CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5491|Reply: 15

Legenda2 Islam

[Copy link]
Post time 3-9-2006 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Salam n good day

Legenda2 Islam merupakan cerita2 kepahlawanan yg lebih hampir kpd ciri2 sejarah dan kurang mengemukakan unsur keghaiban dan luar biasa.

Ada 4 kategori legenda:

1. Mengenai pahlawan zaman Nabi saw
2. Mengenai Nabi Muhammad saw
3. Mengenai pahlawan sebelum Nabi saw
4. Mengenai pahlawan tempatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2006 08:20 PM | Show all posts


kategori pahlawan before nabi muhammad rase nye tak banyak kot ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2006 09:49 PM | Show all posts

1. Mengenai pahlawan zaman Nabi saw

- Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
- Hikayat Tamin al-Dari
- Hikayat Semaun
- Hikayat Abu Samah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2006 09:51 PM | Show all posts

2. Mengenai Nabi Muhammad saw

- Hikayat Nur Muhammad
- Hikayat Bulan Berbelah
- Hikayat Nabi Bercukur
- Hikayat Nabi wafat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2006 09:53 PM | Show all posts

3. Mengenai pahlawan sebelum Nabi saw

- Hikayat Iskandar Zulkarnain
- Hikayat Amir Hamzah
- Hikayat Saif Zulyazan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2006 09:54 PM | Show all posts

4. Mengenai pahlawan tempatan

- Hikayat Raja Khandak
- Hikayat Raja Badar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2006 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 3-9-2006 09:53 PM
- Hikayat Iskandar Zulkarnain
- Hikayat Amir Hamzah
- Hikayat Saif Zulyazan


iskandar zulkarnain... ngan alexandar de great nie sama org ekkk ... :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by bundle at 3-9-2006 11:39 PM


iskandar zulkarnain... ngan alexandar de great nie sama org ekkk ... :nyorok:



ko ni bundle :siok:

kan dah ada topik, meh gi sini..http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 01:24 AM | Show all posts
hehe dahh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by bundle at 3-9-2006 11:39 PM


iskandar zulkarnain... ngan alexandar de great nie sama org ekkk ... :nyorok:



nehh mesti kes baca buku teks tingkatan empat nehh ... ~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 04:57 PM | Show all posts
Menurut Bahasa Othman, berbagai-bagai cerita-cerita legenda Islam ini muncul di dalam sastera Melayu. Di antaranya ialah:

a)        Dibawa oleh pengembang Islam yang datang ke Pasai, Melaka dan Acheh sebagai pusat perkembangan agama dan kebudayaan Islam. Para mubaligh ini membawa cerita-cerita legenda Islam ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai kemurnian ajaran Islam ke dalam masyarakat Melayu yang telah lama meminati sastera epik Hindu atau legenda tempatan.

b)        Mengalihkan pandangan tinggi terhadap cerita-cerita Hindu seperti Mahabrata dan Ramayana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 05:00 PM | Show all posts
Pahlawan-pahlawan pada zaman Nabi SAW yang banyak membuat jasa ialah seperti Muhammad Ali Hanafiah, Tamin al-Dari, Semaun dan Abu Samah. Kerana kehandalan dan keberanian mereka ini maka para cerdik pandai pada masa itu telah mengarang pelbagai bentuk cerita tentang pahlawan-pahlawan tersebut.

Di antara cerita yang amat popular ialah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Hikayat ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Pasai. la menceritakan tentang Muhammad Ali yang mengetuai pengikut Saidina Ali menentang pengikut Muawiyah yang amat mementingkan hal keduniaan dan bukannya ajaran Islam. Selain daripada itu hikayat ini juga menceritakan beliau kemudiannya menuntut bela di atas kematian saudagar-saudagar iaitu Hasan dan Husin di Karbala.

Diakhir hikayat ini diceritakan bahawa Muhammad Ali Haafiah meninggal dunia kerana ditutup oleh batu di Bukit Jabal Nur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 05:02 PM | Show all posts
Cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad SAW pula ialah seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Wafat. Kesemua cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad ini menggambarkan tentang ketinggian Nabi Muha'mmad SAW.

'Bulan Berbelah' misalnya, menceritakan tentang kisah Raja Habib bin Malik yang hendak melihat sendiri akan kelebihan Nabi SAW dengan melakukan perkara-perkara yang mustahil. Antara perkara-perkara mustahil yang beliau minta Nabi lakukan ialah;-

i)        Memanggil bulan turun ke bumi dan mengucap dua kalimah syahadat.
ii) Bulan disuruh masuk ke lengan baju kanan Nabi dan keluar di lengan kiri.
iii) Bulan boleh terbelah dua dan kemudian bersatu semula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 05:07 PM | Show all posts
Tokoh-tokoh pahlawan sebelum kelahiran Nabi S.A.W. ialah seperti Zulkarnain, Amir Hamzah dan Saif Zulyazan. Kesemua penceritaan tentang tokoh-tokoh ini menggunakan awalan 'Hikayat' seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Di antara hikayat yang paling popular ialah 'Hikayat Amir Hamzah'. 'Hikayat Amir Hamzah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, Parsi, Turki, Hindustan dan Tamil

Di nusantara pula Hikayat Amir Hamzah ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Sunda, Jawa, Bugis, Makasar dan Bali.

Hikayat ini menceritakan tentang kegagahan Amir Hamzah melawan musuh, terutamanya di Mekah dan Madinah .  Amir Hamzah telah terkorban dalam Peperangan Uhud.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 05:09 PM | Show all posts
Legenda Islam yang digolongkan ke dalam kategori tempatan pula ialah Hikayat Raja Khandak dan Hikayat Raja Badar.
         
Dalam Hikayat Raja Khandak terdapat cerita tentang keberanian Saidina  Ali menentang Muawiyah bin Abu  Sufyan. Semasa di medan perang, suara Saidina Ali dikatakan sangat kuat seperti halilintar manakala pedangnya pula apabila dihunus matanya terus memanjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 05:12 PM | Show all posts
Dalam kesusasteraan Melayu, legenda Islam ini telah menjadi alat penting dalam penyebaran agama Islam. Lantaran daripada keberanian, ketangkasan dan kehebatan yang terdapat pada tokoh-tokoh pahlawan Islam itu, maka menambah-yakinkan lagi penganut Islam terhadap agama ini.

Kehebatan yang digambarkan terhadap tokoh-tokoh ini juga melambangkan semangat juang khususnya bagi menawan musuh negara seperti mana yang diceritakan di dalam buku 'Sejarah Melayu' iaitu orang-orang Melaka telah membaca Hikayat Muhammad Ali Hanafiah bagi menguatkan semangat untuk menawan Portugis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.069605 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list