CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Obersliutenant

GAJUS

[Copy link]
Post time 15-10-2006 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 15-10-2006 08:40 PM



ni siap resipi lah pulak.. kak liza dok goda dgn gambo lah pulak.. weheheh.. eden takleh tahan!! :geram: hahaha..


ini dia resepi tu ..
kakliza baru je masak bulan lepas..
lauk ni rupanya kat tganu jer pemes..

SAYUR LEMAK SOTONG & BUAH GAJUS

Bahan
5 ekor sotong
10 biji buah gajus masak
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
garam

Bahan Hiris
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar

Cara
1. Sotong dibersihkan dan potong kecil
2. Buah gajus dibelah 4 dan perahkan sikit air pahitnya.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuah supaya tidak pecah minyak.
5. Bila dah mendideh masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai mendideh lagi.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi  putih.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2006 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 15-10-2006 09:32 PM


ini dia resepi tu ..
kakliza baru je masak bulan lepas..
lauk ni rupanya kat tganu jer pemes..

SAYUR LEMAK SOTONG & BUAH GAJUS

Bahan
5 ekor sotong
10 biji buah gajus masak
1  ...



aiyoo maa..!! aiyoo paa...!! ape ke he ni ..?? tapi relevant gaklah kan.. pokok2 sayur, herba, pastumesti lah ada resipi, ye tak..?? hentam lah labuu..!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by noor_hannah at 15-10-2006 09:36 PM



aiyoo maa..!! aiyoo paa...!! ape ke he ni ..?? tapi relevant gaklah kan.. pokok2 sayur, herba, pastumesti lah ada resipi, ye tak..?? hentam lah labuu..!!


relevan jugak.. sebab kakliza nampak ada yg  tulis resepi..
kebetulan kakliza baru masak.. so kakliza pertunjukkan rupa masakaan yg dibincangkan..
gunakan buah gajus..
selalunya biasa masak ayam gajus jer..tapi kali ni sotong dan gajus..
kalau kakliza x duduk terangganu..sure rasa pelik jer...:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 15-10-2006 09:49 PM


relevan jugak.. sebab kakliza nampak ada yg  tulis resepi..
kebetulan kakliza baru masak.. so kakliza pertunjukkan rupa masakaan yg dibincangkan..
gunakan buah gajus..
selalunya biasa masak  ...



its ok gak.. ni bod HG, no hal nya.. lepas berkebun kita masak, pastu kita makan.. burrrpp!! alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2006 10:13 PM | Show all posts

Reply #37 hanieliza's post

huhuhuh...sedapnya budu...:mll:
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 05:56 PM | Show all posts
ade kawan kata ulam daun gajus ni jgn makan bnyk2...nanti tua muka "kelat"...
wallahualam x tau la betul ke x...tp sodap pucuk ni dimakan dgn sambal belacan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2008 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by Obersliutenant at 13-9-2006 10:45 PM
mungkin belum pernah nampak org tanam kat Sabah .. kak noor_hannah, di mana boleh dapat bijinya?


Err member selalu beli biji gajus kat pasar tawau tuh..kalau pokoknya takde...camna banyak dijual ek
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 10:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 10:48 AM | Show all posts
Nama Tempatan: Gajus
Nama Saintifik: anacardium occidentale
Nama Lain: Jagus , gajus, jambu golok, ketereh
Famili: Leguminasae
Lokasi dijumpai: Tepi sawah tumpat kelantan
Asal: Tumbuhan tempatan

keterangan:
Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan, jagus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena. Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear dengan bijinya berada diluar.bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi didalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies jagus yang mempunya buah yang berwarna merah jambu.
kegunaan:
Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanafaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.

dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.

dari www.melur.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 12:12 PM | Show all posts
tetiba teringin nk mkn snek gajus plk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 10:49 AM | Show all posts
kalu kat trganu banyak pokok nih..tumbuh banyak area pantai..tanah berpasir..kalu kat ganu org panggil pokok jambu golok..kalu musim buah nih..langau pun banyak..sedap buah nyer..macam2 masakan bleh wat..

pucuk buat ulam..sedapnyerrr

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 01:14 PM | Show all posts
gajus...aka ketereh...

buah ni kalo masak kita mkn ala2 wat rojak buah gitu
arwah mak pernah wat kerabu ketereh dgn menghiris halus isi kuning buah gajus (dh masak) dan digaul dgn hirisan nenas...sesuai mkn dgn nasi atau ratah gitu jer

tp susah nk dpt buah gajus skang
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 01:01 PM | Show all posts
minyak posted on 17-4-2014 01:14 PM
gajus...aka ketereh...

buah ni kalo masak kita mkn ala2 wat rojak buah gitu

Aku panggey buah jangguih.
Pucuk dia leh taruh lam laksa.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.116460 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list