JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
112737
View
970
Reply

Cycling / Biking

[Copy link]

Author: kayrail       Show all posts   Read mode

Post time 11-2-2007 07:41 AM | Show all posts
LTdL: Brutt ungguli peringkat 9, Pedraza Raja Bukit


[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]Pavel Brutt dari pasukan Tinkoff Credit System menjuarai peringkat kesembilan LTdL di Seremban, semalam dengan catatan masa 4 jam 7 minit, 8 saat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 05:41 AM | Show all posts
Giant Asia curi tumpuan pada LTDL 2007

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 10:43 AM | Show all posts
berakhir sudah LTDL utk thn ini..harap next year..lebih meriah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 09:38 PM | Show all posts
Pelumba negara tidak wajar diabai: Azalina

SATU kajian terperinci akan dilakukan sebelum perlumbaan jelajah terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) boleh menganjurkan perlumbaan membabitkan pasukan profesional ProTour sepenuhnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman, berkata langkah berkenaan penting bagi memastikan pelumba negara tidak terabai kerana perlumbaan sebesar itu pasti akan hanya menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik saja.

Oleh itu, katanya, selain menganjurkan LTdL, pihaknya komited melihat perkembangan sukan berbasikal negara terutama dari segi pembangunan pelumba tempatan.

"Kita akan lihat macam mana perlumbaan ini pada tahun depan. Kita akan minta pandangan dan pendapat persatuan kerana jika anjurkan perlumbaan ProTour, hanya pasukan berstatus itu saja yang boleh menyertainya," katanya.

Sehubungan itu, Azalina menjelaskan satu bedah siasat akan diadakan selepas ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perjalanan LTdL selain cadangan yang dikemukakan itu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi LTdL, Datuk Naim Mohamad yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) menyatakan pihaknya bercadang mahu mengadakan perlumbaan ProTour sepenuhnya selepas menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah LTdL, lima pasukan ProTour mengambil bahagian.

Selain itu, Azalina berkata, sebanyak RM2.1j sudah disalurkan bagi pembangunan sukan berbasikal negara dan dia berharap wang berkenaan akan dapat digunakan untuk menggilap bakat pelumba supaya mereka mampu menjadi pelumba profesional.

Sementara itu, Azalina menegaskan kerajaan akan memberikan komitmen 100 peratus bagi membantu penganjuran LTdL musim depan dan untuk itu juga beliau menjelaskan mana-mana negeri yang mahu menyertainya perlu terlebih dulu mengemukakan bidaan.

"Sesiapa yang mahu melakukannya perlu mengemukakan bidaan, ia bukan sekadar untuk sukan tetapi juga pelancongan, dengan ini kita juga akan dapat berjimat.

"Bukan semua negeri boleh menjadi tuan rumah, mereka perlu kemukakan bidaan termasuk Sabah dan Sarawak, selepas itu kita akan pilih," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 09:39 PM | Show all posts
Loddo ungguli KL, Charteau juara keseluruhan
Oleh Azidan Nahar

BERAKHIR sudah edisi ke-12 perlumbaan terbesar Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) yang menerima juara baru, Anthony Charteau dari pasukan Credit Agricole selepas mempamer prestasi terbaik kali ini.

Walaupun perlumbaan peringkat ke-10 pada Kriterium Kuala Lumpur sejauh 80km semalam dimenangi sekali lagi Alberto Loddo dari pasukan Serramenti PVC Duquigiovanni (Selle Italia), namun ia belum cukup untuk memintas kelebihan masa pelumba dari Perancis itu.

Selle Italia juga terus berbangga selain meraih Jersi Polka Dot selaku Raja Bukit milik Walter Pedraza, pasukan itu juga menjuarai kategori Raja Pecut menerusi Loddo manakala Ghader Mizbani muncul pelumba terbaik Asia.

Perlumbaan semalam jelas tidak memberi tekanan buat Charteau kerana dia sudah mampu tersenyum sebaik penamat perlumbaan di Seremban kelmarin apabila menyedari pesaing utamanya, Jose Serpa tidak dapat memintas catatan masanya.

Kelebihan Charteau berpihak kepada kemampuannya mendominasi puncak Cameron Highlands sejak peringkat pertama dan kelebihan empat minit itu digunakan sepenuhnya untuk terus kekal pada tujuh peringkat seterusnya.

"Ini adalah penyertaan pertama saya pada LTdL dan saya amat gembira dengan kejayaan ini," katanya.

Charteau menjelaskan selepas berjaya meraih Jersi Kuning dia cuba mempertahankannya kerana tahu ramai pelumba yang pasti akan cuba merampasnya dan dia cuba mengelak daripada bahaya sepanjang perlumbaan untuk terus mendominasinya.

"Saya harap selepas ini saya akan dijemput untuk berlumba dalam Tour de France," katanya yang hanya sekali muncul juara peringkat tetapi mempamer prestasi konsisten sepanjang perlumbaan kali ini.

Jika Charteau mencipta kejayaan pada penampilan pertamanya, Loddo pula menjadi pelumba kedua selepas Greame Brown muncul juara di lima peringkat daripada 10 keseluruhan ditawarkan pada perlumbaan kali ini.

"Saya memang mahukan kemenangan ini, apa lagi saya menjadi pelumba kedua berjaya melakukannya selepas Brown," katanya.

Loddo mula menampilkan kayuhan hebatnya apabila menjuarai peringkat pertama di Pulau Langkawi, kemudian ia diteruskan di peringkat 4 dari Gua Musang ke Kota Bharu.

Aksinya berterusan di peringkat 5 yang tamat di Chukai sebelum memenangi dua peringkat terakhir di Seremban dan Kuala Lumpur, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 05:46 AM | Show all posts
PKBM mulakan program RM1.6 juta -- Berikutan prestasi buruk pelumba negara pada LTdL 2007
Oleh TAUFEK RAZAK

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 12:24 PM | Show all posts
tak sempat pi tgk penutup di dataran sebab kene fly pi kuching. rugi tol ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 08:22 PM | Show all posts
Cycling: Money, time for development
16 Feb 2007
Arnaz M. Khairul

THE Malaysian National Cycling Federation (MNCF) will decide soon its next course of action after the embarrassing outing by two national teams in Le Tour de Langkawi (LTdL).

While time was not on the federations side despite having a RM480,000 budget to prepare theteams for LTdL, MNCF deputy president Datuk Naim Mohamad said they now have time and money to plan for a better year ahead.

"Our exco has to decide on a plan and the selection committee chaired by our president (Abu Samah Wahab) will decide on the riders to be selected for our development programme," said Naim.

Among the proposals, Naim said, was for the MNCF to set up a continental team which would compete in UCI Asia Tour races this year.

With RM480,000 being allocated by the Government to prepare the national teams for LTdL and another RM2.1 million for a solid development programme leading up to next years LTdL in its hands, the MNCF is cash rich.

But already there are claims that MNCF has bought 20 bicycles at RM20,000 each even before selecting a team.

When asked of this matter, Naim said: "There has not been any purchase of new bicycles that the federation has approved of, although there have been plans from certain quarters to do so.

"We have not purchased any bicycles yet. How can we do so when we havent even decided on the riders who will be in the programme, the coaches and how we are going to manage it?" said Naim.

The RM480,000 cash injection to prepare the teams for LTdL, had already made the MNCF the subject of ridicule as, apart from the national team being decked in striking new outfits, the riders had nothing to show from the race.

"We will be discussing the development plans in our next exco meeting," said Naim. If there are people saying that weve gone about spending money just for the sake of spending, this is not true.

"We only spent a fraction of the RM480,000 for the two teams in LTdL.

"As for the development budget, our first target will be to form the continental team. Some riders will be attached to this team and will race in the UCI Asia Tour events.

"But we will also be supporting riders not under this team, mainly those who are independent and attached to foreign teams.

"We have the plans and an idea of what we want to do in order to achieve our targets, and once everything is approved, we will start working."
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 07:44 PM | Show all posts
Jelajah Taiwan gamit 5 pelumba
Oleh Mohd Amin Jalil

Jadi gelanggang persiapan Sukan Sea 2007

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mempertaruhkan lima pelumba yang beraksi pada Le Tour de Langkawi (LTdL) lalu untuk menggalas cabaran pada Jelajah Taiwan bermula 14 hingga 18 Mac ini.

Medan berkenaan adalah kejohanan luar negara pertama disertai bagi tujuan pendedahan awal ke arah persiapan menghadapi temasya Sukan Sea di Korat Thailand, Disember ini.

Mereka ialah Suhardi Hassan, Muhammad Fauzan Ahmad, Mohd Rauf Nur Misbah, Loh Sea Keong dan Faris Abdul Razak.

Pengurus pasukan, Yunus Ibrahim, berkata biarpun prestasi dan pencapaian mereka pada LTdL tempoh hari tidak begitu memberangsangkan, namun mereka adalah pelumba yang sudah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berprestij itu.

Malah menurutnya, gabungan pelumba muda dan berpengalaman itu adalah antara kelompok yang berjaya mempamerkan prestasi terbaik biarpun terpaksa akur dengan reputasi pelumba luar negara yang lebih cemerlang.

Kita tidak meletakkan sasaran tertinggi dalam kejohanan di Taiwan itu, namun penyertaan mereka kali ini amat penting sebagai persediaan awal bagi menghadapi Sukan Sea hujung tahun ini walaupun senarai pelumba sebenar ke temasya dwi tahunan itu masih belum ditentukan lagi.

Apa yang penting PKBM mahu menghantar sekerap mungkin pelumba negara menjalani latihan dan menyertai kejohanan di luar negara bagi meningkatkan lagi prestasi serta pengalaman sebelum menggalas cabaran negara,
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 03:45 AM | Show all posts
Pelumba negara bakal ke Eropah -- PKBM rancang kerjasama dengan UCI
Oleh TAUFEK RAZAK

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:43 PM | Show all posts

Reply #135 dexa's post

harap2 berita ini menjadi satu kenyataan..sepatutnya dah lama para pelumba ni dihantar berlatih dan bertanding di luar negara..pendedahan amat2 la penting..bagi meningkatkan prestasi sesorg pelumba..banyak yang boleh dipelajari dari sana.
Reply

Use magic Report

agelgold This user has been deleted
Post time 23-2-2007 10:09 AM | Show all posts
racer kita bila nak race baru kumpul. itu pasal la tumpul. anuar manan pun terkantoi masa genting hari tu. kesian lak kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 04:01 PM | Show all posts
tu la perbezaan yg ketara antara rider kita ngan dari luar..dorang semua berpecah bila off season jer..awal musim kumpul balik..buat latihan sama2 tak kira ada race ke tak..kat sini macam agelgold cakap ler..nak race baru kumpul..ambil masa 2/3 minggu training..pastu pegi race..mmg hancur ler..dalam hal ni nak salahkan pelumba pun tak boleh gak sbb pengurusan nya teruk tu yg jadi macam tu..Race kat negara kita ni mmg kurang sangat..hinggakan rider nak training pun takdak mood..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:51 PM | Show all posts

Reply #138 dill9642's post

sepatutnya latihan tu  - bukan bila nak race aje -
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 06:52 PM | Show all posts
Penganjuran LTdL 2007 diiktiraf KPI kelas A
Oleh: MOHD. TAUFEK RAZAK

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 11:01 AM | Show all posts

Reply #139 dexa's post

betul tu dexa..latihan perlu di buat setiap hari..bukan nak race baru nak buat selection..sepatutnya PKBM dah kenal pasti rider yg akan membawa cabaran dari awal tahun lagi..rider yg terpilih ni akan dijaga dan diberi latihan yg secukupnya..baru la dorang semua ni bersedia dari segi mental dan fizikal..baru la ada keyakinan bila berlumba nanti..itu cuma pendapat saya saja mungkin org lain punya pendapat lagi bernas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 01:10 PM | Show all posts
fulus tadak kot....
Reply

Use magic Report

agelgold This user has been deleted
Post time 28-2-2007 09:43 AM | Show all posts
kurang pendedahan. tak payah la nak pegi tinggi-2. aku tengok bebudak MSN tu, budak state, semua bawak berdesup peginya. tapi lawan ngan sapa? lawan ngan recreational rider aje? itu pasal tak boleh maju. bukan sebab diaorang tak bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 10:07 AM | Show all posts
Lama tak jenguk...anyway, pada aku la budak2 state MSN suma ok dan berbakat cuma kurang pendedahan..sorry to say la..apa2 sport kat mesia ni mcm tu la..kalau tak silap aku dulu ada sorang chinese rider kot rasa dapat join team international obesea (2nd team depa kira cam reserve team la)..apa nama tah aku tak ingat, kira gah gak la....apa cerita dia..hopefully dah join international team should give a lot of expirience...boleh balik mesia to join back the LTDL for Malaysian team..ke dah balik ke.?? hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2007 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by Azhargoth at 1-3-2007 10:07 AM
Lama tak jenguk...anyway, pada aku la budak2 state MSN suma ok dan berbakat cuma kurang pendedahan..sorry to say la..apa2 sport kat mesia ni mcm tu la..kalau tak silap aku dulu ada sorang chinese ...



dia ni kan hari tu kuar paper.... dah join international team... hari tu kata lawan ngan roomate dia dari australia masa TTDL.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:00 AM | Show all posts

Reply #144 Azhargoth's post

hai Azhar...lama btul tak singgah kat sini..arap semuanya ok..klau tak salah aku rider tu nama dia Ng yong Li..masa ltdl yg lepas dia wakili kelab dari portugal..Victoria ASC..sebelum ni dia wakili kelab LIberty Seguros..skang ni dgr citer dipanggil balik kayuh dgn M'sia team..utk SEA games..Arap2 experience n skill yg dia ada tu bleh la..dikongsi dgn rider kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:43 AM | Show all posts
Teringat aku masa era 80an dan 90an...kebanyakkan state akan anjurkan satu race..etc..Jemputan Wilayah..terbuka Selangor..hari keputeraan sultan..Jelajah Pantai Timur dan mcm2 lagi..jadi dgn adanya byk race..prestasi rider2 akan sentiasa berada ditahap yg memnberangsangkan..So bila ada tournament yg besar..dah tak menjadi masalah bagi PKBM utk memilih rider yg bagus..tp skang ni race amat kurang..klau ada pun yg berprestij jer..nak jumpa 3bln skali pun payah..padahal peminat beskal kat Msia..dah semakin ramai..sepatutnya PKBM kena toleh balik ke belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 06:24 AM | Show all posts
Ujian mendaki penentu pelumba ke Taiwan

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 06:42 AM | Show all posts
Tujuh pelumba negara perlu konsisten
Oleh Azidan Nahar

TEGURAN keras pihak pengurusan harus menerbitkan rasa bimbang kepada tujuh pelumba basikal negara ketika tiga atau empat kejohanan bakal menjadi kayu pengukur bagi mereka menggalas cabaran skuad negara dalam acara lebuh raya di Sukan Sea 2007 dan juga Le Tour de Langkawi (LTdL), tahun depan.

Jelas Suhardi Hassan, Loh Sea Keong, Muhammad Fauzan Ahmad Lufti, Zamri Salleh, Mohd Rauf Nur Misbah, Safwan Sawai dan Faris Abdul Razak mengerti betapa harus mereka lebih konsisten jika tidak mahu tempat mereka jatuh ke tangan pelumba lain.

Barisan pelumba ini adalah kelompok pertama barisan pelumba negara yang dibentuk buat pertama kali tahun ini bagi program jangka panjang skuad lebuh raya negara yang mendapat suntikan tambahan menerusi peruntukan yang mula diterima, tahun ini.

Suhardi, Fauzan, Rauf dan Safwan adalah pelumba skuad senior kebangsaan yang menyertai LTdL baru-baru ini manakala Zamri dan Faris mewakili pasukan pembangunan Kesatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) selain Sea Keong yang juga pelumba pasukan benua dari China, Discovery Channel Marco Polo.

Jurulatih negara, Aminuddin Sulaiman menjelaskan, ketika ini tempat semua pelumba belum pasti kerana pencapaian mereka hanya akan dinilai dari semasa ke semasa memandangkan sasaran utama program berkenaan ialah dalam tempoh melebihi setahun.

Buat masa ini mereka mula dikumpulkan untuk menyertai Jelajah Taiwan dalam tempoh dua minggu lagi, selepas ini menurut perancangan, mereka akan menyertai pula semua jelajah utama di Asia sebagai persediaan,
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 12:56 AM | Show all posts
yg racer join international team tu aritu injured kan masa LTDL....teruk gak luka dia tapi katanya dia nak sambung jugak. tatau dia kayuh balik ke tak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045213s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list