CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2252|Reply: 7

info atau ilmu utk di kongsi...

[Copy link]
Post time 18-8-2006 11:24 AM | Show all posts |Read mode
mod sy nak mintak kebenaran..kalo xbole delete jer topic nie ok..

kalo anda ade ape2 jer cerita yg menarik atau berguna berkaitan agama Islam kite nie mari kite kongsikan ilmu itu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2006 11:28 AM | Show all posts
email yg sy dpt..

Belfast Islamic Centre UK.....suatu perjalanan dakwah


Nampaknya, propaganda anti teroris yang dilancarkan oleh Amerika
Syarikat di bawah kabinet Bush, menjadi reverse pscyhology yang membalikkan
faedahnya kepada umat Islam. Tidak saya nafikan, di peringkat awal sejurus selepas insiden 11September,Belfast Islamic Centre memang menjadi sasaran kemarahan penduduk
sekitarBelfast. Beberapa kali insiden kurang baik menimpa, malah tingkap
masjid juga pernah pecah akibat batu yang dibaling oleh beberapa individu
yang 'marah tak bertempat'. Ketika itu, solat Jumaat juga memerlukan kepada pengawasan pihak polis.

[ Last edited by  kepito at 21-8-2006 09:36 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 11:28 AM | Show all posts
Namun, selepas kemarahan itu reda, keadaan yang berlaku menjadi  sebaliknya. Masjid kami dan kebanyakan masjid di sekitar United Kingdom dan
Ireland menjadi tumpuan mereka yang selama ini tidak pernah tahu apa-apa tentang Islam. Sifirnya seperti cerita Tufail ibn Amr di zaman Rasulullah
SAW. Akibat propaganda musuh, timbul keinginan untuk mencari kebenaran dan akhirnya beroleh iman.

Ziarah yang provokatif pada suatu petang itu berlaku di antara saya dengan seorang Paderi Kristian Arab yang sedang belajar PhD di Fakulti Teologi universiti berdekatan.Beliau berasal dari Iraq.

LAWATAN PADERI ARAB KE MASJID
Majlis Dialog Antara Agama Sering Diadakan di Belfast

"Mr. Imam, saya dukacita kerana kamu telah 'memurtadkan' penduduk  tempatan di sini.", kata paderi tersebut kepada saya. Agak terkejut juga
saya,apabila bicara saya dengannya bermula dengan kenyataan sebegitu.

"Boleh tuan jelaskan apa yang tuan maksudkan?", saya cuba menyoal kembali.

"Agama Kristian sudah stabil dan baik di sini. Kenapa mesti kamu propagandakan Islam di sini? Apakah kamu mahu mengajak penduduk di
sini menganut agama yang buruk seperti agama Saddam Hussein?", beliau nampak sungguh emosi. "Orang Islam di Iraq sangat zalim terhadap kami. Saddam Hussein telah menindas kami dengan begitu teruk di sana. Dan sekarang kamu berhasrat  membawa agama Saddam kepada penduduk Kristian di sini?", ujarnya lagi.

Saya cuba menggagahkan diri untuk terus tersenyum walaupun dengan perisa yang agak kelat.
"Saya rasa istilah saya memurtadkan penduduk di sini agak keterlaluan. Ia lebih sesuai digunakan terhadap orang seperti kamu
di negara-negara umat Islam. Orang seperti kamu yang banyak memurtadkan orang kami!", saya cuba memancing beliau.

"Ah, sama sahaja dengan kamu. Kamu juga buat perkara yang sama!",kata paderi Arab tersebut. Hah, jerat saya sudah mengena.

"Oh tidak sama. Saya di sini, tidak sama dengan kamu di tempat kami.Saya di sini hanya bertugas memberikan penerangan tentang agama Islam
terutamanya  ketika saya ditanya mengenainya. Apa yang saya ceritakan benar-benar tentang Islam semata-mata. Seandainya mereka bertanya tentang Kristian,barulah saya sentuh mana-mana perkara yang saya tahu. Jika mereka menerima Islam,mereka  menerimanya kerana mereka yakin dengan kebenaran Islam.Sedangkan kamu di tempat umat Islam tidak begitu. Kamu bukannya bercerita tentang kebenaran agama Kristian. Apa yang kamu buat adalah meragukan

[ Last edited by  kepito at 21-8-2006 10:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 11:30 AM | Show all posts
umat Islam yang jahil terhadap agamanya. Kamu perdaya mereka dengan bantuan duit dan saya akui kamu memang banyak duit. Akhirnya, saya rasa gerakan Missionari seperti kamu bukan bermatlamat membawa orang kepada agama Jesus,tetapi lebih kepada mengeluarkan mereka dari Islam. Itu sahaja. Maka kita  tidak sama, kita berbeza!", saya menjelaskan persepsi saya dengan tegas.Di hadapan orang seperti ini, jangan teragak-agak.

"Kamu orang Islam memang pandai berteori, tetapi bila sampai kepada praktikal, jadilah kamu seperti Saddam Hussein.", beliau mula
berkasar dengan saya.

"Saya hairan, kenapa kamu asyik menyebut tentang Saddam. Sejak bila kami mewakilkan Saddam untuk melaksanakan Islam? Kamu membenci Saddam,
tidak ubah seperti bencinya kami kepada dia. Rasional sikit, tuan. Kamu pun tahu Saddam itu bukan orang yang layak untuk kamu jadikan cermin menilai Islam",saya cuba menangkis dakwaan beliau.

"Kamu bercakap seolah-olah kamu tahu benar tentang apa yang berlakudi  Iraq.", beliau semakin hilang buah perbualan.

"Saya tidaklah tahu serba serbi tentang Iraq. Tetapi untuk saya
katakan saya tidak tahu apa-apa, tidak sama sekali. Saya belajar di Jordan, negara jiran kamu. Saya sudah masak serba serbi dengan apa yang ada dii tempat kamu."

"Oh, jadi kamu boleh berbahasa Arablah ya! Baguslah, bolehlah kamu baca Bible di dalam Bahasa Arab. Perbaiki sikit pengetahuan kamu. Jangan tahu
menyalahkan Kristian sahaja.", beliau menyindir saya sambil menghulurkan senaskhah Bible di dalam Bahasa Arab.

"Sepatutnya kamu gunakan Bahasa Arab kamu untuk memahami al-Quran.Saya hairan, bagaimana setelah Bahasa Arab diturunkan di dalam bahasa
kamu,kamu masih belum dapat melihat Islam dengan adil. Sesungguhnya beriman atau tidak, ia memang pilihan Allah. Puji untuk-Nya yang telah memilih saya.",saya mahu segera menamatkan perbualan kami.

"Saya beri amaran kepada kamu supaya menghentikan perbuatan kamu  memurtadkan orang Kristian di sini. Kami tidak mahu apa yang berlaku di Iraq,
kamu bawa ke sini!', paderi tersebut memberi isyarat jari telunjuknya kepada saya.

"Apa yang berlaku di Iraq, memang tidak akan saya bawa ke sini. Saya juga berharap kamu tidak membawa apa yang ada di Iraq ke sini!", jawab
saya. "Apa maksud kamu?", tanyanya.

"Sama ada Kristian atau Islam, Kristian Arab dan Muslim Arab,  kedua-duanya  bermasalah. Suka bertengkar. Jika kamu boleh buang kebiasaan bertengkar kamu, saya kira kita boleh berdiskusi dengan baik. Sudah berkali-kali saya berdiskusi dengan paderi dari kalangan penduduk tempatan. Kami tiada masalah. Berbeza sekali dengan kamu yang datang ke masjid ini dengan  penuh  emosi sehingga saya pun tidak tahu kamu sebenarnya mahu mengajak perbincangan ini ke mana", saya perlu bertegas . Paderi Arab tersebut bingkas bangun, menyerahkan sebuah kaset ceramah tentang kesalahan
al-Quran yang disampaikan oleh seorang Missionari di dalam Bahasa Arab dan beliau enggan berjabat tangan dengan saya.

"I'll be watching you!", katanya dengan nada mengugut.

"God will be watching us!", saya menjawab sambil menghantarnya ke pintu masjid.

Pengalaman petang itu sentiasa tersemat di dalam fikiran saya. Itulah kali pertama saya berdepan dengan seorang paderi yang provokatif.
Sedangkan selama ini saya tidak mempunyai sebarang masalah apabila berurusan
dengan 'rakan sejawat', khususnya yang bermazhab Katholik.

[ Last edited by  kepito at 21-8-2006 10:18 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 11:30 AM | Show all posts
Selama hampir dua tahun saya berkhidmat sebagai Imam di Belfast Islamic Centre, seramai 18 orang telah mengucapkan syahadah. Kebanyakannya adalah perempuan Protestant. Tetapi ada juga lelaki Katholik yang memeluk Islam.Biasanya langkah kaki mereka kepada Islam bermula hasil pembacaan sendiri.Kemudian mereka datang ke masjid dan berbincang tentang beberapa  isu sebelum mengambil keputusan memeluk Islam.

Pernah sekali, selepas saya Islamkan seorang pelajar perempuan yang  mengambil jurusan Biologi di QUB, saya bertanya tentang latar
belakang bagaimana beliau memulakan perjalanan ke arah Islam.

"Saya sudah lama mahu memeluk Islam. Pengajian biologi saya
menjadikan saya  semakin muak dengan Darwinism dan saya semakin dekat dengan al-Quran.Tetapi saya tiada kekuatan untuk membuat keputusan sehinggalah semalam.",ujarJane dengan seri wajah yang penuh gembira selepas melafazkan Syahadah.

"Apa yang berlaku semalam?", saya bertanya.

"Semalam adalah Hari Ibu. Seperti biasa kami akan ke gereja untuk  mendengar ceramah yang disampaikan oleh Reverand. Namun, malam tadi, ceramah yang  beliau sampaikan sungguh luar biasa. Huraiannya tentang hubungan ibu dengan anak, sungguh menyentuh hati saya dan semua yang hadir", ujar Jane lalu  terdiam seketika."Teruskan", saya berkata.

"Selepas program selesai, Reverand duduk di pintu gereja dan bersalaman dengan kami semua. Apabila tiba giliran saya, saya ucapkan terima kasih atas penyampaian yang amat berkesan malam itu. Lalu saya bisikkan kepada beliau, apakah Reverand pernah membaca al-Quran, buku orang Islam itu,
tentang tajuk berkenaan", kata Jane.

"Saya pun tidak pasti kenapa saya bertanya sedemikian rupa. Tuan
Imam  tahu apa katanya?", tanya Jane kepada saya.

"Apa dia?", saya menyoalnya kembali.

"Katanya memang ceramah itu tadi dia ambil dari al-Quran. Sebab di
dalam  Bible tiada penjelasan yang bagus tentang tajuk berkenaan! Jesus...
oh,sorry Imam.", ujar Jane sambil ketawa.

Kami yang berada sama di bilik mesyuarat masjid turut tercengang
dengan penjelasan Jane.

"Selepas itu yakinlah saya bahawa memang paderi-paderi itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi mereka menyembunyikannya. Apabila saya
beritahu  kepada keluarga yang saya mahu memeluk Islam sesegera mungkin, mereka tidak dapat berkata apa-apa kerana mereka juga masih terkejut dengan jawapan Reverand itu. Kerana itulah pagi ini saya bergegas ke masjid untuk menyebut Syahadah. Praise be to Allah...!", kata Jane. Matanya berkaca dan menumpahkan tangisan syukur.

"Alhamdulilaaaaah...!!!", saya dan beberapa ahli jemaah di masjid turut sama mengucapkan syukur.
Saya doakan mereka semua terus sejahtera di dalam Iman dan tidak mati melainkan sebagai Muslim. Ketika saya menulis artikel ini, perasaan
rindu kepada suasana seperti itu amat menusuk hati. Eropah sedang bertatih  mencari Tuhan. Sesungguhnya Kota Rom itu pasti akan runtuh, dan sinar Islam akan disempurnakan oleh Allah, tidak lama lagi. Ameen..

[ Last edited by  kepito at 21-8-2006 10:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 08:22 PM | Show all posts
Copy paste lagi :stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2006 09:13 PM | Show all posts
Sebelum memberi apa-apa komen, saya minta satu je dari tuan rumah..

Sebelum tuan rumah copy paste apa-apa seperti di atas, saya mohon tuan rumah edit dulu kasi kemas. Sangat sukar nak dibaca, dan saya hampir-hampir yakin orang yang datang ke thread ni akan hilang selera untuk membaca dengan post yg di paste sebegini rupa. Jika ianya pendek, tak kemas pun orang boleh tahan lagi nak baca, tapi artikel ni panjang.  

Frankly, saya belum baca lagi sebab saya cukup tak comfortable dengan artikel yg dipaste tanpa dikemaskan sedikit sebanyak dulu. Saya mohon tuan rumah edit sikit kasi kemas. Kalau saya banyak masa, saya boleh tolong editkan, tapi seharian saya tak masuk forum ni, ada banyak lagi yg saya perlu lihat dan moderate.

So mohon kerjasama tuan rumah edit dulu kasi kemas.
Reply

Use magic Report

anNaqiy This user has been deleted
Post time 19-8-2006 03:55 PM | Show all posts
entah dia ni pun satu......aku igt xle manjang leret2..kena2 mak kau..aku pun xbaca habis lagi..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.517811 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list