CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 3-7-2013 02:00 PM | Show all posts
J1M 2013 beri isyarat positif



Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my



BANYAK pengajaran yang diperoleh barisan pelumba negara sebaik Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2013 menutup tirainya pada Ahad lalu.

Di sebalik kejayaan pelumba tempatan mendominasi kesemua jersi yang dipertandingkan, J1M 2013 membuktikan bahawa pelumba Filipina sememangnya kuat di peringkat pendakian, sekali gus menjadi ancaman utama kepada Malaysia pada temasya dwi-tahunan Sukan SEA 2013 di Naypyitaw, Myanmar hujung tahun ini.

Pada edisi ke-50 jelajah tertua di negara ini, anak jati Kelantan, Loh Sea Keong, 27, yang mewakili pasukan benua, OCBC Singapore Continental Cycling Team melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba kebangsaan pertama muncul juara keseluruhan, sekali gus menyarung Jersi Kuning.

Sejak perlumbaan sulung diadakan di Kuala Lumpur pada 1963, ini kali pertama semua jersi utama iaitu Jersi Hijau (Raja Pecut), Jersi Merah (Raja Bukit), Jersi Biru (Pelumba Terbaik Asia) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Malaysia) didominasi sepenuhnya oleh anak-anak tempatan.

Selain Sea Keong yang menyarung Jersi Kuning, Biru dan Putih, pasangan adik-beradik, Mohd. Harrif dan Mohd. Zamri Salleh masing-masing dinobatkan selaku Raja Pecut dan Raja Bukit.

Namun, apakah harga yang perlu dibayar oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di sebalik segenap kejayaan itu?

Siri kejayaan itu tidak disulami dengan kecemerlangan pasukan kebangsaan Malaysia yang gagal dalam perebutan bagi kategori Pasukan Terbaik Malaysia apabila tewas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dengan hanya bersandarkan dua pelumba tonggak iaitu Mohd. Adiq Husainie Othman dan Muhammad Rauf Nur Misbah, skuad bimbingan Aminuddin Sulaiman itu tercari-cari siapakah pelumba ketiga yang bakal menentukan nasib pasukan.

Kombinasi ‘ caca merba ’ seperti Ahmad Farhan Fahmi Ahmad Fuat dan pelumba basikal bukit (MTB), Shahrin Amir, pelumba yang kali pertama didedahkan dalam kancah perlumbaan antarabangsa, Muhd. Nasrullah Ismanizam selain pemecut yang kurang menjadi, Ahmad Fakrullah Alias jelas menggarap skrip malap buat pasukan kebangsaan Malaysia.

Seharusnya, mesyuarat Exco PKBM yang akan diadakan di Kuala Lumpur hari ini membincangkan permasalahan ini, sekali gus memutuskan satu dasar tegas dalam menangani kedudukan pelumba seperti Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi, Mohd. Nor Rizuan Zainal atau Adiq.

Pelumba kebangsaan sewajarnya menabur bakti untuk Malaysia pada kejohanan bertaraf antarabangsa dan hanya boleh dilepaskan untuk mewakili ‘majikan masing-masing’ seperti PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada kejohanan bertaraf kebangsaan seperti Grand Prix Kebangsaan (GP Kebangsaan), Piala Gabenor Melaka (MGC) atau Terbuka Perlis.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd. Wahab berjanji akan mengutarakan permasalahan tersebut pada mesyuarat itu nanti.

“ Sebenarnya perkara ini sudah pun diputuskan beberapa kali sebelum ini. Memang ada satu perjanjian bahawa pelumba kebangsaan harus berkayuh untuk Malaysia pada kejohanan besar seperti Jelajah Malaysia. Namun, kami memberi kelonggaran rentetan permintaan daripada persatuan negeri.

“ Bagaimanapun, kekalahan pasukan kebangsaan kepada PDRM jelas membuka kembali ruang perdebatan mengenai perkara ini. Saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat Exco pada Rabu ini untuk dikupas, dibincang seterusnya diputuskan satu keputusan tegas, ” kata Abu Samah.

Pada masa yang sama, J1M 2013 menyerlahkan satu senario menarik apabila pelumba muda yang ditampilkan Majlis Sukan Negara (MSN), pasukan negeri iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu mampu untuk menyaingi kayuhan kelab benua Asia seperti Matrix Powertag, LBC-MVPSF Cycling Pilipinas, Team 7 Eleven Presented By Roadbike Philippines, Customs Cycling Club, CCN Cycling Team dan Team Putra Perjuangan Bandung Indonesia meskipun laluan J1M 2013 sebanyak lima peringkat itu tidak menghidangkan laluan berbukit yang mencabar.

Malah, masa keseluruhan MSN, Negeri Sembilan dan Terengganu membuktikan mereka bukan ‘ budak belasahan ’ kepada pasukan kelab benua luar negara iaitu Synergy Baku Cycling Project Team, Huon Salmon-Genesys Wealth Advisershgp dan Polygon Sweet Nice Team.

Pada masa yang sama, Abu Samah mengakui, pelumba Filipina bakal menjadi ancaman utama kepada Malaysia pada temasya dwi-tahunan Sukan SEA 2013 di Naypyitaw, Myanmar hujung tahun ini.

Mulai sekarang, pihak pengurusan pasukan kebangsaan perlu mengeluarkan jemputan dan memastikan semua pelumba khususnya pakar pendakian termasuk dari TSG menyertai Kejohanan Pemilihan Khas Sukan SEA 2013 yang bakal diadakan di Cameron Highlands pada 5 Oktober depan.

Sebenarnya pelumba profesional benua dan benua seperti Adiq, Mohd. Shahrul Mat Amin, Amir Mustafa Rusli dan Anuar Manan perlu berasa bangga untuk mewakili pasukan kebangsaan kerana semangat tersebut dimiliki sepenuhnya oleh nama besar dunia khususnya Mark Cavendish, Cadel Evans, Alberto Contador atau Chris Froome.

Namun, nasib Anuar iaitu pemenang Jersi Hijau pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 masih kabur kerana pemecut dari Synergy Baku Cycling Project Team itu dilaporkan akan menjalani pembedahan pada minggu depan.

Setidak-tidaknya Anuar sudah pun menunjukkan reaksi positif apabila mendesak Aminuddin untuk menyenaraikan namanya dalam sebarang acara elit lelaki pada Sukan SEA 2013 di Myanmar bagi membuktikan dia turut memiliki jiwa patriotik sayangkan Malaysia.

Namun bagi Aminuddin, J1M 2013 memberikan satu ruang lingkup yang cukup besar dalam penyediaan data bagi memilih pelumba bakal ditampilkan di Sukan SEA 2013.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 02:33 PM | Show all posts
Update terkini.

Saya dah try cycle pakai tight bicycle panjang.
Ok lah jugak. Takde lah segan sangat.

Nak tunggu badan fit sikit kemudian akan try cycle pki baju cycle pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2016 07:39 AM | Show all posts
Up!!!
Tumpang ceduk ilmu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 12:33 AM | Show all posts


Cerita petang tadi semasa menuju ke Damansara dari Mid Valley,nampak sebuah kedai basikal baru di Jalan Maarof, Bangsar..rasanya kedai Specialized yang akan dibuka di sini..tidak sabar sudah nak datang sini dan berlepak..rasanya sangat cantik kedai ini..woohoo!!Ada yang tahu tak tempat ini?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 04:10 PM | Show all posts
kluangman replied at 22-9-2014 02:33 PM
Update terkini.

Saya dah try cycle pakai tight bicycle panjang.

Kalau road bike memang ramai pkai suit cycle,tapi MTB freestyle pun boleh kot...

Saya pun layan MTB pergi Kemensah,kekadang folding Dahon kat taman,sesekali roadbike jauh sikit macam Sungai Lui ker...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2016 10:55 AM | Show all posts
kbyne replied at 27-12-2016 04:10 PM
Kalau road bike memang ramai pkai suit cycle,tapi MTB freestyle pun boleh kot...

Saya pun layan ...

Ko prefer cycle suit atau freestyle?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2017 11:25 AM | Show all posts
boleh share tak aktiviti kayuhan dekat mana2 especially putrajaya utk tahun ni
next:
15/7 putrajaya community ride siri 2
22/7 felda cyclorun 2017 @Putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 04:34 PM | Show all posts


Hye semua saya Jazli hassan menjemput sesiapa ada basikal atau mahu berbasikal yang berminat untuk mendengar suka duka perjalanan kami menurunkan berat badan serta sihat dalam berbasikal boleh dapatkan tempat anda terhad untuk beberapa tempat saya.Di situ akan di berikan bagaimana pemakanan untuk menurunkan berat badan sambil berbasikal,bagaimana saya mengekalkan mental dalam kayuhan untuk misi menurunkan berat badan..jenis basikal yang sesuai untuk anda membuat kayuhan menurunkan berat badan.Baru-baru ini pihak cari.com.my ada mengeluarkan artikel saya DISINI bagaimana saya turunkan berat badan dari 183kg ke 79kg.dari jersey saiz basikal 6XL ke saiz M..dari seorang zero dalam berbasikal sehingga saya ke arena DUATHLETE.semua perkongsian ilmu selama saya sebagai ikon obesiti pusat obesiti Malaysia Hospital Putrajaya.

Program ini adalah kerjasama dan sokongan pihak SA SPORT SDN BHD.


dapatkan tempat terhad anda sekarang sebelum kami tutup pendaftaran.
Bertempat : SA Sport SDN BHD,Kawasan Industri Klang Utama.
Tarikh:20 hb August 2017.
Masa: 8.00 pagi- 6.30 ptg.
CALL/WhatsApp untuk pendaftaran: 012-6020240 / 011-15740026
Konsep : santai dan perbincangan
(sarapan pagi,Makan tengah hari dan minum petang di sediakan)




















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2017 04:22 PM | Show all posts
alang-alang kat sini sembang pasal cycling aku nak tanya lah pasal perbezaan electric bicycledengan mtb bicyclesebab aku confuse kenapa orang nak sangat dan terkejar-kejar pasal 2 benda nie. cuba share sikit boleh tambah ilmu pengetahuan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2018 06:38 PM | Show all posts
dah berkubur ke thread ni.. baru nak berjinak2 dengan road bike
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2018 03:09 PM | Show all posts
sukan basikal baik utk kaki
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 03:22 PM | Show all posts
Ramai kaki MTB..

Ada yang pakai TT bike tak?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.115871 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list