Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
80508
View
771
Reply

Cricket

[Copy link]

Author: zamz00       Show all posts   Read mode

Post time 9-7-2008 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by ecam at 9-7-2008 10:45 AM
aku nengok cara dia grip bola pun lain macam je.... patutla diorang panggil carom ball...

mmg sebijik cam main caromm



ok....ok....kita follow progress dia ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 11:15 AM | Show all posts
baca sig tu kan, terasa macam kesian pulak tengok situasi kat zimbabwe tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 11:37 AM | Show all posts

Reply #662 Gemukkkkkkk's post

ironi seorang pemimpin
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 01:30 PM | Show all posts
tu la kan.  sedangkan aku admit, kriket banyak pengaruh kepada aku.  sedikit sebanyak ajar aku jadi penyabar dan berfikir sebelum buat apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #664 Gemukkkkkkk's post

agreed!! block if they bowl right at you.. and punish 'em when they make mistakes

patience is the key.... and good manners
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 11:17 PM | Show all posts
2008/07/21


Cricket: Prince reigns as SA take charge


[table][tr][td]
Ashwell Prince (right) of South Africa runs past
England's Andrew Flintoff in the second day of the
Second Test on Saturday. Inset: Prince.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 09:42 PM | Show all posts
muahahahahahhh england pulak tergolek
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 11:12 AM | Show all posts
Gang,

It has been a while since my last post.

I would like to see everyone here to get together at least once a month so that we could organize a real cricket match be it a social game or competitive ones. Probably the least that we could do is to form "CARI FORUMERS CRICKET CLUB", we can take part in any competition/tournament within Klang Valley vicinity.

In view of the month of Ramadhan next week, I wish all Muslims Ramadhan Kareem.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 09:40 PM | Show all posts
that's a novel idea.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 06:41 AM | Show all posts
Originally posted by crickethead at 27-8-2008 11:12 AM
Gang,

It has been a while since my last post.

I would like to see everyone here to get together at least once a month so that we could organize a real cricket match be it a social game or  ...



a great idea -
pada yang main cricket - hopefully boleh contact each other -
and arrange some match....
lepas match boleh minum teh tarik dan stuff --

boleh main kat royal selangor club kan --?

for sure saya akan pergi - - memang tak tahu apa2 langsung pasal cricket ni -
kalau konda kondi  tu okay la juga -- gs -
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 07:55 AM | Show all posts
Pemain kriket SSBP perlu berpindah segera
Oleh TL ANG


ASYRAF... Aksi hebat sewaktu memadang

USAHA memindahkan sekurang-kurang lapan pemain kriket dari Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Johor menghampiri kenyataan setelah perbincangan pusingan kedua berlangsung antara pegawai Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran dengan Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Perbincangan kedua yang berlangsung di Putrajaya semalam membayangkan keputusan muktamad akan diketahui minggu depan sama ada lima pemain di tingkatan empat dan lima tahun 2009 berupaya dipindahkan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dua lagi pemain yang akan berada dalam tingkatan tiga dirancang berpindah ke sebuah lagi pusat Projek Kriket Nasional kendalian Kriket Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor.

Kriket Melayu yang bertanggungjawab terhadap pusat di SSBP sejak diwujudkan pada tahun 2003 untuk melahirkan pemain berprestasi tinggi terpaksa memohon perpindahan baki pemain di SSBP kerana sekolah berkenaan sudah tidak lagi melakukan pengambilan baru sejak awal tahun ini kerana difahamkan kriket bukan terkandung dalam kumpulan sukan teras.

Kami terpaksa menempatkan baki pemain dengan kadar segera untuk terus membangunkan mereka termasuk penumpuan dari sudut kejurulatihan, kata Setiausaha Eksekutif Kriket Melayu, Sri Murigak Madhavan.

Kriket Melayu sebagai pendahulu program pembangunan kriket di Malaysia memiliki empat pusat Projek Kriket Nasional C Pembangunan Menengah iaitu di SMK Victoria, Kuala Lumpur; SMK Penang Free; Sukan Sekolah Bandar Penawar, Johor dan SMK Tinggi Kajang dengan pengawasan jurulatih luar negara.

Lebih kurang 80 peratus daripada pemain yang membarisi skuad peringkat negara lahir menerusi program berkenaan.

Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran, Jame Alip berkata, segala rumusan perbincangan akan diteliti dengan baik dan keputusan perpindahan akan diumumkan kepada Kriket Melayu selewat-lewatnya minggu depan.

Kami mahu menyegerakan proses perpindahan yang dirujuk kepada kementerian. Cuma buat masa ini kita perlu melakukan penelitian agar pelajar terbabit tidak dibebani dengan sukatan pelajaran yang berlainan apabila bertukar sekolah, katanya.

Perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom untuk memperoleh sokongan segera memandangkan cuti semester akhir tahun akan diharungi tidak lama lagi.

Pelajar terbabit untuk perpindahan tahun depan ialah Asyraf A. Rahman di samping Hariz Darus, Normuhamadnafee Tukimin (tingkatan lima), Faizal Tokiran, Ridzuan Shamsuri, Bakri Amin Zulkifeli (tingkatan empat), Hairudin Haron dan Syahadat Ramli (tingkatan tiga).

Asyraf merupakan pemain skuad bawah 17 negara manakala Faizal baru balik mewakili skuad bawah 15 Malaysia yang menduduki tangga keempat di Hindia Barat. Hairudin dan Syahadat merupakan pemain bawah 13 Malaysia yang bertanding di Sri Lanka tahun lepas


*****************************************************************************

mana gemukkk  ye...
saya tengok few times aje cricket ni...
masa kecil dulu main konda kondi aje
ala ala cricket la juga... cricket budak kecil -
tapi... kawan2 saya - yang bangladeshi
wahhh suka betul dengan cricket -
dan sorang kawan tu bf dia pemain cricket
so ada la juga cerita2 tentang cricket ni
suka tengok imran khan aje  -

malaysian pun ramai pemain2 cricket yang
berpotensi, eh.. -- elok juga depa nak terapkan
dari sekolah lagi...   bila lagi gemukkk nak
main cricket - kat selangor club tu sokmo
ada buat matches -


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 09:02 PM | Show all posts
kat ipoh ni payah sikit nak cari geng.  kalau ada sesapa geng perak malays boleh tolongkan, bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 07:41 AM | Show all posts
Juara India turut serta
Oleh TL ANG

JUARA dari India, Universiti Mysore telah menyatakan kesanggupan untuk menyertai Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Asia yang akan dianjurkan buat tahun kedua oleh Universiti Kebangsaan Malaysia mulai 19 hingga 24 Mei tahun depan.

Juara bertahan pertandingan antara institusi pengajian tinggi di India itu telah mengumumkan hasrat bertanding menerusi wakil Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Bengaluru (Bangalore), India, PV Shashikant kelmarin.

Kejohanan kedua anjuran UKM itu pasti menarik kehadiran lebih empat pasukan yang beraksi dalam kejohanan lalu tahun ini. Tidak menafikan, juara bertahan, Universiti Colombo pasti menyertai di samping Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin mengalu-alukan penyertaan juara dari India itu dan menyifatkan saingan bagi musim 2009 akan lebih hebat.

Penganjur mengharapkan agar penyertaan bertambah sehingga lapan pasukan dengan meletakkan syarat pasukan tempatan sekurang-kurangnya dua.

UKM akan turut mengundang sebuah pasukan dari Pakistan dan satu lagi dari Bangladesh untuk memastikan kerancakan pertandingan memandangkan dua-dua negara berkenaan adalah daripada kalangan negara elit kriket dunia.

Sementara itu Kejohanan Kriket Piala Tuanku Ja'afar yang tidak dianjurkan tahun ini akan kelolakan pada awal Februari 2009. Pertandingan ini akan membabitkan format Twenty20 dan berlangsung di UKM Oval dan Bayuemas Oval.

"Kami mengutamakan format Twenty20 sebagai langkah untuk mempopularkan acara sebegini kerana ia turut dianjurkan dalam Sukan Asia di Guangzhou, China tahun 2010," kata Pegawai Belia dan Sukan UKM, Fairus Shafie.

UKM juga akan melantik bekas penjaga wiket kebangsaan, Haris Abu Baker sebagai jurulatih skuadnya bulan depan.

Haris amat ditagih UKM kerana institusi berkenaan memiliki enam pemain bertaraf kebangsaan iaitu Shahid Ali Khan, Faiz M. Noor, Shafiq Sharif, Haziq Zainuddin, Aliman Ahmad dan Shahrulnizam Yusof.


***********************************************************************************************

abang kawan saya jadi international referee untuki cricket ni - baru aje balik
dari thailand -  saya pernah tengok orang main cricket (pada saya ala ala konda kondi
tapi kalau tengok betul2 memang seronok sangat - bangla pun ramai yang suka cricket ni -

gemukkkk tak ada buat games ke kat tempat kerja -- macam lawan inter-banks ke or -
ada cricket society ke kat kerja.. - ada yang buat camtu -
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 08:40 AM | Show all posts
kat tempat saya, takde.  kat sini tak de support aktiviti camni.  mintak la abang dexa postkan gambar-gambar kalau ada...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 08:56 AM | Show all posts

Reply #674 Gemukkkkkkk's post

tu kawan saya punya abang -
nanti saya akan tanya dia - kalau dia boleh dapatkan -
insyallah --  last week dia pergi Thailand - few days
dia umpire contract dengan msn --

dulu tak silap dia guru kat VI -
so memang dia guru sukan dan ajar cricket juga

saya akan tanya kawan saya pasal tu -

gemukkk.. tanya spit -- dia main cricket tak -
sebab spit main rugby juga... dia suka sukan -
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 09:53 AM | Show all posts
bro spit tak main kriket.  dia main ragbi.

kalau VI, patut la.  memang kriket pun sukan glamer kat sana.  VI memang strong dalam kriket.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 05:29 AM | Show all posts
Mengharungi tekanan di Colombo
Oleh TL ANG


BARISAN bawah 14 yang akan bersaing di Sri Lanka.


WALAUPUN tersentak dengan penarikan diri Afrika Selatan dua minggu lepas, Kejohanan Kriket Trofi Melayu Antarabangsa VIII di Colombo, Sri Lanka masih diteruskan oleh penganjur, Kelab Sukan Moors.

Presiden Moors, Shafeek Rajabden mengumumkan kepada media di Colombo semalam bahawa pihaknya akan mempertaruhkan tiga perlawanan 50 over dalam acara senior walaupun Melayu Malaysia hanya menyenaraikan barisan bawah 19.

Katanya, bagi acara remaja bawah 14, tiga pasukan akan mengambil bahagian iaitu Moors, Melayu Malaysia sebagai juara bertahan dan pasukan kuat, CCC School of Cricket dari Sri Lanka.

''CCC menjadi pilihan kerana mereka adalah rakan rapat Persatuan Kriket Melayu Malaysia termasuk sekutu penting Moors,'' kata Rajabden yang juga anggota parlimen Sri Lanka.

Melayu Afrika Selatan adalah juara bertahan acara senior dan ketidakhadiran mereka pada saat akhir disebabkan kekalutan ekonomi yang melanda negara itu berikutan paras mata wang negara itu, rand merudum teruk berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ketua rombongan Melayu Malaysia ke Sri Lanka, Sham Jalil pula menganggap ketidakhadiran Afrika Selatan tetap menyemarakkan penyertaan skuad berkenaan yang bertanding mulai 19 hingga 25 Disember.

"Kami terpaksa menghantar pasukan bawah 19 kerana memberikan peluang kepada skuad ini menerima pendedahan berkualiti di peringkat antarabangsa sebelum bersaing dalam Piala Asia Bawah 19 tahun depan.

"Apa pun peluang untuk menumbangkan Moors didapati sukar kerana pasukan lawan merupakan antara dua pasukan terbaik dalam liga utama Sri Lanka,'' katanya.

Antara yang bakal mengepalai barisan bawah 19 ialah pembuka pukulan kebangsaan, Faris Almas-Lee bersama penjaga wiket, Shafiq Sharif, Aminudin Ramly, Syazrul Ezat Idrus dan Zaid Asyraf Norazmi.

Untuk pasukan bawah 14, Melayu Malaysia menampilkan pasukan yang akan bertarung dalam Piala Asia Bawah 15 bulan Mei depan di Singapura.



FARIS ALMAS-LEE... berhadapan serbuan awal.

Di samping bersaing dalam acara remaja Trofi Melayu Antarabangsa, pasukan negara akan bertanding dalam saingan merebut Trofi Nelson Mendis bermula 11 Disember. Kejohanan 30 over itu disertai 40 pasukan termasuk dari India dan Pakistan.

Trofi Melayu Antarabangsa merupakan kejohanan yang diilhamkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 yang disokong oleh Kelab Kriket Melayu Colombo dan Kelab Kriket Ottoman dari Afrika Selatan.

Kelab Kriket Melayu Colombo tidak aktif selepas pertandingan tahun 2003 dan Kelab Sukan Moors mengambilalih tanggungjawab mulai tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 08:31 AM | Show all posts
bestnya sekarang ni.  under-14 pun dah merasa semua ni.  dedulu, merasa main u-16 atau u-18 pun dah rasa seronok gila.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 08:20 AM | Show all posts
Skuad wanita negara naib juara


PEMAIN Nepal meraikan kejayaan mereka selepas
menghampakan skuad negara pada aksi akhir.



NEPAL menghampakan skuad kriket wanita negara.
Mereka menang dengan tujuh wiket pada perlawanan akhir Kejohanan Kriket Wanita ACC Bawah 19 Tahun yang berlangsung di Chiang Mai, Thailand semalam.


Perlawanan tersebut berlangsung sengit yang menyaksikan pemain wanita negara menampilkan aksi yang tidak kurang hebatnya sebelum tunduk dengan tujuh wiket.

Ini merupakan kekalahan kedua skuad negara kepada pasukan yang sama dan pertama ialah pada perlawanan peringkat kumpulan B, juga dengan margin yang sama.

Kejohanan ini mendapat penyertaan daripada 12 pasukan antarabangsa.

Nepal yang sudah memahami corak permainan Malaysia memilih untuk memulakan aksi memadang terlebih dahulu selepas memenangi undian.

Di awal saingan, aksi kedua-kedua pasukan agak seimbang tetapi selepas over ke-16, semuanya sudah berakhir buat skuad negara yang dibarisi pemain berusia 14 hingga 15 tahun, kebanyakannya pelajar dari Sarawak dan Lembah Klang.

Pembuka Nepal, Maya Rawat tampil cemerlang apabila melakukan 15 larian dan kedudukan mereka semakin kukuh selepas Trishna Singh mencatat sembilan lagi larian, Sita Magar (8) sekaligus menjulang trofi berprestij itu dengan kemenangan 47-3.

Pengurus pasukan Malaysia, Gerad Denis Singam bagaimanapun tetap berpuas hati dengan rentak permainan yang dipamerkan oleh barisan pemain negara yang sudah mula memperlihatkan kematangan dalam sukan tersebut.

Menurutnya, sebahagian besar daripada pemain negara baru berjinak dengan sukan tersebut sejak setahun lalu dan berdasarkan prestasi yang dibuktikan pada kejohanan di Chiang Mai itu, mereka mempunyai masa depan untuk maju.

"Mereka mencatat kejutan. kejyaan muncul naib juara daripada 12 pasukan yang bertanding ada sesuatu yang diluar jangkaan. Mereka masih muda dan peluang untuk meningkat terbuka luas," katanya.



DEWI CHUNAM (tengah) disekat oleh pemain
Nepal pada perlawanan akhir semalam.



Pada kejohanan itu, skuad negara menewaskan Kuwait dengan 82 larian, Bhutan (45 larian), China (10 wiket) dan membenam Singapura dengan 46 larian pada saingan peringkat kumpulan.

"Pada pusingan separuh akhir, mereka telah membuktikan kemampuan sebenar apabila menewaskan Hong Kong dengan dua dua larian.

"Hong Kong adalah pilihan kedua pada kejohanan ini. Saya anggap kejayaan ke atas Hong Kong adalah satu kejayaan yang sangat membanggakan," katanya.


*******************************************************************************************


walaupun tempat kedua - tahniah pada squad malaysia -
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 09:49 PM | Show all posts
dah lama tak jenguk thread ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081275s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list