CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 33038|Reply: 61

All about komposer, pemuzik, music director, penulis lirik etc

[Copy link]
Post time 12-9-2006 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Ahmad Nawab

Nostalgia: Jiwa seni dalam diri Ahmad Nawab tidak pernah mati
Oleh Zainuri Misfar

Belajar main saksofon, dalami muzik daripada The King of Trumpet di Kabaret BB Park

揝AYA bukan minta emas...,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2006 05:23 PM | Show all posts
(Seperti yang diceritakan sendiri oleh Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 05:24 PM | Show all posts
Sham Kamikaze

Shamril living with his music
By CHOW HOW BAN
Photos by KEVIN TAN

The contents of Shamril Mohd Salleh抯 three-room condominium in Taman Midah, Cheras, reflect its owner抯 musical background.

Guitars and other musical instruments as well as audio production equipment are the first things that will catch a visitor抯 eye once inside the unit.  

The walls are decorated with posters and photographs of people in the showbiz industry, particularly that of a local rock band called Kamikaze.  

Shamril, or better known as Sham Kamikaze, is no stranger to fans of local rock music. The respected guitarist who founded Kamikaze is not just an artiste but also a music producer who takes great pride in his work as well as his living space.


Sham playing his keyboard in sync with a film score he has written for an upcoming movie called 'Gangster'.


He takes great pains in keeping the place in order as he wants to live in an environment which allows him to work in tranquillity.

The condominium unit, which he is renting from his aunt, doubles as Sham抯 studio. It has been the place where he finds inspiration to write his songs and music compositions for the past three years.

揟he first thing I did when I moved in here was to repaint the walls of the area where I抳e set up my studio,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 05:27 PM | Show all posts
Edrie Hashim



Edrie Hashim komposer rock berjiwa romantis
Oleh: Khadijah Ibrahim


EDRIE HASHIM akan pastikan hujung minggu adalah hari untuk bersama isteri dan anak.
--------------------------------------------------------------------------------

MELIHATKAN imejnya yang berambut panjang dan bertindik di kening serta di telinga, anda mungkin akan melabelkannya sebagai mat rock atau mat metal.

Jika begitu andaian anda, anda silap. Jangan terlalu cepat memberi penilaian. Seperti kata pepatah jangan menilai seseorang berdasarkan luaran kerana apa yang dipandang dengan mata kasar tidak sama dengan yang tersirat di sudut hati.

Sejak 1998, memang begitulah imej Edrie Hashim, 33. Namun biarpun nampak rugged tapi Edrie sebenarnya berjiwa romantik dan mengutamakan keluarga. Kalau tidak percaya hayati lirik dan lagu Iris, dendangan Awie yang terdapat dalam album Santai.

Lagu Iris (maknanya mata hitam) yang berentak perlahan dan liriknya yang penuh erti adalah karya Edrie.

Kata Edrie, lagu itu ditujukan khas untuk isteri tercinta, Nurul Nadhira Patricia Robert, 32, anggota kumpulan Candy.

揗emang lagu itu saya tujukan kepada isteri saya. Idea itu datang tanpa dirancang. Saya pilih nama Iris sebab terdengar seorang jurufoto mengungkapkan perkataan itu sewaktu merakamkan gambar Awie,拻 cerita Edrie yang ditemui di rumahnya di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Selain Iris, lagu yang telah mengangkat nama Edrie sebagai komposer ialah Akan Kutunggu (Candy), Andai (Dia Fadila) dan Suralaya Dalam D'Major (Amy Search).

Sebenarnya kalau dilihat pada senarai lagu-lagu ciptaan Edrie kebanyakannya berentak balada dan rock.

Bagaimanapun, pada awal kerjayanya, Edrie lebih berminat mencipta lagu rock. Cuma kini jiwanya cenderung kepada irama balada.

Kata Edrie, jika diberi pilihan antara balada dan rock, dia selesa mencipta lagu rock. Kalau ada artis rock yang meminta khidmatnya, dia rela mengorbankan masa untuk menjadi penerbit album.

Berlainan pula kalau artis genre pop meminta lagu daripadanya. Untuk penyanyi aliran pop, Edrie lebih senang menerbitkan sebuah lagu daripada menjadi penerbit album.

揝aya suka buat apa yang saya selesa. Biarpun lagu Iris itu berentak balada tapi disebabkan Awie seorang penyanyi kategori rock saya tidak menolak bila ditawarkan menjadi penerbit. Sebelum menerbitkan sesebuah album, saya perlu meminati artis itu dulu,拻 katanya yang telah menerbitkan album untuk Ella dan Amy Search.

Edrie yang merupakan bapa kepada Darren Haikal, 2, berkata, dia mula mencipta lagu pada tahun 1995 iaitu Dewi untuk kumpulan Shaka.

Anak jati kelahiran Keramat, Kuala Lumpur itu bukan sahaja bertindak sebagai komposer malah dia juga penerbit, penulis lirik, pemuzik dan pengarah muzik.

揙rang mula kenal saya bila lagu Akan Kutunggu dendangan kumpulan Candy meletup pada tahun 1996. Sejak situ saya mula dapat tawaran mencipta lagu,拻 katanya yang pernah menyertai beberapa kumpulan muzik sebelum ini.

Edrie yang pernah dilantik menjadi Pengurus Artiste & Reportaire (A&R) syarikat rakaman BMG pada tahun 2000 - 2004 mula bermain muzik sejak dalam tingkatan lima.

Dia yang pernah belajar di Sekolah Menengah Taman Keramat bersama Zamani dan Acong Sweet mula bermain muzik secara suka-suka.

揃iasalah bila lepak bersama kawan-kawan saya suka main gitar. Waktu itu tidak pernah terfikir pun nak jadi macam sekarang. Tapi saya memang minat muzik dan sebab itu saya berusaha belajar muzik di Studio Sound Dimension, Kampung Baru.

揗ula-mula main muzik, mak saya selalu kata carilah kerja lain tapi bila lihat saya sungguh-sungguh, dia pun memberi restu,拻 kata Edrie yang meminati pemain gitar Steve Ywei.

Edrie yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, gitaris itu menjadi idolanya kerana Ywei mempunyai ideologi tersendiri dalam melayari seni.

Edrie yang juga boleh bermain piano dan dram kini sering diundang menjayakan pelbagai persembahan mengiringi artis-artis tempatan sebagai pengarah muzik.

Tanggungjawab pertama sebagai pengarah muzik dipikul oleh Edrie sewaktu menjayakan konsert anjuran sebuah majalah hiburan pada tahun 2004.

Sejak itu dia terus mendapat kepercayaan penganjur dan artis. Untuk mengiringi persembahan penyanyi, Edrie sering berkolaborasi dengan pemuzik Kellay (bass), Yuri (dram), Firdaus (keyboard) dan Zahrin (percussion).

揝etiap kali dipanggil menjadi pengarah muzik untuk sesuatu persembahan, saya akan menggunakan khidmat pemuzik yang sama kerana kami sudah faham antara satu sama lain,拻 katanya yang turut menjadi Pengarah Urusan untuk syarikat Neo Gendang di Petaling Jaya.

Antara artis yang bernaung di bawah label syarikat yang ditubuhkan tiga tahun lalu itu ialah kumpulan Chili, Candy dan Search.

Kata Edrie, dia tidak menghadapi masalah untuk menguruskan Neo Gendang kerana segala pengalaman yang diperoleh sewaktu menjadi A&R di BMG dulu dipraktikkan dalam kerjanya sekarang.

揝ewaktu mencipta lagu saya bukan sahaja melihat kriteria artis tapi juga kehendak pasaran. Saya banyak belajar tentang perniagaan sewaktu di BMG dulu,拻 katanya yang telah menerbitkan lebih daripada 70 buah lagu.

Selain itu untuk bertahan dalam bidang ini kata Edrie, seseorang itu perlu ada sasaran dan jujur dalam kerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 05:31 PM | Show all posts
Lewis Pragasam

Lewis Pragasam studied in India and graduated with Masters in Traditional Indian Music.
He then adapted his skills to play modern music with emphasis on drums.
He was Malaysia's ambassador of music for two years in the capacity of Visiting Professor and Artist-In-Residence at the East Carolina University in North Carolina. He also lectured and performed all over the USA.

He is the country's only musician and one of the few musicians in the world to receive the prestigious Fulbright Scholarship from the US government. Described as 'one of the finest drummers in the world' by Sabian Cymbals (Canada) and 'the essence of the World Music combination of South East Asia and the West' by Percussive Notes Magazine (USA), he has performed alongside the international scene's Who's Who including Ernie Watts, John 'Kaizan' Neptune, Ian Flynn, O'Donnell Levy, Randy Bemsen, Steve Thomton, Allan Zavod, Ottmar Liebert, Randy Crawford, Andy Sheppard and Billy Cobham and other leading Jazz, Rock and World Music artistes from USA, Japan, Hong Kong, Singapore, Australia and Malaysia.

Lewis was specially chosen and invited to represent Asia in Edinburgh at the Prince's Trust Royal Gala for HRH Prince Charles. He is the founder of Asiabeat, a Malaysian percussion based group that created a new style of music before the term'World Music' became popular.

sumber : www.kakiseni.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 05:32 PM | Show all posts
Loloq

Loloq berubah selepas dileteri nenek
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

DALAM bidang seni, Loloq atau Rosli Khamis, 49, dikenali bukan kerana imejnya tapi idea yang dicetuskan daripada akal fikirannya lalu diterapkan pada lirik-lirik lagu karyanya.

Itulah kelebihan Loloq yang diberi penghargaan khas sempena Anugerah Planet Muzik di Singapura baru-baru ini kerana sumbangannya dalam bidang seni. Sebelum itu Loloq turut mendapat anugerah Penulis Lirik Terunggul untuk kali kelima anjuran Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik (MACP).

Kata Loloq, dia sendiri tidak percaya dia mampu berkarya seperti sekarang. Loloq berasal dari Singapura. Katanya, 揝emasa remaja saya bukanlah seorang yang suka mengatur masa depan. Senang cerita saya lebih banyak buang masa daripada berusaha seperti orang lain. Saya lebih senang mengikut kata hati tanpa berfikir.拻

Sikap Loloq itu tidak disenangi oleh neneknya. Menurut Loloq, dia sering dileteri oleh nenek. Suatu hari dia yang dipanggil Peter di kalangan ahli keluarga akhirnya termakan nasihat neneknya supaya mencari ilmu yang dikatakan oleh neneknya lebih penting daripada memiliki wang.

Lalu pada usianya 23 tahun Loloq nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Malangnya sikap Loloq masih tidak berubah.

揝ebenarnya saya lebih senang merujuk kata pepatah ulat dalam batu boleh hidup, inikan pula saya yang bernafas di muka bumi ini. Disebabkan kebebasan itulah saya pernah terjebak dengan najis dadah selama beberapa tahun,拻 kata Loloq tentang pengalaman hitamnya itu.

Namun Loloq bernasib baik kerana cepat tersedar lalu berusaha memulihkan diri daripada narkotik. Dia segera insaf mungkin kerana sejak usia 14 tahun lagi Loloq biarpun suka merayap namun sering juga menyertai kumpulan tasauf atau tabligh.

Berdasarkan pengalaman tersebut, Loloq tidak menghadapi masalah untuk menghasilkan lirik lagu berunsur ketuhanan.

揔ita perlu tonjolkan keaslian dan yang penting mesti faham lirik. Saya lebih suka menghasilkan lirik yang segar,拻 katanya yang sering menulis lirik untuk lagu-lagu ciptaan M. Nasir.

Jelas Loloq, hubungannya dengan M. Nasir bukanlah baru. Mereka sudah sering lepak bersama sejak remaja lagi dan disebabkan itu jugalah mereka boleh bertahan sehingga kini.

Fasih bertutur dalam bahasa Hokkien, suami kepada Hariah Yaacob, 32, dan ayah kepada Krsty Nur, 10, Jaevn Nur, 7 dan Yasha Nur, 5, ini pernah menghasilkan tujuh lirik sekali gus untuk album M. Nasir. Lirik-lirik tersebut antaranya adalah Mantera Semerah Padi, Apokalips, Bonda dan Gurindam Gunung Tahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2006 05:33 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 05:34 PM | Show all posts
JS KEVIN tinggal banyak LAGU POPULAR

ASSALAMUALAIKUM semua, semoga hari ini hari paling baik dalam hidup anda. Maafkan saya kerana kolum minggu lalu tidak dapat disiarkan disebabkan sedikit kesilapan teknikal. Semoga kesilapan itu tidak berulang.

Cuma tinggal lagi sebulan saya di Pulau Tioman ini, namun sempat juga saya diundang menjadi pengacara dalam satu majlis pelancaran album Mael yang berlangsung di Bangkok Jazz, Kuala Lumpur minggu lalu.

Album keluaran EMI yang dilancarkan ini adalah album solo memuatkan semua lagu ciptaan JS Kevin, juga turut memuatkan dua lagu baru. Apa yang menarik perhatian saya adalah lagu berjudul Lain Hidup.

Lagu ini amat secocok dengan Mael, lagu ini juga dilihat keikhlasan JS Kevin dalam memberikan lagu kepada Mael yang seolah-olah mahu ditujukan kepada yang masih hidup daripada yang sudah tiada. Perkara ini jarang berlaku, cuma kawan terdekat saja mengerti dan faham apa yang ada dalam pemikiran beliau.

Jualan album Mael ini juga dikatakan turut menyumbang kepada kebajikan bekas isterinya dan tiga anaknya. Malah, bukan setakat album Mael, tetapi banyak lagi royalti daripada pelbagai album hasil karya beliau sebagai pencipta lagu rock disegani. Lagu beliau terus menjadi siulan anak muda serta tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Kebanyakan peminat lagu rock tahu antara lagu ciptaan JS Kevin. Namun, bukan semua pernah melihat wajahnya, apatah lagi mengetahui nama sebenar beliau. Mungkin itu tak penting dalam kehidupan kita untuk mengambil tahu perihal orang lain. Namun, saya percaya ketiadaannya sekarang satu kehilangan besar dalam industri muzik tempatan terutama dalam menggerakkan melodi rock.

Allahyarham JS Kevin juga kawan baik saya. Sewaktu hayatnya selalu kami berbual dan bertukar pandangan di Box Office, Gombak. Sukar rasanya menyelami diri JS Kevin, namun antara kenangan terakhir dia meminta saya mengurut badannya dua hari sebelum kematiannya. Turut bersama ketika itu adalah Ali Bakar dan Ito Blues Gang.

Kumpulan rock seperti Wings, XPDC dan BPR adalah antara yang cukup rapat dan sinonim dengan lagu ciptaan beliau. Tidak hairanlah masih ada lagu yang belum direkodkan dan masih dalam simpanan rakan JS Kevin.

Antara peninggalannya kepada Mael adalah beberapa lagu dalam album ini, antara karya terbaik tinggalannya ialah lagu Lain Hidup. Bukan saja kepada Mael sebagai penyanyi malahan kepada kita sebagai pendengar agar kita dapat mengerti maksud tersirat daripada kehidupan tersurat.

Mungkin ada lagi lagu baru yang bakal menjadi siulan anak muda sedangkan penciptanya sudah tiada. Saya difahamkan banyak lagi lagu ciptaannya berada dalam simpanan kawannya. Sekurang-kurangnya ada yang ditinggalkan buat tatapan kita dan terfikir juga apakah nanti yang kita tinggalkan buat tatapan orang lain.

Saya berharap karyanya dijaga dengan baik dan diberi hak kepada yang berhak. Jika anda seorang deejay, ketahuilah pencipta lagu sebelum memutarkan sewenangnya.

Usaha memberikan royalti kepada pewaris adalah sesuatu yang murni, setidak-tidaknya dunia tahu ini bukan zaman P Ramlee di mana pemuzik tidak setanding dengan peguam atau doktor.

Pada kesempatan anda habis membaca kolum ini marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham JS Kevin, moga rohnya dicucuri rahmat. Mudah-mudahan orang lain turut bersedekah al-Fatihah tatkala ketiadaan kita nanti. Al-Fatihah...Jumpa lagi...Assalamualaikum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2006 05:34 PM | Show all posts
Nostalgia: Eow Jin bermula sebagai kerani
Oleh Zainuri Misfar


Pencipta lagu Gerimis Di Lautan banyak berjasa kepada industri muzik

PEMUZIK profesional bukan Melayu turut memberi peranan dan sumbangan besar dalam perkembangan irama muzik tanah air. Antara nama besar dalam kelompok ini ialah Gus Styen, Tan Chong Yew, Jimmy Boyle, Alfonso Soliano, Joe Cheliah dan Ooi Eow Jin.

Nama Eow Jin sebaris dengan penggubah dan pencipta lagu dalam zamannya. Pencipta lagu popular Gerimis Di Lautan ini banyak menabur bakti kepada arena muzik tanah air.

Suatu ketika beliau sinonim dengan TV3 kerana sering menjadi juri atau ketua juri untuk rancangan Muzik Muzik atau Juara Lagu. Tugasnya sebagai penyelia dan koordinator muzik di TV3 menyebabkan beliau banyak menghasilkan lagu tema untuk program popular terbitan stesen televisyen itu.

Bagaimanapun, Eow Jin adalah nama yang sangat rapat dengan RTM. Beliau mula bertugas di RTM sebagai pemuzik Orkestra RTM pada tahun 1963.

揝aya dikelilingi ramai pemuzik Melayu semasa bertugas di RTM. Sedikit sebanyak mempengaruhi saya untuk menghasilkan lagu berirama kemelayuan.

揟idak ada sesiapa yang suruh. Apabila selalu campur dengan kawan-kawan pemuzik yang lain, menjadikan minat terhadap lagu Melayu datang dengan sendiri,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 05:35 PM | Show all posts
Habsah Hassan (1952 - )

Merupakan penulis lirik lagu terkenal di negara kita yang telah mencatatkan rekod sebagai penulis lirik lagu pertama yang dianugerahkan Piring Emas (Gold Disc) kerana berjaya menghasilkan paling banyak lirik lagu kesukaan ramai. Beliau menerima anugerah tersebut dari Syarikat Rakaman WEA di Kuala Lumpur pada tahun 1984. Di samping itu, beliau juga penulis lirik wanita pertama memenangi kategori penulis lirik terbaik dalam pertandingan Muzik-muzik anjuran TV3 pada tahun 1987.

Antara lirik lagu yang pernah dihasilkan termasuk Kupetik bintang-bintang, nyanyian Keny, Remy & Martin Merisik Khabar, nyanyian, Sudirman, Menaruh Harapan, nyanyian Zaiton Sameon dan lain-lain.

Sumber : Buku rekod Malaysia, edisi khas 1/Ghulam Jie M Khan, 1997
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 05:37 PM | Show all posts
S.Atan

Kembali pada akar


KEMBARA seninya di Malaysia bermula sejak awal 70-an. Bermakna lebih 30 tahun Hashim Said, 57 atau lebih popular dengan panggilan S Atan terbabit dalam industri seni.

Sepanjang tempoh itu, beliau sudah menerbitkan 300 album serta menghasilkan lebih 700 lagu malah pernah bekerjasama dengan ramai artis popular era 70-an hingga 90-an seperti Sharifah Aini, Allahyarham Sudirman, Jamal Abdillah, Yusni Hamid, Herman Tino, DJ Dave dan Noraniza Idris.

Sehingga kini, sentuhan keramat S Atan terus menjadi buruan artis generasi baru khususnya mereka yang memperjuangkan irama tradisional seperti Siti Nurhaliza dan Syura.

Beliau juga dikenali sebagai pejuang seni serba-boleh kerana berupaya menghasilkan lagu pelbagai rentak, sekali gus melayakkan dirinya menerima Anugerah Wirama di Anugerah Industri Muzik ke-13 (AIM13), baru-baru ini.

Linangan air mata aktivis seni kelahiran Geylang, Singapura pada 1 Ogos 1949 tatkala menyampaikan ucapan penghargaan, jelas menunjukkan rasa hiba yang terpalit di hatinya.

Katanya, inilah anugerah yang dinanti-nanti selepas sekian lama bergelumang dalam industri seni malah ia menjadi pemangkin semangat untuk terus memperjuangkan irama Melayu.

Dalam temubual bersama wartawan Harian Metro, NORHADIANI BAHAROM, seniman berjiwa besar itu berkongsi harapannya untuk melihat irama Melayu terus mekar di jiwa peminat.


SOALAN (S): Tahniah kerana dipilih sebagai penerima Anugerah Wirama di AIM13. Apa ertinya kejayaan ini?

JAWAPAN (J): Terima kasih. Secara peribadi inilah anugerah terbesar pernah saya perolehi. Sebelum ini ada beberapa album yang saya terbitkan menang di anugerah sama namun tidak menerima trofinya kerana ia diberikan pada artis dan penerbit yang lain. Justeru apabila memperoleh Anugerah Wirama ini saya rasa amat terharu. Buat pengetahuan semua, berita baik ini saya terima beberapa hari sebelum AIM berlangsung.

Terus-terang, saya belum layak menerimanya. Bukan tidak menghargai pengiktirafan penganjur sebaliknya merasakan ada pemuzik jauh lebih hebat dan senior berhak mendapat pengiktirafan ini seperti Johari Johar, Johar Bahar dan Akbar Nawab. Lagipun saya enggan kemenangan menjadi isu sesetengah pihak hanya kerana saya orang Singapura. Daripada sedih mendengar isu sebegitu lebih baik tidak menerimanya. Tapi penganjur meyakinkan saya layak memperolehi anugerah ini kerana bakti yang dicurahkan pada industri seni lebih 30 tahun. Justeru saya sifatkan kejayaan ini sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan saya dan isteri yang ke-20 selain bukti pengorbanan sebagai anak seni.


S: Bagaimana anda memotivasikan diri dengan kejayaan yang diraih?

J: Sejak dulu lagi saya tidak pernah berputus asa memartabatkan irama Melayu. Antara usaha yang saya lakukan sejak 80-an cuba memperkenalkannya di setiap sekolah malangnya keinginan sering tergendala kerana tiada sokongan. Selagi darah terus mengalir saya akan terus mempertahankannya dan mengangkat irama Melayu pada umum melalui penciptaan lagu.


S: Ceritakan serba sedikit bagaimana anda mula mengenali muzik?

J: Saya berjinak-jinak dengan muzik ketika berusia sembilan tahun. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan dengan bidang ini adalah abang sulung saya, Mohd Salleh Said yang juga ayah pemuzik terkenal, Ramli MS.

Ketika awal 60-an, saya menganggotai kumpulan pancaragam diasaskan olehnya. Antara pengalaman ditimba sepanjang bersama kumpulan itu, saya mengikutnya bermain muzik di kelab joget, BB Park termasuk kenduri kahwin.


S: Instrumen pertama yang dimainkan?

J: Mula-mula sekali bongo, kemudian gitar rythm dan barulah akordian. Kalau ikutkan instrumen paling saya teruja untuk mencuba ketika itu adalah akordian namun disebabkan kod muziknya sukar saya cuba bermain peralatan yang lebih mudah. Pada usia 11 tahun, saya mengambil keputusan mempertajamkan ilmu dengan belajar membaca dan menulis nota muzik secara serius.


S: Bilakah sebenarnya anda mengorak langkah sebagai pemuzik profesional?

J: Penghujung 60-an apabila saya ditawarkan bekerja sebagai pemuzik di Victory Record yang menerbitkan album artis Cina. Bagaimanapun jodoh tidak panjang kerana syarikat berkenaan mengalami masalah lalu saya berhijrah pula ke Radio Televisyen Singapura (RTS) awal 70-an. Di sana saya diberi kepercayaan menjadi ketua kombo untuk program Kalungan Cinta. Sejak itulah kerjaya sebagai pemuzik berkembang kepada penggubah lagu dan penulis lirik. Kebetulan pada 1973, penerbit album terkenal 50-an, Kassim Masdor keluar dari EMI Singapura dan saya ditawar menggantikan tempatnya. Saya bekerja dengan syarikat gergasi itu dari 1973 hinggalah 1985 sebelum bertukar angin ke EMI Malaysia selama dua tahun.

Sewaktu bersama EMI Malaysia saya terbabit dengan program radio RTM iaitu Tunas Mekar yang berjaya dicungkil bakat Fauziah Latiff. Pada 1989 saya ditawarkan pula bekerja dengan syarikat rakaman di Taiwan selama dua tahun. Memandangkan saya boleh berbahasa Cina (pernah mendapat pendidikan di sekolah Cina iaitu Happy School, Geylang Singapura) jadi saya tidak mengalami sebarang masalah sepanjang di Taiwan. Sebagaimana berlaku pada Victory Records, syarikat rakaman yang ini juga berhadapan dengan masalah cetak rompak sehingga saya mengambil keputusan pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Orkestra RTM dari 1992 hingga 1997.

Tahun berikutnya saya pulang semula ke tempat kelahiran saya untuk bekerja dengan stesen TV, SBC Corporation sehingga 2001. Malangnya, keadaan ekonomi yang tidak baik serta projek berpindah tangan menyebabkan saya terpaksa berpindah semula di Malaysia. Sejak 2002 sehinggalah kini saya terus setia bersama kombo Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

S: Dari apa yang diceritakan nampaknya kerjaya seni anda berjalan lancar. Tidakkah pernah anda mengharungi pengalaman pahit?

J: Alhamdulillah, perjalanan saya tidak sukar seperti pemuzik lain. Kalau teruk sekalipun tidak pernah pula sampai dapur tidak berasap. Mungkin kelebihan yang Tuhan berikan pada saya iaitu boleh bermain muzik, menggubah lagu, mencipta lirik dan memimpin orkestra menyebabkan saya mudah mendapat peluang pekerjaan.

Pun begitu, pengalaman paling pahit pernah saya alami pada 1987 di mana masalah cetak rompak mula menular hingga penggiat seni tidak lagi berupaya untuk berkarya. Disebabkan itulah saya ambil keputusan ke Taiwan. Keadaan yang sama berlaku pada 1997 sehingga memaksa saya kembali ke Singapura.


S: Berapa bayaran paling rendah dan tertinggi pernah diperolehi sepanjang berkarya?

J: Paling sedikit $25 (Singapura Dolar) dan termahal RM5,000 untuk dua lagu dalam album Sandy Suzuki yang diterbit penghujung 90-an. Yang seronoknya saya hanya bermain akordian untuk dua lagu tapi bayaran diterima cukup lumayan kerana rakaman album penyanyi Jepun itu diadakan di London.


S: Harapan anda pada industri muzik tanah air?

J: Semoga anak muda terutamanya bandar mengenali akar umbi budaya mereka. Saya teringin sekali melihat setiap negeri mempunyai persatuan kebudayaan seperti diperkenalkan kerajaan Negeri Johor. Di sana terdapat kumpulan Zapin, Ghazal dan Inang yang sangat aktif.

Jika kumpulan sebegini berusaha mempertahankan budaya orang Melayu kenapa tidak negeri lain? Kalau songket dan batik boleh diperkenalkan tidak mustahil irama Melayu juga boleh kita dekatkan pada rakyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2006 05:38 PM | Show all posts
Aspirasi: Jangan perkecil pemuzik undangan
Oleh Ramil MS

"ASSALAMUALAIKUM ... Minggu ini saya ingin bercakap mengenai pemuzik undangan yang banyak menyokong penghasilan sesebuah album. Pentingnya mereka itu kerana kadang-kadang sesebuah kumpulan itu tidak main muzik pun tetapi pemuzik undangan yang buat semua kerja itu.

Penyanyi popular yang hendak rakam album, kadang-kadang mengambil pemuzik undangan. Tapi, rata-rata masyarakat tidak mengiktiraf khidmat pemuzik undangan. Sebaliknya jika anda melihat pembikinan sesebuah album, pemuzik undangan lazimnya menjadi tulang belakang.

Seperkara yang amat jarang seseorang produser yang menghasilkan karyanya menggubah muziknya 100 peratus. Mereka lazimnya mengambil pemuzik undangan yang terbaik untuk berkongsi idea.

Ini berbeza dengan Datuk Ah mad Nawab. Muziknya akan siap ditulis, jadi apabila dia memanggil pemuzik undangan, dia akan memberikan nota muzik yang harus di mainkan itu kepada pemuzik undangan terbabit. Bagi saya, itulah kerja produser yang tertib dan sejati.

Berbalik kepada produser yang berkongsi idea dengan pemuzik undangan ini, banyak idea yang datang. Kita sebenarnya tak banyak pemuzik undangan yang betul-betul berkaliber dari segi skil mereka.

Di sini banyak kerja penghasilan album, tapi manpower terhad.

Jadi, pemuzik undangan seperti pemain dram, Zaid Ahmad dan Gary Gideon, adalah pemain dram yang terbaik di dalam studio dari segi apa saja skil. Maka itu, sampai hari ini, mereka tetap yang terbaik. Anda boleh melihat dari segala album pop, rock, nama mereka lazimnya sebagai pemuzik undangan.

Produser seperti Adnan Abu Hassan, dia juga bekas pemain muzik undangan ketika baru pulang dari Berklee. Begitu juga Mac Chew dan Jenny Chin. Mereka juga bekas pemuzik undangan termasuklah Aubrey Suwito. Berpuluh tahun mereka berada dalam industri ini, jadi anda boleh melihat, mereka masih bertahan hingga hari ini.

Bayangkan dalam pembikinan sesebuah album yang tidak menggunakan pemuzik undangan, kualitinya tidak sampai seperti yang anda dengar. Bayangkan kumpulan seperti Lefthanded, Search yang mahir bermain muzik, tapi apabila masuk ke studio untuk pembikinan album, mereka masih menggunakan khidmat pemuzik undangan.

Pemain gitar seperti Man Kidal, Hillary Ang adalah pemain gitar yang terbaik pada era 1980 dan 1990-an. Kini, pemain gitar seperti Sham Kamikaze, Jimmy Wilson (suami kepada Ruhil Amani Hussein) adalah antara pemain gitar yang terbaik di negara kita.

Pemuzik undangan apabila bermain muzik di dalam studio, seolah-olah mereka ada badi. Kalau mereka tidak biasa berkarya di dalam studio, apabila `penyakit bodoh' datang, segala kreativiti anda akan terkunci. Bayangkan, segala-galanya baru, lagu baru, jadi anda tak pernah dengar rupa bunyi berkenaan.

Apabila seseorang pemuzik undangan tidak boleh melayan keadaan seperti itu, dia akan hilang punca. Pernah saya memanggil pemuzik undangan yang bermain di kelab yang cukup bagus, terkenal, tapi apabila masuk studio, mereka jadi bodoh. Mereka tak tahu apa yang mereka main.

Jadi, keadaan di studio lebih terperinci berbanding keadaan di luar. Di dalam studio, penyanyi menarik nafas pun, anda boleh dengar. Itu bezanya antara pemuzik undangan yang bermain di live show dengan di studio. Pemuzik undangan di studio kurang berminat untuk bermain di live show.

Kebanyakan penyanyi mengambil pemuzik undangan kelas pertama untuk kerja di studio. Kesimpulannya, anda perlu tahu, di sebalik pembikinan sesebuah album itu. Nombor satu pemuzik undangan, diikuti jurutera bunyi, penyanyi latar, mastering dan segala-galanya.

Baiklah, kita bertemu lagi minggu hadapan untuk tips yang lain.

Wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2006 11:55 AM | Show all posts
Aspirasi: Lirik dulu halus, sekarang puitis
Oleh Ramli MS


"ASSALAMUALAIKUM.

Diharap pembaca Bintang Popular dapat memaafkan saya kerana tidak berkesempatan menulis aspirasi saya minggu lalu disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jadi, anda masih beraya lagi? Memang banyak jemputan rumah terbuka yang hendak dihadiri sepanjang Syawal ini.

Baiklah, kita tinggalkan dulu hal hari raya, minggu ni saya ingin menulis mengenai penciptaan lirik di negara kita. Anda tentu pernah mendengar nama besar seperti Habsah Hassan (gambar), Mama Juwie, S Amin Shahab, Lukhman S dan ramai lagi.

Itu belum lagi dikira nama besar dua dekad sebelum zaman saya seperti S Sudarmaji, Yusnor Ef dan ramai lagi. Bezanya penulisan lirik zaman dulu

lebih halus dan senang diingat kalau hendak dibandingkan dengan zaman sekarang yang lebih puitis.

Ada juga lirik zaman dulu yang lebih mempunyai maksud di sebaliknya, contohnya kalau lagu berentak asli, liriknya banyak berkiaskan pantun-pantun dan ayat berbunga-bunga. Zaman berubah, jangan dikata lirik saja berubah, nada lagu pun turut berubah, pencipta lirik dan lagu makin bertambah.

Di sinilah terjadi persaingan yang sihat. Bagi saya, penulis lirik yang paling berjaya pada zaman saya ialah Habsah Hassan. Lihat saja lirik beliau untuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Habsah berjaya dengan tiga elemen yang kuat - nada, lirik dan penyampaian penyanyi.

Tahukah anda bahawa Habsah cukup rapat dengan Sudirman? Apa yang ditulis beliau untuk Sudirman adalah dari kisah benar yang dikongsi bersama penyanyi berkenaan, inilah hasil teamwork yang perlu kita satukan kalau kita hendak berjaya, semuanya harus menjadi satu.

Bayangkan, hingga ke saat merakamkan lagu pun ada lagi yang perlu dikemas kini di dalam studio rakaman sehinggalah ia menjadi begitu sempurna! Hebat juga mak cik saya ni! Selain itu, banyak lagi ciptaan lirik Habsah menjadi hit untuk penyanyi lain.

Saingan penulis lirik pada zaman Habsah ialah Aauuuww, Mama Juwie! Saya mengenali Juwie ketika saya menjadi pemuzik undangan tetap untuk Datuk Ahmad Nawab. Lihat saja judul lagu Kau Kunci Cinta Ku (Dalam Hatimu) nyanyian Ramlah Ram. Puitis bukan?

Bagi saya, Juwie beruntung dapat berkerja bersama Ahmad Nawab kerana beliau seorang yang sangat cerewet, hingga kadangkala apabila lagu itu sudah siap diadun, Ahmad Nawab akan memanggil Juwie untuk menukar sepotong ayat saja!.

Bayangkan, kalau sepotong ayat diganti? Penyanyi harus datang semula, proses adunan harus diulang lagi, semua ini untuk kebaikan sesebuah lagu dan di sinilah teamwork harus disatukan untuk kejayaan. Secara peribadi, lebih afdal dan berkesan, penulisan lirik harus datang dari komposer lagu itu sendiri.

Contohnya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk lagu (Dendang Perantau) dan juga M Nasir (Satu Hari Di Hari Raya). Anda boleh rasakan nada dan lirik mereka bergerak selari. Kalau dilihat di Barat, semua hasil ciptaan mereka datang daripada nukilan seseorang itu saja, maknanya lagu merangkumi nada dan lirik adalah ciptaan komposer itu sendiri.

Kita di sini harus berkerja di aliran sebegitu, barulah keberkesanan lagu itu lebih dirasakan. Bagi saya, produser harus melihat pentingnya lirik ditempatkan pada aras utama kedudukannya. Kalau anda berkerja seperti Ahmad Nawab dan Manan Ngah yang sentiasa mengawal keserasian lirik untuk nada mereka, seharusnya contoh sebegitu ada dalam tabiat kerjaya anda.

Pencipta lirik atau komposer yang sedang berjuang dalam industri seni seharusnya menjadi contoh untuk generasi masa depan sebagai mana yang sudah dilakukan S Sudarmaji, Yusnor Ef Habsah Hassan, Mama Juwie dan yang aktif sekarang, Loloq.

Bagi saya, Loloq adalah kamus hidup. Tanyalah apa saja yang terlintas di minda anda apabila berdepan dengan beliau, nescaya Loloq dapat menjawab dengan bersahaja dan penuh yakin.

Baiklah, sehingga di sini saja dulu untuk minggu ini, insya-Allah kita bertemu lagi minggu depan, wassalam."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 04:01 PM | Show all posts
Seri Bayu cekal tempuh derita
Oleh Zubir Mohd Yunus

[

Santau atau moto neuron decease? Seri Bayu masih mencari jawapannya. Ketika ini dia hanya terlantar di rumah, melawan penyakitnya. Tapi, siapakah Erema di hati Seri Bayu? Jom semuka dengannya

"LIRIK terakhir yang saya hasilkan ialah Kita Adalah Kita, lagu itu ditujukan khas kepada bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau hendak melepaskan jawatannya dulu. Selepas itu saya kurang menonjol kerana memberi tumpuan kepada perniagaan yang mengusahakan pengurusan acara.

Saya hanya muncul kembali dalam industri hiburan apabila menguruskan perjalanan seni artis baru, Erema. Sebenarnya saya menemui Erema ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi seorang teman. Pada majlis berkenaan, teman saya mengundang Erema menyanyi.

Apabila saya mendengar Erema menyanyi, saya terus teringat zaman dulu, masa saya mula-mula jumpa Fauziah Latiff. Saya perhatikan ada bakat dalam diri Erema, tapi masih mentah. Pada masa sama, saya mempunyai kenalan di Concorde Shah Alam, jadi saya masukkan Erema menyanyi bersama band yang membuat persembahan di sana.

Ketika menyertai band berkenaan, Erema banyak belajar. Dua, tiga tahun kemudian, saya rasa dah tiba masanya untuk dia menghasilkan album. Saya pun telefon Fauzi Marzuki minta tolong dia. Ketika uji bakat, Ajai ada bersama, jadi dia terus masukkan Erema dalam Jad Tek Productions & Entertainment, di bawah label EMI Malaysia.

Pada masa sama, Jad Tek sedang cari orang untuk menguruskan artis yang bernaung di bawahnya. Jadi, perjalanan seni Erema saya yang uruskan. Hari ini saya sudah menunaikan janji saya kepada Jad Tek untuk memperkenalkan Erema dan saya rasa Erema pun sudah dikenali ramai dalam masa yang singkat dengan bantuan rakan media, sekali gus lagu Pelita Di Bawah Purnama mengangkat namanya.

Dalam kesibukan saya menguruskan Erema, saya jatuh sakit. Kali pertama saya diserang penyakit ini ketika saya bangun tidur pada satu pagi sekitar Julai 2005. Saya susah nak bangun, saya kena berpaut. Sendi-sendi saya jadi lenguh dan bernafas pun cepat, penat.

Saya pun jumpa doktor, berubat cara biasa dan saya diberi vitamin. Sehinggalah pada Ramadan tahun lalu, saya dah tak larat menanggung sakit. Saya disaran berjumpa dengan pakar kerana saya diberitahu, saya mungkin mempunyai masalah dalaman.

Saya pun menemui pakar di HUKM. Lagi seminggu nak raya, mereka melakukan imbasan ke atas otak, buah pinggang dan anggota badan yang lain, tapi mereka gagal mengesan punca penyakit saya. Mereka nak ambil air tulang belakang, tapi saya tak setuju."

Terkena perbuatan orang?

"PADA masa sama, hari raya ketiga, Erema ada show di Sarawak. Saya meninggalkan rawatan sementara dan pergi ke Sarawak, sekali gus berubat secara kampung di sana. Saya tak dapat jelaskan di sini, penyakit yang diberitahu kepada saya, ia terlalu peribadi. Ada orang cakap, saya sakit kerana perbuatan orang, tapi saya tak percaya.

Apabila saya balik semula ke Kuala Lumpur, saya berubat secara tradisional lagi, perkara yang sama juga diberitahu kepada saya. Ada orang `hantar', tapi saya susah nak percaya. Bagi saya satu saja, kita datang daripada Dia, kita nak habis nafas pun daripada Dia, bukannya orang lain yang menentukannya.

Saya pun meneruskan rawatan di HUKM dan kes saya dirujuk kepada Profesor Hamidon. Apabila keadaan saya semakin terus, baru dua, tiga minggu ini pakar mengesahkan saya menghidap moto neuron decease, sejenis penyakit saraf. Saya pasrah dengan keputusan itu dan hanya mengamalkan memakan ubat yang diberi.

Terbaru, saya difahamkan, saya perlu menjalani tiga ujian makmal. Saya juga dimaklumkan, setakat ini belum ada ubat dan rawatan positif untuk mengubati penyakit ini.

Saya diberi vitamin dan ubat untuk menyelaraskan perjalanan darah. Pada masa sama, saya pergi berurut untuk mengurangkan kesakitan. Orang terus bercakap saya terkena perbuatan orang, tapi saya tak nak ambil pusing kerana jika ikutkan hati, akan timbul dendam, kemudian marah yang berpanjangan.

Rawatan di HUKM pula memerlukan kos yang tinggi. Setakat ini saya menggunakan duit royalti dari MACP (Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia) dan wang simpanan yang ada untuk menampung kos perubatan. Tapi, apabila difikirkan kembali, ada orang lain lebih susah dan menderita daripada saya.

Alhamdulillah, dengan duit yang ada sekarang ni, bolehlah membantu saya meringankan bebanan, tapi lama kelamaan, akan habis juga. Saya buat persediaan dengan menulis buku mengenai industri muzik, Bukan Dosa Mawi.

Jari tangan saya ni pun dah bengkok, dah tak boleh lurus, jadi kalau saya nak menaip di komputer, kenalah satu, satu, perlahan-lahan. Kulit di tangan saya pun dah hitam, seolah-olah terbakar, tak tahulah kenapa, dulu tak macam ni. Yang paling saya bimbang, jari dah mula mengecut. Orang adalah cakap, penyakit saya ni pernah dialami Allahyarham Mokhtar Dahari."

Hajat kahwini Erema

"BAIKLAH, saya akan berterus-terang. Saya dan Erema memang rapat. Itu pengakuan jujur saya. Sekiranya saya kembali sihat, umur panjang, tunggulah 2008, beri dia peluang menyanyi dulu, insya-Allah saya akan melamarnya.

Tapi, gosip yang mengatakan Erema dah berkahwin, dah mempunyai anak, itu tak benar. Tahun lalu, Erema pernah keluar dengan saya dan anak-anak, kami keluar membeli belah baju raya. Kami ke Chow Kit, Jalan Petaling dan Plaza Sungei Wang.

Bagi saya satu, kita nak menjual bakat Erema dan bukan peribadinya. Contohnya macam Datin Siti Nurhaliza. Siti nak kahwin dengan siapa, itu soal peribadinya. Kita sayang Siti kerana bakatnya. Dengan siapa Siti nak kahwin, terpulanglah.

Justeru, saya memang rapat dengan Erema. Kami pernah bergambar mengenakan pakaian pengantin untuk menjayakan satu majlis keramaian tahun lalu. Jadi, gosip yang mengatakan Erema sudah berkahwin, mungkin berpunca dari situ. Kalau masih ragu-ragu, pergilah semak di Jabatan Agama Islam.

Namun, nawaitu untuk melamar Erema memang sudah ada. Tapi, biarlah keadaan saya benar-benar sihat. Biarlah juga nama Erema kukuh dan kami memang pernah merancang untuk berkahwin pada 2008. Saya tak menolak kemungkinan, rancangan saya untuk mengahwini Erema mungkin tidak disenangi pihak lain.

Kita rambut saja sama hitam, tapi hati lain-lain, kita tak tahu. Depan kita, nampak kawan, di belakang jadi lain. Susah nak bezakan antara sahabat dan kawan, terlalu nipis perbezaannya. Saya tidak takut dengan gosip kerana saya suatu ketika dulu pernah menulis gosip. Dulu saya gosipkan orang, sekarang orang tulis gosip saya.

Nawaitu saya, memang saya akan memperisterikan Erema suatu hari nanti, bukan sekarang. Sekarang saya dah terlantar sakit, tapi perhatian dan kasih sayang Erema terhadap saya tak pernah berubah. Saya bukan saja memikirkan tanggung jawab kepada Erema, tapi kepada kelima-lima anak saya.

Tapi, disebabkan kesakitan yang saya alami ni, kadang kala tanggung jawab saya kepada anak-anak, terabai juga. Bukan kehendak saya, tapi saya tak mampu. Mengenai persiapan raya untuk anak-anak, saya dah agihkan duit MACP untuk beli baju mereka, mungkin saya minta tolong Erema belikan. Sebenarnya, saya amat rindukan anak-anak.

Kita tak tahu umur kita panjang ke tidak. Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya kepada semua rakan dan sanak saudara. Halalkan makan dan minum saya selama ini."

INFO: SERI BAYU


Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik, 41, adalah penulis lirik terkenal era 80-an dan 90-an. Dia sebelum ini pernah menulis lirik lagu seperti Cintamu Muzik Di Hatiku nyanyian Anita Sarawak, Kau Lilin Cintaku (Francisca Peter), Keasingan Dalam Luka (Jay Jay) dan Perjalananku & Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah).


Berasal dari Gelang Patah, Johor Bahru, Seri Bayu mula menulis lirik lagu sejak berusia 17 tahun. Lirik pertama tulisannya ialah Dangdut Reggae dendangan Zaleha Hamid. Seri Bayu sudah bergelumang dalam dunia seni lebih 24 tahun, selain pernah bergelar wartawan hiburan dan Pengarang Hiburan Mingguan Perdana, Harian Nasional serta Mingguan Tempo.


Mendirikan rumah tangga pada awal 90-an, namun bercerai pada 2002. Mereka dikurniakan lima cahaya mata - Muhamad Akmal, 12; Muhamad Aiman, 10; Muhamad Aizam, 7; Ally Farjanah, 6, dan Muhamad Adham, 4. Kesemua anaknya kini tinggal bersama bekas isteri.


Seri Bayu pernah bertugas dengan Jad Tek Productions & Entertainment iaitu syarikat rakaman yang menghasilkan album sulung Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema yang popular menerusi lagu Pelita Di Bawah Purnama. Seri Bayu bertanggungjawab menguruskan perjalanan seni Erema.


Mula mengadu sakit sendi dan lenguh pada Julai 2005. Penyakitnya semakin teruk pada Mei lalu dan baru-baru ini pakar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), mengesahkan dia menghidap moto neuron decease iaitu sejenis penyakit saraf yang di katakan pernah dialami bekas bintang bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.


Selain memerlukan kos yang tinggi setiap kali menerima rawatan di HUKM, Seri Bayu terlantar di rumah kerana pergerakannya perlu dipimpin, selain menyiapkan buku tulisannya, Bukan Dosa Mawi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 11:18 AM | Show all posts
Nostalgia empat tokoh muzik kelahiran RTM            

APABILA kita mengimbas semula sejarah perkembangan Orkestra RTM, nama-nama seperti Datuk Ahmad Merican, Datuk Johari Salleh, Ooi Eow Jin dan Datuk Mokhzani Ismail tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Mereka merupakan tokoh-tokoh muzik yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat dalam meneruskan kesinambungan Orkestra RTM yang dulunya dikenali sebagai Orkestra Radio Malaya.

Empat tokoh itu ialah pemuzik yang telah banyak menyalurkan tenaga mereka sebagai pemimpin Orkestra RTM selain nama-nama lain seperti Datuk Ahmad Dasilah, Gus Steyn dan Alfonso Soliano.

Selepas empat dekad ditubuhkan, Orkestra RTM masih meneruskan peranannya sebagai kumpulan pemuzik pemangkin dalam kebanyakan persembahan pentas anjuran stesen penyiaran milik kerajaan itu.

Ahmad Merican, 81, merupakan pengasas Orkestra Radio Malaya yang berpengalaman luas. Beliau bertanggungjawab meniup semangat yang membawa kepada penubuhan orkestra tersebut.

Mokhzani Ismail, 44, pula merupakan pemimpin terbaru Orkestra RTM. Sejak tahun 1999 hingga kini, beliau menjadi pemimpin Orkestra RTM selain menjawat jawatan sebagai Pengarah Muzik RTM.

Orkestra RTM telah melalui pelbagai perubahan dan rintangan dalam tempoh empat dekad lalu. Ia bertahan sebagai kumpulan orkestra yang paling tua di Malaysia sebelum muncul Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Orkestra Filharmonik Malaysia.

Ahmad Merican dan Mokhzani Ismail merupakan orang kuat di belakang tabir Orkestra RTM yang mewakili generasi lama dan baru.

Johari Salleh dan Ooi Eow Jin pula banyak berjasa dalam usaha memartabatkan Orkestra RTM.

Mega sempat menemu bual empat tokoh muzik tersohor itu di Angkasapuri Kuala Lumpur baru-baru ini untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka sepanjang terbabit dalam Orkestra RTM yang baru-baru ini mendapat pujian kerana mempersembahkan Malam

Simfoni Irama Malaysia.

Johari Salleh terhutang budi dengan RTM

Walaupun Johari Salleh hari ini dikenali sebagai pemimpin orkestra yang tersohor tetapi beliau tidak pernah melupakan jasa RTM terhadapnya.

Johari menganggap RTM banyak membantu mengembangkan bakatnya dalam bidang muzik menerusi Orkestra RTM.

揝aya dapat belajar di Berklee School of Music, Boston pada tahun 1967 pun atas tajaan kerajaan Malaysia dan kerajaan Amerika Syarikat.

揋aji saya tidak dipotong walaupun saya mengambil cuti kerana melanjutkan pengajian. Di sana saya banyak menimba pengalaman dalam bidang muzik dan melalui pelbagai pengalaman manis,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2006 11:19 AM | Show all posts

sambungan.....

Ooi Eow Jin terasa dipinggirkan

OOI Eow Jin merupakan antara pemuzik dan penggubah awal yang terbabit dalam Orkestra RTM dari tahun 1963 hingga 1967.

Kariernya sebagai pemuzik dan penggubah lagu dalam orkestra memang sukar dipisahkan daripada stesen penyiaran kerajaan itu.

Buktinya, selepas beberapa tahun meninggalkan RTM, anak kelahiran Pulau Pinang ini berkhidmat sekali lagi dengan Orkestra RTM dari tahun 1975 hingga 1984.

Bagaimanapun, pemuzik dan komposer yang berusia 67 tahun ini berasa terkilan apabila bakatnya dipersia-siakan selepas bersara sebagai pemuzik dan komposer sepenuh masa di sebuah stesen televisyen swasta beberapa tahun lalu.

揗entang-mentanglah saya sudah tua, ramai yang yang sudah tidak percaya dengan bakat dan kebolehan saya mencipta lagu.

揚enyanyi dan syarikat rakaman sekarang ini tidak mahu lagi mengambil lagu-lagu ciptaan saya untuk dirakamkan oleh artis-artis mereka.

揂pa pun saya terima hakikat itu kerana mungkin saya komposer generasi lama yang sudah tidak relevan lagi dengan industri muzik hari ini yang semakin bersifat komersial,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2006 03:06 PM | Show all posts
Pemuzik muda kreatif
Oleh Diyanah Anuar



KALAU bukan kerana kredibiliti yang dimiliki, tidak mungkin beliau diberi kepercayaan selama dua tahun berturut-turut menggalas peranan selaku pengarah muzik untuk program realiti Mentor, siaran TV3.

Sebelum penampilan beliau dalam rancangan popular ini, nama Edrie Hashim, 33, tidak begitu dikenali umum namun hakikatnya bakat pemuzik muda ini sememangnya diakui warga industri muzik tanah air.

Sikap low profile yang biasa dimiliki orang seni, termasuklah pemuzik seperti Edrie sendiri mungkin menjadi penyebab kisah diri kurang diwar-warkan berbanding karya muzik yang dihasilkan.

Muzik dan alat muzik bukan sesuatu yang asing bagi Edrie. Sejak kecil lagi beliau sudah berjinak-jinak dengan alat muzik berikutan bapanya, Hashim Abdullah juga seorang pencipta lagu.

Pembabitan Edrie dalam bidang muzik mula serius sekitar 1990 sebaik tamat persekolahan. Sekalipun tanpa pendidikan muzik formal yang tinggi, Edrie aktif bermain muzik. Bersama kumpulan muzik Chapters dan Naked Butterfly, dia bukan saja bermain gitar malah terbabit sepenuhnya dalam proses penghasilan album.

Namun, pembabitan beliau dengan kumpulan muzik tidak bertahan lama lalu beliau menumpukan perhatian dalam penggubahan lagu. Keupayaannya mula mendapat perhatian selepas lagu ciptaannya, Akan Kutunggu persembahan kumpulan rock wanita, Candy menjadi siulan ramai.

Bermula dari situ, beliau yang juga suami kepada vokalis kumpulan berkenaan, Nurul Nadhira Patricia Robert banyak memperoleh undangan mencipta lagu, menerbitkan album dan mengiringi persembahan beberapa artis solo dan berkumpulan.

Setakat ini, Edrie menyumbang lagu dan terbabit dalam penerbitan album artis ternama, juga yang baru seperti Search, Awie, Ella, Giegiel, Def Gab C, Shaka, Hattan, Dia Fadila dan Cili. Daripada senarai artis yang pernah bekerjasama dengan beliau ini sudah terlihat betapa `mekar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 10:46 AM | Show all posts
ok.
paste skit dulu. coz yang nih jerk baru jupe. nanti saya taruk lagi kalau jupe banyak lagi infor pasal dia.


LY (Rosman Shafie)


RTM kaji semula tindakan ke atas Ly
Jumaat, Feb 23, 2001
Source : Utusan Malaysia

RTM akan menimbang semula tindakan gam yang dikenakan terhadap lagu-lagu ciptaan komposer Rosman Syafie atau LY.

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Khalid Yunus berkata, RTM akan mengkaji semula keputusan itu kerana ia melibatkan kepentingan pihak lain.

Antara pihak yang turut terkena tempias tindakan itu ialah penyanyi, pemuzik dan syarikat rakaman yang menggunakan khidmat komposer berkenaan.

"Kita tidak mahu menyekat kreativiti mana-mana pihak memandangkan RTM mempunyai peranan yang besar di dalam mempromosikan semua jenis kesenian yang dihasilkan oleh bakat-bakat tempatan," jelas Khalid.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

LY baru-baru ini telah mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas tuduhan berkhalwat dengan penyanyi Asha Malik.

Ekoran kesalahan itu, komposer itu dikenakan tindakan oleh pihak RTM di bawah Kod Etika Perilaku Artis dengan tidak menyiarkan lagu-lagu ciptaannya selama sembilan bulan.

Permohonan supaya RTM menimbangkan semula keputusan itu telah dilakukan secara rasmi oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Menurut Penasihat Karyawan, Zaeinal Abidin Omar, permohonan itu dikemukakan terus kepada Khalid memandangkan LY merupakan antara komposer yang banyak memberikan sumbangan kepada industri muzik tempatan.

"LY adalah ahli Karyawan dan kami merasa bertanggungjawab untuk membantunya menyelesaikan masalah berkaitan tindakan RTM terhadap lagu-lagunya ini," jelas Zaeinal.

Menurut Zaeinal, tindakan gam yang dikenakan terhadap LY menyebabkan sebahagian besar syarikat rakaman takut untuk mendapatkan khidmat komposer itu pada masa akan datang.

"Keadaan ini mengakibatkan bukan sahaja menjejaskan periuk nasi LY malah banyak lagi pihak lain yang turut menjadi mangsa," tegas Zaeinal.

Menurutnya, atas alasan itu RTM wajar menimbang semula keputusan tersebut memandangkan ia melibatkan artis, pemuzik dan syarikat rakaman lain yang tidak sepatutnya menjadi mangsa.

Zaeinal memberitahu, Karyawan amat peka dengan masalah artis yang bernaung di bawah persatuan tersebut dan bersedia untuk menangani sebarang isu yang boleh menjejaskan periuk nasi artis.

"Kami tidak menyokong mana-mana artis yang melakukan sebarang kesalahan yang melibatkan undang-undang tetapi tidak mahu pihak lain turut terjejas ekoran tindakan tersebut," ujar Zaeinal lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2006 05:23 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2007 10:39 AM | Show all posts
hari nih nak taruk pic jerk

ni komposer Julfekar...(boleh tahan pakcik nih ek? tak padan....)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.802746 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list