CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319508|Reply: 2486

Pulau di Wilayah Krabi, Selatan Thailand

   Close [Copy link]
Post time 13-9-2006 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Tsunami tidak gugat keindahan Krabi
Oleh Yooga Rani Murugiah
(Yang mengunjungi Pulau Krabi di selatan Thailand, baru-baru ini)



GABUNGAN pantai dan bukit menyerlahkan keunikan.


Pulau James Bond yang menghadap lautan Andaman mempunyai pantai landai dan kehijauan bukit

PULAU Krabi mempunyai pantai yang menarik untuk dikunjungi. Keluasannya 4,709 kilometer persegi, menghadap lautan Andaman dan paling istimewa, dikelilingi lebih 130 pulau.

Pasir pantainya putih, air jernih serta bayu laut segar melegakan keletihan peserta sepanjang perjalanan yang mengambil masa panjang dari Hatyai kerana terpaksa berhenti untuk lawatan ke beberapa hotel dan tempat menarik di Gua Harimau di Trang.

Wilayah Krabi mempunyai lapan daerah atau Muang, bandar utamanya Kao Panom, Klong Tom, Plai Praya, Koh Lanta, Ao Luk, Lam Tap dan Neua Klong.

Daerah Muang, antara destinasi yang dikunjungi dilitupi kehijauan pokok getah, kelapa sawit, limau dan kelapa, malah di sepanjang perjalanan kawasan perkampungan turut mendamaikan kerana menghadap kawasan berbukit-bukau dan hutan semula jadi.

Kegiatan lasak

PULAU Krabi memiliki kawasan yang sesuai untuk melakukan kegiatan sukan lasak seperti jet ski, bot laju dan memanjat bukit atau `rock climbing'. Namun, kedamaian menginap beberapa hari di pulau itu mula terasa apabila melihat kecantikan alam semula jadi.

Antara gugusan pulau yang menarik di Krabi ialah Phi Phi dan James Bond di samping kawasan peranginan Rayavadee kerana keindahannya paling menakjubkan.

Menerokai keindahan setiap daerahnya juga adalah pengalaman yang mengasyikkan kerana sepanjang perjalanan pengunjung dapat menyaksikan kawasan perkampungan yang mendamaikan.

Walaupun pembangunan di kawasan terbabit giat dijalankan, namun kejernihan air dan kebersihan sekitar pantai membuktikan bahawa kerajaan dan rakyat Thailand serius menjaga khazanah asli negara. Ini bagi mewujudkan percutian yang istimewa.

Pengurus sebuah pusat peranginan di Rayavadee yang hanya mahu dikenali sebagai Shaa, berkata seperti pulau peranginan lain sekitarnya, Krabi tidak terlepas dilanda bencana ombak besar tsunami, tetapi ia dibaik pulih dan segala kerosakan diatasi dalam tempoh yang cepat.

揔rabi adalah satu-satunya destinasi percutian yang unik dan menerima kunjungan ramai pelancong dari Eropah serta Asean, jadi kita tidak mahu tsunami yang melanda menjejaskan keindahannya, maka seluruh kawasan ini dibaik pulih sepenuhnya,

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2006 10:05 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 13-9-2006 04:50 PM
Tsunami tidak gugat keindahan Krabi
Oleh Yooga Rani Murugiah
(Yang mengunjungi Pulau Krabi di selatan Thailand, baru-baru ini)

..krabi ni stau saya bukan pulau...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by arjeee at 14-9-2006 10:05 AM
Originally posted by Syd at 13-9-2006 04:50 PM
Tsunami tidak gugat keindahan Krabi
Oleh Yooga Rani Murugiah
(Yang mengunjungi Pulau Krabi di selatan Thailand, baru-baru ini)

..krabi ni stau  ...



ya, saya pun berpendapat yg Krabi tu bukannya satu pulau tetapi merupakan satu wilayah di Semenanjung Kra di Thailand, mungkin juga pulau yg ditunjukkan itu terletak di dalam wilayah Krabi.;)
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2006 10:34 AM | Show all posts
Syd, saya rasa lebih baik awak letak tajuk yang lebih sesuai utk thread ini kerana di Selatan Thailand sendiri sahaja terdapat banyak pulau menarik selain dari di Krabi itu seperti Phuket, Ko Samui, Ko Pangan, Ko Similan, Ko Tarutao dsb, nanti susah bagi forumer utk berbincang kerana takut bercelaru. :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 09:32 AM | Show all posts
thanks Syd, kalu lepas ni tiada posting yg banyak mengenai pantai di Krabi dan pada masa yg sama terdapat posting mengenai Pantai di Thailand, mungkin Syd boleh menukar balik kepada tajuk asal :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2006 11:32 AM | Show all posts
penah tgk tempat ni dalam citer The Fox and The Sugar Cube ... heheh.. cantik gak :bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2006 05:57 PM | Show all posts
ada gak skali tu pegi james bond island...tp bot bkan dari krabi,pegi dari phang nga bay...yakda apa pon pulau ni cuma pulau ni femes sbab penah masuk dlm film james bond...pulau kecik je,takda org duduk pon...siang ada la org jual souvenir..yg mnarik ada satu batu kapur besa yg mcam nak tumbang tapi bsandar pada satu batu lain...
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 2-11-2006 08:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mamakcute This user has been deleted
Post time 2-11-2006 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:03 PM | Show all posts
KOH TARUTAU DAN ADANG YANG TERLETAK DI LAUT ANDAMAN PADA ASALNYA ADALAH MILIK KERAJAAN KEDAH.NAMUN AKIBAT PERJANJIAN BANGKOK ANTARA BRITISH DAN THAILAND YANG NYATA BERAT SEBELAH, KEDUA-DUA PULAU CANTIK TERSEBUT JATUH KE TANGAN THAILAND.YANG JADI MANGSA ADALAH NEGERI KEDAH.TAK GUNA PUNYA BRITISH.
  KOH ADANG ADALAH TEMPAT PERKELAHAN DI RAJA KEDAH DAN ADA DI CERITAKAN DALAM BUKU DARI ADANG KE PULAU TIGA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 29-11-2006 06:25 PM | Show all posts


Palm




ah vacation
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 13-9-2006 04:50 PM
Tsunami tidak gugat keindahan Krabi
Oleh Yooga Rani Murugiah
(Yang mengunjungi Pulau Krabi di selatan Thailand, baru-baru ini)


...




berapa kos dia beb dari kl ker sana? naik apa mudah flight?? turun kat ner?? budget berapa nak pergi sana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 11:47 AM | Show all posts
naik flight la senang berhenti kat phuket sebab rasanya kalo airasia belum ada p sana lagi. tapi kalo drive sendiri jauh, boleh naik dari krabi dekat sikit kalo naik dari phuket kira jauh la.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 13-9-2006 04:50 PM
Tsunami tidak gugat keindahan Krabi
Oleh Yooga Rani Murugiah
(Yang mengunjungi Pulau Krabi di selatan Thailand, baru-baru ini)


...






nak tau berapa kosbudget  nak pergi sana? bawak 2 k cukup ker, kalau flight berapa plak nak kena bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2006 08:26 PM | Show all posts
kalo sorang lebih dari cukup tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 01:15 PM | Show all posts
mmg cantik lepas singgah kat pulau james bond singgah makan kat restoran terapung kat tgh2 laut tu....mmg menyelerakan makan sambil dibelai angin laut yg sejuk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mamakcute This user has been deleted
Post time 30-1-2007 11:46 PM | Show all posts

Ao-nang beach Krabi

Sunset at Ao-nang





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 01:00 PM | Show all posts







indah sungguh !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 02:10 PM | Show all posts
cantiknya... nak pergi... Airasia akan fly ke sana soon. boleh lah terus pergi dari KL. Sekarang kena pergi ke Bangkok dulu, then Krabi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 04:54 PM | Show all posts

Reply #19 surya's post

surya boleh fly to phuket,kemdian naik bot atau ikut darat ke krabi,takyah la nak p smpai bangkok...tringat2 mkan tomyam seafood kat pasar malam krabi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.078435 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list