CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 9-2-2009 01:51 PM | Show all posts
debaran sampah sudah bermula
pesta rakyat Lata yang tua di langkawi  

p/s:benci tul aku benda ni sekarang  :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2009 01:55 PM | Show all posts
sapo anuar manang?

perasan hebat, padahal dengan sapo ko lawan tu
otak takde ke?
setakat 2 pasukan pro.. apo yang hebatnya ko tu
perasan je lebih..:@
pasukan pro tu pun dua2.. pasukan yang tak laku zaman dulu
tak penah menang sekali pun  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 07:13 PM | Show all posts

Reply #742 ze0's post

pehal ko ni brader??    sabaq wokeyyyyyyy  :victory:  tengok ajer depa naik beskal....

ni hah  dah ada keputusan pun...  aku tengok sat ni...

nuar dapat nombor saploh ler pulak!!!  cissssss     haidar wokey ler sikit  nombor pittu!!



Gavazzi juarai peringkat pertama LTdL Putrajaya-Senawang
09/02/2009

SENAWANG 9 Feb. - Pelumba Diquigiovanni-Androni, Mattia Gavazzi berjaya menjuarai peringkat pertama dari Putrajaya ke Senawang dalam kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi 2009, hari ini.

Pelumba tersebut berjaya menawatkan perlumbaan sejauh 133.8 kilometer itu dengan masa 3 jam 6 minit 42 saat.

Dua pelumba kebangsaan, Ahmad Haidar Anuawar menduduki tempat ketujuh manakala Anuar Manan pula ditempat ke-10 dengan masa 3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 12:04 AM | Show all posts
aku marah pasal KUALITI dia  
mana itu kualiti?
acara sukan yang aku paling suka tapi sekarang dah jadi cam pesta rakyat je
setakat pasukan benua yang berlambak buat apo?
bawak pun tak cam dulu.. slow
kualiti takde.. jalan macam tebuan.. terabur giler

[ Last edited by  ze0 at 10-2-2009 12:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 12:10 AM | Show all posts
jangan la agungkan si nuar manang tu..
macam tu je ke.. raja pecut  
aku ni tengok LTDL sejak taun 1997
aku dah tengok ramai raja pecut.. si anuar manang tu?
buat lawak boleh la  
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 12:57 AM | Show all posts
LTDL sekarang ni takdo apa makna dah   
kosong jer...  
takde dah team2 pro tour cam lampre, columbia, Cr閐it Agricole,
t-Mobile team, team CSC, unibet.com, Quick Step ngan Discovery Channel
setakat AG2r ngan bouygues telecom?
buat apo dia-orang ni ?.. pasukan yang tak penah menang dulu
pasukan yang takde pun tak kisah

[ Last edited by  ze0 at 10-2-2009 12:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2009 07:33 PM | Show all posts
Mattia Gavazzi dahului peringkat kedua LTdL
10/02/2009

MELAKA, 10 Feb (Bernama) — Berikut adalah keputusan peringkat kedua perlumbaan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2009 sejauh 160.9 kilometer dari Senawang ke Melaka hari ini.

1. Mattia Gavazzi (Diquigiovanni-Androni) 3 jam 42 minit 13 saat
2. Nolan Hoffman (Afrika Selatan) 3’42:13s
3. Aurelien Clerc (AG2R) 3’42:13
4. Christoff Van Heerden (Afrika Selatan) 3’42:13s
5. Hilton Clarke(Fuji-Servetto) 3’42:13s

6. Denys Kostyuk (ISD) 3’42:13s
7. Rene Hasselbacher (Vorarlberg-Corratec) 3’42:13s
8. Yukiya Arashiro (BBOX Bouygues Telecom) 3’42:13s
9. Hossien Nateghi (Iran) 3’42:13s
10. Miyataka Shimizu (EQA Meitan Hompo) 3’42:13s - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 07:34 PM | Show all posts
Originally posted by ze0 at 10-2-2009 12:04 AM
aku marah pasal KUALITI dia  
mana itu kualiti?
acara sukan yang aku paling suka tapi sekarang dah jadi cam pesta rakyat je
setakat pasukan benua yang berlambak buat apo?
bawak pun ta ...



hah!!! aku paham perasaan ko bro!!!  kualiti dak2 naik beskal yg wakil mesia nih.. tak sama mcm jaman rosman alwi nih!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 07:58 AM | Show all posts



Pelumba kita gagal kekal rentak



HAIDAR (kiri) diikuti Anuar (tengah) dan Wan Najmee Wan
Mohammed ketika mendaki Bukit Inas, Senawang semalam.



AKSI cemerlang pada saingan pembukaan Kejohanan lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 kelmarin nampaknya gagal diulangi pelumba negara pada saingan peringkat kedua semalam.

Pada peringkat pembukaan dari Putrajaya ke Senawang kelmarin, tiga pelumba negara, Ahmad Haidar Anuawar, Anuar Manan (pasukan kebangsaan) dan Mohd. Akmal Amrun (pasukan MNCF) mempamer kayuhan cemerlang apabila menamatkan saingan dalam kelompok 10 pelumba terpantas.

Namun, hanya tiga pelumba saja yang mampu menduduki kelompok 20 pelumba terpantas pada saingan kedua dari Senawang ke Melaka semalam iaitu dua pelumba kebangsaan, Haidar (tempat ke-12) dan Nor Rizuan Zainal (ke-14) serta pelumba MNCF, Mohd. Faris Abd. Razak (ke-17).

Lebih menyedihkan ialah nasib berbeza yang menimpa Anuar dan Akmal.

Anuar terpaksa akur dengan masalah tayar basikalnya yang pancit pada baki 10 kilometer terakhir, manakala Akmal pula mengalami kemalangan pada 5km terakhir sebelum garisan penamat.

Begitupun, ia tidak mengubah tanggapan jurulatih merangkap koordinator pasukan kebangsaan dan MNCF, Jamaluddin Omar bahawa anak buahnya kini sudah menunjukkan kematangan dan mampu memberi saingan kepada pelumba profesional yang lain.

"Saya bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua pelumba kita," kata Jamaluddin semalam.

"Pelumba kita banyak mempamerkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kejohanan edisi ini. Jika dulu mereka takut nak buat kayuhan pemisah, kini tidak lagi.

"Jika ada pelumba lain membuat pemisah, mereka juga akan mengejar dan tidak akan biar ditinggalkan begitu jauh atau lebih lima minit.

"Inilah yang perlu ada dalam diri mereka untuk bersaing dengan pelumba profesional lain," kata Jamaluddin.

Begitupun, beliau mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pelumba negara sekiranya mahu setaraf dengan pelumba handalan dari benua lain terutama dari Eropah.

"Memang pelumba kita masih dalam proses pembelajaran, tapi mereka menunjukkan kematangan. Ini yang sangat mengujakan," katanya.

"Pelumba kita masih muda, namun mereka ada banyak masa untuk belajar dan menimba pengalaman."


**********************************************************************

hari pertama okay.. masuk hari kedua.. dah ko la pula --
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 08:01 AM | Show all posts
Gavazzi kekal jersi kuning



GAVAZZI (kiri) terus menguasai saingan LTdL 2009
semalam selepas mengharungi dua peringkat perlumbaan.


JAGUH lumba basikal Itali, Mattia Gavazzi sekali lagi membuktikan kehebatannya pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 apabila menjuarai perlumbaan peringkat kedua dari Senawang ke Melaka sejauh 160.9 kilometer semalam.

Pelumba pasukan Diquigiovanni-Androni itu tampil pada kelas tersendiri apabila melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 42 minit dan 13 saat, sekali gus mempertahankan jersi kuning yang dimenanginya pada saingan pembukaan dari Putrajaya ke Senawang kelmarin.

Pelumba kebangsaan Afrika Selatan, Nolan Hoffman yang menduduki tempat ketiga pada saingan peringkat pertama kelmarin, berjaya memperbaiki kayuhannya untuk muncul naib juara di belakang Gavazzi, manakala pelumba Ag2r La Mondiale, Aurelien Clerc muncul pelumba ketiga terpantas.

"Saya tidak sangka dapat memenangi satu lagi peringkat perlumbaan pada kejohanan ini," kata Gavazzi selepas berakhirnya perlumbaan itu semalam.

"Memang saya bangga memenangi perlumbaan hari ini (semalam) kerana sepanjang saingan saya menghadapi saingan yang hebat daripada pelumba lain.

"Cuaca panas memang agak menyukarkan, tapi saya sudah biasa dengannya.

"Saya harap dapat melakukannya sekali lagi pada peringkat ketiga esok (hari ini)," kata Gavazzi yang juga anak kepada pelumba terkenal Itali, Piero Gavazzi.

Gavazzi masih lagi mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu dengan kelebihan masa 10 saat di hadapan Hoffman, manakala pelumba Agr2 La Mondiale, Alexandr Pliuschin melonjak ke tangga ketiga selepas menjuarai ketiga-tiga zon pecutan dan ketinggalan 21 saat di belakang Gavazzi.

Jaguh Bukit pula menyaksikan pelumba Afrika Selatan, Janse van Rensburg merampas jersi polka dot daripada rakan senegaranya, Jaco Venter apabila mengungguli pendakian di Kilometer 24.2, Bukit Inas semalam.

Sementara itu, cabaran pelumba negara pada peringkat kedua semalam nampaknya mula tidak menjadi apabila tiada seorang pun berjaya menembusi kelompok 10 pelumba terbaik.

Pelumba pasukan kebangsaan, Ahmad Haidar Anuawar serta dua pelumba pasukan MNCF, Nor Rizuan Zainal dan Mohd. Faris Abd. Razak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 20 pelumba terbaik peringkat kedua itu.

Haidar menamatkan perlumbaan peringkat kedua itu di tempat ke-12, sekali gus muncul pelumba keempat terbaik Asia, manakala Nor Zainal di tempat ke-14 dan Mohd. Faris pula tempat ke-17.

Pelumba muda MNCF, Mohd. Akmal Amrun yang menduduki tempat kelima keseluruhan kelmarin, gagal mengulangi kayuhan cemerlangnya selepas menamatkan saingan di tempat ke-111 semalam.

Namun, pelumba berusia 22 tahun itu masih lagi mengekalkan kedudu- kannya di tempat kedua dalam kategori pelumba Asia keseluruhan (Jersi Biru) di belakang pelumba Kazakhstan, Dmitry Gruzdev, manakala tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelumba Kazakhstan, Roman Zhiyentayev.

Bagi kategori berpasukan keseluruhan, pasukan kebangsaan masih mengekalkan kedudukan di tempat kedua di belakang pasukan Afrika Selatan, manakala dalam kategori berpasukan Asia pula, skuad negara jelas unggul mengatasi pasukan China.

Pasukan MNCF pula berjaya memperbaiki kedudukan apabila melonjak ke tangga ketujuh kategori keseluruhan, manakala dalam kategori Asia pula berada di tempat ketiga di belakang pasukan kebangsaan dan China.

Saingan perlumbaan ketiga yang bakal berlangsung hari ini menyaksikan cabaran baru buat semua pelumba apabila terpaksa berentap mengelilingi bandar Melaka sejauh 186 kilometer.

****************************************************************************

hensem pulak mamat gavazzi ni.. lebih kurang karam dan zed aje....
tapi...hensem jamal abdillah lagi -
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 01:04 AM | Show all posts
skali lagi kepoyoan kata2 dari para pegawai persatuan di negara kita terserlah.....
napa aku kata cam tu??? sebab kononnya dikatakan team malaysia ditarget untuk menang stage, so team ni diwakili oleh para pelumba pecut... team mncf plak ditarget untuk menang asia team classification, so team ni diwakili oleh para pelumba bukit...
yes...strategi yg aku setuju & patut dilaksanakan sejak ltdl edisi dulu2 lagi...tapi,setakat hari ni, aku kecewa..tuk stage win, kengkadang luck main peranan, so aku x mau nak salahkan pelumba2 negara... tapi untuk team mncf, apa dah jadi..??!! kantoi di genting... our best rider - yong li dari team letua...

genting dah jd simbol tuk ltdl dari dulu2 lagi. lepas 13 edisi, sepatutnya our rider should already know what is genting is all about.. aku x lerr expect our rider tuk menang stage genting ni (kalo menang, lg la bagus..!!), cuma aku harapkan our rider dpt jd serious contender among the asian riders tuk stage ni, dlm masa yg sama tuk asian rider classification...

dah 14 edisi diadakan, hmmm...ntah lerr...cam x best lak edisi kali ni. stage makin krg,team yg power2 pun makin krg... media lak still duk goreng ltdl is the best in asia..geng media ada tgk x tour of qatar?? kalo dari segi kualiti riders/team2 yg menyertai, ltdl dah jauh ke blkg...i think......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 09:26 AM | Show all posts
'Singa' mengaum di Genting Highlands



SERPA membuktikan kehebatannya pada
peringkat pendakian di Genting Highlands.


AKHIRNYA, perlumbaan peringkat kelima Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 semalam telah menyaksikan kebangkitan semula 'singa yang sedang tidur'.

Itu gambaran yang boleh diberikan atas kejayaan pelumba Colombia, Jose Rodolfo Serpa yang memenangi gelaran Raja Bukit (jersi polka dot) ketika melintasi garisan penamat pada perlumbaan dari Petaling Jaya ke Genting Highlands sejauh 102km semalam.

Pelumba pasukan Diquigiovanni-Androni itu mencatat 2 jam 58 minit dan 56 saat untuk meninggalkan pelumba pasukan kebangsaan Australia, Jai Crawford 23 saat di tempat kedua (2'59:19) serta mengatasi rakan sepasukan, Jackson Rodriguez 41 saat di tempat ketiga (2'59:37).

Lebih manis, kejayaan Serpa, 30, itu juga berjaya membantunya merampas Jersi Kuning (gelaran juara keseluruhan) daripada rakan sepasukan, Mattia Gavazzi yang menjuarai tiga peringkat awal perlumbaan edisi ke-14 ini.

Biarpun dilihat gagal menyerlah sepanjang empat saingan sebelum ini, kehebatan Serpa yang menawan puncak Genting Highlands buat kali ketiga dalam kariernya semalam dilihat sebagai kemuncak kebangkitannya pada saingan tahun ini.

"Situasi perlumbaan hari ini (semalam) sangat mudah dan pasukan kami pula berada dalam keadaan yang terbaik untuk memenanginya," kata pengurus pasukan, Gianni Savio semalam.

"Bagi saya, Serpa adalah seperti seekor 'singa yang sedang tidur' dalam empat perlumbaan sebelum ini.

"Jadi pada saingan pendakian di Genting Highlands, 'Singa' ini telah bangkit dan menunjukkan kehebatan sebenarnya," kata Savio lagi.

Dengan kejayaan ini, Serpa dilihat sebagai pelumba pilihan untuk mengekalkan Jersi Kuning ini setelah memiliki kelebihan keseluruhan 27 saat ke atas pencabar terdekatnya, Carwford dan Rodriguez (47 saat).
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 09:38 AM | Show all posts
Pelumba kita lesu di Genting Highland semakin tenggelam


PERLUMBAAN peringkat kelima semalam masih lagi gagal menyerlahkan kebangkitan pelumba negara.

Pada perlumbaan sejauh 102 kilometer dari Petaling Jaya ke puncak Genting Highlands itu, pelumba negara jelas gagal menyai- ngi kehebatan pelumba profesional lain dalam zon pendakian.


Selain tiga pelumba LeTua, Tonton Susanto, Jere- my Yates dan Ng Yong Li yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok 50 pelumba terbaik, pencapaian terbaik pelumba negara hadir menerusi pelumba MNCF, Nor Rizuan Zainal (tempat ke-51), Amir Mustafa Rusli (59) dan Mohd. Faris Abd. Razak (60).

Mohd. Fallanie Ali, jaguh pecut, Anuar Manan; kedua-duanya dari pasukan kebangsaan dan Mohd. Akmal Amrun (MNCF) masing-masing gagal menyerlah setelah menduduki tempat ke-81, 84 dan 85.

Jurulatih merangkap koordinator pasukan kebangsaan dan MNCF, Jamaluddin Omar mengakui, kekurangan pelumba yang handal di laluan berbukit jelas sekali menjejaskan misi dua pasukan berkenaan.

"Pelumba kita sebenarnya sudah mencuba sedaya-upaya untuk memberi saingan dalam acara berbukit ini, tapi apakan daya, ia masih belum cukup untuk menyaingi kudrat pelumba profesional lain," kata Jamaluddin semalam.

"Pelumba kita kurang dari segi mental dan fizikal apabila tiba di laluan berbukit ini. Kelajuan pelumba kita sudah ada, cuma laluan berbukit saja kita lemah.

"Oleh itu, pada masa hadapan saya akan cuba membawa empat pelumba yang kuat di laluan bukit manakala pelumba pecut kita pula akan saya latih supaya lebih bersedia di zon pendakian," kata Jamaluddin lagi.

Beliau juga memberitahu masih belum dapat mengenal pasti kelemahan ketara pelumba negara kerana baru membimbing mereka sejak empat bulan lalu.

"Saya baru melatih mereka empat bulan yang lalu, jadi saya tidak nampak kelemahan keseluruhan pelumba kita.

"Tapi apa yang saya nampak ialah pelumba kita lemah dari segi mentaliti. Apabila pelumba itu hanya gemar di laluan landai, maka pada laluan bukit dia sudah tetapkan fikiran yang dia akan kalah.

"Jadi inilah mentaliti yang perlu saya ubah dalam diri pelumba kita.

"Saya harap jika kita mampu membawa empat pelumba bukit dan dua pelumba pecut yang mempunyai mentaliti yang sesuai, saya rasa tidak mustahil kita mampu memperbaiki pencapaian nanti," katanya lagi.


******************************************************************************************

susah la pelumba malaysia ni.... kenapa bila lawan macam ni... lemah sangat -
latihan tak cukup ke...  tapi  dok latih hari2.. hantar oversea pergi buat intensive
latihan.. masih lagi tak dapat lawan... pelumba2 yang lain --
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 07:35 PM | Show all posts
Gavazzi juarai peringkat keenam LTdL
14/02/2009


SHAH ALAM 14 Feb. - Mattia Gavazzi dari pasukan Diquigiovanni-Androni berjaya menjuarai peringkat keenam dari Batang Kali ke Shah Alam dalam kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi, di sini hari ini.

Gavazzi berjaya menamatkan perlumbaan dengan jarak 147.6 kilometer itu dalam masa 3 jam 7 minit 33 saat meninggalkan Aurelien Clerc dari AG2R di tempat kedua dan Chris Sutton dari Garmin Slipstream di tempat ketiga. - Bernama


menang lagi mamat nih!!!  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 08:50 AM | Show all posts
Gavazzi terlalu unggul



GAVAZZI mengangkat tangannya sejurus ditabalkan
selaku juara peringkat keenam LTdL 2009 semalam.


PELUMBA Itali, Mattia Gavazzi membuktikan kehebatannya pada peringkat keenam Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 dari Batang Kali ke Shah Alam semalam.


Meskipun mendapat tentangan sengit pencabar lain ketika melintasi garisan penamat, pelumba pasukan Diquigiovanni-Androni itu, bagaimanapun, diisytiharkan sebagai pemenang peringkat tersebut menerusi penentuan photofinish.

Gavazzi meninggalkan pelumba Ag2r La Mondiale, Aurelien Clerc di tempat kedua dan Chris Sutton dari pasukan Garmin Slipstream di tempat ketiga dengan catatan yang sama, 3 jam tujuh minit dan 33 saat.

Lebih manis, kemenangan kali keempat pelumba berusia 26 tahun itu juga merupakan kejayaan ke-20 buat pasukan yang berpangkalan di Venezuela itu dalam sejarah penyertaan di LTdL sejak edisi 2000.

"Saya amat gembira kerana dapat menghadiahkan kejayaan ke-20 buat pasukan menerusi kemenangan ini," kata Gavazzi semalam.

"Perlumbaan peringkat ini agak mencabar setelah sembilan pelumba membuat pemisah dan saya terpaksa mengejar mereka dari belakang.

"Bagaimanapun, saya bernasib baik mempunyai rakan sepasukan yang hebat yang dapat memberi kerjasama berpasukan yang menakjubkan sepanjang kejohanan ini.

"Saya juga agak keletihan dan melakukan beberapa kesilapan. Begitupun saya tetap gembira dengan kemenangan ini dan akan cuba membantu (Jose) Serpa mempertahankan jersi kuning (kejuaraan keseluruhan) pada perlumbaan terakhir esok hari ini," kata Gavazzi yang berjaya mempertahankan gelaran Raja Pecut (Jersi Hijau) dengan mengumpul 84 mata semalam.

Biarpun memenangi saingan peringkat keenam semalam, namun gelaran bagi juara keseluruhan (Jersi Kuning) masih menjadi milik pelumba Colombia, Serpa setelah dia memenangi peringkat kelima di Genting Highlands kelmarin.



*****************************************************************************************

hensem juga lah gavazzi ni....
hari ni last day...  kat KL..mesti interesting race ni --

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 06:53 AM | Show all posts
Pasukan Venezuela kuasai LTdL 2009




SEPERTI yang dijangka, pasukan profesional benua dari Venezuela, Diquigiovanni-Androni sekali lagi menjuarai Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang melabuhkan tirainya semalam.

Selepas berakhirnya peringkat ketujuh iaitu kriterium sejauh 80.4km di Dataran Merdeka semalam, pasukan kendalian Savio Giovanni itu sah dinobatkan pasukan terbaik keseluruhan, sekali gus mengulangi kejayaan mereka pada edisi tahun lepas.

Sepanjang tujuh hari mengharungi perlumbaan, pasukan Diquigiovanni-Androni mengumpul masa keseluruhan 73 jam 9 minit dan 16 saat untuk menghampakan pasukan kebangsaan Australia (73'16:35s) di tempat kedua dan Fuji Servetto (73'20:35s) di tempat ketiga.

Lebih mengagumkan, dua pelumbanya, Jose Rodolfo Serpa dan Mattia Gavazzi berjaya mencuri tumpuan apabila masing-masing memenangi gelaran keseluruhan individu (Jersi Kuning) dan Raja Pecut (Jersi Hijau).

Pelumba Colombia, Serpa muncul pelumba terbaik di antara 120 pelumba lain apabila mengumpul masa keseluruhan 24'22:12s mengatasi pelumba Australia, Jai Crawford (24'22:39s) dan rakan sepasukannya, Jackson Rodriguez (24'22:59s).

Serpa yang menduduki tempat ke-20 dalam kejohanan edisi tahun lepas, turut menyarung Jersi Polka Dot setelah mengutip 25 mata hasil kemenangan pada peringkat kelima dalam zon pendakian dari Petaling Jaya ke Genting Highlands.



GENE (depan) meraikan kejayaannya selepas menjuarai
perlumbaan peringkat kriterium LTdL 2009
di Kuala Lumpur semalam.


Pelumba Itali, Gavazzi yang memenangi empat daripada tujuh peringkat perlumbaan ini, dinobatkan sebagai Raja Pecut (Jersi Hijau) dengan mengumpul 97 mata.

"Saya sangat gembira kerana berjaya merangkul kejuaraan ini buat kali keempat dalam LTdL," kata Serpa semalam.

"Tahun lepas saya tidak berjaya melakukannya kerana gagal membuat pemisah dalam perlumbaan, tapi tahun ini semua rakan sepasukan saya memberi kerjasama yang baik.

"Saya juga tujukan kemenangan ini kepada semua penaja-penaja kami, terutamanya Yago Muandri bekas penjaga gol kelab Venezia yang menubuhkan yayasan memerangi penyakit kanser," kata Serpa lagi.

Pada perlumbaan terakhir peringkat kriterium semalam, pelumba BBOX Bouygues Telecom, Yohann Gene muncul juara setelah mencatat 1'38:20s, menewaskan Guillermo Bongiorno dari pasukan CSF Group Navigare dan pemenang Jersi Hijau, Gavazzi dengan catatan yang sama.

Pencapaian terbaik pelumba negara peringkat penutup semalam hadir menerusi dua pelumba kebangsaan, Ahmad Haidar Anuawar (ketujuh) dan jaguh pecut negara, Anuar Manan (kelapan).

Sementara itu, gelaran pelumba terbaik Asia (Jersi Biru) kekal menjadi milik pelumba Indonesia, Tonto Susanto dari pasukan Malaysia, LeTua yang mengumpul masa 24'24:56s.

Pencapaian terbaik pelumba negara dalam kategori Asia hadir menerusi pelumba LeTua, Ng Yong Li di tempat ke-13 dan dua pelumba MNCF, Mohd. Faris Abdul Razak (tempat ke-16) dan Mohd. Rauf Nur Misbah tempat ke-17.

Gelaran pasukan terbaik Asia pula dimenangi pasukan kebangsaan Iran (73'28:20s) mengatasi pasukan LeTua di tempat kedua (73'31:38s) dan pasukan kebangsaan Kazakhstan di tempat ketiga (73'32:40s).

Pasukan kebangsaan Malaysia pula hanya mampu menamatkan saingan di tempat kelapan manakala MNCF Cycling Team di tempat ketujuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2009 01:09 PM | Show all posts
sempat tgk tour of california semlm..kalo x silap, statusnya sama je dgn ltdl.. tapi cuba tgk die punye start list..perrgghhh...armstrong, leipheimer, cancellara, boonen, freire, basso, sastre, hushovd dll... mmg jauh beza dgn ltdl....

bagi aku, ltdl makin menurun in term of kualiti pelumba... igt lg dulu2..tafi, petacchi, danielson join ltdl..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 05:52 PM | Show all posts
owh ye ke.... ok...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 02:05 AM | Show all posts
Originally posted by sukanduniaaku at 16-2-2009 01:09 PM
sempat tgk tour of california semlm..kalo x silap, statusnya sama je dgn ltdl.. tapi cuba tgk die punye start list..perrgghhh...armstrong, leipheimer, cancellara, boonen, freire, basso, sastre, h ...




aku tgk gak semalam.....   armstrong pun ada lagi ekkkkkkk....  kat sana tengok ler pulak prize depa......gila  beb!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 02:06 AM | Show all posts
Le Tour 2009 a flop for Team Malaysia, MNCF
Bernama


KUALA LUMPUR, Mon.:

The 2009 Le Tour de Langkawi (LTdL) Tour turned out to be a major flop for the Malaysian and MNCF (Malaysian National Cycling Federation) teams.

The Malaysian National Cycling Federation (MNCF) who listed 12 cyclists to represent the Malaysia and MNCF teams, had set very high targets for both sides but when the tour drew down its curtains yesterday, none of the 12 riders made any significant impact either individually or as a team.

The MNCF had crooned that the teams
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.115057 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list