CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21504|Reply: 94

NIAT IKHLAS- Surga, Pahala, Ampunan, Rahmat, Redha

 Close [Copy link]
Post time 22-9-2006 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana anda memasang niat dalam setiap amalan, dan bagaimana fahaman anda semua berkaitan antara niat ikhlas kerana Allah dan kaitannnya dengan pahala, ampunan, redha, rahmat, surga.

Kita tanya dulu kawan-kawan semua, nanti insyaallah kita analisis berdasarkan hadist-hadist Rasulullah SAW dan perlakuan para-para sahabatnya.
Multiple Polls, Total 1 Users voted
10.00% (2)
20.00% (4)
30.00% (6)
40.00% (8)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2006 05:50 PM | Show all posts
Dah poll dah, xsempat nak komen panjang2......... nak blk cepat ade hal sket huhuhuhu..... apa2 pun memang bagus kuman bwat camni........ meh kita ukur meter amalan kita. meh kita cas iman kita .....
wassalam.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 09:29 PM | Show all posts
Kita hanya mampu berusaha... dimana matlamat kita dihidupkan adalah beribadah kepada Allah... apapun balasannya hanya Allah yang menentukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 12:52 AM | Show all posts
Ada hadis RSAW yg diriwayatkan oelh Muaz bin Jabal mengenai IKHLAS dalam beribadah ini dan ibadah yang bagaimana Allah iktirafkan sebg IKHLAS.

Panjang hadis tu, tak sempat sy nak paste kat sini..ada sape-sape boleh tolong ?

Tujuan Ibadah adalah untuk mendapat RASA KEHAMBAAN dan RASA BERTUHAN, jika rasa-rasa itu disuburkan insyaAllah ia membawa kepada KEIKHLASAN di dalam beriBADAH.

Jika diselitkan rasa ingin mendapat FADILAT dari IBADAH itu, takut-takut akan menjauhkan diri dari RASA KEHAMBAAN dan RASA BERTUHAN dan menghilangkan KEIKHLASAN.

Ikhlas itu adalah RAHSIA Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 07:47 AM | Show all posts

salam,

Selain drp yg I vote di atas...

Sometimes krn manusia sekeliling gak.  

Contohnya, walau pun malas atau busy tetapi utk meramaikan sesuatu jemaah beribadah atau jemaah ilmu, join juga la.  Lebih2 lagi dah biasa dgn aktiviti bermasyarakat.

Bukan nak menunjuk baik, tapi jenis tak sampai hati nak pentingkan diri sendiri.

Kira tak ikhlas pd Allah swt eh?

Astaghfirullaahal 'Azhiim.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 24-9-2006 07:47 AM
Selain drp yg I vote di atas...

Sometimes krn manusia sekeliling gak.  

Contohnya, walau pun malas atau busy tetapi utk meramaikan sesuatu jemaah beribadah atau jemaah ilmu, join juga la.  Le ...


yup..TAK IKHLAS LER TU....

rahsia nak tau IKHLAS, tidak ada langsung atau kaitan dengan SEBAB2 lain kita melakukan IBADAH...bukan sebab utk meraikan org atau sebagainya...

Sebab itu apabila turun hadis mengenai IKHLAS dalam beribadat dan bgmana ibadah yg diterima Allah itu;  sampai kepada para sahabat-sahabat, mereka semua menangis dan merasakan tidak ada satupun ibadah mereka yang diterima Allah. ini menguatkan lagi KEYAKINAN mereka bahwa manusia masuk syurga adalah kerana rahmat Tuhan dan Tuhan redha dengan mereka bukanlah sebab IBADAH mereka.

Hanya Tuhan yg tahu RAHSIA IKHLAS ibadah hambanya. Itu adalah RAHSIA TUHAN, tetapi utk kita menguji dan menilai hati sendiri perlu kepada ilmu HIKMAH dan ia tidak akan dapat kite perolehi selagi Tuhan tidak redha dengan amalan kita walaupun beribu tahun ibadah yg kita lakukan.

Sebab itu bila kita asyik mengejar fadilat, ulamak sufi menyatakan ia lambatlaun akan memakan hati sendiri dan menyuburkan rasa kesombongan dalam jiwa dan menyebabkan semakin jauh dari Tuhan.

Kita harus meluruskan hati sehingga ibadah kita bukan kerana SEBAB-SEBAB lain tetapi kerana ingin mendapat rahmat, ampun dan redha TUhan semata-mata yg selayaknya bagi kita sebagai HAMBA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2006 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 24-9-2006 07:47 AM
Selain drp yg I vote di atas...

Selain drp yg I vote di atas...

Sometimes krn manusia sekeliling gak.  

Contohnya, walau pun malas atau busy tetapi utk meramaikan sesuatu jemaah beribadah atau jemaah ilmu, join juga la.  Lebih2 lagi dah biasa dgn aktiviti bermasyarakat.

Bukan nak menunjuk baik, tapi jenis tak sampai hati nak pentingkan diri sendiri.

Kira tak ikhlas pd Allah swt eh?

Astaghfirullaahal 'Azhiim.


Check niat, jika niat cintakan majlis ilmu kerana Allah, buat kerana nak ramaikan majlis dan ambil berkat dimana perhimpunan majlis mengingati Allah ada keampunan didalamnya, kira kerana Allahlah niat tu.
Ucap alhamdulillah.

Jika niat join kerana adat kebiasaann sahaja, atau kerana nak tunjuk muka pada manusia..susah juga, namun yang pasti niat anda hanya Allah dan anda yang tahu...Jika buat untuk cari keampunan, keredhaan, pahala, dan perhatian dari Allah, baguslah, jika kerana manusia, istigfar.

Kita perlu check niat kita sebelum pertengahan dan selepas, jika ok, Alhamdulillah, jika tak ok, istigfar

[ Last edited by  kuman at 25-9-2006 12:23 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2006 01:04 PM | Show all posts
Insyaallah kita kumpul dahulu ayat-ayat al-Quran, kemudian hadis2 nabi, kemudian dialog-dialog para2 sahabat, kemudian kata-kata ulamak yang terkemuka dan seterusnya.. insyaalllah, untuk mengelakan kita dari salah fahaman dan keliru dari maksud ikhlas yang sebenar yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya.
---------------

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Al-Baqarah:218)

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka  siapa di antara mereka yang lebih dekat  dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang  ditakuti. (Al-Istaa':57)

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,(Faathir:29)

agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri .(Faathir:30)

Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan  yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita. (Al-Qalam:32)

Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula  terima kasih.

dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.(Al-Hajj:31)

Insyaallah bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2006 04:09 PM | Show all posts
I dont know about u all... but for me...

Oleh kerana I terpaksa mendidik diri sendiri utk beramal ibadat, terasa sukar utk melawan hawa nafsu alpa & lara.  Rasa mcm melentur buluh yg dah keras.  

So, by hook or by crook, cuba berusaha beramal ibadah sebanyak mungkin....campur2 la yg ikhlas & yg tak ikhlas... umur pun bukan pjg mana.  

Yg pasti tak mahu menyesal di kemudian hari...

Allahu Akbar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 06:09 PM | Show all posts
Kisah1:
Terdapat seorang sahabat yang berkulit hitam, hodohdan miskin yang datang bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah yang dibalasi kepada diriku yang serba kekurangan itu jika mati syshid di jalan Allah. Rasulullah saw menjawab, "Kamu akan masuk surga", Dia kemudian melompat kemedan peran sehingga syahid. Rasulullah kemudian memberitahu kepada sahabat bahawa Allah telah menukarkan wajah sahabat itu menjadi kacak, harum dan kaya-raya. Rasulullah kemudian memberitahu para sahabat bahawa baginda melihat bidadari sedang menarik-narik bajunya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Pejuang di jalan Allah akan diangkat 100 darjat di surga yang setiap darjat adalah antara langit dan bumi" (HR Bukhari)

Dari Abdullah Ibnu Mas'ud ra. berkata: Rasulullah saw bersabda:
Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan. (HR Tarmizi)

Dari Muaz ibn Anas Al-Juhaniy ra meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali sehingga tamat akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai disurga. Umar Ibn Khattab ra berkata: Ya Rasulullah! kalau begitu saya akan membaca lebih banyak lagi!. Nabi SAW menjawab: Allah sebaik baik pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu. (HR Musnad Ahmad)

Dari abdullah ibn amr ra berkata: Aku bertanya wahai Rasulullah! apakah ganjaran majlis zikirullah. Baginda saw menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah surga, adalah surga. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma uz Zawaaid)

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis tanpa zikir kepada Allah, dan tidak berselawat kepada nabi SAW maka pada hari kiamat kelak apabila melihat kepada ganjaran(zikir dan selawat) nescaya akan menyesal. malaupun dia dapat memasuki surga (melalui amal-amal yang lain). (HR Ibnu Hibban)

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda bahawa Allah swt berfirman: Barangsiapa yang telah ku ambil dua anggota yang dicintainya(Yaitu mata), kemudian dia bersabar dan dia mengharapkan ganjaran, tiada ganjaran baginya kecuali surga. (HR Tirmizi)

========

Jika diteliti dari Hadist2 nabi bahawa beramal untuk mendapat pahala, ganjaran, surga adalah tidak salah, dan bahkan itulah antara cara baginda mentarbiah iman para sahabat, sehingga mereka yakin dengan 100% segala janji2 Allah. Bagi setiap amal contohnya solat atau puasa, zikir, tashbih, istigfar, bacaan ayat Quran, dan semua sekali amal akan disertakan sdengan hadist fadhail untuk menerangkan tentang kelebihan beramal dengan amal tersebut. Keyakinan kepada janji2 nabi SAW adalah tandanya iman, yakni yakin dengan janji2 Allah dan Rasul. Beramal untuk mengejar pahala tidak salah, kerana pahala itu datang dari Allah, yang dilarang ialah beramal kerana selain Allah, contoh sembahyang kerana nak tunjuk dia ada sembahyang tetapi bila sorang2 dia tak sembahyang pun. Ini amal kerana manusia, amal yang dicela.

Diakhirat nanti Allah akan menyuruh sipelaku meminta pahala kepada orang yang dia menunjuk-nunjuk, maka tidak ada sebarang nilai. Jika niat untuk dapat sesuatu dari Allah maka inilah kerana Allah. Matlamat rasul diutus adalah untuk menyelamatkan manusia dari masuk neraka, nabi menberitahu kelebihan2 amal supaya umatnya beramal dengan amal yang baik yang membawa kepada surga.

Insyaallah nanti kita bawakan pula petikan kata-kata hujatul islam Imam al-Ghazali tentang pahala dan bijaksananya orang yang merebutnya. Insyaallah..

[ Last edited by  kuman at 29-9-2006 05:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2006 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 24-9-2006 11:52 AM


Sebab itu apabila turun hadis mengenai IKHLAS dalam beribadat dan bgmana ibadah yg diterima Allah itu;  sampai kepada para sahabat-sahabat, mereka semua menangis dan merasakan tidak ada satupun ibadah mereka yang diterima Allah. ini menguatkan lagi KEYAKINAN mereka bahwa manusia masuk syurga adalah kerana rahmat Tuhan dan Tuhan redha dengan mereka bukanlah sebab IBADAH mereka.

Hanya Tuhan yg tahu RAHSIA IKHLAS ibadah hambanya. Itu adalah RAHSIA TUHAN, tetapi utk kita menguji dan menilai hati sendiri perlu kepada ilmu HIKMAH dan ia tidak akan dapat kite perolehi selagi Tuhan tidak redha dengan amalan kita walaupun beribu tahun ibadah yg kita lakukan.

Sebab itu bila kita asyik mengejar fadilat, ulamak sufi menyatakan ia lambatlaun akan memakan hati sendiri dan menyuburkan rasa kesombongan dalam jiwa dan menyebabkan semakin jauh dari Tuhan.

Kita harus meluruskan hati sehingga ibadah kita bukan kerana SEBAB-SEBAB lain tetapi kerana ingin mendapat rahmat, ampun dan redha TUhan semata-mata yg selayaknya bagi kita sebagai HAMBA.  


Kita perlu abaikan segala fatwa-fatwa yang menyimpang dari ajaran islam sebenar, seperti yang si hartati katakan diatas
ini merupakan fitnah dalam agama, jika benar mengejar pahala boleh menyuburkan rasa kesomboingan dan semakin jauh dari tuhan mengapa setiap amal mesti ada janji dari Allah dan Rasul tentang nilai2 amal tersebut. Sahabat2 berlomba2 merebut, siapkah yang lebih baik amal, keimanan, keyakinan, darjat selain Rasulullah dan Para sahabat2nya. Maka ikutlah Rasul dan Para sahabat, inilah jalan yang lurus..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2006 01:36 AM | Show all posts
Sory 2 say la , bg aku lah , kalau orang tu ikhlas bila buat sesuatu , DIA X CAKAP DIA IKHLAS , dia diam je

Psl allah je tahu sape ikhlas atau tidak , manusia ni kalau diberi pelunag brcakap , dia akan menipu , psl mulut x hangus bila berkata api , x caya , cuba sebut api now:lol

Tgk trbakar tak mulut , wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2006 05:08 PM | Show all posts
Bukti bahawa beramal hendaklah secara bijak dengan memilih nilai pahala yang besar, memang dianjurkan oleh ulamak sufi

Petikan dari kitab: Petunjuk permulaan, m/s 17
Pengarang Imam Al-Ghazali.

.... Sehabis itu pergilah engkau ke masjid untuk melakukan sembahyang subuh dengan berjamaah. Janganlah engkau melalaikan sembahyang subuh. Nilainya sembahyang jamaah itu 17x lebih baik dari daripada sembahyang sendirian. Maka apabila engkau melalaikan nilai lebih laba(keuntungan) kerohanian yang seperti ini, apakah untungnya ilmu yang engkau tuntut selama ini?, oleh kerana buah ilmu itu letaknya disini, yaitu dalam amal bakti didasarkan atas hal sebagaimana diterangkan diatas tadi.

-----------------------------
Dimuka surat yang lain pula:

..Taat disini maksudnya menurut dan patuh kepada aturan dan ketentuan-ketentuan yang diatur Allah swt. Diterangkan bahawa perintah-perintah Allah terbahagi dua, yaitu tentang pekerjaan-pekerjaan wajib( Fardhu ) dan pekerjaan-pekerjaan nawafil ( Sunat). Pekerjaan fardhu merupakan pokok yang paling besar yang mengerakkan setiap urusan membawa manusia kejalan selamat dan bahagia. Pekerjaan nawafil atau sunat merupakan laba( keuntungan ) memberikan manusia darjat dan keuntungan yang sangat tinggi.

Nabi SAW telah bersabda yang ertinya, Allah yang maha tinggi telah berfirman: " Sesiapapun tidak dapat disebut mendekatkan diri kepadaku dengan menunaikan kewajipan fardhu saja, tetapi seorang hamba dapat disebut mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan berbagai kebajikan, hingga akhirnya aku mencintainya. Maka apabila aku mencintainya, Aku merupakan telinga bagi pendengarannya, mata bagi penglihatannya, lidah bagi pengucapannya, tangan bagi setiap usahanya, dan kaki bagi setiap langkahnya".

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 26-9-2006 04:09 PM
I dont know about u all... but for me...

Oleh kerana I terpaksa mendidik diri sendiri utk beramal ibadat, terasa sukar utk melawan hawa nafsu alpa & lara.  Rasa mcm melentur buluh yg dah ker ...



Assalamualaikum Fleurza...

Alhamdulillah kerana masih ada usaha... saya pun macam kamu gak malahan buluh tua lagi... namun selagi ada hayat selagi tu kita berusaha... Berdoalah kita agar kita sama-sama beroleh petunjuk dari Nya dan beroleh redha dari Nya...  Selamat menunaikai ibadah di bulan Ramadhan... salam sayang dari seorang Kakak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 09:43 AM | Show all posts
Ada pun mengikut kata burzugh-burzugh yang dah lama membuat usaha-usaha ugama ini adalah barangsiapa yang mengatakan ia ikhlas dimulutnya dalam melakukan segala sesuatu amalan tersebut maka habis lupuslah segala pahala-pahala mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by kuman at 26-9-2006 06:30 PM


Kita perlu abaikan segala fatwa-fatwa yang menyimpang dari ajaran islam sebenar, seperti yang si hartati katakan diatas
ini merupakan fitnah dalam agama, jika benar mengejar pahala boleh menyu ...


sy tertarik dgn petikan ayat Al Quran yg anda C&P ini,


Nabi SAW telah bersabda yang ertinya, Allah yang maha tinggi telah berfirman: " Sesiapapun tidak dapat disebut mendekatkan diri kepadaku dengan menunaikan kewajipan fardhu saja, tetapi seorang hamba dapat disebut mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan berbagai kebajikan, hingga akhirnya aku mencintainya. Maka apabila aku mencintainya, Aku merupakan telinga bagi pendengarannya, mata bagi penglihatannya, lidah bagi pengucapannya, tangan bagi setiap usahanya, dan kaki bagi setiap langkahnya".

janganlah menuduh sy membuat fitnah kepada agama jika anda sendiri belum benar2 faham tafsiran dan makna ayat al quran yg anda C&p ini,..pergilah bertanya kepada guru yg mursyid, kelak mereka akan mendetailkan makna yg tersurat dan tersirat dari ayat ini...


sy kira utk bermujadalah ttg perkara ini perlu kefahaman yg halus, jadi tidak bermanfaat utk sy meneruskannya kerana takut ia pula menjadi fitnah kepada org lain yg tidak dpt memahaminya.

silalah baca artikel di bawah ini....dan fahami dgn hati yg tenang dan tawaduk....

[ Last edited by  serihartatie at 1-10-2006 11:39 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2006 11:33 AM | Show all posts
Ibadah Kerana Fadhilat Adalah Rosak

Sejak 700 tahun terakhir ini, umat Islam sudah tidak dididik dengan dikenalkan kepada Tuhan dahulu. Padahal mereka kononnya ingin ikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah menyebutkan bahawa awal-awal agama adalah mengenal Allah. Inilah yang Rasulullah buat.

Cuba baca sejarah Rasulullah, Baginda menggunakan masa selama 13 tahun untuk menanamkan iman dan tauhid, untuk mengenalkan Tuhan yang Esa. Dengan kata lain Tuhan yang Esa itu diperkenalkan terlebih dahulu kepada umat Arab jahiliah. Sedangkan syariat yang beribu-ribu itu Rasulullah kenalkan kepada umat Islam selama 10 tahun setelah memperkenalkan Tuhan dahulu sehingga Tuhan dikenal, dicintai dan ditakuti.

Apabila kita mengenalkan syariat lebih dahulu, orang menerima Islam tidak secara sukarela tetapi dengan terpaksa, sebab sudah diikat dengan peraturan: ini halal, ini haram dan seterusnya.

Oleh kerana syariat dikenalkan lebih dahulu, maka umat Islam membuat hal-hal yang diperintahkan Allah dengan tujuan untuk mendapat pahala atau masuk Syurga dan meninggalkan larangan-larangan Allah, kerana takut berdosa dan takut dimasukkan ke dalam Neraka.
Mereka beramal kerana fadhilat.

Sekarang ini kita lihat rata-rata umat Islam walaupun mengerjakan solat, tapi hatinya masih penuh dengan mazmumah. Pergi haji atau umrah sudah 10 kali tetapi masih hasad dengki, sombong, ego, pemarah dan lain-lain. Padahal yang wajib itu sekali, yang lainnya sunat. Tetapi kebanyakan umat Islam bangga kalau dapat mengerja kan haji atau umrah berulang kali dengan belanja yang mahal. Padahal wang tersebut dapat digunakan membangunkan berbagai projek kebaikan untuk membantu orang-orang miskin dan tidak berharta.

Inilah akibatnya bila beribadah kerana mengejar fadhilat, untuk mendapat pahala, masuk Syurga atau kerana takut Neraka. Akhirnya ibadah menjadi ideologi, sebab tidak dikaitkan dengan Tuhan.

Walau ibadah meriah, masjid penuh, tetapi kebanyakan masyarakat masih jahat, yang beribadah masih jahat, yang tidak beribadah juga jahat.

Kita mesti membezakan antara orang yang beribadah dengan tujuan mencari fadhilat dengan orang yang beribadah atas dasar ubudiah - mencari redha dan cinta Tuhan.

Orang yang beribadah atas dasar ubudiah kerana Zat Allah, walaupun ibadahnya sedikit tetapi sangat berkesan pada hati.

Dia akan terdorong untuk mem-buat perubahan pada hatinya, membuang berbagai sifat mazmumah (jahat) dari dalam hati dan berusaha menyuburkan sifat-sifat baik seperti pemurah, pemaaf, kasih sayang, tawaduk, bertolong bantu dan lain-lain. Dia akan menjaga hubungan hatinya dengan Allah agar tidak cacat.


Rabiatul Adawiyah ditanya orang, "Kalau engkau dimasukkan Tuhan dalam Neraka bagaimana?"
Beliau menjawab, "Kalau dimasukkan ke Neraka dengan redha Tuhan, tidak mengapa."

(ini contoh seorg wali allah dan ulamak sufi, apakah Rabiatul Adawiyah ini menyatakan dia beribadah mengejar fadilat???)


Tetapi yang beribadah atas dasar selain itu walaupun banyak, ibadahnya tidak akan memberi kesan pada had.

Misalnya masih pemarah, ego, tidak timbang rasa, tidak pemaaf, tidak ada kerja sama. Mereka mudah terjebak ke dalam maksiat lahir dan maksiat badan. Sebab itu di hari ini seluruh dunia umat Islam sibuk mem-bangun masjid, tetapi makin banyak masjid makin rosak umat Islam. Masjid jadi tempat berpolitik, tempat mengumpat, tempat berkelahi, tempat membuat fitnah, tempat cari makan, tempat berebut kuasa. Orang yang beribadah kerana fadhilat akhirnya rosak dan akan merosakkan orang lain.

CONTOH IBADAH KERANA MENGEJAR DAN MENGIRA FADILAT :

Rasulullah pernah menyebut, cukup dua rakaat solat sunat tetapi memberi kesan pada hati daripada ribuan rakaat tapi tidak memberi kesan.
Ada orang yang salah faham.
Mereka lebih mengutamakan solat sunat (dan juga wajib) yang banyak walau tidak khusyuk daripada mengusahakan khusyuk.

Mereka anggap kalau dua rakaat yang khusyuk dapat nilai 20, maka kalau mereka buat 10 rakaat tidak khusyuk, tentu akan dapat pahala yang lebih banyak walaupun dengan nilai yang tidak sempurna katalah 60.
Sebenarnya mereka sudah kurang ajar dengan Tuhan.
Sebab seolah mereka sudah membezakan Tuhan yang mereka sembah ketika solat sunat dan solat wajib.

Apakah ini perkara kecil?


[ Last edited by  serihartatie at 1-10-2006 11:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 11:52 AM | Show all posts

CONTOH IBADAH ULAMAK BESAR

Berjuang Untuk Masyarakat Lebih Utama Dari Ibadah Sunat

Di zaman sekarang ini ramai orang salah tafsir tentang pengertian ibadah yang sebenarnya.

Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa ibadah itu hanya menghendaki manusia solat, berpuasa, menunaikan haji, berdoa dan berzikir semata-mata. Apakah hanya itu ruang lingkup pengertian ibadah? Akan terbatas segala syariat Islam sekiranya hanya itu yang meliputi bidang ibadah.

Sebenarnya ibadah mencakup seluruh aspek kehidupan manusia sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam.

Itulah yang kita amalkan dalam hidup kita sehari-hari asalkan tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah. Allah menginginkan segala yang kita lakukan dalam hidup menjadi ibadah, iaitu cara kita berpakaian, cara kita mengatur rumah tangga, bentuk perjuangan kita, pergaulan kita, percakapan dan perbincangan kita, semuanya menjadi ibadah, sekalipun kita berdiam diri juga dapat berbentuk ibadah.

Di samping itu aspek-aspek lain seperti pendidikan dan pelajaran, ekonomi dan cara-cara berekonomi, soal-soal kenegaraan dan perhubungan antarabangsa pun, semua itu dapat menjadi ibadah kita kepada Allah. Itulah yang dikatakan ibadah dalam seluruh aspek kehidupan kita baik yang lahir mahupun yang batin.

Ibadah yang berkaitan dengan kemasyarakatan ini sebenarnya lebih penting dan besar dari pada ibadah-ibadah sunat, sebab ia berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan orang banyak.
Ibadah sunat hanya berkaitan dengan keselamatan diri saja. Itupun kalau dibuat dengan sungguh-sungguh dan dijaga kekhusyukannya.



Sebagai contoh, suatu hari Imam Syafie bertamu dan menginap di rumah Imam Hambali. Imam Hambali berkata kepada anak perempuannya, "Kita bertuah dapat tetamu orang besar Allah. Hebat Imam Syafie ni, dia ulama yang juga pemimpin."

Tetapi malam itu ketika mereka bangun mengerjakan solat ma-lam, mereka tidak melihat Imam Syafie bangun mĕngerjakan solat malam. Anak perempuan Imam Hambali bertanya kepada ayahnya, "Ayah kata Imam Syafie seorang ulama besar, tetapi mengapa dia tidak bangun mengerjakan sembahyang malam."
Ayahnya Imam Hambali terpukul dan merasa malu.
Orang yang dia kata ulama besar tidak nampak kebesarannya.

Maka dengan penuh beradab dan tawaduk Imam Hambali bertanya kepada Imam Syafie, "Maaf tuan, apakah tuan sedang tidak sihat?"

Imam Syafei menjawab, "Alhamdulillah, saya sihat dan baik-baik saja. Ada apa gerangan?"

Imam Hambali bertanya lagi, "Maafkan saya bertanya tuan sakit atau tidak sebab anak saya melihat tuan tidak bangun mengerjakan solat malam."

Imam Syaiie menjawab, "Saya tidak bangun mengerjakan solat malam kerana memikirkan masalah-masalah umat. Alhamdulillah semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah umat."

Dengan penuh malu Imam Hambali berjumpa dengan anaknya dan berkata, "Memang dia ulama besar. Kita beribadah untuk diri kita saja, dia semalam bekerja keras untuk menyelesaikan 100 masalah umat."

Begitulah kebesaran Imam Syafie, dalam keadaan tidur terlentang dia dapat memikirkan dan menyelesaikan 100 masalah umat dalam satu malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 1-10-2006 11:52 AM

[quote]
Sebab itu bila kita asyik mengejar fadilat, ulamak sufi menyatakan ia lambatlaun akan memakan hati sendiri dan menyuburkan rasa kesombongan dalam jiwa dan menyebabkan semakin jauh dari Tuhan.

Misalnya masih pemarah, ego, tidak timbang rasa, tidak pemaaf, tidak ada kerja sama. Mereka mudah terjebak ke dalam maksiat lahir dan maksiat badan. Sebab itu di hari ini seluruh dunia umat Islam sibuk mem-bangun masjid, tetapi makin banyak masjid makin rosak umat Islam. Masjid jadi tempat berpolitik, tempat mengumpat, tempat berkelahi, tempat membuat fitnah, tempat cari makan, tempat berebut kuasa. Orang yang beribadah kerana fadhilat akhirnya rosak dan akan merosakkan orang lain.


Ada baiknya hartatie renungkan semula dalil-dalil yang saya kemukakan diatas, ianya bukan datang dari pemikiran saya tetapi datang dari yang paling atas yaitu Dalil al-Quran, Hadist Nabi SAW, Dialog-dialog antara sahabat dan Rasulullah dan dari Ulamak sufi yang terkenal yaitu Imam Al-Ghazali. Semuanya membenarkan bahawa mengharap ganjaran samada Pahala, Surga, dan sebagainya tidak menjadi masalah dan tidak ada salahnya dalam ajaran islam, apa yang di Quotekan berwarna merah itu satu kenyataan yang terlalu berani, dimana anda jika setelah Al-Quran membenarkan, hadist membenarkan, anda pula berani mengatakan tidak?, siapa anda sebenarnya...

Apa yang hendak disampaikan disini ialah tidak ada salahnya jika beramal Kerana Allah mengharap pahala, surga, keampunan, redha, rahmat.

Disini saya bawakan lagi satu kelakuan dan gelagat sahabat2 nabi berkaitan fadhilat, yang mana Rasulullah ada bersama mereka.

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw besabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat keatas orang-orang yang berdiri disaf sebelah kanan dan para malaikat berdoa keampunan untuk mereka. (HR Abu Daud)

Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berdiri di saf sebelah kiri masjid, kerana kurangnya ahli (jamaah) maka dia akan mendapat dua kali ganda ganjaran (HR. Tabrani, Majma uz Zawaid)


Keterangan: Para sahabat r.hum apabila mengetahui bahawa saf sebelah kanan lebih afdhal daripada sebelah kiri, maka mereka berlumba-lumba untuk berdiri disebelah kanan sehingga sebelah kiri menjadi kosong, maka ketika inilah Rasulullah SAW memberi kelebihan bagi mereka yang berada disaf sebelah kiri(Muntakhab ahadith)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2006 12:16 PM | Show all posts
Kita bawakan lagi sedikit hadist berkaitan sifat beriman yaitu meyakini janji-janji Allah dan beramal dengan ghairah untuk mendapat balasan dan anugerah.

Hadist Qudsi:
Dari umamah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadist Qudsi telah bersabda: Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar(bilamana hilangnya sesuatu darimu) dan engkau harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari surga (HR Ibnu Majah)

** Hadist Qudsi adalah Firman Allah yang tidak termasuk dalam Al-Quran, tetapi ia dalam bentuk hadist sabdaan nabi SAW.


Dari Abu Mas'ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: Bilamana seseorang berbelanja terhadap ahli keluarganya dengan meniatkan pahala, maka (dengan perbelanjaannya itu) dia akan mendapat pahala sedekah. (HR Bukhari)

Dari 'Abdullah bin 'amr bin 'As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: Bilamana Allah swt mengambil dari orang beriman seseorang yang dikasihinya, dan dia bersabar terhadapnya sambil mengharapkan pahala dan dia mengatakan perkara yang disuruh untuk menyebutnya (Ucapan Inna lillahi wainna ilaihi raji'un umpamanya) maka Allah taala tidak akan berpuas hati untuk memberinya balasan yang lebih rendah dari surga. (HR Nasa'i)



Semuga dapat menjadi pelajaran dan pembetulan dalam fahaman bagi orang-orang yang telah salah faham dengan fadhilat, ikutlah jejak langkah Nabi dan Para sahabat, mereka adalah orang yang terbaik dalam semua zaman, darjat mereka(sahabat) lebih tinggi dari darjat wali Allah, dan sebahagian dari mereka ada yang layak menjadi nabi, tetapi oleh kerana tidak ada lagi nabi selepas nabi SAW, maka mereka hanya layak sahaja. Nabi adalah guru yang terbaik dan sahabat-sahabiah adalah murid terbaik dalam semua zaman, samada sebelum atau sesudah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.455940 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list