CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19101|Reply: 46

Khazanah negara yang perlu di bawa pulang?

[Copy link]
Post time 8-9-2006 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 21-12-2009 17:23

Usaha bawa pulang bahan sejarah negara mesti diteruskan


USAHA membawa pulang jasad Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim dari Singapura untuk disemadikan di Kompleks Muzium Matang dan jasad bapa mentuanya, Laksamana Mohamad Amin Alang Duakap di Makam Diraja Perak di Bukit Chandan adalah bukti kesungguhan kerajaan mengembalikan khazanah kita di luar negara. Hasrat memindahkan jasad mereka sejak Ogos 2004, direalisasikan Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dengan kerjasama kerajaan Perak selepas mendapati jasa dan pengorbanan kedua-dua pahlawan itu semakin dilupakan.

Namun, usaha itu hanya pada peringkat permulaan kerana kita percaya banyak lagi khazanah negara tersimpan di seluruh dunia sama ada dalam bentuk artifak, dokumen mahupun manuskrip. Kita harus mencari khazanah kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang hilang dengan mewujudkan jaringan strategi di antara kerajaan, institusi dan individu untuk mempermudahkan urusan membawa pulang khazanah kita. Justeru, kerajaan menerusi Arkib Negara Malaysia boleh menggerakkan usaha mendapatkan pelbagai khazanah bersejarah yang kini dalam simpanan muzium dan universiti di luar negara. Usaha melakukan tuntutan warisan itu boleh dimulakan pada peringkat diplomatik atau berlandaskan hubungan dua hala di antara kerajaan.

Antara dokumen penting ialah beberapa surat Raja-Raja Melayu yang kini disimpan di Muzium Britain manakala manuskrip karangan Hamzah Fansuri dan Hikayat Munsyi Abdullah di Muzium Leiden dan Universiti Leiden di Belanda. Selain itu, beberapa ukiran pada papan yang dipercayai berasal dari Kelantan dan Terengganu turut disimpan di Muzium Britain. Perpustakaan British di London pula dipercayai menyimpan kira-kira 100 manuskrip Melayu lama dengan 80 daripadanya diambil dari Indonesia ketika Belanda menguasai negara itu, manakala bakinya dari Tanah Melayu.

Sebahagian besar koleksi manuskrip Melayu lama adalah karya sastera dari abad ke-19 tetapi ada juga sejumlah kecil yang dihasilkan pada akhir abad ke-18. Karya sejarah Melayu tertua yang masih di dalam simpanan Perpustakaan British ialah Hikayat Raja Pasai manakala koleksi lain yang disimpan di perpustakaan itu termasuk Hikayat Hang Tuah, Syair Sultan Ahmad Tajuddin, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Nabi Yusof, Tajul Salatin, Syair Silambari dan Surat Kiriman Kepada Perempuan. Usaha harus didahului dengan mendapatkan senarai penuh artifak dan dokumen bersejarah Malaysia yang disimpan di luar negara. Jabatan Muzium dan Antikuiti boleh menyediakan senarai lengkap itu termasuk mencari khazanah milik negara yang tidak diketahui tersimpan di ceruk dunia.

Kita akui prosedur perundangan adalah kekangan yang agak rumit serta memakan masa dan belanja kerana Malaysia perlu mengemukakan bukti dalam mengesahkan artifak atau manuskrip itu adalah haknya. Sambil mengakui kemungkinan 憄engeksportan' itu berlaku pada zaman peralihan penjajah meninggalkan negara ini, usaha itu juga mempunyai implikasi besar dari segi kewangan. Mungkin ada pihak berpendapat bahan bersejarah seperti itu wajar dikekalkan di tempat asalnya sebagai satu cara memperkenalkan Malaysia kepada dunia, terutama berkaitan peninggalan sejarah. Namun, jika khazanah itu benar-benar milik Malaysia, kita berhak menyimpannya di negara ini walaupun terpaksa berbelanja besar untuk mendapatkannya.



mungkin boleh listkan buat pengetahuan semua, pada yagn tahu. TQ

[ Last edited by  Syd at 18-1-2008 10:12 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 05:49 PM | Show all posts
ni pada aku la eh, layman talk la, aku bukan terror tapi aku dengar orang cakap la..

khazanah kat laut dalam perairan malaysia ni masih banyak tau belum jumpa aku rasa...
so korang gi la nengok2 kat laut territory korang, mana kapal2 yang karam dulu tu semua..
kalo bleh, orang2 gi diving ke apa ke, orang2 yang cakap dorang diving for sports tu ke apa ke, cek la betul2...

bukan apa, orang luar datang malaysia cakap nak diving suka2, nak nengok keindahan malaysia..
padahal dorang diving bawak keluar barang dari dasar laut...


ni aku dengar orang2 cakap kat kedai kopi je, borak2.
tapi aku rasa ada betul nye...
kapal2 zaman dulu banyak tenggelam apa...mesti banyak harta dan benda2 penting

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 03:12 PM | Show all posts
bunga emas yang kerajaan kedah bagi kat siam dulu sekarang ni ada kat muzeum bangkok,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 05:52 PM | Show all posts
aku tak kisah sgt harta karun terpendam itu semua sebab harta boleh dicari...

tapi kalau ada catitan sejarah,,tulisan khat atau lembaran tulisan dan karangan orang orang terdahulu pasal tawarikh tanah melayu ni..amatlah bernilai sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 06:52 PM | Show all posts

salam,

Buku 'Hikayat Abdullah' oleh Musyi Abdullah yg original... terdpt di Holland Museum.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2006 09:14 AM | Show all posts
koleksi dari  Stanford Riffles mana pegi haa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2006 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by jerai at 9-9-2006 03:12 PM
bunga emas yang kerajaan kedah bagi kat siam dulu sekarang ni ada kat muzeum bangkok,



yer la dah bagi takkan kerajaan kedah nak mintak balik. buruk siku namanya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 04:33 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

yang ni ada kat british museum london (aku tengok sendiri):

(i) Al Quran dari zaman kesultanan melaka;
(ii) buku salasilah kesultanan melaka dan melayu riau (di dalam tulisan jawi);
(iii) sebuah buku yang didakwa ditulis oleh munshi abdullah;
(iv) buku sejarah bertulisan jawi dari terengganu dan kelantan.

selain dari tu, kat bodlein library, ada byk juga manuskrip yang bersala dr tanah melayu dlm simpanan dia org. semua yg original. salah satu yang paling menyentuh perasaan aku masa aku tgk ialah gambat Tok Janggut yang digantung kepala kebawah. inscription bwh gambar tu tak salah aku berbunyi "A picture of a rebellion shot dead in Kelantan, Malaya". kalau my memory doesnt failed  me lar... pasal aku tgk tu tahun 1998.

thank you.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2006 12:11 AM | Show all posts
fussy,
gambar tu ada dlm topik Tok Janggut
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 12:29 PM | Show all posts
dah jd kenangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 01:41 PM | Show all posts
paste sekali, posting Tok Penghulu IG, Ku Mac

Comment aku.... kalau benda or artifacts sejarah tu dah berada dalam museum or library mereka tak kira lah kat London ke Amsterdam ke... memang susah nak ambil semula. Egypt nak minta balik Rosetta Stone pun British tak bagi. Ini kan pula barang barang dari Tanah Melayu yang ada pada mereka.

Aku bagi contoh British Museum. Ni aku ambil satu daripada post aku dalam thread 'I Walked All Over London' kat board Travel. Tu sebab banyak controversy dengan British Museum ni. Banyak artifacts dari negara luar simpan kat British Museum. Macam last 2 years rasanya bising pasal Egypt minta British Museum pulang kan semula Rosetta Stone. Kalau you all ingat pasal Rosetta Stone ni, sejarah nya lah masa dulu French bawah Napolean kan masuk Egypt and lepas tu French jumpa Rosetta Stone ni and bawa ke France. Masa tu dengarnya nak buat investigation pasal Rosetta Stone ni lah. Dah sampai ke France and lepas tu masa Battle of Abukir, British kalah kan kan French. And masa French kalah tu, British kira dah kuasai France and dia ambilnya Rosetta Stone ni bawa ke Britain. Semua ni dalam tahun 1800 lah. So, dari zaman tu sampai lah sekarang Rosetta Stone ni berada di British Museum. Nak cakap pasal hak siapa tu tak tau lah nak kata. Memang asal nya Rosetta Stone ni kat Egypt. Tu yang controversy dengan British Museum ni bila negara negara tempat asal jumpa artifacts tu minta pulang kan semua benda tu ke negara asal. Tapi Britain mana nak pulangkan. Aku reckons sewa audio tour masa dalam museum ni. At least faham sikit pasal apa yang kita tengok tu. Kalau just masuk tengok tengok memang susah sikit lah nak appreciate artifacts tu semua. Tak pun boleh beli buku dia dalam museum tu.

Balik pada cerita Rosetta Stone tadi, dia ada dalam Egyptian Hall. Aku tak boleh nak snap picture Rosetta Stone tu sebab orang penuh kat sana. If nampak dalam picture bawah ni (ni Egyptian Hall), yang tengah tengah ada cermin kaca and ramai orang tu... yang tu lah tempat Rosetta Stone ni.



Dalam South East Asia Gallery. Kita tengok apa artifacts dari Malaysia yang ada disimpan kat British Museum.

Kalau baca apa dia tulis kat bawah benda ni, yang putih tu Ringstone from Ulu Lipis, Pahang. About 2 to 3 before century. Given by Cecil Wray, 1935. Yang sebelah dia pulak 2 bar celts about 2 to 3 before century. Given by Mrs. C King Bull, 1950. Tak salah aku Cecil Wray ni pernah jadi British Resident kat Pahang. Mungkin dia lah yang bawa ringstone tu balik ke Britain. Mrs. C King Bull tu aku tak tau siapa. Tak pernah dengar nama dia pun.



Ni pulak iron socketed axe. Dia tulis atas tu Said to have been found in a river bed in Perak. This tulang mawas (ape's rib) axe closely resembles a similar example found with the Klang Bell (see photograph). This is the characteristic tool of the Malaysian iron age. Tak ada pulak dia tulis siapa yang bagi pada British Museum.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 12:20 PM | Show all posts
Fill up 慼oles
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 07:43 PM | Show all posts
buku buku sejarah kesultanan melayu  yg original memang ada kat britain..aku pun tak tahu kenapa kita tak tuntut semula...mungkin sebab masa bahan sejarah tu dutilis/cipta kimasuh dibawah jajahan british..so itu semua kira hak diorang la...diorang pun kena ada bukti yg diorang pernah jajah sesuatu negara...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by Fussyshit* at 26-9-2006 04:33 PM

salah satu yang paling menyentuh perasaan aku masa aku tgk ialah gambat Tok Janggut yang digantung kepala kebawah. inscription bwh gambar tu tak salah aku berbunyi "A picture of a rebellion shot dead in Kelantan, Malaya". kalau my memory doesnt failed  me lar... pasal aku tgk tu tahun 1998.



:setuju:

Yang ni dalam buku sejarah lama pun dia describe Allahyarham Tok Janggut tu pemberontak @ pengganas.
Celaka bin bedebah betui omputeh & dakyahnya.

Depa semua buat jenayah fakta. Pemalsuan yg sebenar2 palsu.

UBAH MINDSET KITA. Jgn sampai terjajah minda kita.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 12:00 AM | Show all posts
BUKU SEBENAR SEJARAH KELANTAN (BERKULIT BIRU) YANG DITULIS MENGGUNAKAN TULISAN JAWI LAMA DIKATAKAN ADA TUJUH NASKAH. BUKU INI DIPERCAYAI DITULIS OLEH PENULIS DIRAJA PADA ZAMAN PEMERINTAHAN BAGINDA LONG GAFFAR BAGI MENCERITAKAN TENTANG SALASILAH KETURUNAN RAJA-RAJA YANG BERASAL DARI PAGAR RUYUNG DAN KEBESARAN KERAJAAN BAGINDA. BERIKUT ADALAH MAKLUMAT TERAKHIR TENTANG BUKU-BUKU BERKENAAN:
1. SALAH SATU DARIPADANYA DIBELI DI KEMAMAN OLEH HAJI YAAKOB DAN DIJUAL PULA KEPADA SAUDARANYA IAITU HAJI ABDUL RAZAK ANTIK. BELIAU KEMUDIANNYA MENJUAL KEPADA MUZIUM NEGARA, TETAPI SEBAHAGIAN DARIPADA MUKA SURAT IAITU MUKA SURAT 1 ? 20 YANG MENCERITA KISAH SEBENAR SEJARAH KELANTAN TELAH DIKOYAKKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU.
2. NASKAH BERIKUTNYA DIMILIKI OLEH TENGKU ISMARA YANG KEMUDIANNYA DISERAHKAN KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
3. NASKAH KETIGA DIMILIKI OLEH HAJI ZAHARI ANTIK YANG KEMUDIANNYA MENJUALKANNYA DENGAN HARGA RM700 KEPADA DUA ORANG PENSYARAH UNIVERSITI YANG BERBANGSA INGGERIS DAN INDIA PADA TAHUN 1974.
4. MANAKALA NASKAH YANG SELEBIHNYA DIPERCAYAI MASIH ADA DI DALAM SIMPANAN PIHAK-PIHAK TERTENTU, DI ANTARANYA IALAH TENGKU ABDULLAH TENGKU SERIWA RAJA DAN PIHAK ISTANA KELANTAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 04:13 PM | Show all posts
Muzium kurang dana, gagal peroleh artifak bermutu
12-07-2007 03:09:29 PM  

KUALA LUMPUR:  Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hari ini menyangkal dakwaan seorang senator yang menyifatkan Muzium Negara sebagai sebuah muzium kelas ketiga kerana lebih mempamerkan "gambar-gambar fotostat" daripada artifak dan dokumen asli.

Timbalan Menteri Datuk Wong Kam Hoong berkata antara sebab Muzium Negara tidak memperolehi banyak tinggalan sejarah negara untuk dipamerkan adalah kerana banyak artifak negara dibawa ke luar ketika negara dijajah, di samping kos yang amat tinggi untuk membelinya semula.

"Selepas runtuhan Kesultanan Melaka, kita dijajah selama 500 tahun, banyak artifak dan tinggalan sejarah telah dibawa ke luar negara.

"Jadi kerana artifak-artifak ini bukanlah diseludup keluar atau dicuri, kita ada cuba membelinya daripada pemilik-pemilik asing di negara luar tetapi kosnya amat tinggi," katanya menjawab dakwaan Senator Dr Mohd Puad Zarkashi pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Wong memberi contoh surat-surat yang ditulis oleh Sir Stamford Raffles, seorang gabenor British yang berpengetahuan tinggi tentang sejarah dan adat resam Melayu.

"Beliau menulis surat-surat itu dalam tulisan jawi, tetapi harga yang disebut penjual adalah RM40 juta dan oleh sebab kewangan kita terhad, kita gagal mendapat balik surat-surat itu daripada pemunya koleksi," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Senator Datuk Norraesah Mohamad yang ingin tahu negara yang menyimpan artifak dari Malaysia yang paling kurang bersedia berunding, Wong ketika menjawab berkata tiada negara yang bersifat "menentang" dalam pemulangan artifak Malaysia.

"Kerajaan sedia maklum bahawa agar sukar untuk negaranegara yang menyimpan artifak untuk memulangkannya secara sukarela. KEKKWA menjalin hubungan rapat dengan muzium-muzium di luar negara untuk membuat replika atau "microfilm" daripada artifak atau dokumen berkaitan sejarah negara yang berada di dalam koleksi pameran mereka," katanya.

Katanya terdapat banyak dokumen sejarah Malaysia berada di Macau, Republik Rakyat China, Amerika Syarikat dan Portugal.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Senator Nordiana Shafie mengenai status usaha membawa pulang artifak sejarah dari negara asing, Wong berkata tidak semua artifak negara yang berada di luar negara boleh dituntut semula.

"Yang boleh dituntut hanyalah yang menepati garis panduan konvensyen UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsabangsa Bersatu) yang mengawal khazanah sesuatu negara ke negara yang lain, seperti yang jelas diperolehi daripada kegiatan penyeludupan atau kecurian," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2007 04:10 PM | Show all posts
kita cuba la tuntut balik.... kalo boleh dpt semula bgs la.. kalo x leh, kita nk buat cemana sbb kita dh cuba sedaya-upaya..... kewangan M'sia pun terhad... rasa mcm x berbaloi jer beli sebuah kitab lama dgn harga RM40 juta.... kalo gunakan duit tu utk kepentingan rakyat kan lebey baik....

mana2 bahan yang tak boleh dituntut semula tu, kita buat salinan semula untuk disimpan di muzium kt M'sia nih...
walaupun bukan original tapi yang penting ialah isi kandungan kitab2 dan fakta2 sesuatu bahan sejarah tu...
bahan yang original kita x dpt semula, x per la tp maklumat psl bahan tu yg penting...
drpd x dpt langsung, baik kita dptkan isi kandungan dan fakta bahan sejarah tu... itu lebey baik....


[ Last edited by  ijad_adiputera at 13-7-2007 04:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 10:49 AM | Show all posts
Mana mungkin kerajaan nak bawa balik semua buku sejarah dan catatan tentang kerajaan dan orang-orang Melayu. Kalu bawa balik saya rasa kerajaan dan Sultan-Sultan Melayu pasti susah hati dan pening kepala sebab banyak fakta sejarah yang ada dalam buku-buku sejarah dan Muzium sekarang SALAH dan MENYELEWENG...mungkin ada raja-raja Melayu yang terpaksa turun tahta...jadi biarlah Muzium London dan Public Office di London simpan semua tu...supaya senang nak KELENTONG orang-orang Melayu yang mudah lupa ini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 04:44 PM | Show all posts

Reply #18 tongkatali's post

mmhh..betul jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 07:14 PM | Show all posts

Reply #18 tongkatali's post

tp bg pihak diri aku plak, aku nk tau hal sbnrnya ttg sejarah silam bangsa aku sendiri..
apesal plak demi nk melindungi sesetgh pihak, nape kita nk biarkan sumber2 sejarah yg sgt bernilai pd bangsa Melayu tu dlm tgn bangsa lain?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075416 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list