Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
11069
View
22
Reply

Senaman Melayu

[Copy link]

Author: Syd       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-9-2006 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Senaman Melayu
Oleh Ziauddin Sharuddin



Dalam tempoh beberapa tahun timbul kesedaran memperkenal dan menyebarkan pengetahuan mengenai teknik warisan bangsa

KESEDARAN dan keinginan untuk hidup sihat menyebabkan teknik senaman dari benua India dan China seperti yoga dan tai chi, popular di seluruh dunia.

Masyarakat Barat sedar bahawa untuk menentukan keseimbangan sistem tubuh manusia, amalan pemakanan dan gaya hidup sihat tidak mencukupi jika senaman diabaikan.

Walaupun tidak kurang dengan teknik senaman seperti pilates, masyarakat Barat yang sentiasa mahu menerokai sesuatu yang baru beralih ke Timur untuk menerokai khazanah warisan Asia seperti yoga dan tai chi.

Perkembangan sama menular di Malaysia apabila pemodenan dan peningkatan tahap pengetahuan mengenai kesihatan menyebabkan wujud keinginan untuk mencari teknik senaman sesuai.



Pembukaan pusat senaman berasaskan yoga dan tai chi yang pelanggannya dari pelbagai kaum membuktikan rakyat Malaysia semakin terbuka menerima teknik senaman dari luar walaupun bayaran dikenakan bukan murah.

Ketika yoga semakin berkembang dan tai chi diamalkan di tempat terbuka seperti taman awam, timbul persoalan, apakah orang Melayu yang kaya dengan warisan budaya tidak mempunyai teknik senaman sendiri.

Orang Melayu sebenarnya tidak kurang hebat dengan teknik senaman setanding yoga dan tai chi, tetapi khazanah kaya ini tidak diterokai sepenuhnya. Tanyalah kepada sesetengah orang tua Melayu yang hidup sihat walaupun usia mencecah 80 tahun.

Antara jawapan mereka seperti Mohd Zin Hussain, 78, atau lebih dikenali sebagai Pok Jeng di Besut Terengganu, yang terkenal kerana berkahwin sebanyak 30 kali ialah mengamalkan senaman secara konsisten.

Senaman tegang urat yang diamalkan sejam setiap hari dikatakan antara rahsianya awet muda dan sihat.

Malangnya kebanyakan pengamal senaman Melayu bersikap individualistik. Pok Jeng sendiri mengaku bahawa senaman itu adalah rahsia peribadi dan tidak diperturunkan kepada sesiapa kecuali keluarga terdekat.

Pengetahuan dan kemahiran senaman Melayu adalah rahsia milik keluarga yang diperturunkan secara eksklusif dari seorang ayah kepada anaknya dan bukan menjadi milik masyarakat.



Pengalaman getir dirasai sendiri Pengarah Bakaprep Sdn Bhd, Azamarul Saadi Azman, ketika mencungkil rahsia teknik senaman seorang lelaki di Tanjung Sepat, Selangor, yang ketika hayatnya sihat dan cergas.

Katanya, Adnan Wongso yang meninggal dunia pada usia 81 tahun beberapa tahun lalu, keberatan mendedahkan teknik senaman yang kini dinamakan Senaman Baka dengan memberikan pelbagai alasan.

Hanya selepas memujuk berkali-kali dan Allahyarham yakin dengan kesungguhan saya, baru dia menunjuk ajar senaman yang kemudian dikaji dan didokumentasi secara sistematik,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2006 01:46 PM | Show all posts
Senaman Tua petua asas



Pergerakan boleh digunakan sebagai jurus seni pertahanan diri berdasarkan silat Lok Sembilan

SENAMAN Tua diasaskan Azlan Ghanie, yang berasal dari Pahang, bertujuan memperkuatkan fizikal dan mental berdasarkan Silat Lok Sembilan diwarisi daripada ayahnya.

Dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami masalah kesihatan ketika kecil, beliau yang kini berusia 47 tahun berkata, beliau lumpuh separuh badan pada 1990 dan pulih secara beransur-ansur apabila mengamalkan senaman berdasarkan silat itu.

Apabila menerbitkan majalah Seni Beladiri, saya berusaha memperkenalkan Senaman Tua yang berasaskan silat kepada orang ramai.

Senaman ini menekankan aspek pernafasan dan setiap pergerakan adalah berasaskan petua yang mempunyai pelbagai variasi dan mempunyai nama seperti tari piring dan selak dahan,
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2006 01:47 PM | Show all posts


Jurus lincah pulih penagih
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 01:54 PM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

Gaya naga berlabuh nih

Syd ada masuk ka senaman tua nih? :cak:
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-9-2006 01:57 PM | Show all posts
takdo.

ni baca kat paper.
nampak mcm menarik

ingatkan dorang silat jerk gaya mcm tuh
rupanya bersenam pun mcm tuh gak

ker silat tuh pun salah satu cara senaman?
heheh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 03:30 PM | Show all posts
azlan ghani pernah datang u aku dulu,ajar senaman tua nie and jurus keris lok 9.

senaman nie,berpeluh giller babi kalau buat.sakit satu badan.kuyup baju aku.sangat berkesan, n susah gak nak wat.maybe 1st timekan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 12:05 PM | Show all posts
Ada satu senaman tua ni: Kantung Pinggang. Dulu aku rajin buat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 08:27 PM | Show all posts
yaaaa
buleh aku try
hehehhehee ....
bgus2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 09:08 AM | Show all posts

Reply #8 Ax's post

aper yang bagus ax? :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 10:09 AM | Show all posts
hi
Jangan lupa senaman rimau ngan kucing dalam buku permata yang hilang. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 03:14 PM | Show all posts
Senaman melayu...I like...

bagus gak untuk kesihatan bathin
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by tdpp2006 at 25-9-2006 10:09 AM
hi
Jangan lupa senaman rimau ngan kucing dalam buku permata yang hilang. hehe


buku ape tu ...?
hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by Ax at 29-9-2006 08:32 PM


buku ape tu ...?
hahahahah


dah terang lagi besuluh...

buat2 tak paham plak ko nih Ax...
ker ko memang tak paham?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 12:48 AM | Show all posts

Reply #13 Maxx's post

tehehhehe
saye under 16 lg la bang
auwwww..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 03:05 PM | Show all posts
biar betul senaman cakar rimau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 08:13 PM | Show all posts
SENAMAN TUA

Senaman Tua (ST) berasal daripada Silat Melayu dan pergerakannya dari 'disiplin tradisi gerak', serta menjadi amalan guru-guru tua baik lelaki mahupun perempuan.
Senaman Tua disampaikan sendiri oleh Azlan Ghanie (Penerbit Majalah SENI BELADIRI) yang telah menemui lebih 200 guru sama ada silat dan bukan silat.Atas amanah, Senaman Tua yang di perolehi di perturunkan agar dapat terus di pelihara untu di sambung oleh generasi seterusnya.Matlamat Senaman Tua (Silat Melayu) ini untuk memastikan pergerakan tradisi tidak pupus, berkembang segar dan mengenali budaya tua Melayu.

Senaman Tua di buka kepada semua golongan bangsa, kakitangan kerajaan, korporat, pelajar IPT, atlit sukan termasuk wanita, khasnya untuk kesihatan, kekuatan dalaman dan beladiri.



http://www.senibeladiri.com.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 02:39 PM | Show all posts
member aku ade buat senaman monyet...
dia ckp la... ade ke senaman monyet?????
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 09:11 PM | Show all posts
cam bagus jeww??
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 09:42 AM | Show all posts

Reply #17 akughi's post

ada duhhh

ko yg buat

bknnyer org laen pun mahupun azlan ghanie
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 11:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.087674s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list