NorAddin posted on 29-10-2013 01:44 PM
salam
yap .. betul ..
Bismillah
takde apa nak cerita cuma nak share tulisan seorang sufi tentang mukhlis
Wallahu'alam
Ikhlas itu ketulenan
juga ketekunan
Dan kejujuran Hinggap dihati
Menjadikannya lutsinar bagaikan kaca
Hilanglah segala karat dosa
Bertapak dijiwa menjadikannya tabah,
berani dan pasrah Ikhlas pada pancaindera
membimbingnya berwaspada
Terhadap dosa
Ikhlas pada tujuan
menjadinya mencari reda Allah
Ikhlas pada amalan
Mendorongnya menepati syariat
Ikhlas dalam perjuangan
Membawanya mengikut manhaj junjungan
s.a.w.
Ikhlas membawa ketenangan
Kerana ia reda segala ketentuan
Ikhlas adalah pedang
Mencantas semua serangan syaitan.
Menjadikannya bersyukur atas segala ujian. Orang yang ikhlas itulah muttaqin
Yang akan mendapat keberkatan Allah
Dan kejayaan.
http://renungan2u.wordpress.com/2011/08/26/mukhlisin/
Last edited by mr_evergreen on 29-10-2013 02:30 PM
|