CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ussopp

Pemain2 Asia yang outstanding...

[Copy link]
Post time 25-9-2006 07:43 PM | Show all posts
aku pun penyokong man u gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2006 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by MetalFire at 25-9-2006 02:40 PM
jangan lupa Fandi Ahmad.main ngan PSV tu



kalau tanya kat forum belanda sapa Fandi Ahmad semua orang kenal... femes kat eropah..







Fandi Ahmad Ketika Bermain Di Liga Eradivise Belanda Dengan Kelab FC Groningen

[ Last edited by  HangPC2 at 26-9-2006 05:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 05:45 PM | Show all posts
Cha Bum Kam yg menjadi pemain asia pertama beraksi di Bundesliga (Bayern Leverkusen) pada 1980 dan selepas 20 tahun anak Cha Bum Kam iatu Cha Doo Ri mengikut Jejak langkah ayah nya bermain untuk Bayern Leverkusen



Cha Bum Kum



Cha Doo Ri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 09:19 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 26-9-2006 05:45 PM
Cha Bum Kam yg menjadi pemain asia pertama beraksi di Bundesliga (Bayern Leverkusen) pada 1980 dan selepas 20 tahun anak Cha Bum Kam iatu Cha Doo Ri mengikut Jejak langkah ayah nya bermain untuk Ba ...



muke depa same jer...

aku ingat lagi mase w.cup 2002, cha du ri ni name dia kt jersey tulis DR. Cha....

terus aku panggil die dokter cha...haha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2006 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 26-9-2006 05:45 PM
Cha Bum Kam yg menjadi pemain asia pertama beraksi di Bundesliga (Bayern Leverkusen) pada 1980 dan selepas 20 tahun anak Cha Bum Kam iatu Cha Doo Ri mengikut Jejak langkah ayah nya bermain untuk Ba ...



:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by Gess at 26-9-2006 09:27 PM



:hatdown:


sayang seribu kali sayang...

sayang nya arwah mokhtar dahari dapat offer dari arsenal tetapi menolak sebab terlalu sayangkan selangor , dan Syed Ahmad (Pemain Penjara era 70an, Hero Malaysia kelayakan Olimpik Munich) pernah Di Offer oleh kelab german barat , Kelab Bayern Munich tetapi menolak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2006 12:57 PM | Show all posts
offer fr arsenal and bayern? really? impressive..

aku nak baca complete citer pasal those offer.. ada article?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 10:43 PM | Show all posts

Reply #42 HangPC2's post

aku minat fandi ahmad masa zaman aku kanak2 dulu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2006 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by fairy_hobbit at 27-9-2006 10:43 PM
aku minat fandi ahmad masa zaman aku kanak2 dulu....



aku ade  Ingat final piala malaysia tahun bile tah fandi ahmad skor dengan satu tendangan basikal....   hmmm...susah tuuu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 27-9-2006 09:12 AM


sayang seribu kali sayang...

sayang nya arwah mokhtar dahari dapat offer dari arsenal tetapi menolak sebab terlalu sayangkan selangor , dan Syed Ahmad (Pemain Penjara era 70an, Hero Malays ...



mantap siot arwah supermokh nie....

tapi wonder la, ape yang membezekan player msia dulu dan sekarang....hmmm....:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 07:07 AM | Show all posts
Originally posted by pessona at 27-9-2006 12:57 PM
offer fr arsenal and bayern? really? impressive..

aku nak baca complete citer pasal those offer.. ada article?


citer pasal Arwah Mokhtar Dahari tuh dapat offer dari Arsenal selepas perlawanan persahabatan Malaysia dan Arsenal ..

dan Syed Ahmad pulak selepas Malaysia berjaya mengalahkan korea selatan di seoul untuk kelayakan olimpik munich

[ Last edited by  HangPC2 at 29-9-2006 08:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 09:53 AM | Show all posts

Reply #51 HangPC2's post

agaknya "kalau" la mereka accept offers tu masa tu... akan lahir jugak player2 tempatan yg lebih muda drpd mereka yg terdorong nak jadi cemerlang mcm mereka and eventually dpt offer main kat club2 eropah..? :hmm:  n this trend "maybe" continues sampai sekarang.. it's a "maybe" though..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 02:35 PM | Show all posts
pernah dengaq nama DALI OMAR...anak dia nama DALINI...bekas pemain kelantan...Dali ni dikatakan merajuk dulu dan membawa diri ke luar negara...last sekali ada kat Ostolia...la ni dah balik... dia pernah main dengan FIORENTINA...jangan tak caya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2006 03:40 PM | Show all posts
Originally posted by bbkss at 28-9-2006 02:35 PM
pernah dengaq nama DALI OMAR...anak dia nama DALINI...bekas pemain kelantan...Dali ni dikatakan merajuk dulu dan membawa diri ke luar negara...last sekali ada kat Ostolia...la ni dah balik... dia p ...



wow..betui ke... mase tu sape teammate die..? nuno gomez, rui costa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 03:49 PM | Show all posts

Reply #54 ussopp's post

ini cerita tahun 70 an daaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 01:10 PM | Show all posts
..nakamura shunsuke kot yg paling menonjol..pakar free kick utk celtic....skill kira hebatlah....bukan sng nak main dalam ECL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2006 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by bbkss at 28-9-2006 02:35 PM
pernah dengaq nama DALI OMAR...anak dia nama DALINI...bekas pemain kelantan...Dali ni dikatakan merajuk dulu dan membawa diri ke luar negara...last sekali ada kat Ostolia...la ni dah balik... dia p ...


setahu aku dali omar mana ada main kat kelab itali , kelab ostolia adalah ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by fairy_hobbit at 28-9-2006 09:53 AM
agaknya "kalau" la mereka accept offers tu masa tu... akan lahir jugak player2 tempatan yg lebih muda drpd mereka yg terdorong nak jadi cemerlang mcm mereka and eventually dpt offer main  ...


itu nasib malaysia tengok macam korea selatan Lagenda diorang sezaman dengan arwah mokhtar dahari memulakan dulu lalu di ikuti oleh pemain korea lain hingga sekarang kalau orang kita dulu yang mulakan... mungkin nasib bola malaysia akan berubah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:48 PM | Show all posts
Pro & Kontra: Pemain bintang berhijrah cari rezeki

[ Bersama Raja Ahmad Zainuddin ]

SEKEMBALI dari Frankfurt isnin lalu, rakan-rakan bukan saja bertanyakan ole-ole Piala Dunia dari Jerman tetapi tiket perlawanan lain yang masih boleh diperolehi.

Kecuali perlawanan pembukaan Jerman-Costa Rica, selepas menghadiri Kongres Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), saya sendiri tidak berpeluang menyaksikan perlawanan di antara England dan Paraguay sedangkan saya masih berada di sana ketika itu.

Seperti tidak percaya betapa sukarnya mencari tempat menjual t-shirt Piala Dunia dan cenderamata yang lain, tidak seperti venue Piala Dunia lain yang pernah saya hadiri sebelum ini di mana ia mudah diperolehi. Di Munich, jika terserempak pun cuma kebetulan, di bahagian sukan di gedung membeli belah yang besar, itu pun setelah puas bertanya.

Mengenai harganya pula, memanglah jauh lebih mahal kerana dalam mata wang euro. Justeru gurau Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, lebih baik ke sempadan saja kerana ia bukan saja senang diperolehi, tetapi teramat murah dan boleh membeli seberapa banyak yang suka.

Begitu pun mengenai Piala Dunia kali ini, saya tersentuh dengan pandangan Presiden Libya, Muammar Gaddafi yang disifatkannya sebagai pesta 憁empamerkan perhambaan zaman moden

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 11:20 AM | Show all posts


Dali Omar

Lagenda bolasepak Kelantan yg sekarang menetap di Australia. Beliau sezaman dgn Mahadi Yusof (ex coach Kelate & SKMK) dan Nik Leh Senggeng. Inilah antara bintang Kelantan yg membawa Kelantan ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1970 (kali terakhir Kelate layak Final) tetapi malangnya tumpas kpd Perak.
Pernah kembali utk membimbing Kelantan semasa Datuk Wan Hashim menjadi Presiden KAFA.

* 1962 Mula pasukan Kelantan

* 1963 Menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan Remaja Asia di Saigon

* Menyertai pasukan ATM pada tahun 1963

* Membantu ATM ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun kecundang 0-1 kepada Selangor

* Menjaringkan 21 dari 28 gol pasukan Kelantan dalam kempen Piala Malaysia 1970

* Menjaringkan empat dari lapan gol ketika membelasah Singapura di separuh akhir Piala Malaysia 1970

* Membantu Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1970 walaupun tewas 0-2 kepada Perak

SEMASA KECILNYA(1946~1952)

Dali Omar dilahirkan di Bertam Baru Kuala Krai kira-kira 270km dari bandar Kota Bharu pada 19hb. Mei 1946. Dia mempunyai dua lagi adik beradik iaitu Rashid dan Hazimah. Bapanya bernama Yaakob manakala ibunya bernama Fatimah. Ketika usia Dali baru mencecah hampir dua tahun, ibunya Fatimah meninggal dunia. Sejak itu nenek saudaranya, Kalsom dan datuk saudaranya Syed Omar membelanya. Oleh kerana nenek saudaranya sudah tiada susu lagi, Dali disusukan oleh emak saudaranya yang Dali namakan sebagai Sah iaitu kakak kepada ibu kandung Dali. Dalam masa yang sama Sah juga menyusukan Kamalruzzaman (Kamal). Kemudian emak saudaranya melahirkan Rohani (Kak Ani) atau adik kepada Kamal. Jadi tidak hairanlah ketiga-tiganya mempunyai ikatan perhubungan yang amat kuat.

ALAM REMAJA (1953~1961)

Tahun 1953, Dali disekolahkan oeh bapa angkatnya Omar di Sekolah Kebangsaan Kubang Garong, Kota Bharu. Bila umurnya 10 tahun, Syed Omar ditukarkan ke penjara Seremban dan Dali serta ibu angkatnya turut berpindah ke sana. DI sana Dali menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Jail. Ketika itu Dali mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Tamat darjah enam, Dali menyambung pelajaran di Sekolah King George The V Seremban dari tingkatan satu hingga tiga. Dalam masa yang sama Dali mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan MSSM, Piala Rahman dan Piala Burnley (Piala Razak). Tahun 1962 Dali menduduki peperiksaan LCE tapi beliau gagal menyambung pelajaran ke tingkatan empat. Sejak itu minatnya terhadap pelajaran mula menurun dan minatnya terhadap bolasepak semakin mendalam lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kota Bharu di rumah emak saudaranya, Sah.

ALAM PERKAHWINAN(1962~1963)

Penghujung 1962, atas tawaran Pengurus pasukan Kelantan ketika itu iaitu Dato' Dr. Aziz, Dali mula menyarung jersi senior Kelantan dalam usia semuda 16 tahun. Diawal pembabitannya bersama skuad utama, Dali sudahpun menunjukkan potensinya dalam bolasepak apabila mempamerkan kehebatannya sehingga berjaya memikat pengurusan remaja Malaysia lantas memanggil beliau menyertai Kejohanan Remaja Asia di Saigon, Vietnam pada tahun 1963. Di sana Malaysia muncul juara sementara Dali dianugerahkan penjaring terbanyak kejohanan yang disertai oleh 14 negara Asia termasuk gergasi bolasepak sekarang seperti Korea Selatan, Jepun, China dan Thailand. Penghujung musim 1963, Dali ditawarkan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan memegang jawatan sebagai Military Police (MP) bagaimanapun banyak masanya dihabiskan di padang bola. Seiring kelincahannya di padang, kisah cinta Dali tidak kurang hebatnya apabila dia bertemu pasangan pertamanya Hasnah di Kuala Lumpur dan terus mendirikan rumahtangga pada 31 September 1963.

ALAM KELUARGA(1964~1967)

Mengenai keluarganya, tahun 1964 anak sulungnya Dalini dilahirkan. Namun jodohnya dengan isteri pertamanya tidak panjang apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 1965. Dali Omar kekal bersama Angkatan Tentera Malaysia sehingga 1966 dan di tahun tersebut beliau berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Walaupun tewas kepada Selangor 0-1 namun Dali muncul sebagai penjaring terbanyak tahun tersebut.  Dan kejayaanya itu berjaya memikat pengurusan pasukan kebangsaan lalu beliau ditawarkan untuk bermain dengan pasukan negara dalam kejohanan Piala Merdeka (Pestabola Merdeka). Tahun 1967 Dali kembali ke Kelantan dalam kejohanan Piala Malaysia dan sekali lagi diberi peluang menyertai Malaysia dalam kejohanan Piala Merdeka.

ISTERI KEDUA (1968~1971)

Tahun 1968 Dali Omar menyertai latihan rekrut di Port Dickson dan di tahun ini juga dia mendirikan rumahtangga buat kali kedua; Roziah. Pertemuan bermula juga di Kuala Lumpur biarpun kedua-duanya berasal dari Kelantan. Tahun berikutnya anak pertama dari isteri keduanya dilahirkan, Daliza. Tahun 1970 merupakan detik penting dalam hidupnya apabila berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Perak. Dalam saingan separuh akhir Dali menjaringkan dua gol ketika Kelantan seri 2-2 di Singapura dan beliau menjaringkan empat gol ketika Kelantan membelasah Singapura 8-0 di Kota Bharu. Tahun 1970 juga Intan Baizura dilahirkan. Tahun 1971 Dali sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila menjaringkan 21 daripada 28 gol keseluruhan Kelantan musim itu. Lebih dari itu, anak lelaki dari isteri keduanya juga muncul, Dino. Reputasi baiknya dalam Liga berjaya memikat beberapa kelab Eropah untuk memikatnya.

PEMAIN SEMI PRO (1972~1974)

1972 Dali dengan resminya menjadi pemain Malaysia pertama beraksi ke luar negara dan beliau memilih kelab Azzuri Australia. Semasa di Perth beliau telah menjdi pemain semi pro kelab itu dan menerima mendapat kemudahan rumah, kereta serta elaun setiap perlawanan di samping gaji sebanyak A$556 seminggu, jumlah yang cukup lumayan baginya ketika itu.

JURULATIH (1974)

Tahun 1974 Dali mendapat tawaran dari kelab Olimpik Kingsway sebagai jurulatih dengan gaji A$40,000 setiap tiga bulan.

Sources

www.kelate.net

(www.kelate.xs3.com)

http://www.stormpages.com/tazhar/dali.htm

[ Last edited by  HangPC2 at 4-10-2006 11:22 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.100307 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list