CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Allahyarham Jalil Ibrahim

  [Copy link]
Post time 14-5-2013 06:36 AM | Show all posts
Masa mula2 aku pindah JB, aku "tertengok" kisah ni kat siaran Singapura...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 06:45 AM | Show all posts
Salah satu kes berprofile paling tinggi pernah berlaku dalam negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 06:47 AM | Show all posts
2.5b taun 80an...perghhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 06:59 AM | Show all posts
kakiputaralam posted on 14-5-2013 06:47 AM
2.5b taun 80an...perghhhhhhh

Jadi usah diperbesarkan isu Shahrizat yg hanya RM250 juta saja..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 07:05 AM | Show all posts
carbike posted on 14-5-2013 02:41 AM
Nama Ku Li ini adalah sinonim dengan skandal RM 2.5 juta Bumiputra Malaysia Finance(BMF). Sungguhp ...

George Tan......bukan George Chan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 07:05 AM | Show all posts
Apalah sangat kan banding ama kes Kak Ijat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2013 07:09 AM | Show all posts
juliez posted on 14-5-2013 02:42 AM
katanya dr M pun terlibat juga

Kalau ikut kata Lorraine Osman sebelum dia meninggal, Dr M tidak terlibat.....

......dan boleh kata tidak pernah nampak kenyataan Dr M pasal skandal ni....kenapa eik?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 07:10 AM | Show all posts
mcm menarik jer ni...kat mana lg boleh baca details pesal kes ni ekrkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 07:10 AM | Show all posts
kakiputaralam posted on 14-5-2013 06:47 AM
2.5b taun 80an...perghhhhhhh

Nilai skrg mungkin RM10 billion jika dinisbahkan kpd kadar kenaikkan harga rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 07:18 AM | Show all posts
Petronas bail out ...ada orang saman Petronas/BMF pasal lari dasar ...Akta dikeluarkan ...backdate ...makamah tak dapat buweak apo2..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:11 AM | Show all posts
ari ni baru tau pasal kes ni... aku tak lahir lagi masa tu... sedihnya la... dh la skang aku keje dlm bidang audit jgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:11 AM | Show all posts
jimwaumim(a) posted on 14-5-2013 07:10 AM
mcm menarik jer ni...kat mana lg boleh baca details pesal kes ni ekrkk

Allahyarham Jalil Ibrahim telah dianugerah pinta Sri Pahlawan Gagah Perkasa,
pingat tertinggi kerajaan Malaysia yg lebih besar dari Datuk dan Tan Sri.

Kes ni mmg pelik bin ajaib...sbb bank boleh bg loan tanpa cagaram..
bukan seposen dua...bilion2 tu... value thn 80An tu..kali ngan 10 utk nilai terkini..
org2 yg terlibat dlm kes ni..mmg mereka bebas di mahkamah dunia....
tp di akhirat kelak...tiada yg dpt lari dr Mahkamah Allah...

http://ikanlepu.blogspot.com/2012/04/salahlaku-di-zaman-dr-mahathir.html
http://www.malaysianbar.org.my/news_features/lorrain_breaks_his_silence.html

credit to http://bincang.net/forum/showthread.php?117986-Skandal-BBMB-dan-BMF-part-2-full-article&p=2836888#post2836958

Skandal BMF dan BBMB (terjemahan secara umum dan bukan harfi dari buku Malaysian Maveric: Mahathir Mohamad in turbulent time pg 154 – 166)

Part 1 to part 3

Ditubuhkan pada 1965, Bank Bumipuetara ditugaskan menjadi pemangkin kepada ekonomi dan program bumiputera. Secara khusnya, bank ini ditugaskan untuk memberikan kredit dan perkhidmatan kewangan kepada penduduk desa, di mana majority penduduk melayu tinggal dan hidup secara tradisi dengan bertani dan menjadi nelayan. Bank Bumiputera juga menjadi tapak untuk melatih bumiputera agar mereka mendapat pengalaman menjadi pegawai bank dan dunia perbankan. Ia menjadi satu tempat tumpuan kerajaan negeri untuk membuat pinjaman dan perbendaharaan, bank tersebut berkembang pesat. Walaupun ia secara fungsi sosio-politiknya menjadikan ia berkembang dan membawa keuntungan, ia masih lagi tidak mampu menyaingi bank lain dalam pembahagian keuntungan kepada pemegang saham.

Bagi menjaga bank tersebut,kerajaan selalu melantik pegawai tinggi dari UMNO atau pegawai kerajaan untuk menguruskan bank tersebut daripada pengurus bank berpengalaman lain. Ini menjadikan Bank tersebut sasaran kepada usahawan yang mahu mendapatkan pinjaman murah, atau lebih mudah disebut sebagai hadiah atau sedekah sahaja. Bank tersebut mendapati amat susah untuk mengatakan “tidak”, dan akhirnya menyebabkan tunai keluar yang berterusan bagi penerima wang di kalangan orang Melayu.

Bagaimanpun Petronas yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 berkembang lebih baik. Ia menjadi salah satu perbadanan yang terkaya dan termaju di Malaysiadan sumber cukai utama Negara. Tetapi dengan sumber pendapatan yang tidak berhenti dan deposit seluruh dunia, Petronas juga kadang kala dipanggil bagi tugas yang melebihi apa yang telah diwartakan. Tanpa perlu mengemukakan akun kewangan mereka, Petronas menjawab terus kepada Perdana Menteri dan bukannya Menteri Kewangan. Ia menjadi satu “tabung” kegemaran Mahathir di kala kecemasan.

Bank Bumiputera terlibat dalam pembelian timan dalam jumlah yang besar di London (satu skandal lain) dan juga anak syarikatnya Bumiputera Malaysia Finance Ltd (BMF) satu bank pengambilan deposit, terlibat dalam satu skandal yang disifatkan oleh pendakwaraya sebagai satu kes penipuan terbesar dalam sejarah. Ia melibatkan kisah penipuan dan pembunuhan, penipuan akaun, keunutngan yang tidak wujud dan bankrupt yang tidak pernah dilihat di HongKong. Dalangnya ialah seorang usahawan dari Singapura George Tan, yang mana syarikat Carrien Groupnya membawa kemuncak pasaran hartanah pada sekitar 1980 sehingga 1982. Setelah berkembang pesat, Carrian berkembang kepada perusahaan lain seperti perkapalan, pengqangkutan, perlancongan, insuran, kewangan dan sebagainya dan ia berkembang ke Malaysia, Taiwan, Jepun dan lain-lain. Dalam sekelip mata ia mempunyai lebih 200 syarikat di dalam kumpulan tersebut.

Walaupun sebelum ini tidak dikenali dalam dunia perniagaan, George Tan telah berkembang secara misteri dan berjaya mengambil pegawai berpengalaman dalam perniagaannya. Dia sebenarnya seorang jurutera sivil yang telah bankrupt tinggal secara haram di HongKong dan tidak mempunyai wang. Dia telah menipu bank-bank besar dalam beratur memberikannya pinjaman setelah bank BMF memberikan free-flow funds (dana tanpa henti). Pada tahun 1980, BMF telah memberi pinjam kepada Carrian RM 310 juta tanpa sebarang cagaran untuk membeli sebuah bangunan di pusat perniagaan di Hong Kong yang meletakkan syarikt tersebut sebagai pembeli agresif di peta pembeli hartanah.

Pada tahun 1981, Mahathir memegang tampuk kuasa dan boleh sahaja campur tangan dalam urusan BMF ini. Memang ia akan memberi malu kepada UMNO serta kerajaannya, tetapi rakyat pastinya lebih mudah menerima alasan bahawa perdana menteri baru tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang menyalahgunakan dana awam. Sebaliknya, Mahathir cuba menutup isu tersebut dan dalam masa yang sama mengendorsekan satu pelan rahsia separa sah untuk mendapatkan kembali pinjaman tersebut. Untuk itu beliau mengeluarkan kenyataan bahawa bank telah diuruskan oleh mereka yang tidak memahami perbankan – “not always crooks, but quite incompetent” – yang menyangka bahawa dengan ada cawangan di HongKong adalah status symbol – “tetapi untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab bukannya mudah” (interview dengan Mahathir 2008)

Keutamaan Mahathir untuk bank yang di kawal oleh kerajaan ini ialah meletakkan orang-orangnya di situ. Dalam pengambilalihan, Nawawi mat Amin, seorang rakan kongsi senior dalam syarikat audit dan juga ahli Majlis Tertinggi UMNO mengambil alih sebagai pengerusi ekseutif BBMB pada April 1982. Dia menggantikan Kamarul Arrifin Mohamad Yassin, seorang peguam dan salah seorang pegawai bank terkenal dan terbaik di Malaysia yang telah membawa BBMB kepada perkembangan meningkat selama 6 tahun berturut-turut. KAmarul juga adalah orang UMNO yang bertindak sebagai pegawai penasihat undang-undang UMNO tetapi dikeluarkan kerana dia amat rapat dengan Menteri kewangan pada masa itu, Tengku Razali Hamzah, musuh politik Mahathir dan juga Dato Musa Hitam yang pada masa itu timbalan perdana menteri. Mahathir mahukan orang nya sendiri mengendalikan bank ini.

Butiran kepada maslah BMF dilaporkan oleh akhbar-akhbar dari Hongkong secara sedikit demi sedikit pada lewat 1982. (AWSJ 1982). Apa yang diketahui ialah BMF bukan sahaja telah memainkan peranan di pasaran hartanah melampaui mandate, tetapi juga telah menumpukan pinjamannya hanya kepada 3 peminjam, di mana setiap satunya telah menghadapi masalah dan tidak boleh membayar kembali pinjaman. Dengan akuan terakhir, BMF memberi pinjam USD800 juta kepada George tan dari Carrian group, USD123 juta kepada syarikat yang dikuasai oleh Kevin Hsu dan USD 40 juta kepada Eda investment Ldt dan syarikat berkaitan dengannya.

Ini merupakan satu tamparan kepada Malayisa. Bank Bumiputera dilihat sebagai bank untuk membantu kaum Melayu dan bumiputera selepas melepasi Bangkok Bank di tailand sebagai salah satu bank terbesar di asia tenggara. Hampir semua orang hendak mengetahui bagaimana bank yang ditubuhkan bagi membantu bumiputera memberi pinjam besar-besaran kepada kaum cina yang melabur dalam perlaburan hartanah? Kenapa BMF dalam pasaran hartanah? Apabila BMF dilesenkan pada 1977, ekseutif menyatakan bahawa ia membawa arah tuju melengkapi Bank bumiputera (BBMB) dalam pinjaman sidiket antarabangsa, terlibat dalam pertukaran matawang dan memberi pinjam bagi perdagangan Malaysia-China dan Hong Kong.

Part 2
Dalam pemerhatian lebih dekat banyak perkara mendapat perhatian. BMF tetap dengan pendirian untuk memberikan pinjaman walaupun pasaran hartanah telah menjunam dengan menambah pinjaman kepada tiga kali ganda. Apa yang lebih mengejutkan, pinjaman ini dilakukan bkan daripada deposit atau pinjaman dari Hongkong. Sebaliknya duit-duit tersebut diperolehi dari BBMB di Malaysia dan cawangan antarabangsa yang lain termasuk duit dari Petronas yang dilaburkan di luar Negara. NIlaian pasaran dan saham digunakan sebagai cagaran dan apabila pasaran menjunam, ia mendedahkan BMF kepada risiko kegagalan yang tinggi. Dengan kaedah pentadbiran BMF yang bersifat autonomi, kesalahan ini terletak di atas bahu pegawai di Kuala Lumpur. Keputusan muktamad di buat oleh 2 Lembaga pengarah – Pengerusi Lorrain Esme Osman dan Mohamed Hashim Shamsudin. Lorrain adalah salah seorang pegawai penasihat ekonomi Mahathir dan Hashim, adalah pengarah eksekutif , kedudukan kedua di dalam BBMB. Ibrahim Jaafar pula adalah pengurus besar BBMB yang menjalankan operasi bank dan melapor terus kepada Lorrain dan Hashim.

Dalam satu siasatan jenayah, wartawan di Hongkong telah mendapati bahawa 2 dari 3 pengarah ini telah membuat perniagaan di luar bidang tugas mereka bersama pelanggan. Ibrahim memegang overdraf di sebuah bank HongKong yang di sokong oleh Carrian. Hashim pula menjadi pengarah di sebuah syariokat kecil 3 hari sebelum ia menerima cek berjumlah RM 1.1 juta daripada isteri pengerusi Eda, selepas BMF memberi pinjaman USD 40 juta kepada Eda.

Walaupun kontoversi ini telah melanda asia tenggara, kerajaan Malaysia masih mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu mengeluarkan kenyataan kecuali mengatakan bahawa BBMB tidak menghadapi krisis. Tidak ada siapa dalam cabinet mengaku mengetahui apa yang berlaku dalam operasi BMF. Sebagai bank komersial, BBMB di bawah pengawasan bank Negara yang berada di bawah kementerian kewangan. Rakyat melihat BBMB di bawah kementrian kewangan bersama Tengku Razali tetapi tengku Razali mengatakan bahawa ada beberapa agensi kerajaan yang menjawab terus kepada Perdana Menteri dan bank tersebut adalah salah satu daripadanya.

Sebagai Menteri kewangan beliau telah mengarahkan Bank Negara untuk melakukan siasatan terhadap BMF selepas membaca mengenainya di dalam akhbar pada penghujung 1982. Gabenor Bank Negara, Abdul Aziz Taha, dalam komen pertama laporan beliau pada April 1983 menyatakan bahawa masalah ini sebagai “satu situasi di mana over-exposed of loans, yang mana saya anggap sebagai melebihi… daripada operasi normal bank komersial”. Eksukif senior dan Auditor luar BBMB telah menganalisa anak syarikat tersebut dan berkata “tiada siapa patut berasa risau” mengenai pinjaman tersebut “kerana kerajaan menyokong penuh bank tersebut” (AWSJ 1983)

Di dalam laporan tahunan berakhir 31 mac 1983, BBMB dan BMF bertahan dengan cara yang sama – meminimakan masalah di Hongkong dan menegaskan bahawa syarikat induk (BBMB) akan menjaga anaknya dan tidak menjelaskan kenapa berlaku pemborosan dan ketirisan. Tetapi jumlah di dalam laporan tersebut menjadikan satu keadaan yang mustahil utk ditutup lagi. BMF telah menggandakan pinjamannya di Hongkong pada 1982, bila bank-bank lain telah tidak mahu lagi memberi pinjaman dan ia ditaja sepenuhnya oleh ibu pejabat BBMB di Kuala Lumpur.

Part 3
Setelah beberapa tahun dalam perkembangan yang sederhana, total yang dipinjamkan oleh BMF termasuk pinjaman jangka pendek telah meningkat sehingga 285% oada 1981 dan 1982 kepada RM1.55 billion. Dalam masa yang sama, walaupun BBMB telah meningkatkan modal berbayarnya kepada RM600 juta, - 126% - yang mana mencadangkan bahawa ia telah bersedia utk menutup hutang yang bertimbun, walaupun bank tersebut menafikannya.

Mahathir secara umumnya telah menyebut mengenai isu pinjaman yang diragui kepada rakyat pada siding akhbar Julai 1983, pada tahun kedua beliau memegang tampuk sebagai perdana menteri. Ia 8 bulan selepas pendedahan yang memberi impak yang merosakkan mulai ditemui dan para wartawan memerlukan jawapan. Ini kerana dua pemegang saham kerajaan telah dikehendaki memasukkan RM600 juta sebagai modal tambahan mengikut nisbah pelaburan mereka. Ini bermakna 70% bebanan kini kenjadi milik Perbadanan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan bagi memegang saham blue-chip bagi pihak bumiputera melalui amanah saham. 30% pula dipegang oleh kementerian kewangan. Juga tidak terdapat sebarang indikasi bagaimana BMF akan membayar RM 1.2 billion yang ia pinjam dari BBMB. Sama ada BMF akan membayar bunga di atas hutangnya yang membawa kepada RM93 juta ke RM124 juta setahun juga penting. Sekiranya bank BBMB tidak mengenakan bunga, ia sebenarnya telah meletakkan asset yang besar utk memberi subsidi kepada operasi HongKOng dan bertindak sebagai simpanan de facto bagi hutang lapuk BMF.

Menjawab persoalan wartawan, Mahathir sangat optimistic. Dia tidak menafikan bahawa BMF tersilap dalam memberikan hutang yang terlalu banyak didalam pasaran hartanah, tetapi memberitahu bahawa kejatuhan nilai hartanah menjadi punca kepada masalah ini. “Hampir semua” bank dihongkong sebenarnya menghadapi masalah yang sama menurutnya. “ia sememangya cuai, tetapi anda kena ingat keadaan di Hongkong pada masa tersebut. Bank sangat teruja untuk memberi pinjam kerana ekonomi masa itu sedang berkembang, dan bila seseorang yang sudah kukuh datang kepada anda memohon pinjaman, anda tidak perlu memerhati secara terperinci walaupun anda mempunyai hak berbuat demikian.” Menurut beliau. “ini adalah satu kesilapan”. Mahathir tidak menjawab persoalan kebertanggungjawaban dan berjanji bahawa Malaysia akan “mengambil tindakan” sekiranya penipuan berlaku, tetapi penekanan adalah untuk menyelamatkan hutang yang tertunggak dan bukannya “mencari kesalahan orang lain”. Katakan “Bagaimana kita hendak menyelesaikan maslah Hongkong ialah dengan melihat berapa banyak yang kita boleh kutip. Keutamaan buat masa ini ialah kutipan dan bukannya hukuman.” (Rapael Pura “Mahathir said loan to colony was a “mistake” “ AWSJ 1983)

Apa yang Mahathir tidak ceritakan kepada wartawan ialah pada penghujung 1982, dia telah meluluskan satu pelan rahsia yang dilaksanakan oleh Nawawi Mat Amin….. (jeng jeng jeng… apakah pelan tersebut)…

Bersambung Part 4


Last edited by MissMamamia75 on 14-5-2013 08:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:14 AM | Show all posts
[color=DarkOrchid]Bersambung Part 4 to 5

Part 4
Untuk memaksimakan pelan mendapatkan kembali hutang tersebut, dia telah mengarahkan Nawawi Mat Amin seabgai pengerusi Eksekutif BBMB utk memaksimakan usaha. Walaupun kemudian beliau mengatakan bahawa beliau tidak tahu butiran pelan tersebut, tetapi beliau mengakui beliau merestui tindakan tersebut.
Bahagian paling kontroversi dalam pelan tersebut ialah dengan membeli asset Carrian group di US melalui kesulitan kewangan yang rumit. Caranya ialah dengan menghancurkan Carrian dan dalam masa yang sama mendapatkan kembali poinjaman darinya yang ia berhutang dengan BMF.

Pelannya begini:
Melalui Nawawi, pelan bermula dengan cara membeli asset Milik Carrian di Califonia dan Florida yang disamarkan dengan pinjaman dari BBMB kepada pihak ketiga. Ia bermula dengan bank memberikan pinjaman USD 85 juta kepada syarikat yang baru ditubuhkan syarikat Liberian yang diwujudkan oleh bank tersebut. Ia digelar Marmell Inc. Syarikat Liberian ini kemudian memberi pinjaman kepada syarikat yang terletak di kepulauan Channel digelak Trans Pasific Trust. Dari situ, dana tersebut dipinjamkan kepada syariakt Liberian-incorperated digelar Darton ltd. Darton dan Dragon yang berpusat di Hong Kong menggunakan USD 85 juta tersebut utk membeli asset Carrian di US. Darton dimiliki oleh Yap Lim Sen yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri di Malaysia. Darton akhirnya dimiliki dan dikuasai oleh BBMB dan Yap sebagai kawan Nawawi bersetuju utk memegang harta tersebut dalam bentuk amanah sebagai satu “khidmat Negara”. (AWSJ)

Bersambung Part 5

Pada 1986, satu suruhanjaya penyiasatan telah dilantik oleh kerajaan Malaysia yang membuat kesimpulan bahawa tindakan kompleks BBMB adalah “ Tidak professional, tidak beretika dan boleh membawa kepada tuduhan penipuan” kepada pemegang saham Carrian dan penghutang yang lain. Suruhanjaya memberikan cadangan bahawa bukti dan dokumen yang berkaitan dengan pembelian harta tersebut diberikan kepada polis Malaysia untuk tindakan lanjutan. Tetapi tidak ada tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam perkara ini.

Pada tahun 1991, pemegang saham minority di dalam kumpulan Carrian yang berpusat di Bahamas, Capri Trading Corporation, telah mengemukakan dakwaan di Amerika Syarikat mendakwa bahawa mereka telah dinafikan keuntungan dari jualan dari hartanah tersebut. Saman tersebut mendakwa bahawa BBMB dan pegawai seniornya pada masa itu telah bertindak “dalam konspirasi… secara tidak jujurnya menutup penipuan” hartanah daripada pemegang saham minority dan pemiutang.
Mereka mendakwa bahawa pihak pengurusan telah terlibat dengan cara membayar kurang dari 1/3 daripada harga pasaran, menidakkan hak pemegang saham minority dan “menurunkan” nilai pegangan Capri dalam Carrian. Setelah beberapa kali didengar di mahkamah selama 14 bulan, Mahkamah Persekutuan US telah menolak saman tersebut di atas faktor teknikal dan menyatakan bahawa hanya mahkamah Hong Kong yang layak mendengar saman tersebut.

Berita mengenai saman di California ini mula disiarkan pada tahun 1992 oleh BERNAMA menyebabkan saham pasaran saham di Singapura dan Malaysia menjunam teruk. Pemegang saham tidak selesa dengan kemungkinan BBMB mungkin akan terpaksa membayar sehingga USD 3 billion sebagai pampasan. Kerajaan terus membuat satu news blackout mengeai berita tersebut dan BERNAMA di arahkan untuk memadamkan berita tersebut daripada sistem berita dan penyunting tidak dibenarkan menyiarkan berita tersebut. Walaupun saman tersebut hanyalah pengulangan kepada tuduhan suruhanjaya siasatan 5 tahun sebelumnya, ia adalah satu peringatan kepada kemarahan orang Melayu dan kesalahan pentadbiran Mahathir.

Kesilapan praktikal mengenai pelan rahsia penyelamat Nawawi pada tahun 1982, yang mana Mahathir mengharap dapat menyelesaikan masalah ini, ialah ia masih meletakkan eksekutif BMF yang bertanggungjawab kepada masalah tersebut. Pengarah Lorrain Esme Osman dan Mohamed Hashim Shamsudin di Kuala Lumpur dan Pengurus Besar Ibrahim Jaafar di Hongkong telah, sekurang-kurangnya, bersalah dalam pemberian hutang secara cuai yang tidak disangka. Seperti yang diketahui, penyiasatan wartawan menunjukkan bahawa dua daripada mereka mempunyai hubungan perniagaan dengan peminjam adalah benar dan juga hanyalah sedikit dari pada masalah yang lebih besar.

Nawawi telah mengambil langkah dengan mewujudkan komiti pemantau khas untuk meninjau dan memantau ap ayang berlaku di Hong Kong apabila beliau mengambil alih BBMB pada tahun 1982. Tetapi Lorrain, Hashim, Ibrahim dan pengarah Rais Saniman telah berjaya mengelakkan komiti ini dan terus memberi pinjam kepada George Tan dan Carrian. Contohnya, untuk mengelak daripada dikesan, mereka telah mengatur untuk bank milik China, Bank of Communication (Nominee) Company Ltd. Untuk membuat pinjaman USD 40 juta bagi pihak BMF.

Segala penipuan ini terungkai beberapa hari selepas komen media Mahathir apabila eksekutif BMF, Jalil Ibrahim di bunuh di Hongkong. BBMB telah secara rahsianya menghantar Jalil, seorang juruaudit dalaman, khas untuk menyiasat buku BMF secara rahsia sementara memegang jawatan Pengurus Besar. Beliau telah dibunuh sewaktu diumpan ke hotel Regent dan kemudian dijumpai mati tercekik disebuah ladang pisang di New Territories, Hong Kong. Mak Foon Than, 32, ahli perniagaan yang tidak terkenal di Malaysia, kemudiannya ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan membunuh. Pada perbicaraan, pihak pendakwaan mengaitkan jenayah tersebut kepada jenayah untuk cuba menyelamatkan (bail-out) Carrian.

Apabila detektif jenayah Hong Kong bekerjasama dengan Polis jenayah penipuan bagi menyiasat perkara ini mereka telah menyerbu pejabat Carrian dengan syak bahawa seseorang telah membawa lari asset dari kumpulan Carrian. Polis juga menemui bahawa Carrian dan George Tan telah berhutang dengan BMF lebih dari apa yang telah dideklerasikan oleh kedua-dua belah pihak menyebabkan usaha selama 10 bulan untuk menyelemakatn syarikat tersebut hancur. Tan dan pembantu utamanya di tahan dan dituduh memberikan kenyataan palsu dan tidak tepat sewaktu menjadi pengarah syarikat.

Kali ini Mahathir yang memberikan kenyataan kepada media adalah Mahathir yang lain berbanding dengan 3 bulan sebelumnya. Kali ini, Mahathir menggelar pinjaman tersebut sebagai “jenayah yang keji” dan “pencabulan kepada kepercayaan”. Dia mengenal pasti 5 pegawai yang bertanggungjawab kepada perkara tersebut dan mengatakan bahawa mereka telah mendapat wang konsultasi dari BMF dan walaupun ia secara “moralnya salah” tetapi ia tidak salah dari undang-undang dan meminta kesemua mereka untuk berhenti.
Tetapi beliau tidak menyebut mengenai laporan transaksi kewangan di antara eksekutif BMF dan peminjamnya yang telah dilaporkan oleh media. Lorrain, Hashim dan Rais dan akhirnya Ibrahim berhenti dari jawatan masing-masing. Apa yang mengejutkan ialah bukannya mereka dipaksa keluar, tetapi kenapa mereka masih dikekalkan sebegitu lama sebagai satu strategi BBMB menggunakan mereka yang bertanggungjawab memberi pinjam untuk mendapatkan balik pinjaman.

Dalam masa kerajaan cuba untuk mengelakkan seruan untuk mendedahkan akauan penuh apa yang berlaku di Hong Kong, BMF menyaman George Tan kerana gagal untuk membayar 7 pinjaman dimana dia bertindak sebagai penjamin. Industri bank memandang usaha tersebut sebagai satu satu usaha yang mengecewakan dan merendah-rendahkan usaha BBMB bagi mendapatkan pinjaman tersebut kembali.

Tiga ahli komiti yang telah dilantik oleh Mahathir pada awal 1984 yang diketuai oleh ketua audit Negara, Ahmad Noordin Zakaria, seorang bekas pegawai kerajaan yang verteran dan dikenali kerana ketelitian dalam melakukan sesuatu audit dalam agensi kerajaan. Dia disertai oleh seorang peguam dan akuantan. Mahathir menyatakan bahawa mereka akan mempunyai mandate yang luas untuk melakukan siasatn dalam semua aspek pinjaman BMF termasuk apa sahaja kemungkinan salah laku dan kesalahan tersebut akan dibentangkan kepada parlimen Malaysia. Tetapi keputusan Mahathir utk komiti tersebut bertugas dalam kerangka BBMB memberikan gambaran seolah-olah ini tidak lebih kepada siasatnan dalaman dan bukannya satu siasatan bebas. Ia tidak mempunyai kuasa undang-undang seperti suruhanjaya diraja bagi mendapatkan bukti-bukti, memanggil saksi atau pun mempunyai kuasa menghukum menghina mahkamah sekiranya mereka yang dipanggil tidak datang. Mahathir Nampak bahawa tidak ada masalah untuk mendapatkan kerjasama bekas pegawai bank dan orang lain.

Setelah hampir 2 tahun komiti terbabit cuba untuk menyusun akaun dan dokumen yang bercampur baur, kerajaan pun masih lagi enggan untuk mendedahkan laporan secara terperinci. Noordin mendakwa bahawa dia mendapat kerjasama lebih baik dari pihak berkuasa Hongkong berbanding dengan Malaysia sendiri.
Setelah komiti terbabit memberikan laporan interim memberikan perincian kepada perkara yang meragukan mengenai pegawai-pegawai dalam BMF, BBMB mengemukakan laporan polis dan polis dengan segera melakukan siasatan. Pada masa ini, kesemua yang disyaki telah menetap di luar Negara. Menurut peguam Negara, keputusan untuk menjalankan siasatan adalah tidak bergantung kepada penemuan komiti tetapi kepada pihak polis yang mengindikasiakn bahawa siasatan akan dimulakan dari bawah dan menafikan kajian dan bukti yang telah dikumpul oleh pihak komiti.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:16 AM | Show all posts
Final - Bersambung Part 6:

Dalam satu tindakan yang sudah dijangka, Mahathir dikatakan telah “menemui” musuh dari seberang yang berkonspirasi untuk memburukkan nama Malaysia, satu tindakan yang biasa dilakukan oleh Mahathir bagi mendapat simpati dan juga mengelak dari permasalahan dalaman. Dia berkata bahawa polis Hong Kong secara tidak amanah telah memberikan dokumen BMG yang didapati pada masa penyiasatan pembunuhan Jalil Ibrahim kepada suruhanjaya Koloni dan dia menyatakan bahawa Hong Kong dan British cuba untuk memalukan Malaysia. Tetapi Tun Hussein Onn tidak termakan dakyah Mahathir ini. Begitu juga media, beberapa ahli UMNO, pembangkang dan cendiakawan Malaysia.

Laporan terakhir komiti terbabit, yang terdiri dari 2 jilid dan mengandungi 1075 muka surat akhirnya diterbitkan pada tahun 1986 tetapi bukan melalui pertukaran maklumat dengan kerajaan Malaysia. Komiti tersebut telah memberi tekanan politik kepada media dengan mengadakan persidangan media dan memanggil pentadbiran Mahathir untuk menunaikan janjinya bagi mengumumkan siasatan tersebut. WAlaupun komiti menolak untuk membincangkan konklusi mereka, tetapi mereka telah mengejutkan orang awam dengan menyatakan bahawa kerajaan Malaysia boleh menjimatkan USD 150 juta sekiranya mereka bertindak dengan cara segera apabila kumpulan Carrian mengistiharkan krisis kecairannya pada oktober 1982.

Mahathir menuduh komiti tersebut bertindak “diluar kuasanya” di dalam meminta penerbitan tersebut di umumkan. Menyentuh soal perundangan, Mahathir berkata kepada Noordin “kamu tidak kisah apa yang berlaku kepada orang lain asalkan kamu puas hati”.(AWSJ 1986). Ramai memuji usaha 3 komiti ini dan menulis di dalam akhabr the Star milik MCA.

Mereka yang terlibat dalam skandal BMF tidak seorang pun di bawa ke Mahkamah Malaysia meyakinkan lagi rakyat Malaysia bahawa terdapat tangan “ghaib” politik terlibat di dalamnya yang tidak diketahui. Kerjaan Hongkong yang memohon ektradisi Rais dari France, Lorrain dan Hashim dari Britian untuk membicarkan mereka dan akhirnya didpati bersalah. Mereka telah dipenjarakan dalam jangka masa yang tidak lama termasuk George Tan dan beberapa yang lain.

Keputusan pada 1983 BBMB dan diumumkan pada 1984 menyatakan bahawa Bank tersebut telah kerugian RM 973.6 juta pada tahun tersebut dan terbesar di dalam sejarah perbankan Malaysia. Ia merupakan kerugian BBMB yang pertama sejak mula berpoperasi 19 tahun sebelumnya. Hutang yang dipadam sebanyak RM1billion dari pinjaman Hong Kong melebihi seluruh untung selepas cukai bank tersebut sejak mula ia beroperasi.

Keputusan untuk memindahkan hamoir kesemua portfolio pinjaman BMF HK ke BBMB KL pada hari terakhir pada tahun 1983 terbukti menjadi satu kontroversi memandangkan ia mengaburi cubaan memberi pinjam melalui anak syarikat pada 1983 kepada Carrian dan memudahkan tugas write-off menyebabkan menjadi sukar untuk mengaitkan apa-apa hubungan pinjaman yang berlaku di Hong Kong. Dalam masa yang sama, tindakan ini menyebabkan peningkatan hutang lapuk BBMB melebihi modal berbayar BBMB dua kali ganda.

Untuk mengelakkan masalah kewangan dan tamparan hebat kepada kerajaan, kerajaan memilih Petronas untuk melakukan bail-out. Petronas membeli bank tersebut dari PNB pada harga RM 2.49 Billion dengan memasukkan modal baru dan mengambilalih RM 1.26 billion masalah pinjaman Hong Kong daripada bank tersebut.

Petronas akhirnya memiliki 90% saham dengan bakinya ditangan Jabatan Kementarian Kewangan. Penganalisa meramalkan bahawa Malaysia akan kerugian RM2.26 billion dalam hutang lapuk ditambah jutaan dollar dalam dana awam apa cubaan kerajaan menyelamatkan bank tersebut dilakukan. Daripada membebankan lagi bendahara Negara, kerajaan Malaysia di bawah Mahathir memilih untuk membayar kerugian tersebut dengan untung terkumpul dan untung masa depan dari industry gas dan minyak.

Pembelian BBMB oleh Petronas sebenarnya melanggar undang-undang. Akta Pembangunan Petroleum menghalang syarikat Petronas tersebut terlibat dalam pemilikan bank. Mahathir walaupun mengetahui perkara tersebut, masih cuba mempertahankan tindakan dan logiknya dan berkata: “Petronas mempunyai dana yang lebih dan satu-satunya syarikat yang boleh menyerap perkara ini”. Tetapi apabila seorang peguam yang mewakili DAP mengemukakan saman di mahkamah tinggi Kuala Lumpur menentang transaksi ini, kerajaan meluluskan satu undang-undang secara restropektif yang membenarkan Petronas terlibat dalam perkara selain yang melibatkan minyak. Walaupun kerajaan Mahathir berjaya melakukan aktviti belakang pintu ini, mahkamah tinggi mengenakan harga kepada kerajaan kerana tidak menghormati Rule of law dan kerajaan Malaysia dikehendaki membayar kos peguam.

Dalam nada tidak bersalah, sewaktu perhimpunan Agung UMNO 1986, Mahathir memainkan sentiment bahawa beliau adalah “mangsa” mewakili bumiputera dan terus memainkan isu perkauman. Dalam nada yang serupa bila skandal timah berlaku, dia berkata: “ Kenapa perlu kecoh mengenai BBMB? Kerana ia satu skandal ataupun kerana ia adalah bumiputera?” Kejatuhan Industri Pan electric Singapura Ltd, menurutnya, menyebabkan kerugian RM16 billion dalam pasaran bursa saham, tetapi ia tidak membangkitkan reaksi yang sama oleh orang lain. “Kenapa ia tidak dibangkitkan oleh orang yang suka menuduh ini dari kalangan parti pembangkang? Adakah kerana ia tidak dilakukan oleh Bumiputera?” (ASWK 1986) Perbandingan ini tidak tepat kerana tidak ada dana awam digunakan dalam kes Pan Electric singapura dan orang yang bertanggungjawab iaitu Tan Koon Swan dari MCA telah didapati bersalah dan dipenjarakan.

Hussein Onn, bekas perdana menteri yang mana integritinya tidak boleh dipertikaikan, mengambil pendekatan menentang Mahathir mengenai BBMB dengan menyatakan “ia akan berlaku lagi sekiranya kita tidak mengambil pengajaran darinya”. Sebagai penasihat kepada Petronas dengan kemampuan meneliti akaun BBMB Hussein berkata pada awal 1985 bahawa pinjaman yang kabur dan boleh dipersoalkan boleh menyamai apa yang berlaku di Hong Kong.

Amaran beliau tidak diendahkan. 5 tahun kemudian pada oktober 1989, Petronas sekali lagi terpaksa menyelamatkan BBMB. Bank tersebut mengistiharkan kerugian RM 1.06 billion pada tarikh berakhiur Mac 1989 selepas membuat keperluan RM 1.23 billion dalam pembayaran bunga daripada pinjaman yang direkodkan sebagai pendapatan tetapi tidak pernah diterima oleh bank. Sekali lagi dana pemegang saham (shareholder’s fund) terhakis –RM 949 kali ini. Petronas sekali lagi mengepam dana sebanyak RM 982.4 juta memberikan Petronas memegang hampir 100% pegangan dalam BBMB. Pengstrukturan semula ini termasuk tambahan RM 450 juta dalam bayaran sebelum itu tetapi ia tidak pernah dimasukkan dalam modal berbayar bank tersebut, tambahan kepada RM 1.23 billion yang telah diberikan sebelum ini.

Kali ini BBMB menyalahkan pinjaman yang terlalu banyak terhadap pasaran dan pembagunan hartanah di Malaysia dan bukan Hong Kong. Mohamad Basir yang sebelum ini meyakinkan orang ramai bahawa pinjaman BBMB tidak ada bezanya dengan bank tempatan lain dan meletak tepi pandangan Hussein Onn, sekarang ini mengakui bahawa bank tersebut terjerat dengan harga pasaran hartanah yang menjunam pada sekitar 1984 – 85. Sebagaimana katanya “Kami meminjamkan pinjaman disemua tempat.”

Pada masa ini, Basir menggunakan OSA untuk menolak mengenalpasti identity peminjam-peminjam ini, rekod dari kes mahkamah mendedahkan bahawa betapa mereka semua berkaitan secara politik nya mereka sehinggakan mereka menggunakan bank tersebut seolah-olah ia bank mereka sendiri.

Menurut rekod, peminjam terbesar bank tersebut ialah UMNO yang telah meminjam RM 200 juta daripada BBMB semenjam September 1983 untuk membina pusat konvensyen (PWTC) di Kuala Lumpur untuk menempatkan ibupejabat parti mereka. Untuk projek yang besar, UMNO juga telah meminjam RM50 juta dari Maybank dan RM13 juta dari United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan RM 13 juta dari Perwira Habib Bank Malaysia. (satu kajian sulit menunjukkan bahawa UMNO meminjam RM 64.9 juta dari maybank dan RM199.5 juta dari BBMB untuk projek PWTC. “khidmat Bersatu Sdn Bhd : Laporan Akauntan dari 1 jun 1981 – 31 Mac 1986” Hanafiah Raslan & Mohammad Kuala Lumpur)

Sejak bertahun UMNO gagal untuk membayar sebarang pinjaman ataupun bunga dimana pada julai 1988 telah mencapai RM 300 juta dihutang dengan BBMB sahaja. Butiran tersebut terdapat dalam saman yang dikemukakan untuk mengharamkan UMNO dimahkamah tinggi pada tahun 1989 dan BBMB boleh mengemukakan petisyen untuk menyita PWTC. BBMB hanya mengemukakan saman selepas UMNO didapati haram pada 1988 dan selepas asset mereka diserahnkan kepada Official Assignees. Selepas “perbincangan” dengan BBMB, UMNO bersetuju membayar principal pinjaman tetapi bukan bunganya yang dianggarkan berjumlah RM 129 juta pada penghujung 1989.

Petronas dan BBMB akhirnya berpisah pada penghujung 1990. Jualan kepada kerajaan ini tidak diketahui sehinggalah ia ditanya oleh wartawan asing. Menurut syarikat minyak ini mereka hendak menumpukan perniagaan mereka kepada minyak dan yang berkaitan dengannya. Harganya juga tidak diumumkan tetapi dinilaikan pada RM 1.15 Billion. Memandangkan Petronas tidak perlu mengemukakan akauan mereka secara umum, agak sukar henadk membuat taksiran.

Walaupun Petronas sudah tidak terlibat, BBMB masih gagal untuk mencapai kejayaan. Ia tetap gagal sebanyak 2 kali dalam tempoh 8 tahun. Setiap kali kerajaan terpaksa memasukkan duit untuk membolehkan ia terus kekal dalam pasaran. Pengerusi Eksekutif terbarunya Khalid Sahan menyatakan BBMB bersedia untuk disenaraikan dibursa saham tetapi dengan sikap ia masih lagi menjawab kepada hanya satu pemegang saham perbaddanan kementerian kewangan dan bukan ditangan pengurus professional, ia masih lagi dibelenggu dengan mentality pegawai kerajaan dan ketagih dengan sikap buruknya.

Krisis eknomomi 1997 menyaksikan bahawa tembelang BBMB yang menyatakan ia telah stabil itu pecah. Menruut Bank Negara, pada Mac 1998 ia telah menguji portfolio BBMB dan dalam worst-case scenario bank tersebut memerlukan RM750 juta untuk dapat meneruskan kecukupan modal. Enam bulan kemudian, bank tersebut mengumumkan kerugian RM 1.4 billion bagi tahun berakhir 31 mac 1998 dan kerajaan telah mengepam RM1.1 Billion – iaitu RM350 juta lebih dari apa yang boleh dibayangkan.

Selepas itu, enam bukan kemudian apa yang boleh disifatkan sebagai usaha kali keempat untuk “bail-out” BBMB dalam masa 15 tahun, ia telah digabungkan dengan Commerce Asset-Holding Bhd, bank keenam terbesar di Malaysia. Mereka membentuk Bank of Bumiputera Commerce entity baru yang mempunyai RM 65 billion asset yang disenaraikan dan akan dihukum oleh pasaran sekiranya ia tidak ditadbir dengan baik. Pada harga RM1.58 billion, Commerce asset mendapat tawaran yang murah dan hebat: BMBM dengan perbankan komersial tanpa hutang. Kerajaan setuju dengan penjualan ini, mengambil alih hutang bernilai RM7 billion pada kadar muka. Agensi kerajaan di wujudkan bagi mengambil alih hutang lapuk dan hutang lama dan membersihkan sistem bank yang telah dirosakkan oleh krisis. Bagi kebanyakan kita rakyat Malaysia, kita dapat lihat hilangnya satu raksasa perbankan yang pada msasa dahulunya terdiri dari salah sebuah bank terbesar di Negara Asean yang telah menelan lebih RM10 billion dalam masa sedekad setengah.

TJ:
Sekarang kita faham kenapa amat penting kita menyedari bahawa UMNO tidak boleh kalah dalam pilihanraya akan datang. Ia tidak boleh kalah bukan kerana perjuangan, tetapi kerana mereka tahu sekiranya mereka kalah PWTC akan dilelong dan orang-orang seperti Mahathir, Daim, dan konco-konco mereka termasuk najib dan adiknya akan dibawa ke muka pengadilan untuk penipuan, penyalhgunaan kuasa dan juga berkemungkinan konspirasi jenayah-jenayah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:16 AM | Show all posts
daim ada terlibat kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:22 AM | Show all posts

... so .. apa yang current issue nya?

kes ni dikaji semula ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 08:22 AM | Show all posts
Tahun 80an.. 2.5bill...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:33 AM | Show all posts
Najib lg hebat 500billion dia dah guna....

Ada rakyat Msia kisah....

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:49 AM | Show all posts
Kesian wife dia dgn anak2 masih kecil, kalau silap yg kecik baru few month old. Tapi anak2 dia semua berjaya kan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:51 AM | Show all posts
ini cerita lama ...zaman Tun. M...apa kena mengena dgn Najib atau agenda transformasi najib....apa motif nak ungkit lagi...??????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.099189 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list