CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 1-1-2009 03:25 AM | Show all posts

update news -

Juara Tour de France hangatkan LTdL

KUALA LUMPUR - Bersesuaian dengan status perlumbaan kategori Hors, kedudukan yang tertinggi dalam pertandingan lumba basikal peringkat dunia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 akan turut menampilkan aksi juara keseluruhan individu Tour de France 2008, Carlos Sastre.


Pelumba kelahiran Sepanyol berusia 33 tahun itu akan mewakili pasukan profesional benua, Cervelo Test Team yang berpangkalan di Switzerland pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 15 Februari ini.

"Dengan barisan pelumba yang mantap, kami menjangkakan edisi ke-14 tahun ini akan menjadi perlumbaan lebih mencabar walaupun membabitkan tujuh peringkat perlumbaan," kata Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Datuk Naim Mohamad dalam satu kenyataan, semalam.

Naim berkata, selain lima pasukan bertaraf profesional benua (termasuk Cervelo Test Team), empat pasukan yang menyertai sirkit pro-tour, lima pasukan benua dan lima pasukan kebangsaan.

"Pemilihan 20 pasukan untuk LTdL 2009 adalah yang paling sukar kerana kami telah menerima hampir 50 permintaan daripada pelbagai pasukan yang berbeza dari seluruh dunia," ujar Naim.


Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata, sambutan yang menggalakkan itu bermakna format perlumbaan tujuh peringkat (tujuh hari) adalah amat bersesuaian berbanding sebelum ini yang lebih panjang.

''Untuk pemilihan pasukan, kami menyedari kepentingan kategori Hors, jadi keseimbangan dengan keutamaan diberikan kepada pasukan yang kompetitif dari Eropah dan Amerika Syarikat," katanya.

Naim berkata, pihaknya juga menyokong polisi anti-doping yang ditetapkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) termasuk usaha memperkenalkan pasport biologikal di benua Asia.

"Sehubungan dengan itu, kami sudah memilih sembilan pasukan yang mematuhi program pasport biologikal iaitu empat pasukan pro-tour dan lima pasukan profesional benua," ujarnya.

LTdL 2009 yang dianjurkan bersama oleh PKBM dan Kementerian Belia dan Sukan, bakal mempertanding tujuh peringkat perlumbaan bermula di Putrajaya dan berakhir di Dataran Merdeka. -utusan -


********************************************************************************

would be stiff competition ni --- susah nak pilih team
tapi as a host malaysia dapat advantages -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 06:09 PM | Show all posts

Reply #710 stormyrain's post

same la..aku pun layan MTB je..tapi road bike pun aku suka tgk..
tak sabar nak tunggu LTDL..sebab ade live..tour2 yg lain2 tu takde live..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 09:42 PM | Show all posts
11 Januari, 2009

Pelumba Kebangsaan Tekad Tebus Kekalahan Di LTdL

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Setelah terlepas jersi hijau untuk bergelar raja pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lepas, pelumba kebangsaan Anuar Manan bertekad untuk menebusnya tahun ini pada kejohanan itu, yang dijadualkan dari 9 hingga 15 Feb.


Pelumba berusia 23 tahun itu mendapat tempat kedua keseluruhan di belakang pelumba pasukan Bouygues Telecom, Aurlien Clerc setelah tamat sembilan peringkat perlumbaan tahun lepas.

"Memang saya kecewa sebab terlepas jersi itu setelah memenanginya untuk dua peringkat iaitu ketiga dan keempat, jadi tahun ini saya memang mengharapkan untuk meraih jersi itu," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata perlumbaan di dalam kategori 'hors' itu memang mencabar dan sukar kerana terdapat banyak laluan berbukit di samping berdepan pelumba-pelumba handalan yang akan mengambil bahagian.

"Tapi saya yakin untuk menghadapi perlumbaan tahun ini melalui pengalaman yang telah dimiliki terutamanya setelah bergelar 'raja pecut' Tour de Indonesia bulan lepas.

Bagi Anuar, Tour de Indonesia merupakan gelanggang yang baik untuknya kerana perlu bersaing dengan pelumba-pelumba handalan selain mengandungi banyak laluan berbukit berbanding laluan landai.

"Walaupun merupakan pelumba pecut namun latihan juga saya tumpukan kepada laluan berbukit untuk meningkatkan prestasi saya ketika melalui laluan itu," kata bekas pelumba pasukan Le Tua itu.

Meskipun Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) belum memuktamadkan barisan pelumba untuk kejohanan itu, peluang Anuar untuk terpilih amat cerah berdasarkan prestasinya sejak dua tahun kebelakangan ini.

Malah bakatnya turut menarik perhatian pasukan dari Iran, Islamic Azad University namun atas beberapa faktor, impian itu gagal untuk dilaksanakan walaupun telah menandatangani kontrak.

"Walaupun saya baru menyertai skuad kebangsaan Oktober lepas, kerjasama dan komunikasi antara pelumba-pelumba adalah baik," katanya yang juga merupakan raja pecut Jelajah Malaysia 2007 dan 2008 serta Tour de East Java 2008.

LTdL 2009 akan menampilkan 20 pasukan dengan mempertanding tujuh peringkat perlumbaan merangkumi jarak 1,2029.9 kilometer bermula di Putrajaya dan berakhir di kriterium Kuala Lumpur.

Malaysia akan diwakili tiga pasukan iaitu pasukan kebangsaan, MCF dan Le Tua yang menampilkan enam pelumba setiap pasukan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 09:43 PM | Show all posts
Originally posted by eco_internet at 8-1-2009 06:09 PM
same la..aku pun layan MTB je..tapi road bike pun aku suka tgk..
tak sabar nak tunggu LTDL..sebab ade live..tour2 yg lain2 tu takde live..




tu yang saya suka juga... sebab ada live...

nak2 tengok yang kat genting... best --
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 06:22 AM | Show all posts
LTdL 2009: Garmin kembali dengan imej baru


CHRISTIAN antara pelumba yang akan mengetuai cabaran
pasukan Garmin-Slipstream Pro Cycling Team pada LTdL 2009.


PASUKAN Garmin-Chipotle kembali dengan nama baru, Garmin-Slipstream Pro Cycling Team.

Kehadiran mereka akan menambahkan lagi saingan pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang dijadualkan bermula pada 9 hingga 15 Februari ini.


Pasukan dari Amerika Syarikat itu adalah antara 19 pasukan yang akan menyerikan LTdL 2009.

Kali terakhir pasukan tersebut beraksi pada jelajah paling berprestij di Asia yang berstatus Hors itu ialah pada tahun 2007.

"Dua tahun lalu, kami adalah penganjur pertama yang mengundang Slipstream (yang kini dikenali sebagai Garmin-Slipstream) menyertai acara berstatus Hors ini kerana kami berpendapat pasukan ini mempunyai masa depan yang cerah dan kami gembira mereka berminat untuk kembali tahun ini.

"Kami gembira apabila Garmin-Slipstream kini diakui sebagai salah satu pasukan paling kompetitif di dunia khususnya pada perlumbaan Tour de France dan perlumbaan klasik utama," kata Ketua Pegawai Operasi LTdL 2009, Datuk Naim Mohamad.

Pasukan itu yang menduduki tempat kelima keseluruhan pada LTdL 2007 turut menyertai perlumbaan Tour of Qatar pada 1 hingga 6 Februari ini.

Naim berkata pasukan itu kini mempunyai 29 pelumba berbakat termasuk pelumba yang pernah memenangi Tour de France, Giro d'Italia dan juga pemenang pingat emas pada kejohanan dunia serta Sukan Olimpik.

Bagi tahun 2009, pasukan Garmin-Slipstream membariskan pelumba hebat seperti Christian Vande Velde, David Millar, Bradley Wiggins, Julian Dean, David Zabriskie dan juga Svein Tuft.

Katanya Christian yang berasal dari Illinois, Amerika Syarikat adalah pelumba paling cemerlang apabila menamatkan musim 2008 dengan status pelumba berbakat dunia.

"Pelumba berusia 33 tahun itu menamatkan kalendar 2008 dengan melakarkan pencapaian hebat apabila menduduki tempat keempat pada Tour de France 2008 dan juga membawa pulang jersi kuning daripada Tour of Missouri,"" katanya.

Naim berkata seorang lagi pelumba pasukan itu, David Millar, 32, pula pernah mencatatkan sejarah apabila mencipta menjadi pelumba termuda memenangi jersi kuning pada Tour de France sekali gus menewaskan Lance Armstrong pada perlumbaan peringkat pertama saingan musim 2000.

"Dengan dibarisi pelumba yang berbakat, saya yakin Garmin-Slipstream akan berusaha keras untuk memberikan saingan sengit kepada 19 lagi pasukan lain pada LTdL kali ini," katanya.

Perlumbaan LTdL edisi ke-14 kali ini yang merangkumi jarak sejauh 1,029.9km akan mempertandingkan tujuh peringkat laluan bermula di Putrajaya ke Senawang (perlumbaan peringkat pertama), Senawang ke Melaka (perlumbaan peringkat kedua), Melaka (perlumbaan peringkat ketiga); Melaka ke Bandar Baru Bangi (perlumbaan peringkat keempat), Petaling Jaya ke Genting Highlands (perlumbaan peringkat kelima), Batang Kali ke Shah Alam (perlumbaan peringkat keenam) dan Kriterium Kuala Lumpur (perlumbaan peringkat ketujuh).

Sementara itu, pasukan Perancis, Bbox-Bouygues Telecom mendapat tenaga baru pada perlumbaan tahun ini apabila menyenaraikan bintang baru dari Jepun, Yukiya Arashiro dalam pasukan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 06:10 AM | Show all posts
LTdL 2009: 24 pelumba intai peluang


SUHARDI (kanan) dan Ahmad Haidar antara
pelumba yang menyertai sesi pemilihan LTdL 2009.


SERAMAI 24 pelumba sedang menjalani sesi pemilihan bagi Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang akan bermula 9 hingga 15 Februari depan.

Antara pelumba lebuh raya yang menyertai sesi pemilihan tersebut ialah Suhardi Hassan, Anuar Manan, Mohd. Faris Abd. Razak, Mohd. Firdaus Daud, Mohd. Zamri Salleh dan Ahmad Haidar Anuawar.

Pengerusi Eksekutif LTdL, Abu Samah Abd. Wahab berkata, hanya 12 pelumba yang akan dipilih sebelum mereka dibahagikan kepada pasukan kebangsaan dan MCF Cycling Team.

Katanya, sesi pemilihan telah bermula Selasa lalu dan ia melibatkan empat peringkat.

"Pada peringkat pertama, para pelumba memulakan kayuhan di Putrajaya hingga ke Senawang. Ini bagi membolehkan para pelumba membiasakan diri dengan keadaan perlumbaan nanti.

"Kami berterima kasih dengan kerjasama dan sokongan semua pihak terutama sekali Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu mengawal lalu lintas," katanya.

Katanya, tiga lagi sesi pemilihan akan melibatkan laluan peringkat tiga LTdL 2009 (Melaka), peringkat empat (Melaka ke Bandar Baru Bangi) dan peringkat lima (Petaling Jaya ke Genting Highlands).

Sementara itu, pengurus MCF Cycling Team, Omar Saad berkata, kemenangan para pelumba pada sesi pemilihan itu tidak menjanjikan tiket automatik penyertaan ke LTdL 2009.

"Yang penting, jurulatih skuad lebuh raya, Jamaluddin Omar dan Ng Joo Ngan akan memerhatikan bagaimana para pelumba bekerja secara berkumpulan. Kita mahukan pelumba boleh membuat kerja bagi kejayaan pasukan," katanya yang menyelaraskan empat peringkat sesi pemilihan itu.

Omar menambah, ujian kecergasan yang diadakan minggu lepas juga merupakan salah satu kriteria yang akan diambil bagi memutuskan pelumba terbaik untuk menyertai perlumbaan jelajah berprestij di Asia itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2009 08:56 AM | Show all posts
LTDL: 12 pelumba galas cabaran

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah memutuskan senarai 12 pelumba yang akan mewakili negara pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang akan berlangsung pada 9 hingga 15 Februari depan.


Enam pelumba akan mewakili pasukan kebangsaan (Malaysia) manakala enam pelumba lagi akan menyarung jersi pasukan berstatus benua, MCF Continental Team dengan masing-masing mempunyai seorang pelumba simpanan.

"Pemilihan 14 (12 pelumba dan dua pelumba simpanan) daripada 24 pelumba dibuat berdasarkan sesi pemilihan yang diadakan beberapa hari lepas dengan melalui tiga peringkat sebenar perlumbaan," kata pengurus pasukan kebangsaan, Amrun Misnoh semalam.

Amrun berkata selain keupayaan individu, kerjasama berpasukan, mental dan fizikal, penilaian dari segi kecergasan juga dibuat oleh Institut Sukan Negara (ISN) di kalangan pelumba yang terlibat dalam sesi latihan itu.

"PKBM merasakan tahun ini merupakan persiapan terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan ISN," katanya.

Amrun berkata daripada 12 pelumba ini, PKBM mensasarkan salah seorang untuk memenangi satu peringkat perlumbaan iaitu pada peringkat keempat dari Melaka ke Bandar Baru Bangi, Selangor sejauh 221 kilometer.

"Untuk skuad kebangsaan kita seboleh-bolehnya mahu jersi hijau (pecut) menjadi milik Anuar Manan yang menduduki tempat kedua pada tahun lepas dalam kategori itu," katanya.

Bagi pasukan MCF Continental Team, sasaran mereka ialah untuk menjuarai kategori Asia dan menduduki sekurang-kurangnya 15 pasukan terbaik secara keseluruhan.

"Bermula pada Isnin ini, kita akan meneruskan latihan intensif untuk dua pasukan ini di Genting Highlands selama dua minggu sebagai persiapan terakhir sebelum LTdL 2009," katanya.

LTdL yang memasuki edisi ke-14 akan melalui tujuh peringkat perlumbaan dengan menampilkan 20 pasukan.

Kayuhan bermula di Putrajaya dan berakhir di Kuala Lumpur.


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 05:42 AM | Show all posts
Uji kekuatan kaki di Genting



LOH SEA KEONG akan menggalas tugas penting pada peringkat pendakian LTdL 2009.

PENDAKIAN ke Genting Highlands akan menjadi destinasi latihan terakhir skuad lumba basikal negara menjelang Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 pada 9 hingga 15 Februari depan.

Jurulatih MCF Continental Team, Jamaludin Omar berkata, latihan selama dua minggu bermula semalam melibatkan 14 pelumba (tujuh pelumba skuad kebangsaan dan tujuh pelumba MCF Continental Team).

"Tujuan utama kita membuat program ini adalah bagi meningkatkan daya tahan pelumba-pelumba negara yang sering ketinggalan apabila melalui peringkat pendakian ini," katanya semalam.

Menurutnya, pada edisi- edisi sebelum ini, pelumba-pelumba tempatan menunjukkan kelemahan yang sangat ketara apabila melibatkan peringkat pendakian sama ada ke puncak Genting Highlands atau Bukit Fraser.

"Semua pelumba akan berkampung di puncak Genting Highlands untuk menjalani latihan selama tiga hingga empat jam sehari serta dipantau oleh pegawai-pegawai dari Institut Sukan Negara (ISN)," katanya.

Jamaludin berkata, sebagai jurulatih beliau hanya boleh menyumbang 30 peratus sahaja manakala gabungan pelumba dan mesin (basikal) sebenarnya membentuk 50 peratus jika ingin mencapai kejayaan.

"Tempoh dua minggu memang tidak mencukupi untuk membina ketahanan tetapi sekurang-kurangnya dengan latihan ini ia akan dapat membantu mereka untuk mengatur strategi," katanya.

Selain itu jelasnya, latihan ini diharapkan dapat membentuk kerjasama terutama di kalangan pelumba-pelumba yang dianggap pakar dalam pendakian seperti Loh Sea Keong, Mohd. Zamri Salleh, Mohd. Rauf Nur Misbah dan Mohd. Faris Abd Razak walaupun mereka mewakili dua pasukan berbeza.

LTdL 2009 bakal mempertandingkan tujuh peringkat perlumbaan di mana acara pendakian dijadualkan berlangsung pada peringkat kelima.

Pada peringkat itu, semua pelumba akan melakukan pendakian ke puncak Genting Highlands setinggi 1679.2 meter daripada aras laut.

Sebelum mengharungi zon pendakian, pelumba juga akan mengharungi tiga zon pecut di Paya Jaras, Rawang dan Gombak.

LTdL 2009 yang menampilkan 20 pasukan adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PK- BM).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 10:55 PM | Show all posts

   PRIDE OF MALAYSIA: World No 1 keirin rider Azizul Hasni
Awang with his gold medal at the Keirin World Cup in Beijing.
- Picture by Izhari Ariffin
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 06:48 AM | Show all posts
Pelumba LTdL diarah jalani ujian air kencing

Oleh TAUFEK RAZAK


KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) melakukan pengawasan rapi ke atas 14 pelumba Le Tour de Langkawi (LTdL) negara dengan mengadakan ujian kencing setiap hari sejak seminggu yang lalu.


Pengurus pasukan, Omar Saad berkata, ini bagi memastikan kesemua mereka bebas daripada bahan terlarang dan mendapat pemakanan yang seimbang.

"Bab pemakanan amat dititik-beratkan ketika ini dan apa yang diambil pelumba akan diawasi ISN dengan teliti.

"Setiap pagi air kencing pelumba akan diambil dan makanan mereka akan ditetapkan khusus untuk menghadapi perlumbaan edisi ke-14 itu nanti," katanya, semalam.

Ketika ini semua pelumba berkampung di Awana Genting selama 12 hari sehingga 1 Februari ini. Mereka dijangka kembali ke Bukit Jalil sehingga bermulanya LTdL.

Malaysia menghantar dua pasukan iaitu skuad kebangsaan dan skuad benua Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)

Malaysia diwakili Anuar Manan, Ahmad Haidar Anuawar, Loh Sea Keong, Wan Mohd. Najmie Wan Mohamad, Ahmad Palanie Ali, Mohd. Zamri Salleh, Mohd. Fadli Anuar (simpanan).

Sementara skuad benua PKBM dibarisi Mohd. Akmal Amrun, Amir Mustafa Rosli, Suhardi Hassan, Mohd. Rauf Nur Nisbah, Mohd. Faris Abd Razak, Mohd. Nor Riduan Zainal, Firdaus Daud (simpanan).

Menurut Omar, walaupun memiliki dua pasukan berbeza, cabaran negara kali ini akan digabungkan sebagai satu pasukan.

"Fokus kami ialah menyatukan komitmen 12 pelumba agar berganding bahu sebagai satu pasukan dan bukannya dua," tegasnya.

LTdL 2009 akan berlangsung sebanyak tujuh peringkat dari 9-15 Februari ini dengan menampilkan 20 pasukan, memulakan kayuhan di Putrajaya dan berakhir di Kuala Lumpur.


****************************************************************************

memang patut sangat jalani ujian air kencing tu --
tak nak - bila menang ni - kena lucutkan gelaran
gara2 steroid pulak.. memalukan pula - so biar
cyclist yang legit masuk compete  -
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2009 12:39 PM | Show all posts
Najmee kembali ke LTdL
Oleh Aida Adilah Mat

TIGA tahun menyepi dan penampilan buat kali ketiga dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), Wan Mohd Najmee Wan Mohamad mengharapkan tuah angka tiga akan mengiringinya dalam usaha mencipta kejayaan sebagai pelumba basikal negara.

Pelumba yang berasal dari Kuala Lumpur itu mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada kancah lumba basikal negara, bukan kerana merajuk atau membawa diri sebaliknya memberi tumpuan yang lebih kepada basikal bukit.

Najmee yang ditemui di Genting Highlands kelmarin berkata, peluang yang diberikan oleh jurulatih negara, Jamaludin Omar, akan digunakan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan jurulatih itu selepas memilihnya mengibarkan cabaran skuad kebangsaan Malaysia.

揗emang saya akui untuk kembali mendapatkan semula kekuatan seperti tiga tahun lalu agak sukar namun itu bukan satu masalah besar terutama apabila mendapat sokongan daripada rakan-rakan biarpun menunggang basikal bukit dan basikal lebuh raya banyak bezanya.


揝aya akan cuba memberikan yang terbaik, itu ikrar saya. Bagaimanapun saya mensasarkan untuk berada dalam kelompok 20 pelumba terbaik. Berdasarkan prestasi semasa, jika saya mampu mencapai sasaran itu, ia sudah cukup memuaskan,
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 08:51 AM | Show all posts
Kedudukan pelumba MCF Continental belum terjamin

KUALA LUMPUR - Pengurus pasukan MCF Continental, Omar Saad mengingatkan 12 pelumbanya bahwa kedudukan mereka pada Le Tour de Langkawi (LTdL) masih belum terjamin sepenuhnya.

Ia sebaliknya akan bergantung kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pelumba-pelumba yang kini sedang giat menjalani latihan fasa akhir di Genting Highlands selama dua minggu bermula Isnin lepas hingga 1 Februari ini.

"Kita akan mengadakan satu mesyuarat sehari atau dua hari sebelum kejohanan bermula bagi menentukan barisan 12 pelumba terakhir iaitu enam untuk pasukan MCF Continental dan enam untuk Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Omar berkata, kem latihan skuad kebangsaan kini mempunyai 15 pelumba termasuk Mohd. Arif Salleh yang dipanggil semalam untuk menjalani latihan.

"Peluang untuk Mohd. Arif serta dua pelumba simpanan iaitu Mohd. Firdaus Daud dan Mohd. Fadli Anuar belum lagi tertutup kerana pada pemerhatian saya beberapa pelumba gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya amat tegas dalam membuat keputusan akhir dengan hanya pelumba yang memberikan persembahan dan prestasi terbaik akan disenaraikan pada edisi ke-14 LTdL yang akan bermula pada 9 Februari ini.

Mengenai latihan pelumba, Omar berkata, pihak keselamatan Genting Highlands hanya membenarkan mereka menggunakan laluan itu sehingga hari ini sahaja.

"Setelah berbincang dengan jurulatih MCF, Jamaludin Omar, keperluan untuk menjalani latihan pendakian terutamanya ke puncak Genting Highlands adalah tidak mendesak kerana tujuan utama latihan adalah untuk membiasakan laluan itu kepada para pelumba," katanya.

Omar bagaimanapun berkata, beliau akan menunggu maklum balas daripada Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab yang mungkin telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan tertinggi Genting Highlands mengenai perkara itu.

Omar pada Khamis lepas mendedahkan pelumba-pelumba kebangsaan tidak dibenarkan menggunakan laluan ke Genting Highlands atas faktor keselamatan kerana pusat percutian itu bakal menjadi tumpuan kerana sambutan Tahun Baru Cina bermula hari ini.

"Kita telah pun memikirkan alternatif lain seperti ke Tanjung Malim dan Slim River, Perak sebagai laluan jika gagal mendapat kelulusan pihak pengurusan Genting Highlands," katanya.

LTdL 2009 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama PKBM akan mempertandingkan tujuh peringkat perlumbaan dengan menampilkan 20 pasukan akan diadakan sehingga 15 Februari depan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 06:24 AM | Show all posts
Mampu ulangi kejayaan



AHMAD HAIDAR diberi kepercayaan mewakili
pasukan kebangsaan pada LTdL 2009.


PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yakin skuad kebangsaan dan MCF yang ada kini dapat mengulangi pencapaian pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 1999.

Pengerusi Eksekutif LTdL, Abu Samah Abd. Wahab berkata, persiapan kedua-dua skuad pada saingan kali ini lebih rapi berbanding perlumbaan LTdL sebelumnya.

"Kita baru saja mengadakan sesi pemilihan dan diharap 14 pelumba yang telah dipilih ini berusaha keras bagi memperbaiki pencapaian skuad negara yang memenangi juara keseluruhan berpasukan kategori Asia pada LTdL 1999," katanya yang juga merupakan Presiden PKBM.

Skuad kebangsaan pada LTdL edisi ke-14 ini dibarisi Anuar Manan, Loh Sea Keong, Ahmad Haidar Anuawar, Ahmad Fallanie Ali, Wan Mohd Najmie Wan Mohamad, Mohd Zamri Salleh dan Mohd. Harif Salleh (simpanan).

Pelumba MCF pula terdiri daripada Mohd. Akmal Amrun, Amir Mustafa Rosli, Mohd. Nor Riduan Zainal, Mohd. Rauf Nur Misbah, Mohd. Faris Abd Razak, Suhardi Hassan dan Mohd. Firdaus Daud (simpanan).

Sementara itu, pengurus skuad kebangsaan, Amrun Misnoh berkata, PKBM mensasarkan supaya skuad kebangsaan berjaya memenangi jersi raja pecut menerusi Anuar Manan yang pernah menempa nama semasa LTdL 2008.

Katanya, skuad MCF pula diharap mampu menjuarai kategori berpasukan Asia dan menduduki tempat ke-15 terbaik kategori berpasukan keseluruhan.

"Saingan kali ini pastinya hebat daripada pasukan Iran dan Afrika Selatan. Kebanyakan pasukan yang menyertai LTdL kali ini sudah biasa menyertai LTdL," katanya.

Amrun berkata, para pelumba kini giat menjalani latihan di Genting Highlands kerana laluan perlumbaan kali ini mempunyai banyak laluan berbukit.

"Selepas menguji empat peringkat laluan sebelum ini, jurulatih yang terdiri daripada Jamaluddin Omar dan Ng Joo Ngan mendapati laluan perlumbaan kali lebih banyak beralun dan Genting Highlands merupakan tempat yang paling sesuai untuk membiasakan para pelumba," katanya.

Amrun berkata, kriteria pemilihan pelumba kali ini ialah menerusi keupayaan, kemampuan dan pengalaman pelumba serta berpandukan ujian sistematik yang telah diadakan bersama Institut Sukan Negara (ISN).

"Biarpun sebelum ini sesi pemilihan disertai 24 pelumba tetapi tidak semestinya pemenang dalam sesi pemilihan itu dipilih.

"Bagaimanapun kebanyakan pelumba yang terpilih mewakili negara pada LTdL kali ini merupakan pemenang dalam sesi pemilihan," katanya.

Beliau berkata, senarai pelumba yang dipilih juga telah dimaklumkan kepada ketua jurulatih, John Beasley yang kini berada di Australia.

LTdL 2009 yang merangkumi jarak perlumbaan sejauh 1036.3 kilometer akan mempertandingkan tujuh peringkat laluan.

Peringkat pertama dari Putrajaya ke Senawang, peringkat dua (Senawang ke Melaka), peringkat tiga (Melaka), peringkat empat (Melaka ke Bandar Baru Bangi), peringkat lima (Petaling Jaya ke Genting Highlands), peringkat enam (Batang Kali ke Shah Alam) dan peringkat tujuh (Kriterium Kuala Lumpur).
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 08:21 AM | Show all posts
tumpang tanye..basikal macamane yang sesuai untuk senaman, perempuan, n brape harga dia ek? thanx.

p/s: sori kalau salah topik
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by suwiiittt at 4-2-2009 08:21 AM
tumpang tanye..basikal macamane yang sesuai untuk senaman, perempuan, n brape harga dia ek? thanx.

p/s: sori kalau salah topik



cuba check balik post2 dari depan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 07:01 AM | Show all posts
Siapa jaguh baru LTdL?

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH




NAIM (kanan) menyerahkan replika jersi kuning kepada
Mohd. Nadzmi pada Majlis penyerahan tajaan oleh Proton
di Shah Alam semalam.



SELEPAS ketiadaan juara bertahan, Ruslan Ivanov, Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 15 Februari ini bakal menyaksikan kemuncu- lan jaguh baru.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Datuk Naim Mohamad memberitahu, ketiadaan Ivanov pada perlumbaan edisi ke-14 tahun ini sudah pastinya membuka laluan kepada 120 pelumba lain membuktikan kehebatan mereka untuk menyarung jersi kuning (juara keseluruhan).

Biarpun tanpa kehadiran pelumba Rusia itu yang beralih kepada sukan pendakian, Naim memberitahu bahawa LTdL 2009 kali ini masih tetap menjanjikan satu pertarungan yang sengit semua pelumba dari 35 negara itu.

"Edisi tahun ini menyaksikan juara tahun lepas, Ruslan Ivanov dari Rusia tidak akan turun mempertahankan jersi kuning yang dimenanginya," kata Naim pada Majlis Penyerahan Jersi Kuning dan Kereta Rasmi LTdL oleh Proton semalam.

"Jadi ia pastinya memberi peluang kepada 120 pelumba dari 35 negara, termasuk pelumba negara dan MCF, untuk memenangi jersi kuning iaitu juara keseluruhan perlumbaan ini.

"Justeru, kejohanan edisi kali ini sudah pasti menyaksikan seorang jaguh baru lumba basikal akan lahir dalam perlumbaan di negara kita ini dan saya harap juara itu adalah pelumba dari negara kita," ujar Naim yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Naim juga memandang sinis ramalan sesetengah pihak bahawa pelumba negara tidak mampu melakar kejutan dengan menjuarai perlumbaan bagi kategori keseluruhan dan juga Asia.

"Siapa kata pelumba negara tidak mampu memenanginya?" tanya Naim.

"Saya berani katakan bahawa pelumba kita berpeluang untuk mencatat kejutan dalam perlumbaan ini, cuma saya akui bahawa ia bukan satu tugas yang mudah.

"Kejohanan bertaraf Hors ini adalah kejohanan yang berprestij dan sudah pasti ia disertai oleh ramai pelumba dari pasukan jelajah profesional.

"Tapi kita tidak boleh perkecilkan kemampuan pelumba kita. Saya jamin mereka akan berusaha dengan bermati-matian untuk menang," kata Naim lagi.

Sebagai rekod, sejak 14 tahun penganjuran kejohanan ini, gelaran kejuaraan kategori keseluruhan dan Asia masih lagi belum dimenangi pelumba negara.

Tanpa kehadiran Ivanov, rakan senegaranya yang juga pelumba muda, Alexandre Pliushin dari pasukan Ag2r-La Mondiale serta jaguh bukit tahun lepas dari Colombia, Jose Serpa sudah pasti menjadi pilihan menyarung jersi kuning yang ditaja oleh Proton dan syarikat telekomunikasi gergasi negara, Telekom Melaka (TM).

Sementara itu, pada majlis semalam, Proton yang diwakili pengerusinya, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh menyerahkan tajaan 150 kereta nasional negara bagi kegunaan rasmi sepanjang tujuh hari perlumbaan tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 06:56 AM | Show all posts
Lumba basikal miliki potensi besar

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH



FATEHAH antara pelumba wanita negara
yang semakin menyinar ketika ini.



KETIKA peminat sukan tanah air sering memberi tumpuan kepada sukan popular seperti bola sepak, hoki dan badminton, sebenarnya mereka terlupa bahawa lumba basikal juga tidak kurang hebatnya.


Tidak dinafikan lagi lumba basikal adalah sukan yang paling menunjukkan peningkatan positif sejak beberapa tahun ini.


AZIZULHASNI jelas mempamerkan
peningkatan hasil bimbingan Beasley.


Pelbagai kejayaan telah diraih pelumba negara dalam banyak kejohanan yang disertai tidak kira dari dalam mahupun luar negara dan semuanya adalah hasil daripada keterapian program yang dirancang oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Mungkin ramai yang sangsi dengan hakikat ini, namun jika dilihat kepada sejarah sukan negara, lumba basikal adalah antara sukan yang banyak memberi peluang anak tempatan kita beraksi di temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik.

Berdasarkan rekod, bekas jaguh trek negara, Rosman Alwi pernah beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984 dan Seoul 1988.

M. Kumaresan turut beraksi pada temasya Seoul 1988 bersama Rosman. Dia juga membawa cabaran Malaysia pada temasya Barcelona 1992.

Sebelum itu, Andrew Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng Joo Pong, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San dan Tuow Choon Boon pula menggalas nama negara buat kali pertama pada temasya 1964 di Tokyo.

Walaupun lumba basikal masih belum mampu menyumbang pingat di pentas Olimpik, namun hakikatnya, sukan ini sudah mula menunjukkan sedikit harapan untuk mengharumkan nama negara suatu masa nanti.

Lupakan seketika bola sepak, hoki, gimrama atau badminton yang diserang prestasi tidak menentu dan cuba kita alihkan tumpuan kepada sukan dua roda ini.

Tahun lepas saja dua pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Anuar Manan masing-masing mencipta kejutan dalam kejohanan yang disertai iaitu Piala Dunia di Melbourne dan Beijing serta Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL).

Malah ramai lagi pelumba generasi muda seperti Ahmad Haidar Anwar, Mohd Rizal Tisin, Fatehah Mustapa, Ahmad Fauzan Ahmad Lutfi mula menyinar di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman seperti John Beasley, Jamaluddin Omar dan Ng Joo Ngan.

Jadi apakah sebenarnya ramuan PKBM yang diterajui Abu Samah Abd. Wahab dan Datuk Naim Mohamad dalam melahirkan ramai bakat-bakat baru yang sudah mula menyinar dalam sukan lumba basikal di persada antarabangsa ini?

"Sebenarnya kejayaan kita melahirkan ramai pelumba-pelumba muda yang berbakat seperti Azizulhasni, Anuar Manan, Rizal Tisin dan ramai lagi adalah hasil dari program pembangunan dari peringkat akar umbi seperti Sport Excel, Sukan Malaysia (Sukma) dan banyak lagi," kata Naim baru-baru ini.

"Tapi yang lebih memainkan peranan utama kejayaan pelumba kita sejak kebelakangan ini ialah perancangan dan persediaan program latihan yang tersusun dan juga penyertaan dalam pelbagai kejohanan di luar negara sejak beberapa tahun yang lepas.

"PKBM telah lama beranggapan jika kita mahu mengembangkan lagi kemampuan pelumba-pelumba negara, selain latihan yang betul, mereka juga perlu merasai sendiri suasana di dalam pertandingan ketika bersaing dengan pelumba-pelumba profesional negara lain.

"Inilah sebenarnya yang banyak membantu pelumba kita meningkatkan lagi kemampuan mereka ke tahap yang maksimum. Jika kita hanya mampu melahirkan bakat-bakat baru saja, tapi tiada kesinambungan dalam program latihan dan pendedahan, saya rasa kita tidak akan menikmati pencapaian yang baik seperti ini," kata Naim lagi.



AZIZULHASNI (kiri) dan Rizal mampu pergi lebih
jauh dalam arena lumba basikal antarabangsa.


Bagi bekas pelumba kebangsaan, Rosman Alwi pula, dia bersetuju bahawa peningkatan yang dipamerkan oleh pelumba negara ketika ini adalah hasil daripada pendedahan dan pengalaman menyertai banyak kejohanan di luar negara.

"Dalam mana-mana sukan pun pengalaman dan pendedahan adalah perkara penting dalam menentukan kejayaan seseorang atlet itu," kata Rosman.

"Semakin banyak atlet itu didedahkan dengan saingan dan suasana dalam pertandingan yang kompetetif, maka semakin banyak ilmu dan pengetahuan yang akan dikutipnya.

"Oleh itu jika atlet itu didedahkan dalam kejohanan lebih awal iaitu di peringkat usia muda, tidak mustahil dia akan muncul sebagai prospek terbaik untuk muncul juara.

"Ketika zaman saya dahulu, tidak banyak kejohanan kompetetif yang kita mampu sertai kecuali Sukan SEA, Sukan Asia, Komanwel dan sebagainya. Dengan kata lain tidak banyak kejohanan terbuka luar negara yang kita mampu hantar pelumba menagih pengalaman.

"Tapi sekarang, dengan usaha dari Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan PKBM sendiri, saya rasa tidak mustahil pelumba negara akan menjadi antara pencabar baru kepada pasukan-pasukan dari benua lain," ujar Rosman lagi.



AKSI Azizulhasni (depan) ketika bersaing pada
temasya Sukan Olimpik 2008 di Beijing.



Begitupun, kesemua kejutan dan kejayaan ini banyak dilakar menerusi acara trek dan pecut, namun bagaimana pula dengan pencapaian negara dalam acara lebuh raya?

Menurut Naim yang mengetuai penganjuran Kejohanan Le Tour de Langkawi 2009 bermula pada 9 hingga 15 Februari ini, selepas perancangan dan program yang dibuat ke atas pelumba pecut dari acara trek mula membuahkan hasil, PKBM kini sudah merangka satu perancangan jangka panjang dengan kerjasama pihak MSN.

"Saya akui skuad lebuh raya kita masih lagi gagal menyerlah di pentas antarabangsa seperti skuad trek negara," kata Naim ketika majlis penajaan LTdL bersama Milo baru-baru ini.

"Kita sudah buktikan yang kita boleh menang pingat emas dalam acara trek, jadi saya yakin kita mampu melakukan perkara yang sama dalam acara lebuh raya, basikal bukit mahupun BMX.

"Oleh itu, bagi memastikan kita juga mampu melahirkan jaguh dalam acara-acara tersebut, skuad lebuh raya kebangsaan buat pertama kali akan diletakkan di bawah program MSN mulai tahun ini dengan sasaran utama layak ke Sukan Olimpik 2012 di London dan meraih pingat pada Sukan Olimpik 2016.

"Dengan bantuan khusus dari kerajaan, kita boleh berjaya. Kita juga sudah ada program pelapis yang mana mampu menyumbang ke dalam skuad elit.

"Malah, LTdL 2009 yang berlangsung Februari ini juga merupakan medan ujian pertama untuk kita mengenalpasti pelumba lebuh raya berbakat yang mampu merealisasikan impian layak ke Sukan Olimpik 2012 di London," katanya lagi.




Jelas sekali penganjuran kejohanan seperti LTdL dan Jelajah Malaysia juga memainkan peranan tersendiri dalam melahirkan pelumba-pelumba berkualiti ketika ini.

Malah, tidak disangkal lagi bahawa prestasi pelumba lebuh raya dan pecut juga banyak meningkat hasil dari saingan pelumba profesional dunia yang lain dan ini diakui sendiri oleh presiden PKBM, Abu Samah.

"LTdL memang memainkan peranan besar bukan sahaja sebagai sukan pelancongan tetapi juga dalam mengetengahkan bakat pelumba kita ke peringkat antarabangsa," kata Abu Samah baru-baru ini.

"Oleh itu saya berpendapat, LTdL perlu diteruskan supaya peluang akan lebih terbuka luas buat pelumba kita mengasah bakat dan menarik perhatian pasukan profesional luar negara.

"Dalam hal ini, LTdL ternyata berkesan. Pada saya tidak kira siapa yang menganjurkannya baik kerajaan mahupun swasta selepas ini, yang penting, ia perlu terus diadakan.

"Kita akan memperbaiki lagi program pembangunan untuk mengenal pasti lebih ramai pelumba berbakat. Sekarang ini, kita bukan sahaja ada skuad kebangsaan tetapi juga pasukan benua sendiri yang dibarisi pelumba-pelumba muda.

"Ada sesetengah penganjur perlumbaan, mereka tidak minat jemput pasukan kebangsaan. Di sinilah peranan pasukan benua akan digunakan untuk kita menyertai lebih banyak perlumbaan di luar negara. Penubuhan kelab persendirian seperti Le Tua juga turut menyumbang ke arah itu.

"Dalam menyusun semula pengurusan lumba basikal lebuh raya negara, PKBM akan terus memberi kepercayaan kepada jurulatih tempatan, Jamaluddin Omar yang akan melatih pelumba kita menerusi program yang diaturkan.

"Saya harap dengan gabungan kedua-dua jurulatih berpengalaman ini, pelumba lebuh raya kita akan mula menyinar suatu masa nanti," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 06:57 AM | Show all posts
Pelumba negara sedia sahut cabaran



BARISAN pelumba yang diberi kepercayaan membawa nama negara pada edisi LTdL 2009.


SERAMAI 12 pelumba yang akan mewakili pasukan kebangsaan dan MCF sudah bersedia menyahut cabaran perlumbaan paling berprestij di Asia, Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009.


Pengerusi Eksekutif LTdL, Abu Samah Abd. Wahab berkata, senarai akhir ini dipilih berdasarkan prestasi semasa para pelumba terutama sekali semasa latihan pusat yang diadakan selama dua minggu di Genting Highlands.

"Selepas pelumba pulang dari Genting Highlands, Institut Sukan Negara (ISN) sekali lagi telah mengadakan pemeriksaan kesihatan dan kecergasan terhadap setiap pelumba.

"Hasil keputusan itu adalah sangat baik dan meyakinkan kami untuk tetap mengekalkan 12 pelumba yang telah disenaraikan sebelum ini," katanya.

Pasukan kebangsaan yang dikendali jurulatih Jamaluddin Omar akan dibarisi Loh Sea Keong, Wan Mohd Najmie Wan Mohamad, Ahmad Fallanie Ali, Mohd. Zamri Salleh, Ahmad Haidar Anuawar, Anuar Manan dan pelumba simpanan, Mohd. Fadli Azmi.

Pelumba MCF yang dilatih oleh Ng Joo Ngan diwakili Mohd. Akmal Amrun, Amir Mustafa Rosli, Suhardi Hassan, Mohd. Rauf Nur Nisbah, Mohd. Faris Abd Razak, Mohd. Nor Riduan Zainal dan pelumba simpanan, Mohd. Firdaus Daud.

"Tentang tekanan dan tumpuan yang diterima Anuar Manan pada kali ini, saya rasa selepas pelumba itu menempa nama pada LTdL tahun lepas, dia seakan menjadi ikon kepada sukan ini.

"Saya harapkan pelumba dari Terengganu itu tidak begitu tertekan. Kejayaan beliau sebelum ini pun adalah daripada hasil bantuan rakan sepasukan," tambah Abu Samah.

LTdL 2009 akan mempertandingkan tujuh peringkat laluan yang membuka tirainya esok dengan persaingan bermula di Putrajaya dan berakhir dengan kriterium di Dataran Merdeka.

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 06:59 AM | Show all posts

suspense.. juga ni -  start esok  LtdL  --
tak sabar nak tengok  dan hopefully
pelumba2 kita dapat buat yang terbaik
dan buat kejutan sikit... dah practice semua
dan persediaan rapi... harap buahkan hasil -
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 09:29 AM | Show all posts
Debaran LTdL 2009 bermula hari ini



PASUKAN LeTua bakal menjadi tumpuan dengan
kehadiran pelumba berpengalaman.



KEJOHANAN Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009  yang bermula hari ini memberi peluang kepada skuad lebuh
raya kebangsaan membuktikan keupayaan di pentas antarabangsa.


Seramai 12 pelumba, enam yang bakal menyarung jersi Malaysia dan enam jersi pasukan MNCF perlu mengikuti jejak skuad trek yang berpangkalan di Melbourne, Austraia yang mencipta kejayaan demi kejayaan pada peringkat dunia sejak Sukan Olimpik Beijing tahun lepas.

"Pelumba trek telah membuktikan bahawa sukan lumba basikal negara boleh diangkat ke peringkat antarabangsa, jadi terpulanglah kepada pelumba lebuh raya pula untuk turut membuktikannya.

"Kita tidak mahu pelumba-pelumba tempatan sekadar melengkapkan penyertaan dan menghiasi pertandingan, sebaliknya perlu mencapai sesuatu," kata Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad.

Naim yang juga Ketua Pegawai Operasi LTdL 2009 berkata mulai tahun ini, keseluruhan program pasukan lebuh raya diletak di bawah Majlis Sukan Negara (MSN), jadi segala keperluan pasukan lebih mudah untuk dipenuhi tanpa sebarang halangan, terutama dari segi kos.

PKBM dilihat menghantar barisan terbaik seperti Anuar Manan, Ahmad Haidar Anuawar, Loh Sea Keong dan Suhardi Hassan yang akan mengibarkan bendera Malaysia pada kejohanan yang berstatus hors itu.

Bolehkah pelumba negara mencipta kejayaan kali ini?

Dilihat pada persediaan pelumba tahun ini, ia dianggap antara paling rapi dengan semua pelumba menjalani latihan bersama sejak beberapa bulan lepas selain sokongan penuh MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk mengaplikasi aspek sains sukan.

PKBM turut meletakan sasaran dengan seorang daripada 12 pelumba untuk memenangi satu daripada tujuh peringkat perlumbaan, meraih jersi hijau (raja pecut) serta menjuarai kategori berpasukan Asia.

Satu lagi pasukan yang bakal menjadi tumpuan peminat tempatan ialah pasukan berstatus benua, LeTua yang menampilkan lima muka baru dengan hanya mengekalkan pelumba Indonesia, Tonton Susanto daripada senarai tahun lepas.

Walaupun tanpa Anuar yang melonjakkan nama LeTua tahun lepas, mereka tetap tampil dengan pasukan lebih mantap dan mensasarkan untuk menyarung jersi biru (pelumba terbaik Asia) dengan harapan disandarkan kepada seorang lagi pelumba tempatan Ng Yong Li selain sasaran memenangi satu peringkat perlumbaan.

Berbekalkan barisan pelumba yang mantap, beberapa pasukan profesional benua seperti Diquiqiovanni-Androni (Venezuela) yang juga merupakan juara berpasukan LTdL 2008, CSF Group-Navigare (Ireland) dan Cervelo Test Team (Switzerland), mampu memberi cabaran kepada empat pasukan Pro Tour.

Memasuki edisi ke-14 tahun ini, LTdL yang menampilkan 120 pelumba handalan dunia akan melalui tujuh peringkat perlumbaan bermula di Putrajaya hari ini dengan peringkat akhir berakhir di kriterium Kuala Lumpur pada 15 Februari ini.




************************************************************************************

all the best to malaysian team --

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.146319 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list