CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
agelgold This user has been deleted
Post time 9-2-2007 08:59 AM | Show all posts
mana geng basikal? entah-2 diaorang tu racer LTDL kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2007 06:40 PM | Show all posts
Antara maruah dan kemampuan pelumba
Oleh Azidan Nahar



SEMANGAT: Aminuddin (kiri) bersama anak didiknya pada majlis
pengenalan di Awana Porto Malai,
baru-baru ini



ANTARA maruah dan kemampuan pelumba adalah dilema jurulatih pasukan kebangsaan, Aminuddin Sulaiman apabila memperkatakan mengenai skuad bimbingannya pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini.

Pasukan yang dipimpinnya boleh dikatakan 'abang' kepada satu lagi pasukan kebangsaan iaitu pasukan Pembangunan MNCF kini tenggelam dalam tujuh peringkat LTdL malah terperosok ke tangga kesembilan kedudukan Asia.

Jelas ia menggusarkan Aminuddin ketika melihat pasukan Pembangunan MNCF semakin konsisten pada setiap peringkat perlumbaan termasuk di peringkat pendakian.

"Esok (hari ini) adalah penentuan sebenar. Pendakian ke Genting Highlands sangat penting buat kami untuk memulihkan kedudukan dan juga maruah kami ketika ini," kata Aminuddin.

Aminuddin mengalami perlumbaan yang sukar pada edisi kali ini apa lagi seorang pelumbanya, Safwan Sawai gagal dalam peringkat pendakian ke Cameron Highlands pada peringkat ketiga.

Malah catatan masa mereka juga kurang memberangsangkan kerana seorang daripada tiga pelumba menamatkan kayuhan dalam jarak yang jauh menyukarkan mereka mengumpul masa terbaik.

Mereka juga gagal beraksi baik pada laluan landai bermula peringkat keempat dengan kebanyakan pelumba mereka lebih kepada pakar pendaki bukannya pakar pecut.

"Kami ketinggalan lebih 30 minit di belakang pasukan pendahulu ketika ini, ia memang sukar dan kami mahu menjadikan peringkat hari esok untuk mengubah kedudukan itu," katanya.

Aminuddin menjelaskan dia memang agak gusar melihat peningkatan pasukan Pembangunan MNCF namun tidak punya sasaran lain selain mengharapkan pelumbanya mampu menghasilkan kayuhan terbaik.

"Kami mahu mendapatkan kedudukan sebagai antara lima pasukan terbaik Asia pada penamat saingan LTdL kali ini. Saya berharap pelumba dapat melakukannya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 06:41 PM | Show all posts
Shinishi buat Asia berasa bangga
Oleh Azidan Nahar


JAGOAN: Penakluk peringkat ketujuh sejauh 170km, (dari kiri)
Loddo, Charteau dan Shinichi berdiri megah di atas podium
di Karak petang semalam. Hari ini saingan akan bermula
di Proton Shah Alam berakhir di puncak
Genting Highlands sejauh 84k m.



BUAT pertama kali selepas tujuh peringkat, nama pelumba Asia kembali membawa sinar apabila Shinishi Fukushima menempah tempat pada kedudukan pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) berakhir di Karak, semalam.

Malah kejayaan itu lebih bermakna kerana ia juga adalah yang ketiga selepas pelumba Hong Kong, Wong Kam Po melakukannya pada 2000 selain kayuhan solo adik Shinishi, Koji pada edisi ke-10.

Jelas ada sesuatu yang mahu dibuktikan Shinishi apabila dia mula mengorak kayuhan seawal kilometer 4 di Kuantan bersama tujuh pelumba lain termasuk pelumba negara yang mewakili pasukan Discovery Channel Marco Polo, Loh Sea Keong untuk melepaskan diri dari kelompok besar.

Mereka kemudian disertai empat lagi pelumba sebelum seorang daripada mereka tertinggal bagi memberi ruang buat 10 pelumba itu meneruskan kayuhan sehingga ke km118.

Di penamat saingan, juara empat peringkat sebelum ini Alberto Loddo cuba sekali lagi mengulanginya namun nyata dia tidak akan dilepaskan lagi, membiarkan tiga pelumba lain termasuk Shinishi berentap di 300m terakhir.

"Hari ini (semalam) memang menakjubkan, dulu adik saya yang menang peringkat tapi kini tiba giliran saya," kata Shinishi yang turut merampas Jersi Biru pelumba terbaik Asia.

"Saya berpuas hati dengan kemenangan ini, saya sudah cuba melepaskan diri sejak peringkat keenam lagi tetapi pelumba Credit Agricole banyak menghalang."

Mengenai peluangnya dalam pendakian ke Genting Highlands hari ini, Shinishi yang mewakili pasukan Nippo-Meitan Hompo itu bersemangat menjelaskan dia dan pasukannya semakin mendapat prestasi terbaik dan mereka tidak akan mengalah walaupun sedar pendakian itu amat mencabar.

Jika itu yang dikhuatiri Shinishi, pendahulu keseluruhan ketika ini, Anthony Charteau punya pandangan sama kerana dia tahu peringkat kelapan hari ini adalah penentuan siapakah juara sebenar kali ini.

"Hari esok akan ada pendakian paling sukar, saya tidak akan membenarkan ada pelumba memadam kelebihan empat minit milik saya. Saya ada dua pendaki yang akan membantu mengharungi laluan mencabar ini.

"Saya sedar saya tidak boleh menghampakan rakan sepasukan kerana mereka banyak membantu saya sebelum ini," katanya.

Hari ini bermula di Proton Shah Alam akan bermula peringkat paling sukar dalam LTdL edisi ke-12 ini menerusi laluan sejauh 83km yang menghidangkan tiga zon pecutan dan satu pendakian (KOM).

Puncak Genting Highlands setinggi 1,629 akan memberi cabaran terhebat buat pelumba sama ada mereka mampu mengatasinya yang pasti akan memberi kelebihan penting dalam kedudukan keseluruhan selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 06:10 AM | Show all posts
Selle Italia tawan puncak Genting


[table=184][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]PELUMBA Columbia, Jose Serpa meraikan kejayaannya menjuarai peringkat lapan LTdL di Genting Highlands, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 10:42 AM | Show all posts
Puncak Genting kekal milik Serpa
Oleh Azidan Nahar





Charteau terpaksa serahkan jersi Raja Bukit kepada Pedraza selepas saingan getir 84km

JUARA pendakian puncak Genting Highlands tahun lalu, Jose Serpa sekali lagi membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri selepas menjinakkan laluan paling mencabar pada peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) itu, semalam.

Tambah manis, kejayaannya di podium disertai dua lagi rakannya dari pasukan Serramenti PVC Diquigiovanni, Walter Pedraza yang merampas jersi Raja Bukit dari Anthony Charteau selain juara empat peringkat, Alberto Loddo masih mengekalkan jersi pecut.

Usaha pasukan Serramenti ataupun dulunya dikenali sebagai Selle Italia mengurangkan kelebihan Charteau sebagai pemegang Jersi Kuning, bermula sejak permulaan di Proton Shah Alam dengan serangan dilakukan bagi meninggalkan pelumba Credit Agricole itu.

Bagaimanapun, cabaran hanya kelihatan di kilometer 64 apabila Serpa dan Pedraza selain Sergey Kolesnikov (Unibet.com) dan seorang pelumba Afrika Selatan berjaya melepaskan diri.

Ia bagaimanapun tidak berterusan memasuki 10km terakhir apabila hanya Serpa, Pedraza dan Jose Rujano (Unibet.com) meneruskan pendakian ke puncak Genting Highlands untuk tiga tempat teratas.

"Strategi kami ialah menyerang sejak awal, dengan bantuan Pedraza dan rakan sepasukan, kami meraih kemenangan ini yang membolehkan saya memenanginya untuk dua tahun berturut-turut," kata Serpa.

Kajayaan Serpa sedikit sebanyak mengurangkan jarak masa dengan pemegang Jersi Kuning, Charteau kepada 1 minit 2 saat, mencantas kira-kira 3 minit kelebihan sebelum bermulanya peringkat kelapan.

Charteau tampak boleh mengekalkan kelebihan selaku pendahulu berbaki dua pusingan selepas ini dan tidak menghairankan apabila pelumba Perancis itu jelas gembira sambil mengangkat tangan ketika melepasi garisan penamat di tempat ke-10.

"Ia hari yang sangat sukar buat kami, tapi kami gembira dapat kekalkan kedudukan ini, kami mengekori Selle Italia dengan pendaki 'super' bagi mendapatkan kedudukan ini," kata Charteau.

Sementara itu, pengurus Selle Italia, Gianni Savio menyifatkan kelebihan yang dicipta Credit Agricole pada peringkat ketiga iaitu pendakian di Cameron Highlands banyak membantu pasukan itu mengekalkan kelebihan selaku pendahulu.

"Pelumba kami mengalami masalah sakit perut menyebabkan Charteau dapat mencipta kelebihan masa 4 minit. Hari ini kami mengharapkan dia akan melalui hari yang sukar tetapi dia berjaya juga mendapat kedudukan terbaik.

"Tapi LTdL belum berakhir, kami akan mencuba sekali lagi esok (hari ini)," kata Savio.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 07:41 AM | Show all posts
LTdL: Brutt ungguli peringkat 9, Pedraza Raja Bukit


[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]Pavel Brutt dari pasukan Tinkoff Credit System menjuarai peringkat kesembilan LTdL di Seremban, semalam dengan catatan masa 4 jam 7 minit, 8 saat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2007 05:41 AM | Show all posts
Giant Asia curi tumpuan pada LTDL 2007

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 10:43 AM | Show all posts
berakhir sudah LTDL utk thn ini..harap next year..lebih meriah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2007 09:38 PM | Show all posts
Pelumba negara tidak wajar diabai: Azalina

SATU kajian terperinci akan dilakukan sebelum perlumbaan jelajah terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) boleh menganjurkan perlumbaan membabitkan pasukan profesional ProTour sepenuhnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman, berkata langkah berkenaan penting bagi memastikan pelumba negara tidak terabai kerana perlumbaan sebesar itu pasti akan hanya menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik saja.

Oleh itu, katanya, selain menganjurkan LTdL, pihaknya komited melihat perkembangan sukan berbasikal negara terutama dari segi pembangunan pelumba tempatan.

"Kita akan lihat macam mana perlumbaan ini pada tahun depan. Kita akan minta pandangan dan pendapat persatuan kerana jika anjurkan perlumbaan ProTour, hanya pasukan berstatus itu saja yang boleh menyertainya," katanya.

Sehubungan itu, Azalina menjelaskan satu bedah siasat akan diadakan selepas ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perjalanan LTdL selain cadangan yang dikemukakan itu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi LTdL, Datuk Naim Mohamad yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) menyatakan pihaknya bercadang mahu mengadakan perlumbaan ProTour sepenuhnya selepas menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah LTdL, lima pasukan ProTour mengambil bahagian.

Selain itu, Azalina berkata, sebanyak RM2.1j sudah disalurkan bagi pembangunan sukan berbasikal negara dan dia berharap wang berkenaan akan dapat digunakan untuk menggilap bakat pelumba supaya mereka mampu menjadi pelumba profesional.

Sementara itu, Azalina menegaskan kerajaan akan memberikan komitmen 100 peratus bagi membantu penganjuran LTdL musim depan dan untuk itu juga beliau menjelaskan mana-mana negeri yang mahu menyertainya perlu terlebih dulu mengemukakan bidaan.

"Sesiapa yang mahu melakukannya perlu mengemukakan bidaan, ia bukan sekadar untuk sukan tetapi juga pelancongan, dengan ini kita juga akan dapat berjimat.

"Bukan semua negeri boleh menjadi tuan rumah, mereka perlu kemukakan bidaan termasuk Sabah dan Sarawak, selepas itu kita akan pilih," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 09:39 PM | Show all posts
Loddo ungguli KL, Charteau juara keseluruhan
Oleh Azidan Nahar

BERAKHIR sudah edisi ke-12 perlumbaan terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) yang menerima juara baru, Anthony Charteau dari pasukan Credit Agricole selepas mempamer prestasi terbaik kali ini.

Walaupun perlumbaan peringkat ke-10 pada Kriterium Kuala Lumpur sejauh 80km semalam dimenangi sekali lagi Alberto Loddo dari pasukan Serramenti PVC Duquigiovanni (Selle Italia), namun ia belum cukup untuk memintas kelebihan masa pelumba dari Perancis itu.

Selle Italia juga terus berbangga selain meraih Jersi Polka Dot selaku Raja Bukit milik Walter Pedraza, pasukan itu juga menjuarai kategori Raja Pecut menerusi Loddo manakala Ghader Mizbani muncul pelumba terbaik Asia.

Perlumbaan semalam jelas tidak memberi tekanan buat Charteau kerana dia sudah mampu tersenyum sebaik penamat perlumbaan di Seremban kelmarin apabila menyedari pesaing utamanya, Jose Serpa tidak dapat memintas catatan masanya.

Kelebihan Charteau berpihak kepada kemampuannya mendominasi puncak Cameron Highlands sejak peringkat pertama dan kelebihan empat minit itu digunakan sepenuhnya untuk terus kekal pada tujuh peringkat seterusnya.

"Ini adalah penyertaan pertama saya pada LTdL dan saya amat gembira dengan kejayaan ini," katanya.

Charteau menjelaskan selepas berjaya meraih Jersi Kuning dia cuba mempertahankannya kerana tahu ramai pelumba yang pasti akan cuba merampasnya dan dia cuba mengelak daripada bahaya sepanjang perlumbaan untuk terus mendominasinya.

"Saya harap selepas ini saya akan dijemput untuk berlumba dalam Tour de France," katanya yang hanya sekali muncul juara peringkat tetapi mempamer prestasi konsisten sepanjang perlumbaan kali ini.

Jika Charteau mencipta kejayaan pada penampilan pertamanya, Loddo pula menjadi pelumba kedua selepas Greame Brown muncul juara di lima peringkat daripada 10 keseluruhan ditawarkan pada perlumbaan kali ini.

"Saya memang mahukan kemenangan ini, apa lagi saya menjadi pelumba kedua berjaya melakukannya selepas Brown," katanya.

Loddo mula menampilkan kayuhan hebatnya apabila menjuarai peringkat pertama di Pulau Langkawi, kemudian ia diteruskan di peringkat 4 dari Gua Musang ke Kota Bharu.

Aksinya berterusan di peringkat 5 yang tamat di Chukai sebelum memenangi dua peringkat terakhir di Seremban dan Kuala Lumpur, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 05:46 AM | Show all posts
PKBM mulakan program RM1.6 juta -- Berikutan prestasi buruk pelumba negara pada LTdL 2007
Oleh TAUFEK RAZAK

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 12:24 PM | Show all posts
tak sempat pi tgk penutup di dataran sebab kene fly pi kuching. rugi tol ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 08:22 PM | Show all posts
Cycling: Money, time for development
16 Feb 2007
Arnaz M. Khairul

THE Malaysian National Cycling Federation (MNCF) will decide soon its next course of action after the embarrassing outing by two national teams in Le Tour de Langkawi (LTdL).

While time was not on the federation抯 side despite having a RM480,000 budget to prepare theteams for LTdL, MNCF deputy president Datuk Naim Mohamad said they now have time and money to plan for a better year ahead.

"Our exco has to decide on a plan and the selection committee chaired by our president (Abu Samah Wahab) will decide on the riders to be selected for our development programme," said Naim.

Among the proposals, Naim said, was for the MNCF to set up a continental team which would compete in UCI Asia Tour races this year.

With RM480,000 being allocated by the Government to prepare the national teams for LTdL and another RM2.1 million for a solid development programme leading up to next year抯 LTdL in its hands, the MNCF is cash rich.

But already there are claims that MNCF has bought 20 bicycles at RM20,000 each even before selecting a team.

When asked of this matter, Naim said: "There has not been any purchase of new bicycles that the federation has approved of, although there have been plans from certain quarters to do so.

"We have not purchased any bicycles yet. How can we do so when we haven抰 even decided on the riders who will be in the programme, the coaches and how we are going to manage it?" said Naim.

The RM480,000 cash injection to prepare the teams for LTdL, had already made the MNCF the subject of ridicule as, apart from the national team being decked in striking new outfits, the riders had nothing to show from the race.

"We will be discussing the development plans in our next exco meeting," said Naim. If there are people saying that we抳e gone about spending money just for the sake of spending, this is not true.

"We only spent a fraction of the RM480,000 for the two teams in LTdL.

"As for the development budget, our first target will be to form the continental team. Some riders will be attached to this team and will race in the UCI Asia Tour events.

"But we will also be supporting riders not under this team, mainly those who are independent and attached to foreign teams.

"We have the plans and an idea of what we want to do in order to achieve our targets, and once everything is approved, we will start working."
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 07:44 PM | Show all posts
Jelajah Taiwan gamit 5 pelumba
Oleh Mohd Amin Jalil

Jadi gelanggang persiapan Sukan Sea 2007

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mempertaruhkan lima pelumba yang beraksi pada Le Tour de Langkawi (LTdL) lalu untuk menggalas cabaran pada Jelajah Taiwan bermula 14 hingga 18 Mac ini.

Medan berkenaan adalah kejohanan luar negara pertama disertai bagi tujuan pendedahan awal ke arah persiapan menghadapi temasya Sukan Sea di Korat Thailand, Disember ini.

Mereka ialah Suhardi Hassan, Muhammad Fauzan Ahmad, Mohd Rauf Nur Misbah, Loh Sea Keong dan Faris Abdul Razak.

Pengurus pasukan, Yunus Ibrahim, berkata biarpun prestasi dan pencapaian mereka pada LTdL tempoh hari tidak begitu memberangsangkan, namun mereka adalah pelumba yang sudah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berprestij itu.

Malah menurutnya, gabungan pelumba muda dan berpengalaman itu adalah antara kelompok yang berjaya mempamerkan prestasi terbaik biarpun terpaksa akur dengan reputasi pelumba luar negara yang lebih cemerlang.

揔ita tidak meletakkan sasaran tertinggi dalam kejohanan di Taiwan itu, namun penyertaan mereka kali ini amat penting sebagai persediaan awal bagi menghadapi Sukan Sea hujung tahun ini walaupun senarai pelumba sebenar ke temasya dwi tahunan itu masih belum ditentukan lagi.

揂pa yang penting PKBM mahu menghantar sekerap mungkin pelumba negara menjalani latihan dan menyertai kejohanan di luar negara bagi meningkatkan lagi prestasi serta pengalaman sebelum menggalas cabaran negara,
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 03:45 AM | Show all posts
Pelumba negara bakal ke Eropah -- PKBM rancang kerjasama dengan UCI
Oleh TAUFEK RAZAK

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:43 PM | Show all posts

Reply #135 dexa's post

harap2 berita ini menjadi satu kenyataan..sepatutnya dah lama para pelumba ni dihantar berlatih dan bertanding di luar negara..pendedahan amat2 la penting..bagi meningkatkan prestasi sesorg pelumba..banyak yang boleh dipelajari dari sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


agelgold This user has been deleted
Post time 23-2-2007 10:09 AM | Show all posts
racer kita bila nak race baru kumpul. itu pasal la tumpul. anuar manan pun terkantoi masa genting hari tu. kesian lak kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 04:01 PM | Show all posts
tu la perbezaan yg ketara antara rider kita ngan dari luar..dorang semua berpecah bila off season jer..awal musim kumpul balik..buat latihan sama2 tak kira ada race ke tak..kat sini macam agelgold cakap ler..nak race baru kumpul..ambil masa 2/3 minggu training..pastu pegi race..mmg hancur ler..dalam hal ni nak salahkan pelumba pun tak boleh gak sbb pengurusan nya teruk tu yg jadi macam tu..Race kat negara kita ni mmg kurang sangat..hinggakan rider nak training pun takdak mood..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:51 PM | Show all posts

Reply #138 dill9642's post

sepatutnya latihan tu  - bukan bila nak race aje -
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:52 PM | Show all posts
Penganjuran LTdL 2007 diiktiraf KPI kelas A
Oleh: MOHD. TAUFEK RAZAK

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.073620 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list