CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2872|Reply: 9

Faedah mempunyai personaliti yang gedebe/keras/tough/taiko?

[Copy link]
Post time 27-8-2006 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum, I nak tanya forumer semua, korang rasa banyak tak benefits kalau seseorang itu mempunyai personaliti dan reputasi sebagai seorang yang gedebe/keras/tough/otai terutamanya sebagai lelaki? Boleh tak bagi pros and cons korang, dari pengalaman korang ke, apa ke. Sebab I rasa I dah letih berakhlak baik dengan semua orang, orang dok pijak kepala kita pulak. Banyak sangat bertolak-ansur dengan orang lain, kita cakap baik-baik pun dia tak nak dengar. Takkan nak cari gaduh pula, terutamanya dengan kawan2 sendiri. Memang letih berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai ni, terutamanya dengan mereka yang kurang ajar, perasan bagus, bongkak, angkuh dan takbur. Kalau ikutkan hati nak tumbuk dan tempeleng jer, sikap kurang ajar kena balas dengan kurang ajar balik dengan manusia macam ni, tapi tu la, ikutkan hati mati, ikut rasa binasa.
  Sebenarnya I masa kanak2 dulu selalu bertumbuk, asal tak puas hati je terus ajak bertumbuk, one by one la. Tak boleh salah sikit je, I sound direct terus. Bengkeng la kiranya, macam Bruce Lee, garang dan gedebe. Apabila dah banyak sangat kalah dan menang dalam bertumbuk ( biasanya menang jadi arang, kalah jadi abu dan tabiat ini membuatkan I mengumpul banyak musuh ) dan meningkat remaja dan hasil didikan yang berteraskan akhlak Islam, I beransur-ansur berubah akhlak, menumpukan perhatian dalam pelajaran dan berusaha untuk menyempurnakan akhlak sebagai seorang Islam dan Mukmin yang terbaik. Tapi the tough streak of mine still persists, so it's macam berlawan la dalam diri I apabila dah dewasa sekarang ni. Kalau marah je, rasa nak menggelegak, tapi still boleh sabar lagi.
  Kalau kita tengok dalam perspektif Islam, ini bagaikan dua sifat yang berlainan dua orang sahabat yang paling disayangi oleh Nabi Sallallahualaihiwassalam, iaitu Saidina Abu Bakar Assiddiq yang lemah lembut dan penuh berhikmah dan Saidina Umar Al-Khattab yang gedebe, keras dan terlalu tegas.
  Dari pengalaman I sendiri, kalau kita mempunyai personaliti yang gedebe dan keras, walaupun tabiat ini boleh mengumpulkan banyak musuh dan ramai orang tak puas hati dengan kita, kawan pun boleh menjadi lawan, tapi sekurang-kurangnya kita tak simpan perasaan tak puas hati dalam hati. Kalau tak puas hati, sound direct je terus. Hati pun akan rasa lebih puas dan lega. Orang pun akan berfikir dua kali untuk pijak kepala kita, mereka akan lebih berhati2 untuk berbuat sesuatu ke atas kita. Kita pun akan lebih cepat dan pantas untuk menyatakan pendirian dan matlamat kita. Tapi kesannya mungkin teruk la, banyak kali kena fikir....
   Dan dengan berakhlak baik dan lembut dengan orang lain, memang kena banyak bersabar dengan karenah manusia. Orang pun akan mudah2 je pijak kepala kita, tak kira kawan2 ke, strangers ke, kalau tengok kita tak melawan, terus la diorang perangai macam tu dengan kita. Tu yang paling tak boleh tahan tu, orang mudah nak pijak kepala. Tapi not denying la benefits dia memang la banyak, tabiat ini boleh mengumpulkan kawan yang banyak, manusia pun suka dan kasih dengan kita, lagipun itu adalah akhlak utama dalam Islam, bersabar dapat pahala, kemarahan adalah sahabat syaitan, dan ini akhlak Rasulullah Sallalalluhualaihiwasallam dan ulama'2 besar dalam Islam. Tapi kena banyak bersabar la, itu kunci utamanya. Macam ambil masa untuk menyatakan pendirian dan matlamat kita.
  Cuba korang bincangkan pros and cons dua sifat ni dari pelbagai sudut.

[ Last edited by  DanIno at 27-8-2006 08:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2006 06:39 PM | Show all posts
Kalau korang rasa malas nak baca panjang2, ini ialah versi shortened nya...

    Assalamualaikum, I nak tanya forumer semua, korang rasa banyak tak benefits kalau seseorang itu mempunyai personaliti dan reputasi sebagai seorang yang gedebe/keras/tough/otai terutamanya sebagai lelaki? Boleh tak bagi pros and cons korang. Sebab I rasa I dah letih berakhlak baik dengan semua orang, orang dok pijak kepala kita pulak. Banyak sangat bertolak-ansur dengan orang lain, kita cakap baik-baik pun dia tak nak dengar. Takkan nak cari gaduh pula, terutamanya dengan kawan2 sendiri. Memang letih berhadapan dengan karenah manusia yang pelbagai ni, terutamanya dengan mereka yang kurang ajar, perasan bagus, bongkak, angkuh dan takbur.
  Sebenarnya I masa kanak2 dulu selalu bertumbuk, asal tak puas hati je terus ajak bertumbuk, one by one la. Tak boleh salah sikit je, I sound direct terus. Bengkeng la kiranya, macam Bruce Lee, garang dan gedebe. Apabila dah banyak sangat kalah dan menang dalam bertumbuk ( biasanya menang jadi arang, kalah jadi abu dan tabiat ini membuatkan I mengumpul banyak musuh ) dan meningkat remaja dan hasil didikan yang berteraskan akhlak Islam, I beransur-ansur berubah akhlak, menumpukan perhatian dalam pelajaran dan berusaha untuk menyempurnakan akhlak sebagai seorang Islam dan Mukmin yang terbaik. Tapi the tough streak of mine still persists, so it's macam berlawan la dalam diri I apabila dah dewasa sekarang ni. Kalau marah je, rasa nak menggelegak, tapi still boleh sabar lagi.
        Cuba korang bincangkan pros and cons dua sifat ni dari pelbagai sudut.

[ Last edited by  DanIno at 28-8-2006 06:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 08:24 PM | Show all posts

salam

Sabda Nabi saw,

Anas bin Malik mengatakan:

"Aku melayani Rasulullah saw. selama sepuluh tahun. Demi Allah, beliau samasekali tidak pernah membentak dengan ucapan "husy", dan tidak pernah pula beliau menegur "mengapa engkau berbuat begitu?", atau "Kenapa tidak berbuat begitu?"
(Muslim)

Siti Aisyah r.a. mengatakan:

"Tiap kali Rasulullah menghadapi dua pilihan, baginda selalu memilih yang paling mudah, selama hal itu bukan perbuatan dosa. Bila hal itu merupakan perbuatan dosa, baginda adalah orang yang paling menjauhinya. Rasulullah saw samasekali tidak pernah menuntut balas kerana urusan peribadinya. Tetapi apabila kemuliaan Allah dilanggar, barulah beliau menuntut balas. Rasulullah sama sekali tidak pernah memukul apa pun dengan tangan beliau, tidak wanita, tidak pelayan ..... kecuali di saat beliau sedang berperang di jalan Allah swt. "
(Muslim)

Sebuah riwayat dari Anas bin Malik mengatakan:

Pada satu saat aku berjalan bersama Rasulullah saw. Beliau mengenakan kain burdah (penutup punggung) dibuat dari bulu yang amat kasar. Tiba-tiba seorang Arab Badui menghampiri dan dengan keras sekali menarik burdah baginda, sehingga aku melihat kulit pundak baginda saw. Kerana tarikan orang Badui itu sangat keras, hingga membekas pada pundak beliau. Orang Badui itu berkata; "Hai Muhammad, perintahkan orang supaya memberikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang ada padamu!". Rasulullah saw menoleh kepada orang itu sambi! tertawa, kemudian memerintahkan supaya ia diberi hadiah"
(Al-Bukhari)

Riwayat dari Siti Aisyah r.a. mengatakan: Rasulullah saw. bersabda:

"Sesungguhnya Allah Maha Lemah lembut dan menyukai lemah lembut. Allah memberi berdasarkan kelemahlembutan pahala yang tidak pernah diberikan atas dasar kekerasan ataupun hal-hal lainnya. "
(Muslim)

"Sesungguhnya Allah memberi sesuatu atas dasar lemah lembut, dan tidak memberi atas dasar keangkuhan. Bila Allah mencintai hambaNya, hamba itu diberi-Nya sifat lemah. lembut. Keluarga yang kehidupannya jauh dari sifat lemah lembut, akan dijauhkan dari segala kebajikan."
(At-Thabrani)

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 08:40 PM | Show all posts

Yang I tahu...

Rasulullah saw selalu cerah dan riang, lemah lembut. Baginda bukan orang yang berhati keras dan kasar, bukan orang yang suka berteriak, bukan orang yang rendah-budi, bukan orang yang gemar mencaci maki atau memuji-muji orang lain. Perhatian baginda tidak tertarik kepada hal-hal yang tidak disukai baginda. Orang yang datang berkunjung kepada baginda, tidak akan kecewa atau berputus asa.

Rasulullah saw adalah seorang pendiam, tidak berbicara bila tidak perlu dan menghindari orang yang berbicara tentang hal-hal yang tidak baik.

Air muka baginda selalu cerah dan senyum-simpul, pembicaraan baginda jelas tidak melebih-lebihkan sesuatu dan tidak menguranginya.

Bila tertawa di hadapan baginda, para sahabat hanya tersenyum.

Pertemuan-pertemuan baginda dengan para sahabatnya merupakan pertemuan yang penuh dengan sopan-santun, kebajikan dan kejujuran. Tidak ada yang berbicara dengan suara keras, dan tidak ada pula yang mengganggu orang lain.

Bila baginda sedang berbicara, para sahabatnya terpaku diam sambil menundukkan kepala, seolah-olah patung .

Baginda berjalan dengan mantap. Semua orang mengenal cara baginda berjalan, langkahnya mantap dan tidak pernah nampak layu.

wallahua'lam

[ Last edited by  fleurzsa at 28-8-2006 08:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 07:28 PM | Show all posts
Menurut Abd Aziz Ismail...

Dalam kitab Sahih Bukhari-Muslim meriwayatkan suatu hadis yang berpangkal pada Saad bin Abi Waqqash ia berkata:

"Pada suatu hari Umar meminta izin kepada Rasulullah s.a.w yang ketika itu di sekitar beliau terdapat rarnai wanita Quraisy yang sedang menanyakan beberapa masalah yang mereka alarni. Wanita-wanita itu kelihatan berani, kasar dan berkelakuan kurang sopan.

Setelah Rasulullah s.a.w mengizinkan kepada sahabatnya Umar; maka Umar pun segera masuk dan disambut oleh senyuman Rasulullah. Senyuman itu membuat Umar tertanya¬tanya, sesungguhnya maksud senyuman bagi beliau itu. Rasulullah s.a. w menjawab; saya hairan tentang wanita¬wanita yang ada di sarnpingku ini, setelah mendengar suara¬mu mereka cepat-cepat lari mencari tabir.

Umar menyangkal hal itu seraya berkata: Wahai Rasulullah s.a.w semestinya engkaulah yang lebih ditakuti daripada aku: Kemudian sahabat Umar menoleh pada wanita¬wanita yang telah bertabir tadi dan bertanya pada mereka:

Wahai wanita-wanita yang rilenjadi musuh dirinya sendiri, mengapa karnu takut padaku, tetapi tidak takut kepada Rasulullah s.a.w? Wanita-wanita itu menjawab: Engkau lebih bengis dan lebih kasar daripada Rasulullah s.a. w.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 07:30 PM | Show all posts
Untuk memisah percakapan mereka itu Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Wahai anak Khatab demi zat yang diriku berada dikekuasaanNya tidak ada syaitan yang berjumpa denganmu yang sedang melalui jalan, kecuali ia' pasti akan mencari jalan lain yang tidak engkau lahli. "


Terdapat hadis lain yang ditulis oleh Imam At-Tirmizi dan Imam An-Nasai dalam kitab hadis masing-masing. Hadis tersebut adalah daripada Buraidah, ia berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w pulang dari suatu pertempuran, datanglah seorang wanita muda bemama Jawairiyah seraya berkata:

Wahai Rasulullah, aku bemazar akan menyanyi dengan diiringi muzik gendang apabila engkau kembali dengan selamat. Rasulullah s.a. w bersabda: Kalau engkau bemazar, maka lakukanlah nazar itu, tetapi kalau tidak jangan dilakukan. Jawairiyah berkata: Aku bernazar, wahai Rasulullah s.a. w.

Kemudian wanita itu mulai bemyanyi dan memukul gendangnya. Sebentar kemudian Abu Bakar r.a masuk dan wanita itu masih menyanyi dan memukul gendangnya. Tidak lama kemudian Ali datang dan disusuli oleh Uthman r.a, wanita itu masih menyanyi dan memukul gendangnya dengan tenang, tetapi setelah Umar bin Khatab datang, maka penyanyi muda itu diam dan membuang gendangnya, sehingga Rasulullah s.a. w bersabda: "Sesungguhnya. syaitan itu takut kepadamu Umar."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2006 07:32 PM | Show all posts
Hadis yang lain menjelaskan bahawa wanita yang menyanyi dan memukul gendang itu berasal dari Habshah. Ibnu Abi Dunya juga meriwayatkan suatu peristiwa yang bersumber daripada Ali bin AI-Jadu darlpada Ikrimah bin Ammar, ia berkata: Aku pemah mendengar Abdullah berkata:

Ada seorang lelaki daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang keluar ke kota dan bertemu dengan syaitan. Pertemuan itu mengakibatkan kedua-duanya berbeza pendapat, yang cikhirnya terjadilah pergaduhan.

Dalam pergaduhan itu, sahabat Rasulullah s.a. W mencapai kemenangan dan dapat membanting syaitan tersebut, sehingga syaitan itu mengajukan permohonan kepada musuhnya dengan ucapan: "Lepaskanlah aku! N anti akan aku riwayatkan suatu hadis yang sangat bagus dan menyenangkanmu." Sahabat Rasulullah s.a.w. itu kemudian melepaskannya. Tetapi syaitan itu mengingkari janji, tidak mahu menunaikan janjinya itu.

Maka terjadilah babak kedua dari pergelutan syaitan dengan sahabat Rasulullah. Syaitan itu kalah lagi dan berjanji akan meriwayatkan hadis yang ia janjikan. Tetapi setelah dilepaskan syaitan itu mengingkari janji bagi kedua kalinya. Selanjutnya sahabat Rasulullah s.a.w membanting syaitan yang ketiga kalinya, kemudian duduk di atas dadanya. Permohonan syaitan yang ketiga kalinya ini tidak dikabulkannya. Sehingga syaitan itu menjelaskan hadis yang ia maksudkan dan ia janjikan itu.

Syaitan itu berkata, iaitu surah Al-Baqarah kerana tidak ada satu ayat dari surah tersebut yang dibaca di tengah-tengah syaitan kecuali mereka pasti kesakitan. Apabila surah Al- Baqarah dibaca dalam rumah, maka tidak ada syaitan yang berani memasuki rumah tersebut.

Sahabat yang mendengar periwayatan hadis ini bertanya kepada perawinya: Wahai Abu Abdur Rahman! Siapakah sebenarnya sahabat Rasulullah s.a.w yang disebut dalam hadis ini? Perawi itu menjawab: Sahabat yang dimaksudkan itu tidak lain ialah UMAR BIN AL-KHATAB.
Reply

Use magic Report

uuh...pedas2 This user has been deleted
Post time 7-10-2006 07:12 AM | Show all posts
faedah???............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by DanIno at 28-8-2006 06:39 PM
Kalau korang rasa malas nak baca panjang2, ini ialah versi shortened nya...

    Assalamualaikum, I nak tanya forumer semua, korang rasa banyak tak benefits kalau seseorang itu mempunyai personal ...



Untuk berlembut apabila dihina org, itu satu perjuangan maknawi yg hebat...memang semua org akan mula-mula rasa marah, sedih, tidk puashati dan sebagainya. Tetapi itu adalah fitrah manusia. Sebab itu Tuhan beri pahala MUJAHADAH, ia sebenarnya pahala yg Tuhan anugerahkan atas kesabaran mereka.

Sy fikir eloklah saudara teruskan sentiasa dan beristiqomah dlm MUJAHADAH itu, walaupun mula2 rasa terseksa, lambatlaun insyaAllah, dihina seterukmanapun, atau difitnah sekalipun, saudara boleh redha dan sabar, malah sampai satu peringkat sdra boleh mendoakan keselamatan mereka yg sengaja dan tidak sengaja berbuat angkara terhadap sdra.

Setiap org yang mengaku beriman akan diuji kesabaran dan keredhaannya kepada takdir Tuhan, berbahagialah org yg dapat mensucikan hatinya iaitu org yg menang dalam MUJAHADAHnya.

Itulah yg dimaksudkan TUhan dengan jiwa yang tenang, yg akan kembali kepadaNya dalam keadaan yg diredhaiNya.
Reply

Use magic Report

kilas This user has been deleted
Post time 7-10-2006 11:02 AM | Show all posts
Assalamualaikum warahmatullah...

Saya tertarik dengan pengalaman saudara Danino, seumpama pengalaman saya di kala remaja dulu, (sekarang pun masih remaja lagi) terlibat dengan gangsterisme, menegakkan hujah dengan penumbuk, banyak musuh tapi tiada siapa yang berani melawan.Tetapi sayang, segala kekuatan dan kehebatan di kala itu kononya untuk kebenaran tetapi akhirnya tenggelam dalam kemegahan dan keegoan...

Alhamdulillah, Rahman dan Rahimnya Tuhan, dengan taufik dan hidayahNya saya disedarkan...Kembali semula kepada tok guru, meminta panduan memimpin jalan.....

Kemudian saya mengharungi kehidupan yang aman, damai dengan ketenangan, seumpama budak-budak kecil yang tiada perasaan....Tetapi mereka semua  seumpama sengaja menduga kesabaran...Di buli, dipijak sudah menjadi kebiasaan, Oh Tuhan, kalau boleh ingin sahaja membalas dengan kekerasan tetapi inilah satu ujian, satu latihan menguji kesabaran...

Kini, saya masih lagi dalam perjalanan, pembelajaran yang tiada sempadan, satu latihan yang sangat memenatkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.708772 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list