereka menganggap orang yang sanggup menentang Israel dan Amerika adalah wira umat Islam.

"Israel dianggap sebagai kuasa tentera terbesar di Timur Tengah, dan Hassan Nasrallah telah mengheret ereka ke dalam lumpur," tambah Jawad as-Risheq, 54.

Menurut Tamimi, pemimpin Arab seperti Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan dua Abdullah, Raja Jordan dan Arab Saudi bersubahat dengan Israel.

"Yang pastinya Nasrallah adalah wira," kata beliau, "terutamanya apabila anda membandingkan beliau dengan pengkhianat seperti Mubarak."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:53 AM | Show all posts
Israel sedang kalah perang dunia III

Tidak pernah berlaku peperangan seperti ini sebelum ini. Sebab itulah kami sedang kalah dalam peperangan ini. Kami tidak tahu bagaimana untuk berperang. Sekurang-kurangnya tidak sekarang. Dari mula lagi, seluruh dunia sedang menyaksinya, dan untuk sebab yang penting. Ini adalah permulaan bagi perang dunia III. Dan sebagaimana di Iraq, peperangan tidak berlaku sebagaimana yang diingini oleh Barat.


Apa yang berlaku sekarang seakan-akan selari dengan perang dunia yang lalu, yang pasti, dalam ruangan kartun di akhbar dan seluruh dunia yang bencikan Israel melihat Israel sebagai Nazi Yahudi.

Di Iraq dan di Lubnan kami dapat melihat satu kebangkitan yang amat merbahaya, iaitu Islam dan terutamanya di Iran yang menanggap peperangan ini sebagai satu Jihad.  

Apa yang daat kita ohat dari perang dnia kedua iala pihak Jerman dan Jepun sentiasa mendahului tentera bersekutu dari segi tektik yang mereka laksanakan. Mereka lebih bijak, lebih kreatif lebih inovatif dan lebih motivate.

Mereka memerangkap Eropah yang berada dalam keadaan lalai, melakukan serangan ke atas Pearl Habour, Menara Berkembar pada era itu, menyerang Amerika di tempat yang paling lemah dan tidak bersedia.

Tentera Bersekutu telah kalah teruk selama beberapa tahun sehingga mereka dapat mengubah kembali strategi mereka.

Yang pastinya, terdapat mereka yang berada di Israel dan dalam dunia Yahudi yang amatt gembira oleh kesilapan yang mereka lakukan. Terdapat brigade 'Saya Dah Kata' di sudut kanan, yang tidak akan melepaskan peluang untuk mengsytiharkan bahawa pengunduran adalah penyebab kepada peperangan ini, dan merupakan satu kesilapan yang besar yang tidak sepatutnya berulang kembali.

Terdapat juga satu battalion yang dinamakan 'Bukan Di Atas Nama Saya' di sudut kiri yang mencadangkan satu protes dan merasa bangga bila digelar pembelot yang berkata Israel berhak mempertahankan diri, tetapi tidak patut diamalkan.

Kenapa kita kalah? Ia adalah kerana kita begitu tergesa-gesa menghadapi Hizbullah sebelum Iran melaksanakan nuklearnya, kita ke medan perang sebelum kita mendapat cara untuk memenanginya.

Berikan kami peralatan, kata British sebelum perang dunia kedua, dan kami akan menyelesaikan tugas kami. Kami tahu bahawa kami ke medan perang tanpa peralatan.

Selepas bertahun-tahun pihak perisik tentera memberi amaran tentang misile Hizbullah dan tentang peluru Katyusha yang membunuhnya, kini kami tahu bahawa kami tidak mengetahui satu apapun.

Kami sedang kalah kerana perdana menteri kami, menteri pertahanan dan ketua tentera adalah baru dalam tugas masing-masing dan telah membuktikannya dengan bercakap besar di awal kempen, bercakap untuk membuang senjata Hizbullah, mewujudkan order baru di Lubnan, mewujudkan realiti di mana rakyat Lubnan sendiri telah merujuk kepada pengganas dan menyokong mereka.

Kita mensasarkan infrastruktur, dan semasa kita melakukannya telah menyebabkan kemusnahan kepada lebih dari sejuta rakyat Lubnan, beribu-ribu telah terbunuh, beribu-ribu telah cedera dan ratusan ribu telah kehilangan tempat tinggal.

Dengan ribuan dari anggota tentera kita kini telah berada di Lubnan, tujuh brigade dan meningkat, selepas 4,600 pengeboman yang dilakukan oleh IAF, pada hari Ahad sahaja sebanyak 150, 80 sehingga 90 peratus dari pejuang mujahiddin masih hidup dan dapat menembak ke arah kita. Mereka masih mampu melancarkan serangan 200 roket sehari ke arah Israel.

Kita sedang kalah, kerana tindakan kita telah menyebabkan Hizbullah mendapat simpati dari seluruh dunia.

Undian menunjukkan hampir 90 peratus dari rakyat Lubnan termasuk ramai yang tidak percaya kepada mereka suatu masa dulu, kini menyokong Hizbullah memerangi Israel.

Peperangan ini telah menaikkan nama Hizbullah pada mata dunia.

Salah satu dari pelajaran yang diperolehi dari peperangan ini ialah pihak kerajaan, kerana bimbang dengan jumlah tentera yang terbunuh begitu ramai, telah mengarahkan serangan dilakukan secara kawalan jauh, yang mengakibatkan kematian beribu-ribu rakyat Lubnan yang tidak berdosa dan dalam prosses ini, meletakkan ribuan rakyat Israel sebagai sasaran Katyusha dan Fajr.

Memang benar, ini adalah perang dunia III. Dan kita sedang kalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:57 AM | Show all posts
Roket Hizbullah mensasarkan 200 sasaran Israel memusnahkan pengkalan tentera Israel

Bagi membalas serangan kejam tentera Zionis ke atas Qana, Hizbullah telah meningkatkan jumlah dan jarak serangan roket mereka dan mengenai 200  sasaran pada hari Selasa, kata pemerintah unit misile Hizbullah.


Mohammad Ra'd memberitahu wartawan di Lubnan bahawa Hizbullah melancarkan sebanyak 120 serangan roket sehari ke atas Israel bertujuan membalas dendam keganasan mereka ke atas Qana, tetapi kini kami telah meningkatkan serangan kami dan melancarkan lebih dari 200 roket ke atas sasaran di Israel semenjak dua hari yang lalu.  

Beliau berkata Hizbullah telah memperluaskan skop serangannya dan juga telah menambah jumlah serangan ke atas Israel. Hizbullah juga telah melancarkan misile jenis baru yang lebih kuat dan mempunyai jarak yang lebih jauh.

Beliau mengumumkan bahawa setiap misile baruyang dilancarkan itu membawa seberat 100kg bahan letupan. Pemimpin kanan Hizbullah berkata bahawa serangan pertama roket baru yang mereka lancarkan telah memusnahkan pengkalan tentera di Afouleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 06:59 AM | Show all posts
Hizbullah mengumumkan berjaya memusnahkan dua lagi kereta kebal Israel

Gerakan pejuang Islam di Lubnan, sayap ketenteraan Hizbullah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memusnahkan dua lagi kereta kebal Israel tengahari hari Selasa, membunuh dan mencederakan anggota di dalamnya.


Hizbullah berkata dalam laporannya bahawa kereta kebal telah disasarkan di bandar Ainata.  

Sebelum ini Hizbullah melaporkan bahawa pejuang mujahiddin telah menyerang tapak Jal al-Alam, sebuah tapak penting bagi Israel.

Pertempuran masih berterusan di antara pejuang mujahiddin dan tentera Israel di seklatan Lubnan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.185628 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list