CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: musangbuluayam

TAEKWON-DO

[Copy link]
Post time 13-11-2006 12:12 AM | Show all posts
Join tkd dari form 1.. kat sek kat trg... pernah la wakil trg gi tournament
Dulu join ITF, then ITF pecah, join GTF under jurulatih kira femes gak la (Haji Saiful ngan Mat Yi, kalo sape2 tkd trg, sure kenal ngan diaorg)
Then masuk U, join WTF. Tapi WTF, pelik la coach diaorg.. rasa cam tak power, cara tendangan pon tak kemas.. tak tau la maybe dia je camtu, yg lain tak.. anyway sekarang tak join pape da, kaki injured main bola.. hehhehehe...
Conclusi,  join je mane2, just prove that u are the best, no matter GTF ke ITF ke WTF ke.. ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2006 06:16 PM | Show all posts
Saje nak kongsi... aku pon satu mase dulu aktif gak tkd ni..aku join WTF di Ktrg under Master Yen... yg aku tau antara perbezaan WTF dgn ITF ni adalah WTF sparring hebat tapi dari segi pattern ITF lagi tersusun..skarang ni dah berumur dah tinggal terus. sesekali teringat rase best jugak, teringin jugak nak masuk balik...tapi aku rase kalu masuk balik mesti kene turun sampai white belt balik ..kekeke...takpe la..anak aku boy yg sorang ni aku tunggu die masuk darjah 1 ke aku nak start hantar martial art jugak..tapi insyallah bukan tkd tapi wushu..aku pon mmg minat sangat2 kat wushu tapi di Trg mase tu belum ade..and the closest was tkd la...tak tau la la ni dah ade ke belum wushu di pantai timur...:nerd:

P.S. GTF ni mazhab mane pulak??? aku dah lame tak ikut perkembangan..dan maleh nak belek thread yg panjang2 nih.. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 09:01 AM | Show all posts
Jordan akhiri penantian emas

DOHA
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 12:55 PM | Show all posts
Emas elak kerahan tenaga

JURULATIH taekwondo, Kim Hak-hwan menyara hidupnya daripada seni mempertahankan diri Korea. Memenangi emas Sukan Asia dalam sukan itu juga memberikannya kebebasan selama dua tahun.

Atlit berusia 25 tahun itu yang memenangi emas dalam acara heavyweight, akan dianugerahkan pengecualian daripada perkhidmatan tentera yang diwajibkan di Korea Selatan.

Pengecualian itu adalah insentif menyeronokkan buat semua atlit lelaki negara berkenaan yang bersaing dalam kejohanan sukan utama dan pemain bola sepak negara berkenaan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002 juga boleh mengambil kelebihan daripada tawaran itu.

揝aya sepatutnya kena menyertai latihan tentera, tapi saya sangat menghargai apabila dipilih ke temasya ini,
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 12:59 PM | Show all posts
Myeong-seob teruskan dominasi Korea Selatan

SONG Myeong-seob meneruskan dominasi Korea Selatan dalam acara taekwando selepas menewaskan Jamil Al-Khuffah pada perlawanan akhir kategori 67 kilogram featherweight.

Song melakukan asakan bertali arus pada minit terakhir pertarungan untuk menang dengan kiraan 5-0.

Kemenangan ini membolehkan Korea Selatan memenangi sembilan daripada 16 acara yang dipertandingkan, sekali gus membuktikan penguasaan dalam seni mempertahankan diri tradisionalnya yang berusia 2,000 tahun dan melakukan penampilan sulung di Sukan Asia 1986, Seoul.

Korea Selatan menjuarai dua lagi kategori pada hari terakhir menerusi Kim Hak-hwan dalam acara heavyweight lelaki 84kg ke atas dan Lee Sung-hye dalam acara wanita 56kg featherweight.

Bagi Song, menguatkan ciri pertahanan adalah cara menyerang terbaik.

揓ika kita menyerang terlalu banyak untuk mencari mata, kita mudah hilang kawalan. Jadi adalah penting untuk bertahan dan mengawal permainan untuk menang, 攌ata Song yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Athens 2004.

Pendapat Song turut disokong Lee, juara wanita acara 59kg yang turut menekankan aspek pertahanan dalam permainannya.

揝aya tidak pernah memberi ruang ketika bertarung dalam pusingan pertama, tetapi saya juga tidak mengurangkan serangan saya,攌atanya.

Lee memungut semua mata dalam pusingan kedua menewaskan peserta dari Vietnam, Nguyen Thi Hao 3-0 pada perlawanan akhir.

Bagi setengah peminat, taekwando kini semakin bosan tetapi Lee menegaskan ia tidak membosankan kepada atlit taekwando.

Korea Selatan meneruskan dominasi dalam taekwando sejak memenangi tujuh dari lapan acara yang dipertandingkan pada temasya 1986.

Song dan Lee masih lapar selepas mengawal pemakanan selama beberapa hari untuk mengawal berat badan.

揂pabila sampai di tanah air, saya mahu makan sepuasnya dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan,
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 10:18 PM | Show all posts
Taekwondo: men's 54kg final match

[07 Dec 2006]




Vasavat Somswang of Thailand (L) competes with Mohammad Al Bakhit of Jordan (R) in the men's 54kg taekwondo final match



Vasavat Somswang of Thailand (L) competes with Mohammad Al Bakhit of Jordan (R) in the men's 54kg taekwondo final match



Mohammad Al Bakhit of Jordan celebrates defeating Vasavat Somswang of Thailand to win the gold medal in the men's 54kg taekwondo final match



Silver medal winner Vasavat Somswang of Thailand celebrates winning in the men's 54kg taekwondo match



Gold medal winner Mohammad Al Bakhit of Jordan celebrates winning in the men's 54kg taekwondo match



(L-R) silver medal winner Vasavat Somswang of Thailand, gold medal winner Mohammad Al Bakhit of Jordan, bronze medal winner Ali Ebrahim Al Mutawa of Bahrain and bronze medal winner Renat Kuralbayev of Kazakhstan celebrate after winning in the men's 54kg taekwondo match

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2006 10:21 PM | Show all posts
Taekwondo: women's 63kg final match

[07 Dec 2006]




Gold medal winner Su Li Wen of Chinese Taipei celebrates winning in the women's 63kg taekwondo match



Gold medal winner Su Li Wen of Chinese Taipei celebrates winning in the women's 63kg taekwondo match



Chonnapas Premwaew of Thailand (R) competes with Su Li Wen of Chinese Taipei (L) in the women's 63kg taekwondo final match

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 10:26 PM | Show all posts
Taekwondo: women's 47kg final match

[07 Dec 2006]




(L-R) silver medal winner Yang Shu Chun of Chinse Taipei, gold medal winner Wu Jingyu of China, bronze medal winner Kathleen Eunice Alora of the Philippines and Bronze Medal winner Yaowapa Boorapolchai of Thailand pose together after winning in the women's 47kg taekwondo match



Silver medal winner Yang Shu Chun of Chinese Taipei celebrates winning in the women's 47kg taekwondo match



Gold medal winner Wu Jingyu of China celebrates winning in the women's 47kg taekwondo match



Yang Shu Chun of Chinese Taipei (L) competes with Wu Jingyu of China (R) in the women's taekwondo 47kg final match



Wu Jingyu of China (R) competes with Yang Shu Chun of Chinese Taipei (L) in the women's taekwondo 47kg final match

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2006 03:23 AM | Show all posts
aku dlu amek WTF...:ah: ms kt skolah gak r.....:ah:

sedeynye aku smpi belt biru jek..then pindh skolah..pstu mak x bg aku join lg


uwaaa!!!!! yela yuran die quit mahal gak la....nk naik belt lg kene byr..hmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 07:37 AM | Show all posts
aku penah masuk ITF  until red belt..after tht aku kena demoted ker blue pasai ...terlampau emosi time sparring.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by carrim7 at 26/12/06 07:37 AM
aku penah masuk ITF  until red belt..after tht aku kena demoted ker blue pasai ...terlampau emosi time sparring.



aikk...sparring pn leh emosi ke wakakkaka!! aku sparring kdg2 tgelak..yela master aku tu...sparring kne laki n ppuan so nk sparring pon kene tapis2 ler partner aku tu..wehwehweh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2007 03:01 PM | Show all posts
wah sonok da ramai bace tkd ni...
ak x tgok pn tkd sukan asia...minat tgok sukan terjun....seksi2...hahahaha
tq hangpc....dpt gk ak tau sape yg menang....ak skang ni kalo lawan katogeri bantam(62kg)xde ke tunjuk sape menangnyer...harap bkn korea....
tatau nape...walopn ak minat citer korea...tp ak x suke kalo korea menang tkd...
ak suke kalo malaysia, arab, thailand, yg menang...hihihi...
ak bru grading arituh...dpt 1st promotion jer...hukhuk.....
yela....last minit bru nk stuju nk amik grading...
nyesalnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 01:11 AM | Show all posts
sapa tahu kelas taekwondo dekat puchong...kalau boleh dapatkan address lagi baik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 02:42 PM | Show all posts
Persatuan sedia bincang dengan menteri

Oleh Ahmad Khawari Isa

DEMI kepentingan atlit yang sekian lama merana, Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) semalam menghulur 憇alam perdamaian
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 02:44 PM | Show all posts
MTA dibenar fail cabar keputusan suruhanjaya

PERSATUAN Taekwondo Malaysia (MTA) diberi lampu hijau untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Sukan Malaysia bagi membatalkan pendaftaran persatuan itu.

Dengan keputusan majoriti 2-1, tiga anggota panel hakim yang diketuai Hakim Datuk James Foong Cheng Yuen membenarkan rayuan enam penjawat MTA dengan kos untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu yang membuat keputusan tidak berpihak kepada mereka.

Dua hakim lain ialah Hakim Datuk Low Hop Bing yang mempunyai pendapat bertentangan dan Datuk Suriyadi Halim Omar.

Dengan keputusan ini, MTA boleh memohon untuk kajian semula prosiding kehakiman bagi memperoleh satu perintah certiorari daripada mahkamah itu untuk membatalkan keputusan suruhanjaya terbabit bagi membatalkan pendaftaran persatuan berkenaan sebagai satu pertubuhan sukan yang tidak sah.

Enam penjawat itu ialah pengerusi Chin Mee Kong, tiganaib pengerusi, Song Yoong Khin, Peter Kang Teong Keng, Lim Chong Tiam, setiausaha agung, Yeap Swee Bee dan bendahari Lim Chui Ann dinafikan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Ogos 2005, hak untuk memfail kajian semula kehakiman.

Foong berkata alasan penghakiman akan disampaikan pada satu tarikh nanti.

Beliau, bagaimanapun, enggan menerima permohonan oleh peguam MTA, Datuk M S Murthi bagi kes itu didengar di hadapan hakim lain, dan memutuskan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim bukan seorang hakim yang berat sebelah.

MTA, ditubuhkan pada 1974, adalah gabungan kepada Persekutuan Taekwondo Dunia dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Persatuan itu mengandungi 17 anggota mengundi, 13 daripada persatuan taekwondo negeri, dua dari Wilayah Persekutuan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Sukan Universiti Malaysia.

MTA memutuskan untuk meliputi pengajar taekwondo individu dan menawarkan entiti mereka sebagai anggota bersekutu. Bagaimanapun, anggota bersekutu itu kemudian menekankan MTA memberikan mereka hak mengundi dalam majlis MTA.

Pada 15 April, 2005, Suruhanjaya Sukan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada MTA, dengan mengancam untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran sebagai badan sukan atas alasan bahawa ia gagal mematuhi sepenuhnya arahan suruhanjaya itu bagi meminda perlembagaan MTA untuk membenarkan hak mengundi kepada anggota bersekutu.

Pada 6 Mei tahun yang sama, Suruhanjaya Sukan membatalkan pendaftaran MTA. MTA kemudian memfailkan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi membatalkan surat tunjuk sebab suruhanjaya itu dan keputusannya.

Bagaimanapun, Wan Afrah menolak permohonan itu dengan alasan MTA masih ada lagi peluang menangani masalah dalamannya, termasuk merayu kepada Menteri Belia dan Sukan.

Ia adalah kes pertama, satu persatuan sukan mencabar keputusan Pesuruhjaya itu sejak Akta Pembangunan Sukan 1997 diluluskan dan dikuatkuasakan pada tahun berikutnya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 01:09 AM | Show all posts
harap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 07:03 PM | Show all posts
UIAM ungguli taekwando amatur
Oleh Samadi Ahmad

PASUKAN pakage kemahiran taekwando, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya muncul juara bagi kategori amatur dalam pertandingan taekwando bersempena minggu ko-kurikulum dan aktiviti di UIAM, Gombak, semalam.

Pasukan terbabit meraih lima pingat emas, satu perak dan empat gangsa manakala kedua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia empat emas dan dua gangsa.

Pertandingan kali ke lima yang dijalankan selama dua hari itu dianjurkan Pusat Ko-Kurikulum dan Aktiviti (CCAC), Bahagian Pembangunan Pelajar dan disertai sebanyak 15 pasukan termasuk tujuh buah Institut Pengajian Tinggi.

Bagi kategori terbuka, Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya mengungguli pasukan lain apabila meraih empat pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Pasukan Cemerlang pula di tempat kedua memperolehi empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Ke semua pemenang menerima medal serta sijil yang disampaikan Ketua CCAC, Prof Madya Dr Abdelaziz Berghout.

Pengarah pertandingan, Mohd Afnanuddin Anuar, berkata selain menjalin silaturahim di kalangan peserta, pertandingan terbabit dapat mempamerkan kemahiran yang dipelajari pelajar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 07:05 PM | Show all posts
Parhana buru pingat
Oleh Alias Abd Rani

NAMANYA mungkin tidak sehebat atlit taekwando kebangsaan, Wan Nur Latifah tetapi jika dilihat penampilannya sudah cukup menilai sejauh mana kemampuannya untuk berdepan peserta lain.

Tetapi, sebut saja Parhana Jamaludin mungkin ramai tidak mengenalinya kerana atlit taekwando dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru mencipta nama dalam sukan terbabit sejak setahun lalu.

Semangat membawa pulang satu pingat perak ketika Kejohanan Taekwando Jemputan Universiti Malaysia Sabah (UMS) cukup membanggakan dirinya.

揚ingat perak ini menyemarakkan semangat saya untuk lebih berjaya lagi. Sekurang-kurangnya kehadiran saya diiktiraf walaupun dikatakan berbeza taraf dengan atlit lain,
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 11:22 PM | Show all posts
untuk sesapa yang ikut Taekwondo tu, sila
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 03:37 PM | Show all posts
Ikrar MTF martabat taekwondo negara

PADA pertengahan tahun 2005 sukan taekwondo berada dalam kemelut setelah badan induknya, Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) dibatalkan pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak lagi berterusan berikutan penubuhan badan baru iaitu Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF) bagi menggantikan MTA.

Semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) yang pertama Januari lalu, seorang arkitek, Datuk Mohamed Nazim Razak, 45, yang juga bekas Timbalan Presiden MTA telah dipilih sebagai Presiden MTF yang pertama.

Mohamed Nazim dalam satu pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, NIZAM YATIM dan jurugambar, AZLI AHAD di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini menggariskan perancangan yang telah diatur bagi memartabatkan semula sukan itu.

MINGGUAN: Sebagai bekas Timbalan Presiden MTA, adakah Datuk mengetahui punca sehingga menyebabkan persatuan itu dibatalkan?

MOHAMED NAZIM: Pembatalan diputuskan oleh Pesuruhjaya Sukan, Tan Sri Elyas Omar. Saya tidak dapat memberikan butir lengkap kerana ketika itu saya telah meletakkan jawatan, iaitu tiga bulan selepas Presiden, Tan Sri Jeneral (B) Mohd. Ghazali Seth berbuat demikian. Saya difahamkan punca pembatalan bermula apabila Pesuruhjaya Sukan telah mengarahkan MTA membuka pengundian bagi pelantikan jawatan-jawatan eksekutif serta membenarkan gabungan kelab-kelab taekwondo mengundi.

MINGGUAN: Kenapakah Datuk dan Presiden ketika itu meletakkan jawatan?

MOHAMED NAZIM: Pada bulan Jun 2004, MTA telah menghadapi krisis dalaman sehingga Pengerusinya, Jimmy 3Choo meletakkan jawatan. Sehubungan itu, kami berusaha bagi menambah baik perlembagaan MTA yang sudah terlalu lama. Salah satu cadangan ialah untuk melantik firma perakaunan bebas, Ernst & Young sebagai badan dan organisasi bebas untuk membuat kajian bagi membentuk satu perlembagaan yang baru hasil daripada perbincangan dengan semua pihak yang terlibat dengan taekwondo. Saya juga memberi cadangan untuk memperbaiki struktur dalaman serta memperluaskan hak pengundian. Bagaimanapun, usaha yang kami ambil tidak mendapat sambutan daripada jawatankuasa lain.

MINGGUAN: Sebab apa penambahbaikan perlu dilakukan?

MOHAMED NAZIM: Saya dan presiden telah berbincang dan merasakan ada yang tidak kena dengan sistem pengundian dan struktur dalaman MTA. Ini kerana, kelab-kelab yang banyak memberi sumbangan kepada aktiviti persatuan serta menyumbangkan atlet untuk bertanding dalam kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa tidak diberi hak untuk mengundi bagi memilih pemimpin. Kuasa mengundi hanya ada pada negeri-negeri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia

(Masum) serta pemegang jawatan, sedangkan terdapat negeri yang kurang memberikan sumbangan dan atlet diberi hak untuk mengundi. Pengubahsuaian struktur adalah untuk mengelakkan mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan sendiri memegang jawatan dalam pengurusan MTA. Saya merasakan ketidakseimbangan dalam sistem pengurusan.

MINGGUAN: Bilakah MTF ditubuhkan?

MOHAMED NAZIM: MTF ditubuhkan pada 14 Oktober 2005 oleh Pesuruhjaya Sukan menerusi Akta Pembangunan Sukan 1997, lima bulan selepas MTA dibubarkan, dengan ibu pejabat di Bukit Jalil. Ia diketuai oleh saya sebagai Presiden Penaja sehinggalah pemilihan pertama pada Januari lalu.

MINGGUAN: Difahamkan ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan pembatalan pendaftaran MTA telah membawa kes berkenaan ke mahkamah?

MOHAMED NAZIM: Kes ini adalah antara MTA dengan Pesuruhjaya Sukan. Ia tiada berkaitan dengan MTF. Namun demikian, apa yang menjadi persoalan kepada saya ialah bagaimana pengurusan aset yang terdapat dalam MTA semasa dibubarkan. Hal ini kerana aset tersebut adalah hak semua ahli. Saya kira terdapat lebih kurang RM1 juta ringgit dalam bentuk aset dan wang tunai dalam MTA ketika itu.

MINGGUAN: Bagaimana kedudukan bekas pemimpin dan ahli MTA lain sekiranya mereka berminat memberi sumbangan di dalam MTF?

MOHAMED NAZIM: Saya tidak mempunyai masalah jika ahli MTA hendak menyertai MTF, malah mereka juga boleh bertanding dalam pemilihan termasuk jawatan Presiden. Tetapi mereka seharusnya mendaftar sebagai ahli dan mematuhi perlembagaan MTF. Dan kelab-kelab mereka seharusnya mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.

MINGGUAN: Difahamkan MTF belum lagi mempunyai Timbalan Presiden?

MOHAMED NAZIM: Dalam perlembagaan MTF, Timbalan akan dilantik oleh Presiden. Jadi saya bercadang untuk mengisinya dengan wakil syarikat penaja kita yang terbesar. Ini adalah antara beberapa pembaharuan yang dibuat supaya pihak penaja memainkan peranan dalam persekutuan dan memastikan wang penajaan dibelanjakan sebaik mungkin untuk pembangunan sukan ini. Saya mencadangkan bahawa semua penaja diberi jawatan pengurusan. Saya harap pengurusan MTF sedaya mungkin dapat menggabungkan individu-individu persendirian. Jawatan Setiausaha Kehormat pun akan dilantik oleh Presiden dan ia seharusnya seorang yang tidak terlibat dengan sebarang persatuan atau kelab-kelab taekwondo.

MINGGUAN: Apakah pembaharuan lain yang dibuat?

MOHAMED NAZIM: Kita akan memastikan MTF menjadi sebuah badan bebas dan mempraktikkan sistem pentadbiran secara telus dan terbuka. Ini bermakna Presiden, Timbalan dan pemimpin-pemimpin lain tidak mempunyai kepentingan sendiri, dalam erti kata lain tidak mempunyai kelab sendiri kerana ini akan menimbulkan konflik kepentingan peribadi. Kita juga melaksanakan pengundian secara rahsia dan bukannya angkat tangan seperti kebiasaan serta memastikan terdapat keseimbangan antara undi negeri dan kelab. Bayaran kepada MTF juga dikurangkan berbanding sebelumnya.

MINGGUAN: Adakah bayaran yang berkurangan kepada MTF akan menjejaskan segala aktiviti yang dirancang?

MOHAMED NAZIM: Persatuan tidak perlu menyimpan dana yang terlalu banyak. Kutipan yuran dan grading levy, sudah memadai untuk peruntukan pengurusan latihan, pembangunan sukan serta kebajikan atlet. Kita sepatutnya mengurangkan kos pentadbiran dan lebih fokus kepada pembangunan taekwondo keseluruhannya. Bagaimanapun, dalam sistem terbuka yang kita praktik, keputusan mengenai pengurangan yuran ini diputuskan oleh ahli-ahli persatuan dan dibentangkan dalam mesyuarat agung yang kami adakan pada tiap-tiap tahun.

MINGGUAN: Kenapakah Datuk merasakan taekwondo amat berfaedah kepada generasi muda?

MOHAMED NAZIM: Taekwondo adalah aktiviti sukan. Selain daripada sukan, mereka belajar cara-cara melakukan regangan badan yang berfaedah untuk pertumbuhan fizikal. Taekwondo juga adalah seni mempertahankan diri yang berupaya membentuk disiplin dan keyakinan diri. Taekwondo mengajar generasi muda untuk mempelajari gerak hati dan juga mempelajari tahap kepekaan mereka. Ia juga berfaedah kepada remaja perempuan untuk mengetahui sedikit sebanyak cara-cara mempertahankan diri, tambahan pula dengan peningkatan kegiatan jenayah sekarang.

MINGGUAN: Adakah MTF mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF) kerana difahamkan pengiktirafan sebelum ini hanya kepada MTA?

MOHAMED NAZIM: Pengiktirafan WTF masih dalam naungan MTA (walaupun dibubarkan di Malaysia). Kita secara rasmi belum lagi menghubungi WTF di Korea Selatan. Berdasarkan peraturan badan dunia itu, hanya memberi pengiktirafan selepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terlebih dahulu berbuat demikian. Kita sudah berjumpa dan memohon daripada MOM dan menurut mereka terdapat masalah perlembagaan yang hanya membolehkan pengiktirafan diberikan setelah kita diiktiraf oleh WTF. Jadi kita sekarang tersekat dan kami harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kepentingan generasi muda.

MINGGUAN: Perlukah MOM berbuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini?

MOHAMED NAZIM: MOM adalah sebuah badan di Malaysia, jadi sepatutnya MOM yang perlu beri pengiktirafan terlebih dahulu sebelum kita mengharapkan pengiktirafan daripada luar negara. Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengiktiraf MTF dan kami sudah mula berkerjasama dengan MSN. MOM sepatutnya perlu menerangkan status MTA kepada WTF.

MINGGUAN: Bagaimanakah hendak menghantar atlet bertanding di luar negara kerana antara syaratnya mesti mendapat pengiktirafan WTF?

MOHAMED NAZIM: Pertandingan sebelum ini iaitu Sukan SEA Ke- 23 di Filipina pada 2005, peserta taekwondo dihantar di bawah MOM. Untuk kejohanan pada masa depan iaitu Sukan Sea ke-24 di Korat, Thailand pada Disember ini, dan kelayakan Sukan Olimpik Beijing 2008, atlet-atlet taekwondo terpaksa dihantar di bawah MOM selagi isu pengiktirafan belum selesai. Untuk melaksanakannya, MOM perlu memohon kepada Persatuan Sukan Sea dan WTF.

MINGGUAN: Bagaimanakah dengan persediaan untuk latihan atlet pada tahun ini?

MOHAMED NAZIM: Kita sekarang tengah membentuk kurikulum latihan kebangsaan dan antarabangsa. Dan kita sedang berbincang dengan MSN untuk membentuk pasukan kebangsaan. Ini adalah untuk persediaan bagi Sukan SEA Ke-24 di Korat, Thailand, Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu pada tahun depan dan kelayakan Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini terpaksa dilakukan segera kerana masa yang tidak mencukupi.

MINGGUAN: Apakah rancangan jangka panjang yang boleh memberi impak terbesar pada sukan taekwondo?

MOHAMED NAZIM: MTF mempraktikkan sistem terbuka di mana atlet taekwondo yang terbaik sepatutnya mewakili negara kita. Pemilihan sepatutnya dilakukan dari semua badan-badan taekwondo dan semua pusat-pusat latihan taekwondo. Tujuan kami adalah untuk memberi tunjuk ajar dan latihan yang terbaik untuk mewakili negara ini. Pada Sukan Sea 2001 di Vietnam di mana Malaysia hanya menang satu pingat emas, oleh itu, MSN telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya yang terbaik sepatut mewakili negara ini. MTF sekarang sedang berkerjasama rapat dengan MSN untuk menubuhkan pusat cemerlang untuk memilih dan melatih generasi muda taekwondo untuk kejohanan pada masa hadapan. Ini di bawah program Pusat Cemerlang Negara. Sukan taekwondo tidak di miliki oleh sebarang individu atau mana-mana golongan, ia adalah untuk semua. Marilah kita bersama-sama membangunkan sukan taekwondo di negara ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.545285 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list