CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: cainxx

Hikayat Badang Perkasa...

  [Copy link]
Post time 17-1-2012 08:42 AM | Show all posts
bukan dah ada ker thread nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 09:39 PM | Show all posts
KOTA TINGGI: Kesan tinggalan dan bukti yang boleh dikaitkan dengan kekuatan Badang di Kampung Orang Asli Sayong Pinang menguatkan lagi kewujudan lagenda orang kuat itu.

BH meneruskan usaha mengumpul maklumat mengenai latar belakang Badang daripada pakar sejarah dan dokumentasi yang pernah dihasilkan berkaitan lagenda berkenaan.

Kurator Muzium Kota Tinggi, Mohd Azlan Hafiz Mohti, berkata mengikut Sejarah Melayu, Badang dikenali sebagai hulubalang kerajaan Temasik (kini Singapura) ketiga, Raja Seri Rana Wikerma iaitu antara tahun 1362 hingga 1375.

Katanya, Badang berasal dari Sayong (hulu Sungai Johor) dan bekerja di ladang kepunyaan seorang tuan tanah iaitu Orang Kaya Nira Sura di Seluang, tidak jauh dari kawasan Kampung Orang Asli Sayong Pinang.

"Badang disifatkan sebagai anak muda yang berkebolehan istimewa, dengan watak gagah sebagai panglima tetapi badannya tidak begitu besar dan tidak berubah menjadi terlalu besar ketika beradu kekuatan.

"Kepahlawanannya berbeza dengan pahlawan Melayu lain tetapi persamaannya beliau secara rasmi dilantik sebagai hulubalang kerajaan. Badang tidak pernah terbabit dalam siri peperangan dan tidak menggunakan senjata, sebaliknya kekuatan beliau adalah luar biasa dan semula jadi," katanya.

Mohd Azlan berkata, beberapa kisah kesaktian Badang juga menjadi bualan, antaranya kehebatan beliau mendayung sampannya yang mana sekali Badang menghayun dayungnya, sampannya akan bergerak dan sampai ke lokasi yang jauh.

"Mengenai kematian Badang, diceritakan sama seperti orang biasa lain kerana mati disebabkan sakit tua dan kuburnya terdapat di sebuah kawasan hutan di pinggir Desa Kandis, Pulau Buru di Karimun, Kepulauan Riau, Indonesia," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Kota Tinggi, Amad Bahri Mardi, berkata ada empat kisah Badang yang sering diceritakan kepada umum.

"Kisah pertama ialah ketika Raja Seri Rana Wikerma menyuruh Badang memetik daun kuras di Kuala Sayong untuk dijadikan ulaman bagi santapan baginda, Badang berjaya mengambil daun berkenaan walaupun sukar.

"Namun, Badang terjatuh menyebabkan kepalanya terhentak pada sebiji batu besar. Badang tidak cedera sebaliknya batu berkenaan terbelah dua. Atas ujian itu, beliau diberi penghargaan oleh raja dengan satu persalinan pakaian dan dibenarkan tinggal di kawasan kota, tidak jauh dari istana," katanya.

Amad Bahri berkata, dalam satu lagi peristiwa, Badang membantu 300 pemuda yang gagal menolak kapal ke laut dan selepas membuktikan kebolehannya menolak kapal dengan hanya sebelah tangannya, raja begitu kagum dan melantiknya menjadi Hulubalang Diraja.

"Kisah ketiga adalah ketika Singapura didatangi satu utusan dari benua India berserta 70 kapal untuk menguji kekuatan Badang dengan hulubalangnya, Nadi Bijaya.

"Dalam pertandingan itu, kedua-dua hulubalang kerajaan itu mendapat keputusan seri. Nadi Bijaya kemudian mencadangkan siapa yang dapat mengangkat batu besar berhampiran istana akan menjadi pemenang.

"Nadi Bijaya hanya mampu mengangkat batu itu sehingga paras lutut sebelum meletakkannya kembali ke tanah, namun Badang berjaya mengangkat batu itu melebihi paras kepala sebelum melemparkannya ke laut," katanya.

Beliau berkata, kisah keempat adalah ketika pahlawan kerajaan Perlak dari Sumatera, Benderang tidak sanggup beradu kekuatan dengan Badang kerana menyedari Badang jauh lebih kuat daripadanya.

"Seorang ahli sejarah Riau, Indonesia, Syarif Muhammad Salleh, pernah mengatakan kehebatan Badang memang tidak boleh dinafikan, tetapi perbuatan memakan muntah hantu disifatkan sebagai merosakkan citra pahlawan Melayu.

"Kata Syarif, kisah Badang diubah pihak Barat untuk memberi gambaran buruk kepada sikap orang Melayu tetapi beliau mahu masyarakat Melayu percaya bahawa kisah Badang bukan cerita dongeng," katanya.

INFO:

- Badang dilantik Hulubalang Diraja ketika zaman pemerintahan kerajaan Temasik ketiga (1362-1375).

- Berasal dari Sayong (hulu Sungai Johor), ada juga mendakwa Badang berasal dari Sungai Sisek juga di hulu Sungai Johor.

- Kuburnya wujud dan terletak di Pulau Buru, Karimun, Indonesia.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2019 02:35 AM | Show all posts
ada filem kan pasal badang ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Muhammad Badang ke yg bersembayang, berzakat dan berpuasa itu

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Muhammad Badang makan muntah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan muntah hukum Nye apa???

Halal?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke makan muntah dlm Islam.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 10:11 PM | Show all posts
badang pun asal dongeng asli  dari indon

tapi lagi sakti kadita nyi roro kidul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 12:35 PM | Show all posts
Badang ni sebenarnya gelaran bagi org yg kuat perkasa ke atau sememangnya wujud suatu ketika dahulu? semua boleh claim kan, kat sini kat sana tinggalan badang tapi hakikatnya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:21 PM | Show all posts
muggleDylla replied at 4-4-2019 12:35 PM
Badang ni sebenarnya gelaran bagi org yg kuat perkasa ke atau sememangnya wujud suatu ketika dahulu? ...

tak lah badang bukan gelaran memang name orang asal indon,cerite pun same persis dengan yang dari indon

tak de beza langsung ,tak de badang dengan kuase super yang lain , nak tengok kuburan dan keturunan badang datang je ke pulau bintaro riau indon
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.064816 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list