CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 17-2-2009 06:27 AM | Show all posts
Azizul sahut cabaran Kejohanan Dunia

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD



MOHD. Azizulhasni Awang (dua dari kiri) mengetuai bacaan ikrar
Program Road To London 2012 yang dilancarkan oleh Menteri
Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bukit Jalil,
semalam. - UTUSAN\ IZHAM JAAFAR


KUALA LUMPUR - Pelumba cilik trek negara, Azizulhasni Awang buat pertama kalinya akan menyarung jersi putih selaku pendahulu pungutan mata keseluruhan apabila beraksi pada Kejohanan Trek Dunia di Pruskow, Poland, akhir bulan depan.

Dia mendapat penghormatan tersebut setelah memenangi dua sirkit Piala Dunia UCI musim 2008-2009 di Melbourne, Australia dan Beijing, China pada November dan bulan lalu untuk memungut 24 mata sekali gus membanggakannya sebagai pelumba Malaysia dan Asia.

"Saya sepatut memakainya jika menyertai sirkit di Copenhagen, Denmark, yang berakhir kelmarin tetapi kerana melangkaunya, saya akan bawa ke Pruskow buat kali pertama pada 25 hingga 31 Mac ini," jelas pelumba kelahiran Terengganu yang menyerlah dalam Sukan Olimpik Beijing, Ogos lalu.

Azizulhasni di samping Josiah Ng, Edrus Yunus, Rizal Tisin dan Junaidi Nasir juga merupakan prospek pingat dalam Program Road To London 2012 yang dilancarkan di Dewan Komanwel Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Selain Azizuhasni, turut hadir pada majlis itu ialah beberapa atlet prospek pingat negara dalam acara badminton dan memanah.

Pelumba keirin No. 1 duia itu juga diberi penghormatan untuk mengetuai bacaan ikrar sebagai tanda simbolik keazaman mereka dalam menghadapi temasya sukan itu nanti.

"Ia bagus kerana kini kami boleh menanamkan fikiran dan tumpuan kami setiap kali berlatih dan berlumba. Kami akan sentiasa beringat bahawa sebagai atlet, inilah tanggungjawab utama kepada negara. Saya tidak fikir beban bakal bertambah dengan pemilihan ini,'' ujar Azizulhasni.

Sementara itu, program ini menetapkan sasaran kepada tiga jenis sukan - berbasikal, badminton dan memanah untuk membawa pulang pingat emas pertama Olimpik daripada temasya terbesar dunia itu di London, tiga tahun lagi sekali gus mengatasi sebutir perak milik Datuk Lee Chong Wei di Beijing tahun lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2009 01:14 PM | Show all posts

Reply #760 amazed's post

emas di olimpik..?? to b fair, bole...tapi acara track la... kalo road race, mmg hancorrr...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 12:57 PM | Show all posts
pingat emas olimpik dorang sasarkan acara keirin. harapan terletak di bahu Azizulhasni , Josiah Ng dan Rizal Tisin..
harap2 leh dpt emas nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 12:58 PM | Show all posts
peminat MTB and roadie leh layari website ini..

http://www.jomkayuh.com/forumv2/index.php

Thnx

[ Last edited by  eco_internet at 24-2-2009 01:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 02:19 AM | Show all posts
MTB geng



[ Last edited by  eco_internet at 28-2-2009 02:27 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 09:53 AM | Show all posts
Lusa aku ada sawah padi ride di Tg Karang. Roadie ada MTB pun ada. Nanti aku tepek gambo sini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2009 10:42 AM | Show all posts

Balas #766 stormyrain\ catat

yer.. bagus2....
cite pengalaman n info skali ek...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 07:24 AM | Show all posts
Bergambar sebelum berkayuh adalah acara wajib



Lokasi Kayuh : Tg Karang (Tg Karang - Sekinchan)

Jarak kayuhan : 31 km

Jumlah peserta : 30 orang

Jenis jalan : Tar dan tanah berbatu kerikil

Jenis basikal : MTB dan Road bike (jalan tar sahaja)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2009 07:35 AM | Show all posts


Apa yg bestnya di sini ialah ada jalan tar dan ada jalan tanah macam dalam gambar ni juga. Pemandangan pula amat menakjubkan so penatnya tak terasa.

Kami berlepas dari depan homestay di Sg Sireh, Tg Karang dan melepasi beberapa tali air serta sawah yang saujana mata memandang. Beberapa warung makan dilalui dan ohh bayangkan it was a sunday morning di mana ramai pakcik2 melepak di gerai berkenaan menikmati kopi dan nasi lemak bungkus. Teruja benar dibuatnya nak join sekali hehehe

Tapi kayuh tetap kayuh dan makikn lama makin best ...

Pemandangan sekumpulan bangau yang terbang rendah tambah menambat hati ...

Masa yang diambil untuk menamatkan kayuhan ini ialah hampir 2 jam ...

Highly recommended. Kalau dah selalu ke FRIM, Genting Sempah dan Tekala, sekalii sekala turunlah pula berkayuh di sawah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 08:43 AM | Show all posts

Reply #769 stormyrain's post

thanks stormy  for sharing -

kita semua appreciate these -
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 11:51 PM | Show all posts

Balas #770 dexa\ catat

no prob. next ride aku update sini lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:23 AM | Show all posts
yeah thanx stormyrain

nanti tepek2 la pic2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 07:07 AM | Show all posts
Jelajah Malaysia lebih mencabar

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR


BERSEMANGAT... Barisan pelumba tempatan yang akan beraksi pada JM 2009.

KEJOHANAN Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM 2009) tampil lebih mencabar.

Pelumba akan diuji sepenuhnya kerana ada dua laluan sukar yang perlu diharungi iaitu pendakian di Genting Highlands dan Gerik.


Jelajah tertua itu akan membuka gelanggang bermula dari 19 hingga 26 April depan.

Untuk memeriahkan lagi saingan, perlumbaan tahun ini akan ditambah dengan satu peringkat lagi menjadikannya lapan berbanding hanya tujuh peringkat pada musim lalu.

Dengan penambahan itu, JM 2009 bakal menampilkan dua peringkat pendakian iaitu Peringkat 3 dari Gerik ke Tanah Merah merentasi Banjaran Titiwangsa sejauh 172.7 kilometer dan Peringkat 7 dari Tanjung Malim ke Genting Highlands sejauh 116 kilometer.

Pengarah eksekutif kejohanan, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, JM 2009 sejauh 1,240 kilometer itu akan disertai 120 pelumba dari 20 buah pasukan dengan lima pasukan tempatan membawa cabaran Jalur Gemilang.

"Lima pasukan tempatan adalah pasukan kebangsaan, pasukan benua Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), pasukan LeTua, pasukan Terengganu dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya.

Astaman berkata demikian pada Majlis Pelancaran Logo dan Pengumuman Laluan JM 2009 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jack Seng yang turut dihadiri Presiden MNCF, Abu Samah Wahab.

Dalam tempoh dua tahun saja, JM telah pun dipertimbangkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk dinaik taraf daripada kategori 2.2 sedia ada kepada kategori 2.1 yang lebih berprestij selepas ini.

Menurut Astaman, hadiah wang tunai keseluruhan JM telah meningkat daripada RM245,000 pada tahun lalu kepada RM280,000 bagi saingan kali ini tetapi dia mengambil sikap untuk merahsiakan kos sebenar kejohanan kali ini.

"Kos buat masa ini kami rahsiakan dulu. Memandangkan ekonomi tak menentu, kita ambil langkah berjimat.

"Kos JM 2009 adalah sama dengan JM 2008 walaupun hari perlumbaan ditambah sehari.

"Tentang penajaan pula, kami sedang dalam peringkat akhir perbincangan.

"Insya-Allah bila tiba masanya, kita akan umumkan nanti," ujarnya.

Tambah Astaman, jika diberi peluang untuk terus menjadi penganjur JM pada masa akan datang, dia mengimpikan untuk membawa kejohanan itu ke Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 13 pasukan benua, iaitu jumlah terbesar bagi kejohanan bertaraf 2.2 antaranya pasukan Savings & Loan (Australia), Jelly Belly (Amerika Syarikat), Azad University (Iran), Shimano (Jepun), Tabriz Petrochemical (Iran), Giant Asia (Taiwan), pasukan kebangsaan Indonesia dan Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 09:25 PM | Show all posts

Reply #769 stormyrain's post

ko main mtb gak ke?leh join..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2009 10:30 AM | Show all posts

Cycling: Lance Armstrong Breaks Collarbone In Crash

ALTANAS, Spain: With the road narrowing and cyclists piling up in front of him, Lance Armstrong tumbled hard off his bike.

He was left with a broken collarbone that will need surgery and questions about whether he'll be able to contend for an eighth Tour de France title in July.

"I'm alive!" he wrote on his Twitter feed.

"Broken clavicle (right). Hurts like hell for now. Surgery in a couple of days. Thanks for all the well wishes."

Armstrong will fly back to the United States after being knocked out of the first stage of the Vuelta of Castilla and Leon stage race in Spain.

"The crash has put my upcoming calendar in jeopardy, but the most important thing for me right now is to get back home and rest up and begin my rehab," he said in a statement.

Armstrong is scheduled to compete in the Giro d'Italia from May 9-May 31, then the Tour de France from July 4-26.

"I think for the Giro it's a very big problem," Armstrong said as he left Valladolid University Hospital.

"For now, the biggest problem is just the pain."

Armstrong won seven straight Tours from 1999-2005 before retiring.

He returned after 3 1/2 years, and at 37 was hoping for another triumphant ride through Paris.

Astana team leader Johan Bruyneel said on his Twitter feed there were no complications in the break, and suggested Armstrong could be riding soon.

"Clean collarbone fracture," Bruyneel said.

"Should be fast recovery."

Added Astana spokesman Philippe Maertens: "We are confident he can still race the Tour de France, of course. He will be off the bike, but he can still do condition training."

Armstrong was tossed off his bike during a pileup 20 kilometers (12.5 miles) from the stage's finish Monday.

The Texan was grimacing and trying to hold his right arm as he entered an ambulance.

"I've never had this happen before; it's pretty painful," he said. "I feel really miserable."

After falling off his bike, Armstrong sat in the grass beside the road, his right shoulder slumped and his wrist resting on his right thigh. When help arrived, he motioned toward his right shoulder.

Armstrong eventually walked to the ambulance and climbed into the back. Astana teammate Levi Leipheimer described the pileup on his Twitter feed.

"Lance was involved in a huge crash as the road narrowed and became very rough," Leipheimer wrote.

"He wasn't far from the front, as he was riding top 10 all day."

Armstrong said the crash was no one's fault. "Toward the end of the race people started getting excited, a bit of wind, some hills and everybody wanting to be at the front," he said.

"A couple of guys crashed in front of me, I crossed my wheel, then I hit them and over the top."

Armstrong was first taken to Rio Carrion hospital in Palencia, then to the hospital in Valladolid.

In his statement, Armstrong said he had "been lucky to avoid one of the most common cycling injuries" in his 17-year career.

"It has been a pity to lose Lance because we see him with desire of doing a good preparation in this race," said Alberto Contador, Armstrong's teammate and biggest rival for the role of team leader.

"Now only I can support him and wish him to recover as soon as possible in order to take the start on the Giro."

This was Armstrong's first stage race in Europe since winning the 2005 Tour.

Armstrong started his comeback at the Tour Down Under in Australia in January, where he finished 29th overall, 49 seconds behind winner Allan Davis of Australia.

He then finished seventh in the Tour of California in February.

On Saturday, Armstrong raced in the Milan-San Remo cycling classic and finished 125th, 8 minutes, 19 seconds behind winner Mark Cavendish.

The mainly flat first stage of the Castilla and Leon covered 109 miles from Paredes de Nava to Baltanas.

It was won by Joaquin Sobrino Martinez of Burgos Monumental in 4 hours, 31 minutes, 53 seconds after a sprint finish.

He was followed by David Vitoria of Rock Racing and Jose Joaquin Rojas of Caisse d'Epargne. - AP

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 06:19 AM | Show all posts
Armstrong sukar buru gelaran kelapan



ARMSTRONG terpaksa diusung selepas mengalami kemalangan pada
peringkat pertama Jelajah Castilla Leon di Sepanyol kelmarin.


BALTANAS, Sepanyol - Jaguh Amerika Syarikat, Lance Armstrong mungkin terpaksa melupakan misinya memburu gelaran kelapan pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Perancis tahun ini.

Ini kerana, Armstrong mengalami patah tulang selangka selepas dia terlibat dengan insiden kemalangan pada pering- kat pertama Jelajah Castilla Leon di sini kelmarin.

Menurut laporan, juara tujuh kali Jela- jah Perancis itu terjatuh kira-kira 20 kilometer sebelum sampai ke garisan penamat.

"Lance Armstrong mengalami patah tulang selangka di sebelah kanan," jelas jurucakap penganjur selepas legenda Amerika itu menjalani ujian imbasan di sebuah hospital di Valladolid semalam.

"Selepas diberikan rawatan, Armstrong dibenarkan keluar dari hospital pada sebelah petang."

Sementara itu, Armstrong menganggap kemalangan yang dialaminya itu ibarat satu malapetaka.

"Ia (kemalangan) tidak pernah berlaku sebelum ini, saya cukup kecewa. Ketika ini, saya hanya mahu berehat," katanya.

Armstrong yang mencipta sejarah menjuarai Jelajah Perancis bermula 1999 hingga 2005, kembali beraksi tahun ini selepas bersara selama tiga tahun setengah.

Dia kembali berlumba tahun ini dengan menyertai perlumbaan Tour Down Under di Australia pada Januari lalu.

Sejak itu, Armstrong mula meletakkan sasarannya untuk memburu gelaran kelapan pada Jelajah Perancis yang akan berlangsung Julai depan. - AFP


***********************************************************************************

berapa kali dah bersara.. pastu lumba lagi...
ha - sampai dah patah collar bone dah
tak masuk tour de la france la nampaknya -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 12:24 AM | Show all posts
kejohanan dunia ni ada live kat astro kan..? bila erkk..?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:36 AM | Show all posts
Jaguh keirin negara tagih doa peminat

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH




JAGUH keirin, Mohd. Azizulhasni Awang turun dengan misi menghadiahkan pingat pertama buat negara pada Kejohanan Basikal Trek Dunia di Pruszkow, Poland hari ini.

Azizulhasni berpeluang cerah untuk memenangi acara kegemarannya itu selepas berjaya meraih pingat emas pada Piala Dunia di Melbourne dan Beijing bulan lepas.

Biarpun gagal menghadirkan pingat dalam acara pecut berpasukan bersama gandingannya, Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin kelmarin, Azizulhasni tetap optimis dan yakin mampu memberi kayuhan terbaik bagi acara keirin hari ini.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam acara keirin esok (hari ini) supaya dapat melakukan kejutan dan menghadiahkan pingat pertama buat negara.

"Saya harap semuanya berjalan dengan baik dan menyeru peminat di Malaysia supaya memberi soko- ngan dan mendoakan saya agar berjaya menghadiahkan pingat pertama buat negara," kata pelumba yang digelar Flying Rocket oleh media antarabangsa itu.

Dengan ketiadaan juara Olimpik empat kali, Chris Hoy dari Britain, Azizulhasni bakal dicabar beberapa lagi pelumba handalan lain seperti Kevin Sireau dan Gregory Bauge (Perancis), Ross Edgar (Britain) serta Carsten Bergemann (Jerman).

Dalam acara pecut berpasukan lelaki kelmarin, trio negara hanya mampu menduduki tempat keenam.

Azizulhasni, Josiah dan Rizal mencatat masa 44.9 saat yang juga masa ketiga terpantas dicipta mereka selepas catatan 44.7s dan 44.8s pada Sukan Olimpik tahun lepas.

Namun, kejayaan menduduki tangga keenam itu sudah dianggap mencapai sasaran yang telah diletakkan oleh mereka dan bagi Azizulhasni, ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan kehadiran pasukan handalan lain seperti juara dunia, Perancis dan juara Olimpik, Britain.

"Pencapaian menduduki tempat keenam acara pecut berpasukan ini adalah sesuatu yang menakjubkan," kata Azizulhasni.

"Segala usaha keras kami berhasil kerana sememangnya kami menyasarkan untuk menduduki kelompok enam pasukan terbaik.

"Masa yang dicatatkan juga adalah ketiga terpantas selepas Sukan Olimpik di Beijing tahun lalu, jadi kami tetap rasa gembira dengan pencapaian ini," katanya lagi.

Sementara itu, skuad lumba basikal negara tidak mempunyai wakil dalam acara keirin, pecut dan 500 meter ujian masa wanita selepas Fatehah Mustapha lewat mendaftarkan penyertaannya.

Kejohanan Trek Dunia yang bermula kelmarin akan berakhir pada 29 Mac ini.

*********************************************************************

all the best --

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:37 AM | Show all posts
Originally posted by gasing at 26-3-2009 00:24
kejohanan dunia ni ada live kat astro kan..? bila erkk..?



hari ni start --

boleh la gasing tengok nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 10:05 AM | Show all posts
azizulhasni & josiah ng kalah kt q-final...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.099715 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list