CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 30-3-2009 07:11 AM | Show all posts
Jelly Belly pencabar JM2009


KEHADIRAN pasukan Jelly Belly bakal menghangatkan
lagi perlumbaan Jelajah Malaysia 2009.

PASUKAN benua dari Amerika Syarikat, Jelly Belly Pro Cycling Team akan membuat penampilan sulung pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM2009) yang akan memulakan saingan pada 19 hingga 26 April ini.

Pengarah Eksekutif JM2009, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, pasukan itu bakal menampilkan barisan pelumba berbakat seperti Bernard Van Ulden dan Kel Reijnen dalam usaha mereka untuk menguasai perlumbaan sejauh 1,240km itu.

"Kami mengalu-alukan penyertaan kali pertama pasukan ini dan berharap kehadiran pasukan ini akan memberikan saingan sengit kepada 20 pasukan lain dalam perebutan memburu hadiah wang tunai keseluruhan RM280,000.

"Pasukan ini telah memenangi beberapa peringkat perlumbaan di Tour of Hainan dan Tour of Elk Grove pada tahun lepas dan pastinya peminat sukan lumba basikal tempatan tidak akan melepaskan peluang melihat bagaimana mereka menyesuaikan diri dalam cuaca perlumbaan di negara ini sekali gus membuktikan kehebatan mereka," katanya.

Katanya, Van Ulden, 30, yang merupakan pakar acara ujian masa sebelum ini menyertai pasukan Navigators pada 2007 dan pernah menjuarai peringkat lima Tour de Toona (2006) dan menduduki tempat ketiga Kejohanan Ujian Masa Kebangsaan Elit Amerika Syarikat.

Astaman berkata, Reijnen yang merupakan pelumba daripada Waste Management Cycling Team yang merupakan pasukan pembangunan Jelly Belly adalah antara pelumba yang perlu diberi perhatian kerana pelumba berusia 23 tahun ini menduduki tempat kelima keseluruhan dalam Tour of Hainan tahun lepas.

"Pasukan ini juga bakal menampilkan pakar pecut, Charles Huff yang berusia 30 tahun dan pada tahun lepas dia menjuarai peringkat tiga pada kejohanan Tour of Hainan dan pastinya Huff akan memberikan tentangan sengit kepada pelumba negara, Anuar Manan untuk mempertahankan jersi raja pecut," katanya.

Jelly Belly Pro Cycling Team juga akan diperkuatkan oleh Matthew Rice (Australia), Matthew Crane (Amerika Syarikat) dan Will Routley (Kanada).

Jelajah Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn. Bhd. akan melibatkan lapan peringkat perlumbaan bermula dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) dan diakhiri dengan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 08:23 AM | Show all posts
anyway tahniah zizul.. bangga rakyat mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 01:04 PM | Show all posts
tahniah to azizul....kecik je dok sblh lawan dia....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 03:35 PM | Show all posts
tahniah azizul n rizal..tumpang bangga....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 03:58 PM | Show all posts
hari ni banyak paper puji dia...

esok2 kalau dia tak masuk final banyak yg mencerca...

dapat tgok anak malaysia bersaing dalam kejohanan dunia terutama yg terpaksa bersaing ng lawan yg lebih besar fizikalnya dah buat aku bangga, ni plak boleh naik podium lg la kita bangga
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by bushido_ump at 30-3-2009 15:58
hari ni banyak paper puji dia...

esok2 kalau dia tak masuk final banyak yg mencerca...

dapat tgok anak malaysia bersaing dalam kejohanan dunia terutama yg terpaksa bersaing ng lawan yg lebi ...


reporter mmg x penah adil.................kalau diorg g sendiri ke poland tu mcm tv3 then experience sendiri xpe le jgk.................

tapi ini komen depan tv, lps tu komplen tersengguk2 mata depan tv bgn tgh malam (reporter berita harian) kecewa keirin gagal..........banggang punya reporter.......

blh berambus punya reporter................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2009 06:13 PM | Show all posts

Balas #826 satriastendet\ catat

emo nyer.. bawak sabo...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 30-3-2009 18:13
emo nyer.. bawak sabo...


  sj nk hentam reporter mesia.............buat komen dpn tv boleh laaa............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2009 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by asmurai at 28/303/2009 03:40
Tisin menang gangsa tadi   1KM ...malaysia boleH!!!!!!!



apesal ko panggil Tisin.. Tisin tu abah dia...
nama dia Rizal ler...
marah ler aku.. tu jiran aku tuuu...:victory:

[ Last edited by  tanjung80 at 31-3-2009 11:03 ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 01:13 PM | Show all posts
"Azizulhasni, 21, dari Dungun yang ketika bayi diserahkan kepada keluarga angkat oleh ibu bapanya yang miskin, percaya dia mampu meraih emas dalam acara itu."

bangangnya ayat dari reporter ni, mesti sedih mak bapak dia bila satu malaysia tahu depa tak dapat bela anak time kecik,
pakai otak la sikit, cakap jer dia dari keluarga susah ka? keluarga miskin ka.... ni terus ckp masa kecik kena bg kat org..... mmg bahlul reporter yg tak reti nak cari berita,ni sukan bukan gosip artis... tak profesional lgsung kalau nak tulis bab2 atlet ni....:@:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by tanjung80 at 31-3-2009 11:00



apesal ko panggil Tisin.. Tisin tu abah dia...
nama dia Rizal ler...
marah ler aku.. tu jiran aku tuuu...:victory:


Whoopss..sorry beb..dah edit dah hehehe..time tuh aku terover excited jap..terikut ikut BBC TV cakap Tisin .hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 06:24 PM | Show all posts
Originally posted by bushido_ump at 31-3-2009 13:13
"Azizulhasni, 21, dari Dungun yang ketika bayi diserahkan kepada keluarga angkat oleh ibu bapanya yang miskin, percaya dia mampu meraih emas dalam acara itu."

bangangnya ayat dari reporter ni, ...



sbb itu la reporter mesia ni banggang......................suka benda2 yg emosional.............buang karan......tp mcmn la editor blh lepas ayat2 mcmn nie.........memalukan..................................
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by asmurai at 31/303/2009 18:03


Whoopss..sorry beb..dah edit dah hehehe..time tuh aku terover excited jap..terikut ikut BBC TV cakap Tisin .hehehe


hahahaha.. patutler...

psst: baru petang tadi jumpa kakak rizal isi minyak keta... best pren tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by tanjung80 at 31-3-2009 20:27


hahahaha.. patutler...

psst: baru petang tadi jumpa kakak rizal isi minyak keta... best pren tuuu


err...mak rizal ni sakit apa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 06:44 AM | Show all posts
Anuar bertekad catat hatrik


ANUAR muncul juara Jelajah Malaysia dua
tahun berturut-turut sebelum ini.


ANUAR MANAN bertekad untuk mencatat kemenangan hatrik dengan keazaman untuk mempertahankan gelaran 'Raja Pecut' pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) 2009.


Jika berjaya, dia akan mengekalkan jersi biru yang dimenanginya pada edisi Jelajah Malaysia dua tahun berturut-turut sebelum ini.

Pada saingan tahun ini, Anuar tampil bersama pasukan barunya, Azad University Cycling Team dan dia menjangkakan pasukan yang disifatkannya sebagai 'lengkap' itu akan memberikan saingan sengit khususnya kepada pasukan benua negara, LeTua.

"Saya ingin melupakan 'mimpi buruk' pada Le Tour de Langkawi (LTdL) yang lepas. Saya juga amat berharap agar tidak akan menghadapi sebarang masalah yang boleh menggagalkan misi untuk pertahan jersi biru serta menjadikan pasukan Azad sebagai pasukan terbaik keseluruhan," katanya.

Selain Anuar selaku raja pecut, pasukan Azad turut diperkuatkan pakar bukit, Amir Zargari yang muncul Raja Bukit pada Jelajah Indonesia (Tour of Indonesia).

Turut dalam senarai pasukan tersebut ialah seorang lagi pakar pecut, Hossien Nateghi yang pernah menduduki tangga ke-16 dalam kategori pelumba terbaik keseluruhan LTdL 09, pemenang Junior World Champ tahun lepas, Eugen Wacker serta dua lagi pelumba Iran, Abbas Saeiditanha dan Hamid Shiriseysan.

Pelumba berusia 23 tahun itu, sebelum ini dikatakan bakal menyertai pasukan yang berpangkalan di Iran, pada September tahun lepas tetapi hasratnya itu tertangguh kerana pasukan terbabit mengalami sedikit masalah berhubung penajaan.

Anak jati Kuala Ibai, Terengganu itu berkata, kemampuan beliau bersama rakan sepasukan yang baru itu akan dapat diuji pada perlumbaan Tour of Thailand pada 4 hingga 9 April ini yang menjadi kejohanan pertama Anuar bersama pasukan Azad.

"Di Thailand nanti, baru saya akan melihat bagaimana bentuk kerjasama dan persefahaman yang boleh dicapai oleh kami.

"Pencapaian di sana juga akan menjadi titik tolak terhadap kemampuan kami pada Jelajah Malaysia tahun ini.

"Saya pernah bersaing dengan mereka tapi kali ini saya akan bersama-sama mereka dalam satu pasukan untuk mencapai satu matlamat, memenangi semua jersi yang dipertandingkan serta muncul juara keseluruhan," katanya.

Anuar kini sedang menjalani latihan di Kuantan, Pahang bersama jurulatih peribadinya, Rahim Kadir sebelum menyertai pasukan Azad di Thailand minggu depan.

Anuar berkata, selepas perlumbaan di Thailand, semua anggota pasukan termasuk jurulatih mereka (pasukan Azad) akan meneruskan latihan di Malaysia untuk persedian menghadapi Jelajah Malaysia.

"Saya bersama pasukan Azad akan menjalani latihan di sini menjelang Jelajah Malaysia nanti. Kemungkinan akan berlatih di sekitar Kuala Lumpur atau pun di Kuantan. Kita akan tengok tempat mana yang sesuai nanti," katanya.

Dalam pada itu, Rahim berkata, tahap kecergasan Anuar semakin menampakkan peningkatan dan menjelang jelajah Thailand, Anuar akan berada pada tahap yang memberangsangkan.

"Saya yakin Anuar akan memberikan saingan dan kayuhan terbaiknya pada tahun ini," katanya.

Anuar sebelum ini mewakili LeTua pada perlumbaan Jelajah Malaysia tahun lepas dan berjaya bergelar Raja Pecut dua tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, pada perlumbaan LTdL baru-baru ini, aksi Anuar bagaikan tidak menjadi ekoran beberapa kesalahan teknikal yang menyebabkan beliau agak tenggelam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 06:46 AM | Show all posts
Jangan tunggu wira gugur untuk cari pelapis


DULU sukan lumba basikal agak dipinggirkan. Sekarang, ia sudah mula menggegar dunia.

Bayangkan, jika sejak daripada zaman Rosman Alwi lagi sukan ini diangkat dan diberi pendedahan yang lebih kerap berlatih di luar negara seperti mana sekarang, mungkin sudah lama anak Malaysia mencipta nama di pentas Olimpik.


Lumba basikal sebenarnya antara sukan yang mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Cuma perancangan ke arah itu dilakukan agak lambat.

Malaysia sebenarnya tidak pernah ketandusan pelumba hebat.

Nama-nama seperti M. Kumaresan, Rosman Alwi, Nor Effendy Rosli (sekadar menyebut beberapa nama) adalah antara yang hebat pernah dilahirkan oleh negara.

Cuma bezanya pada zaman mereka, sukan ini tidak begitu diberi keutamaan dan akibatnya, bakat yang ada pada mereka sekadar mampu untuk bersaing pada peringkat Sukan SEA sahaja. Apa pun masih belum terlambat untuk bertindak.

Apa yang telah dijalankan setakat ini, telah mula membuahkan hasil dan harus diperhebatkan lagi. Majlis Sukan Negara (MSN) perlu teruskan perancangan seperti ini, yang setakat ini sudah mampu menghasilkan pencapaian yang luar biasa.

MSN perlu berpegang dengan kata-kata orang dulu - 'Jika mahu menanam pokok, ia perlu ditanam sejak sepuluh tahun dulu untuk mendapatkan hasil. Tetapi jika mahu menanam sekarang, ia masih belum terlambat.'

Langkah MSN menghantar atlet lumba basikal berlatih di luar negara sebenarnya adalah satu keputusan yang bijak. Dalam masa yang singkat, mereka sudah menunjukkan pencapaian cemerlang.

Namun, pada masa yang sama, kita tidak boleh terlalu berbangga kerana ini baru satu permulaan. Pelumba pula jangan terlalu dimanjakan kerana ia boleh merosakkan fokus mereka terhadap karier masing-masing.

Memang saya akui, kehebatan Azizulhasni Awang agak luar biasa. Bukan calang-calang kejohanan tempat dia melakar kejayaan. Ia kejohanan dunia yang menampilkan ramai nama besar dalam sukan lumba basikal.

Apa yang dibuktikan oleh Azizul memang menakjubkan dan ia juga memberi gambaran bahawa ramai lagi pelumba tempatan, yang bakat mereka masih belum dikesan.

Latihan yang dilaluinya di Melbourne, Australia selama ini juga amat berbaloi dan ia perlu diperhebatkan. Kalau boleh, MSN perlu menghantar lebih ramai pelumba berguru di sana kerana ia bukan pelaburan yang sia-sia.

Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh bergantung kepada seorang pelumba sahaja untuk mengangkat nama negara di pentas antarabangsa dalam sukan lumba basikal.

Kita perlukan ramai pelapis dan saya rasa MSN kena bertindak lebih berani untuk mendedahkan pelumba pelapis pergi berguru di negara orang agar Malaysia sentiasa ada pelumba hebat yang boleh menggegar dunia pada bila-bila masa sahaja.

Kita tidak mahu perasaan bimbang menghantui fikiran kita seperti mana yang dialami oleh sukan skuasy dan juga badminton.

Setakat ini, masih belum kelihatan pemain lain yang tampil sebagai pelapis kepada Datuk Nicol David (skuasy) dan Datuk Lee Chong Wei (badminton).

Saya berharap Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyedari hakikat ini.

Jangan menunggu sehingga seorang jaguh itu gugur, barulah nak mula mencari wira baru. - Editor


********************************************************************************

cari pelapis awal sikit... walau pun azizul baru 21 tahun... tak salah
cari teenagers yang berpotensi macam dia juga --- baru ada
kesinambungan tu -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2009 12:55 PM | Show all posts

Balas #827 karambunai\ catat

Bersebab emonya tuh . Aku pon mula2 frust keirin gagal tp fikirkan semula soal rezeki kan? Diorg lagilah x nak kalah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:33 PM | Show all posts

Balas #837 keys\ catat

owh ye ker... xpe xpe....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 07:41 AM | Show all posts
Jaguh dari Dungun

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN dan NORZASRUDIN MOHAMED NOR




SEPULUH tahun lalu, seorang budak lelaki di Dungun, Terengganu, sering berjemur di tepi jalan raya untuk memberi sorakan kepada peserta Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL).


Dia akan memerhatikan kayuhan setiap pelumba yang lalu melintasi kampung halamannya hingga mereka hilang daripada pandangan.

Di dalam hatinya dia berkata, alangkah baiknya jika dirinya juga dapat menjadi seorang pelumba basikal yang hebat seperti peserta dalam perlumbaan berprestij itu.



AZIZULHASNI (kiri) dan Mohd. Rizal sanggup mengorbankan
apa saja demi sukan berbasikal.



AZIZULHASNI menyasarkan pingat emas Sukan Olimpik 2012.





Hujung minggu lalu, budak lelaki itu, Azizulhasni Awang, kini berusia 21 tahun, mengejutkan peminat sukan lumba basikal dunia apabila beliau hampir menewaskan jaguh Perancis, Gregory Bauge pada perlumbaan akhir 200 meter pecut di Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Pruszkow, Poland.

Walaupun sekadar membawa pulang pingat perak, legenda basikal trek Perancis, Arnaud Tournant mengagumi skil yang dimiliki Azizulhasni dan menyifatkannya sebagai pelumba paling berbakat ketika ini.

"Dia cukup pantas, taktikal dan sangat berbakat walaupun bertubuh kecil. Dan kerana badannya yang kecil itulah, dia mampu melakukan sesuatu yang luar biasa yang kita tidak terfikir," kata bekas pelumba yang masih memegang rekod dunia 1 kilometer ujian masa itu.

Kini, Azizulhasni tiba-tiba menjadi tumpuan media malah akhbar-akhbar antarabangsa menggelarnya 'Mesin Terbang' kerana pecutan kayuhannya.

Azizul bagaimanapun menafikan semua itu membuatkan dirinya berasa popular.

"Saya masih Azizul yang sama seperti empat tahun lalu. Ya, mungkin pemakaian saya berubah, tetapi itu adalah perubahan mengikut umur, bukan kerana saya berasa diri hebat," jelasnya tegas.

Mengenakan baju T leher bulat yang dipadankan dengan seluar jean biru, gaya Azizulhasni ringkas sahaja. Namun tenaganya mudah terasa, terutamanya daripada aksi-aksi yang diberikan kepada lensa kamera Jurnal.

Berketinggian 167 sentimeter, tubuh anak muda ini kelihatan tegap, mungkin hasil latihan yang dijalaninya selama lima jam sehari pada waktu pagi dan petang, enam hari seminggu.

Latihan itu meliputi berkayuh di jalan raya dan trek serta di gimnasium

Di sebalik sinaran cahaya glamor yang mula menyilaukan matanya, anak kelahiran Dungun ini berkata, semangatnya untuk memenangi perlumbaan-perlumbaan basikal tidak mungkin luntur biarpun untuk empat tahun lagi.

"Saya sedar tentang fenomena hangat-hangat tahi ayam yang sering dikhuatiri, terutamanya di Malaysia. Tetapi saya percaya saya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku," ujar bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini.

Azizulhasni malah menyasarkan pingat emas pada Sukan Olimpik 2012.


"Kami mempunyai jurulatih yang sangat memahami, John Beasley, seorang warga Australia. Dia sudah seperti bapa angkat kami. Kami juga banyak berbincang. Di luar latihan, dia pernah meraikan hari jadi saya dengan membelanja kami makan," ujar Azizulhasni tertawa.

Anak kelapan daripada sembilan adik-beradik ini juga mengaku sering dimarahi Beasley kerana beliau mencuba terlalu kuat dalam satu latihan.

"Dulu ketika berlatih untuk skuad junior, saya selalu kena marah sebab selalu berlatih melebihi arahan atau silibus. Tapi saya seorang yang tidak akan menunggu arahan untuk bergerak (berlatih)," kata beliau.

Azizulhasni berlatih selama setahun di Darebin International Sports Centre di Melbourne, Australia sebelum ini.

"Orang Australia selalu bersukan. Itu sudah menjadi budaya mereka berbanding cuma 10 peratus rakyat Malaysia yang aktif bersukan," kongsi Azizulhasni yang merancang untuk menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Deakin di Melbourne dalam jurusan perdagangan.

Azizulhasni mula 'berkenalan' dengan basikal sejak berumur empat tahun.

Bagaimanapun, kata ibu angkatnya, Selamiah Yong, 45, bakat Azizulhasni mula dicungkil pada usia 12 tahun oleh jurulatih basikal, Rozimi Omar.

Berbekalkan sebuah basikal pemberian arwah bapa angkatnya, Mustafa Ngah, Azizulhasni mula menyertai pertandingan di daerah Dungun.

"Basikal itu hadiah kerana dia memperoleh 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ketika itu dia bersekolah di Sekolah Rendah Batu 48, Dungun," kata Selamiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong Stesyen, Dungun, minggu ini.

Selepas itu, Azizulhasni semakin kerap menang perlumbaan basikal di negeri ini.

Menurut Selamiah, beliau membesarkan Azizulhasni seperti anak sendiri kerana pelumba itu telah diambil daripada ibu kandungnya sejak dia berusia 15 hari.

"Saya menganggap dia sebagai anak sendiri kerana kebetulan ketika itu kami tidak mempunyai anak.

"Saya bukan mengambil Azizulhasni kerana keluarganya mengalami kesusahan tetapi ibunya masih berada di hospital sebab belum sihat sepenuhnya.

"Pada masa yang sama, keluarga itu juga mempunyai seorang lagi anak lelaki yang masih kecil, iaitu abang Azizulhasni yang ketika itu baru berusia satu tahun," terang Selamiah.

Katanya, sejak dari kecil lagi Azizulhasni mempunyai perwatakan yang sangat agresif tetapi mendengar kata dan menghormati orang yang lebih tua.


********************************************************************************

all the best to azizul yang telah harumkan nama negara
semoga berjaya lagi di masa2 akan datang -
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 02:23 PM | Show all posts
ohhh.....bukan lh ambik jd anak angkat sbb miskin................

suratkaba mana la yg quote psl miskin2 tu..........?? hampehhhh.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.075704 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list