CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21125|Reply: 30

pokok kurma

[Copy link]
ummuhabib This user has been deleted
Post time 24-9-2006 03:56 AM | Show all posts |Read mode
sempena ramdhan nih mesti semua pakat2 makan kurma...ni ummuhabib nak tunjuk pokok kurma...ni dipanggil balah...kurma yg kita makan masa bukak posa tu dah diproses...kalau tak masak lg warna hijau...tapi ummuhabib tak sempat nak amik masa dia belum masak tu.....warna kuning ngan merah tu dah masak...rasa dia manis kelat...










macam telur dinosaur je....close up sket...sebiji buah balah kuning

[ Last edited by  ummuhabib at 24-9-2006 03:58 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2006 05:36 PM | Show all posts
kat umah parents ada tnm........ada buah gak cuma tak ler selebat cam dlm gambo
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by yati8018 at 24-9-2006 05:36 PM
kat umah parents ada tnm........ada buah gak cuma tak ler selebat cam dlm gambo


Ur parents tanam dr biji buah kurma tu ke? Mmg manis kelat rasa buah kurma yg blom masak tu & rangup skit.
Kat Giant ada jual kurma yg kaler kuning & merah tu. Rasa2 kalo tanam bijinye boleh tumbuh tak? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2006 10:30 AM | Show all posts
Ni email yg saya dpt pasal kurma ni. Panjang sikit. tp bacala...baguz utk tambah ilmu.

Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)



Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat  menikmati buah tamar
sebagai  juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan  bagi
setiap rumah untuk  membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling  rendah
atau yang paling  mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga  RM120.00 sekilo pada  hari biasa manakala pada bulan ramadan
harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan
buah yang khasiat  dan kandungan gulanya  cepat meresap ke dalam tubuh.
Kita selalu mendengar  kisah2
Rasulullah s.a.w.  dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan  masih ramai tidak mengetahuinya.Syukur dengan
berkat  mengunjungi Makkah dan Madinah  untuk mengerjakan umrah
semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang
bakal  disiarkan ceritanya pada  saluran RTM bulan
ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi
cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari  Tuan Haji Isa
Darus atau  Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam
Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok
tamar adalah dari lebihan  tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.

Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam.
Selepas Maryam melahirkan  anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah
diminta oleh  Allah s.w.t untuk  menggoncangkan pohon tamar yang
terdapat  di tempat  dia melahirkan anaknya  lalu gugurlah buah tamar
masak dan di makan oleh Siti  Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk
mengumpul tenaga selepas selamat  bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa
tumbuhan  herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran
Nabi Isa  a.s.  itu juga, Allah  s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah
pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang
elok ia juga harus dilakukan  menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan
proses  pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan
dengan tamar betina, tamar  jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun
keras  menjulang  ke langit. Pokok tamar  betina rendah sedikit dan
daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga
setahun sekali sama dengan  tamar betina . Bezanya bunga jantan ia
mengeluarkan  debu-debu halus. Pada  bulan ini ketika tamar betina
mengeluarkan bunga,  petugas (terdiri dari  mereka yang berbangsa Arab)
akan memanjat pokok tamar  betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga  ranting bunga
jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari
tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok
berkualiti, ia mesti  'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh
melalui binatang atau  diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak
akan berbuah dengan sempurna jika  tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah
tamar tidak  akan masak jika suhu  kurang dari 55oC.

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala  bulan ogos
adalah musim  menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai
ada beberapa batang  sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan
pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan  boleh
digunakan untuk  proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok
tamar betina . Debu  yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu
sedikit. Bunga jantan ini  juga boleh disimpan di tempat yang kering
untuk kegunaan berulang-ulang kali  selagi debunganya masih ada. "Allah
s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba  perhatikan sepanjang  ia
berada  di atas pokok tidak ada seekor binatang  atau burung yang mematuk
atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.  Allah s.w.t
pelihara  dan  memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.
Di Madinah hanya  bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik  ke atas
pokok  tamar  untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak  mampu,
tenaga tak  sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa
keunikan ini  berlaku pada buah yang  istimewa ini, lalu Mak Long
Normah Morad, isteri Hj  Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada
tangan dan cium,"  katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami
tergamam.

"Ya,  memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok
tamar  kalau  mahukan buahnya elok, ia  mesti disenyawakaan oleh tangan
manusia,  sebab pokok  ini Allah s.w.t.
jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia
umpama pak menakan(ayah saudara)  kita. Sebab itu kita tak
boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan  Nabi-Nabi lain
sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah
yang serasi dengan  badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian
dari kita. Jadi setiap  kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal
kejadiannya.   
Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara
kesuciannya di  samping mudah untuk kita  menguruskannya dengan
kelebihan  cuaca yang panas  kering. Penjual tak risau  lalat atau semut
kerana bumi  barakah ini."Ujar Pak  Long dengan senyum lebar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ummuhabib This user has been deleted
 Author| Post time 28-9-2006 11:12 AM | Show all posts


ni lagi....








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by ummuhabib at 28-9-2006 11:12 AM


ni lagi....





http://i91.photobucket.com/albums/k283/ummuhabib ...


nI KAT MANA ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
ummuhabib This user has been deleted
 Author| Post time 28-9-2006 12:33 PM | Show all posts
masa dok cari gambo terjumpa gambo pokok kurma masih hijau lagi....rezeki la boleh tengok... masa ni baba bawak org mesia jenjalan kat Montazah...Ummi dok kat Alexandria, Egypt.







[ Last edited by  ummuhabib at 29-9-2006 02:30 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ummuhabib This user has been deleted
 Author| Post time 5-10-2006 11:13 AM | Show all posts
masa dok cari gamba terjumpa lg yg dlm simpanan....kurma dok putik lg masa nih...masa nih awal thn 2006...musim sejuk lg.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by ummuhabib at 28-9-2006 11:12 AM


ni lagi....





http://i91.photobucket.com/albums/k283/ummuhabib ...


Sedap nyer.......................
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by Kero_kero at 24-9-2006 11:23 PM


Ur parents tanam dr biji buah kurma tu ke? Mmg manis kelat rasa buah kurma yg blom masak tu & rangup skit.
Kat Giant ada jual kurma yg kaler kuning & merah tu. Rasa2 kalo tanam bijinye ...



Jiran kak iman ada tanam pokok kurma ni dari biji.  Tapi tak pernah berbuah.  Katanya mungkin tak cukup panas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:32 AM | Show all posts


Salam ummu.  Terima kasihlah sudi syer gambar-gambar pokok kurma ni dengan kami.  Aduh tengok yang merah-merah tu terliurnya.  Pernah juga merasa yang fresh ni semasa di Mekah.

Semasa saya melawat Masjid Terapong dekat Laut Merah di Jedah tu, saya nampak ramai orang indonesia berjual buah-buah kurma muda yang masih hijau.  Rasanya buah tu masih terlalu muda sebab kecik2 sangat nampaknya.  Kata mereka kurma muda ni sangat bagus untuk kesihatan wanita.  Betul ker begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:35 AM | Show all posts



Mengancam sungguh!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 11:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by ummuhabib at 28-9-2006 12:33 PM
masa dok cari gambo terjumpa gambo pokok kurma masih hijau lagi....rezeki la boleh tengok... masa ni baba bawak org mesia jenjalan kat Montazah...Ummi dok kat Alexandria, Egypt.


http://i91.p ...


mcm ranggup aje tgk buah yg still dok ijau ni...:love:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:58 PM | Show all posts
Kurma mude pun sedap.....mcm rase ciku pun ader...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 02:11 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 5-10-2006 12:58 PM
Kurma mude pun sedap.....mcm rase ciku pun ader...


oo yea...? tak pernah rasa..
dulu mak pernah bawak balik yg muda ..tapi yg kaler kunin nak ke merah2x gitu..pun from mekah ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ummuhabib This user has been deleted
 Author| Post time 6-10-2006 02:38 AM | Show all posts
Originally posted by haniman at 5-10-2006 11:32 AM


Salam ummu.  Terima kasihlah sudi syer gambar-gambar pokok kurma ni dengan kami.  Aduh tengok yang merah-merah tu terliurnya.  Perna ...


yg hijau tu tak tau la rasanye apa....sebab yg merah ngan kuning tu pun rasaya manis kelat....mmg kurma baik utk kesihatan pompuan..terutama yg menyusu...blend kurma ngan susu segar minum...nanti mempercepatkan proses susu ibu....masa saya dlm pantang dulu  saya rendam kurma kering dlm air susu panas tanpa gula...susu leh minum...kurma leh makan...bagi tenaga lak tu masa dok nyusu anak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 07:17 AM | Show all posts
Nanti nak suh tunang bwk balik kurma dari sana...nk suh dia bwk dgn tangkai skali...hehehe i panggil kurma ni anggur pdg pasir.

tak suka mkn yg lembik...yg keras2 skit sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 05:03 PM | Show all posts

Reply #18 nazurah's post

aku lain lak...aku ske yg lembik....yg keras terus out....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 05:15 PM | Show all posts
asal boleh makan, aku makan jer...

tak kira yang lembik ker, keras ker..

buah kurma memang sedap dan berkhasiat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.604442 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list