CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamz00

Cricket

[Copy link]
Post time 4-2-2009 06:20 PM | Show all posts
Victorious Afghan cricket team welcomed home
  
KABUL, Feb 4

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 06:11 AM | Show all posts

Reply #680 Gemukkkkkkk's post

ye la... lama gemukkk tak masuk ye -
saya ni ha - baru 3 hari tak dapat online
macam2 cerita kat smag ni -

partner kawan saya adalah referee cricket -
sokmo gak jadi referee matches kat tournament
luar dan dalam negeri...

kawan saya tu tahu pasal cricket; saya aje yang blur..
nampak macam exciting.. - tapi tu la.. kena minat betul
baru best nak pergi matches -
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:36 AM | Show all posts
a'ah.  sebab kalau nak duduk tunggu tengok satu game, memang penat la.  heheheheh kalau nak tengok highlights atau aksi menarik, cari kat youtube kot...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:41 AM | Show all posts
my boss antu pada sukan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:44 AM | Show all posts
a'ah.  kalau dah memang main kriket, memang minat.  personally saya rasakan ini build character.  saya rasa berbeza perwatakan masa sekolah dulu.  asalnya cepat marah, tak sabar, reaktif.  selepas 1 tahun, jadi lebih bersabar dalam segala tingkah-laku walaupun hati masih cepat naik marah dan lebih tenang dalam apa jua situasi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2009 06:59 AM | Show all posts

Reply #684 karambunai's post

karam...
hantu sukan ni tak apa...
jangan   memang hantu dah la, ye --

gs -

*kira macam karam la...
hantu renang... tapi bukan hantu air -
same thing... lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2009 09:38 AM | Show all posts
Kriket: Malaysia ke separuh akhir

KUALA LUMPUR - Malaysia mara bergaya ke separuh akhir Kejohanan Kriket Bawah 17 Piala Asia dengan membaham Bahrain dengan 57 larian dalam perlawanan terakhir kumpulan B di Kathmandu, Nepal semalam.


Setelah memenangi ketiga-tiga perlawanan pusingan awal, Malaysia sebagai pendahulu kumpulan akan bertemu naib juara kumpulan A, Qatar esok. Dalam dua perlawanan terdahulu, skuad muda negara mengatasi Kuwait dengan tujuh wiket dan menumpaskan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan satu wiket.

Pertandingan format 40 over itu menyaksikan Malaysia tidak terkecuali menghadapi tekanan pada sesi pagi tetapi kemasukan pemukul lewat, Ahmad Zahid Adnan yang menghayun 65 larian tanpa tewas melonjakkan angka Malaysia sehingga 185-9.

Bahrain dilihat tidak terdaya dan mampu memukul setakat 33.4 over dengan angka di papan catatan berjumlah 128.

Pemutar kanan dari Sekolah Menengah Tinggi Kajang, Bakri Amin Zulkifeli bergaya dengan rangkulan 4-24 manakala Ramdan Samsuddin dan Kamarul Anuar Azhar masing-masing 2-17 dan 2-29.

Satu lagi babak separuh akhir esok menyaksikan tuan rumah dan pasukan pilihan, Nepal bertemu UAE.

"Kami akan lebih bersedia untuk pertemuan Selasa ini dan hanya latihan ringan akan digerakkan esok (hari ini) di Oval Tribhuvan,'' kata pengurus pasukan, Sham Jalil.

Dalam dua lagi perlawanan semalam, Nepal mengalahkan Singapura dengan empat wiket manakala UAE membelasah Kuwait dengan 100 larian.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 6-2-2009 06:59 AM
karam...
hantu sukan ni tak apa...
jangan   memang hantu dah la, ye --

gs -

*kira macam karam la...
hantu renang... tapi bukan hantu air -
same thing... lol  



karam bukan hantu air ok.. bukan hantu renang juga... sebab dah xsuka swim dah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2009 01:33 PM | Show all posts
lama dh tak main kriket ni..last skali main masa wakil skolah form 5 thn 2000 masa kat VI dulu..pastu masuk ipta sukan ni takde..so dh tinggal smpi skg..skolah pun tak bnyk skuad kriket ni..ipta lg la susah nak cari.. ..patut kementerian pelajaran kena kembangkan sukan ni kat semua skolah n u..br kita strong team nak wakili malaysia nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 09:03 PM | Show all posts
baru je baca news pasal team sri lanka kena serang.  hu hu hu...  teringat kat jayasuria ekekekekekeke....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 08:15 AM | Show all posts

Reply #690 Gemukkkkkkk's post

ada baca pasal sri lanka team kena serang tu.. -  sedih juga ye -
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 07:20 AM | Show all posts
Kriket: UKM, UIA mara ke babak akhir

KLANG - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengejutkan pasukan pilihan, Universiti Multimedia (MMU) dengan 21 larian untuk mara ke babak akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Klang, semalam.


Kejayaan mengetepikan MMU yang rata-rata dibarisi pelajar luar negara menemukan UIA dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk pertarungan penentu juara di UKM Oval, Bangi esok.

UKM pula mudah membelasah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan sembilan wiket dalam satu lagi perhitungan separuh akhir di gelanggang sama semalam.

Pemukul perkasa UIA, Zovier Morshed (46) dan Saiful Islam Khan yang mengumpulkan 24 larian telah melonjakkan jumlah skuad berkenaan ke angka 161 dalam peruntukan over penuh. Apa pun gerakan memintas gagal disempurnakan MMU walaupun Sakib Hassan berusaha hingga 16.5 over dengan 46 larian tanpa tewas.

Penjaga wiket nasional, Shafiq Sharif memastikan UKM melepasi sasaran dengan sumbangan 23 larian tanpa tewas manakala pada sesi memadang, pemutar kidal, Shahrulnizam Yusof meranapkan empat wiket untuk 10 larian.

MMU bertemu UPNM untuk penentuan ketiga di UKM Oval, Bangi hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 08:49 AM | Show all posts
Pengaruh kriket Australia

Indonesia yang mempunyai penduduk seramai 234 juta turut menerima tempias sukan kriket sejak hampir tiga dekad lalu.



WALAUPUN permainan kriket di Indonesia masih baru tetapi sambutan yang diberikan oleh masyarakat tempatan cukup memberangsangkan.

Semuanya tercetus daripada minat fanatik pendatang asing yang menjemput masyarakat negara tersebut menyertai sukan itu. Meskipun sukan tersebut masih baru, namun kriket semakin popular di Indonesia.

Lebih menarik, penduduk di sana memasang impian untuk bergelar pasukan kriket yang hebat dan gah di Asia.

Memandangkan Australia terlalu obses pada permainan kriket, lantas Indonesia yang terletak berhampiran dengan negara tersebut turut menerima tempiasnya.

Bagi menghangatkan lagi semangat sukan kriket, kumpulan bermastautin Australia yang menetap di Indonesia mewujudkan liga permainan tersendiri.

"Golongan bermastautin memerlukan lebih ramai pemain untuk membentuk sesebuah kumpulan. Ini kerana setiap kumpulan terdiri daripada 11 orang ahli. Justeru, mereka mula mengajak penduduk tempatan untuk menyertainya," jelas Pengerusi Kriket Indonesia, Sachin Gopalan.

Tambahnya, kriket menjadi permainan sosial yang dimainkan oleh kumpulan bermastautin. Pelancong juga semakin menggilai kriket sehingga menubuhkan kumpulan kriket di Jakarta dan Bali sejak lapan tahun lalu. Hasilnya, mereka mula menubuhkan pasukan kriket Indonesia.

Pada pengamatan Gapolan, kriket semakin mendapat sambutan kerana ramai penduduk tempatan yang berbakat dalam permainan tersebut.

Salah seorang peneraju utama permainan kriket, Bruce Christie yang berasal dari Australia telah menanam minat dalam kalangan penduduk Timur Nusa Tenggara pada pertengahan tahun 1990.

"Anak lelaki saya yang berusia 11 tahun begitu menggemari sukan kriket. Justeru, saya mencari seramai 20 hingga 30 pemain tempatan dalam pelbagai lapisan umur untuk membentuk pasukan kriket," kata Christie yang biasanya bermain kriket di padang bola dan gelanggang tenis.

"Penduduk Indonesia cepat dan mudah memahami cara permainan kriket kerana ia sama seperti kasti (permainan yang menggunakan kayu untuk memukul bola). Saya juga mengajar mereka menerusi tayangan pita rakaman dan menerusi buku permainan kriket," ujar Christie.

Jelasnya: "Kami juga mempunyai guru wanita warganegara Australia di Kupang. Saya fikir dia mampu menarik minat masyarakat tempatan menyertai permainan ini."


PENDUDUK Indonesia lebih cepat memahami
sukan kriket kerana ia menyamai kasti.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kriket Indonesia, Prakash Vijaykumar menyatakan segelintir pemain tempatan yang belajar bersama Christie telah pergi ke Bali untuk mempelajari permainan kriket dengan lebih mendalam.

"Mereka bakal menjadi perintis pemain kriket Indonesia," ujar Vijaykumar anak kelahiran India.

Pada mulanya, Gopalan dan Vijaykumar, mengakui rata-ratanya pasukan sorak hanya terdiri daripada sahabat handai dan saudara-mara sahaja. Ini kerana kebanyakan masyarakat Indonesia lebih berminat pada permainan badminton dan bola sepak berbanding kriket.

Lagipun kerajaan Indonesia tidak memperkenalkan permainan kriket sebagai sukan rasmi negara.

Namun begitu, Pertubuhan Kriket Antarabangsa telah memasukkan Indonesia sebagai ahli pertubuhan pada tahun 2001 dan sekitar bulan Julai akan datang, Indonesia bakal menjadi tuan rumah untuk perlawanan antarabangsa bawah 15 tahun yang melibatkan lapan negara dari Asia Pasifik Timur.

"Ini merupakan perlawanan antarabangsa yang pertama dianjurkan oleh Indonesia. Sedikit sebanyak langkah ini membantu memperkenalkan permainan kriket pada masyarakat tempatan," kata Vijaykumar.

Pemain kriket tempatan Rizky Tri Rubbi, 16, yang mengetuai pasukannya untuk menentang Singapura di peringkat suku akhir pada perlawanan kelab di Malaysia memberitahu kriket merupakan permainan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

"Mereka (pemain bermastautin) banyak membantu. Banyak yang saya pelajari terutamanya pendedahan mereka mengenai permainan kriket yang memerlukan ketahanan mental sebanyak 90 peratus dan 10 peratus untuk kemahiran," jelas pemukul kriket berbadan kecil yang cukup kagum dengan pemain kriket India, Sachin Tendulkar.



SUKAN kriket semakin digilai oleh masyarakat Indonesia.

Rubbi mula berkecimpung dalam permainan kriket ketika menuntut di Australia selama tujuh tahun apabila mengikuti ibu bapanya yang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Australia

"Selepas pulang dari Australia, saya mula menyertai pasukan Indonesia dan perlu bermain dengan pemain yang kebanyakannya bermastautin di sini. Saya juga tidak mengalami sebarang masalah bermain dengan bangsa asing tetapi faktor perbezaan umur yang menjadi masalah," ujarnya.

Rubbi yakin Indonesia mampu bertanding di peringkat kebangsaan pada 10 tahun akan datang sekiranya kerajaan memberi perhatian dan sokongan yang sepenuhnya.

"Saya tidak berniat untuk menyalahkan ahli pasukan, tetapi bagi saya kecemerlangan Indonesia masih berada di tahap yang teruk," kata Rubbi lagi. - AFP

****************************************************************************************

tak pernah perasan mamat2 indon kat malaysia ni yang gila main cricket...
ke... saya tak perhati betul2... -  yang tahu orang Bangla dan indian
yang memang suka sangat cricket ni --

*..errr gemukkkk  orang indon ke orang perak ni??? lol -

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 08:01 AM | Show all posts
Sunday March 15, 2009
Kiwis get easy win


WELLINGTON: Jesse Ryder shone with both bat and ball in New Zealand抯 eight-wicket win over India in their fifth and final one-day international at Eden Park in Auckland yesterday.

Ryder captured three wickets then blasted a quick half-century to set up his team for their first win of the series as the hosts avoided a whitewash.

Martin Guptill also chipped in with an unbeaten 57 as new Zealand cruised past India抯 modest total of 149 with a reply of 151-2 in 23.2 overs.

India抯 chances of winning the match were in ruins after they were bowled out cheaply with 25-year-old Ryder picking up the wickets of Yuvraj Singh, Mahendra Singh Dhoni and Yusuf Pathan with his medium pacers.

Jacob Oram, who had failed to take a wicket in any of the previous matches, made up for lost time when he dismissed Suresh Raina in his first over then claimed the prized scalp of in-form opener Virender Sehwag for 40.

Iain O払rien also grabbed two late wickets while India contributed to their own downfall with the needless run outs of tailenders Harbhajan Singh and Zaheer Khan after mix-ups with top scorer Rohit Sharma (43 not out).

New Zealand were given 43 overs to reach their target after the match was reduced by seven overs per side because of heavy rain before the scheduled start, but eased to victory with 118 balls to spare.

India won the series 3-1 after winning in Napier, Christchurch and Hamilton, while the other match in Wellington was washed out.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:50 AM | Show all posts
UKM tepati ramalan juara Twenty20



BARISAN JUARA... Pemain dan pegawai UKM meraikan kejayaan
merangkul kejuaraan Kriket Twenty20 UKM setelah menyingkirkan
UIAM dengan tujuh wiket di UKM Oval, Bangi, semalam.


BANGI - Beraksi di gelanggang sendiri seakan-akan memberi tuah buat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila merangkul kejuaraan Piala Menteri Pengajian Tinggi pada Kejohanan Kriket Twenty20 UKM selepas menewaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan tujuh wiket dalam saingan mendebarkan di UKM Oval, Bangi semalam.

Perancangan UIAM untuk memukul terdahulu setelah memenangi undian ternyata menjerat pasukan sendiri berikutan angka yang dikumpulkan skuad yang rata-rata dibarisi pemain luar negara hanya melakukan 109 larian dalam 19.1 over.

Pemukul UIAM, Mirza Nimmer Beg mengetuk 46 larian diikuti Mohd. Naleef dengan 16 larian manakala Zovier Morshed mengumpul 10 larian.

Pembaling kidal UKM, Shahrulnizam Yusof bergaya memutar di lapangan tengah dengan analisis serbuan, 5-18 yang kemudiannya dipilih pemain terbaik perlawanan akhir.

UKM tidak tertekan apabila tiba giliran mereka memukul sebaliknya cemerlang apabila mengatasi lawan, 110-3 dalam 11.5 over sekali gus muncul juara.

Aminudin Ramly menyumbang 35 larian untuk UKM diikuti Ahmad Faiz M. Noor dengan 26 larian tanpa tewas manakala Faizal A. Hassan, 24.

Jurulatih UKM, Haris Abu Baker berkata, walaupun sudah memenangi dua kejuaraan dalam tempoh sebulan barisan pemainnya berharap dapat merangkul kejuaraan tambahan dalam masa terdekat ini.

"Kami mahu menjuarai Kuala Lumpur sekali gus merangkul Trofi Datuk Bandar," katanya semalam.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga kelmarin, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) mengalahkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan dua wiket.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:11 AM | Show all posts
my ex bos gile main kriket ni... ada beberapa pic dia main kriket kat dalam pc ni.. ahahaha.. nanti kalau karam jahat karam postkan...

p/s menyampah gan dia... wakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2009 12:32 PM | Show all posts
dah lama tak jenguk thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 12:34 PM | Show all posts
tapi aku respect la sekarang ni ada uni dah ada oval sendiri.  time aku dulu, cam sial je takde sapa pandang game ni.  nak main petang-petang pun kena nyelit sana-sini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:36 PM | Show all posts
tgk kat ukm ada oval ni..... uni lain xjenguk lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 07:27 PM | Show all posts
Kriket: Sri Lanka pertahan kejuaraan

KLANG - Sri Lanka mengekalkan kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa sekali gus merangkul Trofi Tuanku Ja'afar apabila mengetepikan Malaysia dengan enam wiket dalam saingan berat sebelah di Bayuemas Oval di sini semalam.


Malaysia terjebak dengan tekanan apabila dipaksa memukul pada sesi pagi dalam sekitaran lembap dan tindakan pelawat yang memenangi undian itu memusnahkan lima wiket skuad negara dalam hanya 5.5 over.

"Semua pemukul harapan dipulangkan ke astaka dan Malaysia berada dalam situasi amat tertekan.

"Tetapi hasil gandingan pemukul lewat memastikan sedikit kelegaan daripada diaibkan," kata pengurus pasukan, Mat Rani Seman.

Angka 73 di papan catatan membayangkan kejuaraan mudah bagi Sri Lanka tetapi skuad negara test itu pula menghadapi masalah dengan tiga pemukul awal, Shasheen Fernando (14 larian), Ronaka Ahangamage (4) dan Kausal Mendis (4) dikeluarkan awal.

"Berpandukan sasaran rendah, pemukul Sri Lanka pula menggamit masalah dan kemenangan semalam belum boleh dianggap bergaya kerana kehilangan empat wiket," kata Bendahari Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka, Rohana de Silva.

Pemain kerdil dari Moratuwa, Kausal Mendis dinamakan pemain terbaik kejohanan berikutan kecemerlangannya memukul di lapangan tengah.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang menganjurkan kejohanan ini sejak tahun 2004 sebagai pendedahan kepada kesinambungan program pembangunannya akan memastikan sebuah lagi pasukan menyertai pertandingan tahun depan.

"Apa pun ini bergantung kepada sokongan penaja seperti Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan dan Island & Peninsular Berhad," kata Pegawai Pembangunan Kriket Melayu, Haris Abu Baker.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.077171 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list