CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamz00

Cricket

[Copy link]
Post time 11-4-2009 03:49 PM | Show all posts

salam

Assalamualaikum / Salam sejahtera.

dah lama dalam CARI ni, tapi baru semalam "termasuk" ke board ni. tgk ada pula thread kriket.

secara amnya, saya baru sahaja menceburkan diri dalam kriket ni. baru dalam 2 tahun lebih. sebabnya adalah apabila saya berpindah, sekolah yang saya masuk tu ada kelab kriket tetapi tiada guru yang hendak melatihnya. saya sebenarnya bukanlah orang sukan. main bola sepak pun tak pandai. sepanjang hidup saya, sukan atau permainan yang saya pernah sertai pun sekadar catur (itupun masa temuduga mereka tak iktiraf catur sebagai sukan/permainan tetapi mereka kata aktiviti kelab) dan juga Petanque (semasa di maktab) lain daripada tu, memang saya rasa saya tidak berminat malahan bolehlah dikategorikan sebagai kaki bangku.

Berbalik kepada macam mana boleh terbabit dengan kriket ialah apabila GPK koku tanya saya, nak jadi guru penasihat apa, saya dengan senang hati pilih kriket sebab utama ialah nak belajar permainan baru disamping tgk guru yang lain tak berminat nak melaksanakannya. depa lebih suka bagi budak main roundes. so dari situlah bermulanya pembabitdan dengan memula sekali ikut (setakat tgk sahaja) guru-guru daerah (depa kemudiannya buat persatuan kriket daerah) menentang pasukan kriket guru-guru daerah Kelang. lepas tu ikut kursus kejurulatihan yang dianjurkan oleh SCA (Selangor Cricket Association). kemudian saya menubuhkan pasukan kriket sekolah. memang mencabar kerana saya membentuk pasukan bermula daripada zero. ialah, kriket...nama pun budak pikir pelik..dok ingat main tangkap cengkerik ke...berbanding dengan badminton, takraw dan bola sepak yang dah memang selalu budak nampak.

saya bermula dengan hanya berbekalkan sebatang bat (kalau hayun kekuat comfirm patah) bola geah lembut (sebab ada ke pembekal bagi bola tennis tapi warna merah..memang kena tipu la cikgu sebelumnya) dan wicket. untuk tahun pertama...memang jadi pasukan tercorot la. tapi tak pa...baru nak mula. budak pun tak paham lagi nak main. cikgunya pun sama, belum arif. tapi tak pa...tu baru pengenalan. bagi budak faham dulu. kalah menang tu belakang kira.

Alhamdulillah, akhir tahun boss dengan kerjasama SU sukan sudi belikan aku set kriket. so dapat la sebatang bat yang sesuai utk budak main, satu helmet, sepasang batsman glove, sepasang wicket keepr glove, sepasang pad, satu pelindung dada, dan satu bowlguard dan beg. habis mau seribu lebih. sebelum tu, memang pinjam jer la dari team lawan masa kejohanan. memang kami pergi kejohanan melenggang.

masuk tahun kedua, SCA buat kursus lagi. so dapat set kriket plastik utk latihan dan juga digunakan utk kejohanan MAke Kriket Fun @ Kriket ria khusus utk pengenalan dan dimainkan oleh murid bawah 10 tahun. utk tahun kedua ni, ada peningkatan. walaupun masih dibelakang tetapi dah berjaya melahirkan seorang pemain utk wakil daerah dan seterusnya bermain di bawah SCA School ketika kejohanan FTA/DRB HICOM under 12 cricket tornament di Padang Kelab diraja Selangor di Damansara, Selangor. SCA School berjaya menjadi johan dengan menewaskan MANZA (Malaysian Australia and New Zealand Association) Junior apda perlawanan akhir. dalam kejohanan ini, boleh dikatakan disertai oleh team yang hebat seperti PJ, Kelang, Sekolah Sukan yang sudah pasti ada kemudahan yang lebih baik berbanding kebanyakan pemain SCA yang rata-rata murid sekolah kampung.

bagi kriket ria, team yang dibentuk berjaya menempatkan diri di tempat keempat. bagi aku itu kira bagus juga kerana memang pemainnya semua masih fresh. masih zero mengenai kriket. 2 pemain kemudiannya terpilih utk mewakili daerah ke Kejohanan Mini Tunas Olimpik (KATMO) di PJ dan berjaya menempatkan diri di tempat ke tiga negeri Selangor.

tahun ini, peningkatan semakin bagus apabila team berjaya menempatkan diri di tempat keempat daerah. itupun kalah sebab kecederaan pemain kami. kalau tak memang tempat ketiga dalam tangan. tapi tak apa, team telah berjaya menghasilkan wicketkeeper terbaik daerah.

apapun, aku memang berbangga sebab berjaya mewujudkan sukan kriket di sekolah dengan bermula dari kosong dan kini sudah mula menampakkan hasilnya. walaupun ada rintangan dan kekangan tapi tak kurang juga yang membantu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 10:09 AM | Show all posts

Balas #701 CharlieDale\ catat

wah bagus ler.... sangat bagus
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:41 PM | Show all posts
sebenarnay aku tak larat sangat nak selak semua page, tgk apa yang ada..baru baca dalam 10 page jer. len kali la tgk dan baca yang lain.

apa yang aku buat pun kerana nak belajar sesuatu yang baru disamping nak mengerakkan kelab kriket yang sebelum ni wujud hanya atas nama sahaja. malahan nak bagi peluang murid lain yang juga tak ada bakat nak main bola ke, berlari ke sebab ada juga budak yang aku pilih ni badan berisi, gempal. lagipun permainan kriket ni berlari sangat tu tak ada la cuma sesekali je. lagi satu aku banyak bagi peluang kat murid kelas belakang. ini supaya paling tidak mereka dapat rasa dan tumpang utk beri sesuatu bukan sahaja utk sekolah tetapi diri sendiri. yerla kan..kelas belakang kalau nak ikut acara yang akademik dah memang tentu tak boleh, so kalau aku buka peluang utk main kriket, paling tidak ada juga la segulung sijil penyertaan utk dia.

lagipun, kita sepatutnya sedar, mengajar bukan setakat dalam kelas sahaja. ia meliputi semua termasuk sukan dan aktiviti luar seperti berkhemah. tetapi masih ada juga yang masih anggap cikgu tu mengajar je dalam kelas lepas tu exam.aktiviti luar langsung tak mau ambil tahu.

seperti yang saya katakan, banyak rintangan masa kendalikan team ni. paling berat ialah bila tak cukup alat. banyak belajar teori je. buat pitch pun pakai tepung dan kon sebagai penanda. belum lagi sesama rakan setugas yang nak kata kutuk ke, apa ke atau gurau aku tak tau la...tau la bola jaring yang dilatihnya johan daerah paling tidak naib johan dan GPK aku (dah pindah) pula pro akademik..boleh kata " buat apa nak hantar tema kalau kalah..buat habis duit je" kalau dok pikir macam tu..buat la game baru..main sorang sorang..mesti menang punya...matlamat kita nak hantar team adalah sebagai pendedahan, bagi tgk sekolah orang, belajar bergaul, berkomunikasi dan banyak lagi...bukan terhad dan tertumpu kepada menang. memang la, siapa yang tak nak menang..tetapi sebelum menang kenalah kalah dulu dan belajar bagaimana untuk menang. bukan terus masuk terus johan...bukan tak boleh..tapi jarang-jarang la berlaku.

apa pun, aku memang rasa seronok bila tgk apa yang aku usahakan berhasil walaupun mungkin belum capai untuk jadi Johan daerah tetapi kalau dapat gugat pasukan senior dan ada yang jadi wakil daerah, utk pun dah cukup bermakna.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:57 PM | Show all posts

Stump out!



Antara gambar yang sempat saya rakamkan ketika perlawanan akhir antara SCA School menentang MANZA Junior dalam kejohanan FTA/DRB HICOM 2008 di Padang Kelab Di Raja Selangor, Damansara. gambar ini adalah ketika 1st inning di mana MAMZA Junior adalah batting manakala SCA School sebagai Fielder.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 02:20 PM | Show all posts

Balas #704 CharlieDale\ catat

mekasih sebab share ya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 02:49 PM | Show all posts

Balas #705 karambunai\ catat

Hehehe..sama-sama. ada lagi gambar kalau nak share. tapi nanti-nanti la..bila senang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2009 02:53 PM | Show all posts

Balas #706 CharlieDale\ catat

ok ajer.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 05:26 PM | Show all posts
Baru sebentar tadi tengok macam mana bat kriket di buat dalam dokuemtari How it's made saluran 551 Discovery.

cerita pasal bat, satu hari, masa pergi meronda kedai bundle, jumpa bat kriket. depa jual harga tak sampai RM10. aku borong dalam 6 batang (sebab pakai duit aku dan kebanyakannya dah ada yang dimakan bubuk) tapi tak la setaraf MB malik atau Gray Nicolls. sekadar boleh diguna untuk latihan pun dah ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 09:07 PM | Show all posts
wah wah wah tahniah charliedale!  orang cam korang la yang boleh up-kan lagi kriket di malaysia ni.  tu la, kriket ni kalau nak bertapak di sekolah mesti kena ada support.  tu la bagusnya kalau ada sesapa berduit lebih yang boleh adopt sekolah berdekatan atau sekolah lama.  bukan apa, harga equipments memang satu masalah.

pasal bat tu, kat ipoh pun pernah nampak diorang jual setiap ahad kat pasar lambak di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 09:10 PM | Show all posts
ni pengalaman aku sendiri je la.
masa bersekolah dulu, permainan kriket binakan jati diri aku.  dari pemarah, aku jadi penyabar.  dari tergopoh-gopoh, aku jadi lebih tenang dan buat analisa dulu.
biasanya kalau kita dah jadi penyabar dan berfikir 2 kali sebelum bertindak, ianya jadi foundation untuk banyak good values lenlain pasal kita tak lagi senang-senang ikut suruhan setan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 10:41 PM | Show all posts

Balas #709 Gemukkkkkkk\ catat

anyway, aku bukan orang sport. macam aku kata, aku kaki bangku. walaupun pernah pergi kursus kejurulatihan bola tampar, tapi aku tak minat. aku minat cuba sesuatu yang baru contoh macam Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) boleh dianggap masih baru. aku sukarela tawarkan diri pergi kursus walaupun sebelum ini aku ada pengalaman dalam pengakap dan Bulan Sabit Merah. sama juga macam kriket, saja nak rasa sukan baru.

Kalau ikut sejarah kriket di daerah aku ni bermula dengan sorang cikgu tu perkenalkan di sekolahnya. oleh kerana tiada peruntukan, dia potong batang penyapu buat stump dan bail. siap diraut cantik. tang bat tu aku tak pasti pula dia guna apa, matbe guna bat kriket dia sendiri. bermula dari situ, pada 2002 kalau tak salah bermula kejohanan pertama daerah yang aku rasa disertai dalam 3 sekolah sahaja. sekarang adalah dalam 7-8 sekolah yang aktif.

Selain daripada peralatan yang mahal, jurulatih serta guru yang berminat adalah satu faktor untuk memastikan sukan kriket ini dapat dikembangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 07:00 AM | Show all posts
SMK Penang Free tundukkan Victoria

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penang Free menayangkan kegarangan dengan membaham Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI), Kuala Lumpur dengan ining dan 68 larian dalam Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran di Oval Victoria, semalam.

Walaupun ketiadaan tiga pemain utama, Fikri Makram Rosdi, Keithan Goonasagaran dan Zaid Asyraf Norazmi yang kini mewakili skuad bawah 19 negara pada Piala Asia di Kuwait, barisan utara itu tidak terkecuali melonjakkan keperkasaan barisan itu yang turut sama menumpaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang dengan ining dan 112 larian di Oval Frees, Pulau Pinang minggu lepas.

''Kami ingin merangkul gelaran secara hatrik setelah menang kejuaraan sejak 2007,'' kata Pengurus Penang Free, Hairol Amin Salim semalam.

Pembuka pukulan, Adib Rahim terlepas peluang mencapai pukulan seratus tetapi bergaya dengan angka 99 dalam ining awal kelmarin untuk mengheret SMK Penang Free melakukan 275-9 dalam peruntukan terhad 65 over pada ining pertama.

''Pemain kami rata-rata dalam tingkatan satu dan dua kerana sebahagian pemain yang telah mewakili pasukan peringkat usia negara telah berpindah ke sekolah biasa awal tahun ini.

''Apa pun kami masih memusatkan tumpuan untuk mara ke babak akhir Julai depan,'' kata pengurus VI, Wan Khairul Anuar Irwan Wee.

VI yang memenangi kejuaraan mulai 2004 hingga 2006 tersungkur prestasi mulai 2007 di samping terkeluar perhitungan dalam perlawanan akhir yang saban tahun berlangsung di Bayuemas Oval; gelanggang antarabangsa yang diiktirafkan oleh Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).

Dalam ining pertama kelmarin sekolah berkenaan hanya mengumpulkan 98 larian ditokok dengan 109 lagi dalam ining berikutnya semalam.

''Tiada apa yang istimewa sehingga kemenangan besar dicapai oleh Penang Free kecuali kegagalan VI meneguhkan iningnya.

''Lagi pun pemukul gagal melakukan aplikasi sempurna di lapangan tengah,'' kata bekas pemain kebangsaan, Sham Jalil.

Pertemuan seterusnya antara VI dan SMK Tinggi Kajang pada 9 dan 10 Mei di Oval Victoria.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 09:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 12:14 PM | Show all posts
yehhh seronok la baca.  kriket dah famous sekarang  
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 04:57 PM | Show all posts

Balas #714 Gemukkkkkkk\ catat

fames ek... ni mesti peminat setia ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 06:41 PM | Show all posts

Balas #714 Gemukkkkkkk\ catat

Actually berita tu aku yang tulis (dan aku selalu hantar berita pasal kriket dan aktiviti lain daerah ke Sinar) tapi sebab Sinar Harian punya polisi tidak mengambil berita dari stringer (pemberita sambilan) jadinya nama aku tiada la...tapi apa pun its ok la..janji berita keluar. aku pun bukan nak harap duit pun...matlamat aku nak masukkan berita jer.

dan itu semua adalah anak didik aku yang bermula dari kosong 3 tahun lalu (aku pun mula dari kosong juga masa latih depa ni). dulu kira pasukan belasahan jer...lani dah boleh bagi saingan. kalau tak kerana cedera, memang tempat ketiga dalam tangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 19-5-2009 16:57
fames ek... ni mesti peminat setia ni


Famous? hehehe..aku pikir tak ler famous lagi kriket ni kat Malaysia..masih dianggap elit lagi. nak dijadikan cerita, Bangla kerja kat kedai mamak pun tak percaya yang ada kriket kat Malaysia tambah lagi kat sekolah..depa ingat aku temberang..tapi ada sekali tu..buat perlawanan persahabatan, satu team tu boleh bawa pemain import..bangla Petronas..hampeh betul..main fast ball..tak boleh nak pukul..asyik defend jer..turn dia plak..asyik four six jer kejenya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 07:12 PM | Show all posts
miahahahah tu la kan, jangan tak tau para bangla ni la paling sesuai jadi training partner kita.  gamaknya kalau mca pandai, dia boleh organise satu tournament khas untuk foreign workers je.  boleh buat duit tu...

famous la berbanding dulu, charlie dale.  terimakasih kerana menjadi salah seorang penggerak sukan kriket ni.


karambunai,
mesti la, aku peminat tegar ekekekek...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 19-5-2009 06:45 PM


Famous? hehehe..aku pikir tak ler famous lagi kriket ni kat Malaysia..masih dianggap elit lagi. nak dijadikan cerita, Bangla kerja kat kedai mamak pun tak percaya yang ada kriket kat Malaysia ...


kalau ramai yang berpandangan n yang betul minat sukan ni macam ko.. aku rasa sukan ni mmg boleh fames kat mesia ni. satu lagi rasa nyer sukan ni byk org yang posh2 jer yang main....

thanx u sebab support sukan ni. sampai tuliskan utk sinar lagik. aik.. xdapat bayaran? jgn buat selalu mcm tu. dah ler xdapat bayaran. nama pulak x terpampang kat dada surat kabar...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 08:36 AM | Show all posts

Balas #718 Gemukkkkkkk\ catat

wow mcm tu pun ker... ok le tu...

mmg tegar ko gan kriket ni ek.... bagus2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.168802 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list