CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kayrail

Cycling / Biking

[Copy link]
Post time 27-3-2009 10:06 AM | Show all posts
kalah kt keirin...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 05:54 PM | Show all posts
owh kalah ek... sian... xpe harus cuba lagik duaorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 03:40 AM | Show all posts
Mohd Rizal Tisin menang gangsa tadi   1KM ...malaysia boleH!!!!!!!

[ Last edited by  asmurai at 31-3-2009 18:01 ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 03:53 AM | Show all posts
Tengah tengok Tisin terima pingat gangsa kat TV..bangga dengan anak Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 05:56 AM | Show all posts
Bengang betul aku x terjaga dr tido. Anyway, tahniah tisin buat malaysia bangga kt pentas jaguh2 dunia. Kena la tunggu sport news mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 07:32 AM | Show all posts
Mohd Rizal Tisin terima pingat

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2009 08:01 AM | Show all posts
tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 10:00 AM | Show all posts
first ever rider from malaysia win medal from rizal tisin

semua mengharap dari azizul tapi rizal dah tunjuk anak malaysia mampu juga berada di podium

terus bagi sokongan kepada rider2 malaysia

jgn jadi mcm wartawan2 malaysia yg dok hentam azizul ng josiah dalam paper hari ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2009 01:24 PM | Show all posts
Wartawan mesia mmg confirm 3rd world mentality. X pyh baca pun xpe. Komentar tahap bodoh gaban!!! Yg pegi world champ bicycle tu semua tahap dunia. Australia pun tenggelam. Zizul dgn josiah dpt g semi pun dh mmg power. Mesia satu2nya negara asia highest rank kt sana skrg. Congrat team mesia. 3-3 tu mmg power. Tunggu sprint zizul lak mlm ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 02:32 PM | Show all posts
bangang kan dia ingat senang2 nak menang masuk final ke ape??
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 03:30 PM | Show all posts
bagus betul rizal... :victory:   tahniah.....

azizul camner.... nih??  kita tunggu esok kalau azizul leh buat kejutan!!




Azizulhasni terlepas pingat di Pruszkow




JAGUH lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang masih memiliki peluang untuk mencipta kejutan meskipun gagal meraih pingat bagi acara keirin pada Kejohanan Basikal Trek Dunia, Pruszkow Poland semalam.

Peluangnya masih terbuka untuk mencipta kejayaan jika terus bekerja keras pada satu lagi acara yang disertainya iaitu pecut individu, esok.

Pada perlumbaan awal pagi semalam, nasib tidak menyebelahi Azizulhasni setelah sekadar menduduki tempat keempat pada pusingan kedua sekali gus gagal mara ke peringkat akhir.

Hanya tiga pelumba teratas sahaja layak ke peringkat akhir.

Pelumba kelahiran Terengganu itu gagal mempamerkan aksi cemerlang untuk penentuan tempat ketujuh hingga ke-12 apabila sekadar menduduki tempat ke-11.

Seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng juga gagal mara ke peringkat akhir apabila turut menduduki tempat keempat pada saingan pusingan kedua.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad berkata, Azizulhasni telah melakukan yang terbaik namun nasib tidak menyebelahinya kerana pelumba yang turut menyertai kejohanan ini terdiri daripada pelumba hebat dunia.

"Dia telah melakukan yang terbaik walaupun gagal melangkah ke peringkat akhir setelah sekadar menduduki tempat keempat.

"Apa pun dia masih mempunyai peluang untuk memperbaiki prestasinya dalam acara pecut individu pada Ahad ini.

"Kami memang meramalkan dia mampu meraih pingat dalam acara kegemarannya iaitu keirin tetapi nasib nampaknya tidak menyebelahi pelumba kita," kata Naim.

Ditanya prestasi hambar setelah sekadar menduduki tempat ke-11 bagi merebut kedudukan ketujuh hingga ke-12, Naim berkata: "Dia (Azizulhasni) mungkin mahu menyimpan tenaga untuk perlumbaan Ahad ini.

"Dia tidak kisah menduduki tempat ke berapa, mungkin dia mahu mencipta kejutan pada perlumbaan Ahad ini."

Menurutnya, pihaknya juga meletakkan harapan kepada seorang lagi jaguh negara, Mohd. Rizal Tisin bagi acara 1 kilometer ujian masa yang berlangsung hari ini.

Kejohanan Trek Dunia yang bermula Khamis lalu akan berakhir pada 29 Mac ini.



p/s   wowzieeeeee rizal!!!!  bagus lah kira ni ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 07:32 PM | Show all posts
tahniah rizal, josian n azizul.. next time cuba lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 08:56 PM | Show all posts
bangganyer ak
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 09:36 PM | Show all posts
dulu masa sekolah aku cuma dgr rosman alwi je acara trek ni.. tp skrg malaysia dah boleh bersaing kat peringkat dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 09:48 PM | Show all posts
Aku baca paper berita harian section sukan td kt kedai newspaper. Sakit hati je baca komen wartawan. Nasib baik tumpang je. Mmg wartawan kaki pemalasss
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 03:48 AM | Show all posts
Sejarah tercipta di bumi Poland

Oleh WAN FAHKRUL WAN BAKAR



RIZAL meraikan kejayaannya meraih pingat gangsa dalam
acara 1 kilometer ujian masa individu semalam.


PELUMBA negara, Mohd. Rizal Tisin melakar sejarah apabila menyumbang pingat gangsa dalam acara 1 kilometer ujian masa individu pada Kejohanan Basikal Trek Dunia di Prusz- kow, Poland awal pagi semalam.

Seramai 28 pelumba menyertai acara akhir tersebut dan Rizal berjaya melakukan kayuhan penuh bertenaga untuk menduduki tempat ketiga selepas mencatat masa 1 minit dan 01.658 saat.

Acara tersebut dimenangi pelumba Jerman, Stefan Nimke yang mencatat masa 1:00.666s diikuti pelumba Amerika Syarikat, Taylor Phinney (1:01.611s).

Mengulas kejayaannya itu, Rizal berkata, dia cukup gembira kerana dapat menyumbang pingat buat negara.

"Saya tidak jangka dapat meraih pingat gangsa dalam acara ini. Saya hanya turun beraksi dengan misi mencatat masa terbaik.

"Apa sekalipun saya hadiahkan kejayaan ini kepada ibu saya," jelas Rizal yang cukup terharu dengan kejayaannya itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, kejayaan yang dilakar Rizal merupakan sesuatu yang cukup membanggakan.

"Syukur alhamdulillah... ini pertama kali dalam sejarah, Malaysia berjaya memenangi pingat pada Kejohanan Basikal Trek Dunia.

"Ia juga menandakan permulaan bagi kita menjelang Sukan Olimpik 2012. Saya berharap perkembangannya akan bermula pada kejohanan ini," kata Naim semalam.

Rabu lalu, trio negara, Rizal, Azizulhasni Awang dan Josiah Ng berjaya menduduki tempat keenam dalam acara pecut berpasukan, sekali gus muncul pasukan terbaik Asia.

Namun, kecemerlangan itu gagal diteruskan dalam acara keirin individu kelmarin apabila Azizulhasni dan Josiah gagal melayakkan diri dalam kelompok enam pelumba terbaik.

Josiah menduduki tempat ke-10 manakala Azizul- hasni ketinggalan satu anak tangga di belakang rakan senegaranya itu.

Bagaimanapun, Azizulhasni masih berpeluang menebus kekecewaannya itu apabila beraksi dalam acara pecut individu awal pagi ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2009 05:49 AM | Show all posts
Apa result terbaru zizul acara sprint? Aku sekali lagi tertidur n x tgk lg mlm ni. Ha ha hampehhh lupa nk kunci jam
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 06:39 AM | Show all posts
Baru bc internet td. Zizul dpt masuk semi sprint. Final awal pagi esok. Semi finalist: 2 french, 1 australia, zizul malaysia. Huhh!!! Bangga siot. Rugi lak x tgk td. Ulangan xde lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 06:57 AM | Show all posts

Reply #798 satriastendet's post

jangan tertidur lagi... kunci jam -
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 11:58 AM | Show all posts



ni gambar terbaik untuk hari ini

bukan aku ckp website rasmi kejohan yg cakap

http://track-pruszkow2009.com/

bangga jadi anak malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.119138 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list