CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 10-4-2009 06:53 AM | Show all posts
Tabriz Petrochemical pilihan juara



HOSSEIN jadi taruhan terbaik pasukan Tabriz Petrochemical pada JM09.

DENGAN membariskan gandingan mantap, pasukan Tab- riz Petrochemical bertekad merampas kembali kejuaraan pada Kejohanan Lumba Basi- kal Jelajah Malaysia (JM09) yang bakal bermula 19 hingga 26 April ini.

Pada saingan kali ini, Tabriz Petrochemical mempertaruhkan Ghader Mizbani, Hossein Askari, Andrey Mizurov, Mehdi Sohrabi, Mirsamad Pourseyedi dan Hossein Jahanbanian.

Pengarah Eksekutif JM09, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, penampilan Tabriz Petrochemical harus diberi perhatian kerana pasukan itu akan menampilkan semula Mehdi yang merupakan peme- nang keseluruhan JM07.

Selain itu, buat pertama kalinya, Tabriz Petrochemical akan menampilkan bekas pelumba pasukan Astana, Mizu- rov yang merupakan pakar ujian masa dari Kazakhstan.

"Pada JM 2008, Tabriz Pet- rochemical kurang menonjol kecuali Hossein Askari yang memenangi jersi Raja Bukit.

"Saya yakin pasukan Tabriz akan membalas dendam pada JM kali ini kerana pasukan itu telah menghantar gandingan pelumba yang terhebat dan berpengalaman bagi menghadapi perlumbaan di kawasan berbukit mahupun landai," kata Astaman.

Astaman menambah, Tabriz Pet- rochemical merupakan antara pasukan pilihan yang disebut-sebut bakal menjuarai perlumbaan JM09 yang berstatus 2.2.

"Harus diingat pelumba pasukan Tabriz iaitu Ghader yang juga pemenang jersi Raja Bukit pada JM 2007 kini berada di ranking ketujuh UCI Asia Tour.

"JM kali ini mungkin sebagai batu loncatannya untuk memperbaiki kedudukan," kata Astaman.

Beliau seterusnya berkata, Tabriz Petrochemical pastinya akan menggunakan kelebihan yang dimiliki Ghader dan Hos- sein untuk mendahului pasukan lain semasa laluan berbukit di peringkat tiga (Grik ke Tanah Merah) yang akan melalui Bukit Banding serta peringkat tujuh (Tanjung Malim ke Genting).

Perlumbaan sejauh 1,329.6 kilometer itu dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn. Bhd. dengan menampilkan penyertaan 21 pasukan.

Perlumbaan yang akan bermula 19 April ini akan dimula- kan dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera).

Peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2009 09:18 PM | Show all posts
Azizulhasni turut sertai Jelajah Malaysia
Oleh Azidan Nahar

KEHADIRAN Azizulhasni pada Jelajah malaysia hanyalah sebagai ikon perlumbaan bagi menarik kehadiran penonton.

PERLUMBAAN berbasikal tertua tanah air, Jelajah Malaysia (JM) akan mendapat sentuhan naib juara dunia acara trek, Azizulhasni Awang yang mengesahkan akan turut sama dalam perlumbaan bermula 19 April ini.

Perkara itu didedahkan Pengarah Perlumbaan dan Operasi JM 2009, Emir Abd Jalal yang berkata Azizulhasni akan menyertai perlumbaan dari Peringkat 1 hingga penamat di Kriterium Kuala Lumpur.

Namun kehadiran pelumba berusia 21 tahun dari Terengganu yang tewas dalam acara final pecut individu pada Kejohanan Dunia itu, hanyalah sebagai ikon perlumbaan bagi menarik kehadiran penonton.


揂zizulhasni akan menyertai kita sebagai ikon perlumbaan, dia akan ikut serta dalam acara sampingan yang kita adakan. Kita juga menjemput Mohd Rizal Tisin tetapi masih menanti kata putus,
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 07:08 AM | Show all posts
Shimano Racing perlu diawasi



PASUKAN Shimano Racing mempunyai pencapaian
tersendiri pada Jelajah Malaysia.


PASUKAN benua dari Jepun, Shimano Racing Team adalah antara pasukan yang perlu diberi perhatian pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang akan bermula pada 19 hingga 26 April ini.


Shimano Racing Team akan mempertaruhkan enam pelumba terbaik dan lima daripada mereka adalah pelumba pasukan profesional Skil-Shimano yang mempunyai pengalaman luas seperti Hidenori Nodera, Tomoya Kano, Shinri Suzuki, Yusuke Hatanaka dan Yoshinori Iiro, manakala Yuzuru Suzuki pula adalah bekas pelumba Aisan Racing Team.

Pengarah Eksekutif JM 2009, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, gabungan pelumba-pelumba hebat ini dijangka akan menjadi pencabar utama pasukan benua serta pasukan tempatan dalam merebut tempat di podium.

"Berdasarkan pengalaman dan latar belakang pelumba-pelumba yang terdiri daripada pelumba profesional, Shimano Racing Team akan menjadi tumpuan utama pelumba-pelumba lain dalam merebut tempat terbaik pada JM tahun ini.

"Saya juga menjangkakan JM tahun ini akan 'hangat' dengan kehadiran beberapa pelumba hebat yang akan bersaing sesama sendiri dan tidak ketinggalan juga pelumba tempatan yang mempunyai kehebatan tersendiri," katanya.

Astaman berkata, pencapaian dua pelumba Shimano Racing Team iaitu Hidenori dan Tomoya dalam JM 2009 ini tidak dapat dinafikan apabila masing-masing pernah muncul di podium dan menjangkakan mereka akan mengulangi kejayaan mereka pada edisi kali ini.

"Saya menjangkakan pelumba-pelumba Shimano Racing Team akan 'mencuri' mana-mana peringkat untuk memastikan mereka berada di podium selaku pemenang," katanya.

Hidenori merupakan pelumba terbaik keseluruhan JM 2003 manakala Tomoya pula pernah memenangi peringkat ketujuh JM tahun lepas.

Selain mereka, pelumba lain seperti Yoshinori pula pernah menduduki tangga ketiga peringkat keenam Tour de Hokkaido pada tahun 2007, manakala Yuzuru pula menamatkan perlumbaan peringkat kelima Tour of Thailand di tempat ke-10 dan tempat ke-36 keseluruhan kejohanan itu baru-baru ini.

Perlumbaan sejauh 1,240 km ini dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn. Bhd. dengan menampilkan penyertaan 21 pasukan.

Perlumbaan yang akan bermula 19 April ini akan dimulakan dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by gelangkristal at 31/303/2009 23:09


err...mak rizal ni sakit apa?


sorry lambat reply..
sakit apa tak pasti pulak..
lupa nak tanya mak..
tapi ari tu masuk spital kejap..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:13 AM | Show all posts
Habuan lumayan menanti jaguh

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH



PENGARAH Urusan Electcoms, Datuk Ong Boon Kheng (kanan) bersama Astaman
(tengah) dan Pengarah Eksekutif Electcoms, Michael Ong memegang jersi JM09
pada sidang media di Petaling Jaya semalam.


WANG tunai berjumlah RM285,000 bakal menjadi habuan buat pelumba yang bergelar jaguh pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM09) yang akan bermula 19 hingga 26 April ini.

Pengarah Eksekutif JM09, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, nilai hadiah kemenangan yang terbesar dalam sejarah kejohanan berstatus 2.2 itu adalah sejajar dengan penaikan taraf Malaysia ke kategori Asia 'A' oleh Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI).

"Jumlah hadiah kemenangan JM09 kali ini iaitu RM285,000 adalah yang terbesar pernah ditawarkan dalam sejarah penganjuran kejohanan ini," kata Astaman pada sidang akhbar penajaan Electcoms sebagai rakan perkhidmatan komunikasi JM09 semalam.

"Walaupun kos penganjuran kali ini agak terhad iaitu hanya RM4 juta sahaja, namun jumlah kemenangan tersebut adalah lebih besar berbanding edisi tahun lepas iaitu RM240,00.

"Penambah peruntukan wang hadiah kemenangan ini adalah sejajar dengan penaikan taraf Malaysia ke kategori Asia 'A' daripada UCI," katanya lagi.

Biarpun kos penganjuran berjumlah RM4 juta, Astaman berkata, JM09 tetap menjanjikan cabaran dan saingan yang menarik selain menjadi medan terbaik buat pelumba negara menguji keupayaan masing-masing untuk menyaingi pelumba profesional yang lain.

"Walaupun dalam kegawatan ekonomi, Ten Speed Event tetap menganjurkan lapan peringkat perlumbaan pada kejohanan kali ini.

"Kami sedar, lapan peringkat ini adalah satu cabaran buat pelumba negara untuk menguji kemampuan mereka dalam memberi saingan kepada pelumba luar negara.

"Mungkin lapan peringkat ini terlalu banyak tetapi semua ini tidak mengapa asalkan ia mampu membantu pelumba kita memperbaiki kayuhan mereka dalam setiap perlumbaan kompetitif ini, sama seperti saingan di luar negara," katanya.

Menurut Astaman, beliau juga berhasrat untuk membawa saingan peringkat perlumbaan ke Sabah dan Sarawak tahun depan sekiranya kontrak mereka dengan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) yang dijadualkan tamat tahun ini, dilanjutkan.

"Kalau PKBM puas hati dengan kami dan memberi tawaran untuk menyambung kontrak penganjuran kejohanan ini tahun depan, saya rasa tidak mustahil Jelajah Malaysia akan melibatkan dua negeri baru iaitu Sabah dan Sarawak.

"Oleh sebab itu, kami mahu menjadikan kejohanan ini sebagai yang terbaik daripada yang lepas-lepas supaya ia mampu menarik minat ramai lagi peminat sukan di negara kita, khususnya dalam sukan berbasikal," katanya lagi.

JM09 meliputi perlumbaan sejauh 1,240 kilometer dengan peringkat pertama bermula dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Ipoh-Sungai Petani (peringkat kedua), Gerik-Tanah Merah (peringkat ketiga), Pasir Mas- Kuala Terengganu (peringkat keempat), Kuala Terengganu-Kuantan (peringkat kelima), Kuantan-Bera (peringkat keenam), Tanjung Malim-Genting (peringkat ketujuh) sebelum peringkat terakhir (kelapan), Kriterium di Dataran Merdeka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 07:20 AM | Show all posts
Firdaus ke Belgium selepas JM

PELUMBA pasukan Malaysia B, Mohd. Firdaus Daud akan menjadikan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) 2009 sebagai pentas terakhir buatnya sebelum kembali menjalani latihan di Belgium.


Pelumba yang berasal dari Muar, Johor itu berkata, dia akan menyertai pasukan Niew Hoop Tielen (NHT) buat kali keempat selepas kali terakhir bersama mereka pada tahun lepas.

"Saya harap penyertaan saya pada JM 2009 ini akan dapat membantu memperkemaskan gaya kayuhan sebelum menyertai semula pasukan NHT pada 3 Mei depan.

"Perbezaan ketara apabila berpeluang menjalani latihan di Belgium ialah saya dapat meningkatkan kelajuan dan kema- hiran menerusi persekitaran di sana.

"Bayangkan hampir setiap minggu ada saja perlumbaan basikal yang kami sertai untuk meningkatkan prestasi masing-masing," kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Pada JM 2009, skuad Malaysia B akan diperkuatkan oleh Mohammad Akmal Amrun, Amir Mustafa Rusli, Thum Weng Kin, Sarham Miswan dan Muham- mad Zamani Mustarudin yang kini menjalani latihan di bawah jurulatih berpengalaman, Ng Joo Ngan.

Anak kepada jaguh lumba basikal, Daud Ibrahim yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia 1970 dan lima emas pada Sukan SEAP 1971 itu berkata, dia menyasarkan untuk merampas jersi RTM yang dikhususkan untuk pelumba terbaik tempatan.

"Laluan JM kali ini dilihat menarik dan agak mencabar bagi semua pelumba, namun saya yakin dapat mengharunginya selain membantu Akmal dan Zamani terutama di zon pecutan," katanya.

Firdaus berkata, pasukan dari Iran, Tabriz Petrochemical Team dan Islamic Azad University Team merupakan antara pasukan yang kuat dan bakal memberikan saingan sengit kepada pasukan lain pada perlumbaan kali ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif kejohanan, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, Firdaus merupakan antara pelumba tempatan yang perlu diawasi oleh pelumba lain.

"Berbekalkan pengalamannya sebelum ini ketika menjalani latihan di luar negara, saya yakin Firdaus juga mampu membuktikan kehebatannya pada JM kali ini, sekali gus mengharumkan nama negara," katanya.

JM 2009 kali ini disertai 14 pasukan benua dan ia merupakan penyertaan terbesar daripada pasukan benua pada perlumbaan berstatus 2.2. itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2009 03:50 AM | Show all posts
Buruan mahkota JM 2009 bermula

Oleh AZIZUL FAHMI



KEJOHANAN Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM09) membuka tirainya hari ini.

Sebanyak 21 pasukan sudah bersedia bertarung bagi memburu kejuaraan pada kejohanan berstatus 2.2 anjuran Ten Speed Events Sdn. Bhd. itu.

Pada edisi kali ini, sebanyak 13 pasukan benua, empat kelab profesional serta empat pasukan kebangsaan melibatkan 126 pelumba akan memulakan kayuhan sehingga 26 April depan.

Pastinya kelibat jaguh pada edisi JM08, Tonton Susanto (Juara keseluruhan-Jersi Merah), Anuar Manan (Raja Pecut-Jersi Biru), Hossein Askari (Raja Bukit-Jersi Polka Dot) dan Suhardi Hassan (Pelumba tempatan terbaik-Jersi Putih RTM) mencuri tumpuan pada saingan tahun ini.

Bagi Pengerusi Eksekutif JM09, Datuk Astaman Abdul Aziz, beliau sendiri cukup teruja menantikan detik permulaan JM09 pada peringkat 1 (Kuala Selangor ke Ipoh) hari ini.

揇aripada segi pengurusan, apa yang kami rancangkan berjaya diselesaikan dan kini hanya menunggu masa perlumbaan bermula esok (hari ini).

揇engan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak korporat terutama Electcoms yang merupakan penaja acara JM09, Insya Allah perlumbaan kali ini akan lebih menarik daripada edisi terdahulu,
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 09:30 PM | Show all posts

update!!

19 April, 2009

Iijima Ungguli Peringkat Pertama JM 2009




IPOH, 19 April (Bernama) -- Pelumba pecut Makoto Iijima membuktikan kehandalan pecutannya bagi mengatasi pencabar terdekat Amir Zargari dari Iran untuk menjuarai peringkat pertama perlumbaan basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM 2009) dari Kuala Selangor ke Ipoh, hari ini.

Biarpun dibayangi Amir dari pasukan Azad University Continental, Iijima melakukan henjutan bertenaga untuk menakluki saingan sejauh 176.8km dengan catatan masa tiga jam 59 minit 55 saat.

Pelumba Jepun itu, yang menyarung jersi pasukan Bridgestone Anchor, berjaya merangkul jersi kuning dalam saingan klasifikasi individu keseluruhan dengan menolak Azad di tangga kedua walaupun mencipta catatan masa yang sama.

Pelumba negara Ahmad Haidar Anuawar dari pasukan Trek Marco Polo muncul sebagai pelumba tempatan terbaik setelah menduduki tangga ketiga dengan ketinggalan 34 saat di belakang Iijima.

"Saya mula melakukan pecahan dari kelompok pelumba pada kilometer ke-110 dan dari situ mula berusaha keras. Pendakian (di Gopeng) tidak begitu sukar dan kebanyakan laluan adalah mendatar dan saya mahir di laluan seperti itu," kata Iijima selepas perlumbaan itu.

Iijima juga memperoleh jersi polka dot merah selepas mengumpul tiga mata dalam kategori Raja Bukit.

Sementara itu, Ahmad Haidar, 23, mengorak langkah untuk mencabar bekas rakan sepasukan Le Tua, Anuar Manan, untuk memenangi jersi hijau bagi peringkat pecutan selepas menamatkan saingan dengan terikat tujuh mata.

"Menjadi sasaran saya untuk merangkul jersi hijau pada peringkat ini. Saingan adalah sengit antara saya dengan Anuar pada dua zon pertama pecutan," katanya.

"Saya akan guna pakai strategi sama untuk perlumbaan peringkat kedua untuk mengumpul lebih banyak mata bagi mengekalkan jersi," kata Ahmad Haidar.

Pada zon pecutan pertama di Sungai Besar, Ahmad Haidar mengumpul lima mata manakala Anuar hanya menduduki tempat ketiga dengan dua mata.

Bagaimanapun, Anuar bangkit untuk mengumpul lima mata pada zon pecutan kedua di Teluk Intan, meninggalkan Ahmad Haidar di tempat ketiga.

Kedua-dua pelumba tersebut tidak memperoleh sebarang mata pada zon pecutan ketiga di Kampar, yang dimenangi oleh Amir Zargari.

Ahmad Haidar juga merangkul jersi putih sebagai pelumba terbaik Malaysia pada perlumbaan hari ini.

Dalam acara berpasukan, Azad University Continental dari Iran mendahului saingan dengan mencatatkan jumlah masa 12 jam 53 saat manakala pasukan Malaysia "B" mendahului kategori klasifikasi pasukan Malaysia keseluruhan dengan catatan masa 12'01:27s.

Seramai 122 pelumba dari 21 pasukan akan memulakan perlumbaan peringkat kedua sejauh 192.7km dari Ipoh ke Sungai Petani, Kedah, esok.

-- BERNAMA


tah-ni-ah  iijima!! :victory:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 06:58 AM | Show all posts
Ahmad Haidar rampas jersi hijau

Oleh ANI AWANG



PELUMBA pasukan Bridgestone Anchor, Makoto Iijima tiba di garisan
penamat untuk menjuarai peringkat pertama perlumbaan basikal
Jelajah Malaysia 2009 di Ipoh, semalam.


IPOH - Ahmad Haidar Anuawar berjaya menyarung jersi hijau peringkat pertama dalam perlumbaan Jelajah Malaysia (JM2009) sejauh 176.8 kilometer dari Kuala Selangor dan berakhir di sini, semalam.


Ahmad Haidar yang mewakili pasukan Trek Marco Cycling Team (MPC) dari China mencatatkan masa 4 jam 21 minit.

Dia mengetepikan raja pecut JM tahun lalu, Anuar Manan yang kini mewakili Azad University Cycling Team (Azad University).

Ahmad Haidar berkata, dia berazam untuk mengulangi persembahan terbaik bagi peringkat seterusnya walaupun laluan yang bakal ditempuhi agak mencabar.

''Saya bersyukur kerana menang walaupun terpaksa bersaing dengan Anuar yang mempunyai pengalaman luas tetapi saya tidak menyangka kayuhan pada kali ini memihak kepada saya.

''Kalau boleh saya mahu mempertahankan gelaran raja pecut ini bagi tiga peringkat berturut-turut," katanya ketika ditemui selepas menamatkan pusingan pertama JM 2009 di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh di sini.

Ahmad Haidar berkata, dia mahu menggunakan peluang yang diperoleh dengan sebaik-baiknya itu untuk terus bersaing pada perlumbaan kali ini.

Selain jersi hijau, jaguh skuad lebuh raya negara itu juga memenangi jersi putih setelah menduduki tempat ketiga bagi acara keseluruhan perlumbaan.

Sementara itu, tempat pertama keseluruhan dan berjaya memiliki jersi kuning dimenangi Makoto IIjima yang mewakili pasukan Bridgestone Anchor dari Jepun.

Catatan kayuhan Makoto ialah 3 jam 59 minit 55 saat.

Amir Zargari dari Azad University meraih jersi biru apabila menduduki tempat kedua keseluruhan dengan catatan masa 3 jam 59 minit 55 saat.

Kesemua pelumba tersebut akan meneruskan saingan peringkat kedua dari Ipoh ke Sungai Petani, Kedah sejauh 192.7 kilometer esok.

Sebanyak 14 pasukan menyertai JM 2009 bermula 19 hingga 26 April ini.

JM 2009 merangkumi perlumbaan sejauh 1,240 kilometer dengan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat kedua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat ketiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat keempat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat kelima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat keenam (Kuantan-Bera), peringkat ketujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum tamat dalam peringkat perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


*******************************************************************

congrats ahmad haidar -
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 06:27 AM | Show all posts
Anuar mula tunjuk taring

Laporan AZIZUL FAHMI



DARI kiri, Anuar, Iijima dan Mahdi yang mendominasi perlumbaan
peringkat kedua dari Ipoh ke Sungai Petani semalam.


PELUMBA sensasi negara, Anuar Manan mula menunjukkan taringnya.

Selepas gagal menjejak podium pada perlumbaan peringkat pertama Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM '09), semalam Anuar mula memperlihatkan kayuhan sebagai sang juara.

Pada perlumbaan peringkat kedua dari Ipoh ke Sungai Petani itu, Anuar berjaya menjejak podium apabila muncul naib juara dengan catatan masa 4 jam 36 minit dan 09 saat.

Biarpun gagal untuk muncul sebagai pelumba pertama mencecah garisan penamat, kejayaan Anuar menduduki tempat kedua pada perlumbaan sejauh 192.7 kilometer itu harus diberi pujian.

Selain menamatkan perlumbaan di tempat kedua, Anuar berjaya menyarung Jersi Putih RTM selaku pelumba tempatan terbaik, sekali gus merampas jersi tersebut daripada rakan senegaranya, Ahmad Haidar Anua- war dari pasukan Trek Marco Polo Cycling Team.

"Saya mengaku agak kecewa kerana gagal menjuarai perlumbaan ini.

"Bagaimanapun, saya berazam untuk terus menampilkan kayuhan lebih bertenaga pada perlumbaan seterusnya."

Pada perlumbaan semalam, Mehdi Sohrabi dari pasukan Tabriz Petrochemical Cycling Team muncul juara selepas mencatat masa 4'36:09s manakala tempat ketiga menjadi milik pelumba Doha Team, Rafai Chtioui (4'36:09s).

Mengulas prestasinya semalam, pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu berkata, dia gagal menempatkan diri dalam kelompok hadapan pada awal perlumbaan.

"Ada pelumba sudah melakukan breakaway selepas 50 kilo- meter pertama. Saya agak ketinggalan sehingga gagal memungut sebarang mata pada zon pecutan pertama.

"Bagaimanapun, saya berjaya menempatkan diri dalam kelompok pelumba hadapan apabila hampir pada zon pecutan kedua. Situasi itu membolehkan saya memungut mata pada zon pecutan kedua dan ketiga," kata Anuar.

Pada zon pecutan pertama di Kuala Kangsar (46.6km), Mehdi meraih lima mata diikuti pelumba Malaysia A, Suhardi Hassan (3), Masaru Fukuhura (2) dan pelumba Angkatan Tentera Malaysia, Mohd. Shafrul Afiza Fauzian (1).

Anuar mula menampakkan kegarangannya dengan mengungguli zon pecutan kedua di Bagan Serai (103.7km), sekali gus membolehkannya meraih lima mata.

Suhardi pula berada di belakangnya untuk mengumpul tiga mata diikuti Mehdi (2) dan Masamichi Yamamoto (1).

Pada zon pecutan ketiga di Lunas (159km), Mehdi berjaya mengumpul lima mata diikuti Anuar (3), David McCann (2) dan Ghader Mizbani (1).

Ditanya perasaannya apabila merampas Jersi Putih RTM yang sebelum itu disarung Hai- dar, Anuar menjawab: "Saya sedar Haidar pasti mahu mempertahankan Jersi Putih RTM yang dimenanginya semalam (kelmarin).

"Tetapi sebagai pelumba profesional, kami masing-masing ada tanggungjawab."
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 06:29 AM | Show all posts
Saufi pengubat kekecewaan

Laporan AZIZUL FAHMI


HOSSEIN (depan) meraikan kejayaan selepas muncul juara perlumbaan
peringkat ketiga dari Gerik, Perak ke Tanah Merah, Kelantan semalam.


SEMALAM mungkin hari malang buat pelumba negara pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM '09) yang sudah memasuki peringkat ketiga.

Perlumbaan dari Gerik ke Tanah Merah sejauh 172.7 kilometer itu berakhir tanpa pelumba negara berada dalam kelompok lima teratas mencecah garisan penamat.

Anuar Manan yang menduduki tempat kedua pada perlumbaan peringkat kedua kelmarin, juga gagal mengulangi pencapaian cemerlang itu.

Begitupun, hari malang itu sedikit terubat apabila pelumba pasukan Terengganu Toshiba Bike Lab, Mohd. Saufi Mat Senan tampil sebagai penyelamat apabila menamatkan saingan di tempat keenam.

Tiada siapa menjangka Saufi berjaya menempatkan diri dalam kelompok hadapan kerana tumpuan lebih terarah kepada pelumba elit negara yang lain.

Penyudah cemerlang yang dilakukan oleh pelumba berusia 19 tahun itu membuktikan bahawa dia harus diawasi.

Pada perlumbaan itu, Saufi mencatatkan masa 4 jam 05 minit 30 saat, catatan sama yang turut dilakukan juara peringkat ketiga, Hossein Nateghi dari pasukan Azad University Continental Team.

Apa pun, saingan dari Gerik ke Tanah Merah semalam memberi kelebihan kepada pakar pendakian.

"Saya anggap ini sebagai satu keputusan yang mengejutkan dan di luar jangkaan saya. Kejayaan berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik pada peringkat ketiga sudah dianggap cukup baik.

"Peringkat ketiga hari ini (semalam) sangat mencabar, apatah lagi ini merupakan penampilan sulung saya pada JM.

"Saya bangga dan gembira kerana sasaran pasukan pada perlumbaan ini berjaya direali- sasikan. Sebelum perlumbaan bermula, harapan pasukan disandarkan kepada saya, jadi kejayaan ini sangat bermakna buat kami semua," kata Saufi.

Ditanya mengenai strateginya sehingga membolehkan dia berada dalam kelompok hadapan, Saufi memberitahu: "Saya mula melakukan breakaway (pemisahan) pada jarak 20 kilometer pertama bersama 30 pelumba lain.

"Saya cuba mengutip mata pada zon pendakian pertama (di Lebuh Raya Timur-Barat) tetapi gagal. Bagaimanapun, saya berjaya menebus kekecewaan itu pada zon pendakian kedua (di Bukit Banding) apabila meraih satu mata penting.

"Situasi itu memberi semangat kepada saya untuk terus menempatkan diri dalam kelompok hadapan hingga ke garisan penamat," kata pelumba kelahiran Kuala Ibai itu.

Sudah semestinya kejayaan Saufi semalam boleh dijadikan sebagai batu loncatan baginya untuk merangkul Jersi Putih RTM selaku pelumba tempatan terbaik pada kejohanan kali ini.

Tanpa berselindung, Saufi mengakui, dia mula mengintai pelung untuk menyarung Jersi Putih RTM yang kini menjadi milik pelumba pasukan Malaysia A, Suhardi Hassan.

"Walaupun masih baru dalam JM, saya sudah menanam impian untuk menyarung Jersi Putih RTM pada kejohanan kali ini."
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 07:03 AM | Show all posts
Pelumba negara pamer kebangkitan

ADA sesuatu yang boleh dibanggakan peminat tempatan selepas berakhirnya peringkat keempat JM'09 dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu semalam.


Selain menyaksikan Anuar Manan muncul juara, peminat tempatan juga masih boleh berbangga kerana daripada 15 pelumba terbaik yang berjaya melintasi garisan penamat, tujuh daripadanya adalah pelumba negara.

Pelumba Malaysia B, Muhammad Firdaus Daud menamatkan saingan di tempat ketujuh diikuti Mohd. Faris Abdul Razak (Malaysia A - 8), Muhamad Zamani Mustarudin (Malaysia B - 9), Mohd. Najmee Wan Mohd. (Malaysia A - 11), Mohd. Nor Rizuan Zainal (ATM - 12) dan Suhardi Hassan (Malaysia A - 13).

Suhardi juga masih mampu tersenyum kerana terus mengekalkan Jersi Putih RTM selaku pelumba tempatan terbaik.

"Pada perlumbaan peringkat keempat hari ini (semalam), laluannya adalah landai. Jadi, semua pelumba memiliki peluang untuk mencatatkan masa terbaik.

"Bagi mempertahankan Jersi Putih RTM yang dimenangi semalam (kelmarin), saya hanya menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok hadapan.

"Pada masa yang sama, saya cuba mengintai peluang untuk mendapat kedudukan terbaik bagi membolehkan saya mencatat masa yang lebih baik," kata pelumba berusia 27 tahun itu.

Suhardi berkata, walaupun memiliki kelebihan empat minit di hadapan barisan pencabarnya, dia masih perlu berwaspada kerana menyedari perlumbaan JM'09 masih ada empat peringkat lagi untuk diharungi.

"Apa sahaja boleh berlaku dan saya tidak boleh terlalu yakin. Ini bukan satu kelebihan buat saya.

"Saya perlu lebih bekerja keras untuk mencatat kedudukan dan masa terbaik, sekali gus membolehkan saya terus menyarung Jersi Putih RTM pada perlumbaan kali ini," katanya.

Dalam pada itu, pemegang Jersi Hijau (Raja Bukit) peringkat pertama, Ahmad Haidar Anuawar tidak dapat meneruskan misinya pada baki saingan perlumbaan JM'09.

Pelumba pasukan Trek Marco Polo Cycling Team itu mengalami kecederaan selepas terlibat dengan insiden kemalangan pada 500 meter terakhir daripad agarisan penamat semalam.

"Haidar tidak dapat meneruskan perlumbaan tahun ini dan dia dijangka berehat sekurang-kurangnya tiga bulan," kata Pengarah Eksekutif Ten Speed Event Sdn.Bhd., Ahmad Arif Astaman.


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 02:39 AM | Show all posts
Anuar semakin ligat

Laporan AZIZUL FAHMI



BERGAYA... Anuar mengangkat tangan sejurus tiba di garisan
penamat pada perlumbaan peringkat kelima di Kuantan semalam.


ANUAR Manan semakin pantas.
Semalam, kayuhan pelumba Azad University Continental Team itu sekali lagi memukau peminat tempatan.

Selepas dijulang di Kuala Terengganu kelmarin, semalam pelumba sensasi negara itu diraikan bagai seorang wira apabila menjuarai peringkat kelima Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM '09).

Semangat juang tinggi yang ditampilkan Anuar menyaksikannya muncul pelumba pertama yang berjaya melintasi garisan penamat pada perlumbaan dari Kuala Terengganu ke Kuantan itu.

Anuar mengesahkan kejuaraannya selepas mencatat masa 4 jam 49 minit 40 saat, sekali gus mengetepikan pelumba Terengganu, Mohd. Harrif Salleh dan Sergey Kudentsov (Poly- gon Sweetnice Team) yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

"Syukur alhamdulillah kerana sekali lagi saya menjuarai perlumbaan. Semalam (kelmarin) saya cukup gembira dan berbangga kerana muncul juara di tempat sendiri (Kuala Terengganu).

"Hari ini (semalam) pula, kegembiraan itu semakin bertambah kerana saya menang buat kali kedua berturut-turut dan kali ini, saya mahu meraikan kejayaan bersama peminat di Kuantan," kata Anuar semalam.

Katanya lagi, kejayaan yang diraihnya semalam boleh dianggap sebagai satu bonus tambahan memandangkan sebelum perlumbaan bermula, dia hanya memburu kedudukan terbaik.

Jelas Anuar, kejayaannya itu adalah hasil kerjasama rakan sepasukannya sehingga membolehkannya sekali lagi menjejak podium utama.

"Dalam pasukan (Azad University Continental Team), saya dianggap sprinter terbaik, jadi mereka yakin saya mampu mengula- ngi kejayaan seperti semalam (kelmarin).

"Kami mula 'bekerja' kira-kira 100 kilometer terakhir. Bermula dari situ, saya sudah mengorak langkah untuk menempatkan diri dalam kedudukan terbaik. Lebih kurang 100 meter terakhir, saya terus memecut hingga ke garisan penamat," tambah Anuar.

Mengulas mengenai peluangnya merampas kembali Jersi Hijau, Anuar berkata, dia masih berusaha mengutip seberapa banyak mata bagi membolehkannya bergelar Raja Pecut buat tahun ketiga berturut-turut.

Ketika ini, Anuar mengumpul 16 mata, satu mata di belakang pemilik Jersi Hijau, Mehdi Sohrabi daripada pasukan Tabriz Petrochemical Cycling Team.

Pada perlumbaan sejauh 199.5km semalam, Anuar sekadar mengutip satu mata iaitu pada zon pecutan kedua di Dungun (71.6km).

Mehdi pula berjaya mengumpul dua mata iaitu pada zon pecutan ketiga di Chukai (140.8km).

"Agak mengecewakan kerana saya hanya meraih satu mata pada perlumbaan ini tetapi pada perlumbaan esok (hari ini), saya akan cuba menambah mata," katanya.

Pada perlumbaan peringkat keenam dari Kuantan ke Bera hari ini, Anuar diramal berpeluang untuk sekali lagi mengulangi kejayaannya kerana laluan sejauh 134km itu masih dianggap laluan landai.

Dengan hanya melibatkan satu zon pendakian iaitu di Sri Jaya (40.2km), Anuar mampu untuk menambah pungutan mata di tiga zon pecutan iaitu di Sri Jaya (42.8km), Maran (58.6km) dan Paya Pulai (101.1km)

"Sudah pasti kami memiliki strategi tersendiri bagaimana untuk mencari kedudukan terbaik selain menambah mata pada zon pecutan pada perlumbaan esok (hari ini)," kata pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu.

Dalam pada itu, pelumba pasukan Tabriz Petrochemical Cycling Team, Mehdi Sohrabi masih mengekalkan Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan manakala rakan sepasukan Anuar, Abbas Saeiditanha kekal menyarung Jersi Polka Dot (Raja Bukit).
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 07:56 AM | Show all posts
Kejutan daripada Taiji

Laporan AZIZUL FAHMI


TAIJI (tengah) meraikan kejayaan memenangi peringkat keenam
Jelajah Malaysia 2009 bersama-sama Pearson (kanan) dan McCarthy
di Bera semalam.


PELUMBA pasukan Aisan Racing Team, Taiji Nishitani melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai perlumbaan peringkat keenam Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM'09) dari Kuantan ke Bera sejauh 134 kilometer semalam.


Nishitani mengesahkan kejuaraan sulungnya itu di negara ini apabila mencatatkan masa 2 jam 52 minit 03 saat, sekali gus mengetepikan cabaran 115 pelumba lain.

Tempat kedua pula dimenangi Joel Pearson daripada pasukan Savings & Loan Cycling Team manakala Shaun McCarthy (Ride Sport Racing) menduduki tempat ketiga selepas mencatat masa yang sama dengan Nishitani.

"Saya gembira dan berpuas hati kerana akhirnya berjaya muncul juara pada JM'09. Pada lima peringkat sebelum ini, saya gagal berada di podium tetapi hari ini (semalam) saya berasa cukup gembira.

"Saya hanya mahu menang sahaja pada perlumbaan ini. Saya mengekori rapat dua pelumba Australia itu (Pearson dan McCarthy) sebelum melakukan pecutan terakhir kira-kira 50 meter dari garisan penamat," kata Nishitani.

Sementara itu, Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan) masih menjadi milik pelumba Tabriz Petrochemical Cycling Team, Mehdi Sohrabi selepas mencatat masa keseluruhan 24'33:04s. Ia dikuti Nishitani (24'33:08s) dan pelumba Trek Marco Polo Racing Team, James Spragg (24'33:09s).

"Saya sudah melakukan yang terbaik pada perlumbaan hari ini (semalam) untuk mengekalkan Jersi Kuning,

"Pada perlumbaan esok (hari ini) dari Tanjung Malim ke Genting Highlands, saya akan cuba melakukan kayuhan terbaik kerana saingan pasti mencabar," kata Meh- di yang juga juara keseluruhan JM'07.

Jersi Polka Dot (Raja Bukit) juga kekal milik Abbas Saeiditanha yang mengumpul 15 mata, namun pelumba pasukan Azad University Continental Team itu dicabar hebat oleh Mehdi yang hanya ketinggalan satu mata di belakangnya.

Bagaimanapun, Abbad diramal berpeluang menjarakkan mata dengan pencabarnya apabila perlumbaan ke Genting Highlands hari ini pasti memberi kelebihan kepadanya yang dianggap jaguh bukit.

"Saya akan pastikan Jersi Polka Dot tetap menjadi milik saya hingga akhir saingan JM'09. Untuk itu, saya harap dapat melakukan yang terbaik pada perlumbaan esok (hari ini)," kata Abbas.

Pelumba Malaysia A, Suhardi Hassan juga terus unggul mempertahankan Jersi Putih RTM yang dimenanginya sejak tahun 2003.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 09:41 AM | Show all posts
Roe tawan Genting Highlands


PELUMBA pasukan LeTua, Samai Amari menahan kesakitan apabila
terjatuh selepas baru melakukan kayuhan sejauh kira-kira 30 kilometer
pada saingan peringkat ketujuh sejauh 116.2km dari Tanjung Malim
ke Genting Highlands JM2009 semalam dan dikatakan patah bahu
kiri serta cedera lutut. - BERNAMA


GENTING HIGHLANDS - Pelumba Australia, Timothy Roe berjaya merampas kedudukan pendahulu keseluruhan apabila menjuarai peringkat ketujuh kejohanan lumba basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM2009) dari Tanjung Malim, Perak ke Gohtong Jaya di sini semalam.

Roe, pelumba pasukan Savings & Loan, membuktikan kepakaran dalam pendakian apabila menamatkan saingan sejauh 116.2 kilometer, dengan catatan masa 3 jam 1 minit dan 21 saat.

Hasil kejayaan di Genting Highlands itu, Roe turut merampas jersi Kuning, sebagai pendahulu keseluruhan, daripada pelumba Iran, Mehdi Sohrabi dari pasukan Tabriz Petrochemical.

Roe berjaya melintasi garisan penamat dengan mengatasi pelumba berpengalaman, Ghader Mizbani dan rakan sepasukan, Jai Crawford dari pasukan Tabriz Petrochemical.

"Semua berjalan lancar mengikut perancangan pasukan dan kami bangga dengan keputusan ini selepas semua titik peluh kami membuahkan hasil," kata pelumba muda berusia 20 tahun itu.

Roe menyifatkan pasukan dari Iran amat mantap dan menguasai peringkat awal perlumbaan tetapi ia tidak membimbangkan walaupun perlumbaan berstatus 2.2 itu dilihat agak sukar.

Dia mendahului buruan gelaran pelumba terbaik keseluruhan dengan mengumpul masa 27'34:20s, kelebihan 24 saat di depan pencabar terdekat dan rakan sepasukan Crawford manakala Ghader di tempat ketiga dengan ketinggalan 25 saat dari pendahulu.

Walaupun memenangi peringkat semalam, Roe tidak dapat merangkul gelaran Raja Bukit (jersi Polka Dot) apabila hanya mengumpul lapan mata di zon ketiga pendakian di Genting Highlands.

Jersi berkenaan berjaya dirampas oleh pelumba Iran, Abbas Saeditanha dari pasukan Azad University Continental selepas mengumpul 15 mata.

"Saya bangga untuk memiliki gelaran Raja Bukit dan perlumbaan hari ini paling sukar sekali ditambah keadaan cuaca panas," kata Saeditanha yang hanya memiliki perbezaan satu mata dengan Mehdi dan rakan sepasukan Hossein Nathegi dan menduduki tempat ketiga dengan 11 mata.

Laluan pendakian ke Gohtong Jaya merupakan cabaran paling getir sepanjang JM2009 dengan membabitkan tiga zon pendakian di Templer Park, Empangan Batu dan Genting Highlands.

Pelumba tempatan, Ng Yong Li dan Muhamad Rauf Misbah muncul pelumba pendaki terbaik negara dengan Yong Li menduduki tempat ke-15 selepas catatan masa 3'04:34s dan Muhammad Rauf ketinggalan 23 saat di tempat ke-19.

Sementara itu, pelumba Malaysia, Mohd. Nor Rizuan Zainal dari pasukan Angkatan Tentera merampas jersi Hijau dari Mehdi.

"Saya memang tidak menjangka akan memenangi jersi Hijau buat pertama kali hari ini. Pasukan saya banyak membantu untuk meraih kemenangan ini," katanya yang menambah 11 mata atas pencapaian dalam kategori Raja Pecut.

Buruan pelumba terbaik Malaysia (jersi Putih) bertukar tangan dengan Muhamad Rauf memiliki kelebihan 19 saat untuk mengambil alih kedudukan daripada ketua pasukan Suhardi Hassan.

Kejohanan JM2009 akan menutup tirai di Kuala Lumpur hari ini dengan pelumba beraksi pada acara kriterium sejauh 80.4 km atau 12 pusingan membabitkan tiga zon pecutan bermula dari Dataran Merdeka. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 01:26 PM | Show all posts
Salam n slmt sejahtera sumer..warga speda...apa citer mnarik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 01:27 PM | Show all posts
lama tul x singgah kat sini..xtvt kayuh pun hancur skang ni..bizi manjang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 08:45 AM | Show all posts

Balas #857 dill9642\ catat

yup kurang yg berbasikal yang masuk kat sini dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 08:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by amazed at 6-7-2009 20:12

Monday July 6, 2009
Cavendish shows his class with victory in second stage

BRIGNOLES (France): Mark Cavendish made it clear he is probably untouchable in mass finishes on the Tour de France this year when he stunned the rest of the field to win the second stage yesterday.

Left in the front with three of his Columbia team-mates after a crash in the final turn of the 187km stage from Monaco had split the bunch, the Briton was forced to an unexpectedly long sprint in the last 500m.

It made his victory all the more impressive as second-placed American Tyler Farrar and third-placed Romain Feillu of France never looking in a position to challenge him.

Cavendish, the winner of four stages in 2008, praised his team-mates who had led and protected him in the last 20km to place him in ideal conditions for the finale.


Master of mass finishes:Britain's Mark Cavendish raising
his arms to celebrate after winning the second stage
of the Tour de France.-Reuters



“They’re superb, really intelligent guys and efficient too. When you see the work of these eight riders riding for me, it’s impressive,” he told reporters.

“I’m glad I could win it. There’s a lot of people involved in a sprint like this.”

While Cavendish is already the most successful British professional rider, he can now set his sights on Barry Hoban’s British record of eight stage victories on the Tour.

“I had two goals on this Tour, one was to go to the end of the Tour and take as many wins along the way. But I don’t want to look too far ahead,” he said.

The heat, with temperatures reaching 40°, was merciless in the peloton.

“I cannot remember riding in such heat. It was like riding in a hot bath,” said Cancellara.

The weather did not stop four riders launching the first long breakaway in this Tour started on the third category climb to La Turbie, after 13 km.

Finn Jussi Veikkanen, Dutchman Stef Clement, Frenchmen Cyril Dessel and Stephane Auge joined forces for 166 km and held a maximum lead of 5:20 with 100 km to go.

In the last 40 km, Cavendish’s team-mate Mark Renshaw seized control of the peloton to increase the pace and the gap gradually diminished. The four were caught with nine km to go.

American Lance Armstrong, back in the saddle after three and a half years in retirement, remained 10th overall after riding in the peloton all day.

Today’s third stage from Marseille to La Grande Motte could be another tricky one, with strong winds forecast on the 196.5 km along the Mediterranean coastline. — Reuters



mate!! ko leh tukar tak topic tu.... now kan dah tour de france, mate.....  tenki mate!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 08:55 PM | Show all posts
macam tak bermaya je ruang berbasikal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.131641 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list