JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
52111
View
489
Reply

PERLIS ( SINGA UTARA ) : Shahidan sila letak jawatan la..

[Copy link]

Author: dollah_bedwi       Show all posts   Read mode

Post time 21-12-2006 10:25 AM | Show all posts
Perlis terus unggul



PENYERANG Terengganu, Abdul Manaf Mamat (kanan) menghalang pemain Perak, Danial Fadzly Abdullah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA LUMPUR - Juara Sumbangsih, Perlis terus unggul apabila meraih kemenangan selesa menewaskan Melaka 3-0 dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, semalam.

Kemenangan tersebut memastikan Perlis kekal selaku pendahulu liga selepas menewaskan Pahang 2-1 dalam perlawanan pembuka tirai Sabtu lalu.

Azlan Ismail menjadi tonggak kemenangan skuad Singa Utara apabila menyumbang dua gol manakala satu lagi menerusi Philimon Chepita.

Azlan menemui sentuhan jaringan seawal minit ketiga apabila menanduk masuk hantaran Shahriman Che Omar dan pada minit ke-29, dia menambah gol kedua.

Melaka yang tidak mampu menyaingi kehebatan Perlis rebah lagi. Kali ini giliran permata hitam Philimon Chepita menanduk sepakan sudut Jurad Chamrong.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kesempatan bermain di gelanggang sendiri dalam perlawanan pembukaan tidak membawa tuah buat Terengganu apabila sekadar seri 0-0 dengan Perak.

Hujan yang turun sebaik perlawanan bermula tidak menjanjikan perlawanan menarik dalam keadaan sebahagian padang ditakungi air.

Begitupun, satu mata yang diraih pastinya melegakan buat kedua-dua pasukan.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Kedah menebus kekalahan kepada DPMM FC dari Brunei Sabtu lalu apabila bangkit mengutip tiga mata penuh menewaskan naib juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan Naza 1-0.

Gol kemenangan Kedah dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Saramsak Kram pada minit ke-75 yang merembat kencang bola lantuan ketua pasukan Khairul Anuar Baharom.

Sementara itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Telekom Melaka mempamerkan aksi cemerlang apabila mudah menewaskan Selangor 2-1.

Tengku Hasbullah Raja Hassan muncul hero Telekom apabila menjaringkan kedua-dua gol kemenangan pada minit kelima dan 50 buat mengutip tiga mata berharga.

Selangor sekadar merapatkan jurang menerusi jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-80.

Di Stadium Sarawak, kejutan berlaku apabila Johor FC mencatat kemenangan pertama menewaskan Sarawak 2-1.

Fahruzzahar Ali muncul wira Johor FC apabila menyumbangkan kedua-dua gol kemenangan pada minit ke-22 dan 82 manakala gol sagu hati Sarawak pula dijaringkan oleh Joseph Kalang.

Dalam pada itu, di Stadium Sultan Hasanal Bolkiah, DPMM FC sekadar mampu mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Pulau Pinang.

Pulau Pinang membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi jaringan Mohd. Saufi Hamzah tetapi 10 minit sebelum tamat Viban Francis Bayong menyamakan kedudukan 1-1.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 11:00 AM | Show all posts
Tugas kapten Perlis bergilir-gilir

Oleh Kamudin Baharom

TUGAS ketua pasukan Perlis akan dipikul bergilir-gilir antara dua pemain senior - Mohd Fauzi Nan dan Mohd Nazaruddin Mohd Zain - pada awal musim Liga Malaysia yang baru bermula Sabtu lalu.

Pengurus Perlis, Adzmi Saad berkata, langkah terbaru itu adalah berikutan kesukaran untuk memilih siapakah di antara dua pemain berpengalaman dan berwibawa dalam pasukan yang lebih berhak untuk tugas berkenaan.

"Kedua-dua pemain ini mempunyai tahap keupayaan membanggakan, sifat kepimpinan dan pengaruh serta paling penting cukup dihormati rakan sepasukan. Jadi, sukar untuk kami memutuskan siapa yang wajar memikul tugas itu.

"Bagaimanapun, situasi itu hanya untuk tempoh sementara saja dan segalanya pasti akan dapat diselesaikan selepas mengharungi beberapa perlawanan Liga M selepas ini," katanya.

Apa pun, buat masa terdekat ini apa yang diputuskan ialah siapa di antara mereka yang diturunkan dalam kesebelasan utama, maka dialah menjadi kapten.

"Sebaliknya, seorang lagi pemain akan dikecualikan walaupun masuk sebagai pemain gantian. Begitulah seterusnya keadaan itu pada perlawanan seterusnya sehingga keputusan muktamad diambil,
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2006 05:18 PM | Show all posts

Reply #27 HangPC2's post

GO GO PERLIS....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 10:52 AM | Show all posts
Shahidan sedia lepas jawatan Presiden PFA

Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID

KANGAR - Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim bersedia melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sekiranya pengganti beliau dapat memberikan komitmen penuh kepada pasukan dan meneruskan kecemerlangan skuad Singa Utara.

Menurut Shahidan, beliau menyatakan hasrat itu kepada PFA yang mengadakan mesyuarat agung di sini, semalam kerana mahu memberi ruang kepada muka baru untuk menerajui persatuan.

Kalau tidak jadi presiden, saya boleh memegang jawatan lain termasuk penaung,
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2006 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 22-12-2006 10:52 AM
Shahidan sedia lepas jawatan Presiden PFA

Oleh: MUHD. NIZAM ABD. HAMID

KANGAR - Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim bersedia melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA ...



elok ke camtu??:ting:

kang merudum kang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 02:41 PM | Show all posts
sudahkah anda menembak di sini?
>>>LIGASUPER predict the score<<<

selamat menembak
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 11:41 AM | Show all posts
Perlis teruskan cengkaman

KUALA LUMPUR - Perlis terus menerajui kedudukan teratas saingan bola sepak Liga Super sekalipun sekadar mencatat keputusan seri 2-2 ketika berdepan Brunei di Stadium Negara Hasanal Bolkiah, semalam.

Keputusan tersebut memastikan Perlis mengutip 10 mata dan terus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan.

Brunei nyata garang ketika bermain di gelanggang sendiri. Seawal minit ke-15 gawang skuad Singa Utara bocor hasil jaringan Ito Dan.

Jaringan itu tidak mampu bertahan lama apabila ?ermata hitam? Perlis, Philimon Chipeta berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi jaringannya pada minit ke-19.

Permainan bertambah rancak dan Brunei sekali lagi berada di depan apabila Shahrul Rizal meledakkan jaringan kedua pada minit ke-29.

Begitupun harapan penyokong tuan rumah untuk melihat pasukan mereka mencalar rekod tanpa kalah Perlis gagal apabila ketua pasukan, Fauzi Nan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-35.

Babak kedua gagal menghasilkan sebarang gol dengan kedua-dua pasukan kelihatan berpuas hati mengutip satu mata.

Di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Telekom Melaka terus sengsara apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dan kali ini tunduk 1-2 kepada Pahang.

Pelatih kebangsaan, Irwan Fadli Idrus meletakkan Pahang di depan menerusi jaringannya pada minit ke-21.

Namun tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan 11 minit selepas itu untuk mengikat kedudukan 1-1 hasil jaringan pemain import dari Korea Selatan, Yun-Won Chol.

Gol kemenangan skuad Tok Gajah dijaringkan oleh Rashid Mamud pada minit ke-75.

Di Stadium Sarawak, skuad bumi kenyalang akhirnya mencatat kemenangan pertama musim ini dengan menewaskan Pulau Pinang 3-1.

Tuan rumah mencipta jaringan terpantas musim ini sebaik 23 saat perlawanan bermula pemain tuan rumah Zambri Morsidi meledakkan jaringan pendahuluan.

Bagaimanapun pelawat tidak menunggu lama apabila berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil sepakan penalti V. Jaganathan pada minit ke-26.

Sarawak kembali mendahului pada minit ke-54 menerusi Mohd. Shahrol Saberi untuk kedudukan 2-1 dan Ram Farizul Ramlan melengkapkan kemenangan manis tuan rumah menjaringkan gol ketiga pada minit ke-82.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, NS Naza bangkit daripada ketinggalan dan berjaya mencapai kemenangan pertama apabila mudah menewaskan Selangor 3-1.

Kemenangan tersebut adalah yang pertama buat NS Naza selepas empat perlawanan.

Begitupun tuan rumah tersentak ketinggalan 1-0 apabila pemain muda P. Gunalan meletakkan Merah Kuning di depan pada minit ke-15.

Kedudukan buat Selangor tidak bertahan lama apabila pemain import NS Naza, Eric Muranda berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31.

Tuan rumah yang tampak bertenaga menggandakan asakan dan pemain lincah, Ching Hong Aik mencipta jaringan kedua pada minit ke-41 dan pemain veteran Idris Karim melengkapkan kemenangan tuan rumah dengan jaringan pada minit ke-83.

Di Stadium Perak, tuan rumah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar seri 0-0 berdepan Johor FC.

Keputusan seri tersebut cukup melegakan buat kedua-dua pasukan untuk pulang membawa satu mata.

Perak jelas sukar menembusi benteng ampuh Johor FC biarpun asakan bertali arus dilakukan untuk mencipta jaringan.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu mengutip tiga mata penting apabila menewaskan Kedah 3-2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 08:37 PM | Show all posts

baik untuk bola malaysia

7 gol

4 Azlan

2 Chipeta

2 Fauzi Nan

CUUUUUN ARRR
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 08:38 PM | Show all posts

still good sign...

11 gol...

5 AZLAN...

3 chipeta...

2 fauzi nan...

1 faisal asahar...

local player still leading the way.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:33 AM | Show all posts
Taring Singa Utara tumpul

Oleh: JOHARI SHAWAL

KANGAR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-1-2007 07:23 PM | Show all posts
  saja kasik up.. no 1 liga mana leh dudk bawah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 10:13 PM | Show all posts

hmmm...

13  gol...

5 AZLAN...

4 chipeta...

2 fauzi nan...

1 faisal asahar...

1 gol Amar Rohidan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 03:05 AM | Show all posts
perlis 4 - 1 terengganu

[ Last edited by  hyphrigian at 12-1-2007 08:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-1-2007 07:16 PM | Show all posts

Still number 1 babeh..

terasa mcm mufc lak perlis united neh... sori arr selangor... main div 2 pasni..  (aku menag donki kat selangor semanajk derang bagak sgt duloo pakai bambang.. )
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:14 PM | Show all posts

score update...

17  gol...

5 AZLAN...

5 chipeta...

2 fauzi nan...

2 faisal asahar...

1 gol Amar Rohidan, Joey Ryan Gundok, Francis Kombe....

p.s = bersyukur menang tapi tak syok la bila tengok pemain Import yg jadi top  scorer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 02:50 PM | Show all posts
Shahrizan dapat suntikan baru dengan Perlis

Oleh Kamudin Baharom

PENJAGA gawang Perlis, Mohd Shahrizan Ismail menyifatkan penyertaannya dalam skuad Perlis, sebagai suntikan semangat baru selepas diketepikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 12:07 PM | Show all posts
Hidup Perlis...harap2 dapat treble tahun ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 06:34 PM | Show all posts
aku dengar semalam Azlan skor cantik....betoi ka???
ruginye tak turun stadium
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 12:10 PM | Show all posts
menang lagi ngan TMFC 2-0..ghempuh perlih ghempuh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 06:56 PM | Show all posts

update....were back!!!

19  gol...

6  AZLAN...

5 chipeta...

2 fauzi nan...

2 francis kombe

2 faisal asahar...

1 gol Amar Rohidan, Joey Ryan Gundok, ....

aku tatau betui ka tak???hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 11:32 PM | Show all posts

17/2/2007



aku baru balik tengok bola match Perlis lawan johor pasir gudang...

2-2( seri)

perlis kena tinggai dua kali...

komen ikhlas dari aku : PERLIS main macam taik:@ ...terima kasih....


21  gol...

6  AZLAN...

5 chipeta...

2 fauzi nan...

3 francis kombe

2 faisal asahar, joey Ryan Gundok...

1 gol Amar Rohidan....

[ Last edited by  ussopp at 17-2-2007 11:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 12:29 AM | Show all posts
maaf no org perelih....
kena sebijik dekat darulaman
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 12:40 AM | Show all posts

Reply #47 hyphrigian's post

asal sunyi je board nih.. perlis ialah team yg boleh dikatakan tengah top kat malaysia.. mane gi peminat perlis nih.. best sih kalo tengok perlis main.. lelagi gandingan azlan-chipeta.. patutnye joey Ryan Gundok kasi start first eleven arr.. mamat nih eagle eye..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 12:42 AM | Show all posts

Reply #48 dewakekenyangan's post

ko baru lagik..sini mmg sunyi..2-3 muka je yg selalu posting kat sini.. perlis punya bos itu dollah pun sudah lama hilang..lagi2 time kalah..muahaha ampun dollah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 12:55 AM | Show all posts
semua menghilang............
huahuahuahua.......
jurad dengan typical throw in dia la.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047680s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list