CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 23-11-2008 01:24 AM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 23-11-2008 01:02 AM


saya harap akan keluar fatwa utk sukan berbasikal ni diharamkan serta merta - haha -
kepala lotot tuu wey - lototttt tu kena sorokkk la - bungkus sekali la nyahhh




tu laaa..apa nak di bangga oang cam tu..tonjok kapla lutut ..tak islamic btui

tenguk macam dr sapa nama tuh..dr sokor ek? aaa tutup abissss masa dia pi masuk roket tu pi skylab russia tuh..

cam tu laaa islamic..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 23-11-2008 01:24




tu laaa..apa nak di bangga oang cam tu..tonjok kapla lutut ..tak islamic btui

tenguk macam dr sapa nama tuh..dr sokor ek? aaa tutup abissss masa dia pi masuk roket tu pi skylab russia  ...

Dia lagi Islamic...kita semayang 5 waktu..dia semayang lebih dari 5..kalah N.ajis..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 02:43 PM | Show all posts
mcm2 ada kat thread nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 06:26 AM | Show all posts
LTdL: Pasukan baru turut dipelawa

PASUKAN kebangsaan Uzbekistan, China dan Doha dipelawa menyertai kejohanan lumba basikal paling berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bakal diadakan pada 9 hingga 15 Februari tahun depan.

Pengerusi Eksekutif LTdL, Abu Samah Wahab berkata pasukan Asia itu, kecuali China tidak pernah lagi menyertai LTdL yang akan memasuki edisi ke-14 tahun depan.

"Pada LTdL 2009, hanya sembilan pasukan terbaik dari Asia akan diberi tempat untuk bersaing pada jelajah yang berstatus Hors itu.

"Apa yang pentingnya kali ini kami akan menjemput pasukan yang terbaik dan berkualiti bukan saja hanya untuk memenuhkan kuota atau sebagainya,"

katanya.

Abu Samah berkata pasukan kebangsaan China sebelum ini pernah menyertai LTdL tetapi sudah lama tidak bersama menyertai keluarga LTdL dan berharap pasukan itu akan membariskan pelumba terbaik mereka.

Katanya, pasukan kebangsaan dari Uzbekistan dan Doha baru saja menyertai Kejohanan Lumba Basikal Piala Gabenor Negeri Melaka serta Jelajah Negeri Sembilan pada Julai lepas dan mereka telah mempamerkan aksi kayuhan yang tidak kurang hebatnya.

Pelumba pasukan Doha, Rafal Chtioui pula berjaya menduduki tempat kedua pada peringkat pertama manakala pelumba Uzbekistan, Mukhamedov Temur menduduki tempat ketiga pada peringkat kedua.

Pada Jelajah Negeri Sembilan pula, pelumba Uzbekistan, Shaekov Vadim muncul juara keseluruhan manakala Omar Hasanin dari pasukan Doha berada di tempat keempat.

"Kedua-dua pasukan ini mempunyai pelumba yang dilihat mampu memberikan saingan dan cabaran kepada para peserta Asia mahupun pelumba pasukan Pro Tour yang lain.

"Apa yang pasti kehadiran mereka diharapkan mampu menarik lebih ramai peminat lumba basikal untuk turut menyaksikan perlumbaan tahun depan," katanya.

Pasukan Doha dijangka membariskan barisan terbaik seperti Abdelbaset Hannachi, Omar Hasanin, Khaleel Abduljanan dan Afif Abdullah.

Abu Samah berkata pasukan Uzbekistan juga tidak kurang hebatnya kerana mempunyai pelumba seperti Sergey Lagutin, Shaekhov Vadim, Mukhamedov Temur, Turaev Azamat, Malakhov Yaroslav dan Karimov Ruslan.

"Pada Tour de Korea-Japan 2008 baru-baru ini, pelumba pasukan kebangsaan Uzbekistan, Sergey Lagutin berjaya muncul pelumba terbaik jelajah tersebut yang melibatkan dua negara.

"Bagi kategori berpasukan pula mereka menduduki tempat kedua keseluruhan berpasukan," katanya.

Menurutnya secara keseluruhan, LTdL 2009 akan menyaksikan saingan daripada 20 pasukan dengan setiap pasukan akan membariskan enam pelumba.

Setakat ini pasukan dari Afrika Selatan dan Australia sudah awal-awal lagi mengesahkan penyertaan mereka.

"Sembilan pasukan lagi akan dipilih daripada Pasukan Pro Tour dan Pasukan Benua Profesional (Pro Continental Teams)."

LTdL 2009 yang dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta PKBM akan mempertandingkan tujuh peringkat sementara laluan LTdL 2009 akan diumumkan dalam masa terdekat.

*****************************************************************************************

LTdl ni antara sukan yang paling ditunggu nih... lagi ramai penyertaan
lagi best... and stiff competition -
lagi pun pelumba malaysia is getting better - dapat good training
so boleh bagi cabaran hebat juga ni --
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 10:33 PM | Show all posts

info - basic bike -

Bike basics

The basic premise of downhill racing is simple: cycle down a hill as fast as possible while trying to stay on the track and bike.

Chong Way Leong, 33, manager of KSH Cycle, which trades in downhill bikes, says this currently “hot” sport requires specialised equipment.


Chong Way Leong of KSH Cycle.

“The price of downhill bikes range from RM7,000 for an entry level bike, to RM20,000 for a top-of-the-line race bike,” explains Chong.

The price difference, he adds, has a lot to do with the components and quality of material.

“Downhill bikes are designed with heavy frames to survive the impact of jumps and drops. The wheels have thick steel rims and the tyres are wider to provide more traction and better handling over rocks and roots.


“A beefed up downhill bike weighs between 16kg and 25kg, almost twice as heavy as an ordinary mountain bike and comes in different sizes to match height,” he says.

Besides bike shops, websites like Bicyclebuysell.com, is another shopping alternative for those who are looking to bag a bargain on used and new bikes, but Chong suggests buyers inspect the condition of the item before making an offer.

“It is possible to get a good bike at a good price, but know that there are a lot of used bikes selling for far more than they are worth. Downhill bikes take a severe beating every time they are used, so look out for one that has been lightly used. The condition of the suspension is especially important.

“It might be cheaper to get a brand new bike if you end up having to pay for major repairs,” he says.

To care for one’s bike, Chong advices scrubbing the bicycle after each ride.

“The bike also needs regular servicing. You could do it yourself or send it to a good bicycle shop. It involves lubricating the chain, adjusting the tyre pressure, checking the wheel alignment and brakes, and tightening the bolts.”
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 06:21 AM | Show all posts
Ahmad Haidar nyaris maut di Jelajah Indonesia



KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2008 06:32 AM | Show all posts
Armstrong kembali jelajah Perancis



AUSTIN, Texas – Juara Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Perancis sebanyak tujuh kali, Lance Armstrong (gambar) telah mengesahkan penyertaannya pada perlumbaan berprestij itu tahun depan.

“Saya boleh beri komitmen bahawa saya akan bersaing pada perlumbaan tahun depan,” kata Armstrong.

“Saya cukup mengagumi perlumbaan ini dan saya optimis bagi mengharungi peraturan baru dalam Jelajah Perancis ini.”

Selain Armstrong, pasukan Astana yang diwakili jaguh Amerika Syarikat itu turut menyenaraikan juara edisi 2007, Alberto Contador.

“Lumba basikal merupakan sukan yang memerlukan semangat kesukanan. Kami semua memburu kemenangan,” tambah Armstrong.

Pelumba berusia 37 tahun itu mencetus kejutan dalam dunia basikal September lalu apabila dia mengumumkan hasrat untuk kembali berlumba selepas tiga tahun bersara.

Dia dijangka kembali beraksi dalam perlumbaan elit apabila berlangsungnya Tour Down Under di Australia, Januari depan.

Armstrong ternyata seorang pelumba yang memiliki hati kental apabila berjaya melawan penyakit kanser yang dialami untuk kembali berlumba.

“Semua ini tidak akan melemahkan semangat saya,” katanya. – AP


*****************************************************************************

bersaing lagi... 3 tahun bersara kembali semula -
tapi... bagus juga bagi saingan sikit pada pelumba2 lain
best tengok tour de france - pelumba2 yang handal2 belaka -
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 06:17 AM | Show all posts
Armstrong, Contador latih bersama



Lance Armstrong (tengah, belakang) dilihat berlatih bersama rakan
sepasukan Astana termasuk Alberto Contador di San Isidro, Canary
Island, kelmarin. Armstrong, juara tujuh kali perlumbaan Jelajah akan
kembali ke Tour de France musim depan. - AFP


TENERIFE, Canary Islands - Juara Jelajah perancis, Lance Armstrong dan Alberto Contador dilihat berlatih bersama buat kali pertama kelmarin, selepas jaguh dari Amerika Syarikat itu mengumumkan keluar daripada persaraan dan menyertai pasukan Astana.

Armstrong dan Contador merupakan rakan gandingan salah satu daripada tiga kumpulan pelumba, meskipun pelumba dari Sepanyol itu menarik diri pada sesi latihan selepas sejam berlatih bagi menghadiri majlis penyampaian anugerah di Madrid.

Armstrong dilihat sentiasa berada di atas basikal sejak hari pertama pasukan Kazakh mengadakan kem sepanjang minggu bermula Ahad lalu, manakala Contador terpaksa ke gimnasium pada dua hari pertama selepas menjalani pembedahan 10 hari lalu.

Biarpun persiapan Contador untuk musim depan terganggu dengan pembedahan tersebut, namun tidak bagi Armstrong yang bersedia mengatasi rakan sepasukannya itu.

Juara tujuh kali perlumbaan Jelajah telah pun menunjukkan bahawa kecergasan fizikal tidak menjadi masalah dan isu besar kepada kehadiran semula dirinya dalam sukan berbasikal.

"Dia (Armstrong) merupakan salah seorang pelumba terhebat dan mungkin menjadi tiga pelumba terbaik dalam pasukan ini ketika ini.

"Namun begitu, perkara itu tidak memberi apa-apa makna di sini, melainkan ia dapat dilakukan pada persaingan nanti," kata pegawai akhbar Astana, Philippe Maertens, mengenai kecergasan pelumba Amerika Syarikat itu secara umum.

Armstrong yang sudah berusia 37 tahun telah mengesahkan dirinya untuk berlumba dan berusaha memperoleh gelaran kelapan perlumbaan Jelajah pada musim panas depan.

Jaguh lumba basikal dari Amerika Syarikat itu menyatakan sasaran tersebut selepas bertanding buat kali pertama sepanjang kerjaya dirinya di kejohanan Giro d'Italia, Mei lalu.

Namun bagi Contador yang merupakan juara Jelajah 2007 dan ketua pasukan Astana, pastinya ingin mempertahankan kemenangan yang dimilikinya itu, selepas Astana dilarang menyertai kejohanan pada tahun ini kerana masalah doping.

Pelumba berusia 25 tahun dari Sepanyol itu dilihat sedikit tercabar untuk muncul pemenang gelaran juara kejohanan Jelajah kali kedua kerana kehadiran semula Armstrong dalam sukan tersebut.

"Saya berasa begitu bermotivasi dan tidak sabar menanti permulaan musim baru, sama seperti yang dirasai oleh pelumba-pelumba pasukan lain.

"Perkara menarik mengenai kem ini ialah membolehkan kami berpeluang mengenali satu sama lain dengan lebih dekat," kata Contador selepas menjalani sesi latihan pertamanya, Selasa lalu.

- AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 06:13 PM | Show all posts
Ahmad Fallanie juara kriterium
Oleh Azidan Nahar



Ahmad Fallanie Ali


Anuar pertahan jersi hijau Jelajah Indonesia

PELUMBA pasukan Kuala Lumpur, Ahmad Fallanie Ali muncul juara peringkat terakhir Jelajah Indonesia apabila mengungguli saingan kriterium di Kuta, Bali, petang semalam.


Fallanie mencatat masa 52 minit 12 saat dalam saingan sejauh 77.4 kilometer itu yang dilangsungkan sebanyak 18 pusingan manakala rakan sepasukan, Wan Mohd Najmee Wan Mohammad kedua.

Kedudukan Jersi Hijau selaku Raja Pecut berjaya dipertahankan pelumba kebangsaan, Anuar Manan yang mengesahkan kemenangan apabila mengumpul 21 mata berakhir saingan penamat semalam.

Jurulatih negara, Jamaluddin Omar, berkata pada perlumbaan semalam, pakar pendaki negara, Suhardi Hassan menjadi penyelamat apabila memungut mata di zon pecutan kedua selepas semua pelumba negara gagal memungut mata di zon pertama.

揚elumba negara amat aktif sejak dari permulaan termasuk Suhardi, Anuar dan Zamri Salleh. Mereka menunjukkan komitmen yang baik dan apa yang kita rancang hari ini menjadi,
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 08:55 AM | Show all posts
aku layan MTB je ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 07:31 AM | Show all posts
LTdL: KBS kaji semula tajaan


SIMBOLIK... Mohid mengetuk gong kecil sebagai tanda majlis
pelancaran laluan perlumbaan Le Tour de Langkawi 2009 di Putrajaya semalam.


KERAJAAN tidak berhasrat untuk terus menaja Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dalam jangka masa panjang, sebaliknya mahu pihak penganjur berdikari untuk mendapatkan penajaan bagi penganjuran kejohanan tersebut.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamad berkata, kementerian berkenaan sebenarnya sedang mencari masa yang sesuai untuk mengkaji semula tajaan kepada kejohanan terbabit.

"Apabila sampai waktunya kita akan kaji semula, buat masa sekarang saya rasa PKBM (Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) perlu mengkaji bagaimana kejohanan ini dapat dilangsungkan dengan kos yang lebih kecil," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran laluan LTdL 2009 semalam.

Katanya, dengan anggaran 300 juta penonton seluruh dunia menyaksikan kejohanan tersebut setiap tahun, sebenarnya bukan masalah besar bagi PKBM selaku penganjur untuk mencari penaja.

"Saya percaya kalau pihak persatuan boleh bergerak lebih aktif, LTdL boleh berjalan sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan," katanya.

Kerajaan menanggung kos penganjuran LTdL sejak tahun lepas disebabkan kesukaran pihak penganjur mendapatkan penaja yang boleh menyumbang dari segi kewangan.

Sementara itu, Pengarah Operasi LTdL 2009, Datuk Naim Mohamed menafikan laluan LTdL kali ini kurang mencabar disebabkan faktor kewangan.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya memang cuba untuk mengurangkan kos operasi bagi kejohanan tersebut tetapi laluan yang dipilih juga sebenarnya lebih mencabar berbanding laluan-laluan tahun lepas.




Naim berkata, kejohanan itu kekal berstatus hors classe, setaraf Jelajah Perancis, Itali dan Sepanyol yang menjadi tumpuan utama pelumba terhebat dunia.

"Perlumbaan tujuh peringkat tahun depan akan tetap membabitkan laluan mendaki yang mencabar ke Genting Highlands, sejajar dengan status hors itu," katanya.

Pada saingan LTdL tahun lepas yang bermula di Alor Setar, buat pertama kali juga pelumba berkayuh ke Bukit Fraser bagi menggantikan Genting Highlands kerana faktor keselamatan.

Dalam perkembangan lain, Naim berkata, senarai akhir pasukan yang bakal menyertai LTdL 2009 yang bermula 9 hingga 15 Februari depan hanya dapat diketahui menjelang hujung bulan ini apabila semua pasukan memberi maklum balas kepada jemputan untuk menyertai kejohanan tersebut.

Pada kejohanan kali ini, Malaysia akan diwakili tiga pasukan iaitu pasukan kebangsaan, MCF Team (pasukan benua) dan Le Tua (kelab). - Bernama

*******************************************************************************


peringkat 5 tu yang mencabar  - sebab laluan ke Genting - penat nak daki bukit yang tinggi ni -
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:18 AM | Show all posts
dah sampai masanya LTDL ni berdikari macam tour de france semua tuh ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 08:27 AM | Show all posts
Rizuan sasar jadi tonggak utama negara hadapi LTdL
Oleh Azidan Nahar


RIZUAN diberi peluang buat pertama kali menyarung jersi skuad
kebangsaan bagi tugasan di Jelajah Hainan, bulan lalu sebelum
menyertai Jelajah Indonesia.



DUA kemenangan peringkat pada Jelajah Indonesia minggu lalu, masih belum mencukupi buat Nor Rizuan Zainal ketika sasarannya kini untuk menjadi antara tonggak utama skuad kebangsaan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL), Februari nanti.

Bekas pelumba LeTua Cycling Team itu diberi peluang buat pertama kali menyarung jersi skuad kebangsaan bagi tugasan di Jelajah Hainan, bulan lalu sebelum menyertai Jelajah Indonesia.

Dan dia pantas menyambar peluang untuk mencipta nama apabila bergelar pelumba tunggal dalam jelajah itu yang menjuarai dua peringkat saingan.

Ia sedikit sebanyak menaikkan semangatnya untuk beraksi pada tahap lebih tinggi di LTdL, namun semuanya bergantung kepada pencapaiannya selepas ini terutama berdepan pelumba berpengalaman lain dalam skuad negara.

揗ungkin rezeki saya dapat mencapai kemuncak di Indonesia, tetapi jika diberi peluang menyarung jersi Malaysia, saya perlu bekerja lebih keras, perlu lakukan yang terbaik kerana itulah cita-cita saya,
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 08:58 AM | Show all posts
Azizul bangga prestasi rakan
Oleh Azidan Nahar



AZIZULHASNI (kiri) bersama Edrus ketika berkemas di asrama MSN sebelum
berlepas ke Australia Oktober lalu. Hanya dua bulan selepas itu mereka mempamer
kebangkitan hebat.



Kejayaan kuartet berbasikal cetus harapan baru buat Malaysia

KEJAYAAN demi kejayaan mengiringi skuad berbasikal trek negara dalam tempoh dua bulan lalu dan ia sekadar mencetus detik gembira buat jaguh muda negara, Azizulhasni Awang yang berharap mereka mampu meraih kejayaan lebih cemerlang selepas ini.


Dimulakan dengan kecemerlangan dilakar pelumba berasal dari Terengganu itu pada Piala Dunia Melbourne apabila meraih pingat emas keirin, November lalu, ia diteruskan dengan Mohd Edrus Yunus muncul juara acara keirin di Kejohanan Antarabangsa New Zealand Krismas Karnival, minggu lalu.

Kemudian, Josiah Ng menghasilkan kejutan apabila memenangi Piala Melbourne Wheels-Revolution 4 di Melbourne diikuti Mohd Rizal Tisin memperbaharui rekod Asia dalam acara satu kilometer ujian masa di Victorian Championships, kelmarin.

揝emua menunjukkan prestasi memberangsangkan. Edrus, Rizal, Junaidi (Mohamad Nasir) Josiah dan Fatehah (Mustafa) semua menunjukkan aksi membanggakan di setiap kejohanan,
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:23 AM | Show all posts
LTdL 2009: Anuar ada dua misi


ANUAR mahu mencipta kejutan pada Kejohanan
Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009
Februari depan.



RAJA pecut negara, Anuar Manan memiliki dua misi pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 15 Februari depan.


Misi pertamanya ialah untuk mengharumkan nama negara menerusi penyertaan sulung bersama skuad kebangsaan pada perlumbaan berprestij itu.

Keduanya, pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu mahu memperbaiki pencapaian pada perlumbaan LTdL 2008 lalu.

Pada perlumbaan itu, Anuar mencipta sejarah apabila menjadi pelumba tempatan pertama berjaya menyarung jersi Raja Pecut pada perlumbaan peringkat ketiga dan keempat.

"Harapan saya sekarang ialah untuk mengatasi pencapaian saya pada LTdL 2008 setelah hanya menyarung jersi Raja Pecut pada dua peringkat sahaja," katanya.

Pelumba berusia 22 tahun itu kini giat menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih, Jamaludin Omar dan mereka baru pulang daripada menyertai perlumbaan Jelajah Hainan dan Jelajah Indonesia bulan lalu.

Menurut Anuar, dia kini sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan beberapa pelumba lain dalam skuad kebangsaan selepas bersama mereka sejak sebulan lalu.

"Saya dan Ahmad Haidar Anuawar masih bersama dan kini sudah mula membiasakan diri dengan pelumba lain," katanya.

Mengenai perlumbaan Jelajah Hainan, Anuar berkata dia gagal menghabiskan saingan setelah terjatuh pada peringkat pertama.

"Namun saya berjaya mengubat kekecewaan apabila berjaya menyarung jersi Raja Pecut pada perlumbaan itu yang mempertandingkan 12 peringkat," katanya.

Pada perlumbaan Jelajah Indonesia 23 November itu, Anuar berjaya mengumpul 21 mata menerusi kategori pecut setelah mengatasi pelumba dari pasukan Bintang Kranggan, Indonesia, Nugroho Kisnato yang menduduki tempat kedua dengan hanya 15 mata.

Sebelum ini, Anuar berjaya memenangi gelaran Raja Pecut pada Jelajah Malaysia 2007 dan 2008 serta Tour de East Java 2008.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif LTdL, Abu Samah Abd. Wahab berkata dia berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh Anuar setakat ini dalam skuad kebangsaan.

Abu Samah yang juga Presiden PKBM berharap Anuar serta pelumba lain dalam skuad kebangsaan mampu mencipta kejayaan pada LTdL 2009.

LTdL 2009 hanya akan mempertandingkan tujuh peringkat perlumbaan.

Perlumbaan yang diberikan status Hors itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 08:28 AM | Show all posts
Suhardi kembali sertai aksi LTdL
Oleh Azidan Nahar


SUDAH hampir empat tahun pakar pendaki veteran skuad lebuh raya negara, Suhardi Hassan tidak merasai aksi terbaik dalam penampilan di Le Tour de Langkawi (LTdL) selepas menduduki tangga ketiga keseluruhan kategori Asia pada 2005.


Masa berlalu pantas dan kini sekali lagi perlumbaan jelajah terbesar Asia berstatus Hors Classe itu akan kembali pada edisi ke-14, Februari ini menghidupkan kembali harapan Suhardi untuk sekali lagi menyerlah.

Kali ini, dia yang akan berlumba buat tahun kelapan berturut-turut berharap dapat menewaskan barisan pelumba Iran yang sentiasa mengungguli saingan domestik itu ketika pelumba negara sukar menandingi keupayaan mereka di peringkat pendakian.

揂da harapan untuk kita bagi mendapatkan kedudukan selaku juara berpasukan Asia kerana laluan kali ini berlegar sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan sedikit Johor adalah laluan yang biasa dilalui musim ini.

揕agipun perlumbaan kali ini hanya mempertandingkan tujuh peringkat, tidak begitu memenatkan seperti edisi-edisi sebelum ini,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2008 08:35 AM | Show all posts
Haidar tidak serik



HAIDAR makin bersemangat untuk mencipta nama pada
perlumbaan LTdL tahun depan.



"SAYA tidak menghadapi sebarang trauma."

Demikian kata pelumba lebuh raya negara, Ahmad Haidar Anuawar yang tidak sabar beraksi mewakili pasukan negara pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 15 Februari depan.

Pelumba berasal dari Chukai, Terengganu berusia 22 tahun itu mengakui bahawa dia tidak serik meskipun pernah mengalami kecederaan di kepala ketika terlibat dengan kemalangan pada perlumbaan Jelajah Indonesia bulan lalu.

Ketika insiden itu, Haidar sedang menuruni bukit dan tiba-tiba terlanggar motosikal pegawai di depannya sebelum jatuh ke dalam gaung pada saingan peringkat keempat kejohanan itu.

Topi keledar Haidar pecah selepas terhantuk pada seketul batu yang besar menyebabkan dia pengsan serta dihantar pulang ke tanah air serta merta untuk menjalani rawatan di Hospital Gleneagle di Ampang.

Menurut Haidar, insiden kemalangan itu memberikannya semangat baru untuk terus berlumba tanpa sebarang perasaan takut.

"Insiden itu memberikan pengalaman berguna kepada saya sekali gus memberi semangat baru kepada saya untuk mencipta kejayaan selepas ini.

"Tidak ada perasaan takut atau trauma pada diri saya meskipun mengharungi laluan berbukit.

"Apa yang penting perlumbaan di Indonesia memberikan saya keyakinan supaya lebih berwaspada selepas ini," katanya.

Haidar berkata, dia telah menjalani latihan selama tiga hari selepas berehat panjang selama lebih tiga minggu selepas terlibat dengan kemalangan itu.

Katanya, dia dalam keadaan cergas sepenuhnya dan bersedia untuk berlumba pada bila-bila masa.

"Sekarang saya cergas sepenuhnya dan tidak menghadapi apa-apa masalah meskipun ramai yang khuatir dengan kecederaan kepala saya.

"Saya tidak lagi menjalani rawatan susulan selepas ini. Selepas menjalani fisioterapi dan beberapa kali menjalani imbasan di kepala sebelum ini, saya disahkan pulih sepenuhnya," ujarnya.

Mengenai sasaran pada LTdL 2009, Haidar berkata, dia mahu mencipta kejutan serta membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan dalam usaha untuk berada dalam 10 pasukan terbaik.

"Memang saya mahu mencipta kejutan bersama skuad kebangsaan pada perlumbaan LTdL kali ini.

"Kami mahu memberi yang terbaik dan bersedia bersaing dengan mana-mana pasukan dari luar negara," ujarnya.

Laluan perlumbaan LTdL 2009 akan bermula dari Putrajaya ke Senawang (peringkat 1) diikuti Senawang-Melaka (peringkat 2), Melaka-Johor-Melaka (peringkat 3), Melaka-Bandar Baru Bangi (peringkat 4), Petaling Jaya-Genting Highlands (peringkat 5), Batang Kali-Shah Alam (peringkat 6) dan kriterium di Dataran Merdeka (peringkat 7).

Pada kejohanan kali ini, Malaysia akan diwakili tiga pasukan iaitu pasukan kebangsaan, MCF Team (pasukan benua) dan LeTua (kelab).
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 08:39 AM | Show all posts
Latihan di Genting bulan depan

KUALA LUMPUR - Pelumba basikal lebuh raya negara seramai 21 orang akan mula berkampung sebulan di Genting Highlands pada awal Januari ini sebagai persiapan terakhir menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009.


Pengurus pasukan, Omar Saad berkata, latihan itu penting bukan sahaja untuk membina stamina malah untuk menyesuaikan diri dengan udara nipis di puncak Genting.

"Kali ini kita mahu pelumba negara dapat tahan berkayuh seperti pelumba Colombia atau Iran yang memang handal mendaki.

"Itu tujuan kita berkampung sebulan di sana bukan sahaja untuk berlatih turun naik Genting sahaja tetapi juga tidur di puncak untuk membiasakan mereka menghirup udara nipis," katanya, kepada Utusan Malaysia semalam.

Bagaimanapun sebelum naik ke Genting Highlands katanya, pelumba negara terlebih dulu akan dibawa berkayuh melalui laluan sebenar LTdL seperti di Sepang dan Melaka.

Kesemua pelumba negara ketika ini ditempatkan di Majlis Sukan Negara (MSN) sejak seminggu lalu sebelum beralih angin ke Melaka pula minggu depan.

Untuk LTdL 2009, Malaysia bakal diwakili tiga pasukan iaitu skuad kebangsaan, skuad benua Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan kelab berbasikal LeTua.

Setiap pasukan akan diwakili tujuh pelumba namun LeTua menggunakan khidmat pelumba sendiri termasuk daripada luar negara.

Menurut Omar, daripada 21 pelumba, tujuh akan digugurkan untuk senarai terakhir skuad kebangsaan dan skuad benua PKBM.

"Kita bercadang untuk menggabungkan pelumba senior dan junior dalam dua pasukan itu. Ini sebagai usaha untuk membentuk gandingan lebih mantap," jelasnya.

PKBM meletakkan sasaran muncul juara kategori Asia pada LTdL tahun depan seperti mana yang pernah mereka lakukan pada tahun 1999 lalu.


*********************************************************************************

all the best untuk LTdL ni nanti --
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 09:06 AM | Show all posts
Pelumba negara kian gagah di pentas dunia


PELUMBA negara, Josiah (kanan) dan Azizulhasni menghadiahkan pingat emas
dan gangsa kepada negara dalam acara keirin Karnival LaTrobe di Tasmania semalam



PASUKAN lumba basikal negara terus mempamerkan kegarangan di pentas antarabangsa.

Kelmarin, dua kilauan pingat berjaya diraih pada Karnival Lumba Basikal LaTrobe di Tasmania.

Josiah Ng kembali membuktikan kehebatannya apabila muncul juara acara keirin selepas menewaskan pelumba Australia, Jason Niblett.

Lebih membanggakan lagi, pingat gangsa acara itu turut menjadi milik pelumba Malaysia menerusi kejayaan jaguh muda dari Terengganu, Azizulhasni Awang.

Dalam pada itu, Josiah juga muncul satu-satunya pelumba negara yang mara ke perlumbaan akhir acara 200 meter pecut sebelum menamatkan saingan di tempat ketiga.

Emas acara ini menjadi milik Shane Perkins dari Australia yang melakukan catatan 11.32 saat.

Satu lagi emas berjaya diraih dalam acara 1,000m pecut menerusi kejayaan ratu lumba basikal negara, Fatehah Mustapa yang mencatat masa 1.12.78s.

Trio lelaki negara yang diwakili Azizuhasni, Mohd. Edrus Yunus dan Rizal Tisin turut mencuri tumpuan apabila meraih gangsa dalam acara pecut berpasukan di belakang New Zealand dan Australia.

Kejayaan yang mereka lakar itu membuktikan bahawa langkah menghantar mereka berlatih ke luar negara ada tepat selepas hasil yang sangat membanggakan itu.

"Ia keputusan yang membanggakan. Saya berharap pelumba negara terus bekerja keras mengekalkan prestasi.

"Ini mungkin sebagai permulaan sebelum mengharungi lebih banyak kejohanan besar selepas ini khususnya Sukan Olimpik London kelak," kata presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 08:51 PM | Show all posts

ayah kepada rosman alwi -
alwi ahmad.. sedang sakit teruk sekarang...

di doakan alwi bertambah sihat

- alwi ahmad - membimbing squad olympic munich 1972
juga national cyclist -

*rosman alwi - pun well known cyclist juga -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.570278 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list